-->
~CoretanSiPenaDaif~

..Pilih Mana Suka..

  • bola (1)
  • cerita ain (46)
  • cerpen (2)
  • cinta (18)
  • filem (1)
  • ilmu (1)
  • kata2 hikmah (2)
  • kecewa (4)
  • kekasih (1)
  • kereta (1)
  • kesihatan (3)
  • lagu (3)
  • langkawi (4)
  • lirik (2)
  • makan (3)
  • minat (1)
  • movie (1)
  • nasyid (1)
  • novel (5)
  • Novel : Segalanya Mungkin (36)
  • pandangan (10)
  • pengajaran (2)
  • pengalaman (21)
  • percutian (6)
  • perempuan (2)
  • perkongsian (21)
  • persoalan (3)
  • promot (17)
  • puisi (5)
  • ramadhan (6)
  • raya (6)
  • renungan (2)
  • resepi (19)
  • rindu (5)
  • rumahtangga (2)
  • sabah (2)
  • sahabat (4)
  • soal hati (5)
  • walimah (15)

Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 11

“Angah nak balik rumah Angah sendiri. Lagi pun Mia kan ada.” Itulah yang diluahkan oleh Muaz ketika ingin pulang setelah hampir dua minggu berada di hospital.

“Tapi Mia pun kan bekerja. Lagi pun mana Mia tu larat nak jaga Muaz sorang-sorang.” Dato` Masyhur membantah cadangan Muaz itu.

“Sayang tak sanggup jaga abang ke?” Muaz menyoal pula kepada Mia.

‘Apa aku nak jawab ni. Mati la aku nak jaga dia sorang-sorang. Bagi dia mandi la, makan la. Dia tak kisah ke asyik tengok aku je nanti.’ Mia berfikir sendiri. ‘Dia ni pun gatal sangat nak duduk kat apartment dia tu buat apa. Kan lagi senang duduk rumah papa.’ Mia terus-terusan berfikir.

“Mia tak kisah papa. Nanti Mia minta cuti tanpa gaji. Rasanya bos Mia tak ada masalah.” Akhirnya itu yang terkeluar dari bibir Mia. ‘Biar betul aku ni…adoiii…’ Mia tidak sanggup berfikir lagi.

“Ha, dengar tu papa. Lagi pun time ni la Angah boleh manja lebih-lebih sikit dengan Mia.” Muaz sudah tersengih-sengih. ‘Masa ni la aku nak uji tahap kesabaran dia. Kalau dekat rumah papa aku asyik kena buat baik je dengan dia.’ Masih ada dendam di hati Muaz.

‘Tapir betul la tapir ni. Sakit-sakit pun sempat nak menggatal.’ Geram Mia.

“Kalau dah macam tu kata kamu, papa ikut je. Mia perlukan pembantu ke? Jururawat khas ke?” Dato` Masyhur masih tidak jemu menghulurkan bantuan.

“Eh, tak payah la papa. Mia boleh jaga Muaz sendiri. Kan sayang?” Muaz sudah membuat keputusan.

‘Nak papa…Mia nak.’ Mia hanya mampu menyimpan hasratnya itu. Tidak terluah rasanya. “Mia pun rasa tak perlu.” Ringkas jawapan Mia.

***

Seperti yang direncanakan, setelah menghantar Muaz dan Mia ke apartment mereka, Dato` Masyhur dan pemandunya, Pak Kasbi terus beredar dari situ.

“Encik Muaz nak berehat dalam bilik ke?” Mia bertanya kepada Muaz apabila melihat Muaz kurang selesa berbaring di atas sofa.

“Ermm…boleh juga. Tapi aku tak boleh nak jalan sorang-sorang.” Muaz cuba menyampaikan sesuatu.

“Boleh saya tolong Encik Muaz?” Soal Mia. Bimbang pertolongannya nanti disalah ertikan oleh Muaz.

