Mata ini tidak henti-henti berkelip menandakan aku masih wujud di muka bumi ini. Ya, aku masih mampu melihat ciptaan Tuhan yang terbentang luas...
Ini bermakna sudah lama masa itu berlalu. Tetapi mengapa ia masih segar dalam kotak ingatan yang tiada ruang untuk aku keluar dari terus mengingatinya...
Aku rindu...aku rindu dengannya...
Tanpa aku sedari, ini merupakan kali ketiga aku meraikannya tanpamu di sisi. Ya Tuhan...begitu pantas masa berlalu...
Walaupun aku tidak lagi menangisi ketiadaanmu sehebat dulu, walaupun aku tidak lagi meratap mengenangkan wajahmu setegar dulu...tetapi hati dan jiwaku tidak pernah berhenti menjerit memanggil namamu...
Aku inginkan saat-saat seperti dahulu...aku mahukan kenangan untuk terus bersamamu...aku pinginkan belaian sehebat dulu...
Masihkah ada peluang?
TIDAK... Jawapan itu sudah lama aku terima. Sampai terus ke dalam jiwa. Mahu atau tidak, aku tidak punya pilihan...
EMAK...doa kami sentiasa mengiringi pemergianmu. Tenanglah kamu di sana...kerana ketenanganmu mengubati jiwa lara kami di sini...AL-FATIHAH...
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi:
Post a Comment