“You janji nak kahwin dengan I Hazri. Sekarang you dah dapat tender tu. Apa lagi yang you tak puah hati ni?” geram Elisa dengan Hazri. Buat-buat lupa dengan janjinya.
“I takkan puas selagi hidup dia tak hancur berkecai. I belum puas!” Hazri masih mempunyai rancangan lain untuk memusnahkan hidup Muaz. Biar hidup Muaz merana terus.
“You nak I buat apa lagi? I dah muak la dengan Muaz tu sayang. Nak berkepit je.” Jelas Elisa.
“I janji, kalau rancangan I kali ni berjaya, kita akan kahwin.”
“Apa rancangan you tu? I akan settlekan secepat mungkin.” Elisa sudah tidak sabar untuk berkahwin dengan Hazri. Walaupun dia sering bertukat pasangan, tetapi Hazri yang paling istimewa.
“I nak musnahkan rumah tangga dia. Orang macam tu tak layak dapat perempuan yang baik.” Terjegil biji mata Elisa dengan penjelasan Hazri itu.
***
“Darling, I nak tumpang toilet rumah you boleh?” soal Elisa ketika menghantar Muaz ke apartmentnya setelah mengambil Muaz di lapangan terbang sebentar tadi.
“Dekat bawah ni pun ada toilet. Jom I temankan.” Tidak sedap hati pula ingin membawa Elisa masuk ke apartmentnya ketika ini.
“I tak selesa la. Jom la. Dah tak tahan ni.” Dia terus menarik lengan Muaz. Muaz sudah tiada pilihan.
“Isteri you tak ada ke Muaz? Sunyi je.” Muaz juga perasan yang kereta Mia tiada di bawah. Ke mana perginya. Dah nak masuk maghrib ni.
“Muaz, I haus la.” Banyak betul kerenah Elisa. Lepas satu, satu permintaannya. Ikutkan hati ingin sahaja dihalau Elisa keluar dari rumah itu. Dia benar-benar tidak sedap hati. “Nanti kejap I ambilkan.”
“Eh, tak apa. Biar I ambil sendiri.” Dia terus beredar ke dapur. Bermulalah rancangan jahatnya.
“You pun minum sikit ek? Tak best la minum sorang-sorang.” Elisa menghulurkan segelas jus epal ke tangan Muaz. Dia yakin Muaz akan minum kerana Muaz sudah keletihan.
***
“Teruk betul jam hari ni. Dah lewat la. Mengamuk la tenuk tu karang.” Mia membebel sendiri. Sudah la dia terpaksa pulang lewat hari ni. Jadi pulak macam ni. Lagi serabut otaknya.
Hampir jam sembilan baru Mia sampai di rumah. Hatinya turut berdebar apabila memikirkan Muaz sudah ada di rumah. Pekakkan telinga saja la. Elok sahaja pintu dikuak, Mia ternampak sepasang kasut yang tidak pernah dilihatnya. Kasut perempuan pulak tu.
‘Mana Muaz ni?’ hatinya sudah berdebar-debar. Adakah apa yang sedang bermain difikirannya akan menjadi kenyataan. Mia memberanikan diri melangkah ke bilik Muaz. Dia mengucap panjang sebelum menolak daun pintu itu.
“Ya Allah!” terlepas balang Kujan dari pegangannya. Serentak dengan itu, Muaz memandang ke arah jeritan tersebut walaupun dalam keadaan separuh sedar. Mia sudah lari meninggalkan apartment itu. Sudah tidak mampu menoleh ke belakang lagi.
Jiwanya bagai dicarik-carik apabila melihat suaminya sedang enak bermadu kasih dengan wanita lain. Lebih malang perkara itu berlaku di dalam rumah mereka sendiri. Sampai hati Muaz.
“Elisa, apa you dah buat ni? You letak apa dalam minuman I tadi? You gila ke ha?” bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulutnya. Fikirannya masih kabur-kabur akibat meminum air yang diberikan oleh Elisa sebentar tadi.
“Kita sama-sama tak sedar Muaz.” Puas hati Elisa. Rancangannya sudah berjaya.
“You jangan nak tipu. Sekali pun I nak buat jahat dengan you, bukan di sini tempatnya. Bukan di depan isteri I. sekarang dia dah tengok segalanya.” Muaz sudah mengamuk.
