-->
~CoretanSiPenaDaif~

..Pilih Mana Suka..

  • bola (1)
  • cerita ain (46)
  • cerpen (2)
  • cinta (18)
  • filem (1)
  • ilmu (1)
  • kata2 hikmah (2)
  • kecewa (4)
  • kekasih (1)
  • kereta (1)
  • kesihatan (3)
  • lagu (3)
  • langkawi (4)
  • lirik (2)
  • makan (3)
  • minat (1)
  • movie (1)
  • nasyid (1)
  • novel (5)
  • Novel : Segalanya Mungkin (36)
  • pandangan (10)
  • pengajaran (2)
  • pengalaman (21)
  • percutian (6)
  • perempuan (2)
  • perkongsian (21)
  • persoalan (3)
  • promot (17)
  • puisi (5)
  • ramadhan (6)
  • raya (6)
  • renungan (2)
  • resepi (19)
  • rindu (5)
  • rumahtangga (2)
  • sabah (2)
  • sahabat (4)
  • soal hati (5)
  • walimah (15)

Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 4

“Aku terima nikahnya Nur Mia binti Ahmad Saufi dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai.” ‘Fuuhhh…berpeluh aku dibuatnya. Macam tak percaya aku boleh lepas dengan sekali lafaz je ni. Hebat jugak aku.’ Perasan Muaz sendiri. Masjid An-Nur menjadi saksi terpatrinya dua jiwa.

“Mia, senyum la sikit. Apa nangis-nangis ni? Aku cubit karang.” Mira cuba memujuk Mia yang tiba-tiba sebak setelah sah menjadi isteri Muaz Hasbi.

“Aku teringat ibu aku la. Kau tengok muka baba tu, muram je.” Jelas Mia. Hakikatnya dia teramat sedih apabila mengenangkan ketiadaan ibu di sisi pada hari bersejarahnya. Tetapi dia bersyukur kerana baba sentiasa di sisi seperti yang pernah diminta olehnya sebelum ini.

“Weyh, cover-cover! Abang gatal kau dah nak datang dekat kau ni. Karang la sambung nangis tu.” Bisik Mira setelah melihat Muaz bangun dari duduknya menuju ke arah Mia untuk upacara pembatalan air sembahyang.

Muaz yang berpakaian segak rona kelabu sedondon dengan busana Mia berjalan dengan penuh bergaya. ‘Ish, cantik gila minah ni. Betul ke dia ni isteri aku?’ Muaz bertanya sendiri.

Setitik air mata jatuh membasahi pipi Mia tatkala Muaz mencium dahinya. Lensa kamera dari setiap sudut membuatkan Mia rimas. ‘Beginikah nasib apabila berkahwin dengan seorang anak kenamaan?’ Soal Mia di dalam hatinya. ‘Ibu..Mia nak ibu!’ Hatinya begitu sebak sekali.

‘Dia ni tak nak lepaskan tangan aku ke? Sudah-sudah la tu.’ Bengang Mia dengan tingkah laku Muaz yang tidak melepaskan tangannya sejak upacara pembatalan air sembahyang tadi. Dari tadi mata Muaz tidak lepas-lepas dari memandangku.

‘Kau ingat aku nak sangat ke buat macam ni ha? Aku berlakon jela. Balik karang aku akan cuci tangan aku ni bersih-bersih tau.’ Berlagak Muaz. Dia hanya mahu mengaburi mata para tetamu supaya menganggap mereka adalah pasangan bahagia.

Para tetamu dijemput ke rumah pengantin perempuan bagi meraikan kedua mempelai. Sedikit jamuan makan turut diadakan bagi menghargai para tetamu yang sudi hadir ke majlis pernikahan Mia dan Muaz. Mia juga tidak mengharapkan majlis yang gilang-gemilang. Cukuplah sekadar termampu.

‘Menyampahnya aku makan bersuap-suap ni. Semua ni sebab arahan dari jurukamera tu la. Nak gambar yang macam ni la, macam tu la.’ Bebel Mia tanda protes dengan adegan romantik Muaz terhadapnya.

Mira yang setia menjadi pengapit. Mia sangat memahami gelodak hati Mia bahawa sahabatnya itu tidak selesa dengan keadaan sekarang. Tetapi dia tidak boleh berbuat apa-apa. ‘Sabar jela Mia’. Bisik Mira dalam diam.

Setelah selesai upacara makan beradab, Mia dan Muaz diarah untuk bergambar bersama saudara-mara dan sahabat handai untuk dijadikan kenangan bersama. Kata jurukamera itu boleh dijadikan tontonan untuk anak-anak serta cucu-cucu di kemudian hari.

‘Ya Allah…menyampahnya aku. Bergambar lagi. Seronok la perempuan ni aku asyik peluk dia je. Sabar.. sabar.. Tak lama dah.’ Pujuk Muaz akan hatinya yang sedang mendidih ketika ini.

