..Pilih Mana Suka..

Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts

Tak Perlu Panaskan Enjin Kereta Lagi.. Betul Ke???


Salam sayang!

Dekat luar hujan selebat2nya. Moga2 tiada lagi banjir besar melanda bumi Penang. Ameen..

Yeaahhh..pagi ni terbaca 1 artikel berkaitan tidak perlu memanaskan enjin kereta sebelum memulakan perjalan selepas membiarkan kereta tidak bergerak berhari2 atau berjam2. Ini sesuatu yang superb! Sebelum ni, Ain selalu ber'cakar2' dengan zauji sebab nak suruh dia panaskan enjin kereta sebelum kami ke mana2 pada waktu pagi. Yang zauji pulak cakap tak payah panaskan dulu. Start & boleh terus memulakan perjalanan setelah beberapa minit enjin kereta dihidupkan.

Haa..nampak tak betapa degilnya Ain??? Nak jugak panaskan enjin kereta sampai setengah jam hanya dengan mendengar mitos2 yang belum sahih. Now! Kena minta maaf banyak2 dekat zauji sebab selalu bantah cakap dia mengenai pemanasan enjin kereta ni. Ngeh33.. Sorry laling!

Tak guna jugak cakap banyak kalau tak ada fakta untuk mensahihkan perkara ini. Jom Ain share artikel yang dikeluarkan oleh Beautifulnara.com.


###

Aktiviti memanaskan enjin kereta anda sebelum memandu sebenarnya tidak diperlukan lagi. Kereta hari ini mempunyai sistem prestasi didorong komputer yang mampu mengimbangi suhu luar dan enjin yang masih sejuk. Anda boleh mula memandu selepas hanya beberapa minit enjin berjalan pada waktu pagi atau selepas kereta telah terbiar beberapa jam. Boleh difahami kebimbangan bapa-bapa kita tiap pagi berkenaan aktiviti memanaskan enjin, tetapi teknologi hari ini telah menghapuskan keperluan tersebut. Usah risau, kami akan terangkan mengapa.
Kereta lama perlu dipanaskan sebelum memandu kerana beberapa sebab:
  1. Sistem penghantaran bahan api primitif (karburator);
  2. voltan rendah, tiada sistem pencucuhan yang boleh menyesuaikan voltannya sendiri (didorong oleh sistem komputer;
  3. minyak pelincir yang kurang bermutu.
Mari kita lihat pada setiap yang di atas dengan lebih terperinci.
perlukah memanaskan enjin-arenakereta3

1. Sistem Penghantaran Bahan Api

Suatu ketika dahulu, sistem penyampaian bahan api yang menggunakan karburetor, dan kami pasti, masih ramai menggunakannya lagi. Peranti ini mencampurkan bahan api untuk membuatkannya sesuai untuk pembakaran dalam enjin, satu proses yang mekanikal sepenuhnya. Apabila sejuk, enjin memerlukan campuran bahan api yang lebih banyak/kuat untuk dihidupkan (nampak kenapa kita perlu menekan pendikit semasa menghidupkan enjin?). Satu litar mula dibina ke dalam karburetor di mana pembukaan dan penutupan injap dikawal oleh spring yang mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabila sejuk. Spring tersebut disambungkan ke injap choke karburetor. Apabila suhu luar kereta sejuk , spring menguncup dan menarik (menutup) injap, menyebabkan aliran udara terhad . Dengan aliran udara yang kurang, lebih banyak bahan api disedut ke dalam karburetor , menyebabkan campuran bahan api yang lebih kaya/banyak diperlukan untuk menghidupkan enjin yang sejuk. Apabila enjin mula memanas , spring yang peka suhu tadi mengembang dan menarik (membuka) injap choke untuk membenarkan lebih banyak udara masuk untuk menghasilkan campuran bahan api mantap (keadaan enjin panas).
Hari ini, melalui penggunaan sensor elektronik, sistem prestasi kawalan komputer mengukur kedua-dua udara di luar dan suhu penyejuk dan menyesuaikan campuran bahan api itu dengan sewajarnya (sistem suntikan bahan api elektronik).

2. Sistem pencucuhan

Sebelum teknologi komputer mula diguna-pakai, sistem pencucuhan api yang dihasilkan kereta lama beroutput rendah dan tidak konsisten. Sistem tersebut terdiri daripada pengedar pencucuh, palam, kondenser, pemutar, “cap” pengedar, gegelung pencucuhan, dan wayar. Terdapat tetapan keras ke atas “point” pencucuhan dan terlalu sedikit fungsi penyesuaian automatik. Sistem pencucuhan hari ini dikawal secara elektronik menyebabkannya boleh menyesuaikan output pencucuhan dengan sendirinya secara automatik.
Sistem lama itu digantikan dengan modul pencucuhan, ECM (Modul Kawalan Enjin) dan pelbagai fungsi gegelung. Sistem ini secara automatik menyesuaikan sendiri berasaskan kepada keadaan suhu sekeliling dan tuntutan yang diletakkan pada enjin. Plug bertahan lebih lama dan membakar lebih panas daripada sebelumnya, dan sistem ini beroperasi tanpa masalah kini.

3. Minyak pelincir kurang bermutu

Menghidupkan enjin sejuk biasanya sesuatu yang sukar kepada enjin lama. Pada asasnya, pelincir tidak mengalir dengan baik apabila berada dalam keadaan sejuk , menyebabkan permukaan pertemuan antara komponen menjadi kering. Disebabkan itu, pelinciran permukaan ini adalah amat penting sebaik sahaja enjin dihidupkan yang menyebabkan aktiviti memanaskan enjin satu kewajipan sebelum memandu. Tambahan (additive) kimia ke dalam minyak pelincir semenjak beberapa dekad lama digunakan untuk menghasilkan minyak pelincir yang boleh mengekalkan kelikatannya( kadar aliran ) dalam semua suhu dan di bawah keadaan yang teruk dan tidak menentu pada enjin pembakaran dalaman.  Seperti apa yang kami terangkan dalam nukilan lepas (5 Mitos Minyak Pelincir), minyak pelincir (yang sudah terdapat additive dalamnya) sudah cukup untuk menggerakan enjin kita hari ini tidak kira apa jua suhu atau keadaan sekali pun. Anda hanya memerlukan 30 saat sahaja untuk membiarkan minyak enjin/pelincir melengkapkan satu kitaran.
perlukah memanaskan enjin-arenakereta2

Bagaimana pula alam sekitar?

