‘Ewah-ewah! Sedapnya dia guling-guling atas katil tu sorang-sorang ya. Hello Encik Muaz, tu katil aku tau!’ Bentak Mia apabila Muaz seenaknya berbaring di atas katil itu.
Tanpa berlengah Mia terus bangun dari pembaringannya untuk menunaikan solat subuh memandangkan jarum jam sudah menunjukkan ke angka 6.15 pagi.
Selesai menunaikan rukun islam yang kedua itu, Mia berpaling pada Muaz yang masih lena di ulit mimpi.
‘Eh, macam mana aku boleh tahu dia bermimpi ni? Tak baik bersangka buruk.’ Pujuk hatinya.
‘Eleh, kalau dah macam tu gaya tidurnya, mustahil tak mimpi.’ Bisik suara yang entah dari mana datangnya untuk terus menghasut Mia.
‘Lantak kau la nak mimpi ke tidak. Bukan susahkan aku pun. Tapi nak kejutkan ke atau tak ni?’ Mia buntu sama ada ingin membiarkan Muaz terus tidur atau mengejutkannya.
Bagi menjalankan tanggungjawab sebagai saudara seislam, Mia memberanikan diri untuk mengejutkan Muaz dari lenanya.
‘Adooiii… kalau dia marah aku karang macam mana? Lantak la. Buat muka berani sudah.’ Mia cuba memujuk hatinya yang agak gentar untuk mengejutkan Muaz.
“Encik Muaz… Encik Muaz! Bangun…dah subuh ni.” Panggil Mia agak lembut.
‘Ala, pasal apa tak ada respon ni?’ Mia bertanya sendiri apabila melihat Muaz langsung tidak bergerak dengan sahutannya.
‘Tidur mati betul mamat ni. Aku nak pegang dekat mana ni?’ Mia gusar apabila memikirkan tiada cara lain selain menggoncang sedikit tubuh Muaz.
Mia memberanikan diri menyentuh kaki Muaz. Mia masih ingat pesan arwah ibu. Kalau ingin mengejutkan seseorang dari lenanya, peganglah pada bahagian kaki supaya seseorang itu tidak tersentak.
Tetapi cara ibu mengejutkan Mia dari lenanya agak berbeza. Ibu akan mencium dahi Mia terlebih dahulu. Dengan cara itu, Mia akan tersedar dengan sendiri kerana hanya ibu yang menggunakan cara itu. ‘Mia rindu ibu!’
‘Takkan la dengan mamat ni aku nak buat macam tu. Tak pasal-pasal aku dituduhnya ingin mengambil kesempatan. Lagi pun, aku tak ingin la!’ Tegas Mia.
“Encik Muaz, bangun la. Nanti terlepas pulak subuh.” Mia menggoncang sedikit kaki Muaz.
“Aaa…apa ni kacau orang pagi-pagi ni ha? Dah tak ada kerja ke?” Bentak Muaz apabila lenanya diganggu.
Mia terus mengalihkan tangannya dari Muaz. ‘Aku dah agak dah. Mesti aku yang kena marah. Niat aku cuma nak kejutkan kau!’ Mia rasa ingin menangis apabila dimarahi sebegitu.
‘Lantak kau la. Aku dah kejutkan tapi kau degil. Dosa kau, kau yang tanggung. Bukan aku.’ Mia bertambah geram dengan perlakuan Muaz.
***
“Selamat pagi baba. Amboi, pagi-pagi dah termenung ya?” Tegur Mia lalu menghulurkan tangan untuk menyalam tangan Encik Saufi seperti yang selalu dilakukannya sebelum memulakan hari yang baru.
“Baba tengah bayangkan betapa ramainya cucu-cucu baba nanti. Mesti meriahkan?” Encik Saufi menjeling Mia.
‘Cucu? Ramai?’ Ingin terkeluar biji mata Mia apabila mendengar angan-angan Encik Saufi itu.
‘Kesian baba. Tapi Mia tak dapat berikan semua itu. Mustahil baba.’ Tiba-tiba Mia terasa ingin menangis apabila memikirkan nasibnya pada masa akan datang.
