Akibat kemarahan Mia sebentar tadi, Muaz langsung tidak dapat melelapkan mata. Apakah dosanya terhadap Mia kali ini. Sampai hati Mia menuduh dirinya sebegitu rupa.
“Tak boleh jadi ni. Aku mesti kena tahu jugak kenapa dia jadi macam ni. Tapi aku nak tanya dekat siapa ek?” bingung Muaz dibuatnya. Tetapi jika dia tidak dapat mencari punca kemarahan isterinya itu, jawabnya dia tidak akan lena sehingga keesokan hari.
“Haa..call Mira la. Mesti dia tahu.” Lantas dia mencapai telefon bimbitnya dan terus mendail nombor Mira. Mujurlah dia ada menyimpan nombor gadis itu.
“Hello, assalamualaikum Mira.” Sapa Muaz.
“Waalaikumsalam Muaz. Haa, apa hal ni?” soal Mira lembut.
“Maaf la Mira. Saya ganggu awak dah tengah-tengah malam ni.” Rasa bersalah pula menelefon gadis itu di kala ini. Mungkin Mira sudah lama terlelap atau sibuk dengan persiapan majlis bertunangnya hujung minggu ini.
“Eh, tak ganggu la. Saya tak tidur lagi. Kenapa ni Muaz? Macam ada yang tak kena je.” Mustahil Muaz menelefonnya tanpa tujuan. Pasti Mia buat hal lagi kali ini.
“Macam ni Mira. Saya nak tanya awak, Mia ada cerita apa-apa tak dekat awak?”
“Cerita? Cerita apa? Siang tadi ada la dia call tapi tak ada la pulak dia cerita apa-apa.” Seingat Mira selepas dia melarang Mia ke rumahnya jika tanpa mendapat keizinan dari Muaz terus sahaja sahabatnya itu meletakkan telefon. Dan sehingga kini masih belum menghubunginya lagi. Merajuk barangkali dengan tegurannya.
“Saya pelik la dengan dia hari ni. Saya balik dari kerja je dah tengok muka dia muram je. Bila saya tanya kenapa, dia marah saya balik.”
“Marah? Dia marah kenapa?”
Lalu Muaz pun menceritakan apa yang berlaku antara dia dan Mia sebentar tadi. Sehabis buntu dibuatnya dengan sikap Mia yang tidak menentu. Kadangkala nampak seperti lembut hatinya, kadangkala seperti batu kerasnya.
“Ya Allah…takkan sebab itu pun dia nak marah dengan awak. Saya pun pelik la dengan sikap bini awak yang sorang tu. Saya tahu dia marah jugak dengan saya tu. Sebab saya larang dia datang kampung saya tanpa keizinan awak. Tak sangka la pulak jadi sampai macam ni.” Mira hanya mampu menggelengkan kepala sahaja mendengar kisah Muaz itu.
“Tapi saya dah izinkan. Memang la pada mulanya saya agak berat nak bagi dia pergi awal. Tapi bila saya fikir-fikir balik awak merupakan sahabat baik dia, saya izinkanlah walaupun dengan berat hati. Awak pun fahamkan. Kami baru je dapat duduk bersama. Tapi dia macam tak nak faham je situasi kami ni. Dia cakap akan cuba untuk terima saya seadanya tapi saya tengok tak ada perubahan pun. Mungkin saya yang tak sabar sangat kot.” Biarlah dia menyalahkan diri sendiri. Dia tidak mahu keadaan menjadi semakin keruh.
“Ermm…awak kena bertegas sikit dengan Mia tu Muaz.” Bukan dia mahu mengajar yang bukan-bukan kepada Muaz tetapi sikap Mia yang masih keras kepala tidak boleh dilayan sangat. Bukan Mia tidak tahu hukum bersikap dingin dan tidak melayan suami dengan cara yang betul adalah berdosa.
