“Lantak la dia. Itu lagi baik. Lagi pun aku sendiri yang tak nak jumpa dengan dia.” Dia cuba untuk menenangkan hatinya.
Tetapi Muaz masih teringatkan perbuatannya seminggu yang lepas. Walaupun ada sedikit penyesalan di lubuk hatinya, Muaz tidak mampu memutarkan kembali masa yang telah berlalu pergi.
Masih jelas di ingatannya apabila melihat bibir dan dahi Mia berdarah. Bukan dia tidak kasihan tetapi kemarahannya berada dipuncak ketika itu. Muaz betul-betul rasa tercabar kerana belum pernah ada seorang perempuan pun yang berani menegurnya begitu. Tetapi berlainan dengan Mia kerana dia sangat berani.
‘Aku tak pernah berkelakuan sekejam itu dengan mana-mana perempuan.’ Rungut Muaz.
Sekali pun Liza bertindak lebih kejam dengan aku, aku tidak sampai hati untuk menjentiknya sedikit pun. Tetapi kenapa aku sanggup bertindak begitu terhadap Mia. Muaz sangat kesal.
Selama perkahwinan mereka, Mia tidak pernah meminta apa-apa darinya. Merengek-rengek dan menggodanya seperti wanita-wanita lain di luar sana sama sekali tidak pernah. Sangkanya Mia sama seperti perempuan-perempuan itu. Hanya memandang rupa, harta, pangkat yang dia ada.
Aku sendiri tidak pernah ambil tahu di mana dia bekerja, bila dia cuti dan sebagainya. Bagi diriku, tiada sebab untuk aku mengambil tahu semua itu.
‘Lagi pun aku dah ada Elisa.’ Muaz tersengih sendirian apabila mengingati detik-detik manis yang dilaluinya bersama Elisa ketika ini.
Dia sendiri tidak pasti bagaimana dengan begitu mudah dia tersungkur di kaki Elisa. Bagi dirinya Elisa umpama satu aura yang membuatkan hidupnya lebih ceria. ‘Aku nak jumpa dia la. Rindu pulak rasanya.’ Lalu Muaz terus mendail nombor telefon Elisa.
“Hello baby, you dekat mana? I rindu sangat dengan you.” Muaz meluahkan rasa hatinya.
“Er…er… hello Muaz. I dekat luar sekarang. Jumpa client.” Jawab Elisa ringkas.
“Hey, hari minggu pun kerja ke? Come on baby, jom la kita keluar. Pergi mana-mana, I rindu sangat dengan you ni.” Rengek Muaz.
“Hari ni tak dapat la sayang. I betul-betul sibuk. I janji, esok kita keluar okay?” Pujuk Elisa.
“Janji tau. I nak sentiasa dekat dengan you.” Jelas Muaz penuh manja.
“Okay, I janji. Bye sayang!” Balas Elisa pula.
***
“Budak berhingus tu ke?” Soal Hazri yang begitu asyik memeluk Elisa.
“Anak Dato` Masyhur tu la. Menyampah I. Nak berkepit jer.” Begitu sekali jawapan Elisa sambil jarinya bermain-main di dada bidang Hazri.
“Alah, you layan je dia. Tapi jangan lupa tujuan utama you dekat dengan dia. I nak semua maklumat syarikat dia. Terutama kontrak yang sangat bernilai tu.” Hazri mengingatkan kembali perancangan mereka itu.
“You jangan risau. Dia dah semakin jinak sekarang ni. I minta apa pun, semua dapat tau.” Elisa beraksi manja di sisi Hazri.
“Bagus darling. Ni yang I bertambah-tambah sayang dengan you.” Lalu Hazri terus memeluk erat Elisa.
Itulah sibuk yang dimaksudkan oleh Elisa sebentar tadi. Sibuk memadu asmara bersama dengan Hazri. Tujuan Elisa mendekati Muaz adalah untuk memusnahkan perniagaan Muaz dan merampas projek yang telah berjaya ditakluki oleh syarikat Muaz itu.
Hazri menggunakan Elisa sebagai umpan untuk mejatuhkan Muaz. Tambahan pula, Elisa sangat pandai memainkan peranannya.
Hazri tersenyum puas.
***
Ketika Muaz ingin berlalu ke keretanya yang terletak di tingkat dua bangunan itu, Muaz dapat rasakan ada orang lain yang cuba mengekorinya dari belakang. Tetapi Muaz buat-buat tidak peduli. Walaupun ketika itu, jam sudah menunjukkan ke angka sembilan malam. Cuaca juga seperti mahu hujan.
‘Perasaan aku je kot.’ Muaz cuba menyedapkan hatinya. Muaz berjalan sedikit laju ke arah keretanya.
