“Macam mana pagi ni? Ok dah ke?” soal Mira setelah melihat Muaz keluar dari bilik air.
“Ok la. Pening kepala dah kurang sikit. Cuma badan rasa tak sedap sangat.” Adu Muaz.
“Meh saya rasa.” Diletakkan telapak tangannya ke dahi Muaz.
“A’ah la. Panas lagi. Kita pergi klinik dulu la sebelum pergi rumah Mira ya?” cadang Mia.
“Tak payah la. Kesian dekat Mira. Dari semalam lagi tunggu sayang. Maafkan abang ek?” dicapai tangan si isterinya. Gara-gara dia diserang demam, Mia masih belum berkesempatan untuk menjenguk ke rumah Mira.
“Eh, tak apa la. Jangan la cakap macam tu. Sakit ni rahmat dari Tuhan tau. Bukan kita yang minta sakit ni. Mira faham la keadaan kita. Saya dah call dia banyak kali dah semalam. Awak pergi pakai baju tu. Saya dah siap iron. Saya nak mandi sekejap ya?” pinta Mia.
“Thanks sayang.” Dihadiahkan sebuah ciuman ke dahi Mia sebagai tanda terima kasihnya.
***
“Betul ke awak ok ni?” tanya Mia lagi ketika mereka dalam perjalanan ke rumah Mira.
“Betul la sayang. Abang ok lagi. Jangan la risau sangat.” Tersenyum Muaz memandang isterinya di sebelah. Risau benar nampak gayanya. Padanya, dia masih berupaya untuk memandu.
“Betul awak tak nak pergi klinik dulu?”
“Betul Puan Nur Mia. Nanti kalau tak baik jugak, balik karang kita singgah klinik ok? Puas hati?”
“Puas sikit je.” Jawab Mia selamba.
“Sayang…sayang sengaja pilih baju sama dengan abang ek?” sebenarnya dari pagi tadi lagi Muaz mahu bertanyakan hal ini. Tetapi dia hampir terlupa pula.
“Eh, mana ada. Kebetulan je.” Mia cuba mengelak. Bukan niat asalnya mahu berpakaian sedondon tetapi alang-alang sudah ada warna yang serupa apa salahnya. Yang Muaz ni pula sengaja mahu bertanya. Buat-buat tidak tahu sudahlah. Malunya!! Rasa mahu menyorok di dalam bonet kereta.
“Yeke ni? Tapi tak apa. Abang suka sangat. Nampak kita macam loving couple kan?” dicuit pipi si isteri.
“Tak nak dengar! Tak nak dengar!” Mia menekup kedua-dua telinganya. Sehari tidak mengenakan dirinya tidak sah. Merah padam muka Mia. Hanya tawa Muaz yang kedengaran selepas itu.
***
“Saya masuk dalam dulu tau? Kalau awak rasa tak selesa awak beritahu saya ek?” macam-macam yang dipesan Mia sebelum dia melangkah ke dalam rumah Mira. Tetamu sudah ramai yang datang. Dia cuma bimbang jika Muaz tidak selesa dengan keadaan yang riuh seperti ini.
Muaz pula di luar bersama dengan bapa Mira dah adik-beradik Mira yang lain. Segan pula mahu berkepit dengan Mia sahaja. Walaupun dia berasa tidak selesa dengan kesihatannya, dilupakan seketika semua itu. Dia mahu menjaga hati keluarga Mira. Jika terus melayan sakit jawabnya tidak dapat ke manalah dia.
“Muaz mana?” soal Mira sebaik sahaja Mia duduk di sebelahnya.
“Ada dekat luar tu. Tadi menyembang dengan ayah kau.” Cantik sungguh sahabatnya itu. Sesuai sekali dengan warna yang dipilih.
“Dah sihat ke dia?”
“Ermm…belum. Demam jugak lagi tu. Aku ajak pergi klinik dulu tak nak. Dia cakap balik karang baru nak pergi.”
“Eh, korang balik KL hari ni jugak ke?”
