Semenjak pulang dari Cameron Highland, Mira nampak jelas akan perubahan Mia. Mia sudah pandai berlembut dengan Muaz. Doa Mira agar Mia dapat mengecapi kebahagiaan yang dicari selama ini. Muaz juga nyata-nyata menunjukkan kesungguhan dalam hubungan mereka. Alhamdulillah…
“Mia, sudah-sudah la basuh pinggan tu. Jom la tengok cerita ni. Best tau.” Pelawa Mira. Sesudah makan malam sebentar tadi, Mia mahu mengemaskan dapur terlebih dahulu. Dia tidak mahu menangguhkan semua itu sehingga keesokan pagi. Bimbang akan lewat ke pejabat.
“Yer...dah sudah ni. Cerita apa tu?” soal Mia apabila melihat Mira seakan tertarik benar dengan siaran yang terpampang di hadapan mereka.
“Entah, aku pun tak tahu.”
“Pulak dah. Tadi kau yang kata ceritanya seronok. Balik-balik tak tau pulak cerita apa. Senget betul la kau ni.” Usik Mia.
“Hahaha…aku saja nak goda kau supaya berhenti kemas dapur tu. Esok aku buat la.” Mira juga seorang yang ringan tulang, tetapi dia benar-benar berasa letih dengan aktiviti harian.
“Mia, aku tengok kau happy semacam je sekarang ni. Ada apa-apa ke?” soal Mira.
“Mana ada. Aku macam biasa je. Kau tu yang tengah happy sangatkan. Maklum la, orang dah nak bertunang.” Perli Mia.
“Kau jangan nak tukar tajuk ek. Aku tanya kau betul-betul ni Mia. Kau dah baik dengan Muaz ek?”
“Aku memang baik dengan semua orang. Kau tu je yang tak tahu.” Mia masih mahu berdalih.
“Malas la aku nak cakap dengan kau. Sekarang ni dah pandai sangat berahsia. Dulu semua benda kau cerita dengan aku. Yela, sapa la aku ni nak dibandingkan dengan Muaz tu kan?” rajuk Mira.
“Ololo…sayang aku ni. Aku nak gurau sikit pun dah tak boleh sekarang ni. Yela, sapa la aku ni nak dibandingkan dengan orang sebelah tu kan.” Mia sengaja mengajuk kata-kata Mia sebentar tadi.
Mira hanya membuat muka selamba sahaja.
“Yela-yela, aku cerita. Tu pun nak merajuk. Aku bagi tahu orang sebelah kang.” Ugut Mia.
“Mira, kau dengar tak ni?”
“Aku akan dengar kalau kau serius nak cerita dekat aku.” Itu kata putus Mira.
“Yela, aku nak serius la ni. Aku tak nafikan la dah banyak perubahan dalam kehidupan kami sebagai suami isteri. Tapi bukan la terlalu jauh macam yang kau sangka.”
“Bukan macam yang aku sangka? Maksud kau?”
“Yela, mesti kau fikir aku dengan Muaz dah macam suami isteri lain kan? Tapi pada hakikatnya aku dengan Muaz masih dalam proses perdamaian. Mukadimah dalam bahasa arabnya.” Jelas Mia.
“Dah macam kes mahkamah je aku dengar. Maksud kau, kau dengan Muaz masih belum…” Mira teragak-agak mahu menghabiskan ayat itu kerana Mia pasti sudah faham.
“Yer…aku belum menjadi isteri dia yang sebenar-benarnya.” Tanpa segan silu Mia mengaku akan keadaan itu. Bukan mahu membuka aib sesiapa, tetapi itulah kebenarannya.
“Kau yang tak nak ke?”
“Entah la Mira. Aku tahu berdosa besar aku buat dia macam ni. Sebagai lelaki aku faham sangat kehendak dan naluri dia. Tambahan aku ni isteri dia yang sah.”
“Dah tu, kenapa kau tak relakan semua ni?”
“Aku rasa macam takut sangat nak mulakan semua ni. Aku takut bila aku dah serahkan segalanya pada dia, dia akan tinggalkan aku.”
“Kau ni Mia. Tak baik fikir macam tu. Macam mana la korang nak ada kehidupan macam orang lain kalau kau tak nak mulakan. Ini bukan semata-mata kerana nafsu tau. Tapi kau kena fikir balik apa tujuan umat islam ni disuruh berkahwin.” Nasihat Mira tanpa jemu.
“Aku tahu Mira. Aku tengah berusaha la ni. Dia ajak aku duduk dengan dia balik. Kau rasa macam mana?”
