“Tau ke rumah Mira dekat mana?” soal Muaz sebaik sahaja kereta Muaz sudah meluncur laju di atas jalan raya.
“Tau. Dekat Taiping.” Jawab Mia pula.
“Abang tau la dekat Taiping sayang. Sayang ingat Taiping tu kecil je ke? Apa punya jawapan.” Sempat lagi dia memerli Mia.
“Oo…saya tau la.”
“Dekat mana?”
“Zoo Taiping.” Gurau Mia.
“Sayang buat lawak ke? Nak abang gelak tak?” ada hati nak bergurau dengannya. Ingatkan dah tak sudi.
“Boleh la. Gelak sikit je ek?”
“Hahaha….” Sengaja dibuat-buat gelak itu. Bagi memuaskan hati Mia.
“Ala, saya tau la. Saya pernah pergi sana la. Masih segar dalam ingatan ni tau.” Sudah beberapa kali Mia mengikut Mira pulang ke kampungnya di Taiping. Dia sudah menghafal pun jalan untuk ke rumah Mia.
“Ooo…yeke. Mana la tau kot asyik fikir abang je sampai lupa benda lain.” Perasan Muaz.
“Awak buat lawak ek? Nak saya sedekahkan gelak ke?” Mia menyindir Muaz pula.
“Amboi, lawan tokeh nampak.” Dicubitnya pipi Mia.
“Ee…tangan tu macam ketam.” Rungut Mia. Jika hari-hari pipinya menjadi mangsa cubitan Muaz, jawabnya lebam memanjang la.
“Pipi tu gebu sangat.” Ujar Muaz.
“Dah, jangan nak mula ek.” Tegur Mia.
“Yela-yela. Nak gurau sikit pun tak boleh. Eh, nanti sampai Taiping kita tidur rumah Mira ke?” soal Muaz. Dia tidak sempat lagi bertanya dengan Mia berkaitan hal itu.
“Oo…saya terlupa nak beritahu. Saya rasakan elok kita sewa hotel jela. Sebab saudara-mara Mia ramai sangat. Mesti tak muat rumah tu nanti. Lagi pun Mira tak cakap apa pun dengan saya lagi. Tapi saya tak nak la susahkan dia pulak.” Keluarga Mira memang sebuah keluarga yang sangat besar. Maklum sahajalah, kedua-dua orang tuanya mempunyai adik-beradik yang ramai.
“La…kenapa sayang tak beritahu awal-awal. Kalau tak boleh booking hotel siap-siap. Kalau hotel penuh karang kita nak tidur dekat mana?” sebenarnya Muaz agak terkejut dengan cadangan Mia itu. Dia langsung tidak terfikir untuk menginap di mana-mana hotel memandangkan Mia mungkin tidak akan bersetuju dengan cadangan itu. Tetapi lain pula yang dirancang oleh Mia.
Jika mengikut kehendaknya memang dia mahu menyewa hotel sahaja. Lagi pun dia tidak berapa kenal dengan keluarga Mira. Terasa segan pula. Pucuk dicita, ulam mendatanglah ni. Melompat keriangan Muaz di dalam hati.
“Saya lupa la…” keluh Mia pula.
“Eleh, tadi kata masih segar dalam ingatan. Padahal ingat dekat abang je kan? Tak nak mengaku la tu.” Perli Muaz sambil tersenyum bangga.
“Tolong sikit ek. Awak tu yang perasan tak habis-habis. Saya pun manusia biasa jugak. Bukan semua benda saya boleh ingat serta-merta…” Mia mula membebel. Pantang betul apabila Muaz cuba menafikan kata-katanya. Ada sahaja jalan untuk mengenakan dia.
“Dah, dia dah mula dah tazkirah dia. Nanti lepas solat kita sambung balik ya ustazah?” dia sebenarnya amat suka apabila Mia mula membuka bicara seolah-olah berleter kepadanya. Amat senang sekali rasanya jika dibandingkan dengan mood Mia yang kadang kala sukar untuk dibaca.
Dia lebih sanggup mendengar leteran Mia seharian dari melihat wajah itu muram walaupun sebentar. Terseksa jiwa dan raganya. Muaz benar-benar sudah gila bayang.