“Tak kot. Esok mungkin. Lagi pun penat dia drive semalam pun tak habis lagi. Aku nak tolong drive jangan harap dia nak bagi.” Adu Mia pula.
“Ala, dia sayang sangat dekat kau la tu. Tak nak kau susah.” Ujar Mira.
“Tapi aku ni kesian dekat dia tau tak?” Mia cuba membela dirinya. Apa salahnya mahu menolong Muaz.
“Eh, sejak bila kau pandai kesian-kesian ni?” perli Mira.
“Dah, kau jangan nak mula. Aku cancelkan majlis kau ni karang.” Ugut Mia.
“Eleh, sikit-sikit nak marah. Lari cik abang kau karang baru tahu.” Berbalas-balaslah mereka.
***
“Makcik pakcik, kami balik dulu ya?” pinta Muaz ketika majlis Mira sudah selesai. Mia yang di sebelahnya masih rancak berbual dengan Mira. Dari tadi lagi mereka duduk membelek cincin tunang Mira.
“Weh, laki kau dah ajak balik tu.” Tegur Mira apabila Mia langsung tidak menunjukkan gaya untuk pulang. Biasalah dia apabila dapat berjumpa dengan Mira. Semua perkara dilupakan.
“Eh, tak perasan pulak aku. Nanti kita sembang lagi ek?”
“Makcik pakcik, saya minta diri dulu ek? Maaf sangat sebab tak dapat nak lama-lama. Nanti masa nikah Mira saya tidur sini ya?” dijeling Muaz di sebelah.
“Tak apa la. Kami faham. Kamu berdua dah datang hari ni pun makcik suka sangat dah. Lagi pun bertunang je.” Balas emak Mira lembut.
“Nanti nikah Mira datang berkampung di sini.” Ayah Mira pula menepuk lembut bahu Muaz.
“InsyaAllah pakcik. Ada rezeki apa salahnya.” Dijeling isterinya pula. Mia hanya mengangkat kening sahaja. Semuanya nanti di tangan Muaz. Apa sahaja yang Muaz katakan dia kena ikut. Tambahan pula suaminya itu memang sudah menjadi seorang yang tegas. Sejak bila dia sendiri tidak pasti.
“Kami balik dulu. Assalamualaikum.” Sempat Mia melambaikan tangan buat sahabatnya dan seluruh keluarga besar Mira. Pasti Mira sedang diselubungi kegembiraan yang amat sangat. Tidak lama lagi mereka berdua sudah berada dalam kelompok yang sama. Isteri orang!
“Kita pergi klinik.” Ujar Mia. Dia tetap mahu Muaz ke klinik.
“Ala, abang dah ok sikit la. Karang sihat la ni.”
“Tak nak. Pergi jugak. Bukannya susah pun. Awak tak ada duit ek? Tak apa. Pinjam duit saya dulu ya?” selamba sahaja Mia berkata begitu. Sebenarnya dia sengaja mahu mengenakan Muaz. Mahu ke klinik pun susah sangat. Sah-sah Muaz dalam spesis orang yang takut dengan ubat.
“A’ah. Tak ada duit. Meh nak pinjam sikit.” Jeling Muaz pada Mia.
“Ok, guna duit saya. Tak payah pinjam la. Saya sedekahkan aje.” Tersenyum Muaz dengan ayat itu. Nakal sekali bunyinya.
Tidak mahu terus mendengar Mia membebel, akhirnya mereka singgah juga di sebuah klinik di pekan Taiping. Puas hati Mia.
“Abang nak tidur sekejap ya? Ngantuk pulak lepas makan ubat tadi.” Pinta Muaz sebaik sahaja selesai menunaikan solat asar. Biarlah dia tidur sebentar sementara menunggu waktu maghrib pula.
“Ok, dah nak maghrib karang saya kejutkan.” Sebenarnya Muaz ada bertanya kepada Mia sama ada teringin mahu singgah atau berjalan-jalan di mana-mana dahulu sebelum mereka pulang ke hotel semula.