“Dah tu, kalau kau tak tolong siapa lagi nak tolong? Superman?” Lancar sahaja mulut Muaz.

‘Eee…mula la nak buat perangai tu. Aku tolak kau ke lantai karang baru tahu.’ Geram Mia. Belum sampai setengah hari pun, Muaz sudah pun menunjukkan sikap buruknya itu. “Mari saya papah Encik Muaz ke bilik.” Tanpa berlengah Miaz terus membantu Muaz bangun dari pembaringannya.

“Slow-slow sikit. Sakit ni.” Muaz memberi amaran.

‘Tahu la tapir oii…aku bukan kejam macam kau.’ Ingin sahaja Mia menyemburkan kata-kata itu kepada Muaz. Muaz dengan selamba memeluk bahu Mia untuk memudahkan dia berjalan. Sebenarnya Muaz sudah boleh berjalan menggunakan tongkatnya. Tetapi sengaja dia ingin menyusahkan Mia.

‘Ya Allah, beratnya mamat ni. Macam tapir. Eh, dia memang tapir pun. Hahaha…’ Mia tersenyum sendiri.

“Kenapa kau senyum? Suka tengok aku macam ni kan? Aku suruh kau dukung aku karang baru tahu.” Muaz cuba mengugut Mia. Geram hatinya apabila melihat Mia tersenyum tiba-tiba.

“Tak ada apa-apa Encik Muaz.” Itu sahaja yang mampu Mia katakan.

“Pegang la aku kuat-kuat. Ini macam tak makan setahun je. Padahal sehari sampai tiga kali makan.” Muaz terus membebel apabila dirasakan tangan Muaz tidak menyentuh tubuhnya.

‘Kurang asam. Dia yang kuat melantak, kata aku pulak. Karang aku pegang kuat-kuat kata aku nak ambil kesempatan la, nak menambahkan sakit dia la.’ Mia bertambah meluat dengan sikap Muaz.

Apabila dirasakan tangan Mia kejap memegang pinggangnya, Muaz tersenyum puas. Tetapi seperti ada perasaan lain yang bertandang di hati kecilnya.

Setelah hampir dengan katil Muaz, Mia dengan tidak sengaja tersepak bucu karpet di bilik itu. Tiba-tiba kedua-duanya terjatuh ke atas tilam empuk itu. Terbeliak biji mata Mia apabila menyedari Muaz menindih badannya. ‘Alamak, mesti aku kena marah ni.’ Mia sudah dapat meneka apa yang bakal berlaku selepas ini. Tanpa sengaja mata Muaz bertembung dengan mata Mia. Tepat ke arah itu. Mia merasakan jantungnya hampir berhenti. Begitu juga dengan Muaz.

‘Ahh…kenapa dengan aku ni?’ Muaz cuba menepis satu perasaan yang cuba singgah di hatinya.

“Kau ni letak mata dekat mana ha? Nanti aku ni bukan bertambah sihat tapi bertambah sakit. Nasib baik kau yang tak tindih aku, kalau tak tidur hospital lagi la aku malam ni.” Sudah dijangka. Itulah sikap Muaz Hasbi. Mujurlah luka di perut Muaz sudah hampir sembuh.

“Maaf Encik Muaz. Saya tak perasan yang bucu karpet tu terlipat tadi.” Mia cuba memohon maaf walaupun tubuh Mia sakit dihempap oleh Muaz tadi. Sedaya-upaya Mia cuba mengangkat Muaz. Akhirnya Muaz berjaya dibaringkan di atas katil.

‘Fuh…lega. Dah la berat macam tapir. Aku yang kecil ni kena angkat dia. Kerja gila!’ Mia mengesat peluh di dahinya.

“Encik Muaz nak makan apa-apa? Saya buatkan.” Mia cuba meredakan kemarahan di hati Muaz.

“Memang nak makan pun. Dari tadi aku lapar tau. Baru sekarang teringat nak tanya?” Muaz masih lagi dengan sisa amarahnya.

