Hand phone di sebelah Muaz kedengaran lantang. Tanpa melihat siapa pemanggilnya, Muaz terus mengangkat. “Hello Muaz.” Jelas suara Elisa yang kedengaran manja.
“Eh, Elisa! You dekat mana ni?” Soal Muaz apabila dirasakan panggilan Elisa tidak sedikit pun mengusik nalurinya seperti selalu.
“Sayang, I dah sampai depan apartment you ni.” Elisa memberitahu.
“Eh, kenapa nak datang tak bagi tahu dulu?” Muaz masih belum memaklumkan hal ini kepada Mia. Nanti Mia terkejut pula. ‘Kenapa aku kena inform dekat dia pulak?’ Muaz kebingungan. Wajah Mia terbayang di mindanya.
“I datang salah, I tak datang pun salah. Kenapa you ni?” Elisa agak marah dengan soalan Muaz itu. Seolah-olah kedatangannya tidak dijemput. Padahal Muaz yang beria-ia inginkan dia ke sini.
“Aaa…bukan itu maksud I. Okay la, you tunggu kejap. I bukakan pintu.” Maklum Muaz. “Mia…Mia…” Panggil Muaz.
Apabila terdengar jeritan Muaz, Mia bergegas ke bilik itu. “Ya Encik Muaz, kenapa?” Soal Mia. “Kau pergi tolong bukakan pintu rumah. Ada tetamu.” Muaz menerangkan secara ringkas.
“Ha, tetamu? Siapa Encik Muaz? Saya tak dengar bunyi loceng pun.” Mia tertanya-tanya siapa tetamu yang dimaksudkan oleh Muaz itu.
“Er…er…pergi jela bukakan. Jangan tanya macam-macam.” Muaz berkata tetapi matanya dipandangkan ke arah lain. Tidak berani untuk memandang wajah Mia.
‘Siapa pulak tetamu dia ni? Kenapa tak tekan je loceng tu. Special sangat ke?’ Mia berfikir sendiri. Lantas menuju ke pintu hadapan.
Terkedu Mia apabila seorang wanita yang berpakaian umpama tidak cukup kain itu sedang berdiri di hadapannya. “Cik cari siapa?” Soal Mia seandainya wanita itu tersalah rumah.
“Muaz mana? Aku dah janji dengan dia.” Jawab Elisa agak kasar.
‘Takkan ini tetamu yang dikatakan oleh Muaz tadi.’ Mia kehairanan. Bermacam-macam perkara sedang bermain-main di fikirannya.
“Tepi la.” Ditepis sedikit tubuh Mia lalu beredar ke dalam apartment Muaz. “Elisa, sini!” Jerit Muaz memanggil Elisa ke biliknya.
Dengan memberanikan diri, Mia terus menuju ke bilik Muaz. Ingin mendapatkan kepastian dari Muaz. Perempuan itu sedikit pun tidak menghormati dirinya sebagai isteri Muaz. Dikuak sedikit pintu bilik Muaz. “Encik Muaz, siapa perempuan ni?” Mia amat terkejut apabila perempuan itu sudah duduk di atas katil Muaz.
“Er…ni…” Muaz tidak pasti jawapan apa yang patut diberikan kepada persoalan Mia.
“Aku ni girlfriend dia. Kan sayang?” Elisa beraksi manja di sisi Muaz.
“Apa ni Encik Muaz?” Mia terasa ingin menangis. Statusnya sebagai seorang isteri amat tercabar.
“A`ah…ni girlfriend aku, Elisa. Kau boleh keluar. Jangan ganggu kami.” Tiba-tiba Muaz berubah sikap. Berbalik kepada perangai asalnya.
Tanpa menuggu lebih lama, Mia berlari ke biliknya. “Sampai hati Muaz. Aku ingatkan dia dah berubah. Tapi makin teruk ada la. Dia ingat aku ni patung ke buat sesuka hati macam ni.” Mia menangis teresak-esak sambil meramas-ramas bantal di sisinya.
