..Pilih Mana Suka..

Selamat Ulang Tahun Kelahiran

Salam sayang!
Allah..Allah..Allah..

Berkesempatan jua meluangkan masa untuk berblog. Dengan kesihatan yang kurang memuaskan, paksa, gempur, semangatkan jua hati & naluri untuk mencoret sebuah entry di laman serba guna ini. Alhamdulillah..moga kalian & diri cik ain dikurniakan kesihatan yang baik2 sahaja. Ameen ya Allah ^^

Tanggal 24 April 2013 yang lalu, genap umur cik ain 23 tahun. 1 kurniaan dari Illahi yang tiada bandingannya. Syukur masih diberi peluang untuk menyedut udara segar di bumi Illahi.

Tiada sambutan, tiada keraian, tiada hadiah mahu pun apa2 yang istimewa pada tarikh tersebut. Hati lebih teringat pada ummi yang berada jauh di'sana'. Hanya tersimpan rapi di hati. Rindu.. Terima kasih ummi kerana melahirkan cik ain ke dunia dengan menjadikan taruhan nyawa sendiri untuk menyelamatkan 1 nyawa lain. Allah..besar sekali pengorbananmu. :'(

"Selamat ulang tahun kelahiran yg ke-23 NURUL AIN! Moga NURUL AIN dikurniakan kehidupan yang lebih sempurna untuk masa akan datang. Moga NURUL AIN dapat tingkatkan amalan padaNYA. Perbaiki segala kelemahan yang ada, tambah baikkan lagi segala kebaikan yang Allah kurnia. Berbaktilah kepada insan2 yang memerlukan. Bantulah mereka2 yang mendambakan perhatian dari NURUL AIN. Carilah keberkatan dalam hidup dengan mencari rezeki yang halal semata2. Tidak menindas orang lain demi kepentingan sendiri. Juga dikurniakan jodoh yang mampu membimbing diri NURUL AIN & juga anak2 NURUL AIN ke syurgaNYA. Ameen ya Rabbal'alamin." ^^

Satu pesanan cik ain pada kalian semua, bila tiba ulang tahun kelahiran kita kucuplah dahi/pipi ibu kalian sebagai tanda terima kasih buat mereka yang sanggup berkorban untuk kita. Jika dimurahkan rezeki, hadiahkan mereka dengan sesuatu yang istimewa. Buat ya? Cik ain dulu tak sempat. Lambat sedar! Bila Allah dah ambil nyawa ummi cik ain, baru teringin nak buat itu & ini. Allah..menyesal tak sudah. Moga Allah jauhkan sikap2 seperti ini dari diri kalian. Ameen..


terima kasih cik yanie utk ingatan ini..lebyu!



::~ InsyaAllah, tahun hadapan lain pula situasinya..wink..wink.. ^_* ~::



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

Bubar... bubur... (03/04/13)


Salam sayang & selamat petang!

Kemain deme2 hapdet status kat FB yak?? Bubar..bubar.. ^^ penantian seluruh rakyat Malaysia sudah berakhir. Kini, tiada yang atas, tiada yang bawah. Kita semua SAMA = RAKYAT!

Masa untuk memilih bakal tiba! Siapa pilihan cik ain? UNDI ADALAH RAHSIA. Kikiki... Excited coz this is my first time! Walaupun tarikh mengundi masih belum dikeluarkan, dengar khabar angin hari mengundi jatuh juga pada bulan April ini.

Cik ain tak pro bab politik. Ambil tahu serba-sedikit agar tidak tertipu dengan mana2 pihak. Orang kata jangan ketinggalan sangat. Sebab ini hak kita & ini negara kita. Kalau pung pang pung pang duk mengata pihak itu pihak ini, tapi diri sendiri tak mengundi (bagi yg sudah boleh mengundi), cik ain nasihatkan TUTUP mulut dari bercakap soal politik. Dengan kata2 takkan mengubah apa2 ya wahai sayang sekalian. ^^ Lagi 1 rasa excited sebab jatuh pada bulan kelahiran cik ain! Wink..wink..

Nak pilih yang mana adalah hak anda. Allah anugerahkan kita akal, penglihatan, pendengaran & semuanya serba lengkap. So, nilailah sendiri, lihat sendiri yang mana membawa kita ke arah kebaikan atau tidak. Mencari yang sempurna adalah mustahil! :) Tetapi ingat, wang ringgit bukan lambang kejayaan, tapi agama & akhlak adalah tunjang kecemerlangan! (udoh ghope wakil rakyat...kih3..)

Dengan ini cik ain ucapkan SELAMAT MENGUNDI pada sesiapa yang sudah layak mengundi! Hok tokleh ngundi lagi, pakat2 solat hajat & berdoa supaye pilihan awop2 semua MENANG! ^^







~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

Alhamdulillah..Mereka Suka!


Salam sayang penuh berkrim! ^_*

Lega habaq hang bila projek juta2(rupiah) dah selesai. Amanah orang kena pegang & laksana dengan betul! Kalau tak susah orang nak percaya lagi. Kan? Kan? Wee...

Jangan terlampau teruja dengan ayat PROJEK tu ya anak2. Kepoyoan kadang2 terlebih bila tak cukup makan macam hari ni. ^^ Projek apakah?? Meh nak story!

Sekitar bulan Feb (2013) yang lepas, sahabat cik ain minta tolong jahitkan baju kurung untuk dia & adik-beradik yang lain sempena dengan majlis perkahwinan kakak sulong diorang. 7 pasang semuanya! & sama colour sebab diorang ada tema (gold).

Mula2 tak sanggup sebab cik ain tak pernah ambil upah menjahit sebanyak ni dalam 1 1 masa. Serius tak ada masa & cik ain bukan menjahit sepenuh masa. Menjahit sekadar memenuhi minat sendiri. Kalau ambil tempahan pun paling banyak 4 pasang dalam 1 masa. Itu pun cik ain minta tempoh yang agak lama sikit. Inikan 7 pasang dalam masa sebulan lebih. Allah..

Bila difikir2kan balik, apa salahnya tolong orang yang memerlukan. Kan? Fikir punya fikir, cik ain setuju nak ambil tempahan tu sebab diorang pun macam dah kesuntukan masa. Bila dah terima tempahan mula rasa menyesal (sekarang tak menyesal dah! ^^). Sebab fikir macam tak cukup masa nak siapkan. Naya! Kalau tak siap, rosak tema diorang. Huhu..

Nak tak nak kena selesaikan jugak! Jangan dikenang la keadaan bilik & kehidupan cik ain sendiri berubah. Bilik dah jadi macam stor, kehidupan dah tak teratur sebab kena fokus dengan projek ni. (teruk sangat bunyinya!) ^^

Lepas maghrib dah start projek sampai la pukul 1,2 pagi. Esok pergi kerja macam biasa & ulang benda yang sama sampailah siap semuanya. Alhamdulillah, akhirnya! Allah bantu cik ain permudahkan segalanya. Diorang dah selamat pakai pada tarikh yang ditetapkan & semuanya puas hati. ^^

Cik ain sanggup curi sikit2 gambar diorang masa hari walimah tu (24/03/13). Hik3..





Haa..tu..tu..yang warna gold tu! Wink..wink..seronok bila sesuai dengan dorang! Tapi gambar ketujuh2 orangnya tak sampai lagi pada cik ain. Teringin nak tengok! :)

So, siapa2 nak tempah BAJU KURUNG dengan cik ain dialu2kan. Tapi cik ain bukan la tukang jahit yang pro. Sekadar biasa2. Upah??? Hanya RM25.00!!! ^^

~~Semoga berjumpa di lain entry <3



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...