“Encik Muaz nak makan apa?” Mia bertanya lagi.

“Disebabkan lapar aku dah menjadi dua kali ganda, aku nak makan sup sayur, ayam goreng rempah, daging masak lemak…..itu la dulu kot. Kalau aku nak apa-apa tambahan, aku inform kau kemudian ya?” Muaz sudah mampu tersengih.

‘MasyaAllah, sakit-sakit pun selera macam gajah. Eh, bukan gajah, tapi tapir.’ Terbeliak biji mata Mia apabila mendengar permintaan Muaz yang agak melampau itu.

“Ha, pasal apa kau buat muka macam tu? Itu baru sikit, nak aku tambah lagi ke?” ujar Muaz seakan-akan mencabar kesabaran Mia.

‘Dia ingat aku ni buka kedai makan ke main order macam tu je. Siap dengan ayam goreng rempah lagi. Pasal apa tak minta tapir goreng keju. Kan lagi sedap tu.’ Bertambah panas Mia dengan perangai Muaz.

“Yang kau tercegat lagi dekat situ buat apa? Mengata aku la tu.” Muaz seperti dapat membaca apa yang sedang difikirkan oleh Mia. ‘Rasakan kau! Puas hati aku.’ Muaz menjerit girang di dalam hati.

“Mana ada. Betul ke Encik Muaz nak makan banyak macam tu? Ayam dengan daging memang la ada, tapi dah keras dalam peti ais tu.” Mia cuba memberi alasan.

“Yela, kan aku kata lapar aku dua kali ganda sekarang. Kalau keras, cairkan la. Itu pun tak boleh fikir ke? Aku bagi masa satu jam untuk kau siapkan semua masakan tu. Kalau kau tak dapat siapkan dalam masa tu, aku denda kau.” Muaz tersengih lagi sambil membetulkan posisi tubuhnya.

“Ha, biar betul Encik Muaz. Bukan satu masakan tu, tapi tiga. Mana sempat Encik Muaz.” Mia meminta simpati.

‘Gila ke sewel mamat ni? Ingat aku ni tukang masak handalan ke nak masak secepat itu. Saja nak buat aku naik darah la mamat ni.’ Mia sudah menundukkan wajahnya.

“Dah, jangan nak bagi banyak alasan. Kau pergi masak sekarang! Aku dah lapar la. Kau nak aku bertambah sakit ke?” Marah Muaz. Mia terasa ingin menangis. ‘Ibu…tengok Muaz ni. Dia buli Mia.’

“Ingat pesan aku, tak siap dalam masa satu jam kau kena denda.” Ugut Muaz lagi.

***

Mia terus berlari ke dapur. Muaz tersenyum puas. “Macam mana ni. Daging dengan ayam ni masih keras lagi. Ni pun dah ambil masa lima belas minit. Susah la berkahwin dengan orang gila merangkap tapir ni.” Bebel Mia lagi.

“Biar la. Bukan dia dengar pun. Lepas tu siap nak denda-denda lagi. Geramnya.” Mia meramas-ramas daging yang direndam di dalam air itu.

“Nasib baik aku pandai masak. Kalau tak bertambah-tambah masalah aku.” Tanpa Mia sedari air matanya mengalir laju di kedua-dua pipinya. Sedih mengenangkan nasib yang dialaminya sekarang.

Sudahlah dia terpaksa mengambil cuti sehingga Muaz sembuh. Mujurlah majikannya memberikan gaji separuh hari bekerja. Kalau tidak sesak juga dia ingin meneruskan hidup. Satu sen pun tidak pernah dihulurkan sepanjang perkahwinan mereka itu.

“Alamak, lagi sepuluh minit. Sup sayur dah masak, ayam tengah goreng. Eee… daging ni lambat lagi nak masak. Mampus aku.” Dipandang sekeliling dapurnya, habis tunggang terbalik segala perkakas.