‘Eh, aku lagi menyampah la. Ingat aku seronok ke dengan semua ni. Mira, tolong aku…’ Mia merenung sahabatnya itu ingin meminta bantuan tetapi tidak dihiraukan oleh Mira. Tidak disangka oleh Mia bahawa baba telah menjemput seorang jurukamera khas bagi merakamkan setiap detik yang bersejarah pada hari ini. Kata baba Mia la satu-satunya anak yang dia ada.

“Ok, sekarang tiba giliran pengantin baru kita pulak bergambar berdua. Yang lain boleh ketepi dulu ya.” Jurukamera itu cuba bergurau sambil mengusik Mia dan Muaz.

“Rapat sikit ek. Jangan malu-malu.” Kata jurukamera itu lagi. Mia yang begitu rimas bertambah geram apabila Muaz dengan selambanya memegang pinggangnya dengan kejap dan merapatkan tubuhnya pada Mia.

‘Jangan lebih-lebih la.’ Ugut Mia tetapi hanya di dalam hatinya.

“Please… bagi kerjasama. Kalau tak, sampai ke malam la kita macam ni. Awak pun mesti rimaskan?” Bisik Muaz ke telinga Mia. Jantung Mia berdegup kencang. Itulah kali pertama Muaz bercakap dengannya. Begitu lembut.

Lalu, Mia pun mengangguk tanda setuju. Gaya mereka penuh romantik seperti pasangan yang sedang hangat di lamun cinta. Tetapi hakikat yang sebenar hanya Tuhan yang tahu.

Bermacam-macam gaya Mia dan Muaz sempat dirakam oleh jurukamera. Antaranya saat Muaz mencium pipi Mia. Begitu juga dengan Mia. Saat Muaz memeluk Mia dari belakang, juga ketika Mia duduk di atas ribaan Muaz. ‘Ya Allah.. betul ke apa yang aku buat ni?’ Tanya Mia yang agak keliru dengan dirinya sendiri. Begitu mudah dia menurut apa yang diminta oleh jurukamera itu tadi. Ataupun setelah mendengar pujukan Muaz sebentar tadi. ‘Aahhh… mengarut la..’ Bentak Mia.

Dari jauh terpancar kegembiraan di wajah baba, papa, adik-beradik Muaz serta Mira. ‘Aku gembira apabila melihat mereka turut gembira.’ Sayu bisikan itu.
 
***

“Alhamdulillah… semua berjalan dengan lancar. Baba gembira sangat tengok Muaz dan Mia selamat disatukan. Walaupun majlis kita ni ringkas tapi baba rasa meriah sangat.” Luah baba ketika kami semua menjamu selera malam itu. Aku hanya mampu tersenyum. Begitu juga dengan Muaz.

Sebelum aku melangkah ke dapur untuk mencuci pinggan, baba sempat berpesan kepada aku dan Muaz tentang beberapa tanggungjawab yang perlu aku dan Muaz pikul selepas bergelar suami isteri. Lalu aku meminta diri untuk ke bilik kerana seharian aku tidak dapat merehatkan diri gara-gara melayan tetamu yang hadir. Aku hanya membiarkan Muaz dan baba terus berbual.

“Ya Allah, macam mana aku nak tempuh malam ni. Alamak...Mira tak ada pulak. Nak call takut dia dah tidur. Kesian pulak aku kat minah tu.” Ngomel Mia sendiri. Dia masih ingat akan kata-kata Mira siang tadi yang lebih kepada mengusiknya.

“Weyh..kau hati-hati la malam ni. Aku tengok abang gatal kau tu macam tak nak lepaskan kau je. Ni sementara masih ada tetamu. Belum lagi tinggal korang berdua je. Abis la kau.. Hahaha.” Gelak Mira penuh semangat.

“Kau jangan nak mengada-ngada boleh tak? Aku dah cukup rimas dengan semua ni. Kau saja nak tambah lagi ek.” Kata Mia sambil mencubit lengan Mira.

“Auuwww…ganasnya kau ni. Cian laki kau tu. Ok la… aku pun dah cukup penat ni. Aku nak balik dulu. Lagi pun dah lewat la. Good luck for tonight my dear. Bye…” Sempat lagi Mira mengusik sahabatnya itu.

Dia terkejut apabila pintu bilik ditolak dari luar.
~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Wednesday, August 03, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:AhLan WasAhLan:..

..:KePunYaAn EmPaYar:..

nurul ain haji jamli
24 april 1990
kuala kangsar, perak
penulis & blogger
dah jadi PUAN

kLik..kLik..

..:iMpiAn HatI:..

"Ya ALLAH, jaDikAn Aku WaNitA sOLehAh...yaNg bAik dI anTarA yAnG tErbAiK...kUrnIaKan jUgA PenDamPinG yAng BaIk daLam HiDupKu...baGi mEndApaTkAn SesUaTu YaNg TerBaIk dAri-Mu...aMin yA RaBb..."

..:pEcEbuK:..

Nurul Ain Haji Jamly

Create Your Badge

cE kOmE tRy bAce!!

