“Woit Mia. Asal kau diam je ni? Dari program ni mula sampai dah nak habis kau asyik termenung je.” soal Mira apabila melihat Mia muram sahaja seperti ada masalah yang melanda dirinya. Setahu Mira, Mia memang suka dengan program Raja Lawak ini. Setiap minggu mereka akan menonton bersama-sama. Jika tidak puas, siaran ulangan juga pasti mereka tonton.
Selalunya Mia lah yang akan gelak sakan sampai bergaung satu rumah. Kini ini lain pula yang Mira rasa. Fikiran Mia seolah-olah tiada di sini. Entah ke mana perginya. Takkan rindu dengan Muaz kot. Macam mustahil je kenyataan ni.
“Eh, aku tengok apa…kau tu yang berangan.” Tuduh Mia pula.
“Weyh, kau yang berangan. Aku gelak dah macam king kong dah ni. Kau tu yang macam tak ada perasaan.” Mereka saling tuduh-menuduh. Tetapi Mira dapat rasakan ada yang tidak kena dengan sahabatnya itu. “Kau ni kenapa Mia?”
“Entah la Mira. Aku macam dah hilang fokus.”
“Hilang fokus? Hilang ke mana?”
“Mira, aku nak kau jawab dengan jujur. Aku ni kejam sangat ke?” tiba-tiba Mia merasakan dia perlu meminta pendapat Mira berkaitan hal yang mengganggu fikirannya ketika ini.
“Kejam? Kau dah jadi pembunuh upahan ke Mia?” Mira masih dengan mood mengusiknya. Sengaja mengundang kemarahan Mia.
“Aku tanya betul-betul ni Mira. Kau jangan la main-main.” Tegas Mia. Tetapi masih dalam nada yang lembut.
“Ok, ok…sorry ek. Kejam? Maksud kau apa? Aku tak faham la.”
“Aku ni kejam sangat ke dengan Muaz, suami aku tu.” biarlah Mira mahu fikir yang bukan-bukan tentang dirinya. Dia sudah tidak peduli. Hatinya benar-benar runsing ketika ini. Terasa seperti ada seketul batu besar menghempap dirinya.
“Ooo…aku dah agak dah. Ni mesti pasal Muaz. Tapi aku macam tak percaya je kau tanya soalan macam ni. Kau serius ke ni?” soal Mira pula.
“Aku serius la Mira. Sejak kebelakangan ni aku rasa bersalah sangat dengan dia. Tapi aku rasa tindakan aku terhadap dia selama ni macam betul je.”
“Kau dengar sini Mia. Aku bukan la nak sokong Muaz sepenuhnya. Tapi aku nampak dia betul-betul dah berubah. Dia sungguh-sungguh nak kan kau balik pada dia. Why not kau beri dia satu peluang. Setiap orang ada lakukan kesilapan. Aku tahu apa yang Muaz buat pada kau dulu memang kejam. Macam tak ada hati perut. Tapi lama-kelamaan aku rasa dia betul-betul dah berubah. Kau sendiri nampakkan macam mana dia sekarang ni. Sampai bila kau nak bersikap macam ni Mia?
Suatu hari nanti kalau Muaz tu jemu dengan sikap kau, aku takkan salahkan dia. Tapi aku salahkan kau. Hati kau tu dah macam ketul batu. Langsung tak bolah nak berlembut. Aku tengok bila dengan dia kau cakap kasar je. Muka pun tak pernah manis. Mula-mula dulu aku boleh terima la sebab biar Muaz tu rasa sikitkan. Tapi sekarang ni aku tengok macam dah tak patut kau buat macam tu.
Aku memang la tak pandai sangat bab-bab agama ni. Tapi setahu aku besar dosanya kalau kau buat suami kau macam ni. Dah la dia ajak duduk dengan dia kau tak nak. Aku bukan la niat nak halau kau. Tapi dia perlukan kau sebagai suri hidup dia. Mungkin dia nak tebus kesalahan-kesalahan dia yang lepas. Tapi kau tak pernah bagi dia peluang. Yang kau tahu nak marah dia je. Aku rasa kalau lelaki lain tangan dengan kaki dah naik kat muka kau.” Panjang lebar nasihat Mira.
“Tapi aku kecewa dengan sikap dia.” Mia masih kurang yakin dengan semua ini.
