-->
~CoretanSiPenaDaif~

..Pilih Mana Suka..

  • bola (1)
  • cerita ain (46)
  • cerpen (2)
  • cinta (18)
  • filem (1)
  • ilmu (1)
  • kata2 hikmah (2)
  • kecewa (4)
  • kekasih (1)
  • kereta (1)
  • kesihatan (3)
  • lagu (3)
  • langkawi (4)
  • lirik (2)
  • makan (3)
  • minat (1)
  • movie (1)
  • nasyid (1)
  • novel (5)
  • Novel : Segalanya Mungkin (36)
  • pandangan (10)
  • pengajaran (2)
  • pengalaman (21)
  • percutian (6)
  • perempuan (2)
  • perkongsian (21)
  • persoalan (3)
  • promot (17)
  • puisi (5)
  • ramadhan (6)
  • raya (6)
  • renungan (2)
  • resepi (19)
  • rindu (5)
  • rumahtangga (2)
  • sabah (2)
  • sahabat (4)
  • soal hati (5)
  • walimah (15)

Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 2

“Mia..hujung minggu ni Dato` Masyhur akan datang ke rumah kita. Mia jangan lupa balik ye?”. Begitu ceria suara baba ketika menelefon aku lewat petang itu.

“Mia mesti kena balik ke baba? Tak payah pun tak ape kan?”. Soalku pada baba dan berharap baba akan menerima cadanganku itu.

“Mia jangan la macam ni. Mia pun tahukan tujuan mereka ke rumah kita. Inilah masanya untuk Mia berkenalan dengan bakal suami Mia tu.” Baba memujukku.

‘Bakal suami?’ iyaakkss… Geli anak tekak aku bila mendengar kata-kata baba tadi. Seram pun ada. Ya Allah, bagaimanakah harus aku berhadapan dengan semua ini. Ermm..aku lakukan semua ini adalah atas redhaMu Ya Allah. ‘Alah..bukan aku kena buat apa pun. Jumpa Dato` Masyhur dengan anaknya tu senyum jela. Habis cerita. Bukan kena menyanyi untuk lulus jadi menantu dia. Dah confirm aku akan jadi menantu keluarga tu.’ Saja aku ingin mengeluarkan kata-kata yang dapat menenangkan jiwa aku yang sedang berserabut ini.

“Mira, kau free tak malam ni?” Soalku pada Mira teman baikku.

“Aku sentiasa free. Macam la kau tak kenal aku ni. Haa..ni mesti ada apa-apa yang kau nak share ngan aku kan. Kalau tak takkan kau bersusah payah telefon aku lewat-lewat petang ni.” Balas Mira.

“Kau perli aku ek. Aku tahu la kau yang selalu call aku kalau ada apa-apa hal. Tapi kali ni kau cakap la apa pun. Aku tak kisah. Tapi aku sangat perlukan kau malam ni. Tolong ya?” Rayu aku penuh mengharap.

“Uiihhh.. seram aku dengar ayat kau tu. Tapi tak apa. Demi sahabat aku yang seorang ni aku sanggup lakukan apa sahaja.” Usik Mira.

“ Kau nak jumpa kat mana?” Tanya Mira lagi.

“Ni yang aku bertambah-tambah sayang dekat kau ni. Kau la satu-satunya sahabat aku dunia akhirat. Ok, malam ni aku jemput kau dekat rumah pukul 8 ya. Kita lepak tempat biasa ya?” Mia cuba mengusik sahabatnya itu.

“Dah tak payah nak bodek-bodek aku ya. Ok, set. Tapi kalau kau lewat 1 minit pun aku cancel ek.” Ugut Mira.

“Iyelah…aku janji aku tak lewat. Tapi kalau kau pulak lewat aku kahwinkan kau dengan Mat Tempe sebelah rumah kau tu ek.” Balas Mia.

Begitulah sikap Mia dan Mira kalau mereka berjumpa atau berbual. Mira memang seorang sahabat yang setia. Sentiasa ada di kala dia dalam kesusahan. Yang paling Mia geram Mira sangat suka mengusiknya dalam apa jua keadaan.


***


Mereka berjumpa seperti yang dijanjikan lewat petang tadi. “Ya tuan puteri, ada apa-apa yang boleh patik bantu.” Sakat Mira apabila melihat wajah sahabatnya itu agak muram.