“Eh, baba.. jom la kita sarapan. Tadi Mia ada tolong Mak Su buatkan nasi goreng untuk sarapan kita pagi ni.” Mia cuba mengalihkan perhatian Encik Saufi daripada meneruskan perbualan yang diutarakan sebentar tadi.
“Pandai Mia nak mengelak ya? Baba bergurau je. Seorang pun dah cukup untuk baba.” Encik Saufi tergelak sendiri dengan kenyataannya itu.
“InsyaAllah baba.” Mia cuba menyedapkan hati Encik Saufi.
“Eh, mana Muaz? Kita tunggu dia sekali. Bila lagi nak sarapan sama-sama.” Tanya Encik Saufi akan menantunya itu.
“Baba pergi tunggu dekat meja makan. Biar Mia pergi panggil Muaz.” Lalu Mia beredar ke bilik untuk memanggil Muaz sarapan bersama.
***
‘Dah bangun ke belum tuan besar ni? Ikutkan hati aku, tak payah panggil dia sarapan pun tak apa. Pandai-pandai la cari sendiri.’ Marah Mia kembali menerjah dirinya apabila mengingatkan peristiwa awal pagi tadi.
Sebaik sahaja Mia memulas tombol pintu bilik, kedengaran seseorang berada di dalam bilik air. Itu menandakan Muaz sudah bangun.
‘Ya ampun.. dia pakai tuala je?’ Mia kaget apabila melihat Muaz yang keluar dari bilik air hanya mengenakan tuala sahaja.
“Er..er.. baba panggil turun. Sarapan..” Terketar-ketar suara Mia berbicara dengan Muaz. Tambahan lagi Muaz hanya membuat muka sepuluh sennya.
“Pasal apa kau tak kejutkan aku pagi tadi? Kau saja nak malukan aku depan keluarga kau kan?” Agak kasar suara Muaz.
Dia menjadi geram apabila mengingatkan kejadian sebentar tadi.
Apabila terjaga dari tidur, fikirnya masih awal. Tetapi melihat jam dinding yang tergantung di hadapannya sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Apa lagi, kelam kabut dia berlari ke bilik air.
“Saya dah kejutkan awak. Eh…Encik Muaz. Tapi Encik Muaz tak bangun pun.” Mia cuba membela dirinya apabila dituduh sebegitu rupa.
‘Kau yang tidur mati, kau salahkan aku. Sekeh karang!’ Geram Mia.
“Pandai la kau mengelak ya? Kalau kau kejutkan kenapa aku tak dengar? Aku tak pekak lagi.” Muaz terus mempertahankan dirinya.
‘Kau memang pekak!’ Bentak Mia di dalam hati.
“Sudah, tak payah buat muka sepuluh sen kau tu. Aku tak kesian pun.” Bicara Muaz apabila melihat wajah Mia yang sedikit berubah setelah disergah olehnya.
‘Muka aku yang cun ni dia bandingkan dengan nilai sepuluh sen? Muka kau tu sama dengan kosong point kosong satu sen tau.’ Mia cuba melawan. Tetapi hanya di dalam hati.
“Tak apa la. Saya keluar dulu. Kami tunggu Encik Muaz dekat meja makan.” Balas Mia lembut dan ingin berlalu dari terus bertekak di awal-awal pagi ini.
“Siapa bagi kebenaran kau keluar? Tunggu aku siap. Kita turun sama-sama.” Arah Muaz dengan egonya.
‘Mengada-ngada nak suruh orang tunggu dia. Bersiap dah la macam kura-kura. Geramnya!’ Menyampah Mia apabila diarah-arah seperti anak kecil.
“Kau ingat! Depan family, kita kena berlakon umpama kita pasangan yang bahagia. Faham?” Tanya Muaz sambil mempersiapkan dirinya.
“Faham.” Malas Mia ingin memanjangkan cerita.
“Okay. Dah.. jom keluar!” Ajak Muaz lalu beredar ke muka pintu untuk keluar diikuti oleh Mia.
***
Ketika hampir dengan ruangan dapur, Muaz memaut pinggangku rapat ke arahnya.