“Soalan macam ni pun ada ek? Dia tu suami kau. Dia lebih berhak ke atas kau berbanding aku. Takkan la aku nak larang kau duduk dengan dia. Kalau kau tak tanya aku pun aku tak kisah tau. Sudah sampai masanya kau jalankan tanggungjawab kau sebagai isteri yang sebenar-benarnya. Berapa lama dah korang menikah?” Mira sendiri sudah lupa dengan semua itu.
“Dah hampir setahun.” Balas Mia.
“Ha, punya la lama dah. Betapa lamanya kau abaikan tanggungjawab kau sebagai seorang isterikan?”
“A’ah. Itu aku tak nafikan. Kau tak kisah ke kalau aku keluar dari rumah ni? Nanti kau tinggal sorang pulak.” Bukan dia mahu meminta izin Mira terlebih dahulu, tetapi perkara ini harus dibawa berbincang.
“Aku dengan rela hati lepaskan kau keluar. Bukan niat aku nak menghalau, tetapi aku faham yang Muaz betul-betul perlukan kau di sisinya. Kau pun macam tu kan?” dari gaya Mia pun Mira sudah dapat mengagak bahawa kehadiran Muaz amat bermakna buat dirinya sebagai seorang isteri.
“Ermm…entah la. Lepas apa yang terjadi semenjak dua ni aku tak nafikan yang kehadiran Muaz memberi banyak makna dalam hidup aku. Aku dah mampu nak pandang dia sebagai seorang suami.” Mengaku juga Mia akhirnya.
“Alhamdulillah.” Dengan segera Mira memeluk sahabatnya itu sebagai tanda bersyukur dengan berita gembira ini.
“Thanks Mira. Kau banyak supported aku. Kalau tak ada kau, tak tahu la nasib aku macam mana sekarang.” Sayu sahaja bunyinya.
“Kau kan antara insan yang paling aku sayang. Mesti la aku support kau. Dah tu bila nak pindah ke rumah Muaz? Mesti dia dah tak sabarkan?” usik Mira.
“Merepek la kau ni. Nanti aku bincang dengan dia balik. Kalau aku beritahu dia malam ni, malam ni jugak dia datang ambil aku tau.” Pasti baba akan gembira dengan keputusan aku ni. Bisik Mia di dalam hati.
“Ha, kan aku dah cakap. Mesti dia tak sabar dah tu. Elok la tu. Aku sokong dua ratus peratus. Tak nak dah sedih-sedih macam dulu. Penat aku tengok kau asyik menangis je. Aku nak lepas ni biar air mata gembira je yang keluar dari mata kau tu. Faham?”
“Baik Puan Mira.” Gurau Mia.
“Sorry ok. Belum puan lagi. Bakal puan.” Tersenyum lebar Mira mengucapkannya. Maklumlah, hati sedang berbunga riang. Hanya menghitung hari.
“Cewah…tak sabar-sabar la tu. Macam mana majlis bertunang kau nanti?”
“Mengikut perancangan hujung bulan hadapan. Dan mungkin kitorang bertunang tiga bulan je kot.”
“Sekejapnya. Dah tak sabar ek?” gurau Mia.
“Pandai la kau. Tapi betul jugakkan? Hahaha…yela, asyik tengok kau je berkepit dengan Muaz. Aku pun nak jugak.”
“Nanti dah kahwin korang nak tinggal dekat mana?”
“Ermm..sama ada rumah ni atau rumah sebelah la. Sebab tempat ni dah kena sangat dengan kitorang. Tak jauh dengan tempat kerja. Dah decide nanti kitorang ingat nak beli je salah satu. Menetap terus dekat sini.”
“Ooo…bagus la tu. Aku tumpang gembira. Nanti aku temankan kau pergi cari barang-barang untuk majlis bertunang ni ek?” cadang Mia. Dia juga mahu berkongsi kegembiraan ini dengan sahabatnya itu.
“Memang aku nak ajak kau pun. Itu pun kalau cik abang kau lepaskan la. Mana la tahukan, nanti dah duduk sekali, tak ingat orang lain dah.” Kata Mira diiringi ketawa yang panjang.
“Pandai la kau tu. Belum apa-apa kau pulak yang lebih. Nanti masa bertunang nak pakai warna apa?”
“Aku ingat nak guna tema krim kot. Zahidi pun tak kisah sangat. Simple-simple sudah. Janji majlis jalan.” Lega Mira apabila segala perancangan berjalan dengan baik. Harapannya agar mereka dapat menyegerakan majlis pernikahan kerana faham-faham sahajalah apabila duduk berdekatan. Tambahan pula mereka bakal mengikat tali pertunangan terlebih dahulu. Pasti dugaan dan cubaan lebih mencabar.