“Tegas? Saya takut la Mira. Nanti dia tinggalkan saya lagi. Saya tak nak semua tu terjadi. Saya sanggup dia bermasam muka dengan saya daripada dia tak ada depan mata saya ni. Lagi saya tak senang duduk tau. Dah lama saya tunggu saat macam ni. Tapi nampak gayanya saya kena terus menunggu lagi la.” Sayu sahaja suara itu.
‘Kenapa la dengan kawan aku yang seorang ni.’ Fikir Mira apabila sudah tinggal sebumbung hubungan mereka akan menjadi seperti pasangan suami isteri yang lain. Nampak gayanya tidak menjadi juga. Mia…Mia…
“Saya bukan suruh awak dera dia. Tapi tegas sikit. Awak punya hak kan? Kadang-kadang saya rasa Mia pun agak melampau. Dulu saya tak nafikan awaklah penyebabnya dia jadi macam ni. Tapi saya tak sangka la pulak keras betul hati dia nak terima awak kembali. Dia bukan tak sayang awak tu, tapi masih ada rasa was-was.” Terang Mira. Bukan dia tidak tahu bahawa Mia memang menyayangi Muaz, tetapi terlalu ikutkan sangat kata hatinya.
“Thanks Mira. Saya akan cuba buat yang terbaik. Awak doakan kami ya. Lagi satu, saya akan pastikan Mia datang masa majlis awak nanti. Saya janji.” Muaz akan memujuk Mia dengan cara apa sekali pun sehingga Mia setuju untuk hadir pada majlis sahabatnya itu.
“Ok, saya sentiasa doakan kebahagiaan kamu berdua. Ingat pesan saya Muaz, bertegas sikit.” Banyak kali Mira mengulangi ayat itu. Biar Muaz berfikir sendiri. Dia hanya boleh menasihati mereka sahaja.
“InsyaAllah. Maaf mengganggu. Selamat malam. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
***
‘Bertegas? Tegas macam mana ek? Nanti dia marahkan aku lagi. Tapi betul jugak kata Mira. Aku ada hak ke atas Mia. Dia isteri aku yang sah. Aku sebagai suami takkan nak biar rumahtangga kami terus suram macam ni.’ Macam-macam yang bermain di fikiran Muaz.
Mia yang kembali terjaga setelah terlena sebentar tadi juga turut berfikir. ‘Kenapa la aku lepaskan kemarahan aku pada dia. Padahal dia tak salah apa-apa pun. Teruknya kau Mia!’ Mia mengutuk-ngutuk dirinya sendiri. Selalu tidak mahu berfikir dahulu sebelum bertindak.
“Nak minta maaf dengan dia ke ha? Mesti la kan. Aku isteri dia. Takkan la dia pulak nak datang melutut dengan aku sebab aku yang salah.” Mia berkata pada dirinya sendiri. Tanpa mempedulikan waktu yang sudah lewat malam Mia bangun dari pembaringannya dan menuju ke bilik Muaz. Dia mahu memohon maaf pada suaminya itu. Tidak dinafikan dia terlalu mengikut perasaan sebentar tadi. Muaz pula yang menjadi mangsa. Sudahlah suaminya itu memberikan keizinan untuk ke rumah Mira, yang dia pula sewenang-wenangnya memarahi Muaz.
Diketuk pintu Muaz berkali-kali sambil memanggil nama Muaz. Tetapi Muaz tidak menunjukkan sebarang tindak balas. Sudah tidurkah suaminya itu?
Dengan sedikit keberanian, Mia menolak daun pintu. Memang sah-sah Muaz sudah terlena. Tetapi mengapa hanya tidur di atas permaidani di biliknya. Bukan di atas katil. Mungkin tertidur barangkali.
Mia mendekati sekujur tubuh Muaz yang sudah jauh lenanya. Dengkuran kecil kedengaran di telinga. Pasti dia penat dengan tugas hariannya. Tidur pun hanya beralaskan lengan sahaja.