‘Kurang asam punya Muaz. Kalau nak berlakon sekali pun tak payah la mengada-ngada sangat. Eee.. rimas la.’ Geram Mia dengan tindakan Muaz.
“Berlakon je.” Bisik Muaz di telinga Mia.
“Amboi-amboi! Pengantin baru ni, bukan main mesra lagi ya. Sudah-sudah la dulu. Mari makan.” Usik Mak Su apabila melihat Muaz dan Mia mesra sekali.
“Biar la dekat mereka. Dah nama pun pengantin baru. Faham-faham aje lah Siti oii.. Kita dulu pun macam tu juga kan?” Pak Su Hashim terus mengusik isterinya.
Mak Su sekeluarga masih berada di rumah Encik Saufi memandangkan Pak Su Hashim masih bercuti sempena meraikan majlis Muaz dan Mia.
Pak Su Hashim merupakan adik bongsu Encik Saufi. Jadi mereka lebih rapat memandangkan Encik Saufi hanya mempunyai tiga beradik. Mak Cik Sofea merupakan adik Encik Saufi yang kedua. Tetapi beliau sudah pulang ke rumahnya kerana Pak Cik Azhar harus bekerja.
“Berseri-seri muka pengantin baru ni ya. Mari Muaz duduk. Kita sarapan sama-sama.” Arah Encik Saufi apabila melihat Muaz tersipu-sipu di samping Mia.
‘Eee.. dia yang gatal dengan aku, aku yang dapat malu jugak.’ Jeling Mia pada Muaz yang masih erat memeluk pinggangnya.
“Maaf baba, Pak Su. Terlewat sikit.” Muaz terus berjabat tangan dengan baba dan juga Pak Su Hashim. Lalu membiarkan Mia ke dapur menolong Mak Su Siti.
‘Nasib baik mereka tak nampak rambut aku yang basah. Kalau tidak, mesti jadi bahan lagi.’ Mia melayan dirinya sendiri memandangkan Muaz dan yang lain sibuk berjenaka.
‘Tapi rambut aku basah bukan sebab tuuttt.. tapi aku memang dah biasa basahkan rambut ketika ingin menunaikan solat subuh. Baru segar.’ Mia terus bersoal jawab sendirian.
“Mia mari la sini cepat. Apa yang dimenungkan lagi tu. Alah, kami saja bergurau dengan Muaz ni.” Sahut baba apabila melihat Mia hanya membisu dari tadi. Risau anaknya itu terasa hati.
“Mari duduk sini sayang.” Panggil Muaz dengan lembut sekali.
‘Dia buat dah. Aku rasa nak pelangkung je mamat ni. Mengada-ngada betul. Jangan la over sangat.’ Meluat Mia melihat kelakuan Muaz yang berlebih-lebihan itu.
“Cik adik Mia, cik abang Muaz dah panggil tu. Dia boleh termenung lagi.” Sahut Mak Su Siti.
“Iya… Mia dengar.” Lalu Mia mengambil tempat di sebelah Muaz.
“Mak Su, adik dengan along mana? Tak bangun lagi ke?” Soal Mia apabila hanya mereka berlima di situ.
“Diorang tu tidur lagi. Maklum la semalam dah berperang habis-habisan.” Mak Su cuba bergurau apabila teringatkan anaknya yang berdua itu. Ashraf Iskandar dan Alia Imani. Permata hati Pak Su dan Mak su.
“Berperang?” Soal Muaz yang agak keliru dengan bahasa yang digunakan oleh Mak Su Siti itu.
“Berperang tu maksudnya main la Muaz. Kan semalam ramai tetamu yang hadir. Diorang suka sangat la macam tu.” Balas Pak Su Hashim.
“Ooo… Saya ingat apa la tadi.” Jawab Muaz tersipu-sipu.
“Nanti kamu berdua ada anak, kamu faham la.” Encik Saufi menyampuk bagi memeriahkan lagi suasana pagi.
Tersedak Mia apabila mendengar ayat baba itu.
Muaz terus bertindak mengusap belakang tubuh Mia apabila Mia terbatuk-batuk.
