..Pilih Mana Suka..

UPSR punya giliran!

Aunntakkk!

Masih tidak berjumpa dengan sebarang jawapan kenapa cik ain tak serajin bloggers yang lain. Hapdet itu..hapdet ini.. :( Memang malas semula jadi gamaknya! Wahaha...

Semalam result UPSR keluarkan? Walaupun cik ain masih tak punya anak sendiri, tapi masih punya anak saudara. So, ambil tahu jugaklah! Auntie yang osemlah katakan..wewiittt.. :p

Teringat masa zaman UPSR cik ain dulu. Ketaq lutut duk tunggu result dalam kelas sebelum ambil keputusan dalam bilik guru. Tuuu diaaa...berdoa, berzikir semua cukuplah. Kot2 dari D boleh jadi A. Haha.. Padahal malas belajar! :)

Apa keputusan cik ain tak payah citer kat sini la ek? Kita mesej jer.. :)

Apa2 pun TAHNIAH untuk 2 orang anak buah makcik yang cemerlang dalam UPSR. Tiba2 rasa sebak pulak bila dengar keputusan dorang ni. Mungkin sifat keibuan sudah wujud. Lalalala...Ohhh..drama sangatlah cik ain! Muntah hijau! Hahaha..



Haaa..yang paling kiri (KU FATRAH HANIS) berjaya memperolehi 5A. Bukan yang tengah2 yer. Toink..toink..


Haa..yang glamour sikit ni (KARMILA) dapat 3A. Yang 2A lagi pergi kepada glamournya. Wehehe...

Bila result dah keluar, mereka2 ni kembali mengungkit janji2 manisku pada mereka. Ohhh...kena tanya dengan Ustaz Azhar ni. Apa hukum tak tunai janji bila dah berjanji! Kekeke...

Buat mereka2 yang kurang berjaya, jangan bersedih & berduka. Masih punya peluang lain di depan sana. Jika diizinkan Allah, perjalanan kalian masih jauh. Gagal sekarang tak bermakna gagal selamanya. Gambate~~

(ada cerita HOT berkaitan dengan UPSR dalam paper METRO hari ni(20/11/2012). Muka depan lagi. Pi intai cepat!!!)


~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

Bukit Bendera (Penang Hill)


Salam sejahtera & bahagia! Ohhh..rasa teramat lama cik ain tak hapdet blog. Kali ni alasannya bukan malas, tapi cik ain punya alasan yang lebih meroyanzz... card reader cik ain buat hal. So, segala gambar tidak boleh ditransfer. Manakala, kecundanglah sesi menulis blog cik ain. Wahaha.. Apa makna satu entry tanpa sesebuah gambar. Rite? Wink..wink..

Yang paling best cik ain nak share dengan korang pun adalah tentang.... BUKIT BENDERA! Weee... Sabtu(03/11/2012) yang lepas cik ain & kawan2 pergi BB. Setelah 2 tahun lebih menetap di Pulau Pinang , inilah kali pertama cik ain menjejakkan kaki ke sana. Itu pun bukan atas kehendak diri sepenuhnya. Tetapi lebih kepada ajakan kawan2. So, jalannn...hahaha..

Kami sampai di kaki bukit sekitar jam 12.30 tengahari. Tu diaaa... nak beli tiket kena beratur panjang berjela. Maklumlah, weekend. Maka, tidak hairanlah manusia yang berkunjung ke situ boleh seramai itu. Ohhh...sakit kepala.

Beratur beli tiket dah makan masa hampir 30 minit. Ikut hati, dah nak cancelkan aja naik ke atas nun. Ini baru beli tiket. Belum beratur untuk tunggu turn naik train. Oh my ALLAH!