Ikutkan keinginannya memang dia mahu mengajak Muaz singgah di pekan Taiping atau Taman Tasik. Tetapi apabila memikirkan bahawa Muaz masih belum sihat sepenuhnya dilupakan hasratnya itu. Kesihatan Muaz adalah lebih penting. Biarlah dia berehat di hotel secukupnya.
***
“Sayang, kita nak makan di mana malam ni?” soal Muaz sebaik sahaja selesai mandi sebelum menunaikan solat maghrib. Syukur alhamdulillah selepas bangun dari tidur tadi dia merasakan demamnya semakin pulih. Kepalanya juga sudah tidak sakit seperti semalam.
“Awak larat ke nak keluar? Kalau tak larat kita order jela.” Mia juga perasan bahawa Muaz sudah kembali bertenaga. Tiada lagi wajah pucatnya.
“Abang dah sihat la. Kita makan dekat luar la. Sayang pergi ambil air sembahyang. Kita solat jemaah. Lepas tu baru kita keluar.” Dia tidak mahu asyik terperap sahaja di dalam bilik ini. Makin bertambah sakit dibuatnya nanti. Apa salahnya peluang yang ada ini digunakan sebaik mungkin untuk berjalan-jalan menenangkan jiwa.
“Ok.”
***
“Sedapkan masakan dia? Murah pulak tu.” Puji Muaz akan masakan yang terhidang sebentar tadi. Mia yang mencadangkan agar mereka berkunjung ke situ. Enak katanya. Pengunjung juga memang ramai sekali.
“Tengok orang la.” bangga Mia. Memang tidak dinafikan keenakan makanan-makanan di situ. Mira pernah membawanya sekali. Tidak sangka pula masakannya masih enak seperti dahulu.
“Perasan.” Dicubit pipi mulus itu.
“Tengok tu. Sikit-sikit nak cubit. Mentang-mentang dah sihat.” Marah Mia. Ada sahaja peluang pasti pipinya menjadi mangsa.
“Ololo…sakit ke yang. Meh abang tambah perisa.” Dia sudah mahu mencubit sekali lagi. Tetapi Mia sudah berjalan pantas ke hadapan meninggalkan Muaz di belakang. Muaz hanya ketawa sahaja melihat kerenah Mia. Sayang kamu wahai isteri! Sayang sekali!
“Kita nak pergi mana ni sayang?”
“Balik jela. Saya letih la. Esok sebelum balik KL kita jalan-jalan kat sini ek?” dia benar-benar keletihan.
“Ok. Abang ikut je.”
Walaupun seketika sahaja mereka di rumah Mira tadi, Mia tetap tidak melepaskan peluang yang ada untuk membantu apa sahaja kerja yang ada. Masih segar di ingatannya ketika mana majlis pernikahan dia dan Muaz dahulu Mira bertungkus-lumus membantu.
***
“Waalaikumsalam papa. A’ah, kami ada dekat Taiping. Siang tadi Mira bertunang. Esok baru balik.”
“Oo…bila kamu nak balik ke sini? Aisyah dah rindu sangat dengan mak ngah dan pak ngahnya.” Ujar Dato’ Masyhur.
“Eleh, Aisyah yang rindu ke papa yang rindu ni? Tak nak mengaku la tu.” Usik Muaz. Mereka adik-beradik memang suka sangat bergurau dengan papanya itu. Walaupun keluarga mereka tidaklah sebesar mana, kemeriahan tetap menjengah dalam keluarga itu.
“Yela, papa ni je yang rindu dekat anak menantu papa. Kamu semua tak rindukan papa pun.” Walaupun kedudukan Dato’ Masyhur tinggi di kalangan sahabat-sahabatnya, dia tetap seorang ayah biasa di mata anak-anaknya.
“Papa tu mula la buat ayat sedih ek? Eh, bukan minggu lepas kami dah pergi rumah papa ke?” dia masih ingat pada seminggu yang lalu mereka berdua seharian duduk di sana. Menghabiskan hujung minggu bersama seisi rumah itu.
“Ala, itu sekejap sangat. Bukan korang tidur sini pun. Kali ni datang mesti tidur sini pulak.” Pesan Dato’ Masyhur. Bukan selalu mereka dapat peluang berkumpul bersama-sama.