Mia terus menjeling Muaz.
“Tak puas hati ke? Nak gaduh? Jom!” pelawa Muaz. Sengaja menaikkan darah isterinya lagi.
“Saya tumbuk kang.” Ujar Mia.
“Tumbuk? Ala…takutnya saya. Sayang nak tumbuk dekat mana?” usik Muaz lagi.
Tanpa menunggu lebih lama Mia menumbuk bahu Muaz.
“Auuww…sakitnya. Tolong…tolong…” Muaz sudah berlebih-lebih. Sakitnya bukan terasa pun. Sengaja mahu menarik perhatian sahaja.
“Mengada la awak ni.” Marah Mia dan tanpa disedari Mia menarik telinga kiri Muaz pula. Puas hati!
“Mana aci dua kali. Lunyai la abang macam ni. Tengok…tengok…kulit kita dah merah-merah. Awak la penyebabnya ni. Beritahu papa kita.”
“Ahh…malas la layan awak. Saya nak tidur. Awak jangan buat bising.” Pesan Mia.
“Eh, kalau sayang tidur sapa nak tunjuk jalan dekat abang? Abang bawak ke lain karang baru tahu.” Sunyilah dia kalau Mia tidur. Dia mahu terus mengusik wanita itu. Perjalanan yang jauh pun tidak terasa apabila Mia tidak henti-henti memarahi usikannya.
“Ala, bukannya kita dah masuk pekan Taiping. Tapah pun tak sampai lagikan. Nanti dah nak sampai awak kejutkan la saya.” Dia malas mahu melayan perangai Muaz. Asyik dia sahaja yang terkena. Lebih baik tidur dari bertekak dengan Muaz.
“Ala, tak aci la. Abang penat-penat drive sayang boleh tidur pulak. Temankan la abang ni.” Rayu Muaz pula.
“Tak nak. Awak ikhlas ke tak ni?”
“Ikhlas la…” jawab Muaz ringkas seolah-olah merajuk dengan Mia. Bukan dia mahu mencari gaduh, tetapi sengaja mahu menceriakan suasana dengan mendengar bebelan Mia yang berterusan.
“Kalau ikhlas jangan banyak mulut ek?” pesan Mia lagi.
“Yela-yela…sapa la abang ni kan. Hanya layak jadi driver sayang je…” Muaz mula mengeluarkan ayat-ayat sedihnya. Mia pula sudah menekup kedua-dua telinganya sambil menutup mata juga. Dia benar-benar mahu tidur.
Tanpa disedari mereka sudah sampai di hentian R&R Sungai Perak. Mia tersedar pun bukan kerana dikejutkan oleh Muaz tetapi dia tersedar dek kerana merasakan kenderaan yang dinaikinya tidak lagi bergerak. Bertuah punya Muaz. Bukannya mahu mengejutkan aku.
Dipandangnya ke sebelah. Rupa-rupanya Muaz juga sedang lena. Terasa kasihan pula. Mungkin dia keletihan. Eh, dah dekat pukul lapan. Lama juga dia dapat tidur. Sudah alang-alang mereka sampai di sini lebih baik terus menunaikan solat maghrib dan isyak.
Lalu Mia mengejutkan Muaz. “Awak, bangun la. Jom solat dulu.” Dia menggoncang sedikit tubuh Muaz.
“Awak…bangun la.” panggil Mia lagi. Takkanlah letih sangat sampai tak sedar orang panggil.
“Abang sejuk sayang...” Kata Muaz lemah. Memandangkan ketika ini hujan sedang mencurah-curah turun dari langit yang kelihatan gelap sekali, mungkin menambahkan kedinginan ditubuh mereka.
“Yer…saya tahu. Tapi jom la solat dulu. Mudah sikit karang. Tak payah singgah mana-mana dah.” Kata Mia lagi.
“Abang tak larat...” Lemah sekali suara itu.
Biar betul Muaz ni. Mengigau ke apa ni?
“Awak…” dipegang lengan Muaz. Terasa panas tubuh itu. Eh, demam ke mamat ni? Takkan tiba-tiba je.