Menjawab kepada soalan salah seorang pembaca AK, di sini kami bawakan apa yang dikatakan oleh Kementerian Alam Sekitar Kanada tentang pemanasan enjin tiap pagi dan kereta yang berada dalam keadaan “idling”:-
  • Enjin dalam keadaan “idling” melepaskan dua kali ganda asap berbanding kenderaan yang bergerak.
  • Jika setiap pemandu di Kanada tidak “idling” selama 5 minit sehari, sebanyak 1.6 juta tan karbon dioksida dapat dielakkan daripada yang dilepaskan ke udara .
  • Tidak lebih daripada 30 saat “idling” diperlukan untuk minyak melalui enjin anda. Banyak komponen lagi hanya akan panas apabila kereta mula bergerak.
  • Sepuluh saat “idling” menggunakan bahan api lebih daripada apa yang digunakan untuk menghidupkan semula (restart) enjin.
  • “Idling” boleh merosakkan enjin anda kerana ia tidak beroperasi pada suhu kemuncaknya di mana bahan api sepatutnya terbakar sepenuhnya. Sisa bahan api daripada pembakaran tidak lengkap boleh merosakkan bahagian dalaman enjin .
  • “Idling” kenderaan selama 10 minit sehari menggunakan purata 100 liter minyak setahun.

###


Jelas?? Hihi..so lepas ni tak payah kalut2 nak panaskan enjin kereta! Suka..suka.. <3




~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

Punca & Masalah Kencing Kotor


Salam sayang!

Entry ni di update atas sebab owner blog sendiri yang menghadapi masalah ini. Siapa owner blog ni pun entah. Kasihan muda2 dah kena macam2 penyakit. Itu la pasal..minum air masak tak nak sangat..bla..bla..Keh33..

Sebelum ni tak pernah ambil peduli soal air kencing kotor, kencing tak lawas & seakan2nya. Bila dah kena pada batang hidung sendiri baru tahu betapa deritanya apabila terkena penyakit ini. Tanda awal yang Ain hadapi adalah kerap kencing. Tak kira pada waktu siang atau malam. Then, masa membuang tu terasa sakit di bahagian tersebut. Tak tidur malam dibuatnya!

Mula2 Ain fikir mungkin kerana cuaca sekarang yang semedang hujan. So, terasa sejuk sentiasa & mula la nak berhadas kecil je. Tapi hati semakin bimbang apabila sakit itu wujud. Mula buat research serba sikit, mula cari jalan penyelesaian & mulalah air mata meleleh2. Sebabnya?? Takut yang bukan2. Haha... gilalah tak takut. Buatnya ada penyakit serius tak ke lemah jantung dibuatnya.

Akhir sekali bila dah terlampau takut & tak dapat tahan sakit tu, Ain segera mendapatkan rawatan di klinik berdekatan. Sah! Sah kencing kotor selepas ujian air kencing dilakukan. So, doktor berikan 3 jenis ubat iaitu ubat tahan sakit, antibiotik & ubat lawas kencing. Alhamdulillah, hari ni dah terasa makin pulih walaupun masih terasa ngilu2 di bahagian tersebut.

Dari pemerhatian yang Ain buat selepas membaca pelbagai artikel berkaitan penyakit ini, rupa2nya ramai di kalangan pesakit menyembunyikan masalah ini dari keluarga & doktor. Hanya membiarkan diri sendiri yang menanggung kesakitan yang dialami. 

Jangan! Jangan sembunyikan masalah ini dari pengetahuan orang yang berkenaan kerana bimbang akan mengakibatkan pesakit mendapat penyakit yang lebih kronik seperti penyakit buah pinggang & batu karang. Bila dah sampai peringkat itu nanti, lebih teruk untuk mendapatkan rawatan. So, jangan sembunyi2. Malu untuk memberitahu kepada umum, terus sahaja berjumpa dengan doktor. Don't worry, doktor tu takkan mengumpat sesama staff dia pasal penyakit anda. Ngeh33...

InsyaAllah dengan mengambil antibiotik @ ubat lawas kencing, masalah kencing kotor ini dapat diatasi. Ain nak share satu artikel yang lebih tepat berkaitan masalah ini. Ain copy dari blog mama-syafi. Boleh share dengan kawan2 lain agar timbul kesedaran untuk mengubati penyakit ini jika anda merupakan salah seorang dari mereka.


###

Tempoh berpantang selepas bersalin merupakan satu masa yang sungguh penting untuk ibu dan bayi yang baru lahir, tetapi ia satu aspek yang kurang diberi perhatian berbanding semasa kehamilan dan semasa bersalin. Masalah jangkitan selepas bersalin adalah satu hal yang boleh berlaku di mana jangkitan boleh melibatkan paru-paru, rahim, saluran kencing atau buah pinggang, luka bersalin sama ada luka pembedahan atau luka koyakan pada faraj, jangkitan pada betis/kaki dan juga jangkitan pada payu dara. Wanita yang baru lepas bersalin lebih mudah untuk mendapat masalah kencing kotor dan ia adalah antara penyebab sakit dan demam selepas bersalin.