“Mira, aku nak kahwin.” Balas Mia pendek.

“Kau kalau nak bergurau dengan aku agak-agak la. Aku tinggalkan kau dekat sini baru tahu.” Kata Mira tanpa menyedari dialah yang menumpang Mia ke sini. Ada hati nak tinggalkan orang.

“Aku tak main-main kali ni. Baba dah tekad nak satukan aku dengan anak kawan baiknya. Buntu aku fikirkan pasal ni tau.” Sayu suara Mia.

“Ooo..kiranya pilihan orang tua la ni. Patut la kau muram jer. Tapi setahu aku kau kan kuat pendirian. Takkan senang-senang jer kau terima benda-benda macam ni?” Soal Mira penuh hairan dengan sikap sahabatnya itu.

“Mula-mula memang aku tolak habis-habisan cadangan baba. Tapi bila aku tengok muka baba yang penuh mengharap aku jadi tak sampai hati nak tolak. Apa aku patut buat sekarang ha?” Mia meminta pandangan Mira.

“Kau dah bagi kata putus ke? Kau dah kenal bakal suami kau tu ke? Kau dah pernah jumpa dia ke? Kau dah…oppssss..sori. Aku bagi kau jawab satu-satu ya.” Mira cuba berjenaka lagi.

“Tahu pun kau. Dah la aku tengah pening ni.” Balas Mia sayu.

“Sebenarnya aku dah buat solat istikharah untuk minta petunjuk dariNya. Dan gerak hati aku kuat mengatakan yang aku kena terima semua ni. Bila difikir-fikirkan semula mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. Cuma aku perlukan sokongan dari kau. Walaupun aku belum pernah jumpa dengan bakal suami aku, aku akan cuba untuk terima dia. Mungkin dialah lelaki yang aku cari selama ni.” Jelas Mia penuh pasrah.

“Mia, kau jangan risau. Aku akan sokong kau selagi apa yang kau lakukan tu berada di jalan yang benar. Kau boleh harapkan aku bila kau perlukan seorang teman untuk kau berkongsi apa sahaja. Percayalah.” Balas Mira yang penuh dengan sifat kasih sayang.

Akhirnya aku membuat keputusan untuk pulang ke rumah seperti yang dipinta oleh baba. Harap semuanya berjalan dengan lancar.


***


Hati aku penuh gelisah menantikan kunjungan Dato` Masyhur. Alangkah baiknya kalau ada Mira di samping aku saat ini. Tetapi Mira tidak dapat menemani aku kerana dia dihantar berkursus ke Johor oleh Encik Nizam, majikannya. Begitu juga ibu yang memang telah tiada di sisiku.

‘Tak sabarnya aku nak tengok muka perempuan yang tak tahu malu tu. Siap la kau.’ Bicara Muaz sendiri. Hatinya turut berdebar ketika dalam perjalanan menuju ke rumah Mia.

‘Aku buat semua ni sebab aku tak nak hidup merempat. Kau jangan ingat bila dah jadi isteri aku kau akan dapat apa yang kau inginkan dari keluarga aku.’ Marah Muaz.

“Waalaikumsalam. Jemputlah masuk ke rumah saya yang serba kekurangan ni.” Pelawa Encik Saufi penuh rendah diri.

“Eh, janganlah begitu. Kau ni macam perli aku je.” Gurau Dato` Masyhur. “Ni aku bawakan bakal menantu kau. Perkenalkan Muaz Hasbi. Muaz, ni uncle Saufi.” Begitu teruja Dato` Masyhur memperkenalkan anaknya dengan sahabatnya.

“Apa khabar uncle?” Muaz cuba bermesra sambil berjabat tangan.

“Alhamdulillah. Sihat. Segaknya anak kamu ni Masyhur.” Puji Encik Saufi.

“Tengoklah anak siapa.” Dato` Masyhur berjenaka. “Tapi kedatangan aku kali ni hanya berdua dengan Muaz. Lagi pun tujuan kita hari ni nak perkenalkan Muaz dan juga Mia kan. Mungkin sekali lagi aku datang bersama dengan rombongan.” Tambah Dato` Masyhur. Ketawa Encik Saufi mendengarnya.

‘Ish..papa ni. Cepat la tunjukkan si Mia ni. Dari tadi asyik sebut nama je. Tuan punya badan tak nampak muka pun.’ Bicara Muaz.