“Elok sangat la tu. Aku tengok korang pun tak ada apa-apa masalah. Tak ada sebab korang nak tangguh. Mira, aku masuk bilik dulu ek. Nak call baba. Nak cerita pasal aku nak pindah ke rumah Muaz ni. Nanti tak inform dekat dia merajuk pulak.”
“Eleh, nak call baba ke nak call menantu baba. Malu-malu pulak kau ni.”
“Ikut suka aku la nak call sapa pun. Kau jeles ek?”
“Aku nak jeles? Tolong sikit ek. Kau sekadar call je. Aku ni nak jumpa pun boleh sangat tau.” Begitulah perangai mereka berdua. Jika tidak ada senda-gurau setiap hari pasti tidak lengkap hidup mereka.
***
“Assalamualaikum baba. Lambatnya angkat telefon.” Sapa Mia.
“Waalaikumsalam. Baba baru balik dari masjid ni. Ada kenduri tahlil sikit tadi.”
“Kenduri tahlil? Ada sapa-sapa meninggal ke baba?” selalunya jika ada kematian di kampung mereka, penduduk kampung lebih senang membuat kenduri tahlil di masjid. Ramai yang akan datang membantu.
“A’ah. Pakcik Kadir ayah kepada Abang Mazlan kedai runcit tu.” Maklum Encik Saufi.
“Ooo…yang kena strok tu ek?” walaupun sudah tidak menetap di kampung dalam masa yang agak lama, Mia tidak ketinggalan dengan cerita-cerita di sana. Setiap kali kepulangannya ke rumah itu, pasti Encik Saufi akan menceritakan kisah-kisah yang terjadi di kampung halaman mereka.
“A’ah. Dah lama sangat Pakcik Kadir tu menderita sakit tu. Mungkin pemergian dia lebih baik dari dia terus terseksa. Ada apa hal call baba ni?”
“Tak boleh ke Mia nak call baba? Merajuk la cam ni.” Jika bercakap dengan babanya, pasti mood ingin bermanja datang tiba-tiba dalam dirinya. Rindu sekali dengan usikan baba. Maklumlah, hanya itu tempat dia bermanja.
“Sikit-sikit nak merajuk. Baba merajuk jugak karang baru tahu. Mana la tahu kot Mia call baba sebab nak beritahu baba bakal jadi datuk ke...” Encik Saufi sudah mula mahu mengusik. Anak-beranak sama sahaja.
“Baba…” jerit Mia.
“Ha, tengok. Elok sangat la tu menjerit dah tengah-tengah malam macam ni. Esok tak kerja ke?”
“Kerja la baba. Mia ada hal nak bincang dengan baba ni. Rindu pun iye jugak.”
“Yeke rindu? Nak bincang hal apa pulak ni?”
“Betul la Mia rindu. Rindu sangat. Lama tak makan masakan baba. Macam ni baba…” apakah yang harus diberitahu kepada Encik Saufi terlebih dahulu.
“Macam apa?”
“Baba…kalau Mia nak pindah duduk dengan Muaz boleh tak?” keluar juga akhirnya.
“Baba tak salah dengar ke ni?” pelik Encik Saufi apabila Mia tiba-tiba berubah sikap.
“Betul la baba. Tu yang Mia nak bincang dengan baba dulu.”
“Mia sayang…Mia tak payah bincang dengan baba pun. Sepatutnya dah lama Mia kena pindah dan duduk dengan Muaz. Korang suami isteri. Bukannya orang lain. Ingatkan baba selalu pesan, tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya.”
Encik Saufi merupakan idola bagi Mia. Setiap kata-kata yang keluar dari bibirnya bukan sekadar ayat-ayat kosong. Dia sentiasa memberi sokongan dan dorongan dalam hal yang sepatutnya. Mia juga tidak memerlukan penasihat lain selain Encik Saufi.
“Mia dengan Muaz dah berbaik ke?” soal Encik Saufi pula.
“Ermmm…dalam proses baba. Mia sedar yang Mia banyak buat salah sebelum ni. Mia terlalu ikutkan kata hati yang terngah marah ni. Sekarang Mia dah mula nampak keikhlasan hati Muaz.”
“Bagus la macam tu. Syukur sangat. Baba dah pening kepala memikirkan masalah korang yang tak selesai-selesai ni.”
“Maafkan Mia baba. Mia tahu salah Mia. Baba doakan yang terbaik untuk kami ya? Mia perlukan doa dan restu baba.”