Mia duduk bersimpuh di hujung kepala Muaz. Apabila memandang seraut wajah suaminya yang kelihatan lena sekali, hati Mia tiba-tiba menjadi sebak. Kasihan pada lelaki itu. Ada isteri pun tidak dapat menjalankan tugas dengan baik. Malah tidak bersyukur lagi. Tiba-tiba dia merasakan ada air jernih mengalir di pipi. Tidak dapat dia menahan tangisan itu.
Bimbang tangisan itu akan mengganggu tidur suaminya, Mia mengesat air mata dari terus berjuraian. Sedaya upaya dia cuba menahan sebak di dada.
Teringin benar dia mengusap wajah si suami. Tetapi dia bimbang Muaz akan terjaga. Arghhh…dia suami aku. Pasti dia tidak akan melarang. Lalu dihalakan tangan kanannya ke ubun-ubun Muaz. Diusap-usap rambut suaminya yang lebat. Dia cuba mendekatkan wajahnya pada wajah Muaz. Dia mahu melihat dengan lebih jelas wajah itu walaupun dalam keadaan lampu yang malap.
Kini, wajahnya dan wajah Muaz hanya berbeza dua inci sahaja. Tersenyum Mia dengan kenakalannya itu. Jika Muaz mengetahui apa yang dilakukan kini, pasti suaminya terkejut besar.
Dari kepala turun ke dahi. Dari dahi menuju ke hidung suaminya. Tangannya terus bergerak ke pipi kanan Muaz dan ke kiri pula. Akhir sekali jari halusnya terus sahaja menjalar di bibir basah Muaz. Cantik sekali bibir itu terbentuk. Tambahan pula Muaz bukan seorang perokok. Tidak hairanlah bibirnya kelihatan seksi sekali. Sekali lagi Mia tersenyum keseorangan. Seronok hatinya dapat melakukan seperti itu pada suaminya sendiri.
Muaz bergerak-gerak perlahan apabila dirasakan ada sesuatu yang menjalar-jalar di wajahnya. Tetapi dia tidak menghiraukan semua itu kerana dia benar-benar keletihan. Mungkin dia sedang bermimpi agaknya.
Mia pula yang ketakutan jika Muaz dapat menangkap tingkah lakunya itu terus terduduk kaku. Tidak berani mahu bergerak lagi.
Sudah lenguh tangannya dijadikan alas tidur pada waktu itu, Muaz mengangkat kepalanya lalu diletakkan ke atas riba Mia. Fikirnya hanya satu. Bantal tidur yang sering menemaninya di kala malam menjelma.
Terkejut Mia dibuatnya. Ikutkan hati mahu sahaja ditolak kepala itu ke lantai semula. Tambahan pula dia cukup sensitif jika ada objek menyentuh pahanya itu. Memang dari kecil sikapnya begitu. Tidak boleh dicuit sedikit, pasti kegeliaan.
‘Alamak…macam mana ni. Kalau aku tolak kepala dia nanti dia sedar pulak. Bocorlah rahsia aku nanti.’ Gelisah Mia memikirkan soal itu.
Itulah pasal. Sengaja mencari penyakit. Yang Muaz pula apabila menyangka alas kepalanya adalah bantal, dipeluk seerat mungkin. Semakin lena dibuatnya. Tangan Muaz pula sudah melingkari pinggang Mia dengan kemas.
‘Betul ke dia tidur ni? Ke buat-buat tidur.’ Pening Mia memikirkan bagaimana cara untuk dia keluar dari bilik ini sebelum Muaz tersedar.
‘Aku dah lenguh giler ni.’ Rungut Mia lagi. Tolak sajalah. Habis cerita. Tapi kasihan pula. Sudahlah dia dimarahi Mia tadi. Ini mahu bertindak kasar pula dengan suaminya itu. Bertambah-tambahlah dosanya.
Tidak mengapalah. Dia sudah lena. Jelas kelihatan wajah yang begitu lena sekali. Mia tersenyum lagi. Comel sekali wajah Muaz.
