“Mira, hari ni aku balik lewat sikit ek. Kau tak payah tunggu aku la untuk makam malam ni.” Pesan Mia. Semenjak dua ini syarikat tempatnya bekerja mempunyai banyak projek. Sebagai salah seorang pembantu bagi pereka dalaman dia juga turut sibuk dengan semua itu. Kadang-kala masa untuk rehat pun tidak ada. Tetapi mereka sudah biasa dengan keadaan itu.
Mia amat berbangga dengan majikannya Tuan Syed Al-Amin. Walaupun masih di usia 40-an tetapi sangat bijak dalam urusan perniagaan. Setiap tender yang dimenangi pasti dilakukan dengan sempurna.
Selama Mia bekerja di situ, majikan yang dikenalinya itu sangat pemurah. Tidak berkira dengan semua pekerja. Keluarga Tuan Syed Al-Amin juga memang terkenal dengan sebuah keluarga yang bijak dalam sektor perniagaan. Mereka tidak akan mensia-siakan peluang yang ada. Seperti yang diketahui, sudah turun-menurun keluarga besar Tuan Syed Al-Amin menyertai bidang perniagaan ini.
Bagi mereka di situ umpama hidup dalam sebuah keluarga yang bahagia. Tidak mengira kaum atau agama. Itu yang membuatkan Mia senang bekerja di situ. Tidak pernah terfikir untuk bertukar kerja.
“Kau balik lewat lagi ke hari ni? Aku boring la makan sorang-sorang.” Rengek Mira. Sengaja menarik perhatian Mia.
“Ala, manja betul la kau ni. Macam tak biasa. Bukan aku yang nak balik lewat, tapi dah memang kena macam tu. Kau pun buat-buat la sibuk dekat rumah ni. Cuci tingkap ke, mop lantai ke…hehehe.”
“Keje tahap orang gaji jugak la yang kau bagi dekat aku ek?” Mira sememangnya seorang yang rajin. Tidak disuruh pun pasti akan dibuatnya. Untung bakal suami Mira.
“Ala, aku gurau je. Tapi kerja sebagai orang gaji pun mulia jugakkan?” sengaja Mia mahu melihat reaksi Mira.
“Yeeer… Puan Mia. Aku tahu. Eh, balik kerja malam karang hati-hati. Kau tu perempuan.” Mira tidak pernah lupa berpesan kepada Mia seperti itu sebelum mereka ke tempat kerja. Sudah terbiasa.
“Baik Cik Mira. Kau tu pun sama jugak. Eh, aku nak tanya ni, bila kau nak tukar ‘cik’ tu kepada ‘puan’? Tak sabar dah aku ni.” Mia sudah melarikan diri kerana tahu bahunya bakal menjadi mangsa Mira.
***
Telefon Mia kedengaran lantang. Sudah tidak sabar-sabar mahu disambut. Melihat pada nombor yang tidak bernama itu menambahkan debaran di hati Mia. Memang sudah menjadi fobianya apabila melihat panggilan masuk tanpa nama si pemanggil. Maklumlah, semenjak dari sekolah menengah lagi ada sahaja nombor baru yang masuk. Salah nombor la, buat-buat salah la dan sebagainya.
“Hello…” jawab Mia.
“Assalamualaikum sayangku Nur Mia. Abang rindu.” Ceria sekali suara Muaz. Bagai tiada sengketa antara mereka. Muaz sudah mengambil keputusan bahawa dia tidak mahu melayan amukan Mia lagi. Dia akan buat tidak tahu sahaja.
“Waalaikumsalam. Maaf yer encik, salah nombor ni.” Terus Mia meletak panggilan itu walaupun tahu itu panggilan yang datangnya dari suami sendiri. Muaz Hasbi!
“Mana dia dapat nombor aku ni? Tak lain tak bukan mesti Mira ni. Adoii…geramnya aku.” Ngomel Mia sendirian. Sekali lagi telefonnya berbunyi. Nombor lain pula yang tertera. Usaha juga dia mengangkat. Mustahil tenuk tu yang call lagi.
“Assalamualaikum sayang.” Cehh, si Muaz lagi. Berapa banyak nombor yang dia pakai ni.