  • ►  2013 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (8)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (6)
  • ►  2012 (78)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ►  October (6)
    • ►  September (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (8)
    • ►  June (12)
    • ►  May (14)
    • ►  April (9)
    • ►  March (1)
    • ►  February (6)
    • ►  January (1)
  • ▼  2011 (79)
    • ►  December (7)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (7)
    • ▼  August (32)
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 29
      • Last Kerja B4 Raya
      • Al-kisah Kasut Raya
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 28
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 27
      • TaHuN ke-3 TanPa...Mu...
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 26
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 25
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 24
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 23
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 22
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 21
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 20
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 19
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 18
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 17
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 16
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 15
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 14
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 13
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 12
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 11
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 10
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 9
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 8
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 7
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 6
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 5
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 4
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 3
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 2
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 1
    • ►  June (7)
    • ►  May (6)

..:FoLLowErS:..

..:i foLLow u:..

  • Blog Cik Nurfarah
    HI 2025
  • Jia creatifelt
    Harry Potter Et Les Reliques De La Mort : 1ère Partie (2010) Watch Full Movie Streaming Online
  • Warong Makcik Senah
    Watch Clifton Hill 2019 Free Online
  • Kisah BudaxXx Montel ^^
    Watch Cardboard Boxer 2016 Free Online
  • Entirely Of Flaws
    Bank Indonesia Memberi Penghargaan Atas Pelaporan Uang Palsu
  • ♥cOraT cOret NusHA ♥
    TRAGEDI OKTOBER : Duit bagi tapi tak cukup!
  • TAMU JAJAKRAF
    NOTICE BOARD
  • ~BabyComel~ Hanya insan Biasa
    Suratan Takdir Gersang Kisah Si Curang
  • I CANT HEAR THE SILENT MELODIES
    Jual Obat Maximoz Peningkat Vitalitas, Stamina Dan Obat Ejakulasi Dini Di Sidoarjo
  • Nurhafizah ❤
    5 Tips Bagaimana Menjaga Fikiran Positif Setiap Hari
  • Wanita Melayu Akhir Zaman
    J-Pace SUV Review 2018
  • SaHaBaT BUKIT BOTAK
    Ninja : Genap 1 Tahun 4 Bulan
  • silenceaneesa ♥
    Langkah Memberi warna Baju Dengan Wantex supaya Sembuh Seperti Baru Lagi
  • Reading is the most relaxing moment. (I'm only eighteen)
    Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion 5
  • BILA KATA HATI MENULIS
    Terus Mencintaimu
  • Wardah Alisya
    8 tahun usia Wardah Alisya
  • Dazzi Lurzzi Official Blog
    Redha 2016 Movie Hack Full
  • ya allah kuatkan hati kami
    Obat herbal murah berkhasiat paling ampuh
  • oLd_sChOoL
    Selangor Juara Piala Malaysia, Kenduri Kahwin Member Lebih Penting
  • [ hujung peNa... papan kekuNci ]
    "Letihlah nak pikir duit..."
  • JoY AnD SoRrOw
    FiRsT eNtRy FoR tHiS yEaR
  • Anas Muallim
    Cuti yang panjang
  • segalanyamungkin
    BAKTI SISWA TERENGGANU (KAMPUNG SEBERANG TAKIR)
  • ! ~ Salam Ukhuwah ~ !
    Giveaway dan Lucky Draw
  • misyaain amna
    TANDA HIDUP TAK BERKAT
  • ^◕‿◕^
    UPDATE NEW STOCK ** MEN'S SHIRTS **
  • The Karl Nyzam™
    Erti Sebuah Kemaafan
  • col0ur ur life
    Tukar Lagi.
  • kami craft
    Pek Kombo Tona~~ Murah Gilaa~~~!!!
  • Abu HurairaH
  • My Life
    Hujung Minggu
  • ~~ ketulusan hati ~~
    Dia kekasih aTi Qu...
  • ♥ CATATAN SEORANG HAMBA ♥
    ♥ KISAH MAYAT MEMBACA SURAH YASSIN DI MEKAH ♥
  • maiza husna
  • PERCUTIAN TERINDAH
    PAKEJ 3HARI 2MALAM DI PANGKOR
  • ! .. ✿Ɖαʏα Ƭнɛ Ƨιϰтн✿ .. !
    Korean Fashion :)
  • Ibnu Sina ATC
    Sekitar Karnival Ekonomi Muslim
  • ~liFeminEswEEtsoUr~
  • Celoteh Deqyah Pegeon~
  • Triple L
  • JuZ a sImPLe guRL DiaRy
  • BerLARI ke LANGIT
  • ♥
  • Muni Izzah
  • ♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫•♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫• ♫•*¨*•.¸¸
  • vip eema..
  • Eimma
  • kedai mu
  • Hafiz Hamidun
  • Seek ONLY for MARDHOTILLAH
  • BLOG ALAN
  • ✿ Missz.Nana.Punyer.Cerita ✿
  • ..sEriKanDi isLaM..
  • *sUkA-suKi DunIakU*
  • hello !!!
Backgrounds & Flower Backgrounds
Powered by Blogger.