“Kecewa? Sampai bila kau nak kecewa Mia? Aku faham perasaan kau. Aku ada bila mana semua tu terjadi pada kau. Tapi sebagai isteri takkan kau nak rumahtangga korang selamanya macam ni. Aku yakin kau sendiri punya keinginan nak ada anak sendirikan? Kau mesti nak keluarga yang bahagiakan?”
“Memang la. Tapi bukan dengan cara macam ni. Aku masih tak boleh lupa apa yang dia buat dekat aku.”
“Kau takkan dapat lupa semua tu selagi kau membenci dia. Aku tak suruh kau berbaik terus macam tak pernah jadi pape pada korang selama ni. At least kau bagi dia jalan untuk berbaik-baik semula. Ini semua jalan kau tutup.” Biarlah Mia sendiri yang menafsirkan ayat itu. Sudah lama nasihat demi nasihat yang diberikan pada Mia tetapi masih tetap sama.
“Dah tu aku nak buat apa ni Mira? Aku tak nak nanti dia kata aku isteri derhaka.”
“Memang dah derhaka pun. Hehe…” sengaja Mira mengusik Mia. “Kau bukak pintu hati kau yang tertutup rapat tu untuk Muaz. Kalau kau malu nak berterus-terang, kau bertindak pelan-pelan. Nanti mesti Muaz perasan punya. Kira macam kau goda la dia balik.” Seronok Mira memberikan cadangan itu dan ini. Macam sudah ada pengalaman dalam soal berumahtangga.
“Goda? Merepek la kau ni.” Mia sudah mampu tersenyum.
“Eh, kau bini dia. Bukannya orang lain. Apa yang pelik sangatnya. Dapat pahala lagi tau.”
“Ermm…insyaAllah. Kau doa-doakan la aku. Aku pun tak nak terus macam ni.” Itulah impian Mia selama ini. Dia juga merasakan tidak selamanya dia dapat melarikan diri daripada Muaz.
“Kiranya tak lama lagi aku bakal dapat anak buah la yer?” jauh betul angan-angan Mira.
“Amboi kau. Jangan nak mula ek. Tu yang aku malas nak minta pendapat kau. Aku balik yang kena.” Mira seringkali seperti itu. Pantang ada peluang pasti mahu mengenakan dirinya.
“Ala, aku gurau jela. Itu pun salah satu cara berdoa jugak tau.”
“Eleh, kau tu bila lagi? Silap-silap kau dulu dari aku.”
“Eh, aku pulak. Aku tak kahwin lagi macam mana nak ada baby?” Mira terus menepis usikan Mia itu.
“Mana la tau. Kau tu bukan boleh percaya sangat.” Mia sengaja mahu melihat reaksi Mira. Sampai bilalah Mira mahu membujang.
“Amboi, mulut kau. Aku ni walaupun cantik dan bergaya, tak ada la aku nak gunakan semua tu untuk buat benda-benda yang tak baik.” Perasan tak habis Mira ni.
“Cantik? Comot ada la.” Seronok Mia dapat mengenakan Mira.
“Mia…aku…”
“Haa…kenapa ni. Kau ada buat salah ek?” sangka Mia apabila tiba-tiba sahaja Mira menyahut namanya lembut. Pasti ada sesuatu yang dirahsiakan dari pengetahuannya.
“Bukan…aku ada benda nak cerita dekat kau ni. Tapi kau janji jangan gelak tau?” Mira bimbang apa yang bakal diberitahu ini akan membuatkan Mia tergelak habis.
“Belum cerita dah letak banyak syarat kau ni. Cerita jela.” Pinta Mia. Dia tidak sabar mahu mendengar cerita Mira. Selalunya kalau Mira bersikap teragak-agak seperti itu pasti ada sesuatu yang ‘besar’ ingin disampaikan kepada Mia.
“Ala, kau janji la dulu. Kau tu bukan boleh percaya sangat.”
“Eleh, kau pun sama jugak. Yela-yela aku janji. Cepat la cerita. Panjang betul mukadimah kau tu.” Sudah tidak sabar benar Mia.
“Macam ni. Aku sebenarnya dah ada special...” Malu-malu pula Mira mahu berterus-terang.