Mia ingin berkongsi kesedihan ini bersama sahabat baiknya. Tidak tertanggung olehnya penderitaan ini seorang diri. Apabila teringatkan telefon bimbitnya tertinggal di ruang tamu, dia harus keluar mengambilnya.
Sebelum beredar ke biliknya, Mia terdengar pasangan itu sedang bergelak ketawa di sebalik dinding sana. Menambahkan kepedihan yang bersarang di jiwanya ketika ini.
‘Dugaan apakah ini Ya Allah?’ Mia terasa ingin menjerit. Meluahkan kekecewaan. Tanpa menunggu lama, Mira menjawab panggilannya.
“Mira…” Hanya itu yang mampu dikatakan oleh Mia. Kemudian hanya esak tangisnya yang kedengaran. “Eh, Mia kenapa ni?” Mira bimbang seandainya Mia sedang berada di dalam kesusahan.
“Mira, aku dah tak sanggup. Tolong aku Mira…” Tangisan Mia makin menjadi-jadi.
“Sabar Mia, bawa mengucap. Kau tarik nafas dulu, bagi betul-betul lega kemudian kau cerita dekat aku. Menangis la kalau itu mampu buat kau rasa lebih tenang. Aku tunggu.” Mira begitu memahami.
Hampir sepuluh minit Mira menjadi penunggu setia bagi sahabatnya itu. Setelah kembali tenang, Mia menceritakan segalanya kepada Mira.
“Ini dah melampau Mia. Kau nak aku pergi sana tumbuk muka dua-dua ekor tu ke?” Mira sudah tidak dapat menahan kemarahannya. Tambahan pula sahabatnya sendiri tidak mampu berbuat apa-apa.
“Kau tak boleh biar Mia. Makin hari makin melampau. Macam mana kau boleh bersabar ni ha? Apa pasal kau tak hempuk je diorang berdua tu? Kurang ajar betul.” Mira masih belum habis dengan amukannya.
“Aku tak mampu nak buat apa-apa Mira. Nanti aku yang kena balik.” Mia teresak-esak menahan tangisnya.
“Aku ingat dia dah berubah Mia. Dia tak nampak ke kau bersusah-payah jaga dia masa dia sakit? Kau sanggup tinggalkan kerja kau semata-mata nak jaga dia. Apa punya jenis lelaki la Muaz ni.” Mira begitu kesal dengan sikap Muaz. Baginya, sesiapa yang dapat memiliki Mia adalah lelaki yang sangat beruntung. Tetapi Muaz sedikit pun tidak menghargai semua ini.
“Aku dah tak tahu nak cakap apa Mira. Hati aku betul-betul hancur. Sampai hati dia buat aku macam ni.” Mia bersuara sayu.
“Mia, aku tanya ni kau jangan salah faham ya. Bukan ke selama ni kau tak kisah dengan apa yang dia nak buat? Kau dah sayangkan dia ke? Maksud aku sebagai suami kau.” Begitu teruja Mira inginkan kepastian.
Lama Mia mendiamkan diri. Tidak pasti jawapan apa yang harus diberinya. Tidak dinafikan, semenjak Muaz jatuh sakit mereka banyak menghabiskan masa bersama. Sikap Muaz yang nyata berubah serba sedikit membuatkan hati Mia tersentuh dengan diri Muaz. Tetapi kejadian sebentar tadi sudah cukup membuatkan hati Mia benar-benar kecewa.
“Aku tak tahu Mira. Mungkin aku dah dapat menerima dirinya dalam hidup aku. Tapi aku tak pasti. Tambahan dengan sikap Muaz yang sentiasa berubah membuatkan aku bertambah keliru.” Tangisan Mia kedengaran lagi.
“Ini bermakna kau dah sayangkan dia?” Mira masih tidak puas hati dengan jawapan Mia. Mia umpama menyembunyikan sesuatu darinya.
“Errmmm…mungkin.” Jawapan Mia itu sudah membuatkan Mira mengetahui punca sebenar Mia begitu sedih. Kasihan dengan sahabatnya itu. Sayang pada yang tidak sudi.