“Tak apa…tak apa. Nanti boleh kemas.” Sedang leka mengucai daging masak lemak supaya lebih sebati, Mia teringat akan sesuatu yang bakal merosakkan segala-galanya.

“Ya Allah, nasi aku tak masak lagi.” Terus ditutup api daging itu. Berkejaran Mia mencari periuk nasi. Mia menangis apabila mengenangkan yang dia bakal didenda dan dimarahi oleh Muaz.

Akhirnya setelah ‘berjuang’ habis-habisan di dapur, tepat jam 1.55 petang lengkaplah menu yang ditempah oleh Muaz. Segera Mia membawa semua hidangan itu ke bilik Muaz.

***

“Encik Muaz dah boleh makan. Maaf, lambat sikit.” Suara Mia sudah tenggelam timbul menahan debar di dada. Mata Muaz terus terpandangkan semua masakan Mia.

“Apa kau kata? Lambat sikit? Dekat sejam lambatnya kau kata sikit? Kau tau tak yang aku ni dah kebulur.” Sudah merah mata Muaz menahan marah.

“Sebenarnya semua lauk ni saya dah siapkan tepat pada masanya, tapi saat-saat akhir saya lupa nak masak nasi.” Mia sudah menahan sebaknya apabila dimarahi oleh Muaz.

“Banyak la alasan kau. Kau ingat aku bodoh?” Muaz memuntahkan kata-katanya pada Mia.

“Saya tak tipu. Saya betul-betul terlupa.” Mia sudah menangis. Sampai hati Muaz menuduhnya begitu.

“Apa yang kau ingat? Pakwe-pakwe kau dekat luar sana? Asyik berangan je.” Muaz terus-terusan menuduh Mia tanpa usul periksa.

“Sampai hati Encik Muaz cakap saya macam tu. Seminit pun saya tak berhenti buat kerja.” Mia cuba membela dirinya dari terus dihina oleh Muaz.

“Buat la muka kasihan tu. Aku tak hairan. Bak sini nasi tu. Layan kau pun bukan dapat apa.” Pinta Muaz kasar. Dengan hati-hati Mia membawa dulang itu ke arah Muaz. Air matanya masih mengalir.

“Kau tolong aku suapkan nasi ni. Tangan aku tak berapa larat nak angkat lagi.” Pinta Muaz dengan nada yang agak rendah. Mia hanya menurut. Tidak sanggup untuk mendengar cemuhan Muaz lagi.

Lauk pertama yang dijamah oleh Muaz adalah daging masak lemak. Elok sahaja suapan pertama masuk ke dalam mulutnya, Muaz terus menghamburkan segalanya ke lantai. Lalu ditepis pinggan yang dipegang oleh Mia.

“Kau masak apa ni ha? Tawar nak mampus.” Muaz hampir menaikkan tangannya ke Mia.

“Kenapa Encik Muaz cakap macam tu. Penat saya masak.” Pilu dan hancur hati Mia apabila melihat nasi sudah bertaburan di atas lantai. Habis baju dan tudungnya terkena percikan kuah daging itu.

“Kau tu ikhlas ke tidak masakkan untuk aku? Masak pun tak rasa apa. Dah la aku tunggu punya lama. Tapi hasilnya zero. Faham tak?” Muaz menepis-nepis taburan nasi di atas tilamnya.

‘Ya Allah, sampai tahap manakah Engkau mahu menguji aku ya Tuhan.’ Air mata Mia tidak dapat ditahan-tahan lagi.

“Sikit-sikit menangis. Itu la yang kau tahu. Kau kemas semua ni sekarang lepas tu berambus dari bilik aku ni. Menyampah aku tengok muka kau.” Muaz terus menghalau Mia.