“You pergilah balik sekarang. Jangan keruhkan keadaan lagi.” Muaz tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Walaupun dia sering menyakiti hati Mia, tetapi bukan dengan cara sebegini. Ini semua terlalu kejam.
Dicapai pakaiannya yang bertaburan di lantai. Lalu dia keluar ingin mencari Mia. Menjelaskan perkara yang sebenar. “Mia…Mia…” Dipanggilnya Mia sekuat hati. Tetapi tiada jawapan. Muaz menuju ke bilik Mia pula. Juga kosong.
“Ya Allah, ke mana dia pergi ni.? Mia…Mia…”
***
“Mira…Mira…bukak pintu ni.” Mia sudah tiada tempat lain ingin dituju. Hanya Mira difikirannya.
“Ya Allah Mia, kenapa ni? Bukan ke kau balik ke rumah kau tadi?” Mira memapah Mia ke dalam rumahnya. Dikesat air mata Mia yang tidak henti-henti keluar. Setelah Mia berhenti menangis, barulah Mira berani bertanyakan sebab mengapa Mia jadi seperti ini.
“Kurang ajar punya jantan. Aku dah tak boleh sabar Mia. Aku nak pergi bersemuka dengan jantan tu. Tak guna punya lelaki.” Mira sudah mengepal-ngepal penumbuknya. Kali ini hatinya sudah tidak boleh bersabar dengan perangai Muaz yang hina itu.
“Kalau kau sayang aku, tolong la jangan keruhkan keadaan lagi. Aku dah tak larat Mira. Aku dah letih.” Suara Mia semakin serak kerana menangis tanpa henti. Mira terus memeluk sahabatnya itu. Dia turut mengalirkan air mata. ‘Apalah nasib kau Mia.’ Diusap-usap belakang Mia untuk menenangkan hati Mia yang telah berkecai.
***
Setelah dua hari tidak mendengar berita dari Mia, Muaz mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Elisa. Mungkin hatinya akan sedikit tenang nanti. Selepas itu dia akan mencari Mia semula.
Setelah tiba di pejabat Elisa, Muaz terus menuju ke bilik Elisa. Tetapi belum sempat dia menolak pintu bilik, dia terdengar orang ketawa di dalam bilik tersebut. Bunyinya seakan ada suara lain selain suara Elisa.
Muaz cuba memasang telinga. Ingin mendengar butir bicara yang sedang dibualkan oleh ahli di dalamnya.
“Ha, sekarang ni rancangan kita dah berjaya. So, you jangan lupa janji you dengan I tau? I tak sabar nak kahwin dengan you sayang.” Elisa memeluk erat leher Hazri sambil tangan Hazri menjalar liar di serata tubuh Elisa.
Hampir luruh jantung Muaz mendengarnya. Sekarang dia yakin dirinya telah dipermainkan sekali lagi. Sedang enak mereka bercumbuan, Muaz melangkah masuk ke bilik itu.
“Wah, satu tepukan untuk pelakon wanita terbaik abad ini.” Muaz menepuk-nepuk kedua tangannya sambil tersenyum mesra.
“Jadi, inilah rancangan you ya Cik Elisa?” terkejut besar Elisa dan Hazri apabila Muaz sudah tahu rancangan jahat mereka.
“I…I…” Elisa tidak mampu berkata-kata. Sebaliknya dia memegang erat lengan Hazri. Takut barangkali.
“Tak apa…tak apa…you tak perlu jelaskan apa-apa dekat sini. I ucapkan ribuan terima kasih dekat you sebab dah berjaya musnahkan hidup I. Semoga you amanlah dengan pasangan you tu ya?” matanya tepat diarahkan ke wajah Hazri. Macam dia biasa lihat. Ikutkan darah jantannya, sudah dipecahkan muka si keparat itu. Tetapi tiada guna bergaduh kerana perempuan kotor seperti Elisa.
***
‘Dekat mana aku nak cari Mia? Kenapa bodoh sangat aku ni. Perempuan yang macam tu aku puja sangat. Mati-mati aku percayakan dia.’ Muaz menumbuk-numbuk stereng keretanya. Kerana Elisa dia sanggup menduakan isterinya. Kerana Elisa dia tegar menyakiti hati dan perasaan Mia. Kerana Elisa juga dia sanggup menyakiti tubuh badan Mia. Kerana Elisa dia sanggup serahkan segala-galanya.