Menurut Pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G), Pusat Perubatan Barakah, Dr. Khairiah Seman, kencing kotor bermaksud jangkitan kuman pada sistem saluran kencing termasuk buah pinggang. Kebanyakan kencing kotor adalah jangkitan kuman pada pundi kencing (cystitis), dan jika jangkitan ini tidak dirawat ia boleh merebak ke buah pinggang (pyelonephritis).  “Bila seseorang itu mendapat masalah ini, biasanya dia akan mengalami rasa sakit dan pedih semasa membuang air kecil, kerap kali kencing dan kencing yang tidak lawas.  Jika jangkitan sudahmerebak ke buah pinggang seseorang itu akan mengalami demam yang tinggi dan sakit di bahagian belakang. Kadang kala boleh rasa loya dan muntah-muntah,” demikian terang Dr.Khairiah.

Secara umumnya wanita lebih senang dijangkiti masalah kencing kotor berbanding lelaki kerana saluran air kencing mereka lebih pendek. Manakala, wanita hamil dan wanita yang baru lepas bersalin lebih tinggi risiko untuk mendapat masalah ini. Lebih kurang lima peratus wanita selepas bersalin mengalami masalah ini dan ia lebih tinggi sekiranya seseorang itu ada kateter iaitu air kencing dikeluarkan melalui tiub.

Masalah jangkitan kencing kotor adalah masalah jangkitan kuman terutamanya bakteria jenis Escherichia coli. Jadi rawatannya adalah dengan mengambil antibiotik untuk membunuh kuman tersebut Dalam masa yang sama, ubatan seperti ubat penahan sakit, ubat untuk melawaskan kencing boleh diambil. Tidak kurang penting juga seseorang itu mesti minum banyak air. Jika seseorang itu kerap mendapat masalah kencing kotor, satu ujian terhadap sistem saluran kencing perlu dibuat untuk memastikan tiada masalah dengan saluran kencing itu sendiri. Pesakit boleh menjalani ujian cystoscopy atau intravenous urogram(IVU). Ini biasanya tidak melibatkan kemasukan ke hospital atau pembedahan dan boleh dilakukan dalam tempoh satu hari.

Pencegahan masalah kencing kotor :

~Masalah kencing kotor boleh dicegah dengan memastikan minum air yang cukup dan jangan menahan kencing iaitu bila ada rasa untuk kencing terus pergi kencing.
~ Air minuman membantu mencairkan air kencing anda dan memastikan bahawa anda akan membuang air kecil lebih kerap - membenarkan bacteria akan dibuang dari saluran kencing anda sebelum jangkitan boleh mula.
~Dalam masa yang sama,terutamanya untuk ibuibu  yang baru lepas bersalin, pastikan kebersihan bahagian kemaluan/perineum dijaga dengan sempurna.
~Jika anda mengelap air kencing, mulakan dari depan ke belakang. Berbuat demikian selepas membuang air kecil dan selepas pergerakan usus membantu mencegah bacteria di bahagian dubur daripada merebak ke faraj dan uretra.
~Kosongkan pundi kencing anda sejurus selepas persetubuhan. Juga, minum segelas penuh air untuk membantu bakteria dikeluarkan.
~Elakkan produk feminine yang berpotensi untuk membawa mudarat seperti menggunakan semburan deodoran atau lain-lain produk feminin, seperti douches dan serbuk, di kawasan kemaluan kerana ini boleh merengsakan uretra.



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

Mee Udang Kuala Sepetang


Selamat pagi!

Dah kenapa pepagi buta nak cerita pasal makanan yang berat2. Ohh..cik ain! Baru pukul 9.30 kot. Tapi tak apa. Dah ada peluang nak buat entry baru ni jangan banyak membebel. Sebab kalau dah datang mood M karang, blog entah kemana, cerita entah kemana. Huhhh...

Dah pernah cuba Mee Udang Kuala Sepetang?? Mak Jah ke Mak Teh ke ikut suka korang la. Yang cik ain tahu mee udang je. Haha.. Dah lama dengar cerita pasal mee udang yang sangat fofular ni. Tapi masih belum berkesempatan nak merasa.

Nama je duduk K.Kangsar. Haha.. Kalau nak ke Kuala Sepetang tu ambil masa lebih kurang 45 minit sahaja! Alhamdulillah, sabtu yang lepas (22/06/13), zauji bawa pergi situ. Rupanya dia dah pernah rasa 2,3 kali. Sangatlah tidak adil! Mee Udang Mak Jah menjadi pilihan kami. Perlu diingatkan dekat sini, sepanjang jalan ke MUMJ tu, tak putus2 warung yang menjual mee udang. Nak tahu lokasi yang betul, warung Mak Jah ni betul2 ditepi jalan  & dari jauh dah nampak orang parking kereta macam datang kenduri tu. Penuh sepanjang jalan. So, kalau itu yang korang nampak, anda di lokasi yang betul!

Kami order yang special 1, biasa 1. Kata zauji, yang special tu udang dia banyak. Sampai tak nampak mee. Bila dengar macam tu, rasa excited yang terlampau. Bila dah sampai depan mata, cik ain tak nampak! Tak nampak udang yang banyak pun. Hak3..yang beza antara keduanya adalah special = udang besar2, biasa = udang lebih kecil. Tipu sangat tak nampak mee nya. Lalalalaaa...

Harga bagi yang special RM12.00, yang biasa RM8.00. Untuk 2 pinggan mee udang RM20 melebur. Kih3... Tak apa la. Baru nak merasa ni buat2 pejam mata jela. Not bad! Tapi yang paling cik ain kesal & menyesal, habis tudungku terkena percikan kuah mee ketika sedang asyik mengoyak2kan kulit udang tu. Ohhh...spoil! Lepas makan zauji ajak gi dating dekat Taman Tasik. Tapi dengan segala hormatnya cik ain menolak sebab tudung kotor punya pasal. Nampak selekeh bebeno!