“Special? Maksud kau special boyfriend? Mira………..” panjang jeritan Mia walau kedengaran tidak lantang.
“Shuhhttt…jangan la menjerit Mia. Dengar orang sekeliling karang.” Pinta Mira lagi.
“Kau serius ke ni Mira? Sapa..sapa?”
“Siapa orangnya boleh tak aku cerita lain kali?”
“Kau jangan nak mengada-ngada Mira. Dah alang-alang kau cerita lebih baik kau cerita sampai habis. Aku sekeh kau karang.” Ugut Mia. Dia mahu tahu juga siapa gerangan lelaki itu.
“Ala kau ni…”
“Tak ada ala…ala…cerita cepat. Kalau tak aku merajuk.”
“Ermm…kau jangan gelak tau? Orang dia tak jauh dari rumah kita.” Mira masih mahu bermain tarik tali dengan Mia.
“Tak jauh dari rumah kita? Sapa? Ramai kot jiran-jiran kita ni. Mana satu?”
“Ermm…sebelah rumah je.” jawab Mira ringkas. Rasanya dengan jawapan itu akan membuatkan Mia faham segalanya.
“Sebelah rumah kita? Sebelah kanan ni rumah Mak Tom. Takkan la kau nak jadi bini nombor dua pulak ek? Ermm…sebelah kiri…mamat tempe….Mira?” Mia sudah dapat meneka dengan jelas siapa yang dimaksudkan oleh Mira.
Mira cuma menganggukkan kepala sahaja. “Mira…….kau biar betul. Dulu korang macam anjing dengan kucing. Bergaduh hari-hari. Kau serius ke ni Mira?” Mia masih sukar mahu mempercayai apa yang baru diketahuinya.
“Serius la ni. Takkan aku nak buat cerita pulak.” Masih malu-malu bunyinya.
“Sejak bila ni? Wah, kau diam-diam ek? Tak cerita dekat aku pun.” Mia seolah-olah terasa hati dengan Mira kerana merahsiakan perkara sepenting ini dengannya.
“Ala, aku tak nak cerita selagi benda ni tak sure. Dah hampir dua bulan kitorang serius. Sekarang ni pun masih kenal hati budi masing-masing lagi.” jelas Mira serba sedikit.
“Cewah, kenal hati budi konon. Dulu yang kau macam singa betina, yang mamat tempe tu macam harimau kelaparan sekarang dah pandai cintan-cintun pulak.” Mia terus mengusik Mira. Tidak sangka dalam diam-diam menjadi juga kawannya itu.
“Kau jangan la nak perli aku Mia. Aku tahu la dulu aku cukup benci dengan dia. Tapi masa tu aku tak kenal dia betul-betul. Dan lagi satu kau jangan la panggil dia mamat tempe dah. Dia ada nama la.”
“Ewah-ewah, dah pandai back up nampak. Dulu kau yang beri nama tu dekat dia. Sekarang nak salahkan aku pulak. Eh, cerita la macam mana korang boleh bercinta pulak ni?” pasti ada sesuatu yang terjadi sehingga Mira boleh berbaik dengan jiran sebelah rumah mereka ini.
“Pernah sekali tu aku malas nak masak untuk makan malam. Masa tu kau tak ada. Aku ingat nak pergi tapau makanan dekat restoran Haji Rahmat kat depan sana nun. Aku jalan kaki jela time tu. Masa nak balik tu kau faham-faham jela dengan budak-budak burger depan sana tu. Suka sangat mengusik orang. Aku takut jugak la. Sebab lain macam je diorang mengusik hari tu. Aku ingat diorang usik sikit-sikit je, tak sangka pulak aku tiga empat orang dari diorang ikut aku dari belakang. Aku tak dapat bayangkan perasaan aku masa tu. Macam nak hilang nyawa dibuatnya. Kebetulan la pulak masa tu Zahidi lalu depan aku. Dia baru balik kerja masa tu. Mula-mula dia buat macam tak kenal je dengan aku. Geram jugak la. Tapi dia patah balik belakang tau. Aku tak boleh lupa ayat dia, “laa, kenapa tak tunggu abang balik. Kita pergi la makan sama-sama”. Hahaha…macam nak pecah perut aku gelak bila ingat balik kata-kata dia tu. Pandai pulak dia berlakon. Lepas tu apa lagi tanpa dia pelawa aku terus naik motor dia. Itu la serba sedikit macam mana kitorang boleh baik.”
