“Encik Muaz, hujung minggu ni boleh tak saya nak balik rumah baba? Dah lama sangat saya tak ziarah baba.” Ikutkan hati mahu sahaja Mia mengajak Muaz pulang bersama, tetapi dia yakin bahawa Muaz tidak mahu ikut serta.
“Berapa hari kau nak balik? Dengan siapa?” soal Muaz sambil matanya menghadap ke arah rancangan yang sedang ditontonnya.
“Dua tiga hari pun cukup. Lagi pun saya dah nak mula kerja balik.” Setelah doktor mengesahkan kesihatan Muaz bertambah baik dan sudah mampu berjalan tanpa menggunakan tongkat, Mia mengambil keputusan untuk memulakan kerjanya semula setelah lama bercuti.
“Ikut suka kau la. Tapi aku tak dapat ikut. Bagi la apa-apa alasan yang munasabah dekat baba.” Jeling Muaz.
Setelah sihat dari sakit yang lama, Muaz nyata-nyata tidak berubah. Semakin teruk ada la. Pantang salah sedikit, panjang lebarlah amukannya. Mia sudah tidak tahu untuk berbuat apa.
Muaz langsung tidak mengambil iktibar atas apa yang berlaku terhadap dirinya. Paling menyedihkan, Muaz tidak pernah bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepadanya. Nyawanya hampir melayang tetapi itu semua belum cukup untuk memberikan pengajaran buat Muaz.
Yang dia tahu hanya marah dan mendesak apabila inginkan sesuatu. Mia sudah cuba sedaya upaya untuk mengambil hati Muaz tetapi kalau sudah beku hatinya, amat payah untuk dilembutkan kembali. Di hadapan keluarga pandai pula menjadi terbaik. Hipokrit semuanya.
***
Setibanya di rumah baba, pasti soalan yang sudah dijangka akan keluar dari mulut Encik Saufi. “Eh, Muaz mana? Kenapa balik sorang je ni?” hairan Encik Saufi apabila melihat Mia tanpa Muaz di sisi.
“Dia banyak kerja baba. Maklumlah, dah lama sangat cuti. Terpaksa kerja keras sikit la.” Mia terpaksa berbohong kepada Encik Saufi. Itu semua demi maruah suaminya.
‘Maafkan Mia baba. Mia terpaksa.’
“Jom masuk. Dah lewat petang ni. Malam ni baba masak special untuk anak baba yang comel ni. Rugikan Muaz tak ada. Kalau tidak dapat dia merasa masakan baba.” Encik Saufi sudah tersenyum bangga.
“Yeke? Bestnya. Ni yang seronok tinggal dengan baba. Dapat makan best-best je.” Puji Mia. Encik Saufi memang seorang yang pandai memasak. Semenjak Puan Solehah ada lagi, Encik Saufi memang rajin ke dapur. Sentiasa ringan tulang membantu isterinya itu.
“Dah, pergi mandi dulu. Tak lalu baba nak mencium bau busuk Mia tu.” Encik Saufi sempat mengusik Mia.
“Eleh, busuk-busuk pun anak baba jugakkan?” sebelum berlalu sempat Mia mencium pipi kiri Encik Saufi. Manja sekali gayanya.
***
“Mia, cuba makan slow-slow sikit. Macam budak tadika je.” Encik Saufi menegur sikap Mia yang makan dengan gelojoh sekali.
“Ala baba…Mia dah lama tak rasa masakan baba yang power ni. Tu yang rindu sangat ni.” Mia sudah menunjukkan barisan giginya.
“Yela, tapi cover-cover la sikit. Mia tu dah jadi bini orang tau. Tak lama lagi boleh jadi ibu orang dah.” Encik Saufi tidak melepaskan peluang mengenakan anak tunggalnya. Encik Saufi masih menunggu-nunggu kedatangan ahli baru dalam keluarga mereka tetapi masih belum ada nampak gayanya.
Tersedak Mia mendengar gurauan Encik Saufi itu. Encik Saufi membantu mengusap-ngusap belakang Mia supaya lebih lega. “Kenapa terkejut sangat ni? Macam nampak hantu je.”
“Baba la buat Mia terkejut.” Hampir kosong cawannya yang berisi air sirap itu diteguknya. Baru lega.
“Apa yang nak terkejut sangat ni? Baba cakap apa yang betul je. Korang merancang ke? Dah lama sangat baba tunggu ni.” Tersenyum Encik Saufi sambil terus mengusik Mia.