Dari sumber2 yang cik ain boleh percaya, Mee Udang Mak Jah ni pernah masuk JJCM. Tapi cik ain tak ada la pergi cari plug JJCM tu pulak. Rasanya betul la kot. Bagi yang belum mencuba bolehlah datang beramai2. Tapi nasihat cik ain datang la time baru dapat gaji ek. Kalau tidak, menangis! Haha...


oohh..pinggan dah comot!


Selamat mencuba!



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

Elakkan Dari Bertanya...


Salam jumaat!

Harinya semakin hampir.. ^_*

Menjadi satu kebiasaan terutama di kalangan wanita apabila mendengar berita sahabat, saudara-mara atau sesiapa sahaja malahan yang tidak pernah kenal rapat sekali pun ingin mendirikan rumahtangga untuk bertanya soalan2 yang kurang sesuai cik ain rasakan pada bakal pengantin.

Sedar atau tidak kadang kala persoalan yang sering dibangkitkan akan mengguris hati bakal pengantin tersebut. Mungkin sudah menjadi satu kemestian di kalangan wanita yang mana adanya sikap ingin membanding2 antara satu sama lain. Maka, dengan bertanya soalan-soalan sebegini dapat memuaskan hati mereka.

Lihat, baca & fikir benar atau tidak kita/kenalan seringkali melontarkan soalan2 yang pada hakikatnya kurang elok dipraktikkan. Jom cek!

1. Bakal suami kerja apa?
2. Bakal suami pakai kereta apa?
3. Berapa ribu wang hantaran?
4. Bakal suami beri apa untuk batal air sembahyang?
5. Honeymoon dekat mana?

Haa...betul tak wanita2 sekalian? Pantang sahaja mendengar sahabat2 yang ingin mendirikan rumahtangga maka secara automatik keluarlah soalan2 cepuk cemas seperti ini(BUKAN SEMUA). Mungkin di mata kita kadang kala tidak menjadi masalah. Tetapi dilihat dari sudut yang lain, ia kurang sesuai kerana soalan2 ini akan menimbulkan rasa kurang selesa pada si pengantin/pada yang bertanya.

Mengapa kurang selesa? Tidak semua wanita di dunia bertemu jodoh dengan bakal suami yang bekerja bagus(gaji besar),mempunyai kereta, tidak mempunyai rezeki lebih untuk pergi honeymoon & sebagainya. Oleh itu, kita sebagai orang keliling tidak perlu mengambil tahu berlebih-lebihan tentang mereka.

Dari sudut lain, cuba anda tanya pada diri anda. Apa tujuan sebenar anda bertanya soalan2 sebegini. Adakah hanya sekadar suka2 atau punya tujuan lain? Tidak bersangka buruk tetapi inilah realiti yang seringkali kita nafikan.

Ok, mai sini cik ain nak beri contoh based on pengalaman yang bukan sekali dua.

SITUASI 1

Kawan : eh, suami kau kerja apa ek? Aku tengok bukan main gah lagi kereta suami kau
Pengantin : suami aku pegawai bank
Kawan : pegawai bank? Untung laa..lepas kawin terus hidup senang..aku ni..mmm..

(si kawan merasakan dirinya tidak bertuah)

SITUASI 2 

Kawan : weyhh, nanti kau honeymoon dekat mana?
Pengantin : Kami tangguh dulu honeymoon. Dah banyak berhabis untuk kenduri
Kawan : Alah, dah alang2..berbelanja la untuk honeymoon sekali. Aku dulu pun pergi Bali je..bukan selalu

(terguris hati pengantin)

SITUASI 3 

Kawan : Hantaran kau berapa?
Pengantin : Parent aku minta 5k je..suami aku mekanik je..
Kawan : 5k? Ada lagi ke zaman sekarang 5k. Boleh beli apa dengan 5k? Aku dulu parent aku minta 10k. Itu pun dapat buat majlis biasa2 je..

(memperlekehkan orang lain)

SITUASI 4 

Kawan : nanti masa nak batal air sembahyang kau minta la gelang tangan. Cincin dah biasa sangat orang bagi
Pengantin : tunang aku tak mampu la..
Kawan : baik kau minta sekarang. Lepas dah kawin nanti jangan harap la nak dapat barang kemas dah..

(menghasut untuk kepentingan sendiri)


Nampak tak??? Jangan tak percaya benda2 ini semua sering terjadi tanpa kita sedar. Bukan bermaksud tidak boleh bertanya langsung tetapi fikir baik2 sebelum mengeluarkan sebarang soalan yang pada cik ain ter'over' atau pun BUZYBODY!!!

Sentiasa kawal mulut, jaga hati serta tingkah laku agar tidak mendatangkan sebarang keburukan kepada mana2 pihak. Doa yang terbaik buat mereka2 yang bakal berkahwin adalah jalan terbaik! Semoga berjumpa di lain entry. Wassalam~~





~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

Dakwahmu Sehingga Nafas Terakhir..Allah..


Salam sejahtera!

Semalam(28/01/13) kakak cik ain suruh baca surat khabar METRO. Katanya ada kisah seorang pelajar yang mana telah meninggal dunia akibat dari cedera parah selepas mengalami kemalangan. Saat tu, cik ain masih belum tertarik dengan topic yang cuba kakak cik ain sampaikan. Tapi bila kakak cik ain kata "insyaAllah ke syurga budak tu.." cik ain rasa nak tahu kisah selanjutnya. Mesti ada sesuatu yang menarik tentang 'budak tu'.

Terus cik ain cari paper tu. Hati sangat2 nak tahu cerita disebalik apa yang terjadi. Padahal cik ain ada je nampak orang post pasal ni dekat FB. Tapi jari masih tak berjaya nak control mouse untuk klik artikel tersebut. Bila peluang dah ada depan mata, cik ain tak nak tangguh lagi baca kisah yang sangat2 berguna ni.

