“Betul tu Muaz. Perkara ni bukan boleh diambil mudah. Kamu dah fikir masak-masak ke? Tak nak ambil sedikit masa lagi untuk lebih kenal antara satu sama lain?” Soal Encik Saufi penuh kerisauan dengan kenyataan Muaz itu.
“Betul. Setelah saya melihat sendiri Mia, saya yakin dialah yang paling sesuai untuk saya dan mungkin jodoh kami sudah sampai. Lagi pun perkara baik tak perlulah ditangguh-tangguh. Betul tak papa?” Bohong Muaz.
Mia yang masih terkejut dengan kenyataan Muaz tidak mampu untuk berkata-kata. Hatinya tiba-tiba sayu.
‘Siap la kau perempuan. Nak sangat kahwin dengan aku ya. Terimalah akibatnya.
“Uncle lagi suka kalau perkara ini dapat diteruskan secepat mungkin. Mungkin betul juga kata Muaz tu. Aku pun tak sabar nak tengok Mia ni bernikah. Tambah-tambah dengan anak kau. Lagi aku gembira.” Sokong Encik Saufi tanpa ragu-ragu.
“Aku pun setuju saja. Tapi kita perlulah dapatkan persetujuan dari Mia juga. Lagi pun dia yang akan bernikah dengan Muaz.” Pinta Dato` Masyhur.
“Mia, ke mari sayang.” Begitu manja ajakan Encik Saufi. Mia yang masih terpaku terus bergerak ke arah babanya. “Mia setujukan pernikahan ni dicepatkan?” Soal Encik Saufi.
“Mia ikut saja kata baba. Apa yang baik untuk semua baiklah untuk Mia.” Jawab Mia penuh sopan. Dia tiada kuasa lagi mahu memikirkan perkara ini. Cepat atau lambat dia tetap akan dikahwinkan dengan Muaz.
Mia memandang Muaz yang sedang merenungnya. Terkejut Mia apabila Muaz menggenyitkan sebelah matanya pada Mia. Gila la mamat ni. Baba nampak karang baru tahu. Mia terus beredar apabila dirasakan Muaz tidak lepas dari memandangnya.
“Uncle harap Muaz dapat jaga anak uncle yang sorang ni baik-baik ya. Dialah satu-satunya anak uncle. Dia ibarat nyawa uncle. Mungkin kamu dah ditakdirkan untuk berkenalan lebih rapat dengan Mia selepas kahwin. Tapi uncle yakin kamu akan rasa sangat bertuah dapat memiliki Mia. Percayalah.” Encik Saufi begitu yakin Mia akan dapat membahagiakan Muaz satu hari kelak.
“Baiklah uncle. Saya akan menjaga Mia seperti nyawa saya sendiri. Saya memang ingin lebih mengenali Mia. Tapi akan saya lakukan selepas kami berkahwin. Saya cuma mahu dahulukan apa yang penting sekarang.” Ngomel Muaz. ‘Memang aku akan ‘jaga’ kau baik-baik sayang.’ Hati Muaz bersorak gembira.
Semuanya berjalan dengan lancar seperti yang diingininya. Dato` Masyhur dan Encik Saufi saling berpelukan tanda gembira dengan rancangan ini.
Mia terus mencapai telefon bimbitnya untuk menelefon Mira berkongsi rasa yang ada dalam hatinya sekarang. ‘Angkat la Mira. Aku perlukan kau sekarang.’
“Helo sayang, kau nak apa ha?” Usik Mira.
“Mira, tolong aku.” Rayu Mia.
“Eh, kau kenapa ni. Janganlah menangis weyh. Aku lemah la dengar orang menangis ni. Cuba cerita dengan aku apa masalah kau sekarang.” Begitu prihatin Mira terhadap sahabatnya.
“Aku akan bernikah hujung bulan ni. Hujung bulan yang tak sampai dua minggu lagi.” Balas Mia.