“Apa la baba ni. Mana ada kami merancang. Dah tak ada rezeki lagi la baba. Nanti dah ada mesti la Mia cerita dengan baba.” Mia cuba mengawal perasaan yang semakin gementar ini.
‘Merancang? Hahaha…menantu baba tu memang dah merancang tak nak bagi baba cucu.’ Ingin sahaja diceritakan semua itu kepada baba. Tetapi keadaan itu akan membuatkan baba bertambah sedih. Tidak sanggup melihat hati baba kecewa dengan perkahwinan mereka. Biarlah Mia menanggungnya sendirian. Pilu sungguh hatinya tatkala mengingati perbuatan Muaz terhadapnya.
“Baba tengok Mia makin susut sekarang ni. Mia bahagia ke dengan kehidupan Mia sekarang?” terdetik hati Encik Saufi untuk bertanya perihal rumah tangga anaknya itu. Bukan mahu menyibuk, tetapi sekadar mengambil berat.
“Mia diet la baba. Hehehe…mesti la bahagia baba. Abang Muaz jaga Mia dengan baik sekali. Lagi pun, pilihan baba mestilah yang terbaik buat Mia kan?” kerana kau aku terpaksa berbohong dengan insan yang memelihara aku sejak kecil. Kau betul-betul kejam Muaz. Mia terasa ingin menangis.
“Elok la tu. Risau baba tengok Mia macam ni. Jaga la Muaz kalau dia buli anak baba ni. Baba tarik-tarik telinga dia nanti.” Encik Saufi tidak jemu-jemu membuat Mia ketawa.
Sebagai seorang ayah, sekali pun melihat anaknya bahagia dengan kehidupan yang dikecapi, masih tercalit sedikit perasaan bimbang memandangkan Muaz bukanlah pilihan Mia pada awalnya.
“Baba jangan fikir bukan-bukan ya? Mia baik-baik je. Kalau Muaz buli Mia, Mia bagi tahu baba ya?” Mia cuba memujuk babanya. Bimbang seandainya rahsia rumah tangga mereka terbongkar.
“Cepat-cepat bagi baba cucu ya? Bukan sorang tapi sepuluh.” Tanpa sempat Encik Saufi mengelak, Mia sudah mencucuk pinggangnya.
‘Kalau bukan Muaz menantu baba bukan setakat sepuluh, lebih dari itu pun Mia sanggup. Tapi dengan Muaz, entah la. Mia tak nak anak-anak Mia lalui apa yang Mia rasa sekarang baba.’ Pilu sekali hati Mia. Nasib tidak menyebelahi dirinya.
***
“Mia, bila kau nak balik sini? Dah lama kita tak lepak-lepak.” Soal Mira pada suatu malam melalui panggilan yang dibuatnya.
“Esok petang aku balik KL. Kalau tak ada apa-apa hal isnin tu boleh la kita jumpa. Lepak-lepak macam cadangan kau tu.” Mia tergelak kecil dengan cadangan Mira itu. Bagi yang sudah berumah tangga tidak sesuai dengan ‘lepak-lepak’. Lainlah Mira.
“Eh, kau balik sorang kan?” Mira yakin dengan pertanyaan itu. Kerana petang tadi dia terserempak dengan Muaz yang sedang melepak dengan kawan-kawannya.
“A`ah. Macam tak biasa pulak kau ni. Nak sangat la dia ikut aku.” Bukan Mia tidak mahu Muaz ikut serta, tetapi pasti pelawaannya nanti disambut dingin.
“Sebab dah biasa la aku tanya kau macam tu. Patut la aku nampak dia dengan kawan-kawan dia tadi. Orang dah sihat la katakan.” Sakit mata Mira apabila terpandangkan Muaz bergelak ketawa dengan sahabatnya. Umpama tiada isteri untuk diingatkan.
“Biarlah dekat dia. Dah lama tak jumpa kawan-kawan agaknya. Banyak cerita nak dikongsikan.” Malas Mia mengambil tahu hal Muaz. Kononnya sibuk, tetapi melencong ke lain. Aku yang terpaksa tipu baba.
“Yela sangat tu. Kau yang penat-penat jaga dia masa sakit ada dia berterima kasih? Marah kau lagi ada la.” Mira memang pantang apabila bercakap hal Muaz. Mulalah angin satu badan.
“Tak apa la Mira. Aku dah lali. Yang kau emosi sangat ni kenapa? Kau madu aku ek?” pantang sahaja ada peluang mesti Mia akan mengusik.
“Kau ni kan, saja nak bagi aku bertambah marah kan? Aku ni kesian dengan kau. Lagi pun tak ada maknanya aku nak bermadu dengan kau. Bagi free pun aku tak nak tau.” Kalau lelaki seperti Muaz, dekat pun dia tak mahu. Gerun!