Allah..:'( Sebaik sahaja selesai baca artikel yang bertajuk 'DAKWAH TERAKHIR' ni, cik ain termenung sekejap. Sebak..sedih..tahan air mata..hebatnya insan yang bernama SITI HAJAR BT AHMAD SABIR. Allah beri kelebihan yang teramat istimewa walaupun dia diduga begitu hebat oleh PenciptaNYA.

Hari ni, masuk je office cik ain bertekad nak cari lagi maklumat pasal pemergian pelajar ni. Sebab dalam METRO hanya diceritakan sedikit sahaja. Alhamdulillah, sebelum waktu lunch tadi cik ain terjumpa satu blog yang menceritakan lebih lanjut tentang hamba Allah yang istimewa ini. Kali ni, cik ain memang tak dapat nak tahan sebak. Menitis jugak air mata.. Allah..

Cik ain dah copy paste artikel tu untuk bacaan serta pengajaran buat kita semua & semua pengalaman ini diceritakan semula oleh ibu almarhumah atas permintaan beliau sekiranya Allah menjemputnya terlebih dahulu.


~~~~~

DARI HARIAN METRO 28/01/2013


“Mak tulis ya, biar tak lupa, nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak.”
Itu antara permintaan terakhir Siti Hajar Ahmad Sabir, 20, pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) yang bertarung nyawa selama dua minggu di Hospital Melaka selepas terbabit dalam kemalangan di Solok Duku, Masjid Tanah, di sini, 6 Januari lalu, kepada ibunya, Noraini Che Mat, 46.

Kisah kecekalan Siti Hajar yang menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.20 pagi, 20 Januari lalu, menarik perhatian ramai apabila rentetan pengalaman hari-hari terakhir arwah tersebar di laman sosial Facebook selain turut dikongsi menerusi blog dan forum di Internet.
Noraini berkata, kisah hari-hari terakhir arwah pada asalnya adalah kandungan SMS diberikannya kepada rakan Siti Hajar, Nur Nadia Zakaria, 22.

Menurutnya, ia kemudian dimuat naik ke blog milik Nur Nadia untuk dikongsi bersama rakan lain.

“Disebabkan arwah dimasukkan ke wad rawatan rapi (ICU), tidak ramai dapat menziarahinya, sebab itu saya berkongsi keadaan Siti Hajar setiap hari dengan Nadia.
“Malah, arwah sendiri mahu pengalamannya yang menerima bantuan Allah sepanjang terlantar di hospital dikongsi bersama orang lain kerana baginya itu dakwah terakhir yang dapat disampaikan sebelum meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di rumah bapanya, di sini, semalam.

Siti Hajar terbabit dalam kemalangan pada 6 Januari lalu apabila kereta Perodua Myvi yang dinaiki mangsa ketika dalam perjalanan pulang ke UTeM dari rumah datuknya, Ab Jamal Kudus, 68, di Ramuan China Kechil, Lubuk China terbabas.
Kemalangan itu mengakibatkan Siti Hajar patah kaki kiri dan berisiko lumpuh selepas tulang belakangnya retak dan saraf tunjangnya cedera. Turut bersamanya di dalam kenderaan itu ialah tiga rakan sebayanya iaitu Wan Norsolehah Gaberan yang memandu, Azizue Hasnie Abd Zubair, parah manakala seorang lagi, Tasnim Kamardin @ Kamaruddin cedera ringan.

Noraini berkata, sepanjang dirawat di hospital, Siti Hajar yang juga anak sulung daripada tujuh beradik tidak pernah menyesali nasib menimpanya, sebaliknya menganggap setiap yang berlaku sebagai nikmat daripada Allah SWT.

Dia berkata, minggu pertama selepas kemalangan arwah menunjukkan tindak balas positif dan ditempatkan di wad biasa selepas keadaannya semakin stabil.

“Apabila dia semakin sihat saya terangkan keadaan kesihatannya yang akan lumpuh sementara kerana saraf tunjangnya cedera, tiada air mata setitis pun keluar sebaliknya arwah cukup tenang dan reda.

“Namun, masuk minggu kedua, keadaan kesihatannya makin merosot kerana beberapa organ gagal berfungsi akibat kecederaan saraf tunjang, namun tidak sedikit pun dia mengeluh, sebaliknya reda dengan apa yang berlaku,” katanya.

Arwah turut beberapa kali memberikan petanda akan meninggalkan mereka sekeluarga seperti terhidu bau wangi dan mendengar seruan seakan-akan memanggil namanya.

Noraini berkata, pada 19 Januari lalu keadaan arwah semakin kritikal apabila disahkan ususnya bocor, buah pinggang tidak berfungsi dan paru-parunya dijangkiti kuman.

“Keesokan hari tepat jam 9.20 pagi Siti Hajar menghembuskan nafas terakhir di dalam dakapan saya dan suami, Ahmad Sabir Ibrahim, 48,” katanya.



DARI BLOG imranulkhalisalhuffaz.blogspot.com

DETIK2 TERAKHIR ALMARHUMAH SITI HAJAR BT AHMAD SABIR

6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar . 

Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Tiada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkannya, dia akan bersyukur. Pasti ada hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat-ayat suci kepadanya, dia kata 
“Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?”
Saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti.
“Orang azan kot” tingkah saya. 
Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. 
Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” 
“Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam. Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. 
Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”
Sesekali dia tersenyum manis. 
Kami tanyakan "kenapa senyum?” 
Dia jawab…"Ada bau wangi sangat”.
"Selalu ke akak terbau macam tu?”
Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah” 
Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa.
“Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” .
Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkap. Saya tanya, nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :
"Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.”
Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” 
Hajar Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk. Dalam termengah2 dia berkata
"mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan”
"Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013 (Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99%. Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya.