“Waalaikumsalam. Encik Muaz nak apa ni haa? Berapa banyak nombor yang ada ni?” soal Mia garang. Rimas diperlakukan seperti itu.
“Amboi, garangnya. Abang ni kan orang business sayang. Mesti la banyak nombor. Mia ingat abang ni kurang bijak ek? Kalau abang call guna nombor yang sama mesti sayang tak nak angkatkan?” teka Muaz. Sudah tahu sangat perangai isterinya yang seorang ini.
“Jangan nak merepek banyak-banyak boleh tak? Nak apa ni? Saya letak karang kalau banyak sangat membebel.” Ugut Mia. Sudah la dia banyak kerja, Muaz pula tidak habis-habis mengganggu hidupnya.
“Ala, abang bukan merepek la sayang. Abang rindu je.” Masih dengan nada romantiknya.
“Saya kira sampai tiga…kalau tak cakap jugak apa tujuan call ni, saya letak fon.” Bukan boleh dilayan sangat mamat seorang ni.
“Ish, dah macam sekolah tadika je sayang ni. Yela-yela…abang nak ajak sayang makan malam hari ni. Boleh? Abang ambil sayang dekat rumah ek?” pelawa Muaz. Walaupun dia tahu Mia akan menolak dengan pelbagai alasan. Tetapi tidak salah mencubakan.
“Saya sibuk la Encik Muaz. Hari ni saya overtime. Pergi la ajak orang lain ek?” nasib baik aku balik lambat hari ni. Ada alasan kukuh lagi mantap. Yes!!
“Abang tak nak makan dengan orang lain. Abang nak makan dengan sayang. Jangan la bagi alasan yang bukan-bukan. Abang ambil sayang malam nanti tau?” tidak jemu Muaz memujuk.
“Ya ampun. Sebenar-benar alasanlah yang saya bagi dekat Encik Muaz ni. Saya tak tipu la. Kalau tak percaya cakap dengan bos saya nak? Tanya dia betul ke tak.” Susah betul nak puaskan hati Muaz ni.
“Ok, bagi telefon tu dekat bos sayang. Biar abang cakap dengan dia.” Dia mahu memastikan bahawa Mia tidak membohonginya.
‘Ish, bos aku mana ada hari ni. Ngade-ngade betul la.’
“Bos saya sibuk.” Ringkas sahaja jawab Mia. Mesti Muaz akan fikir dirinya menipu.
“Haa, kan abang dah cakap. Alasan je semua tu. So, kira jadi la malam ni ek?”
“Encik Muaz yang arif lagi bijaksana, saya tak tipu la. Kalau tak percaya pergi telefon Mira nun. Awakkan selalu dapatkan maklumat pasal saya dekat dia. Pergi la call dia. Pergi!” marah Mia. Tak faham-faham bahasa.
“Ok, kalau sayang tak nak pergi dengan abang, abang ajak Zara.” Ugut Muaz lagi.
Menyirap darah Mia mendengarnya. “Pergi la. Itu la yang baiknya. Diakan girlfriend awak. Pergi la kalau nak sangat.”
Muaz perasan yang Mia sudah menggunakan panggilan ‘awak’ sekali-sekala. Mungkin sudah letih berencik-encik kot. Satu berita baik ni. “Eh, memang abang nak pergi pun. Sebenarnya Mia pilihan kedua je lepas Zara. Tapi dah sayang bagi chance lagi senang kerja abang. Ok, bye-bye sayang. Doakan yang terbaik untuk abang malam ni tau.” Muaz sengaja menambah-nambahkan kemarahan Mia. Rasakan!
Malas Mia mahu membalas kata-kata Muaz itu. Lalu, dihempas telefon bimbitnya di atas meja. Menyampah! Saja nak sakitkan hati orang.
Rakan sekerja yang terkejut dengan tindakan Mia itu merenung Mia tanda hairan. “Apa pasal kau ni Mia?” soal Vellu. Salah seorang staff di situ. Jarang benar dia melihat Mia marah-marah seperti itu.
