-->
~CoretanSiPenaDaif~

..Pilih Mana Suka..

  • bola (1)
  • cerita ain (46)
  • cerpen (2)
  • cinta (18)
  • filem (1)
  • ilmu (1)
  • kata2 hikmah (2)
  • kecewa (4)
  • kekasih (1)
  • kereta (1)
  • kesihatan (3)
  • lagu (3)
  • langkawi (4)
  • lirik (2)
  • makan (3)
  • minat (1)
  • movie (1)
  • nasyid (1)
  • novel (5)
  • Novel : Segalanya Mungkin (36)
  • pandangan (10)
  • pengajaran (2)
  • pengalaman (21)
  • percutian (6)
  • perempuan (2)
  • perkongsian (21)
  • persoalan (3)
  • promot (17)
  • puisi (5)
  • ramadhan (6)
  • raya (6)
  • renungan (2)
  • resepi (19)
  • rindu (5)
  • rumahtangga (2)
  • sabah (2)
  • sahabat (4)
  • soal hati (5)
  • walimah (15)

Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 8

Setelah tiga hari menghabiskan masa di banglo Dato` Masyhur, Muaz menyuarakan hasrat ingin membawa Mia tinggal sendirian memandangkan mereka sudah sah menjadi suami isteri.

‘Kasihan baba kena tipu. Kononnya banyak kerja hendak dilakukan. Rupanya dia tidak sanggup berlama-lama di kampung.’ Rintih Mia di dalam hati.

“Ala, Angah…apa salahnya tinggal sini dua, tiga hari lagi. Tak puas lagi menyembang dengan Kak Ngah.” Rayu Maisara yang sudah begitu rapat dengan Mia.

“Biarlah dekat dia orang adik. Lagi pun mesti dia orang nak privacy lebih. Dekat rumah kita ni, adik asyik kacau Kak Ngah je.” Usik Dato` Masyhur.

“Betul tu papa. Adik tu tak boleh langsung tengok Kak Ngah dia sorang-sorang. Nak menempel je. Angah ni pun tak berpeluang sangat tau.” Muaz buat-buat setuju dengan pendapat Dato` Masyhur itu.

“Yela-yela, bawa la Kak Ngah ni pergi mana pun. Tapi jangan lupa selalu-selalu bawa Kak Ngah balik sini ya?” Maisara membuat muka sedihnya.

“Bagi Angah dengan Kak Ngah honeymoon puas-puas dulu okay? Baru Angah bawa balik Kak Ngah ke sini.” Muaz terus mengusik adik bongsunya itu.

‘Tak habis-habis menggatal la mamat ni. Benci betul.’ Bergetar hati Mia menahan marah.

“Gatal la angah ni.” Tuduh Maisara apabila merasakan Muaz tidak habis-habis dengan gurauannya.

‘Totally right Maisara! Memang gatal sangat.’ Mahu sahaja Mia meluahkan kata-kata tersebut. Tetapi tidak terkeluar pula.

“Angah gatal dengan isteri Angah yang seorang ni aje.” Bicara Muaz sambil mencuit hidung Mia. Mia cuba mengelak.

“Betul tu adik. Menggatal dengan isteri sendiri tak apa. Jangan dengan yang lain sudah.” Mia bersuara tiba-tiba.

Maisara dan Dato` Masyhur hanya mampu tersengih. Mia agak terkejut apabila terpandangkan Muaz yang sedang memandangnya sinis.

“Apa yang kecoh sangat ni? Sampai ke atas dengar.” Myra Hasni datang bersama Syukri sambil mengendong Aisyah yang baru siap berpakaian. Myra Hasni dan Abang Syukri ingin keluar membeli keperluan si kecil yang sudah kehabisan.

“Mari sini dekat Pak Ngah.” Muaz terus mengambil Aisyah Humaira dari dukungan Abang Syukri.

“Tinggal la Aisyah dekat rumah. Biar kami jaga.” Cadang Muaz.

“Tak payah mengada-ngada. Nanti anak Abang Long ke mana, dia dengan Mia ke mana.” Abang Syukri terus mengusik Mia dan Muaz.