“Amboi…amboi…mulut kau. Laki aku yang kau cakap macam tu tau. Aku ni kira dapat dia free la. Tapi nak buat macam mana, dah free ni la akibatnya.” Mia tergelak sendiri.
“Dah la, malas nak cakap pasal laki kau tu. Tak ada faedah. Eh, boyfriend baru kau macam mana? Kau bawak dia sekali ke?” teruja Mira ingin tahu tentang anak kura-kura yang baru dibeli oleh Mia hari itu.
“Mesti la bawak. Diakan boyfriend aku. Hehehe…eh, dia dah ada nama tau. Nama dia Kujan. Comel tak nama tu?” soal Mia ingin mendapat komen dari Mira pula.
“Kujan? Apa jenis nama tu? Ada makna ke?” itulah Mira. Sekali bertanya macam-macam soalan.
“Kujan tu maksudnya kura-kura jantan. Singkatan la kiranya. Comelkan nama tu?” Mia sudah tergelak-gelak. Pada mulanya dia tidak mempunyai sebarang idea untuk diberikan nama kepada anak kura-kura itu. Pada suatu hari, terlintas nama itu dfikirannya.
“Banyak la kau punya comel. Mana kau tahu kura-kura tu jantan? Pandai-pandai je kau kasi dia jantina ek?” Mira geli hati dengan sikap Mia itu. Kadang-kadang seperti keanak-anakan.
“Eh, aku tahu la. Aku kan merangkap doktor haiwan tak bertauliah.” Mia terus dengan gelak tawanya.
“Silap-silap kura-kura tu pondan. Habis la kau.” Mira cuba mereka-reka cerita. Dia pulak yang gelak sakan.
“Ah, merepek la kau ni.” Mira kalau dilayan mulalah mengarut.
“Eh, kau tu bila nak ada boyfriend? Aku rasa orang sebelah rumah tu dah tak sabar-sabar nak naik pelamin dengan kau.” Mia menyambung ketawanya. Kali ini lebih teruk. Berair matanya gelakkan Mira.
“Kau jangan Mia. Aku gigit kau nanti. Nasib baik kau tak ada depan mata aku, kalau tak…” geram Mira dengan Mia. Ada sahaja jalan untuk mengenakannya.
“Amboi, bertambah garang kau sekarang ni ya? Woit, jangan benci-benci sangat nanti tersayang pulak.”
“Mia…” Mira sudah menjerit memanggil nama Mia. Kalau Mia ada di hadapannya sudah pasti dicubit-cubit si manis itu.
“Ok…ok… aku gurau jela. Eh, dari melayan kau yang suka merepek-repek ni lebih baik aku layan Kujan. Ada juga faedahnya. Kau ni kacau daun je time aku nak bersuka-ria dengan Kujan.”
“Gila la kau ni. Kalau baba kau dengar kau cakap macam ni, abis la kau digoreng-gorengnya. Ok la, aku pun ada kerja ni. Bye Mia sayang.” Mira membuat suara manjanya.
“Daging aku manis. Kalau goreng pun sodap. Bye Mira bucuk.” Sempat lagi Mia mencuit hati Mira.
“Mia…” Terdengar Mira menjerit sekali lagi. Mia hanya tersenyum gembira. ‘Mujurlah kau ada Mira. Ceria sikit hidup aku.’
“Kujan, kau buat apa tu? Majuk ngan aku ya? Maaf la, bukan aku tak nak layan kau tapi macam-macam hal pulak bila dah balik kampung ni.” Mia mula mencuit-cuit Kujan yang bergerak-gerak di dalam balangnya.
“Kau nak tahu. Mira tu kawan baik aku. Dia la tempat aku luahkan segalanya. Kalau tak ada dia tak tahu la nasib aku ni macam mana. Masuk tanjung rambutan dah agaknya. Nanti ada masa aku bawa kau jumpa dengan dia ek? Dia baik sangat cuma nakalnya pun terlebih-lebih.” Sejuk hati Mia apabila memandang Kujan yang sungguh comel.
“Lepas ni kawan baik aku akan bertambah. Kau akan jadi kawan baik aku yang seterusnya. Kau jangan nakal-nakal tau. Nanti aku tarik-tarik telinga kau. Hehe…” Geli hati Mia mengingatkan kata-katanya.