“Tak ada apa la Vellu. Aku geram dengan semut atas meja ni. Tu aku penyet dia dengan fon aku ni.” Boleh pakai ke alasan macam tu ek?
“Ada-ada jela kau ni Mia.” Sahut Salma.
“Betul ke dia nak keluar dengan Zara malam ni ha?” gelisah juga dibuatnya. Mamat ni betul-betul kerek la. Aku dah la banyak kerja ni.
“Apa lagi you merepek ni Mia?” tanya Vellu lagi.
“Aaa…aku berzikir la. You tau apa itu zikir?” entah apa-apa la si Mia ni. Pelik Vellu dibuatnya.
“Kalau you tak tau, pergi tanya Salma. She can explain for you clearly.” Cadang Mia tiba-tiba.
“Eh, asal aku pulak yang kena? Malas aku nak bercakap dengan si Vellu tu. Lain aku cakap, lain yang dia faham.” Salma memang suka bergaduh dengan Vellu. Maklum sajalah, Vellu agak kurang fasih berbahasa melayu.
“Ayoyo, aku punya pasal you orang mau gaduh ka? Mia sayang, you jangan tambah marah itu Salma. Pening I tau?” rayu Vellu. Dia memang faham benar dengan sikap Salma yang mudah naik angin. Bukan dia sengaja buat tidak faham, tetapi memang dia susah untuk memahami bahasa melayu sepenuhnya.
“Alamak Vellu, itu Salma sudah jelling-jeling sama you. Sorry ek?” pinta Mia terasa bersalah dengan Vellu. Ini semua kerana Muaz. Segala benda jadi tidak betul.
***
“Sudah, sudah…esok sambung pulak.” Nasihat Encik Ghafur lembut. Dia merupakan pembantu Tuan Syed Al-Amin. Orang kepercayaan majikan mereka. Encik Ghafur juga memang seorang yang hebat di dalam perniagaan.
Sekali pun segala tanggungjawab diberikan kepada Encik Ghafur, dia tidak pernah mengambil kesempatan di atas kepercayaan itu. Orangnya sangat mudah mesra.
“Dah dekat pukul sembilan ni. Esok masih ada. Tak lari kerja-kerja kamu tu.” tambah Encik Ghafur lagi dengan memberi senyuman kepada pekerja lain.
“Baik Encik Ghafur.” Sahut dua tiga orang pekerja yang berada di situ. Mia pula masih leka dengan kerjanya yang masih berbaki.
“Sudah la tu Mia, jom balik.” Ajak Salma.
“Kejap-kejap, sikit je lagi ni. Kau nak balik dah ke? Kak Yana mana? Dah balik ke?” Tanya Mia.
“Aku nak balik dah ni. Tunang aku dah tunggu tu. Kak Yana lepas maghrib tadi dah balik. Dia ada hal family katanya.” Jawab Salma.
“Ooo..ok. Kau tu bebaik sikit. Dah tengah malam ni. Jangan melencong ke lain ek? Kang cemburu pulak si Vellu tu dengan kau.” Sempat lagi Mia mengusik. Salma memang sudah menjadi tunangan orang.
“Pandai la kau. Jom la, kita keluar sekali.”
“Ok. Jom.” Lalu mereka pun beredar dari bilik pejabat tersebut.
***
Tidak disangka langsung oleh Mia apabila tiba di hadapan rumah, Muaz sudah sedia menunggu.
Selepas meletakkan kereta betul-betul di sebelah kereta Mira seperti biasa, Mia mahu melangkah terus ke dalam rumah. Tetapi bukan semudah itu untuk dia melepaskan diri dari Muaz. Tambahan pula sudah berada di hadapan mata.
“Amboi, buat-buat tak nampak ke atau memang tak nampak sungguh-sungguh ni…yuhhuuuu…” laung Muaz.
Mia yang bimbang laungan itu menarik perhatian jiran-jiran yang lain terus menuju ke arah Muaz.
“Apa bising-bising dekat rumah orang ni?”
“Sape suruh dia buat tak tahu dengan kita. Nasib la.” Muaz berkata dengan muka selambanya.
“Kalau orang dah buat macam tu tandanya orang tak suka la.” Jeling Mia.