“Nama dia Zahidi? Oo..kiranya dia hero kau la ek? Hehe…yang kau pun kenapa berani sangat berjalan kaki sorang-sorang? Bawak jela kereta.” Nasihat Mia. Bimbang juga apabila mendengar cerita Mira.
“Aku rasa dekat sangat. Tu sebab aku malas nak bawak kereta.” Jelas Mira lagi. Mujurlah ada Zahidi malam itu.
“Wah, nice story la. Tak sangka aku. So, bila lagi nak naik pelamin ni?” tidak sabar Mia mahu melihat sahabatnya itu berkahwin. Mungkin sudah sesuai sangat waktunya.
“InsyaAllah kitorang rancang dalam masa terdekat ni. Lagi pun Zahidi cakap kami ni berjiran. Nanti lain pulak yang jadi. Dia sendiri dah sedia nak berumahtangga. Dia cuma tunggu green light dari aku je. Aku ingat nak balik kampung hujung minggu ni. Nak bincang dengan family aku. Aku pun tak nak lama-lama bercinta. Aku rasa dia sesuai dengan aku.”
“Oo…bagus la tu. Aku tumpang gembira. Kau nak bertunang dulu ke? Zahidi kerja apa sebenarnya?” soal Mia tanpa henti.
“Aku tak kisah bertunang ke tidak. Itu semua adat je. Family aku pun tak ada masalah rasanya. Diorang ikut aku je. Dia kerja di Bank Muamalat sebaris dengan pasaraya Halida tu. Perasan tak?”
“Apa yang tak perasannya. Cuma aku tak pernah masuk situ. Aku tak ada akaun Bank Muamalat.”
Terang Mia.
“Tu la. Aku pun selama ni tengok dari jauh jer. Tak pernah la pulak aku intai pekerja-pekerja kat dalam tu.”
“Haha…dah jodohkan? Patut la asyik terperap je dekat rumah semenjak dua ni. Rupa-rupanya ada kerja nak dibuatnya ya?” seronok juga dapat mengusik Mira yang masih malu-malu dengan hubungan barunya. Satu perkembangan yang baik.
“Merepek la kau ni. Aku kalau tak ada kau malas nak keluar. Maklum la, orang tu kan dah ada laki.”
“Kau jeles ke?”
“Eh, tak ada masa aku nak jeles. Elok bebeno la tu.” gurau Mira dalam dialek Peraknya.
Tiba-tiba handphone Mia berbunyi. Belum melihat pemanggilnya Mia sudah tahu siapa. Lalu dia menunjukkan handphone itu kepada Mira.
“Apa lagi, jawab la. Tapi jangan kasar-kasar. Mungkin ini permulaan bagi kau ok? Jawab cepat.” Arah Mira. Dia tahu hati Mia sudah sedikit lembut dari sebelum ini.
Mia berlalu ke dalam biliknya. “Hello…” jawab Mia.
“Hello, assalamualaikum sayang.” Balas Muaz lembut.
“Waalaikumsalam.” Mia gementar sebenarnya. Dia tidak pernah menjawab panggilan Muaz sebaik ini. Mesti Muaz dapat menangkap sikapnya yang sedikit berubah dan gementar.
“Sayang dah makan?” soal Muaz lagi.
“Dah, awak?
Pelik Muaz apabila Mia melayan panggilannya sebaik itu. Selalunya kemarahan Mia yang meluap-luap di telinganya.
“Abang pun dah makan. Papa masak tau.” Beritahu Muaz. Seronok rasanya apabila Mia bersikap begitu.
“Papa masak? Papa masak apa?”
“Ikan masak tiga rasa. Sedap tau.”
“Bila papa belajar masak? Papa tak pernah masak pun selama ni.” Mia mula merasa selesa dengan keadaan mereka.
“Eh, papa selalu jer masak. Dah sayang yang jarang nak datang ke sini.” Bukan niat mahu menyindir tetapi itulah kebenarannya.
“Maaf…” Mia sedikit terasa dengan kata-kata Muaz itu. Tetapi nyata-nyata itu adalah salahnya.