~~~~~


Betapa hebat kelebihan yang Allah Taala kurniakan kepada arwah. Pengalaman yang bukan semua orang dapat lalui. Sekali pun berada dalam keadaan tenat, beliau tidak menyalahkan takdir Allah. Malah memuji, mengagung & mengagumi Penciptanya. Bagaimana dengan kita kelak? Hanya diduga sedikit, sudah mengeluh seperti mahu memberitahu satu dunia. Allah.. :'(


MUSLIMAH SEJATI (SITI HAJAR BT AHMAD SABIR)

AL-FATIHAH~~



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

Mula Rasa Dendam..Allah..

Allah..Allah..Allah...

Rasa nak menangis bila ingat kejadian yang menimpa cik ain semalam (10/12/12). Allah masih setia melindungi... :'( Tolonglah ambil iktibar dari kejadian yang menimpa cik ain ni. 

Sebelum pergi kerja semalam, cik ain dah mula rasa tak sedap hati masa pegang handbag cik ain. Rasa macam ada something yang tak baik nak jadi. Allah...

Dengan lafaz bismillah, cik ain pergi jugak kerja macam biasa. Sekitar jam 9.30 pagi cik ain ke seberang jaya sebab ada kerja dekat sana. Pergi macam biasa. Cik ain guna skuter, so handbag cik ain terpaksa sangkut di bahagian kaki. Siapa yang biasa tengok skuter mesti dapat bayangkan penyangkut tu macamana. Selalunya cik ain bawak beg galas belakang. Semalam pulak terbawa beg tu.

Agak jauh jugak dari office nak ke tempat tu. Salah satu sikap cik ain bila bawak motor mesti selalu tengok side mirror. Maksudnya sentiasa berjaga-jaga. Di pertengahan jalan & di kawasan yang agak sunyi, cik ain terpandang side mirror di sebelah kanan. Cik ain perasan ada sebuah motor mula himpit cik ain. Dari situ dah mula rasa panic.

Rupa2nya 2 orang lelaki muda tadi cuba nak ragut handbag cik ain. Allah...takutnya masa tu. Tapi tanpa izin Allah, dorang tak berjaya capai handbag cik ain tu & mujur la cik ain sempat menjerit. :'( Bila dah mula perasan orang lain duk usha dorang, dorang pun larikan diri dengan menutup no plat motor menggunakan tangan. Dah faham la tujuannya kenapa.

Allah..Allah..Tak dapat bayangkan kalau perkara semalam benar2 terjadi pada cik ain. Rasa nak menjerit je. Sepanjang perjalanan balik tu cik ain dah mula fobia dengan motor2 yang cuba dekat dengan motor cik ain. Rasa takut yang teramat sangat.

Yang paling cik ain kecewa, kenapa bangsa melayu sendiri yang melakukan kerja2 macam ni. Mungkin semalam dorang tak berjaya ambil handbag cik ain. Tapi hari ni? Siapa yang bakal jadi mangsa dorang. Masih muda, masih punya kudrat untuk mencari rezeki halal. Tapi kenapa pilih jalan macam ni.

Bila kita cakap bangsa melayu ni malas berusaha sendiri, mulalah ada yang melenting. Mulalah ada yang menghina konon2nya bangsa sendiri yang merendah2kan bangsa melayu. Tapi ini la hakikat yang kita perlu terima. Sebelum melihat kekurangan bangsa lain, kita tengoklah sendiri sikap2 bangsa kita. MELAYU! Yang paling kesian dengan mak ayah dorang. :'(

Akibat dari kejadian semalam, cik ain dah mula rasa dendam dengan peragut. Dulu selalu dengar terjadi pada orang lain, cik ain akan cakap, "kesian.." pada mangsa tu. Tapi bermula dari semalam, cik ain mula simpan dendam yang teramat dalam hati ni. Geram...! Kalau boleh sepak semalam, cik ain dah sepak bagi dorang jatuh atas jalan raya & digilis lori. Biar mati macam tu je. & cik ain takkan maafkan dorang. Huhhh!

Lepas terjadinya perkara macam ni, beberapa sahabat cik ain nasihatkan supaya amalkan satu doa agar dipelihara keselamatan kita sepanjang melakukan perjalanan. Mungkin salah cik ain jugak sebab malas nak baca doa2 ni. Padahal, dengan izin Allah kita akan dilindungi dari sebarang musibah. Tolonglah kawan2! Sama2 kita amalkan doa ni sebelum memulakan perjalanan ya!

DOA MOHON KESELAMATAN PERJALANAN

Mulakan dengan bacaan : Bismillahirrahmanirrahim!

Kemudian :


Cara bacaan : BISMILLAHILLAZI LA YADHURRUMA'ASMIHI SHAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAI WAHUWASSAMIUL 'ALIM.

Amalkan ya? Pesan pada ahli keluarga yang lain jugak! Selamat beramal...



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

Misteri Jodoh

(entry yang dah bertapa seminggu dalam draft!) ^^

Salam sayang!

Bertemu kembali kita pada hari ini dalam program Semanis Kurma, resepi keluarga bahagia. Bersama dengan saya, DATUK Nurul Ain & suami saya ustaz tutttt..... :) Ada gaya tak nak jadi pengacara?? :p

Bagi yang tak pernah miss dengan rancangan SK ni mesti tahu topic apa yang dibincangkan malam tadi(29/11/12). ~~Misteri Jodoh~~

Kalau bab jodoh mata terbeliak je depan tv. Kan? Kan? Haha... Tapi jangan sesekali salah sangka dengan cik ain. Cik ain tak pernah miss SK ni tau. Apa saja tajuk cik ain tetap tercongok! Haha.. Setiap malam khamis cik ain akan duduk depan tv tu tengok program ni. Disebabkan malas nak ke masjid yang beberapa langkah je dari rumah untuk hadir majlis ilmu, maka cik ain kena cari cara lain untuk tambah ilmu yang makin lama makin uzur. Huhh!

So, bagi yang bekerja di siang hari, cubalah jadikan waktu malam untuk kita timba ilmu. Sebab waktu siang dah sibuk dengan hal dunia semata-mata. Sibuklah sangat!!! Heeww..heeww.. Tak banyak, sikit pun jadilah dari tak ada langsung!