“Dah, jom pergi makan!” Muaz memaut lengan Mia.
“Ewah-ewah! Suka-suka je awak ek? Saya ni baru balik kerja. Letih tahu tak?” susah betul dengan Muaz ni. Macam tak ada perasaan langsung.
“Letih ke? Ala, kesiannya. Meh abang dukung. Makan kejap lagi abang suapkan ek?” tidak habis-habis Muaz mahu menyakiti hati Mia.
“Jangan nak mengada-ngada boleh tak? Dah la, pergi balik. Takkan la tak kenyang lagi makan dengan girlfriend awak tu?” perli Mia.
Muaz sudah tersengih-sengih. Cemburu agaknya si Mia ni. Elok sangat la kalau macam tu. Muaz tersenyum girang.
“Eh, kalau nak berpoligami kena la training dari sekarang. Nanti abang jadi tak adil pulak. Buatnya abang terlebih yang dekat belah sana, yang belah sini pulak makan hati. Sape nak jawab?”
“Lantak Encik Muaz la nak cakap apa pun. Tak nak datang sini terus pun tak apa. Lagi saya suka. Sangat suka!” ditekan-tekan perkataan akhir itu.
“Marah nampak.” Tambah Muaz lagi.
“Eee…pergi la balik!” biarlah orang lain mahu dengar. Perasaan geramnya terhadap Muaz lebih mengatasi segalanya.
“Tak ada, tak ada. Jom pergi makan. Abang lapar sayang… Kalau tak nak ikut abang jerit. Bagi semua orang dengar. Abang nak cakap, tolong…isteri saya tak bagi saya makan. Dia dera fizikal dan mental saya. Juga batin saya… Tolong…” Siap dengan gaya lagi.
‘Gila! Loya buruk betul.’ Kutuk Mia di dalam hati.
“Nyerit la…dah tua tapi tak malu. Saya peduli apa. Saya lari masuk rumah. Tinggal awak sorang-sorang dekat luar ni. Paling tidak pun orang akan kata ‘orang gila, memang macam tu’. Padan muka Encik Muaz.”
Muaz memandang sekilas pada wajah isterinya. “Cabar abang ye? Betul ni?” soal Muaz berani.
Tanpa menjawab pertanyaan itu Mia melangkah mahu masuk ke dalam rumah. Dia sudah cukup penat. Ditambah lagi dengan perangai Muaz yang suka memaksa.
“Tolong…isteri saya…” Mia berlari ke arah Muaz lalu menekup mulut Muaz.
“Arghh…Encik Muaz ni gila tau tak? Tak malu!” marah Mia.
“Hahaha…tu la. Ingat abang tak berani ke haa?”
“Mia, apa yang bising sangat ni? Malu oii dekat jiran-jiran.” Mira menjenguk ke luar. Dia memang sudah tahu kedatangan Muaz sebentar tadi. Mira sudah memberitahu bahawa Mia memang akan pulang lewat malam ini. Tetapi Muaz bertegas mahu menunggu juga.
“Mira, saya pinjam kawan kesayangan awak ni kejap ek?” pinta Muaz.
“Pinjam lama pun tak apa. Tapi korang berdua jangan la memekak dekat sini. Malu la dekat orang. Mia, kau pun jangan la buat perangai sangat.” Nasihat Mira. Bukan dia tidak tahu, Muaz membuat bising seperti itu mesti disebabkan sikap degil Mia yang berterusan.
“Ha, dengar tu sayang? Jom!” sekali lagi Muaz menarik tubuh Mia. Mia tiada pilihan lain.
“Kami pergi dulu Mira. Kalau Mia ni tak balik ni awak faham-faham la ya?” bulat biji mata Mia mendengar kata-kata Muaz itu. “Jangan nak mengada-ngada. Saya nak ikut ni pun dah cukup baik tau.” Pantas Mia membalas.
“Yela-yela. Gurau sikit nak marah. Gigit karang.” Ditutup pintu sebelah penumpang setelah Mia masuk ke dalam kereta.
“Sayang sihat?” soal Muaz apabila kereta sudah mula bergerak. Dia sendiri tidak tahu mahu pergi ke mana sebenarnya. Dia cuma mahu bersama isterinya sahaja.