“Awak tak sihat ke?” lalu diletakkan telapak tangannya di dahi Muaz. Ya, Muaz demam. Tapi, kenapa tiba-tiba boleh demam ni? Tadi ok je. Macam-macam yang difikirkan oleh Mia saat ini.
Muaz hanya diam sahaja. Badannya tiba-tiba terasa lemah. Sebenarnya memang sejak pagi tadi Muaz berasa tidak sedap badan. Tetapi tidak disuarakan kepada Mia. Bukan Mia akan peduli pun dengan semua itu. Lebih baik dia berdiam diri sahaja.
“Jom kita turun dulu. Karang saya pergi cari apa-apa ubat dekat petronas tu. Hujan pun dah surut sikit ni.” Kata Mia.
“Dalam kereta ada payung tak?” soal Mia pula. Dia tidak mahu demam Muaz bertambah teruk apabila terkena air hujan pula.
“Ada. Dekat bonet belakang.” Jawab Muaz perlahan.
Tanpa menunggu lebih lama, Mia turun dari kereta untuk mengambil payung. Lalu dia beredar ke sebelah tempat duduk Muaz pula.
“Jom turun. Awak kena kuat. Nanti saya carikan ubat ya.” Pujuk Mia. Bimbang dia melihat keadaan Muaz yang lemah seperti itu.
Muaz gagahkan juga dirinya untuk keluar dari kereta. Mungkin selepas solat nanti suhu badannya akan sedikit turun.
“Awak pegang saya kuat-kuat ya? Saya takut lantai ni licin.” Pesan Mia lagi. Dipaut erat pinggang Muaz. Muaz juga begitu. Payah juga untuk dia berjalan. Mahu memegang payung lagi, mahu membantu Muaz berjalan lagi. Sudahlah ketinggian Muaz berbeza dengannya.
Setelah sampai di bawah teduhan Mia meletakkan payung itu ke tepi. Tetapi masih memaut erat tubuh sang suami. Dia melibas-libas air hujan yang terkena pada rambut dan pakaian Muaz. Nanti bertambah teruk pula demam Muaz. Lalu didudukkan Muaz terlebih dahulu.
“Saya hantar awak dekat surau dulu ya. Awak solat dulu. Lepas saya habis solat saya pergi cari ubat awak.”
“Sayang nak cari dekat mana?” soal Muaz.
“Tu, dekat petronas sana tu. Mesti ada panadol sekurang-kurangnya. Jom! Nanti sebelum makan ubat kita makan apa-apa dulu.” Begitu risau Mia melihat keadaan Muaz ketika ini. Sudahlah mereka belum sampai ke destinasi yang sebenar.
“Tak apa. Abang boleh jalan sendiri ke surau tu. Sayang pun pergi solat dulu.” Walaupun kepalanya sudah mula sakit ketika ini, dia tidak mahu terlalu membebankan isterinya itu. Dia akan gagahkan juga dirinya.
“Awak pergi la dulu. Saya tengok dari sini.” Dia tidak mahu keadaan Muaz bertambah teruk.
“Abang boleh la sayang. Jangan la risau sangat.” Serba salah dibuatnya.
“Tak nak. Nanti awak jatuh ke apa ke.” Tegas Mia.
“Ok, ok.” Muaz bangun perlahan-lahan untuk menuju ke surau di situ. Memang sejak kecil beginilah keadaan Muaz. Susah sekali dirinya untuk terkena demam tetapi sekali terkena mahu lumpuh satu badan dibuatnya.
Selepas memastikan Muaz masuk ke dalam surau itu, Mia pula bergerak ke surau yang bersebelahan.
***
“Sorry…lama ke awak tunggu? Ni ubatnya. Saya dapat belikan panadol jela dulu. Ubat lain tak ada dekat petronas tu.” Ujar Mia sebaik sahaja ternampak Muaz sedang duduk di atas kerusi berhampiran dengan surau itu tadi. Mungkin menunggu kedatangannya.
“Tak…kenapa sampai basah-basah ni?” kain baju kurung yang dipakai Mia hampir basah di bahagian bawahnya.
“Kan hujan lagi. Cepat la makan ubat ni. Eh, jom makan nasi dulu ke apa ke.”
