..Pilih Mana Suka..

Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Ramadhan..dengan dia ^_^


Salam sayang! ^_^

Moga kalian semua sihat di bawah lindunganNYA. Ameen..

Hari ni start kerja balik lepas bercuti agak lama. Lamalah SANGAT! Ahaks.. Balik dari bercuti Allah duga dengan kesihatan yang kurang memuaskan sebab cuaca yang tak menentu di sebelah utara. Tapi  masih bersyukur kerana Allah datangkan tenaga untuk tempuh ramadhan pertama dengan tenang.

Ramadhan tahun ini (2013) pasti menjadi satu kelainan buat cik ain kerana hadirnya insan bernama suami sebagai penenang jiwa & penyejuk mata. Allah...hebat sekali rasa yang bertandang di hati. Bersyukur kerana Allah beri peluang untuk berpuasa sebagai seorang isteri.

Lain..sangat lain rasanya. ^__^ Dulu, nak makan simple masa bersahur, bisa diatur! Sekarang, kena fikir & tahu apa yang suami mahukan ketika bersahur. Dulu, nak skip bersahur rasa macam tak ada masalah walaupun tahu diri sendiri tak dapat pahala bersahur. Kini, kehendak & rentak suami harus diutamakan.

Nak tahu??? Ikutkan bersahur & puasa hari pertama pada tahun ni, cik ain masih tak dapat nak lakukan dengan zauji sebab jarak memisahkan kami. Sebak, kecewa, frust semua rasa. Kasihan dengan zauji, ada isteri tapi masih bersahur & berbuka tanpa isteri. Cik ain lah tu! Sob..sob..

Dengan izin Allah yang Maha Mengetahui isi hati hamba2NYA, DIA beri salah satu dari apa yang kami impikan iaitu bersahur sama2. Terima kasih ya Allah... :'(

Ikut pada perancangan, cik ain akan kembali bekerja pada hari selasa. Tapi disebabkan kesihatan yang kurang memuaskan, cik ain lanjutkan cuti sehingga hari selasa. Pagi selasa di kampung, cik ain tanya pada zauji, "nak kita balik petang ni ke atau pagi esok?". Zauji jawab dengan muka paling sedih, "esok pagi boleh?"  Haha...Soalan dibalas soalan. Tapi lebih kepada permintaan. Serta-merta tak sampai hati nak kata TIDAK. So, pagi tadi jugak cik ain drive dari kampung ke Penang. Huarghhh...sangatlah letih! Tapi hilang letih bila dapat bersahur dengan encik zauj. Syukur.. ^_* Buat zauji tersayang, terima kasih untuk rasa ini! Nanti ada rezeki kita bersahur & berbuka sama2 ya!

Sekadar perkongsian, kami baru pulang dari bercuti. Nak tahu lebih lanjut tentang percutian kami? Nantikan entry yang seterusnya. Cik ain akan kongsi pengalaman percutian 3H2M kami. Bukan sekadar pengalaman, malah boleh dijadikan panduan untuk yang bakal ke sana. Sabaq okeyyss... ^_*



kami di mana?? nantikan.. :)




Out of topic >> Dah mula rasa sebak bila fikir diri sendiri akan berbuka sorang2  hari ni. Huwaaaa......:'(



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

Steamboat Jom!


Salam kasih sayang semua! wink..wink..alhamdulillah, kita dah sampai pada hari ke-21 ramadhan. Masih bertenaga? Jom ho..ho..holicks! >_< Mahai kot horlicks ni. So, tak payah nak horlicks tak hengaaaattt la. Minum susu pekat+air suam sudah. Kan? Pernah cuba ler tu...wehehe..

Semalam cik ain berbuka puasa di luar setelah berminggu-minggu berbuka dekat banglo 4 tingkat cik ain. So, curang seharilah dengan banglo 4 tingkat. Kerlassss kau jah!Ahaks...

Housemate ajak berbuka dengan steamboat. Steamboat lagi! Loya...haha...tapi memikirkan tinggal hanya beberapa hari je lagi nak berpuasa, cik ain ambil la peluang ni untuk berbuka di luar. Pada hakikatnya kurang selesa berbuka di luar sebab agak rushing untuk bersolat maghrib pulak. Astaghfirullah..hehe..

Macam biasa la bila kita nak makan steamboat bagai ni, memang kena booking meja dulu. Kalau tidak, jawabnya kena bentang tikar mengkuang depan restoran tu. Haaaa...steamboat la sampai pengsan. Tapi kena guna dapur kayu la. Ekekeke...