Dah beli tiket, kami pun segera beratur untuk naik train pulak. Tunggu punya tunggu sampai jugak giliran kami. Itu pun jenuh bertolak tarik. Dah macam pelarian. Wahaha...yang tak bestnya kami dapat duduk gerabak yang tengah. Apa pun tak nampak kecuali permandangan tepi je. Jadilah dari tak nampak apa yekkk? :p

Curam weyhhh.. kecut perut dibuatnya. Mujur tak lama sangat. Sampai saja dekat atas nun, dah terasa dingin. Itu cuaca pukul 1 petang. Kalau pukul 7 pagi?? Haaa..osem! Setahu cik ain train mula beroperasi jam 6.30 pagi. So, sesiapa yang tak nak ambil risiko bersesak2, rancanglah perjalanan anda lebih awal. InsyaAllah selesa.

Niat hati nak bergambar kaw2 punya la. Tapi, disebabkan terlampau ramai manusia, memang susah nak dapat view yang cantik. Terimalah seadanya cik ain oiii. Haha... yang cik ain perasan, rombongan budak2 sekolah yang terlampau ramai. Bayangkan sajalah sebauh bas ada 40 orang. Kalau dah 10 biji bas tak ke seribu? Wahaha...

Sejujurnya, kami hanya sebentar je di atas sana. Bosan sebab terlampau ramai sangat orang. Segala benda kena berebut. Jadi selepas kami berjalan sebentar, perut pun dah mula bernyanyi. Yang bestnya, kami bawak bekal. Siap dari rumah. Sepppp bajet! Hahaha..

Lepas makan kami solat dekat masjid Bukit Bendera. Kemudian kami pun beratur tunggu turn untuk turun ke bawah semula. Kali ni cik ain nekad mahukan gerabak yang depan sekali. Supaya dapat melihat permandangan dari arah hadapan. Wewittt..akhirnya dapat jugak! :)

Nasihat cik ain, kalau yang mempunyai anak2 kecil, elakkanlah pergi di waktu cuti umum. Kesian dekat anak2 sebab boleh lemas dengan suasana yang sangat2 padat. Bimbang boleh hilang dari pandangan ibubapa. Nauzubillah.

Apa2 pun pengalaman bukan boleh dibeli tetapi hanya boleh didapati andai kita sudah menghadapi. Jom layan sikit2 gambar masa cik ain dekat atas nun :)

sampai di atas
Gambar ni diambil sebaik sahaja kami sampai dekat atas. Hati2 kerana tangganya tidak begitu stabil. Boleh jatuh kalau tak boleh imbang badan. Takut ditolak nanti.

laluan train..pendek je trainnya :)
Train yang terlalu pendek membuatkan yang menunggu menjadi sesak. Huhu... Bagi la panjang sikit ceq oiiii!!!

encik Arif tekun meneroka seluruh bandar Penang
 Dengan menggunakan menatang ni, kita boleh tengok seluruh Pulau Pinang dengan lebih jelas. Rm1.00 (syiling) untuk 2 minit. Sangat kedekut! Hahaha.. Jangan bimbang, pertukaran duit syiling disediakan.

Dari blkg : Asyraf, Arif, Yanie

kami!!!

cuaca gelap
 Terasa begitu indah apabila dapat melihat ciptaan Tuhan yang indah2 belaka. Subhanallah!

ada sikap keperlian di situ..cehhhhh

perjalanan turun ke bawah. Curam weyhhhh
 Ini membuktikan bahawa cik ain dapat duduk di gerabak paling depan. Wink..wink..

Pakcik tua yang keletihan :p

:)

Sangat seronok dapat snap gambar ni. Bukti kekal! hahaha...

Begitulah serba sedikit pengalaman cik ain dekat Bukit Bendera. Untuk pergi sekali lagi? Mungkin ya, tetapi tidak akan memilih cuti umum lagi. Serikkkkk!

Dekat bawah ni cik ain tunjukkan senarai harga tiket & pakej untuk rujukan kalian. :)



Selamat Berkunjung ke Bukit Bendera, Pulau Pinang!


~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...