“Baba sentiasa inginkan yang terbaik buat Mia dan Muaz. Mia pun tahukan, Mia satu-satunya anak baba. Takkan la baba nak benda buruk jadi dekat Mia. Bila nak pindah rumah Muaz?”
“Thanks baba. Mia sayang sangat baba. Mia tak inform dekat Muaz lagi. Mungkin esok baru cakap dengan dia kot.”
“Ooo…ok la tu. Jangan tangguh-tangguh dah. Kesian dekat Muaz tu. Dah macam tak berbini.” Perli baba sambil ketawa kecil.
“Baik baba. Ok la baba. Nanti Mia call lagi ek. Baba jaga diri. Pergi rehat-rehatkan badan tu ya? Mia sayang baba sangat-sangat.” Manja sekali bunyinya.
“InsyaAllah. Baba pun sayang anak manja baba ni. Baba memang kena banyak rehat la lepas ni. Maklum la, tak lama lagi baba nak kena jaga cucu pulakkan? Mia pun jaga diri ya?” sempat lagi mahu mengenakan anak tunggalnya itu.
“Ok baba. Nanti sepuluh cucu baba kena jaga tau.” Gurau Mia. Kali ini topik itu tidak menjengkelkan dirinya. Malah Mia mula memasang angan-angan untuk memiliki anak sendiri. Akhirnya perbualan mereka tamat di situ.
***
“Esok abang ambil sayang pagi ya?” Muaz lah menjadi insan yang paling gembira apabila Mia bersetuju untuk tinggal bersama dengannya kembali. Tidak terkata betapa gembiranya Muaz dengan perkhabaran itu.
“Petang sikit tak boleh ke? Banyak lagi barang yang tak berkemas.” Mia sudah jangka, pasti Muaz sudah tidak sabar-sabar mahu mengambilnya.
Kerana terlalu gembira, Muaz hanya bekerja separuh hari sahaja hari ini. Tambahan pula, esok merupakan hari minggu. Duduk di pejabat pun dia tidak mampu untuk melakukan sebarang pekerjaan kerana hatinya sudah melayang-layang keseronokan. Teruk betul perangai si Muaz ni.
“Ala, barang-barang tu tak penting la. Bukannya jauh sangat pun rumah sewa sayang tu. Nanti kita ambil la sikit-sikit.” Cadang Muaz.
“Yang awak tak sabar-sabar sangat ni kenapa?” pelik Mia dengan Muaz ni.
“Memang tak sabar. Dah lama sangat abang tunggu saat-saat macam ni tau. Boleh la sayang.” Rayu Muaz lagi sambil mencapai jari-jemari isterinya itu.
Tepat jam 5.40 petang, Muaz mengambil Mia di tempat kerjanya. Dia sudah siap memesan kepada isterinya itu agar tidak membawa kereta ke tempat kerja seperti biasa.
“Yela. Tapi jangan awal sangat tau. Pukul sepuluh ke atas ek?”
“Ok sayang. Gembiranya abang.” Tanpa segan-silu, Muaz memeluk erat tubuh isterinya itu.
“Awak ni tak malu ke orang lain pandang? Kita dekat tempat public tau.” Lalu Mia menolak tubuh lelaki itu. Malu dibuatnya. Orang lain bukan tahu mereka pasangan suami isteri. Maklum sahajalah, tinggal di bandar yang penuh kemodenan ini tidak dapat membezakan yang mana benar, yang mana salah.
“Ala, isteri sendiri. Apa salahnya. Lagi pun biar la diorang nak fikir apa pun. Yang penting kita tahu kedudukan kita kan sayang?” diusap-usap lengan isterinya pula. Dengan Muaz bukan boleh dikata apa. Pasti ada sahaja balasannya.
“Cepat la makan. Nanti boleh balik. Saya penat tau. Lain la orang tu, ponteng kerja.” Perli Mia.
Sebaik sahaja menyedari Mia memerlinya, Muaz mencucuk pinggang Mia.
“Eee…jangan la. Awak tahukan saya sensitif sangat bab-bab macam ni. Saya ikat tangan awak dekat tiang tu karang baru tahu.” Ugut Mia pula.
“Oo…sayang perli abang tak apa pulak. Tak fair la macam tu.” Protes Muaz.
“”Awak pun suka kenakan saya jugak. Lagi la tak fair.” Balas Mia. Dia juga mahu menang.
“Yela-yela. Habiskan makanan tu. Lepas ni kita pergi jalan-jalan, dating-dating….”
“Jangan nak mengada ek? Saya penat tau tak. Saya tangguh pindah rumah awak setahun lagi baru tahu.”