Pukul 6.30 petang cik ain dah sampai dekat restoran tu. Punya la awal...arghhh...biarkan mata2 yang memandang. Apee...cik ain nak tolong sapu sampah dulu. Haaaaa.... :p Macam biasa ambil set steamboat & beberapa side order yang lain. Sedap? Sedap lagi gulai tempoyak ikan yu. Hahaha...

Alhamdulillah, kenyang dengan rezeki yang Allah berikan. Dekat bawah ni cik ain tinggalkan beberapa gambar yang sempat cik ain culik semalam. & korang akan tahu di restoran mana cik ain bertapa. Ayuh, zoom!

dah last2...campur semua... :)

BBQ steak

rumpai laut..

nasi goreng belacan

:)

tomyam..

cik yani & cik ngah

yarhhh..di sini...:)

~SELAMAT BERBUKA~



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

Ramadhan Terakhir


Selamat petang semua! Innalillahiwainnailaihirojiun...cik ain baru terima berita sedih sebentar tadi. Majikan lama (mama) cik ain telah dijemput menghadap Illahi pada ramadhan hari ini.

Moga beliau ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman & beramal soleh. Al-Fatihah buat arwah (Puan Zaimah).

Dikhabarkan beberapa hari yang lepas beliau pengsan ketika hendak berbuka puasa. Kemudian dia dikejarkan ke Hospital Besar Ipoh untuk rawatan selanjutnya. Seperti yang diberitahu, saluran darah di kepalanya pecah & koma selepas pembedahan. Akhirnya beliau pergi jua menghadap Illahi.

Sayunya bila tak dapat nak ziarah arwah. Ikutkan perancangan, hari sabtu ni cik ain nak pergi melawat. Tapi ketentuanNYA tiada siapa yang berhak menghalang. Hanya doa & Fatihah yang mampu cik ain kirimkan dari sini. Moga keluarga arwah tabah menghadapi ujian di bulan yang mulia ni. :'(

AL-FATIHAH~~



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

Ramadhan Kareem


Aii..aii.. cip! Haa...kan cik ain dah cakap. Sedar2 je dah masuk hari ke-7 puasa. Sat je kan? Sedar sekali lagi nanti, dah habis raya pun. Haha..rasakan! Sapa suruh banyak berangan...wee..

Semalam cik ain dapat lihat fenomena yang agak pelik di masjid. Ceritanya macam ni. Nak dengar tak?? Tak payah susah2. Baca je...wee...

Tiga hari lepas cik ain pergi solat terawih dekat masjid sebelah banglo 4 tingkat cik ain. Pergi dengan housemate sekali. MasyaAllah, ramainya orang. Sampaikan dekat pintu nak masuk pun dah penuh. Mujur cik ain kecik (kecik la sangat... :p) So, muat la berdua dengan kawan tu. Hamekau! Betul2 berdiri depan pintu masuk. Kalau orang nak keluar terpaksa bayar tol dulu dekat kami. Baru boleh keluar. Ekeke...

Dua hari lepas cik ain tak pergi masjid. Kurang sihat (alasan!). Haha...tapi semalam cik ain pergi lagi. Kami pergi lepas solat isyak. Maklum la, banglo cik ain dengan masjid hanya beberapa langkah. Masa berjalan tu duk fikir, "mesti penuh lagi hari ni. Mana nak solat."

Takut terlambat punya pasal, kami berdua berlari2 anak ikan. Fuhh! Sempat join rakaat pertama. TAPI...kenapa orang dah tak ramai macam dua hari yang lepas? Kenapa saf belakang tak penuh pun macam hari tu? Kenapa?

Sangat berbeza jumlah kepala yang ada pada hari semalam berbanding dengan dua hari lepas. Ermmm...ini baru minggu pertama. Minggu kedua? Ketiga? Takkan dah sibuk shopping raya kot? Tak apa...fikir positif! Hehehe...

Jadi, ke manakah mereka? >_<





~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

Petua Elak Membazir (makanan) Di Bulan Puasa


Salam ukhuwah..:)..duk tak duk, kita dah masuk hari ke-4 di bulan Ramadhan. Amacam? Masih bertenaga? Hehehe...awal lagi ni kalau nak fikir soal juadah apa nak disental untuk berbuka puasa. So, alihkan minda ke arah lain dulu ya!