“Betul tu. Nanti dia syok-syok dengan Mia, anak kita dibiarnya.” Myra Hasni cuba menambah sambil mencuit pinggang Mia.

“Tak baik Kak Long dengan Abang Long cakap macam tu. Kalau Aisyah dengan Abang Muaz, Mia pilih Aisyah.” Mia pula cuba bergurau membuatkan yang lain tergelak.

‘Ingat kau sorang je pandai buat aku marah? Aku pun pandai la.’ Mia cuba mempertahankan diri.

‘Ooo..pandai nak kenakan aku ya. Siap kau!’ Balas Muaz seperti mengerti dengan apa yang dimaksudkan oleh Mia itu.

“Kalau macam tu, Kak Long bawa la Aisyah pergi. Nanti Mia tak nak layan Angah pulak. Bermakna, tiada Aisyah sayang kena layan abang je la. Sebarang alasan tidak akan diterima.” Jelas Muaz menambahkan marah Mia.

‘Mampus aku! Alah, apa nak takut. Dia acah je. Lagi pun, dia mana ada hati dekat aku.’ Mia cuba menyedapkan hatinya. Lalu menjeling Muaz.

“Eh, kau orang tak payah la bergaduh disebabkan Aisyah ni. Dia tak ada kena mengena-ngena ya.” Abang Syukri membela puterinya.

“Mari dekat Mak Ngah pulak.” Mia mengambil Aisyah dari pegangan Muaz. Mia dengan tidak sengaja menggenggam tangan Muaz. Sangkanya badan si kecil itu.

‘Alamak! Malunya. Mesti dia ingat aku nak ambil kesempatan dekat dia. Lantak la, buat bodoh sudah.’ Mia terus mengagah si kecil itu dan mencium pipi Aisyah tanpa jemu.

‘Lembutnya dia sentuh aku.’ Muaz sedikit terpana dengan sentuhan Mia sebentar tadi. ‘Nak ambil kesempatan la tu.’ Tuduh Muaz.

‘Agak dah, mesti dia ingat aku nak ambil kesempatan dekat dia. Kurang ajar.’ Mia umpama dapat membaca apa di dalam fikiran Muaz ketika itu.

‘Eh, dia tahu aku cakap apa ke?’ Muaz pula umpama tahu Mia membalas rasa hatinya.

“Jom Aisyah sayang. Nanti orang ramai pulak.” Myra Hasni terus mengambil Aisyah dari dukungan Mia pula.

“Betul sapa-sapa tak nak ikut kami ni? Mia? Muaz?” Tanya Abang Syukri sekali lagi kepada semua.

“Adik nak sambung tengok cerita korea semalam.” Jawab Maisara Hani.

“Papa dah janji nak pergi main golf dengan Tan Sri Jailani sikit lagi.” Dato` Masyhur pula menambah.

“Angah nak sambung bermanja dengan sayang Angah ni.” Muaz dengan pantas merangkul bahu Mia erat.

‘Kurang asam, kurang gula, kurang ajar!’ Mia geram dengan sikap Muaz yang suka terlepas cakap itu.

Terus disambut dengan gelak tawa yang lain. Tidak kurang dengan Maisara yang sempat membaling bantal kecil ke muka Muaz. Dato` Masyhur tersenyum bahagia.

“Bye sayang.” Ucap Mia pada Aisyah Humaira yang bersedia untuk pergi.

***

Mia mengambil kesempatan menelefon Mira ketika Muaz berada di bilik bacaan.

“Hello Puan Nur Mia.” Itulah ayat pertama yang keluar dari bibir Mira.

“Assalamualaikum Mira.” Mia cuba mengingatkan Mira akan sikap gelojohnya apabila Mira terlupa memberi salam terlebih dahulu.

“Oppsss...sori Puan Mia. Saya terlupa. Waalaikumsalam.” Mira ketawa di hujung talian.

“Sekali lagi kau panggil aku puan, aku tak nak kawan dengan kau dah.” Ugut Mia.