“Eh, Saufi mana anak kau si Mia tu. Ni anak aku dah tak sabar-sabar nak jumpa bakal isteri dia.” Bicara Dato` Masyhur penuh teruja.

‘Eh, papa dapat baca apa yang ada dalam fikiran aku ke.hehe.. Ya, memang Muaz tak sabar nak tengok perempuan tu papa. Macam mana la rupanya perempuan yang sangat ‘bertuah’ tu ya.’ Ngomel Muaz sendiri.

“Eh, hampir terlupa pulak aku tujuan kau ke mari”. Ngomel Encik Saufi.

“Mia…ke mari nak.” Panggil Encik Saufi dengan penuh kasih sayang.

“Muaz, kenalkan ni satu-satunya puteri uncle Nur Mia. Mia, ini Muaz Hasbi. Bakal suami Mia.” Bagaikan mahu tersungkur Mia ke lantai apabila mendengar perkataan ‘bakal suami’ dari mulut baba.

“Hai..saya Muaz.” Muaz memulakan bicara sambil menghulurkan tangan ingin berjabat tangan dengan Mia. Malangnya Mia tidak menyambut huluran tangan tersebut.

“Maaf, saya Mia.” Balas Mia pendek. ‘Ooo.. kau tunjuk baik ye. Hentikanlah lakonan kau tu wahai si cantik Mia. Ya, memang Mia seorang wanita yang cantik. Tapi kau jangan harap aku akan tewas dengan kecantikan kau tu nanti’. Setelah berbalas senyuman Mia terus beredar ke dapur. Ingin menyediakan sedikit juadah untuk tetamu.

‘Gila ke apa si Muaz ni. Belum lagi kahwin dah nak pegang-pegang. Karate karang baru tahu.’ Bengang Mia apabila mengingati kembali huluran tangan Muaz sebentar tadi. ‘Diakah bakal suamiku. Dari segi luarannya memang Muaz seorang lelaki yang sempurna. Punya segalanya. Tapi dalamannya belum pasti.’ Mia berfikir sejenak.

‘Eh, tak baik aku bersangka buruk.’ Mia cuba mengingati diri akan ketelanjurannya. Mia terus beredar ke ruang tamu membawa bersama juadah petang untuk Dato` Masyhur dan Muaz.

“Uncle, kalau uncle tak keberatan saya nak minta keizinan untuk menikahi Mia secepat mungkin. Hujung bulan ni ke.” Muaz bersuara tiba-tiba membuatkan Dato` Masyhur dan Encik Saufi berpandangan sesama sendiri. Mia yang mendengar bicara Muaz itu hampir pengsan.
~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Tuesday, August 02, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:AhLan WasAhLan:..

..:KePunYaAn EmPaYar:..

nurul ain haji jamli
24 april 1990
kuala kangsar, perak
penulis & blogger
dah jadi PUAN

kLik..kLik..

..:iMpiAn HatI:..

"Ya ALLAH, jaDikAn Aku WaNitA sOLehAh...yaNg bAik dI anTarA yAnG tErbAiK...kUrnIaKan jUgA PenDamPinG yAng BaIk daLam HiDupKu...baGi mEndApaTkAn SesUaTu YaNg TerBaIk dAri-Mu...aMin yA RaBb..."

..:pEcEbuK:..

Nurul Ain Haji Jamly

Create Your Badge

cE kOmE tRy bAce!!

  • ►  2013 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (8)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (6)
  • ►  2012 (78)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ►  October (6)
    • ►  September (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (8)
    • ►  June (12)
    • ►  May (14)
    • ►  April (9)
    • ►  March (1)
    • ►  February (6)
    • ►  January (1)
  • ▼  2011 (79)
    • ►  December (7)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (7)
    • ▼  August (32)
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 29
      • Last Kerja B4 Raya
      • Al-kisah Kasut Raya
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 28
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 27
      • TaHuN ke-3 TanPa...Mu...
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 26
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 25
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 24
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 23
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 22
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 21
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 20
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 19
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 18
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 17
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 16
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 15
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 14
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 13
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 12
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 11
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 10
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 9
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 8
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 7
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 6
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 5
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 4
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 3
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 2
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 1
    • ►  June (7)
    • ►  May (6)

..:FoLLowErS:..