“Ugut la…nanti bila sayang dah pindah rumah kita, tahu la apa abang nak buat.” Muaz menjeling Mia dengan manja sekali.
“Ugut la…nanti saya tak nak pindah rumah awak baru tahu.” Mereka saling membalas.
“Kalau sayang tak nak pindah rumah kita, abang paksa jugak. Tak kira la macam mana cara pun…” begitulah mereka sehingga habis makanan dijamah. Masing-masing tidak mahu mengalah.
***
“Banyak lagi ke barang yang belum kemas?” tanya Mira ketika melihat Mia sedang sibuk memasukkan barang-barangnya ke dalam kotak untuk dibawa pindah ke rumah Muaz.
“Tak ada la banyak sangat dah. Semalam pun pukul berapa baru aku tidur. Si Muaz tu nak ambil aku pagi-pagi jugak. Tapi tak apa la, kalau ada yang tertinggal aku akan ambil kemudian.”
“Mesti la dah tak sabar. Kau ni….” Sudah tersengih-sengih Mira.
“Kau tu tak ada benda lain nak bahan aku ek? Otak kuning.”
“Eh, aku tak cakap apa pun. Kau tu yang fikir jauh sangat.”
“Dah la. Lebih baik kau tolong susun barang-barang aku ni sama. Membebel je.”
“Mia, Muaz dah sampai.” Mira yang menghadap ke pintu luar, sudah melihat kereta Muaz yang berhenti betul-betul di hadapan rumah mereka.
“Kau pergi suruh dia masuk.” Arah Mia.
“Aku ke? Kejap aku pergi ambil tudung.” Lalu Mira masuk ke dalam biliknya untuk mencari tudung sebagai alas untuk menutupi rambutnya.
Semenjak berkawan rapat dengan Mia, Mira sudah banyak faham mengenai aurat. Dahulu tidak dinafikan bahawa Mira seorang yang agak jahil mengenai batasan aurat. Suatu masa dahulu, Mira hanya mengenakan tudung ketika ingin keluar dari rumah sahaja. Apabila di hadapan bukan muhrim yang datang ke rumahnya, dia hanya buat selamba sahaja menayangkan mahkota wanita itu.
Kini Mira benar-benar mengerti apa itu aurat wanita. Yang paling membuatkan Mira sedar adalah anggota tubuh badan wanita hanya buat seorang suami.
“Jemput la masuk Muaz. Mia tengah duk berkemas lagi. Banyak betul barangnya.” Sapa Mira ramah. Memang begitulah sikap Mira pada sesiapa sahaja.
“Terima kasih.” Lalu Muaz menanggalkan kasutnya dan terus melangkah masuk ke rumah itu. Lebih tepat melangkah menuju ke arah isterinya yang sedang leka menyusun barang-barang peribadinya.
“Assalamualaikum.” Sapa Muaz lembut.
Lalu Mia memalingkan wajahnya pada sang lelaki yang menyapanya sebentar tadi.
“Waalaikumsalam.” Tanpa berfikir panjang, Mia mencapai tangan Muaz untuk bersalam seperti biasa. Maklumlah, berjabat tangan apabila berjumpa adalah menjadi kewajipan bagi mereka kini.
Muaz pula yang sudah terbiasa selamba sahaja mencium dahi si isteri. Terperanjat Mira dibuatnya. Sehabis romantik mereka berdua ni.
‘Punya la romantik mamat ni.’ Puji Mira lagi di dalam hati.
“Ehem…ehem…” Mira mengambil kesempatan mengusik pasangan yang nampak bahagia itu.
“Duduk dulu ya Muaz. Saya pergi buat air.” Pesan Mira kepada Muaz yang masih seronok memegang lengan Mia. Bagai tidak boleh dipisahkan lagi insan berdua ini.
“Sayang sihat?” tanya Muaz lembut sambil matanya memerhatikan barang-barang Mia masih belum habis berkemas.
“Sihat la. Eh, saya nak sambung kemas ni. Awak duduk dulu ek?” malu Mia dibuatnya apabila Muaz dengan selamba ingin bermesra dengannya walaupun menyedari bukan hanya mereka berdua di rumah ini.
“Abang tolong la ek? Cepat sikit.” Kata Muaz yang ingin menghulurkan bantuan.
“Tak payah la. Saya boleh buat sorang-sorang. Awak pergi la duduk dekat sofa tu. Baca majalah ke apa ke.” Cadang Mia pula.
“Tak nak, abang nak tolong sayang jugak. Boring la duduk situ sorang-sorang.” Rengek Muaz perlahan. Bimbang juga didengari oleh Mira.