Bagi yang masih bertenaga & langsung tidak lemau, TAHNIAH cik ain ucapkan! Seronok kalau dapat menjalani ibadah puasa dalam keadaan sihat walafiat. Yang kurang sihat, sedikit mencabar la ya? Tapi bagi yang tidak mampu berpuasa disebabkan masalah kesihatan, ISLAM membenarkan untuk tidak berpuasa. Tetapi pastikan benar2 tidak boleh berpuasa atau lebih tepat jika dia berpuasa maka mendatangkan kemudaratan pada diri beliau.Kalau sekadar kena gigit dek semut gatal pun tak nak berpuasa itu memang boleh disebat tanpa henti..ekeke..

Puasa cik ain tahun ni awal2 dah diuji. Sehari sebelum umat islam berpuasa Allah turunkan nikmat sakit. Sampailah ke hari ini. Masih dalam mood yang kurang sihat. Tapi alhamdulillah, masih mampu berpuasa seperti biasa. Cuma sedikit lemau berbanding orang lain.

Cik ain niat nak bersahur hari pertama tahun di kampung halaman. Malangnya tiket nak balik dah habis. So, berguling2 la dekat rumah sewa. Mujur ada tinggal lagi sorang housemate yang tak balik kampung. So, kami bersahur dengan nasi putih berlaukkan ikan sardin tin yang masih belum kemek. Alhamdulillah...wehehe...

Berbuka pada hari pertama dapat jugak berbuka di rumah sendiri. Macam2 juadah terhidang depan mata. Tapi disebabkan kesihatan yang kurang memuaskan selera makan sedikit hilang. Makan sekadar mengisi perut yang kosong. Tapi syukur dapat berbuka puasa dengan insan2 tersayang.

Haaa...bila ada ramadhan mesti ada bazar yang menjual pelbagai aneka juadah makanan dari yang bersize S hingga XL. Kalau pergi mana2 bazar ramadhan mesti rambang mata nak pilih makanan mana yang nak dibelikan? Nafsu mengusai segalanya. Maka terjadilah fenomena MEMBAZIR!

Ingat! Membazir itu amalan syaitan. Cik ain ada satu petua untuk elakkan dari membazir. Apa dia? Sekiranya ketika berada di bazar ramadhan & nafsu untuk membeli itu & ini membuak2, ucaplah :

"INNI SOIMUN" >> Sesungguhnya aku berpuasa (ini je petuanya...hahaha..)

Try tengok, mujarab ke tak. Kalau tak, silalah kembali ke pangkal jalan. Hehe..

Selamat berpuasa & selamat beribadah. :)



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

Menghitung Hari...Ramadhan Kareem


Salam sejahtera. Baru perasan, agak lama tak update blog. Macam biasalah, bila si MALAS asyik nak menempek je, memang apa2 kerja pun tak boleh jalan. Wake up! Wake up!

Tapi ada benda jugak yang cik ain sentiasa perasan. Ramadhan bakal tiba untuk kesekian kali. Alhamdulillah.. Tinggal 2 hari je lagi. Apa yang cik ain tengok sekarang ni, pung pang pung pang orang duk wish bout ramadhan. "Tak sabarnya nak sambut ramadhan..~yeah! nak puasa dah tak lama lagi..~seronoknya nak berpuasa.."

Lebih kurang macam tu la ayat2 yang sering di'update'kan dalam FB masing2. Alhamdulillah sekiranya kedatangan ramadhan itu disambut sedemikian rupa. Tapi seronok yang bagaimana? Best yang bagaimana? Tak sabar yang bagaimana?

Haaa...yang ni kita kena check balik. Jangan disebabkan nak tunjuk bahawa kita juga sangat menantikan ramadhan macam orang lain, sampai tak faham ayat yang kita post tu bermaksud sebagaimana. Syukur sekiranya seronok itu diterjemahkan dalam bentuk 'seronok dapat berbuat amal ibadat banyak2 dalam bulan puasa ni..' Haaa...kalau ini yang dimaksudkan memang mantop & superb la...wink..wink..

Kadang2 seronok nak puasa ni bukan apa kan. Seronok sebab dapat baju baru, kasut baru, duit raya & sebagainya. Cik ain sendiri pun kadang2 rasa macam tu. Tapi bila dah semakin MUDA ni, serba sikit nafsu ke arah itu semakin berkurangan. Tambahan pulak, cik ain yang kena bawak keluar duit raya untuk anak2 buah yang dah selori dekat rumah nun..ahaks..

Apa jua harapan & perasaan tika mahu menyambut bulan ramadhan ni, jangan lupa untuk berdoa agar Allah lanjutkan usia kita & ketemukan kita dengan ramadhan yang akan datang. ^_^

Salam Ramadhan buat semua..! Tingkatkan amalan, kurangkan kekhilafan..

special for ramadhan.. >_<




~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...