“Bestkan duduk dekat kampung ni? Aman damai je. Aku rasa tak nak balik KL dah. Dekat sana bosan, bingit…tak tenang hidup aku. Tapi…aku ada tanggungjawab besar dekat sana. Berada di samping suami yang tak pernah sedar kehadiran aku.” Mia tidak dapat menahan sebak di dadanya. Tanpa segan silu air matanya mengalir di pipi.
“Kau nak tau tak Kujan? Kadang-kadang aku rasa sedih sangat. Baba pernah cakap seorang suami adalah pelindung kepada isterinya. Suami adalah tempat bergantung buat seorang isteri. Tapi aku tak pernah rasa pun apa yang baba cakap tu. Kenapa ya?” bodohnya dia. Bertanya pada yang tidak mengerti apa-apa.
Malam itu Mia tidur bertemankan air mata setelah segala keperitan yang dialaminya diceritakan kepada Kujan. Walaupun Kujan tidak mengerti apa-apa, sekurang-kurangnya hati Mia akan sedikit lega.
***
“Ya Allah, gelap-gelita. Tak ada dekat rumah ke Muaz ni?” terkejut Mia apabila melangkah masuk ke rumahnya, tiada satu lampu pun yang terpasang. Ke mana perginya si Muaz.
Setelah meletakkan Kujan di atas katilnya Mia mengambil kesempatan untuk membersihkan tubuh dan menunaikan solat maghrib. Ketika sedang menyidai kain telekungnya berdekatan dengan tingkap yang menghadap ke luar, Mia ternampak Muaz di bawah. ‘Patutlah kereta dia ada. Tumpang kawan rupanya.’
Sebelum mengalihkan renungannya, Mia baru perasan ada seorang perempuan di samping Muaz. Bukan main manja lagi gayanya. Paling menyedihkan apabila Mia melihat Muaz sempat mencium pipi wanita itu sebelum dia beredar. Mengucap Mia melihat situasi itu. Hatinya mula sebak. ‘Sampai hati dia.’
“Kau tengoklah Kujan. Dia langsung tak fikir perasaan aku.” Adu Mia kepada Kujan lagi.
Sedang dia asyik menonton tv, Muaz keluar dari biliknya ingin ke dapur. Mahu minum barangkali. “Baba kirim salam.”
“Waalaikumsalam.” Ringkas sahaja jawapan Muaz. Tiada niat langsung ingin bertanyakan keadaan isterinya.
***
Keesokan harinya sebelum masing-masing ke tempat kerja, Muaz bersuara. “Dua hari ni aku tak ada dekat rumah. Ada kerja dekat luar. Pandai-pandai la kau jaga rumah. Jangan nak bawa jantan lain masuk pulak time aku tak ada.” Sinis sekali suara Muaz.
‘Sampai macam tu sekali pandangan dia terhadap aku.’ Mia mengeluh kesal. Setelah mengangguk kepala tanda faham, Mia terus beredar. Sedih hatinya memikirkan kata-kata Muaz itu.
***
“Mira, boleh tak dua hari ni aku nak tumpang tidur rumah kau? Muaz outstation. Tak berani pulak aku nak tinggal sorang-sorang.” Apabila memikirkan kawasan perumahan di situ agak sunyi, tidak berani pula untuk tinggal sendirian.
“Eh, Kujan kan ada. Nanti kalau jadi apa-apa dekat kau, Kujan mesti boleh tolong punya.” Mira sudah tergelak-gelak. Masih sempat mengusik si Mia.
“Tak apa la kalau macam tu. Aku duduk rumah aku jela. Kalau jadi apa-apa dekat aku pun bukan siapa kisahkan? Tak ada siapa pun yang sayangkan aku.” Mia sengaja mengeluarkan ayat sedih seperti itu. Pasti Mira kasihan padanya.
“Ala…aku gurau jela. Aku lagi suka kalau kau ada dekat rumah aku. Lagi aku suka kalau kau tinggal sini terus.”
“Hehehe…aku tahu. Kau sayang aku kan? Ikutkan hati aku ni memang nak sangat duduk dengan kau macam dulu-dulu. Tapi kau pun fahamkan aku dah tak macam dulu Mira.” Suasana sedih mula menyelubungi dirinya.
“Dah…dah…aku tak nak kau sedih-sedih. Kau sedih, aku pun sedih jugak. Aku tunggu kau ek. Rindu sangat dengan kau.” Mira tidak mahu Mia sentiasa dirundung kesedihan.
“Thanks Mira. Aku pun rindu kau sangat-sangat. Tak sabar nak peluk kau.” Itulah Mia. Pantang ada peluang, takkan dilepaskan.
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi:
Post a Comment