“Ee…itu pun boring ke?” soal Mia kembali. Ketika mereka masih bertelagah kecil, mereka mendengar ada suara yang memberi salam.
“Waalaikumsalam. Masuk la Zahidi.” Pelawa Mia. Dia memang sudah dimaklumkan oleh Mira bahawa Zahidi akan datang ke rumah mereka.
Muaz dengan pantas terus menyuakan tangan ingin bersalam dengan Zahidi. Lega Mia dibuatnya. Sekurang-kurangnya Muaz tidak akan mengganggu kerjanya.
“Mira, abang kesayangan kau dah sampai ni.” Laung Mia. Sengaja mahu mengenakan si Mira.
Mira yang mendengar laungan Mia itu pantas menjengukkan sedikit kepalanya ke ruang tamu. Mahu sahaja dicubitnya mulut si Mia ini. Tidak tahu segan langsung. Sudahlah Muaz juga berada di situ.
Zahidi yang mendengar kata-kata Mia itu hanya mampu tersengih sahaja. Faham sangat dengan perangai dua sahabat itu. Tidak habis-habis mahu mengenakan antara satu sama lain. Yang Muaz pula sudah buat muka bingung. Maklumlah, dia masih belum mengetahui kisah sebenar.
“Jemput la minum Muaz, Zahidi.” Pelawa Mira sesudah meletakkan dulang minuman dan sedikit kuih yang dibeli pagi tadi.
“Zahidi konon. Malu la tu.” Perli Mia. Bukan dia tidak tahu sudah ada panggilan manja untuk Zahidi. Begitu juga dengan Mira. Tetapi masih juga mahu berlakon.
“Hello, ada sesuatu yang saya tak tahu ke?” soal Muaz yang masih tidak faham dengan keadaan di hadapannya.
“Kalau awak nak tau, diorang berdua ni bakal bertunang tak lama lagi. Cover-cover la tu.” Ucap Mia sambil tersengih-sengih.
“Ooo…yeke. Congratulation to both of you. Saya tumpang gembira. Bila nak dilangsungnya?” tanya Muaz kepada Zahidi yan duduk bertentangan dengannya.
“InsyaAllah kalau tak ada apa-apa halangan bulan depan kami nak bertunang. Tiga bulan akan datangnya baru nak buat kenduri nikah.” Jeling Zahidi pada Mira yang tersenyum-senyum simpul.
“Ermm…bagus la tu. Nanti jangan lupa jemput ya.” Gurau Muaz.
“Mesti punya. Maklum la, bini awak tu kawan baik dengan bakal bini saya. Mustahil saya tak jemput.”
“Bukan apa, saya takut kena tinggal nanti. Orang tu pergi sorang-sorang je.” Terjegil biji mata Mia apabila mendapati Muaz menujukan kata-kata itu khas buat dirinya. Kurang asam betul.
“Memang nak tinggal pun.” Jawab si isteri.
“Tengok, saya dah cakap dah.” Gurau Muaz lagi. Zahidi dan Mira hanya menjadi pemerhati sahajalah dengan kerenah sepasang suami isteri itu. Pantang berjumpa, ada sahaja yang mahu digaduhkan.
“Yang kau ni Mia dari tadi tak habis mengemasnya. Itu la pasal, asyik berangan je.” Mira mahu mengenakan Mia pula.
“Kau jangan nak buat cerita ek? Dah barang aku banyak nak buat macam mana. Kau dah tak sabar nak halau aku keluar ek?”
“Eh, aku tak cakap pun macam tu. Ikutkan hati aku ni, tak nak kasi kau pindah pun tau. Tapi nak buat macam mana kan…dah abang kesayangan kau tak sabar-sabar nak ajak pindah.” Renung Mia pada Muaz pula.
“Nak buat macam mana Mira. Saya tak boleh hidup tanpa dia.” Celah Muaz pula.
“Sudah…sudah…banyak betul drama dekat sini. Kembang tekak Zahidi mendengarnya nanti.” Hakikatnya telinga dia yang sudah tidak larat mendengar semua itu.
“Ok, dah beres. Saya nak bersiap sekejap ek? Awak minum dulu tau.” Pinta Mia lalu beredar ke biliknya. Dia sudah membersihkan diri sebentar tadi. Cuma ingin mengemaskan diri serba-sedikit.
“Muaz, awak jaga Mia baik-baik ya. Saya tak nak perkara yang dulu berulang lagi. Awak pun tahukan betapa saya sayangkan dia. Saya dah tak larat nak tengok dia mengalirkan air mata lagi.” Nasihat Mira kepada Muaz. Lebih tepat sebagai pesanan.