***
“Kenapa dia tak masuk bilik pun hari ni?” Muaz berasa agak pelik apabila Mia langsung tidak menjenguk bertanyakan khabar seperti yang dilakukan semenjak dia sakit.
Selepas kejadian semalam, Muaz sendiri berasa tidak tenteram. Seperti dia melakukan kesalahan yang sangat besar. Terasa amat bersalah pada Mia. Apabila melihat wajah Mia yang nyata-nyata kecewa dengan sikapnya menambahkan kerisauan di hatinya.
Muaz sendiri tidak dapat memastikan perasaan sebenarnya pada Mia ketika ini. Tetapi dia sangat selesa dengan semua layanan Mia terhadapnya. Mia menjaganya bersungguh-sungguh. Sedikit pun tidak mengeluh dengan semua ini.
Hakikatnya Muaz juga tidak senang dengan kehadiran Elisa. Walaupun kehadiran Elisa sebelum ini sangat dinanti-nantikan. Perasaan itu bertambah parah apabila melihat reaksi Mia yang nyata-nyata tidak suka dengan kedatangan Elisa. Fikirnya Mia tidak akan ambil kisah. Tetapi…
‘Ahh…kenapa dengan aku ni?’ Muaz sangat buntu.
‘Tak boleh jadi ni. Aku kena panggil dia jugak. Tapi macam mana pulak ya?’ Muaz sudah tidak mampu berfikir saat ini.
Tanpa berfikir panjang, Muaz terus memanggil Mia yang entah berada di mana. Hatinya meronta-ronta ingin melihat wajah Mia. Bertambah bimbang apabila memikirkan Mia tiada di rumah.
“Mia…Mia…” Panggil Muaz lagi. lantas pintu bilik ditolak dari luar. Muaz yakin itu adalah Mia.
“Kenapa lambat?” Muaz pura-pura marah. Wajah Mia tidak menggambarkan apa-apa perasaan di kala ini. “Aku nak mandi.” Muaz cuba mengajak Mia berborak. Ingin dilihat aksi Mia yang seterusnya tetapi hampa. Mia seolah-olah orang bisu.
Tanpa sepatah kata, Mia terus membantu Muaz bangun untuk menuju ke bilik air. Dia tiada hati untuk berbicara dengan Muaz seperti selalu. Wajah Muaz juga seboleh-bolehnya tidak dipandang.
‘Kenapa dengan dia ni? Tengok aku pun tak nak. Suara pun dah hilang entah ke mana.’ Muaz perhatikan sikap Mia sangat berubah setelah kedatangan Elisa.
“Aduh…sakit la.” Suara Muaz sedikit meninggi. Tiada sebarang kesakitan yang dialami olehnya, cuma saja ingin menarik perhatian Mia. Tetapi Mia tetap juga begitu.
Setelah meletakkan Muaz pada kedudukan yang selesa, Mia ingin beredar dari bilik air. “Eh, kau nak ke mana tu?” Muaz berasa pelik kerana Mia tidak membantunya untuk mandi terlebih dahulu.
“Encik Muaz kan dah sihat. Dah boleh mandi sendirikan? Jadi tak payah la saya mandikan.” Mia tidak memandang langsung ke wajah Muaz.
“Selalu tu kau yang buat.” Ringkas jawapan Muaz.
“Itu masa Encik Muaz tak mampu nak bergerak sangat. Sekarang kan dah lebih dari itu pun Encik Muaz boleh buat.” Bukan niat Mia untuk menyindir. Mungkin hatinya masih sakit, apa sahaja pertuturan yang keluar dari mulutnya tidak dapat difikirkan dahulu.
Muaz pasti ayat itu diluah berdasarkan apa yang berlaku antara dirinya dan Elisa. Muaz hanya mampu mengeluh.
“Tak apa la kalau macam tu. Tapi karang kau tolong aku bubuh ubat pada luka ni ya?” Muaz masih memerlukan bantuan Mia. Semenjak sakit, Muaz sudah biasa dengan setiap layanan Mia.