Topic kali ni sangat22lah cik ain suka. Bukan disebabkan pasal JODOH. Tapi olahan yang ustaz, ustazah & para panel keluarkan. Selama ni, kita seringkali menyalahkan pihak lain kalau jodoh kita dengan si polan @ si pulun tidak kesampaian. Salah hang! Salah hang! Haaa...jari tu dah biasa menunjukkan kesalahan pada orang lain.

Apa yang cik ain faham dari perbincangan kali ni, jodoh itu sepenuhnya milik Allah Taala. Tapi usaha adalah terletak pada manusia itu sendiri. Berhasil @ tidak bukan urusan kita. Memanglah pergaduhan, salah faham & sebagainya datang dari manusia itu sendiri. Tapi sedarlah, ini merupakan petunjuk bahawa Allah Taala sudah menetapkan bahawa dia bukan jodoh kita. Atau lebih mudah untuk faham adalah PUNCA di mana jodoh yang sedang kita usahakan itu, memang bukan milik kita.

Cik ain cukup2 tak bersetuju dengan individu yang sering mengatakan bahawa, "tunggu jela jodoh tu sampai pada aku sendiri. Tak perlulah cari sebab Allah dah tentukan jodoh tu untuk aku. Kalau tak ada, tak payah la kahwin." Ada kan berjumpa @ terjumpa dengan orang yang macam ni? Cik ain selalu sangat! Tau tak perkahwinan ni adalah sunnah nabi kita, Nabi MUHAMMAD s.a.w.

Dari ayat yang dilontar menunjukkan jelas bahawa dia cukup malas untuk berusaha. Jodoh memang Allah Taala yang tentukan. Tapi USAHA kita yang kena mulakan. Usaha yang bagaimana? Sudah tentulah dengan cara yang Allah redha. Maka dari situ akan terbuka jalan jodoh untuk kita. Lebih molek sekiranya bertemu dengan jodoh yang soleh @ solehah. Ohsem! >_< Soleh & solehahkan diri tu dulu sebelum mintak dengan Allah Taala jodoh yang macam ni ok?

Sekali pun sudah mengikat tali pertunangan, jika Allah Taala katakan bahawa dia bukan jodoh kita, maka sekelip mata sahaja Allah Taala akan keluarkan punca di mana akan putusnya talian itu. Sedangkan pasangan yang sudah mempunyai 10 orang anak bercerai, inikan pulak yang masih belum dilafaz akad nikahnya. Tapi sekali lagi kita perlu faham! Ingat! bahawa usaha untuk mempertahankan @ berusaha untuk memperbaiki sesebuah hubungan itu terletak pada kita. Sekiranya Allah Taala menetapkan jodoh kita sampai situ sahaja, maka bukalah minda, bukalah hati, bukalah mata bahawa dia bukan diciptakan untuk kita. Elak untuk menyalahkan orang lain. Jauhkan dari sikap dendam.

Percayalah bahawa Allah Taala sudah menetapkan jodoh yang lebih baik untuk kita. Jika sebaliknya yang kita dapat, maka berusahalah untuk sama2 berubah. Bersangka baiklah dengan takdir Allah. DIA menentukan segalanya atas sebab sesuatu. Jika bukan hikmah, pasti ada sedikit manfaat yang kita peroleh dari takdir itu.

Sebelum tali pernikahan diikat, jangan meletakkan harapan terlalu tinggi pada orang yang konon2nya sudah menjadi pasangan kita. Kerana sekiranya Allah Taala tidak menakdirkan dua hati itu bersatu, tiada lain yang kita dapat melainkan kekecewaan yang teramat sangat. Dari situ mulalah menyalahkan orang lain. Mula menyalahkan takdir. Salah itu. Salah ini. Muhasabah diri sendiri langsung tak mahu. Siapa? Kitalah!

Ohh..sedikit emosi di situ. Hehe... Sebenarnya cik ain marah pada diri sendiri! Mulai dari sekarang, doalah yang baik2 untuk orang yang pernah kecewakan kita. Tak rugi. Malah Allah Taala hadiahkan satu nikmat yang tak terkata iaitu KETENANGAN. Tak percaya? Cubalah amalkan berdoa untuk kebahagiaan orang lain selepas solat. Jangan tamak! Dalam doa jugak kita boleh bersedekah. Nescaya, balasan baik yang kita dapat. Allah Taala tak kejam macam manusia kejam terhadap manusia itu sendiri.

Tapi macam biasalah, bila kita nak jodoh yang baik, maka kita sendiri kena belajar untuk jadi lebih baik. Sangat2lah tidak adil sekiranya kita mahukan yang baik2 tapi bakal pasangan kita dapat yang kurang baik. Kan? >_<

Jadi, pandang positiflah jika kita berbincang, bersembang @ bercakap soal jodoh. Jodoh itu indah. Jangan kita kotorkan dengan perkara yang langsung tak memberi kebaikan pada kita. Jangan sesekali mengatakan jodoh itu sebagai benda yang berat, benda yang susah. Bagi yang masih belum bertemu dengan jodoh kalian, teruskan berdoa, teruskan berusaha. InsyaAllah, pasti ada yang menunggu kalian di depan sana dengan senyuman :)

Sekiranya masih jugak belum ketemu, yakinlah bahawa Allah Taala masih memberi ruang kepada kalian untuk perbaiki, menambahbaikkan lagi diri kalian. Ambil peluang ini untuk menjadi bakal pasangan yang sangat diinginkan. Bukan atas rupa, harta @ kedudukan. Tetapi kerana agama & akhlak kita.

Dekat bawah ni cik ain letak DOA BERTEMU JODOH. Amalkan ya?




Sekian, salam ukhuwah fillah !! Ayuh menanti jodohmu~~ ^^


(entry ni mmg khas diciptakan untuk cik ain sendiri. Bagi sedar diri! Bagi muhasabah diri! Allah..Allah..Allah..)