“InsyaAllah Mira. Awak doakan yang terbaik buat kami ya. Saya akan cuba perbaiki segala kelemahan saya selama ni. Saya pun kalau boleh dah tak nak ada apa-apa masalah dalam rumah tangga kami lagi. Dah lama sangat keadaan kami macam ni. Ini pun dah kira bersyukur bila Mia sudi tinggal dengan saya balik. Kalau tidak, tak tahulah saya nak buat macam mana lagi. Thanks Mira.” Kerana insan itulah hubungan dia dan Mia dapat dipulihkan. Walaupun masih belum sepenuhnya, sekurang-kurangnya peluang itu semakin cerah.
“Sama-sama. Saya hanya membantu kawan saya. Saya pun nak tengok dia bahagia. Saya tahu, dia benar-benar sayangkan awak. Cuma mungkin dia perlukan masa. Awak pun fahamkan keadaan dia?”
“Saya faham…” belum sempat Muaz menyambung kata-katanya Mia sudah keluar dari biliknya menuju ke arah mereka.
“Ok, dah ready. Kita boleh berangkat sekarang.” Kata Mia.
“Jom saya tolong apa yang patut.” Pelawa Zahidi. Memang niatnya ke mari adalah untuk menolong setelah Mira memaklumkan kepadanya bahawa Mia akan berpindah ke rumah suaminya. Walaupun Zahidi tidak mengetahui keseluruhan cerita rumah tangga Muaz dan Mia, Zahidi sudah tahu dan faham keadaan mereka.
Walaupun baru mengenali Muaz, Zahidi dapat rasakan yang Muaz seorang lelaki yang baik. Tetapi nampak ketegasannya sebagai lelaki.
“Tak ada apa sangat la Zahidi. Saya boleh angkat sorang-sorang je.” Bantah Mia. Bukannya dia mahu mengangkat almari dan meja solek, hanya pakaian dan barangan peribadi yang lain sahaja.
“Ok, semua tak payah tolong dia. Biar dia buat sorang-sorang.” Tiba-tiba Muaz bersuara. Sebenarnya dia mahu mengusik wanita itu. Sehari tidak dapat mengusik, tidak sah hidupnya. Muaz…Muaz…
Mia menjeling pada Muaz. Yang Zahidi dan Mira pula sudah tergelak-gelak kecil. Dia hanya maksudkan pada Zahidi sahaja. Apa gunanya Muaz ada di sini sebagai seorang lelaki tetapi tidak mahu menolong. Lainlah Zahidi. Bukan siapa-siapa bagi dirinya. Muaz pula adalah suaminya. Oppsss…terlajak sudah.
“Tak suruh awak tolong pun. Memang nak angkat sorang-sorang. Kau pun tak payah tolong Mira.” Tiba-tiba sahaja Mia terasa geram dengan Mira kerana dia menyebelahi Muaz yang suka sangat mengenakannya.
Tanpa menoleh ke arah Muaz lagi, Mia mengangkat beg pakaiannya menuju ke kereta Muaz. Ikutkan hatinya mahu sahaja dibatalkan niat untuk tinggal bersama dengan Muaz. Alih-alih dia yang terkena balik.
“Bak sini kunci kereta tu!” kata Mia agak keras pada Muaz yang selamba sahaja berdiri di muka pintu rumah mereka. Memang tiada niat langsung ingin membantu.
“Tak apa. Bonet kereta biar abang tolong bukakan.” Senang hati sahaja Muaz berbicara. Dia mahu melihat sejauh mana isterinya itu mahu menahan marah.
Kerana hatinya sedikit panas dengan tindakan Muaz, dia menghempaskan beg pakaiannya ke dalam bonet kereta.
“Mak ai. Main kasar nampak. Rosak la kereta abang ni.” Perli Muaz. Ikutkan hati mahu sahaja dia gelak terguling-guling di hadapan rumah sewa mereka ini apabila melihat telatah isterinya itu.
“Biar rosak.” Sempat lagi dia menjawab lalu beredar semula ke dalam rumah untuk mengambil bagasi yang seterusnya. Dia ingat aku tak boleh sorang-sorang ke? Tengok orang la. Orang bukan perempuan yang lemah la.
Mahu sahaja dihamburkan kata-kata itu kepada Muaz.
Muaz mengikut Mia dari arah belakang. “Dah la. Abang gurau je. Meh sini abang angkat. Sayang rehat je.” Muaz ingin mengambil bagasi yang sedang dipegang oleh Mia.
“Tak payah. Saya boleh buat sorang-sorang.” Rajuk Mia.