“Baik papa. Kalau tak ada apa-apa hal hujung minggu akan datang kami pergi melepak di sana.” Gelak sendiri Muaz dengan ayatnya itu.
“Ok la. Kirim salam papa pada Mia ya. Assalamualaikum.”
Selepas menjawab salam, Muaz menamatkan panggilan.
“Papa ke?” tanya Mia yang dari tadi asyik membaca majalah yang dibawanya bersama. Walaupun badan terasa penat tetapi mata tidak pula mahu tidur.
“Tak la. Girlfriend abang yang call.” Mulalah Muaz mahu menaikkan darah Mia tu.
“Oo…yeke. Ala, kenapa tak beritahu awal-awal. Kalau tak boleh berkirim salam sayang dengan dia.” Perli habis Mia. Padan muka Muaz. Dia ingat aku hairan sangat dengan gurauan dia tu.
“Pandai ek?” Muaz sudah bangun dari sofa mahu menuju ke arah Mia yang sedak enak meniarap di atas katil.
“Awak jangan dekat. Saya fire karang.” Mia sudah mahu melarikan diri dari Muaz. Dia tahu pipinya bakal menjadi mangsa Muaz lagi.
“Apa abang peduli. Meh sini nak tarik pipi tu. Sesedap jawapan je ek?” Muaz berusaha untuk mendapatkan Mia.
“Eh, awak yang mulakan dulu. Pergi la main jauh-jauh. Saya nak membaca ni.” Mia sudah takut dengan kelakuan Muaz. Dia di sebelah sini, Muaz di sebelah sana katil.
“Tak nak.” Muaz memanjat katil mahu menggapai tubuh wanita itu. Mia sempat melarikan diri ke hadapan tv pula.
“Jangan la Encik Muaz. Saya jerit karang.” Mereka sudah berkejar-kejaran di dalam bilik itu. Mulalah bersepah bilik di situ dan di sana.
“Oo…baling bantal dekat abang ek? Memang nak kena la ni.” Muaz mengambil bantal yang dibaling oleh Mia itu semula. Dia pula ingin membalas.
“Nanti awak sakit balik padan muka.” Sengaja Mia mahu menakut-nakutkan Muaz.
“Apa pulak. Sayangkan ada.” Dia ingat dia boleh umpan aku dengan kata-kata dia. Tidak Mia sayang!!!
“Saya dah letih la awak. Sudah la tu. Ok…ok…saya mengaku kalah. Ok, stop ek?” dia sudah tidak larat mahu berkejar-kejaran di dalam bilik ini.
“Tak nak. Abang nak cubit pipi tu dulu. Baru abang nak stop.” Muaz masih tidak mahu mengalah. Mentang-mentang sudah baik dari demam. Lincah sekali gayanya.
“Ee…spesis apa la awak ni suka cubit-cubit pipi orang. Sakit tau tak.” Mia masih berjaga-jaga dengan Muaz. Bimbang lelaki itu dapat menangkap dirinya.
“Tak kira. Abang nak jugak.”
“Ee…nah la nak cubit sangat. Cubit sampai puas.” Kali ini Mia yang menyerahkan dirinya pada Muaz.
Sebaik sahaja Mia sampai di hadapan Muaz, terus dicempung tubuh itu ke atas katil.
“Hey, apa ni.” Dipukul-pukul belakang tubuh Muaz.
Lalu Muaz meletakkan tubuh kecil itu di atas katil. Ditindih tubuh itu dengan tubuhnya.
“Awak ni kenapa? Dah…dah…saya nak tidur ni.” Mia bimbang perkara yang lebih parah akan berlaku. Ketika Muaz sedang sakit Mia tidak risau sangat dengan kelakuan lelaki itu. Tetapi apabila menyedari Muaz sudah sihat, Mia tiba-tiba merasa seram sejuk.
“Sayang, abang nak ucapkan terima kasih sebab jaga abang masa abang sakit.” Begitu ikhlas sekali ucapan itu. Didekatkan wajahnya pada wajah itu. Terasa begitu hampir hembusan nafas Mia di wajahnya.