“Kenapa kalut sangat ni? Abang yang tak sihat dia yang gelabah.” Mahu tergelak pun ada. Kelam-kabut sahaja isterinya itu. Kini dia benar-benar yakin bahawa Mia begitu mengambil berat pada dirinya.
“Saya cuma risau je…” perlahan sahaja ayat itu dituturkan.
“Apa dia? Ulang sekali lagi?” tengah sakit pun masih ada hati mahu mencuit hati si Mia.
“Tak ada apa-apa la…jom pergi makan.” Dia cuba membantu Muaz untuk bangun berdiri. Tetapi Muaz terus-terusan memandang wajah si isteri.
“Kenapa tengok saya macam tu?” Mia malu sebenarnya. ‘Nampak sangat ke yang aku ni gelabah? Aduh…cover! Cover!’
“Tak ada apa-apa. Jom, nanti lambat pulak kita sampai Taiping.” Dibalas pautan Mia di lengannya.
***
“Biar saya drive la. Awak rehat dekat sebelah.” Cadang Mia ketika mereka ingin melangkah ke arah kereta. Mujurlah hujan sudah berhenti. Tetapi kedinginannya amat terasa sekali. Mia pula sedari tadi tidak melepaskan rangkulan pada lengan Muaz.
“Tak apa la. Abang mampu lagi.” Seboleh-bolehnya dia tidak mahu membiarkan isterinya itu memandu jika dia disebelah. Bukan tidak percaya tetapi bimbang sahaja.
“Mampu apa kalau kepala tu sakit. Badan pun panas lagi. Awak tak percaya saya ek? Lagi pun bukan jauh dah.” Mia cuba memujuk. Dia tidak mahu Muaz bertambah letih. Nanti kenduri Mira entah ke mana, mereka pula entah ke mana.
“Abang bukan tak percaya sayang. Tapi selagi abang mampu, biar la abang yang drive. Sayang teman abang je ek?” Muaz pula cuba memujuk.
“Ikut awak la.” setelah membuka pintu untuk Muaz, Mia berlalu pantas ke sebelah tempat penumpang. Malas mahu bergaduh dengan Muaz.
“Sayang marah ke? Abang risau dekat sayang je.” Dicapai tangan isterinya itu. Mia hanya diam sahaja.
‘Saya pun risau dekat awak jugak. Itu pun tak nak faham.’ Kata Mia sendirian. Untuk meluahkannya Mia berasa malu pula.
“Dah la. Gerak cepat. Nanti lagi lewat.” Ujar Mia tanpa memandang ke wajah Muaz.
“Jangan la marah abang. Tak kesian ke dekat abang yang tengah sakit ni?” Muaz cuba meraih simpati. Ikutkan hatinya mahu sahaja dia berbaring di tempat duduk belakang. Tetapi apabila memikirkan isterinya yang akan memandu dia tidak sanggup.
Muaz terus sahaja memandu. Biarlah dengan rajuk isterinya itu. Dia mahu duduk diam sudah cukup baik.
“Waalaikumsalam…yer Mira.”
“Kau dah sampai dekat mana ni?” soal Mira. Bimbang juga andai sahabatnya itu tersesat jalan.
“Kami dah nak masuk tol Taiping ni. Kenapa Mira?”
“Lambatnya. Kau bertolak tadi lepas asarkan?” takkanlah begitu perlahan Muaz memandu.
“A’ah. Lepas asar. Tadi singgah dekat R&R Sungai Perak lama sikit. Muaz tak sihat pulak.” Entah kenapa ayat itu pula yang terkeluar.
“Oo...yeke...tak sihat kenapa?”
“Demam.” Sempat dipandang sekilas pada suaminya. Bukan dia tidak nampak yang Muaz cuba menahan sakit kepalanya tetapi kedegilan suaminya itu mengatasi segala-galanya.
“Mira, aku tak tidur rumah kau la yer. Kami sewa hotel je.”
“Ok. Tak apa la kalau macam tu. Lagi satu kau terus jela check in. Dah Muaz tak sihat. Nanti kalau kau ke mari dulu ramai sangat pulak orang. Bertambah demam Muaz nanti.” Cadang Mira.