Sebelum sempat sampai ke keretanya, Muaz tiba-tiba dikepung oleh beberapa orang lelaki yang bertopeng. Muaz panik. Apa yang harus dilakukan saat ini.
“Apa yang kau orang nak ha?” Tanya Muaz kasar.
“Kalau kau nak selamat, bagi beg kau tu pada kami.” Ugut salah seorang lelaki bertopeng itu. Pantas mengeluarkan pisau rambonya.
“Kau orang nak buat apa dengan beg aku ni? Bukan ada apa-apa pun. Hanya kertas-kertas biasa.” Muaz cuba mempertahankan dirinya.
Sebenarnya di dalam beg tersebut mengandungi kertas-kertas kontrak yang sangat bernilai itu. Mana mungkin dia ingin menyerahkan beg itu kepada lelaki-lelaki yang tidak di kenalinya.
“Kertas-kertas biasa kau kata? Kau jangan fikir kami semua bodoh. Cepat, serahkan sebelum kami hilang sabar.” Seorang lagi lelaki bersuara.
Untuk meminta tolong sudah mustahil kerana ketika ini, tiada siapa lagi yang tinggal kecuali pengawal yang entah ke mana perginya. Muaz bertindak melarikan diri. Malang sekali apabila salah seorang daripada mereka telah menunggunya di hadapan. Tanpa terus menunggu, lelaki-lelaki tersebut bertindak memukul Muaz sehingga Muaz tidak terdaya untuk melawan.
‘Ya Allah…bantulah aku.’ Rintih Muaz mengharapkan bantuan daripada sesiapa.
Kerana Muaz memegang kejap beg tersebut, salah seorang perompak itu terus menikam ke arah perut Muaz dengan pisau di tangannya. Akibat tusukan itu, Muaz kehilangan banyak darah. Dia hanya mampu berserah ketika itu.
***
“Hello, puan!” Begitu cemas suara si pemanggil di sebelah sana.
Pada mulanya Mia agak ragu-ragu untuk menjawab panggilan itu. Tetapi gerak hatinya yakin itu adalah panggilan yang penting.
“Ya, boleh saya bantu?” Tanya Mia tanpa menunggu lebih lama.
“Ini Puan Nur Mia kan?” Soal lelaki itu lagi inginkan kepastian.
“Iya, Nur Mia bercakap.” Mia membalas pula.
“Puan, saya nak bagi tahu yang Encik Muaz sedang kritikal di hospital sekarang. Dia terlibat dengan satu kejadian rompakan.” Jelas pemanggil itu.
“Ya, Allah..betul ke ni? Di hospital mana? Saya akan ke sana sekarang.” Balas Mia penuh debaran. Air matanya sudah mengalir tanpa dapat ditahan-tahan lagi.
Setelah jelas dengan semuanya, Mia terus beredar ke hospital yang menempatkan Muaz. Hatinya sudah tidak sabar untuk melihat keadaan Muaz.
“Ya Allah, macam mana keadaan dia sekarang? Kenapa la boleh jadi sampai macam ni.” Mia mengomel sendirian di dalam kereta sambil menuju ke destinasi.
Akibat terlalu panik, Mia hampir terlupa untuk menelefon sesiapa pun. Walaupun dia teramat bencikan Muaz, dia masih mempunyai hati dan perasaan. Tolong sesama insan apa salahnya.
Setibanya Mia di hospital, Mia terus berjumpa dengan doktor yang merawat Muaz.
“Doktor,macam mana dengan keadaan Muaz?” Mia tidak dapat menahan dirinya untuk mengetahui keadaan Muaz.
“Boleh saya tahu, puan ni siapa?” Soal doktor itu.
“Saya isterinya.” Jawab Mia ringkas.
“Oh, saya Doktor Asri. Keadaan Encik Muaz sangat kritikal buat masa ni. Dia kehilangan banyak darah. Kaki sebelah kanannya patah.” Jelas doktor itu.
“Ya Tuhan… Boleh saya berjumpa dengan dia?” Pinta Mia.
“Maaf puan, kami tidak dapat benarkan puan berjumpa dengan suami puan sekarang. Kami sedang berusaha untuk menyelamatkan dia.” Begitu lembut tutur bicara doktor itu.
“Doktor, lakukanlah apa sahaja asalkan suami saya selamat.” Rayu Mia lagi sambil teresak-esak menangis.
“InsyaAllah. Saya harap puan bersabar dan banyakkan berdoa ya.” Doktor Asri terus beredar.
‘Ya Allah ya Tuhanku, Kau selamatkanlah suamiku. Izinkan aku bertemu dengannya terlebih dahulu. Terlalu banyak dosaku terhadapnya.’ Mia terus-terusan berdoa supaya Muaz selamat.