“Kau biar betul. Baru empat hari lepas kau cakap bakal bapa mertua kau nak datang rumah kau. Kenal-kenalkan dengan anak dia. Takkan dah nak kahwin kot. Cepat betul perancangan baba kau. Atau pun mereka datang hari tu terus tunangkan korang?” Soal Mira inginkan kepastian. Dia pun tidak menyangka sahabatnya itu akan berkahwin secepat itu.
“Pada mulanya memang la macam tu. Tapi dalam duk kenal-kenal tu boleh pulak si mamat gatal tu keluarkan idea yang tak berapa bernas ni.” Jelas Mia.
“Mamat gatal? Ni mesti gelaran untuk bakal suami kau tu kan? Mana kau tahu dia gatal? Dia ada menggatal dengan kau ya?” Usik Mira.
“Dah tu takkan dia menggatal dengan baba aku kot. Itu semua tak penting. Yang penting aku rasa takut sangat nak tempuh semua ni. Macam mana ni Mira. Bantulah aku.” Rayu Mia sambil menangis.
Setelah mendengar nasihat dari Mira, Mia mendapat satu kekuatan untuk menempuhi semua ini. ‘Betul juga kata Mira. Aku sudah mendapat petunjuk dariNya. Aku yakin semua ini ada hikmahnya.’ Ngomel Mia sendiri.
***
“Baba, Mia balik lepas asar ni ya.” Mia memberitahu baba tentang kepulangangnya ke Kuala Lumpur petang ini ketika mereka sedang bersarapan bersama.
“Kenapa lepas asar. Tak lewat sangat ke? Nanti tiba sana dah malam. Mia sorang-sorang pulak tu.” Jelas terpancar kerisauan Encik Saufi.
“Ala, Mia nak lepas rindu dengan baba dulu. Tak boleh ke? Kalau tak boleh tak apa la. Mia balik lepas breakfast ni.” Rajuk Mia.
“Eh, nak jadi isteri orang pun pandai merajuk lagi ya? Baba bergurau je la. Baba cuma risaukan puteri baba yang sorang ni.” Pujuk baba.
“Ok, tak jadi merajuk.” Balas Mia. Mereka saling ketawa.
“Mia, Mia betul-betul setuju ke dengan pernikahan ni nanti. Mia buat bukan kerana terpaksakan?” Soal baba apabila melihat Mia tidak bertanya langsung mengenai hari pernikahannya nanti.
“Baba, macam yang Mia cakap sebelum ni, Mia terima dengan redha. Mia tahu baba lebih tahu apa yang diinginkan oleh Mia kan. Cuma Mia nak majlis ni nanti sederhana saja. Kita buat apa yang wajib dulu. Lagi pun dua minggu tu tak lama. Apa sangatlah yang dapat kita sediakan untuk hari tu nanti. Yang penting Mia nak baba di sisi Mia masa Mia bernikah nanti. Bukan sekadar wali Mia tapi teman Mia ya?” Pinta Mia penuh harapan. Kerana dengan adanya baba di sisi, Mia akan bertambah kuat.
“Baik sayang. Mia kan nyawa baba. Terima kasih Mia sebab Mia jadi anak yang taat pada orang tuanya. Baba doakan Mia akan terus bahagia dengan kehidupan Mia selepas ini.” Itulah harapan Encik Saufi pada Mia.
Terasa sungguh bertuah mempunyai anak seperti Mia. Seorang anak yang mendengar kata. Teringat Encik Saufi akan arwah isterinya, Puan Solehah. Indah seperti namanya. Wajah Mia seiras wajah arwah isteri kesayangannya itu. ‘Abang rindu Solehah.’ Sayu bertandang di hati tuanya.
***
“Hai bakal pengantin. Amboi…berseri-seri muka kau ek.” Tegur Mira apabila menemani Mia seperti yang dijanjikan mereka. Hari ini Mia meminta Mira menemaninya mencari sedikit keperluan untuk majlisnya nanti. Walaupun majlisnya sederhana Mia tetap juga diminta oleh baba menyediakan apa yang patut.