“Err…ok…ok. Saya terima ucapan awak tu. Sekarang awak boleh bangun.” Berkedip laju mata Mia memandang wajah Muaz. Ya Allah, bantulah hambaMu ini.
“Sayang…abang sayang sangat dekat Mia. Abang cintakan sayang…” romantik sekali suara itu kedengaran. Kini, benar-benar di cuping telinganya.
Jantung Mia bertambah laju denyutannya. Dia terasa bibir Muaz sudah mengucup telinganya. Dia tidak berupaya untuk menolak tubuh itu kerana Muaz sudah menindih keseluruhan tubuh Mia.
“Awak, kenapa ni? Lepaskan saya. Awak mengigau ke?” ditolak-tolak dada bidang Muaz. Sesak nafasnya kalau terus begini.
Hampir menjerit Mia apabila bibir itu sudah mula merayap di lehernya. Muaz benar-benar sudah tidak keruan. Keinginannya untuk menggauli Mia tidak dapat ditahan lagi.
“Awak, jangan buat saya macam ni. Please…” Mia sudah mahu menangis. Mengapa Muaz bertindak seberani ini.
“Abang sayang Mia. Abang nak sayang…” nafas Muaz sudah tidak teratur bunyinya. Kini bibir Mia pula menjadi mangsa Muaz. Dikucup seluruh wajah Mia. Rakus sekali.
“Awak, tolong la…saya tak nak semua ini.” Rayu Mia dalam tangisan. Dia benar-benar tidak bersedia untuk ini.
Tangan Muaz mula merayap keseluruh tubuh wanita itu. Tidak dilayan rayuan Mia kini. Hanya Mia yang menjadi keinginannya.
Apabila tangan Muaz mahu membuka pakaian Mia, Mia menolak kasar tubuh itu sehingga Muaz tertolak ke tepi.
“Kenapa dengan awak ni? Ikutkan nafsu sangat. Awak dah gila ke haa?” jerit Mia bersama tangisan yang makin deras.
Muaz menekup mukanya. Keinginannya ditolak mentah-mentah oleh Mia.
“Sampai bila sayang nak nafikan hak abang sebagai suami haa? Sayang kata abang ikutkan nafsu? Kalau abang layankan nafsu abang ni dah lama abang rogol sayang. Kalau tak pun dah lama abang langgan pelacur dekat luar sana.” Muaz pula sudah meninggikan suara. Tegang sekali wajahnya kini. Mia terkejut dengan tengkingan itu.
Sampai hati Mia menuduhnya begitu. Dia lelaki biasa. Lelaki yang dikurniakan nafsu. Tambahan pula sudah lama dia bergelar suami kepada Mia. tetapi di mana haknya selama ini yang cuba dinafikan oleh Mia. Sampai bila Mia mahu mencabar kelakiannya.
“Abang dah cukup lama bersabar. Sayang tahu tak apa hukum menolak keinginan suami? Ada abang berkasar dengan sayang? Ada abang paksa sayang? Hey, kalau abang nak paksa dah lama abang paksa tau. Hari-hari abang suruh Mia layan abang. Tapi ada ke abang buat macam tu?” berbagai soalan disemburkan kepada Mia. Muaz sudah turun dari katil itu. Kini tahap kesabarannya benar-benar dipermainkan oleh Mia.
Mia pula sudah teresak-esak sambil memeluk lututnya.
“Sayang ni ego tahu tak? Abang tahu abang silap suatu masa dulu. Tapi abang belajar dari kesilapan. Sayang cakap sayang dah maafkan abang. Tapi sayang tak pernah layan abang sebagaimana sepatutnya. Abang dah minta maaf banyak kali. Tapi sayang buat benda tu macam tak penting je.
Abang bersabar dah terlalu lama tau. Sayang nak main tarik tali dengan abang sampai bila? Sampai nyawa abang hilang kat dunia ni? Apa sahaja yang abang buat semua tak betul di mata Mia. Abang ni siapa sebenarnya pada Mia? Hiasan ke?” dilepaskan semua yang disimpannya selama ini. Dia tidak mahu berselindung lagi.