‘Ala, kenapa semua orang pakat nak kenakan aku ni. Yang si Muaz ni pun, gatal sangat pulak. Geli la aku.’ Rasa mahu sahaja Mia menepis tangan Muaz. Tetapi apabila memikirkan baba dan yang lain berada di situ, Mia membatalkan hasratnya.
“Kenapa dengan sayang ni? Baba bergurau aje la. Lagi pun kalau kita ada anak-anak nanti macam tu la jugak.” Muaz menambahkan kekalutan yang ada di hati Mia.
‘Kurang asam jawa betul la Muaz ni. Bukan nak menyelamatkan keadaan. Mengeruhkan lagi ada.’
“Ha, dengar tu Mia. Nampak gayanya Muaz dah ready nak bagi baba kamu cucu yang ramai. Bersiaplah along ya?” Mak Su menggamatkan keadaan sambil merenung Encik Saufi.
Kesudahannya, Mia hanya mendengar dan buat-buat selesa dengan usikan baba, Pak Su dan juga Mak Su.
“Baba, Muaz ingat esok dah nak balik Kuala Lumpur. Sebab Muaz tak dapat cuti lama-lama. Sekarang ni syarikat papa tengah sibuk dengan pelbagai projek. Muaz tak sampai hati nak tinggalkan macam tu je.” Bicara Muaz.
“Tak apa la. Dah tanggungjawab kamu. Baba faham. Mia macam mana?” Soal baba pada Muaz memandangkan Mia sudah menjadi isteri Muaz.
“Mia saya bawa sekali la. Takkan saya nak tinggal isteri saya ni. Tak lena la tidur saya.” Muaz menyakat Mia yang terdiam dari tadi.
‘Lantak kau la Muaz. Tak kuasa aku nak layan. Nak tak nak aku tetap kena ikut kau juga.’ Pujuk Mia apabila memikirkan dia akan berpisah dengan baba selepas ini.
“Bagus la tu Muaz. Dah jadi suami isteri ni pandai-pandai la berdikari.” Nasihat Encik Saufi. Hatinya juga terasa sayu apabila memikirkan Mia akan jarang-jarang pulang ke rumahnya selepas ini.
“Mia ikut abang ya sayang?” Tanya Muaz kepada Mia dengan suara yang sangat romantik.
“Mia ikut je.” Balas Mia perlahan.
Encik Saufi tersenyum bahagia apabila melihat Muaz melayan Mia dengan baik sekali.
‘Nampak gayanya ada peluang aku nak dapat cucu cepat ni.’ Encik saufi terus dengan angan-angannya.
***
Seharian itu Muaz banyak menghabiskan masa berbual dengan Encik Saufi dan juga Pak Su Hashim.
Manakala Mia dan Mak Su Siti masih sibuk mengemas memandangkan majlis Mia semalam agak besar.
Ashraf Iskandar dan Alia Imani leka menonton kartun Tom and Jerry yang sangat mereka minati. Tambahan pula mereka sudah puas berkejaran semalam. Letih agaknya.
“Kak Mia, mari la tengok kartun dengan adik.” Ajak Alia Imani yang memang manja dengan Mia sejak kecil sehingga umurnya mencapai empat tahun.
“Kak Mia sibuk la sayang. Kejap ek.. .sikit je lagi.” Begitu jugalah Mia yang begitu manjakan sepupu-sepupunya itu. Sementara pula dia tidak mempunyai adik-beradik yang lain.
Muaz hanya memerhati dari jauh kelakuan Mia. ‘Sungguh lembut setiap tindakannya.’ Bisik Muaz sendiri.
“Okay sayang-sayang akak… kita boleh tengok kartun sama-sama.” Jerit Mia kepada kedua sepupunya.
Ashraf Iskandar dan Alia Imani terus menerpa ke arah Mia. Mereka berebut untuk duduk di atas riba Mia.
Akhirnya ketiga-tiga mereka selesa dengan kedudukan masing-masing sambil bergelak ketawa dengan telatah Jerry yang suka mengenakan Tom.
‘Minah ni layan jugak kartun. Budak-budak tu pun bukan main manja dengan dia. Macam mana la anak sendiri nanti.’
Oppsss… Muaz telah berfikir di luar batasan.
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi:
Post a Comment