“Eh, betul ke ni? Mak kau tak kata apa-apa ke aku langsung tak menjenguk.” Bimbang juga andai ibubapa Mira terasa hati. Maklumlah, sampai sekarang tidak menunjukkan diri.
“Tak apa la Mia. Mak ayah aku tak kisah punya. Esok kau datang jugakkan? Lagi pun Muaz kan tak sihat. Diorang akan faham. Kau nak menyewa di mana tu?”
“Entah, aku pun tak tahu. Kau rasa dekat mana yang ok?” Mia pun bukannya tahu sangat dengan selok-belok di pekan Taiping ini.
“Kau pergi Hotel Seri Malaysia la. Selesa sikit. Dekat dengan taman tasik. Kau tahukan? Kita pernah pergi dulu.”
“Ooo…ingat la jugak. Tak apa la. Aku tak sure karang aku tanya orang la ye.”
Tidak lama selepas itu Mia pun menamatkan panggilan.
“Kita terus check in hotel la. Mira cakap esok je kita pergi rumah dia.” Kata Mia tetapi masih tidak memandang wajah itu.
“Nak check in hotel mana ni?”
“Seri Malaysia. Dekat dengan taman tasik. Tahu tak?”
“Tahu. Kita pergi sana terus ek?” Muaz juga terasa sangat letih. Sedaya upaya cuba ditahan sakitnya. Dia tidak mahu menambahkan kegelisahan di hati Mia.
“Ya.”
***
“Pucatnya muka awak.” Tegur Mia sebaik sahaja mereka masuk ke bilik hotel itu. Muaz memang sudah bersedia untuk berbaring. Kepalanya sakit sekali.
“Mandi la dulu. Tadikan dah terkena hujan.” Nasihat Mia lagi.
“Sejuk la.”
“Kalau awak tak nak mandi pun tukar baju dulu. Nanti lagi melarat demamnya.”
“Tak nak.” Muaz membuat degilnya. Dia mahu tidur sahaja.
“Jangan la macam ni. Jom saya tolong awak.” Pujuk Mia lagi. Mengalahkan budak-budak perangai Muaz ketika ini.
“Abang tak nak jugak.” Terus sahaja Muaz memanjat katil. Dia tidak mahu berfikir apa-apa lagi.
“Jom saya tolong mandikan awak.” Bukan Mia tidak pernah berbuat begitu pun. Sudah hilang perasaan malunya.
Muaz masih mengeraskan dirinya di atas katil.
Tanpa menunggu lebih lama Mia berjalan menuju ke arah Muaz yang sudah terlentang di atas katil empuk itu. Dia cuba untuk menanggal butang kemeja Muaz satu persatu.
“Abang tak nak mandi sayang...” Rengek Muaz. Ditepis lembut tangan itu.
“Jom la mandi dulu. Baju awak ni pun lembab tau. Jangan la degil sangat. Nanti lepas mandi tidur la puas-puas ya.” Mia cuba memujuk lagi. Jika berkeras pun Muaz akan lebih terasa hati. Layankan sajalah. Orang yang sedang sakit memang begitu.
Muaz cuba memalingkan badannya untuk membelakangkan Mia. Tiba-tiba dia ingin bermanja dengan Mia. Biar Mia melayan kerenahnya ketika dia sedang sakit.
“Meh saya bukakan baju awak dulu. Ok la kalau tak nak mandi saya lapkan badan awak. Cepat.” Dia menarik tubuh itu agar menghadap ke arahnya. Degilnya orang tua ni.
Apabila Muaz langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi Mia pun berkata, “kalau awak sayang saya awak kena dengar cakap saya.” Itulah ayat keramat yang mungkin akan mencairkan hati Muaz. Pasti!
Seperti yang disangka, Muaz terus memalingkan tubuhnya menghala ke arah isterinya. “Sayang ugut abang ek?”
“Mana ada. Cepat, sekarang awak buat keputusan. Saya tahu awak tak sihat. Itu la sebab saya nak tolong. Bukannya saya suruh awak mandi sorang-sorang.” Mia pasti ayat itu akan mengena.
“Yela-yela. Tapi sayang kena mandikan abang.” Akhirnya.
“Ok. Sekarang bagi kerjasama ok?” dipegang kedua-dua belah pipi Muaz. Panas terasa.