***
Mia hampir terlelap apabila dikejutkan oleh Doktor Asri.
“Puan Mia, keadaan Encik Muaz semakin stabil. Cuma dia tidak akan sedarkan diri sehingga esok atau hari seterusnya kerana kami telah memasukkan ubat penahan sakit dan untuk merehatkannya. Kami mahu dia rehat secukupnya.” Jelas Doktor Asri panjang lebar.
“Alhamdulillah. Syukur ya Allah. Terima kasih doktor. Boleh saya berjumpa dengan suami saya?” Mia begitu teruja saat ini untuk melihat keadaan Muaz.
“Sama-sama. Silakan Puan Mia.” Dengan keizinan itu, Mia terus menuju ke bilik yang menempatkan Muaz.
Luluh hati Mia tatkala melihat pelbagai wayar terlekat pada tubuh Muaz. Kesan tikaman pada perut Muaz masih meninggalkan kesan darah dan kakinya pula patah sebelah kanan.
Mia sudah menelefon ahli keluarga dan juga baba serta Mira. Sebentar lagi mereka akan sampai. Cuma baba akan mengambil sedikit masa. Maklumlah, baba berada di Melaka.
‘Mesti teruk dia kena belasah tadi.’ Mia begitu sedih melihat keadaan Muaz seperti itu. Bibirnya pecah akibat tumbukan dan juga kesan-kesan lebam seluruh tubuhnya. Saat Mia menghampiri Muaz, hati Mia bertambah pilu. ‘Aku sendiri dapat merasai kesakitan yang ditanggung oleh Muaz.’
Mia sendiri tidak pasti, mengapa hatinya menjadi terlalu lemah saat ini. Jika difikirkan kembali, Mia seharusnya gembira dengan keadaan Muaz sekarang. Mia tidak akan mendengar lagi herdikan, tengkingan atau penghinaan dari Muaz. Tetapi Mia tidak dapat merasainya ketika ini. Yang ada hanyalah simpati, pilu dan kecewa dengan apa yang menimpa ke atas diri Muaz.
Dengan lemah-lembut, Mia menyentuh jari-jemari Muaz. Walaupun agak gementar, Mia teruskan jua.
‘Ya Allah, selamatkanlah suamiku. Aku sanggup dihina atau diherdik sekali pun daripada melihat keadaan Muaz saat ini.’ Mia mencium tangan Muaz. Saat itu, air mata Mia mencurah-curah di pipinya.
“Encik Muaz, bangun la. Saya tak sanggup nak tengok papa dengan yang lain bersedih atas kejadian yang menimpa Encik Muaz ni.”
‘Saya pun sedih.’ Tetapi ayat itu tidak terkeluar dari mulut Mia.
***
Mia terlelap ketika menantikan kedatangan ahli keluarga yang lain.
“Mia, macam mana boleh jadi macam ni?” Tanya Dato` Masyhur.
“Mia pun tak pasti papa. Masa Mia di rumah tadi, seorang yang Mia tak kenali call Mia dan bagi tahu apa yang jadi dekat Abang Muaz. Mia terus ke sini.” Jelas Mia yang penuh kesedihan.
“Papa tahu niat orang yang merompak Muaz itu adalah untuk merampas kontrak yang baru-baru ni jatuh ke tangan syarikat kami. Kerana dengki ramai yang akan bertindak sebegini.” Kesal Dato` Masyhur. Dia tidak kisah seandainya projek itu terlepas ke tangan orang lain. Mungkin bukan rezeki mereka tetapi biarlah Muaz sembuh secepat mungkin. Itu doanya.
“Mia balik la berehat. Papa akan suruh jururawat khas menemani Muaz.” Cadang Dato` Masyhur. Kasihan melihat menantunya itu keletihan.
“Tak apa la papa. Mia nak tunggu abang. Tak sampai hati nak tinggal abang.” Mia ingin menemani Muaz. Tidak mahu melepaskan peluang ini.
“Betul ni Kak Ngah? Nak Sara temankan?” Soal Maisara pula.
“Eh, Sara balik la. Temankan papa di rumah. Kak Ngah tak kisah tinggal sorang-sorang.” Begitu murni hati Mia.
Mia tidak mengharapkan apa-apa balasan dari Muaz seandainya lelaki ini sedar dari komanya. Dia sedar siapa dirinya di sisi Muaz. Mia ingin mengambil peluang ini untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Pada waktu lain Muaz tidak mengizinkan. Sebak Mia apabila mengingati kejadian-kejadian sebelum ini.
Selama dua hari Muaz tidak sedarkan diri, Mia tidak jemu-jemu untuk terus menemani Muaz. Mia sentiasa di sisi Muaz.