Ikutkan hati tidak ada apa yang perlu dibelinya. Semua sudah disediakan oleh keluarga Muaz. “Pandai la kau nak mengusik aku. Ke kau perli aku. Kau seronok ek tengok kawan kau ni dah nak kahwin? Lepas ni tak ada la aku kacau kau dah kan?” Mia sedikit terasa hati dengan kata-kata Mira itu. Di dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu.
“Eh, kau jangan la salah sangka pulak. Aku tak nafikan yang aku tumpang gembira atas perkahwinan kau ni. Tapi dalam masa yang sama aku sedih sangat tau sebab lepas ni kau dah tak berkepit dengan aku. Tapi dengan abang gatal kau tu.” Gurau Mira cuba melindungi kesedihannya.
“Aku lagi sedih.” Mia terus memeluk sahabatnya itu. “Weyh kau jangan cari pasal. Nampak dek abang gatal kau tu karang terus dia cancel nak ambil kau jadi bini dia.” Ugut Mira.
“Aku tak kisah. Kau kan ada.” Gurau Mia. ‘Kaulah sahabat aku Mira’. Bisik Mia di dalam hati.
“Nanti kau dah jadi bini orang kau jangan lupa aku ya. Kalau kau gaduh dengan dia kau lari jer rumah aku.” Cadang Mira.
“Kau ni aku belum lagi kahwin kau dah doakan yang bukan-bukan. Bukannya nak doakan kebahagiaan aku ke.” Marah Mia.
“Ala..aku gurau jela. Dah tentu la itu doa aku. Sentiasa tau.”
“Thanks Mira. sayang kau. Kau jangan tak datang pulak majlis aku nanti. Kalau kau tak datang jadi pengapit aku, aku cancel kahwin tau.” Ugut Mia.
“Eleh..depan aku boleh la cakap macam tu. Cuba depan abang gatal kau tu. Tak beranikan? InsyaAllah, aku akan hadir melihat sendiri saat-saat sahabat aku ni bergelar isteri orang.” Sayu nada suara Mira.
“Eh, kau tak pernah dating dengan cik abang kau tu ke? Aku tak pernah pun tengok dia call kau atau kau call dia.” Tanya Mira inginkan kepastian.
“Ntah..aku tak ada hatilah nak buat semua tu. Dia pun tak pernah call aku. So, fair lah.” Mia membela dirinya sendiri.
“Lagi pun semua yang berkaitan dengan majlis ni baba dan uncle Masyhur yang aturkan. Aku cuma ikut rentak jer.” Tambah Mia lagi.
“Pelik-pelik…” Balas Mira pendek.
***
“Betul ke dia nak majlis yang sederhana je papa? Takkan dia tak nak tunjuk dekat kawan-kawan dia yang dia dapat kahwin dengan anak orang kaya.” Perli Muaz.
“Ish, tak baik kamu cakap macam tu. Mia tu budak baik. Papa suka sangat dengan dia. Lagi pun kakak dengan adik Muaz pun dah suka sangat dengan Mia tu.” Bela Dato` Masyhur akan bakal menantunya. Myra Hasni kakak Muaz dan Maisara Hani adik bongsu Muaz.
‘Baiklah sangat. Ingat aku tak tahu tujuan dia kahwin dengan aku. Sama sahaja dengan perempuan-perempuan dekat luar sana.’ Marah Muaz sendiri.
Selepas berjumpa dengan Mia tempoh hari Muaz tidak pernah ambil tahu lagi soal Mia. Segala-gala yang berkaitan dengan majlisnya nanti diuruskan oleh papa dan adik-beradiknya sahaja. Walaupun Dato` Masyhur sudah beberapa kali menyuruh Muaz menelefon Mia bertanyakan khabar, tetap tidak dihiraukan olehnya. Alasan yang diberi adalah malu. Bohong Muaz. ‘Tak kuasa aku nak ambil tahu.’ Protes Muaz. Tetapi tidak dinafikan dia juga turut berdebar menanti tibanya hari pernikahan itu nanti.
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi:
Post a Comment