Haknya sebagai suami langsung tidak pernah difikirkan oleh Mia. Pentingkan diri sahaja.
“Jawab la apa yang abang tanya ni. Selalu tu suka sangat menjawab. Keluarkan apa yang sayang sembunyikan selama ni. Cerita dekat abang apa lagi salah abang kali ni.” Masih tegang suara itu. Biar Mia tahu bahawa dia juga punya perasaan.
Mia masih seperti tadi. Menangis dan menangis. Tambahan pula dimarahi Muaz sebegitu rupa.
“Yer, saya tahu awak dah minta maaf. Saya ikhlas maafkan awak. Tapi…” Mia tidak sanggup meneruskan kata-kata. Sedih benar rasanya. Kini, dosanya sebagai isteri lebih jelas terpampang.
“Tapi apa? cakap la. Sayang ingat abang patung ek selama ni?”
“Tak…saya tak pernah fikir macam tu…”
“Dah tu? Abang minta Mia panggil abang dengan panggilan lebih mesra pun Mia tak dapat lakukan. Dulu sayang cakap sayang akan cuba. Berapa puluh tahun sayang perlukan masa untuk mencuba? Abang bukan nak ungkit apa-apa, tetapi keinginan sayang semua abang turutkan. Abang korbankan perasaan abang sebagai seorang suami yang perlukan belaian dan perhatian dari seorang isteri.
Tapi apa yang abang dapat? Semua yang sayang buat untuk abang selama ni nak kena dipaksa-paksa dulu. Sampai bila sayang nak layan abang macam ni? Masih tak percaya dengan abang? Kalau abang ni tak sayangkan Mia dah lama abang cari perempuan lain tau. Perempuan yang sanggup layan zahir dan batin abang. Tapi siapa yang abang tunggu selama ni?” bukan keinginannya untuk bersama Mia yang menjadi topik utama. Dia cuma mahukan sedikit pengertian dari insan bernama Nur Mia. Muaz membawa dirinya ke tepi tingkap. Dia mahu menenangkan sedikit jiwanya yang mula memberontak.
“Maafkan saya…” hanya itu yang mampu diucapkan oleh Mia. Dia mengaku dia terlalu ego selama ini. Dia hanya pentingkan dirinya sahaja.
“Dah la sayang. Kalau mulut je yang minta maaf tapi hati tu tak mahu terima kenyataan payah jugak. Sekarang terpulang la dekat sayang. Abang malas nak paksa-paksa dah. Abang dah letih tahu tak.” Muaz mahu keluar dari bilik itu. Dia mahu menjauhkan dirinya sebentar dari Mia. Dia tidak mahu perkara yang lebih teruk berlaku pada mereka.
“Mia minta maaf abang.” Mia segera turun dari katil itu untuk mendapatkan Muaz. Dicapai tangan suaminya. Dia mahu memohon ampun terhadap Muaz. Kini, dia benar-benar mahu menjadi isteri Muaz yang sebenar-benarnya.
Terhenti pergerakan Muaz sebentar dek kerana Mia menghalang. “Sudah la. Abang nak tenangkan fikiran sekejap.” Ditarik tangan Mia yang kejap menggenggam jari-jemarinya.
“Abang, Mia minta ampun. Mia janji Mia takkan bersikap macam ni lagi.” Dia cuba menahan suaminya itu dari terus beredar. Dipeluk erat belakang tubuh Muaz.
Muaz tetap juga mahu keluar. “Sayang pergi tidur dulu. Nanti abang balik.” Tanpa menoleh ke belakang lagi, Muaz melangkah pergi. Dia mahu memujuk hatinya yang kecewa ini.
“Abang…jangan tinggalkan Mia…” malangnya rayuan itu tidak dihiraukan oleh Muaz.
Terduduk Mia dibuatnya. Meraung sekuat mana pun Muaz sudah tidak dapat mendengar rintihannya. Ya, sampai bila dia mahu melayan Muaz seperti ini. Lelaki itu juga punya perasaan ingin disayangi. Tapi apa yang aku berikan padanya? Hanya kesengsaraan.