Dalam tempoh itu, Mia sentiasa mengusap-ngusap jemari Muaz, membasahi sedikit wajah Muaz dengan air Yassin yang dibaca oleh Mia setiap malam. Hanya itu yang Mia mampu lakukan. Mia juga tidak henti-henti bercerita dengan Muaz.
Alhmadulillah. Akhirnya Muaz sedar juga dari ‘lena’nya. Ketika itu semua ahli keluarga berada di situ termasuk Mira.
Masing-masing menampakkan wajah gembira. Segala doa mereka telah dimakbulkan oleh Tuhan. Mia menitiskan air matanya tanda kesyukuran pada Yang Maha Esa. Tetapi Mia tidak berani mendekati Muaz seperti yang dilakukannya sebelum ini. Takut seandainya Muaz tidak menyukai perbuatannya.
Ketika yang lain sibuk mengelilingi katil Muaz, Mira sempat berbisik ke telinga Mia. “Kenapa kau tak pergi dekat dia?”
“Dia kan tak suka aku.” Jawab Mia.
***
‘Dia mesti suka aku jadi macam ni. Mana tidaknya, dekat dengan aku pun tak mahu.’ Sangka Muaz yang dari tadi menunggu seandainya Mia akan menghampirinya.
“Muaz, selama Muaz tak sedar ni, Mia la yang sentiasa dengan Muaz. Balik ke rumah pun tidak.” Dato` Masyhur mula membocorkan rahsia.
“Betul tu Angah, asyik menangis je. Adik ajak balik rumah pun tak nak. Kasihan nak tinggal Angah sorang-sorang katanya.” Maisara pula membuka cerita.
Tergamam Muaz seketika. ‘Betul ke apa yang dia orang cakap ni? Alah, silap-silap depan dia orang je dia berlakon baik.’ Muaz terus bersangka buruk. ‘Tapi aku tengok muka dia kusam je. Mata pun bengkak. Selalu tu muka dia berseri-seri je.’ Muaz memandang wajah Mia seketika.
‘Kenapa dia sanggup tunggu aku? Bukan aku selalu buat dia marah dengan aku ke?’ Pelbagai soalan bermain-main di fikiran Muaz saat ini.
“Dan lagi satu kalau Angah nak tahu……” Myra pula menyambung cerita.
“Kak Long…” Panggil Mia tidak mahu orang lain membocorkan rahsianya yang satu itu.
“Apa dia Kak Long?” Soal Muaz. Teruja ingin tahu.
“Mia ni tak lepas-lepas pegang tangan Angah tau.” Myra memang tidak dapat menyimpan rahsia itu lagi.
Sekali Muaz tergamam. ‘Biar betul!’
Muaz memandang tepat ke wajah isterinya itu. ‘Betul ke Mia?’. Muaz terasa ingin bertanya sebegitu kepada Mia tetapi dia jadi malu.
“Kalau betul la apa yang kau orang cakap, kenapa Kak Ngah tak nak duduk dekat dengan Angah pun?” Muaz cuba mengenakan Mia.
‘Eee… tapir ni… Ingatkan bila dah jadi macam ni hilang la semua perangai terlepas cakap dia tu. Saja nak kenakan aku la tu.’ Geram Mia.
“Mia, kesian dekat Muaz tu. Pergi la duduk dekat dia.” Encik Saufi pula yang bersuara.
Tanpa dapat membantah lagi, Mia bergerak ke arah Muaz. Mia berdiri betul-betul di sebelah Muaz.
“Duduk la sini sayang.” Muaz menarik tangan Mia supaya duduk di sebelahnya.
“Eh, tak apa. Saya berdiri je.” Mia cuba mengelak dari terlalu dekat dengan Muaz. Tambahan pula Muaz masih belum sembuh.
Apabila melihat Muaz semakin agresif menariknya, Mia mengalah juga. Risau luka di perut Muaz bertambah sakit. Tanpa menunggu lebih lama, Muaz terus merangkul pinggang Mia.
‘Alamak, dia buat lagi. Malu la aku macam ni.’ Mahu sahaja Mia menampar wajah Muaz. Tetapi tidak sampai hati.
“Amboi…amboi…sakit-sakit pun gatal juga ek?” Perli Maisara.
“Angah rindu la dekat Kak Ngah. Jangan la sibuk-sibuk.” Muaz seakan merajuk.
“Sakit la sayang..” Merengek Muaz pada Mia.
‘Mampus! Apa aku nak jawab ni?’ Mia gusar dengan perlakuan Muaz itu.
“Nanti sihat la. Sabar ye?” Mia cuba memujuk seolah-olah mereka sangat menyayangi antara satu sama lain. Yang lain sudah tersenyum-senyum memandang gelagat mereka.
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi:
Post a Comment