Muaz tidak dapat menahan lagi air matanya dari berguguran. Dia sudah tidak peduli air mata lelakinya berderaian. Hatinya kini dihimpit perasaan bersalah yang teramat sangat. Malang baginya apabila tidak dapat membezakan yang mana kaca dan yang mana permata.
Selama ini dia abaikan tanggungjawab sebagai seorang suami. Fikirnya Elisa akan setia padanya. Hanya berkasih dengannya. Tetapi kepercayaan yang diberi dijadikan bahan ketawa Elisa dan lelaki keparat itu. Terlalu besar dosanya pada Mia. Tambahan pula Mia sudah melihat perkara yang sangat mengaibkan dirinya.
Di mana dia harus mencari Mia untuk memohon ampun. Di mana dia harus ketemu Mia untuk sujud di kakinya. Muaz tidak mampu untuk menahan semua ini lagi. Sudikah Mia mengampuni diriku yang hina ini Ya Allah.
***
Saat Muaz sampai di apartmentnya, dia menjerit-jerit memanggil Mia. Dia perlukan Mia saat ini. Dia ingin mendakap Mia, dia ingin mengucup wajah Mia. Muaz menuju ke bilik Mia. Dia berbaring lesu di atas katil Mia. Menangisi dirinya yang teramat hina.
“Sayang, balik la. Abang nak minta ampun. Abang nak sujud kaki Mia. Abang perlukan sayang.” Muaz masih menjerit-jerit memanggil Mia. Hatinya begitu sayu mengenangkan perbuatannya pada Mia selama ini. Bodohnya dia selama ini kerana tidak menghargai insan yang telah banyak berkorban untuknya.
***
“Mia, takkan selamanya kau nak macam ni? Dah dekat seminggu kau hilangkan diri dari semua orang. Aku nak bagi tahu baba kau, kau tak bagi. Makan langsung kau tak mahu. Macam mana demam kau tu nak baik?” Mira amat risau dengan keadaan Mia saat ini. Mia sudah seperti mayat hidup. Yang dia tahu hanya menangis.
“Bangun la Mia. Kau tak boleh putus asa macam ni. Tak guna kau menangisi lelaki tak guna macam tu.” Nasihat Mira lagi.
“Aku sentiasa ada di samping kau Mia. Aku sayang kau sangat-sangat. Aku tak nak tengok kau selemah ini. Ini bukan diri kau Mia.” Mira juga turut mengalirkan air mata. Tiba-tiba Mia bangun menuju ke bilik air.
***
“Papa tak sangka anak papa kejam macam ni. Papa tak pernah ajar anak-anak papa berkelakuan buruk seperti angah. Angah letak dekat mana akal tu? Selama ni kami mati-matian percayakan lakonan kamu berdua.” Dato` Masyhur amat marah dengan tindakan Muaz.
“Ampunkan angah papa. Angah tahu angah dah berdosa pada semua terutama Mia. Semua yang terjadi ni atas permintaan angah. Angah yang suruh Mia berlakon depan semua orang yang konon-kononnya kami bahagia.”
Setelah lebih seminggu mencari Mia di serata tempat, Muaz tiada pilihan. Dia harus berterus-terang dengan keluarganya dan baba. Dia sudah tidak kisah seandai dirinya dihina, dicaci atau dibuang oleh keluarganya. Dia sanggup menerima semua itu atas segala perbuatan kejamnya terhadap Mia.
“Jadi sekarang dekat mana anak baba Muaz? Apa salah Mia sampai Muaz buat dia macam ni? Selama ni setiap kali baba tanya dia pasal Muaz tak pernah sekali pun dia buruk-burukkan kamu. Malah dia mengaku yang hidupnya bahagia di samping Muaz.” Encik Saufi juga tidak dapat menahan sebak apabila anak kesayangannya diperlakukan sekejam ini.
“Muaz tak tahu baba. Semua tempat Muaz dah cari. Tapi tak jumpa.” Muaz tunduk sambil menitik air matanya.
Sara dan Myra langsung tidak mampu berbicara. Mereka tidak sangka Muaz sanggup berkelakuan begitu. Mereka turut mengalirkan air mata.