Pantas Muaz mengangguk.
Mia terus sahaja membuka pakaian lelaki itu. Dicapainya tuala yang sudah tersedia ada di dalam almari di bilik itu.
“Bangun pelan-pelan. Saya pimpin awak. Saya nak dukung tak larat la pulak.” Sempat dia mengusik Muaz.
“Sayang dukung la…” rengek Muaz lagi.
“Saya mana larat. Nanti dua-dua jatuh macam mana?” Mia membuat muka kasihannya. Gila ke apa nak suruh aku dukung dia. Ingat budak tiga tahun ke.
Mia sedaya upaya cuba membantu Muaz untuk berjalan. Lemah sekali tubuh itu.
Setelah selesai mandi Mia mencadangkan agar Muaz ke klinik. Bimbang keadaan Muaz bertambah teruk.
“Tak nak. Abang nak tidur je. Abang tak larat nak pergi mana-mana dah.” Lemah suara itu.
“Betul ke ni? Saya risau la.” terluah juga perkataan itu.
“Tak apa. Abang ok lagi. Abang nak rest je.” Muaz sudah menarik selimut tebal itu. Sejuknya terasa hingga ke tulang. Walaupun gembira bukan kepalang apabila Mia memandikan dan melayan kerenahnya ketika dia sedang sakit, demamnya lebih mengatasi semua itu.
Tanpa dipinta Mia kembali meletakkan telapak tangannya ke atas dahi Muaz. Panas lagi. Mia mencapai tuala kecil di dalam beg pakaiannya dan dibasahkan sedikit untuk diletakkan di dahi Muaz. Mungkin suhu badannya akan menurun sedikit.
‘Ermm…mana aku nak tidur malam ni ek? Takkan sekatil dengan dia pulak. Tapi dia tengah sakit. Confirm dia tak kacau aku punya. Hehehe…’ Mia yakin dengan keadaan Muaz ketika ini. Mukanya teramat pucat sekali.
Tiba-tiba fikiran Mia melayang teringatkan majlis Mira. Kasihan sahabatnya itu. Kehadiran aku yang dinanti-nantikan, tetapi begini pula jadinya. Di saat ini suaminya lebih penting dari segala hal. Mujurlah Mira mahu memahami. Lagi pun bukan mereka yang meminta untuk jadi seperti ini.
“Call Mira la kejap.” Mia terus mencapai telefon bimbitnya. Mesti Mira sedang sibuk di sana walaupun jam sudah hampir ke pukul 11 malam.
“Mira, kau sibuk ke?” tanya Mia sebaik sahaja Mira menjawab panggilannya.
“Tak ada la sibuk sangat. Ramai pembantu dekat sini. Lagi pun bukan ada kerja banyak pun. Aku dah siapkan awal-awal.”
“Patutlah riuh rendah bunyinya. Maaf ya aku tak dapat nak join sekali.” Terasa bersalah benar saat ini.
“Eh, tak apa la. Aku faham. Eh, macam mana dengan Muaz? Ok dah ke?”
“Entah la. Badan dia panas lagi tu. Tu pun dia tengah tidur. Sakit kepala katanya.” Dia memandang sekilas pada tubuh suaminya yang ditutupi sepenuhnya oleh selimut.
“Kenapa tak pergi klinik? Nanti melarat-larat pulak.”
“Aku dah ajak dah tadi. Tapi dia tak nak. Puas dah aku pujuk. Nak mandi tadi pun kena berugut macam-macam.” Keluh Mia.
“Degil betul la laki kau tu Mia. Perangai berjangkit dari kau la tu.” Perli Mira.
“Eh, aku pulak. Aku la terikut-ikut perangai dia tu.”
“Ha, sempat lagi nak mengata suami kau ek? Dah la dia tengah sakit. Eh, aku tak boleh lama-lama ni. Mak aku dah panggil tu.”
“Opss, sorry ganggu kau. Esok apa-apa hal aku call kau balik ek?”
“Ok, tak ada masalah la. Jaga Muaz tu baik-baik. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.” Pantas Mia meletakkan handphonenya di atas meja kecil itu.