“Amboi-amboi…garang betul. Mentang-mentang dah ada laki hensem, kau berlagak dengan aku ya.” Mira terus mengusik sahabatnya yang seorang itu.

“Kau ni tak habis-habis nak kenakan aku. Aku rindu dekat kau tahu tak? Aku merajuk karang baru tahu.” Ugut Mia lagi.

“Kalau kau merajuk dah ada orang lain tolong pujukkan. Aku buat kau merajuk, laki kau pujuk. Bertambah senang kerja aku.” Begitu galak Mira mengenakan Mia.

“Aku nangis la macam ni.” Sakit hatinya apabila Mira tidak mengendahkan ugutannya yang tadi.

“Okay la..aku gurau jela. Yela, dah lama tak usik kau macam ni. Tadi kau cakap apa? Rindu aku? Aku tak salah dengar ke ni?” Masih ada nada mengusik.

“Yela, kau tu yang lupa aku. Dulu selalu je call aku. Sekarang ni tak ada pun.” Sayu suara Mia.

“Aku bukan tak nak call kau. Buatnya masa aku tengah call, kau tengah syok bermanja dengan Muaz. Mengamuk laki kau aku ganggu kau orang.” Mira menyuarakan isi hatinya.

Sebenarnya dia teramat rindukan sahabatnya itu. Sebelum ini, segala-galanya dilakukan berdua. Tetapi sekarang…

“Pandai la kau bagi alasan ya?” Merajuk Mia.

“Yela..yela.. .salah aku la. Eh, kau apa cerita? Sihat? Suami kau yang gatal tu mana? Tak ada dengan kau ke?” Soal Mira bertalu-talu.

“Kau ni kan, gelojoh macam dulu juga kan? Bukannya nak bagi aku jawab soalan kau tu satu-satu. Sabar jela aku.” Merungut Mia akan sikap Mira itu. Tidak berubah-ubah.

“Yela-yela...salah aku lagi. Sekarang jawab semua soalan aku tu.” Perintah Mira yang lebih kepada mengusik sahabatnya itu.

“Aku sihat je. Cuma rindu dekat kau dengan baba.” Jawab Mia.

“Amboi, masih anak manja lagi ke? Aku ingatkan kau tak ingat dengan kawan kau yang seorang ni. Yela, aku ni rupa tak ada. Tak hensem pun. Harta jangan cakap la. Second hand je semua.” Mira terus ketawa dengan senang hati.

“Dah mula la mengarut tu. Aku tetap ingat dekat kau walau macam mana keadaan pun. Muaz tak ada dengan aku. Dia dekat bilik bacaan.” Jawab Mia malas dengan soalan Mira yang seterusnya tadi.

“Yeke tak ada? Silap-silap ada manja-manja sebelah kau tu. Saja nak cover ek?” Mira bersangka yang bukan-bukan.

“Kalau dia ada dengan aku sekarang, tak ada maknanya aku telefon kau. Lebih baik aku layan dia. Ada juga faedah. Dapat pahala lagi. Layan kau buat apa, sakit hati je.” Balas Mia geram dengan tuduhan Mira itu.

‘Mampus aku kalau dia dengar aku cakap macam ni. Alamak, rasa macam nak terjun dari tingkat sepuluh je.’ Menyesal Mia dengan kata-katanya tadi.

“Wawawa..sampai hati kau. Mentang-mentang dah ada husband, berlagak dengan aku ek. Tapi betul jugak kan. Kalau kau layan dia, ada chance aku nak dapat anak saudara cepat-cepat.” Mira tidak melepaskan peluang untuk terus mengenakan Mia.

“Mira…” Panggil Mia geram. Jika dilayan makin menjadi-jadi perangai si Mira.

“Yela..aku salah lagi. Hehehe…” Begitulah Mira. Tidak pernah berhenti berjenaka dengan sesiapa sahaja.

“Mira, nanti aku call lagi ya?” Pinta Mia apabila dirasakan ada seseorang di luar pintu bilik. Dia risau seandainya Muaz mendengar perbualannya sebentar tadi.