..:i foLLow u:..

  • Blog Cik Nurfarah
    HI 2025
  • Jia creatifelt
    Harry Potter Et Les Reliques De La Mort : 1ère Partie (2010) Watch Full Movie Streaming Online
  • Warong Makcik Senah
    Watch Clifton Hill 2019 Free Online
  • Kisah BudaxXx Montel ^^
    Watch Cardboard Boxer 2016 Free Online
  • Entirely Of Flaws
    Bank Indonesia Memberi Penghargaan Atas Pelaporan Uang Palsu
  • ♥cOraT cOret NusHA ♥
    TRAGEDI OKTOBER : Duit bagi tapi tak cukup!
  • TAMU JAJAKRAF
    NOTICE BOARD
  • ~BabyComel~ Hanya insan Biasa
    Suratan Takdir Gersang Kisah Si Curang
  • I CANT HEAR THE SILENT MELODIES
    Jual Obat Maximoz Peningkat Vitalitas, Stamina Dan Obat Ejakulasi Dini Di Sidoarjo
  • Nurhafizah ❤
    5 Tips Bagaimana Menjaga Fikiran Positif Setiap Hari
  • Wanita Melayu Akhir Zaman
    J-Pace SUV Review 2018
  • SaHaBaT BUKIT BOTAK
    Ninja : Genap 1 Tahun 4 Bulan
  • silenceaneesa ♥
    Langkah Memberi warna Baju Dengan Wantex supaya Sembuh Seperti Baru Lagi
  • Reading is the most relaxing moment. (I'm only eighteen)
    Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion 5
  • BILA KATA HATI MENULIS
    Terus Mencintaimu
  • Wardah Alisya
    8 tahun usia Wardah Alisya
  • Dazzi Lurzzi Official Blog
    Redha 2016 Movie Hack Full
  • ya allah kuatkan hati kami
    Obat herbal murah berkhasiat paling ampuh
  • oLd_sChOoL
    Selangor Juara Piala Malaysia, Kenduri Kahwin Member Lebih Penting
  • [ hujung peNa... papan kekuNci ]
    "Letihlah nak pikir duit..."
  • JoY AnD SoRrOw
    FiRsT eNtRy FoR tHiS yEaR
  • Anas Muallim
    Cuti yang panjang
  • segalanyamungkin
    BAKTI SISWA TERENGGANU (KAMPUNG SEBERANG TAKIR)
  • ! ~ Salam Ukhuwah ~ !
    Giveaway dan Lucky Draw
  • misyaain amna
    TANDA HIDUP TAK BERKAT
  • ^◕‿◕^
    UPDATE NEW STOCK ** MEN'S SHIRTS **
  • The Karl Nyzam™
    Erti Sebuah Kemaafan
  • col0ur ur life
    Tukar Lagi.
  • kami craft
    Pek Kombo Tona~~ Murah Gilaa~~~!!!
  • Abu HurairaH
  • My Life
    Hujung Minggu
  • ~~ ketulusan hati ~~
    Dia kekasih aTi Qu...
  • ♥ CATATAN SEORANG HAMBA ♥
    ♥ KISAH MAYAT MEMBACA SURAH YASSIN DI MEKAH ♥
  • maiza husna
  • PERCUTIAN TERINDAH
    PAKEJ 3HARI 2MALAM DI PANGKOR
  • ! .. ✿Ɖαʏα Ƭнɛ Ƨιϰтн✿ .. !
    Korean Fashion :)
  • Ibnu Sina ATC
    Sekitar Karnival Ekonomi Muslim
  • ~liFeminEswEEtsoUr~
  • Celoteh Deqyah Pegeon~
  • Triple L
  • JuZ a sImPLe guRL DiaRy
  • BerLARI ke LANGIT
  • ♥
  • Muni Izzah
  • ♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫•♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫• ♫•*¨*•.¸¸
  • vip eema..
  • Eimma
  • kedai mu
  • Hafiz Hamidun
  • Seek ONLY for MARDHOTILLAH
  • BLOG ALAN
  • ✿ Missz.Nana.Punyer.Cerita ✿
  • ..sEriKanDi isLaM..
  • *sUkA-suKi DunIakU*
  • hello !!!
Backgrounds & Flower Backgrounds
Powered by Blogger.