Ya Tuhan, Kau ampunilah dosa-dosaku sebagai seorang isteri yang tidak patuh pada suaminya.
Kini, dia harus membetulkan segala yang salah. Dia harus membuang egonya jauh-jauh agar tiada lagi hati yang terseksa dan merana. Cukuplah kehidupan yang dialaminya selama ini. Punya suami tetapi tidak dapat menjalankan tanggungjawab yang sebenar-benarnya. Kasihan Muaz. Terseksa zahir dan batinnya.
Malam itu Mia bertekad mahu menunggu sehingga Muaz pulang ke bilik penginapan mereka. Biarlah Muaz menenangkan sedikit jiwanya yang kesedihan. Ini semua berpunca dari sikap dia. Biarlah dia yang bertanggungjawab di atas segalanya.
“Mia akan tunggu abang balik…” masih ada sisa-sisa tangisan bersama kata-kata itu.
***
Hampir dua pagi baru Muaz pulang ke hotel. Dia bukan ke mana pun. Berkeliaran di sekitar hotel. Tenang sahaja dapat menghirup udara segar.
Fikirnya Mia sudah tidur tetapi wanita itu masih menonton televisyen. Sebaik sahaja dia membuka pintu bilik, Mia pantas memandang ke arahnya. Muaz buat-buat memandang ke lain. Hatinya masih sakit. Bukan membenci tetapi dia perlukan ruang untuk dirinya.
“Abang dah balik? Lewatnya.” Dia bangun menghampiri Muaz. Muaz pula berlalu pantas ke arah katil. Dicapainya sebiji bantal dan berlalu ke sofa yang sudah tersedia di hadapan tv. Diletakkan bantal di situ.
Sekarang fahamlah Mia bahawa Muaz mahu tidur di situ.
“Kenapa abang nak tidur dekat sini? Jom la tidur atas katil.” Ajak Mia lalu menghampiri Muaz.
Muaz masih enggan berbicara dengannya. Memandang seraut wajahnya pun Muaz tidak sudi.
“Pergi la tidur. Esok kita nak keluar awal.” Kata Muaz lalu memalingkan wajahnya ke belakang. Apa sahaja yang cuba dikatakan oleh Mia tidak memberi apa-apa makna pada dirinya.
“Abang, Mia minta maaf. Mia dah sedar semua ni salah Mia.” Menangis lagi wanita itu. Tidak dapat ditahan-tahan air matanya.
“Sudah la. Pergi la tidur. Dah lewat sangat ni.” Sedikit tinggi suara Muaz kali ini. Dia bukanlah mengantuk sangat tetapi apabila memikirkan tiada sebarang aktiviti yang dapat dilakukan dalam bilik ini, tidur sahajalah alasannya.
“Mia tak nak tidur kalau abang tak nak tidur atas katil tu sekali.” Ugut Mia. Dia benar-benar maksudkan begitu.
“Ish…” keluh Muaz. Lalu dia bangun dari pembaringannya dan menuju ke atas katil. Tidak dihirau langsung Mia yang masih duduk bersimpuh di atas permaidani bilik itu.
Dia mengambil tempat tidur yang semalam. Lalu terus sahaja di tutupkan lampu tidur di sebelahnya.
‘Ermm…aku kena kuat sekarang ni. Aku akan usaha untuk berbaik dengan Muaz. Sekarang giliran aku pulak untuk jadi berani.’ Itu tekad Mia. Dia mahu berbaik dengan Muaz. Jika masing-masing terus bersikap begini sampai bila pun kisah mereka tidak akan habis.
Dengan berani Mia turut memanjat katil itu. Dia mengambil tempat di sebelah Muaz.
“Abang dah tidur ke?” tanya Mia. Dia tahu Muaz belum tidur. Tetapi sengaja mahu mengelak darinya.Dijengukkan wajahnya ke wajah Muaz yang tidur membelakangkannya.
“Abang maafkan Mia tak?” soal Mia tanpa jemu.