“Muaz dah cuba cari Mia di rumah Mira? Mungkin dia di sana. Baba yakin dia akan mencari Mira saat-saat macam ni.” Tiada guna berbalah ketika ini. Keselamatan Mia yang harus difikirkan.
“Mira? Ya Allah, saya terlupa. Tapi saya tak tahu rumah Mira dekat mana.” Muaz hampir terlupa akan sahabat baik Mia itu. Dia sudah tidak sabar ingin ketemu sama isterinya. ‘Abang datang sayang.’
“Lebih baik telefon Mira dulu. Takut mereka tiada di rumah.” Nasihat Dato` Masyhur. Encik saufi cuba mendail nombor Mira tetapi taliannya sibuk.
“Baba yakin Mia ada di sana. Jom kita ke sana.” Ajak Encik Saufi. Dia sendiri mahu bertemu dengan anaknya itu. Mahu dipeluk Mia untuk memberi kekuatan.
“Tak apa baba. Biar saya yang pergi. Semua ni salah saya. Saya nak selesaikan sendiri. Izinkan saya baba. Saya akan bertanggungjawab sepenuhnya.”
Sebelum ke rumah Mira, Muaz singgah dahulu di apartmentnya. Ingin membersihkan diri dan bersolat. Ketika ingin menuju ke lif apartment itu, Muaz perasan akan kereta Mia ada di tempat biasa. Tanpa menunggu lebih lama, Muaz berlari ke rumahnya untuk mendapatkan Mia.
“Sayang…sayang…” Kelam-kabut Muaz menanggalkan kasutnya. Dia bertambah yakin Mia sudah pulang apabila melihat sandal kepunyaan Mia berada di situ. Muaz berlari menuju ke kamar Mia. Ditolak daun pintu.
“Sayang…sayang dah balik?” tanpa berfikir panjang Muaz terus mendapatkan Mia yang sedang mencari sesuatu. Terkejut Mia dengan pelukan Muaz dari arah belakang.
“Hey, lepaskan saya. Encik Muaz dah gila ke? Saya Mia, bukan perempuan tu.” Mia cuba melepaskan rangkulan Muaz. Tetapi terlalu kemas.
“Abang tak silap sayang. Abang memang tunggu Mia. Abang nak minta ampun sayang.” Muaz mengemaskan pelukannya. Dia tidak mahu berpisah dengan Mia lagi.
“Saya kata lepas, lepas la. Saya balik ni pun sebab nak ambil barang-barang saya.” Mia meronta-ronta supaya dia dilepaskan dari rangkulan Muaz yang amat kemas.
Muaz terkejut dengan kenyataan Mia itu. Lalu dia memalingkan wajah Mia supaya menghadapnya. “Apa sayang cakap? Kenapa nak ambil barang-barang Mia? Ni kan rumah kita sayang.” Jelas di mata Muaz wajah Mia yang sangat kusam. Matanya bengkak kerana terlalu banyak menangis.
Mia masih berusaha memboloskan dirinya. Jelas juga dipandangannya akan diri Muaz yang sedikit kusut dari biasa. “Encik Muaz tak pernah mahukan saya di rumah ni kan? Saya rasa lebih baik saya keluar dari rumah ni.”
“Tak…tak…abang silap menilai Mia selama ni. Tolong maafkan abang sayang. Abang dah sedar sekarang ni. Abang tahu Mia isteri yang baik. Jangan tinggalkan abang ya?” dia sudah mengesat-ngesat air mata yang mula bercucuran. Hatinya sedih sekali.
“Saya rasa dah terlalu lama saya berikan peluang tu pada Encik Muaz. Selama ni saya terima apa sahaja yang Encik Muaz lakukan pada saya. Tapi bila saya lihat sendiri Encik Muaz tidur dengan perempuan lain malah di rumah ni pulak tu, saya pasti yang Encik Muaz tak pernah sayangkan saya. Sekarang Encik Muaz jangan risau, saya takkan ganggu hidup Encik Muaz lagi.” Mia berjaya melepaskan diri dari pelukan Muaz. Dia mula mengemaskan pakaian-pakaian di dalam almarinya.
“Tolong la sayang. Maafkan abang. Abang sanggup buat apa sahaja asalkan sayang tak tinggalkan abang. Abang perlukan sayang.” Muaz sudah terduduk di lantai. Dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa Mia ingin pergi dari hidupnya.