“Aku dah mengantuk gila ni. Tidur jela tepi dia. Bukan dia sedar pun kan?” Mia tiada pilihan. Jika dia tidur di atas sofa, jawabnya dia bakal menanggung kesejukanlah sepanjang malam.
Mia terus sahaja memanjat katil empuk itu. Apabila terasa kesejukan mula menjalar ke dalam tubuhnya, Mia menarik sedikit selimut yang digunakan oleh Muaz. Mujur lelaki itu tidak membolot semuanya.
Baru sahaja ingin terlena, Mia terdengar Muaz seperti meracau. Pantas dia menoleh ke arah suaminya itu.
“Awak, kenapa ni?” dipegang bahu Muaz. Bimbang Muaz mengigau yang bukan-bukan.
“Abang sejuk…” Sayu sahaja suara itu. Mukanya pula masih pucat.
“Awak…” Diusap-usap kepala Muaz. Apabila perasankan tubuh Muaz agak terketar-ketar Mia jadi tidak sampai hati. Dengan penuh keikhlasan Mia memeluk tubuh si suami. Mungkin dia dapat mengalirkan sedikit haba ke dalam tubuh Muaz. Diusap-usap belakang tubuh itu agar Muaz berasa lega sedikit.
Dia tahu bagaimana rasanya apabila mengalami kesejukan ketika demam datang menyerang tubuh badan. Seperti kejang satu badan.
Muaz yang memang kesejukan pantas membalas pelukan itu dengan berharap agar tubuhnya dapat merasai kehangatan pelukan wanita itu. Disembamkan wajahnya ke dada Mia. Mengapa di saat-saat ini dia diserang penyakit. Muaz sedikit kesal.
“Kita pergi klinik jom!” dibisikkan ke telinga Muaz agar suaminya itu dapat mendengar dengan baik.
“Abang tak larat. Sakit kepala…” dibalas juga kata-kata isterinya itu walaupun sudah tidak mampu mencelikkan mata.
“Saya risau la macam ni. Panas sangat badan awak ni.” Diusap-usap lagi belakang tubuh suaminya itu. Terasa bahangnya.
“Tak apa. Abang nak sayang di sisi abang je. Itu je ubat yang abang nak sekarang ni. Please…” Rayu Muaz. Dia tidak mahu yang lain. Asalkan Mia di sampingnya, rasa sakit ditubuhnya akan berkurungan sedikit.
“Ok…ok…” Dia tahu Muaz benar-benar tidak sihat ketika ini. Ditepuk-tepuk bahu suaminya itu seakan-akan mendodoikan seorang bayi untuk ditidurkan. Tidurlah kamu wahai suami. Agar keesokan hari kesihatanmu bertambah baik.
Buat pertama kalinya Muaz tidur dalam pelukan isteri tercinta. Sama ada kasihan dengannya atau Mia benar-benar ingin lakukannya hanya tersimpan rapi di lubuk hati Mia. Tetapi Muaz tidak kisah dengan semua itu kerana sekurang-kurangnya Muaz tahu bahawa Mia tidak membencinya.
“Sayang…abang nak muntah.”
“Haa…awak nak muntah?” lantas Mia bangun dari pembaringan. Terkejut Mia dibuatnya. Dia sudah lena sebentar tadi.
“Jom, saya papah awak ke toilet.” Berusaha Mia membantu Muaz untuk berjalan. Jika tubuh Muaz mampu dikendongnya sudah lama dia berbuat begitu. Tidak payah Muaz bersusah payah begini.
“Perut awak kosong. Tu yang jadi macam ni. Lepas ni awak makan dulu. Saya minta pihak hotel sediakan.” Dia tidak mahu lagi melihat keadaan Muaz bertambah teruk.
“Tak payah la sayang. Dah lewat ni.”
“No, kali ni awak kena dengar cakap saya. Awak baring dulu. Karang makanan dah sampai saya kejutkan awak.” Pesan Mia lagi. Kalau Muaz tidak mahu mendengar katanya dia akan memaksa.
***
“Awak, jom makan.” Mia hanya memesan segelas susu dan beberapa keping roti. Hanya untuk Muaz. Dia sudah kekenyangan.
“Awak, bangun.” Muaz sengaja mengeraskan badannya. Mahu berdegil jugalah tu.