Mia masih lagi berdiam. Masih marah dengan tindakan Muaz.
“Sayang letih ek? Kenapa balik lewat? Banyak kerja ek?” tanpa henti-henti Muaz menyoal. Mia buat tidak dengar sahaja. Matanya dihalakan ke arah luar.
“Sayang nak makan apa?” Muaz tahu Mia sedang marah. Tetapi dia tidak mahu mengikut rentak isterinya. Biarlah dia dikatakan tidak malu atau sebagainya kerana dia tidak sanggup berdiam sahaja. Bukan senang untuk mendapat peluang bersama-sama dengan Mia.
“Tak baik tau Tuhan bagi kita bercakap tapi tak nak gunakan kelebihan tu. Dengan suami sendiri pulak tu. Dosa tau.” Muaz cuba menggunakan ‘kuasa’nya sebagai suami.
Mia sendiri sebenarnya sudah letih dengan semua ini. Dia cuba membuatkan Muaz jemu dengannya tetapi nampak gayanya langsung tidak meninggalkan kesan pada diri Muaz.
“Makan la dekat mana-mana pun. Saya ikut je.” jawab Mia ringkas.
Muaz tersenyum simpul. Dia tahu Mia bukanlah sedegil mana tetapi sengaja menunjukkan protes pada dirinya. Kerak-kerak nasi la katakan. Direndam lama sedikit di dalam air, lembutlah dia.
“Kita pergi makan dekat restoran masakan Thai ek? Abang teringin nak makan tomyam la.”
“Ok.” Balas Mia.
***
“Sayang, bangun. Dah sampai ni.” Muaz mengejutkan Mia. Lena benar nampaknya. Fikirnya Mia tidak akan menjamah apa yang dipesan di restoran tadi. Tetapi Mia makan dengan berselera sekali. Sekarang apabila sudah kekenyangan, mata tidak dapat ditahan-tahan lagi.
“Lenanya sayang abang ni tidur.” Dicium pipi kanan Mia. Manalah tahu dengan tindakannya itu akan mengejutkan Mia. Malangnya tidak berkesan pun.
“Sayang, bangun…abang bawak balik rumah kita karang.” Sengaja Muaz bergurau. Walaupun esok hari minggu dia tidak mahu memaksa Mia pulang ke rumah mereka.
“Argghh…” Mia menggeliat kecil. Terlupa bahawa Muaz ada di sebelahnya.
‘Mak aii…teruknya perangai. Menggeliat macam anak beruang.’ Muaz tersengih memandang isterinya yang terlepas perangai. Sah-sah luar kesedaran ni.
“Dah sampai ke?” soal Mia yang masih mamai.
“Yer, dah sampai rumah kita.”
“Haa?” bingkas Mia tersedar dari ngantuknya. Mahu terkeluar biji matanya apabila mendengar Muaz kata begitu. Sekali lagi Muaz mengenakannya.
“Awak ni kenapa haa? Kan saya dah cakap yang saya tak nak balik rumah awak tu. Tak faham bahasa ke?” Mia memukul-mukul dada Muaz. Selalunya seperti itulah. Kalau dia tidak berpuas hati dengan Muaz pasti dadanya yang menjadi sasaran terlebih dahulu. Memang kena pergi gim selalu la nampak gayanya. Dipegang kedua-dua bahu Mia.
“Sayang, cuba tengok dekat luar tu.” Arah Muaz. Niatnya mahu mengenakan Mia sahaja, tetapi tidak disangka olehnya yang Mia akan mengamuk seteruk ini.
Mia terus memandang ke luar seperti yang dipinta oleh Muaz. Alamak! Dekat rumah sewa aku la. Adoii…aku dah berkasar dengan dia pulak. Mia tertunduk malu.
“Dah…dah…sayang dah penatkan? Pergi masuk dalam. Mandi,solat…tidur ek?” diusap-usap kepala Mia. Mia pula diselubungi rasa bersalah yang teramat sangat. Dia sering menyakiti Muaz.