Sebaik sahaja mengemaskan apa yang ditumpahkan oleh Muaz, Mia ingin terus beredar. Tetapi Muaz sempat berpesan. “Kau jangan lupa pasal denda tu. Kau jangan ingat boleh terlepas.”

Sebelum menutup pintu bilik Muaz, jelas di pendengaran Mia akan kata-kata pedas Muaz. ” Kalau dah bodoh tu, bodoh jugak la.” Mudah sahaja Muaz menuturkan kata-kata itu tanpa memikirkan perasaan Mia.

***

‘Mira, kau tengok la nasib aku ni. Aku tak sanggup lagi.’ Mia menangis teresak-esak di dalam bilik air. ‘Aku masak penat-penat, dia boleh tepis macam tu je. Sakit hati aku Mira.’ Mia sudah hampir berputus asa. Bagaimanakah harus aku tempuhi hidup yang begitu sukar ini. Aku sudah tidak berdaya.

‘Baba, Mia nak balik. Mia nak tinggal dengan baba. Baba tak pernah marah Mia. Baba tak pernah kritik masakan Mia. Tapi Muaz…’ Betapa kejam perbuatan Muaz itu.

***

“Melampau sangat ke apa yang aku buat tadi? Tapi dah memang lauk tu tawar, takkan aku nak makan jugak kot.” Sedikit penyesalan timbul di hatinya.

“Rugi pulak tak rasa ayam goreng rempah dengan sup sayur dia tadi. Nampak macam sedap je.” Muaz tersengih. “Tu mesti tengah menangis. Aku ingatkan dia takkan menangis macam tu sekali. Aku acah je sebenarnya walaupun ada rasa nak marah.” Muaz berbicara sendirian.

“Kenapa dia tak melawan aku langsung ya? Padahal aku dah buat dia betul-betul marah.” Muaz berfikir lagi. “Ahh…dia berlakon je tu.” Muaz masih dengan prasangkanya.

Mia pula sedang menangisi nasibnya.
~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Thursday, August 04, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:AhLan WasAhLan:..

..:KePunYaAn EmPaYar:..

nurul ain haji jamli
24 april 1990
kuala kangsar, perak
penulis & blogger
dah jadi PUAN

kLik..kLik..

..:iMpiAn HatI:..

"Ya ALLAH, jaDikAn Aku WaNitA sOLehAh...yaNg bAik dI anTarA yAnG tErbAiK...kUrnIaKan jUgA PenDamPinG yAng BaIk daLam HiDupKu...baGi mEndApaTkAn SesUaTu YaNg TerBaIk dAri-Mu...aMin yA RaBb..."

..:pEcEbuK:..

Nurul Ain Haji Jamly

Create Your Badge

cE kOmE tRy bAce!!

  • ►  2013 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (8)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (6)
  • ►  2012 (78)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ►  October (6)
    • ►  September (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (8)
    • ►  June (12)
    • ►  May (14)
    • ►  April (9)
    • ►  March (1)
    • ►  February (6)
    • ►  January (1)
  • ▼  2011 (79)
    • ►  December (7)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (7)
    • ▼  August (32)
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 29
      • Last Kerja B4 Raya
      • Al-kisah Kasut Raya
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 28
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 27
      • TaHuN ke-3 TanPa...Mu...
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 26
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 25
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 24
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 23
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 22
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 21
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 20
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 19
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 18
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 17
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 16
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 15
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 14
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 13
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 12
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 11
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 10
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 9
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 8
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 7
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 6
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 5
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 4
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 3
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 2
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 1
    • ►  June (7)
    • ►  May (6)

..:FoLLowErS:..

..:i foLLow u:..