“Jangan bising boleh tak?” balas Muaz pula. Marah bunyinya.
“Mia nak tidur peluk abang boleh tak?” sudah tidak difikirkan soal malu lagi sekarang.
“Merepek apa ni?” direnung tajam ke arah isterinya itu. Takkan cepat sangat berubah si Mia ni.
“Mana ada merepek. Mia nak peluk abang macam semalam boleh?” tanya Mia lagi. Dia mahu terus mengganggu Muaz.
“Dah la. Tidur!” arah Muaz. Pantas dia memejamkan matanya dan kembali ke posisi asal.
Belum sempat berkata apa, Mia sudah melingkarkan tangannya di pinggang Muaz. Dipeluk erat tubuh itu. Kini, antara mereka langsung tiada tembok pemisah.
“Hey, kenapa ni?” Muaz cuba melepaskan pelukan Mia itu. Bukan Mia tidak faham bahawa dirinya masih dalam keadaan marah.
“Tak nak. Abang malu ek?” tiba-tiba Mia berasa ingin mengusik suaminya.
“Ish…” keluh Muaz lagi. Tidak dihiraukan lagi usikan Mia. Dia mahu tidur. Sudah terlalu lewat rasanya.
Apabila mendapati Muaz sudah mula mengantuk, Mia mengemaskan lagi pelukannya di tubuh Muaz. Tersenyum sendirian dia di belakang tubuh Muaz.
Terasa mahu terus mengusik si suami, Mia mengangkat semula wajahnya. Dihadiahkan sebuah ciuman di pipi kiri Muaz.
“Apa ni? Tak payah peluk la kalau macam ni.” Marah Muaz lagi. Mengapa Mia sudah menjadi seperti ini sekarang. Pelik Muaz. Berani sangat gayanya. Aku terkam karang baru tahu.
“Ala, Mia kiss suami Mia sendiri. Bukan orang lain.” Mia menggenyitkan matanya kepada Muaz.
“Oo…kalau abang buat tahu pulak marah.” Protes Muaz. Dijelingnya Mia.
“Eh, sapa marah? Kiss la. Kiss la dekat mana yang abang nak.” Disuakan mukanya ke arah Muaz. Ya, dia rela. Dia rela andai malam ini Muaz mahukan haknya sebagai suami.
“Malas nak layan.” Terus sahaja Muaz menutup wajahnya dengan selimut. Ketika hatinya berkobar-kobar mahukan semua itu, Mia melarang. Sekarang, beria-ia pula mempelawa. Geram betul Muaz.
Tersenyum Mia melihat gelagat Muaz. Mahu tapi malu. Hehehe…
Dia tidak pedulikan kemarahan Muaz. Dia kembali memeluk erat tubuh si suami. Muaz sudah tidak terkata apa. Dibiarkan sahaja perlakuan isterinya itu.
Malam itu, sekali lagi Muaz tidur dalam pelukan sang isteri. Tetapi keadaannya sudah berbeza. Bukan Muaz yang meminta tetapi Mia yang rela.
sabar eh Mia..
ReplyDeleteble nak sambung nie ?? =)
ReplyDeleteMiss green rose : cuti raya saya dh hbis..so lps ni leh smbung...ekekeke..truskn mengikuti ya...thnks a lot...
ReplyDeletesambung la lagi...heppi sangat baca citer nie..everyday tgk citer nie dah upload yang baru ke belum...cepat la sambung..:)
ReplyDeleteCG : thnks sudi follow cter ni..insyaAllah...jika diberi waktu yg baik sy ingin menyudahkan karya ini sebaik mgkin...tetapi setiap perjlnn kiter bukan semudah yg disangkakan???TQ again...^_^
ReplyDeletenice.. sblm nie slalu bc kt pnlsn2u..
ReplyDeletelmbt update, nsb bek ada blog nie..
cpt ckt dpt tw smbngan dye.. tq
terima kasih putera sky...blog ni tercipta atas permintaan pembaca juga...thnks sume yg sudi menyokong...setiap kritikan n cdgn dr anda semua tidak pernah sy abaikan..^_^
ReplyDelete