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

Membeli-belah Secara Online


Hoii..hoii orang kampung & bandar! Semalam dengar tak pengumuman HARI RAYA KORBAN??? Tetiba cik ain tertengok. Maka terdengarlah ia. Wahaha..tapi pengisytiharnya (berbelit lidah nak sebut) dah bertukar ek? Ke cik ain yang ketinggalan kereta api? urmmm...

Maka raya korban kita jatuh pada hari Jumaat bersamaan dengan 26/10/2012. Tak sabar nak tolong orang masjid sembelih lembu. (propa!)hahaha..

Ok! Lupakan kejap pasal raya korban sebab ada perkara menarik yang cik ain nak kongsi dengan rakyat jelata sekalian. Korang biasa beli barang secara online? Atau lebih jelas, membeli-belah hanya dengan menggunakan saluran internet/talian jarak jauh. Atau lebih comel, membeli barang hanya dengan melihat gambar, pilih barang, bayar & tunggu barang sampai ke rumah. Pernah???

Ada beberapa individu pernah bertanya pada cik ain, tip2 untuk membeli secara online memandangkan cik ain antara pembeli online yang sedikit aktif. Boleh la kot! Semenjak dua ni memang cik ain memilih untuk membeli secara online disebabkan beberapa manfaat yang cik ain terima. Apa dia, cik ain akan kongsi kejap lagi okeyysss!

SOALAN yang selalu cik ain terima apabila berkaitan dengan belian online ni adalah seperti :

~tak takut kena tipu ke?
~boleh percaya ke?
~lagi murah ke?
~mudah ke cara pembeliannya?

Haaa..lebih kurang begitu la soalan yang sering cik ain terima. Ok! Sebelum tu cik ain nak cerita sikit pengalaman macam mana cik ain boleh tergoda dengan cara belian online ni. Apabila cik ain keboringan di ofis, cik ain mula gunakan pakcik google sebagai alat pengesan untuk melihat barang2 terkini terutama pakaian(JUBAH terutamanya) yang cantik2 yang murah2. Bila tengok pada satu2 page tu, nak pergi beli dekat kedai mereka kadangkala, jarak yang menjadi masalah. & yang paling sedih kadangkala penjual2 online ni memang tak ada kedai sendiri. So, membeli secara online adalah 1 kemestian kalau nak dapatkan material tersebut.

Jadi, lama2 cik ain merasakan bahawa membeli secara online lebih memudahkan kita. Antara PENYEBAB utama cik ain suka beli secara online adalah :

~barang yg dimahukan, tidak dapat dibeli secara direct
~tawaran harga yang lebih murah
~design pd sesuatu material memang susah utk dicari di kedai berdekatan

KELEBIHAN yang cik ain terima pula adalah seperti :

~tak perlu bersusah payah menapak ke satu2 kedai utk membeli
~memilih dgn tenang. Nak boleh booking hanya dgn menaip 'saya nak yg ni'! Tak nak tak perlu ambil peduli!
~dapat barang yg lebih murah tapi berkualiti jika pandai memilih
~kos penghantaran lebih murah berbanding kos pergi sendiri membeli barang tersebut di luar
~hanya menunggu sekitar 2-3 hari utk menerima barang tersebut

Ini antara kelebihan yang cik ain dapat. Sekarang, bab yang paling penting dalam konsep membeli secara online yang perlu kalian ambil tahu. Cik ain nak kongsi tip2 berguna sebelum korang mula membeli secara online. Bukan apa, takut kena tipu & sebagainya. Tipsnya adalah seperti :

~pastikan 'kedai online' itu benar2 wujud dgn membuat sedikit research berkaitan 'kedai' tersebut
~lihat feedback yg diterima dari pelanggan2 yg pernah membeli dgn 'kedai' tersebut. cth nya komen2 pd gambar barang atau page owner
~mahu lebih yakin, buat panggilan terus kpd owner 'kedai' tersebut & bertanya serba sedikit. Penjual yg jujur dia akan menjawab panggilan kita dgn senang hati
~bandingkan harga barangan antara online shop yg anda kunjungi. Bimbang barang yg dijual, dikenakan harga yg tidak sepatutnya
~sblm membuat tempahan, pastikan betul2 size(kalau beli pakaian) yg benar2 sesuai dgn anda. Bertanyalah selagi anda tidak berpuas hati. Sesetengah online shop membenarkan pertukaran barang. Ada sstghnya tidak membenarkan. Ingat!!!
~pastikan anda baca betul2 details utk satu2 gambar. Jangan ada salah faham. Pastikan harga yg dipamerkan termasuk kos penghantaran / pun tidak.
~jangan tamak utk mendapatkan sesuatu barang dlm satu2 masa. Apa kata cuba beli satu barang dahulu dari online shop tersebut. Bila dah dapat, pastikan kualitinya setanding dgn harga. Kalau sangat memuaskan hati, tidak salah membeli lagi! >_<
~bila ada perasaan takut nak mencuba utk pertama kali, apa kata beli barangan yang harganya dlm kategori murah. Sekiranya tidak berpuas hati, tidaklah terlampau kecewa kan?

Haaa...ini antara tip yang boleh cik ain kongsi berpandukan pengalaman yang cik ain hadapi semasa membeli secara online. Syukur alhamdulillah, sehingga ke hari ini barang2 yang cik ain beli secara online benar2 memuaskan hati. Jika ada kekurangan pun tidaklah sehingga tidak boleh digunakan langsung.

Korang ada pengalaman beli secara online yang buruk tak? Boleh share cerita & link online shop tersebut dengan cik ain! ^^

Kepada yang ingin mencuba, jangan takut! Tapi cubalah membeli dengan menjadi pembeli yang bijak! InsyaAllah urusan kita akan dipermudahkan. Arios!!!!




~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...