  • Blog Cik Nurfarah
    HI 2025
  • Jia creatifelt
    Harry Potter Et Les Reliques De La Mort : 1ère Partie (2010) Watch Full Movie Streaming Online
  • Warong Makcik Senah
    Watch Clifton Hill 2019 Free Online
  • Kisah BudaxXx Montel ^^
    Watch Cardboard Boxer 2016 Free Online
  • Entirely Of Flaws
    Bank Indonesia Memberi Penghargaan Atas Pelaporan Uang Palsu
  • ♥cOraT cOret NusHA ♥
    TRAGEDI OKTOBER : Duit bagi tapi tak cukup!
  • TAMU JAJAKRAF
    NOTICE BOARD
  • ~BabyComel~ Hanya insan Biasa
    Suratan Takdir Gersang Kisah Si Curang
  • I CANT HEAR THE SILENT MELODIES
    Jual Obat Maximoz Peningkat Vitalitas, Stamina Dan Obat Ejakulasi Dini Di Sidoarjo
  • Nurhafizah ❤
    5 Tips Bagaimana Menjaga Fikiran Positif Setiap Hari
  • Wanita Melayu Akhir Zaman
    J-Pace SUV Review 2018
  • SaHaBaT BUKIT BOTAK
    Ninja : Genap 1 Tahun 4 Bulan
  • silenceaneesa ♥
    Langkah Memberi warna Baju Dengan Wantex supaya Sembuh Seperti Baru Lagi
  • Reading is the most relaxing moment. (I'm only eighteen)
    Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion 5
  • BILA KATA HATI MENULIS
    Terus Mencintaimu
  • Wardah Alisya
    8 tahun usia Wardah Alisya
  • Dazzi Lurzzi Official Blog
    Redha 2016 Movie Hack Full
  • ya allah kuatkan hati kami
    Obat herbal murah berkhasiat paling ampuh
  • oLd_sChOoL
    Selangor Juara Piala Malaysia, Kenduri Kahwin Member Lebih Penting
  • [ hujung peNa... papan kekuNci ]
    "Letihlah nak pikir duit..."
  • JoY AnD SoRrOw
    FiRsT eNtRy FoR tHiS yEaR
  • Anas Muallim
    Cuti yang panjang
  • segalanyamungkin
    BAKTI SISWA TERENGGANU (KAMPUNG SEBERANG TAKIR)
  • ! ~ Salam Ukhuwah ~ !
    Giveaway dan Lucky Draw
  • misyaain amna
    TANDA HIDUP TAK BERKAT
  • ^◕‿◕^
    UPDATE NEW STOCK ** MEN'S SHIRTS **
  • The Karl Nyzam™
    Erti Sebuah Kemaafan
  • col0ur ur life
    Tukar Lagi.
  • kami craft
    Pek Kombo Tona~~ Murah Gilaa~~~!!!
  • Abu HurairaH
  • My Life
    Hujung Minggu
  • ~~ ketulusan hati ~~
    Dia kekasih aTi Qu...
  • ♥ CATATAN SEORANG HAMBA ♥
    ♥ KISAH MAYAT MEMBACA SURAH YASSIN DI MEKAH ♥
  • maiza husna
  • PERCUTIAN TERINDAH
    PAKEJ 3HARI 2MALAM DI PANGKOR
  • ! .. ✿Ɖαʏα Ƭнɛ Ƨιϰтн✿ .. !
    Korean Fashion :)
  • Ibnu Sina ATC
    Sekitar Karnival Ekonomi Muslim
  • ~liFeminEswEEtsoUr~
  • Celoteh Deqyah Pegeon~
  • Triple L
  • JuZ a sImPLe guRL DiaRy
  • BerLARI ke LANGIT
  • ♥
  • Muni Izzah
  • ♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫•♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫• ♫•*¨*•.¸¸
  • vip eema..
  • Eimma
  • kedai mu
  • Hafiz Hamidun
  • Seek ONLY for MARDHOTILLAH
  • BLOG ALAN
  • ✿ Missz.Nana.Punyer.Cerita ✿
  • ..sEriKanDi isLaM..
  • *sUkA-suKi DunIakU*
  • hello !!!
Backgrounds & Flower Backgrounds
Powered by Blogger.