“Yela tu. Abang gatal dia kacau la tu. Hehehe…okaylah. Nanti aku ada masa aku call kau pulak ek. Jaga diri ya Mia. Aku sentiasa rindu kau. Kirim salam dekat husband kau.” Sedikit sayu nada suara Mira itu.

“Baik. Aku pun rindu kau sangat-sangat. Kau jangan lupakan aku ya? Kirim salam dekat mamat sebelah. Assalamualaikum.” Sempat lagi Mia mengusik. Lalu memutuskan talian.

***

Ternyata benar sangkaan Mia. Muaz berada di luar bilik mereka. ‘Alamak, dia dengar ke apa aku cakap tadi. Mampus aku!’

“Er..er..Aisyah dah balik?” Aku cuba memaniskan muka dan buat-buat tidak ingat dengan apa yang dia cakap sebentar tadi.

“Belum.” Jawab Muaz ringkas. Tetapi matanya tidak lepas dari memandang ke arah Mia.

‘Dia cakap nak layan aku? Bagus juga ni. Boleh aku kenakan dia.’ Muaz telah terdengar perbualan Mia dan sahabatnya itu tadi. Muaz tersengih memandang Mia. Muaz semakin hampir dengan Mia yang duduk di atas katil empuk itu.

‘Kenapa dengan dia ni? Tersengih macam kerang busuk je. Apa dia nak datang dekat-dekat dengan aku ni? Mati aku macam ni. Mira, baba…tolong Mia.’

Muaz lantas memanjat katil dan mendekatkan diri pada Mia. “Tadi kau cakap dengan kawan kau tu, kalau aku ada sebelah kau sekarang, kau nak layan aku kan. Betul ke?” Muaz mula menunjukkan sikap beraninya.

“Eh, mana ada. Encik Muaz salah dengar ni.” Mia berganjak sikit ke bucu katil. Takut dengan tindakan Muaz seterusnya.

“Aku yakin dengan apa yang aku dengar tadi. Lagi pun apa salahnya. Aku kan suami kau.” Muaz terus menangkap kedua belah tangan Mia supaya tidak bergerak jauh darinya.

“Er..er..Encik Muaz nak buat apa ni. Saya bergurau je tadi.” Terketar-ketar suara Mia tambahan Muaz sudah mencapai pinggangnya dengan kejap.

“Ha, mengaku pun. Jadi, kau kena tunaikan la sekarang!” Muaz sudah menolak tubuh Mia ke atas tilam itu.

“Encik Muaz, saya minta maaf. Jangan la buat saya macam ni. Saya janji tak akan cakap macam tu lagi.” Mia terus merayu. Dia tidak rela diperlakukan seperti ini.

“Aku tak kira. Siapa suruh kau cakap macam tu.” Muaz sudah menanggalkan tudung yang berada di kepala Mia sebentar tadi. Lalu menindih tubuh Mia.

“Encik Muaz, jangan macam ni. Saya tak rela. Lepaskan saya. Kalau tidak saya menjerit nanti.” Ugut Mia sambil tangannya menolak kasar dada Muaz.

“Kau menjerit, jangan salahkan aku nanti kalau yang lain fikir yang bukan-bukan pasal kita ya sayang.” Muaz terus mendekatkan wajahnya pada wajah Mia.

“Cantiknya mata kau. Baru aku perasan. Rambut kau ni...tak sangka aku kau mempunyai semua ni. Jadi, tak rugi la aku kan?” Muaz terus menakut-nakutkan Mia.

Air mata Mia tidak mampu ditahan-tahan lagi. Laju membasahi pipinya. Saat Muaz membenamkan wajahnya ke leher Mia, Muaz terdengar esak tangis Mia.

“Hahaha…tahu pun takut. Aku acah jela. Kau ingat aku teringin sangat dengan kau ke ha?” Lalu Muaz melepaskan diri Mia dari pelukannya.

‘Kurang ajar kau Muaz.’ Mia hanya mampu menangis.

“Hebat tak lakonan aku? Hahaha..” Muaz ketawa seperti dirasuk syaitan. Puas hatinya dapat mempermainkan diri Mia.