Mia hanya mampu menangis. Sudah terlalu lama dia bersabar dengan semua tindakan Muaz. Kenapa sekarang baru dia ingin memohon maaf. Kenapa baru sekarang dia membahasakan diri selembut ini. Setelah hatinya hancur barulah Muaz ingin menyesali segalanya. Tetapi hati dan perasaan Mia sudah tertutup buat Muaz.
Setelah mengemas apa yang patut, Mia ingin beredar. Sudah tidak sanggup berada di situ. Tambahan pula melihat Muaz yang tidak henti-henti merayu dan menangis. Sedangkan hatinya ingin bertanya kepada Muaz di mana Kujan. Masih hidupkah dia. Dia ingin membawa Kujan bersama. Selepas kejadian hitam itu, dia terlupa sebentar akan binatang peliharaannya. Sebelum sempat Mia keluar, Muaz sudah bertindak menutup pintu bilik itu dari menahan Mia pergi.
“Apa yang Encik Muaz buat ni ha? Tepi! Saya nak keluar.” Tindakan Muaz semakin berani.
“Abang takkan benarkan sayang keluar. Apa nak jadi, jadi la.” Muaz menyandarkan tubuhnya pada pintu itu.
“Kenapa baru sekarang Encik Muaz bertindak macam ni? Saya ni perempuan bodoh, perempuan yang hanya nak gunakan Encik Muaz. Saya ni kan kotor. Tak sesuai dengan Encik Muaz. Sekarang tolong benarkan saya keluar. Dan Encik Muaz tak perlu la nak berabang sayang dengan saya. Sikit pun saya tak tersentuh. Meluat lagi ada la.” Hatinya sakit setiap kali memandang wajah Muaz. Muaz pula sudah tidak sanggup mendengar itu semua. Dia meluru memeluk kaki Mia. Dipeluk kemas sambil menangis.
“Lepaskan saya Encik Muaz. Dah tak guna semua ni. Benda dah jadi. Kita dah tak boleh nak patah balik. Encik Muaz terima la kenyataan.” Mia menolak-nolak tubuh Muaz supaya melepaskan pautan tangannya pada kaki Mia.
“Tidak, abang takkan lepaskan Mia pergi. Abang sayang Mia.” Terucap jua perkataan keramat itu dari bibirnya. Dia sudah tidak malu atau bimbang egonya jatuh di hadapan Mia. Biarlah Mia tahu isi hatinya. Malah Muaz masih menggunakan perkataan yang dilarang Mia.
“Sayang? Sayang ke kalau Encik Muaz sanggup menduakan saya? Sayang ke Encik Muaz kalau sering menghina, mencaci saya? Itu yang Encik Muaz maksudkan dengan sayang?” Mia melepaskan geram yang selama ini disimpan rapi di lubuk hatinya.
“Abang tahu abang silap selama ni. Abang tahu abang yang bodoh, abang yang hina bukan sayang. Abang sanggup melutut dengan sayang kalau itu yang sayang mahukan. Please…jangan tinggalkan abang.”
“Dah terlambat Encik Muaz. Dah terlambat…saya dah tak sanggup nak hidup dalam suasana macam ni.” Dengan sekuat hati Mia menolak tubuh Muaz. Dia berlalu ke arah pintu.
“Kalau Encik Muaz betul-betul sayangkan saya, tolonglah beri saya peluang untuk bersendirian. Saya dah tak berdaya lagi. Halalkan makan dan minum saya selama saya tinggal di rumah ini. Segala hutang saya pada Encik Muaz saya akan bayar nanti. Assalamualaikum.” Dengan berat hati Mia mengheret beg pakaiannya sambil menangis teresak-esak.
“Sayang…sayang…jangan tinggalkan abang. Abang minta maaf sayang. Abang tak boleh hidup tanpa Mia. Tolong la…” Muaz hanya mampu menjerit dan merayu. Mia sudah meninggalkan apartment mereka tanpa sedikit pun menoleh ke arah Muaz. Muaz terus meratap dan menangis.
ni betul2 ke muaz da tidur ngn elisa tu.. ke elisa nye plan jer.. hailaaa.. muaz2.. bongok la ko nih!
ReplyDeleteini btl2 terjadi..hehe =)..sabar3....
Delete