“Sayang merajuk ek? Ala, cian dia. Abang saja gurau la. Takkan la sampai hati abang nak buat isteri abang macam ni. Bak sini beg tu. Abang angkatkan.” Pinta Muaz lagi sambil cuba memegang tangan Mia.
“Saya cakap tak payah, tak payah la.” Tengking Mia. Ini bukan masanya nak bergurau.
Mira dan Zahidi yang sedang leka berbual terperanjat dengan tengkingan Mia itu. Mungkin marah sangat barangkali. Bukan mereka tidak mahu menolong tetapi Muaz yang sengaja mencari pasal.
Mira ingin bergerak untuk membantu sahabatnya itu tetapi dihalang oleh Zahidi. Kata Zahidi biarlah mereka yang selesaikan ‘pertengkaran’ itu. Dia tahu niat Muaz hanya mahu bergurau, mungkin Mia terlalu sensitif.
Tanpa mempedulikan tengkingan Mia itu, Muaz mengambil juga beg di tangan Mia. Apa lagi, bertambah geram la Mia. Sabar sahajalah dengan perangai mereka berdua. Macam anjing dengan kucing. Tetapi pada pandangan Mira dan Zahidi, mereka hanya gaduh-gaduh manja sahaja.
Bukan Mira tidak tahu dengan sikap Muaz yang suka sangat mengusik. Bila api kemarahan sudah meletus barulah mahu memujuk. Mana tak mengamuk si isteri itu. Kadangkala apabila difikirkan kembali, pasangan itu amat secocok. Yang seorang suka mengusik, yang seorang lagi kuat merajuk. Padan sangatlah mereka berdua.
***
Masih terbayang-bayang pelukan terakhir Mira sebelum dia melangkah keluar dari rumah itu tadi. Tangisan mereka tidak dapat dibendung lagi. Maklumlah, mereka bagaikan adik-beradik yang sangat akrab. Ke mana sahaja jarang berpisah. Cuma selepas ini, masing-masing sudah bergelar isteri orang. Masa untuk bersama akan lebih terbatas.
“Sudah-sudah la nangis tu. Nanti jumpa jugakkan?” pujuk Muaz apabila melihat isterinya menangis sejak mereka memulakan perjalanan sebentar tadi.
Malas Mia mahu membalas kata-kata Muaz itu. Hatinya masih geram dengan Muaz. Dia mahu melayan perasaannya ketika ini. Biarlah apa sahaja Muaz mahu kata padanya.
“Ish…ish…ish…dah bengkak-bengkak dah mata tu. Abang nyanyi untuk sayang nak? Mesti sayang tak nangis dah. Ok?” mulalah Muaz ingin membuat loyar buruk itu. Tetapi dia hanya ingin menceriakan suasana sahaja.
“Saya tujukan lagu ni khas buat isteri tersayang saya yang sedang menangisi pemergiaannya ke rumah suami tercinta. Khas buat Nur Mia, terimalah Ku Intai Cintamu Dalam…..ermmm…Dalam-dalam. Ehem..ehem..direnjis-renjis dipilis, ditepungilah tawar, hai beras kunyit ditabur, disiram si air mawar…di..”
“Awak merepek apa ni? Bising tau tak?” potong Mia. Nak menyanyi tapi tak kena dengan tema langsung. Teruk betul la perangai Muaz ni. Mahu tergelak pun ada.
“La, tak sedap ke suara abang ni?”
“Sedap…..sedap sangat. Macam tenuk masak tempoyak. Awak pernah makan?”
“Eee…geli la dengar. Sayang pernah makan ke? Iyakss…”
“Tau pun. Macam tu la suara awak. Sedapkan? Dah la entah apa-apa lagu dinyanyinya. Tak kena dengan suasana langsung.” Kritik Mia.
“Amboi, mengkritik kalah juri-juri dalam AF tu ek? Dah lagu tu je abang tahu. Cepat la, abang nak sambung lagi ni…”
“Dah, tak payah. Lebih baik awak diam.” Cadang Mia. Sudahlah dia masih dalam kesedihan, yang Muaz mahu berlawak pula.
“Abang nak nyanyi jugak. Nak dengar ke tak nak dengar ke terpulang…direnjis-renjis…”
Begitulah perjalanan mereka pada hari itu. Sepanjang jalan Mia menekup kedua-dua belah telinganya. Bermacam-macam lagu yang didendangkan oleh Muaz. Tetapi semuanya HANCUSSS. Yang pasti hatinya agak terhibur dengan keceriaan Muaz itu. Aduh, apa sudah jadi dengan dirinya ini?
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi:
Post a Comment