“Saya suapkan awak. Awak hanya bukak mulut je. Please…” Mia pula merayu.
Dengan separuh rela, Muaz berusaha juga untuk duduk bersandarkan bantal di belakangnya.
“Awak makan sikit ek?” dipegang lengan suaminya itu. Niatnya hanya untuk memujuk Muaz agar mahu makan. Jam juga sudah hampir menunjukkan ke angka dua pagi.
“Marah ek? Saya paksa untuk kebaikan awak tau. Nanti muntah lagi macam mana? Badan tu bertambah lemah tau.” Mia cuba berlembut dengan suaminya itu.
Muaz hanya diam sahaja dan dipejamkan kedua-dua matanya.
“Ok, tak apa la kalau awak nak tutup mata tu. Tapi mulut kena bukak tau? Nanti makanan nak masuk ikut mana.” Mia berseloroh. Macam budak kecil perangai Muaz. Manja sekali rupanya. Muaz…Muaz…
“Nganga…aaa…” Mia cuba berjenaka lagi. Tarik telinga tu karang baru tahu.
“Abang sayang…makan la…” rayu Mia lagi.
Serta-merta Muaz mencelikkan matanya. Dilihat Mia sedang ketawa kecil. Sengaja mahu mengenakan dirinya.
“Makan ek? Lepas ni boleh tidur balik.” Disuakan ke mulut Muaz secebis roti yang telah dicicahkan ke dalam air susu itu.
“Sayang kena peluk abang. Baru abang nak tidur.” Kata Muaz manja.
“Eh, tidur la sendiri.” balas Mia pula.
“Abang tak nak makan la macam ni. Biar abang sakit.” Rajuk Muaz. Dia sudah bergerak mahu baring semula. Nak bermanja pun tak boleh. Semua tak boleh.
“Yela-yela. Saya peluk awak karang. So, sekarang awak kena makan sampai habis. Kalau tak saya tak nak peluk.” Ugut Mia pula. Aduh, sampai kena berumpan-umpan si Muaz ni.
“Janji?” tanya Muaz. Mahu mendapatkan jaminan dari Mia.
“Iyer, saya janji. Cepat makan. Pukul berapa baru nak tidur kalau asyik macam ni je.’” Rungut Mia. Mengalahkan budak-budak manjanya.
“Ok.”
Tidak sampai lima minit sudah selesai semuanya.
“Makan ubat ni pulak. Esok kita cari ubat dekat klinik. Tak boleh biar kalau macam ni.”
Cepat sahaja Muaz turutkan kata-kata Mia itu. Ada hajat lainlah katakan.
“Dah, awak boleh tidur sekarang.” Ujar Mia. Lantas meletakkan cawan susu itu di tepi katil mereka.
Muaz sudah mendepangkan tangannya minta Mia memeluk seperti yang dijanjikan sebentar tadi.
“Ee…mengada-ngadanya. Cubit karang.” Mia buat-buat marah.
“Tak apa la kalau tak nak peluk…” bertambah rajuk Muaz kali ini. Dia tidak mahu terus meminta memandangkan badannya tidak sihat.
“Ok la…ok la…” Mia terus sahaja memanjat katil itu. Dia pula yang mendepangkan tangannya. Sabar sahajalah dengan Muaz ni.
Tanpa menunggu lebih lama pelukan itu dibalas oleh Muaz. Gembira sekali rasanya. Tidak sia-sia dia berkeras dengan Mia. Hehehe…
Tanpa sebarang gangguan Muaz lena sekali malam itu. Dia berharap agar keesokan hari kesihatannya akan bertambah baik. Dia mahu meluangkan masa yang berharga ini dengan Mia.
sweet je mia n muaz ni...x sbr nak tau kisah seterusnya..=)
ReplyDeleteermm...thnks ya...rya dh dekt ni..terpaksa lupakan blog kejap...ahaks....insyaAllah andainya ada kelapangan ain akn trus post di sini...^_^
ReplyDeleteahha.. sweet + kelakar je muaz n mia nie =)
ReplyDeletemiss green rose : thnks yer...jom lempang Muaz sama2..ahaks.. ^_^
ReplyDelete