Tanpa memandang wajah Muaz dia mencapai tangan kanan Muaz lalu mencium tangan itu tanda maaf dan hormat pada Muaz. Dia tidak tahu mengapa hatinya terlalu ingin berbuat begitu. Seingatnya selama perkahwinan mereka, ini kali kedua dia menyalami tangan Muaz. Sayu hatinya. Berdosakah aku?
Muaz terkejut dengan tindakan Mia. Tidak percaya Mia sudi menyalam tangannya. Diangkat wajah Mia menghadap dirinya, dicium kedua-dua belah pipi itu dan akhirnya jatuh di dahi hangat Mia. Mia tidak langsung menghalang perbuatan Muaz itu.
“Saya masuk dulu.” Dilepas genggaman tangannya.
“Sayang jaga diri ek? Abang sayang Mia.” Sempat Muaz berpesan sebelum Mia melangkah keluar dari keretanya. Dipandang tubuh itu sehingga Mia lenyap dari pandangannya. Hatinya sedikit tenang dengan perubahan Mia. Harap-harap ia akan kekal dan terus berkembang. Muaz beredar dari situ dengan senyuman yang penuh mekar disirami kasihnya yang tidak terhingga buat sang isteri.
***
Setelah siap bersolat, Mia melangkah ke katil bujangnya. Walaupun badannya teramat penat ketika ini, matanya masih tidak mampu terpejam dek kerana mengingatkan detik-detik terakhir bersama dengan Muaz sebentar tadi.
‘Kenapa la aku ni suka sangat nak mengamuk-ngamuk dengan dia. Dulu aku boleh jer sabar.’ Keluh Mia. Dahulu dia memang seorang yang sangat penyabar. Tetapi setelah apa yang berlaku antara mereka kononnya dia mahu menjadi seorang yang lebih kuat berbanding dahulu.
Berdosanya aku buat suami sendiri macam tu. Tapi aku takut dia akan kecewakan aku lagi. Nanti kalau aku dah jatuh sayang giler dekat dia dan dia buat balik perangai lama macam mana? Aku dah tak larat nak menangis.
‘Aku tak niat nak pukul dia atau marah dia. Tapi bila aku tengok jer muka dia aku terus jadi nak marah. Aku kecewa dengan perbuatan dia. Memang la dia dah minta maaf, tapi benda yang dah jadi takkan terpadam macam tu je. Macam mana aku nak berkasih dengan dia bila setiap kali aku pandang di aku terbayangkan perbuatan dia dengan perempuan tu.
Bukan ke dulu aku nak sangat semua ni? Nak Muaz sayang aku, belai aku, ungkapkan kata-kata cinta pada aku. Tapi semuanya datang tak kena masa. Kadang-kadang aku tak nafikan aku terharu sangat dengan setiap tindakan dia pada aku. Memang la dia suka memaksa sekarang ni, tapi dia tak kasari aku macam dulu. Tapi dia pernah tampar aku. Aku masih dapat rasakan kesakitan tu. Ya Allah, aku perlukan hidayah-Mu supaya aku dapat menerima suamiku kembali dalam hidup ini.’
Terlalu banyak ‘tapi’ nya sehingga Mia hilang keyakinan. Kejam sangat ke aku ni? Dia suami aku. Aku masih ingat dengan kata-kata baba, tempat isteri adalah di sisi suaminya. Setiap kali ayat itu berlegar-legar di minda pasti hatinya sayu mengenangkan kehidupan sebagai seorang isteri tidak dapat dikecapi seperti isteri-isteri lain di luar sana.
Teringat Mia akan lirik dalam sebuah nasyid yang dipopularkan oleh kumpulan In-Team suatu ketika dahulu. Doa Seorang Kekasih. Salah sebuah kumpulan nasyid yang sangat diminati oleh Mia.
Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala
Andainya Muaz Hasbi telah tertulis buat diriku, Kau dekatkanlah hatinya dengan hatiku…sebelum Mia melelapkan matanya dia menerima mesej ringkas dari Muaz.
“Sayang selamanya…nite syg!”
Malam itu Mia lena sekali bertemankan mimpi-mimpi indah bersama Muaz, suaminya.
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi:
Post a Comment