“Sampai hati Encik Muaz buat saya macam ni.” Rintih Mia.

“Kau tu yang perasan. Buat-buat menangis konon. Dengan kawan kau tu bukan main berani lagi ya.” Tidak puas lagi Muaz memperkecilkan maruah Mia.

“Kau jangan perasan la perempuan. Aku tak akan sentuh perempuan yang aku tak suka. Ingat tu.” Begitu ego Muaz menuturkan kata-kata itu.

“Sekali pun Encik Muaz benci dengan saya, janganlah memperendah-rendahkan diri saya macam tu. Saya sedar diri saya siapa.” Mia amat kecewa apabila Muaz bertindak begitu.

Tetapi mujur Muaz tidak berlebihan. Dia tidak sanggup kehilangan permata yang dijaga sebaik-baiknya selama ini, dirampas oleh seorang lelaki seperti Muaz. Dia tidak rela.

“Sudah la tu. Jangan menangis . Aku saja nak tengok aksi kau. Mana la tahu kalau betul-betul kau nak.” Duga Muaz sambil tersenyum sinis.

“Dah, jom turun. Aisyah dah balik tu. Nanti apa pula kata dia orang tengok kau terperap je dalam bilik. Kalau dengan aku, tak apa juga. Ni sorang-sorang, tak berapa nak logik.” Muaz masih ada hati ingin mengenakan Mia.

‘Sampai hati kau Muaz. Baba..ibu..Mia sedih sangat.’ Betapa pilu hati Mia bagai dihiris-hiris oleh Muaz. Muaz sangat kejam.

Mia mengutip kembali tudung yang ditanggal oleh Muaz sebentar tadi. Perbuatan Muaz betul-betul gila. Hampir sahaja kesuciannya hilang di tangan Muaz yang keji itu.

“Cepat la, kau nak aku dukung ke? Aku boleh je. Kau la yang malu karang.” Gelak Muaz.

Mia menjeling Muaz. Lalu diperkemaskan diri dan wajahnya. Takut di salah tafsir oleh ahli keluarga yang lain.
~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Wednesday, August 03, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

1 comment:

  1. Muni Izzah4 September 2011 at 17:01

    Muaz jahat ! sampai hati dia ckp Mia mcm tu :'(

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Subscribe to: Post Comments (Atom)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:AhLan WasAhLan:..

..:KePunYaAn EmPaYar:..

nurul ain haji jamli
24 april 1990
kuala kangsar, perak
penulis & blogger
dah jadi PUAN

kLik..kLik..

..:iMpiAn HatI:..

"Ya ALLAH, jaDikAn Aku WaNitA sOLehAh...yaNg bAik dI anTarA yAnG tErbAiK...kUrnIaKan jUgA PenDamPinG yAng BaIk daLam HiDupKu...baGi mEndApaTkAn SesUaTu YaNg TerBaIk dAri-Mu...aMin yA RaBb..."

..:pEcEbuK:..

Nurul Ain Haji Jamly

Create Your Badge

cE kOmE tRy bAce!!

  • ►  2013 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (8)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (6)
  • ►  2012 (78)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ►  October (6)
    • ►  September (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (8)
    • ►  June (12)
    • ►  May (14)
    • ►  April (9)
    • ►  March (1)
    • ►  February (6)
    • ►  January (1)
  • ▼  2011 (79)
    • ►  December (7)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (7)
    • ▼  August (32)
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 29
      • Last Kerja B4 Raya
      • Al-kisah Kasut Raya
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 28
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 27
      • TaHuN ke-3 TanPa...Mu...
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 26
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 25
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 24
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 23
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 22
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 21
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 20
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 19
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 18
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 17
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 16
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 15
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 14
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 13
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 12
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 11
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 10
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 9
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 8
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 7
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 6
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 5
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 4
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 3
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 2
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 1
    • ►  June (7)
    • ►  May (6)

..:FoLLowErS:..

..:i foLLow u:..