Mia hanya mengangguk dan terus beredar ke luar. Hatinya bertambah kecewa apabila Muaz langsung tidak memohon maaf atas apa yang telah berlaku. ‘Dia bukan sayang aku pun.’ Itu sahaja yang mampu Mia katakan pada dirinya.
Ketika Mia sedang enak menonton tv,terdengar jeritan Muaz memanggil-manggil namanya. Tanpa berlengah, Mia menuju ke bilik Muaz.
Didapati Muaz masih berada di dalam bilik air. “Encik Muaz tak mandi lagi ke? Punya lama dah saya keluar Encik Muaz tak selesai-selesai lagi mandi?” Mia membebel. Fikirnya Muaz sudah selesai mandi, rupanya masih seperti tadi.
Muaz terus menghulurkan gayung yang berada di tangannya kepada Mia tanpa berkata sepatah pun. Dia tetap inginkan Mia memandikan dirinya seperti selalu.
‘Mengada-ngada betul la mamat ni. Bukannya tak mampu nak buat sendiri. Sengaja buat perangai.’ Tanpa banyak soal Mia melakukan tugasnya seperti biasa.
Apabila selesai mengenakan pakaian ke tubuh Muaz, Mia menghulurkan sikat ke arah Muaz. Mustahil Muaz tidak mampu untuk menyisirkan rambutnya sendiri.
Tetapi Muaz langsung tidak menyambut huluran itu. Matanya diarahkan ke lain. Dia mahu Mia yang menyisirkan rambutnya. Ada kedamaian yang timbul di situ.
“Takkan sikat rambut pun Encik Muaz tak mampu nak buat sendiri?” Soal Mia tanda tidak berpuas hati dengan sikap Muaz.
“Tak!” Begitu sahaja jawapan Muaz. Apa yang diinginkan olehnya ialah Mia menyisirkan rambutnya. Jikalau Mia tidak ingin melakukan, dia sanggup tidak menyisir rambutnya sampai minggu hadapan. Fullstop!”
“Mengada-ngada betul.” Walaupun ayat itu dituturkan perlahan, Muaz mampu mendengarnya dengan jelas.
‘Memang pun.’ Detik Muaz di dalam hati dan hanya tersenyum ketika Mia merapikan rambutnya.
Malang baginya makan yang selalu disuapkan oleh Mia, terpaksa dilakukan sendiri pada hari itu. Mia tidak mahu melakukannya lagi. Hanya ditinggalkan makanan dia atas meja bersebelahan katilnya dengan disertakan sekeping nota yang bertulis, ‘ALLAH bagi kita macam-macam nikmat. Tapi kalau kita sebagai manusia tak nak menghargai dan menggunakan sebaik-baiknya, tak mustahil ALLAH akan tarik balik nikmat tu untuk selama-lamanya.’
Muaz cukup terasa dengan setiap kata-kata itu. Ayat itu ditujukan khas buatnya yang sudah mampu melakukan banyak perkara, tetapi masih mengaku tidak mampu. ‘Aku cuma nak bermanja je. Oppsss…mana ada! Mana ada!’ Muaz terlepas cakap.
Setelah mengenali Mia dengan lebih dekat, barulah Muaz tahu sikap Mia yang sebenar. Mia seorang yang suka berjenaka, agak kuat membebel tetapi amat menyenangkan. Mia seorang yang mudah menangis tetapi masih tegas dalam tindakannya. Yang paling menyentuh hati Muaz adalah sikap Mia yang sangat penyayang.
Perasaan bencinya pada Mia kadang kala lenyap begitu sahaja apabila mengingatkan kembali akan sikap-sikap Mia itu. Tetapi hatinya masih tidak mampu menerima Mia seperti seorang suami menyayangi isterinya. Egonya masih tinggi menggunung.
Sudah wujud perasaan sayangkah dalam hati dan jiwanya?
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi:
Post a Comment