“Eh, abang bukan marah la. Nanti kalau sayang nak rasa papa masak datang sini tau. Papa masak special untuk sayang.” Pujuk Muaz. Dia tidak mahu suasana yang tenang ini menjadi keruh semula.
“Ermm…kenapa tak tidur lagi ni?” soal Mia lagi. Dia sudah tidak tahu mahu bercakap apa dengan Muaz sebenarnya.
“Tak boleh tidur la. Sayang tak ada…” rengek Muaz.
“Mengada la awak ni.” Malu Mia dibuatnya.
“Eh, betul la. Abang pergi sana ambil sayang ek?” Muaz mencuba lagi. Manalah tahu kali ini berjaya.
“Dah lewat sangat la. Awak berehat jela dekat rumah tu.” cadang Mia lagi. Dia tidak menolak kasar seperti selalu. Seperti kata Mira, dia harus membuka jalan untuk Muaz bagi memulihkan hubungan mereka berdua.
“Ala, awal lagi la sayang. Lagi pun boring la duduk rumah. Baby girl tu tak ada. Dia pergi rumah Mak Tok dia.” Adu Muaz.
“Oo..yeke. Sara kan ada. Pergi la main game dengan dia ke apa ke…”
“Tak nak. Kalau main game nak main ngan sayang jugak. Kalau jalan-jalan nak jalan ngan sayang jugak. Kalau makan nak makan dengan sayang jugak…” Manja betul bunyinya.
“Eleh, nak makan sekali dengan saya konon. Yang tadi makan masakan papa tu apa dia?” soal Mia pula. Mahu mengenakan Muaz. Ayat nak manis sentiasa.
“Eh, tadi tu tersilap. Sebab lapar sangat. Kalau sayang sudi keluar dengan abang, abang sanggup makan sekali lagi. Abang datang ambil sayang ek?” manalah tahu kali ini Mia bersetuju dengan pelawaannya.
“Tak payah la. Dah lewat ni. Tak baik orang perempuan keluar lewat-lewat cam ni.” Mia masih dengan keputusannya. Biar Muaz berusaha lagi.
“Eh, macam la sayang nak keluar dengan boyfriend. Sayang nak keluar dengan suami sendiri tau. Tak nak balik rumah pun tak apa.” Kuat hujah-hujah yang dikemukakan oleh Muaz.
“Tetap perempuan jugak.” Mia tidak mahu kalah.
“Memang la perempuan. Takkan abang kahwin dengan laki pulak. Bukan dapat apa.” Sedap sahaja mulutnya berkata begitu. Mia pula sudah berasa tidak selesa. Walaupun Muaz tidak berada di hadapan matanya, pucat juga mukanya menahan malu.
“Ermm…saya nak tidur dah la.” Balas Mia.
“Eh, awal lagi la. Dah la tak nak jumpa abang. Sembang dengan abang pun tak sudi ek?” sengaja Muaz mahu Mia rasa bersalah dengannya.
“Bukan tak sudi tapi saya ngantuk la.” Mia memberi alasan. Sebenarnya dia bimbang Muaz akan terus memujuk dan dia akan bersetuju. Maklumlah, ayatnya manis mengalahkan air gula.
“Esokkan cuti sayang. Esok abang ambil sayang ek? Kita keluar. Jalan-jalan.” Cadang Muaz. Kali ini dia akan pastikan bahawa Mia akan setuju untuk keluar dengannya.
“Esok saya sibuk la.” Mia cuba berdalih lagi.
“Sibuk? Sibuk buat apa? Jangan nak tipu abang. Abang tahu Mia memang tak suka kerja masa hari cutikan? So, abang tak nak dengar alasan yang bukan-bukan.” Tegas Muaz. Ikutkan hatinya mahu sahaja dia melarikan Mia. Biar mereka hidup berdua sahaja tanpa kehadiran orang lain.
“Tapi…”
“Nur Mia…” panggil Muaz tegas.
“Yela. Tapi jangan awal sangat. Saya nak basuh baju apa semua esok.” Pesan Mia. Hari minggu merupakan hari dia dan Mira mendobi baju, memasak bersama-sama dan mengemas rumah. Apabila sudah keletihan, dua-dua akan tertidur di ruang tamu. Kenangan yang tidak akan pernah dilupakan oleh mereka berdua.