  • Blog Cik Nurfarah
    HI 2025
  • Jia creatifelt
    Harry Potter Et Les Reliques De La Mort : 1ère Partie (2010) Watch Full Movie Streaming Online
  • Warong Makcik Senah
    Watch Clifton Hill 2019 Free Online
  • Kisah BudaxXx Montel ^^
    Watch Cardboard Boxer 2016 Free Online
  • Entirely Of Flaws
    Bank Indonesia Memberi Penghargaan Atas Pelaporan Uang Palsu
  • ♥cOraT cOret NusHA ♥
    TRAGEDI OKTOBER : Duit bagi tapi tak cukup!
  • TAMU JAJAKRAF
    NOTICE BOARD
  • ~BabyComel~ Hanya insan Biasa
    Suratan Takdir Gersang Kisah Si Curang
  • I CANT HEAR THE SILENT MELODIES
    Jual Obat Maximoz Peningkat Vitalitas, Stamina Dan Obat Ejakulasi Dini Di Sidoarjo
  • Nurhafizah ❤
    5 Tips Bagaimana Menjaga Fikiran Positif Setiap Hari
  • Wanita Melayu Akhir Zaman
    J-Pace SUV Review 2018
  • SaHaBaT BUKIT BOTAK
    Ninja : Genap 1 Tahun 4 Bulan
  • silenceaneesa ♥
    Langkah Memberi warna Baju Dengan Wantex supaya Sembuh Seperti Baru Lagi
  • Reading is the most relaxing moment. (I'm only eighteen)
    Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion 5
  • BILA KATA HATI MENULIS
    Terus Mencintaimu
  • Wardah Alisya
    8 tahun usia Wardah Alisya
  • Dazzi Lurzzi Official Blog
    Redha 2016 Movie Hack Full
  • ya allah kuatkan hati kami
    Obat herbal murah berkhasiat paling ampuh
  • oLd_sChOoL
    Selangor Juara Piala Malaysia, Kenduri Kahwin Member Lebih Penting
  • [ hujung peNa... papan kekuNci ]
    "Letihlah nak pikir duit..."
  • JoY AnD SoRrOw
    FiRsT eNtRy FoR tHiS yEaR
  • Anas Muallim
    Cuti yang panjang
  • segalanyamungkin
    BAKTI SISWA TERENGGANU (KAMPUNG SEBERANG TAKIR)
  • ! ~ Salam Ukhuwah ~ !
    Giveaway dan Lucky Draw
  • misyaain amna
    TANDA HIDUP TAK BERKAT
  • ^◕‿◕^
    UPDATE NEW STOCK ** MEN'S SHIRTS **
  • The Karl Nyzam™
    Erti Sebuah Kemaafan
  • col0ur ur life
    Tukar Lagi.
  • kami craft
    Pek Kombo Tona~~ Murah Gilaa~~~!!!
  • Abu HurairaH
  • My Life
    Hujung Minggu
  • ~~ ketulusan hati ~~
    Dia kekasih aTi Qu...
  • ♥ CATATAN SEORANG HAMBA ♥
    ♥ KISAH MAYAT MEMBACA SURAH YASSIN DI MEKAH ♥
  • maiza husna
  • PERCUTIAN TERINDAH
    PAKEJ 3HARI 2MALAM DI PANGKOR
  • ! .. ✿Ɖαʏα Ƭнɛ Ƨιϰтн✿ .. !
    Korean Fashion :)
  • Ibnu Sina ATC
    Sekitar Karnival Ekonomi Muslim
  • ~liFeminEswEEtsoUr~
  • Celoteh Deqyah Pegeon~
  • Triple L
  • JuZ a sImPLe guRL DiaRy
  • BerLARI ke LANGIT
  • ♥
  • Muni Izzah
  • ♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫•♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫• ♫•*¨*•.¸¸
  • vip eema..
  • Eimma
  • kedai mu
  • Hafiz Hamidun
  • Seek ONLY for MARDHOTILLAH
  • BLOG ALAN
  • ✿ Missz.Nana.Punyer.Cerita ✿
  • ..sEriKanDi isLaM..
  • *sUkA-suKi DunIakU*
  • hello !!!
Backgrounds & Flower Backgrounds
Powered by Blogger.