“Good girl! Abang ambil pukul 8 pagi ek?”
“Haa? 8 pagi? Awal lagi tu. Pukul 12 ek?” pujuk Mia lagi. Apa yang mahu dilakukan dengan Muaz kalau mereka keluar terlalu awal. Mahu keras satu badan dibuatnya.
“Pukul 12? Pukul 10 ek?” Muaz masih tawar-menawar. Dia mahu menghabiskan sebanyak mungkin masa dengan isterinya itu. Tambahan pula dia sudah nampak sedikit perubahan dengan sikap Mia. Sudah tahu berlembut.
“Ermm…yela-yela.” Tiada gunanya berlawan kata dengan Muaz lagi. Degil tetap degil. Macam aku jugak. Hehehe…
“Ok. Dah, pergi tidur. Kena kumpul banyak tenaga untuk esok tau? Banyak aktiviti kita nak buat esok.” Muaz sengaja mahu menakut-nakutkan Mia.
“Mengada la. Ok la, saya tidur dulu.” Pinta Mia.
“Hehehe…ok. Tapi kiss abang dulu.” Arah Muaz lagi.
“Tak nak.” Mengada betul Muaz ni. Lebih-lebih pulak.
“Ala, boleh la. Baru la lena tidur malam ni.” Tidak jemu-jemu Muaz memujuk.
“Orang cakap tak nak, tak nak la.” Sedikit tinggi suara Mia itu. Suka sangat Muaz memaksa dirinya. Rimas juga kadang kala.
“Eee…yela-yela. Sikit-sikit nak marah. Nanti cepat tua tau. Tak pela kalau tak nak bagi sekarang. Abang akan masukkan dalam buku hutang dulu. Nanti abang akan tuntut ek?”
“Saya nak tidur la.”
“Yela-yela. Good night sayang. Love you. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam. Nite.” Hanya itu yang dibalas oleh Mia. Lalu dia mematikan talian itu.
“Ish, betul ke tindakan aku ni? Aku tak pernah keluar jalan-jalan dengan dia. Tanya Mira la.” Lalu Mia keluar semula ke ruang tamu.
***
“Amboi, lama bukan main. Macam si Muaz tu ada dalam bilik je.” Mira pantas menyapa dan seperti biasa ada sahaja yang ingin diusiknya. Padahal matanya leka menghadap kaca televisyen. Seperti biasa apabila keesokannya hari cuti, pasti mereka akan menonton tv sehingga lewat malam. Hingga ke pukul 3 pagi pun mereka sanggup tunggu jika ada cerita yang menarik.
“Pandai la kau tu. Kalau dia ada dalam bilik aku, aku tak keluar langsung.” Balas Mia berani. Gatal juga rupanya aku ni. Hehe…
“Amboi, kotornya otak kau.”
“Eh, bukan dengan sapa, dengan suami sendiri. Apa salahnya.” Mia cuba mempertahankan dirinya. Tiada Muaz di sini berani la dia berkata begitu. Cuba Muaz tercacak di hadapannya. Mahu sahaja disorokkan wajahnya ke dalam peti ais.
“Cewah…ada orang tu dah mengaku suami dia la. Hahaha…” Gembira sekali Mira. Mia sudah pandai bergurau bab-bab seperti itu. Dahulu pantang sahaja menyebut nama Muaz, macam buaya kelaparan sahaja wajahnya.
“Sudah…sudah…Mira, Muaz ajak aku keluar esok. Kau rasa macam mana? Patut ke aku ikut dia?”
“Laa, itu pun nak tanya aku? Pergi jela. Macam kau cakap, dia tu kan suami kau. Apa salahnya.” Pantas Mira menyokong tindakan Muaz mengajak Mia keluar. Mungkin salah satu cara untuk membaiki hubungan mereka berdua.
“Ermm…kau tak apa ke tinggal sorang esok?”
“Tak apa. Aku tak kisah la.”
“Oo…aku terlupa. Orang tu pun kan dah nak berlaki tak lama lagi.” pantas Mia berlari ke dalam biliknya apabila melihat Mira sudah mencapai bantal pooh kecil miliknya untuk dibalingkan pada Mia.
Harapan Mia supaya esok merupakan hari yang baik buat dirinya.
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi:
Post a Comment