Mia yang juga sudah keletihan terus menyandarkan tubuhnya pada sisi katil. Mujurlah katil itu berhampiran dengan mereka. Kalau tidak sampai ke pagilah dia akan duduk tegak seperti itu.
Sebelum melelapkan mata sempat Mia meneliti wajah suaminya itu sekali lagi. Diusap-usap rambut Muaz yang sedang lena. Tiba-tiba dia merasakan sudah ada rasa sayang buat suaminya itu. Bukan sebarang sayang, tetapi sayang sebagai seorang isteri buat suaminya.
Dia sendiri tidak sedar bila dia berjaya melelapkan mata. Walaupun tidur dalam keadaan duduk entah mengapa lena sekali rasanya.
“Sayang…sayang…” panggil Muaz sambil menggoncang sedikit bahu isterinya itu. Terkejut beruk dibuatnya apabila dia tersedar dari tidur selepas terdengar azan subuh berkumandang berhampiran dengan rumahnya. Sedar-sedar sahaja dia sedang lena beralaskan peha Mia semalaman.
Kasihan melihat kepala Mia yang sudah terkulai di atas katil. Bila pula isterinya itu masuk ke dalam bilik ini. Setahu Muaz malam tadi dia tertidur di permaidani kelabu itu ketika sedang asyik memikirkan masalah rumahtangganya. Akibat terlalu mengantuk Muaz sudah malas mahu bangun dan berbaring di atas katil.
“Sayang bangun…sakit kepala tu nanti.”
“Arhh…sakit…” tiba-tiba Mia bersuara.
“Apa yang sakitnya sayang?”
“Tengkuk saya sakit. Lenguh…” berusaha Mia ingin mengangkat kepalanya yang dilentokkan di atas katil. Bayangkanlah sudah semalam dia tidur dalam keadaan itu. Pasti sudah tergeliat tengkuknya.
“Pelan-pelan. Macam mana sayang boleh ada dekat sini?” soal Muaz sambil membantu Mia untuk membetulkan keadaan duduknya. Sudah pastilah tengkuknya berasa lenguh. Kasihan dengan Mia. Yang dia sedap sahaja tidur. Patutlah lena sampai tak sedar apa. Hehehe…
Mia hanya diam sahaja. Kalau dia cuba mengelak pun akhirnya Muaz akan tahu juga. Jadi, diam sahajalah cara yang terbaik.
“Sakit la belakang saya. Awak syok je tidur.” Keluh Mia. Mahu menutup malu sebenarnya.
“Eh, mana la abang sedar. Kalau abang sedar takkan abang nak biar sayang tidur macam ni. Abang siap angkat sayang letak atas katil tau. Peluk semua cukup.” Sengeh Muaz.
“Gatal. Tengok…tengkuk dengan belakang badan saya dah sakit.” Adu Mia lagi.
“Dah, bangun dulu. Jom naik atas katil.” Ajak Muaz.
“Jangan nak mula ek.”
“Hello, abang suruh naik atas katil sebab nak urut tengkuk dengan belakang sayang tu. Dia yang fikir ke lain.” Dicuit manja hidung Mia.
“Kejap la. Saya bangun slow-slow. Awak jangan kacau.” Ditolak badan Muaz agar jauh sedikit darinya. Dia mahu membetulkan urat sarafnya yang sudah bersimpul-simpul. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu.
“Dah, jangan banyak mulut.” Tanpa mempedulikan arahan isterinya itu, Muaz terus sahaja mengendong tubuh kecil itu naik ke atas katil.
“Aaa…sakit la.” Jerit Mia perlahan. Tindakan Muaz itu akan menyakitkan tubuhnya lagi.
“Sayang baring ke belakang. Abang urut tengkuk tu.” Cadang Muaz.
“Tak nak la…saya duduk je.”
“Jangan nak degil. Cepat baring.” Tegas bunyinya.
“Tak nak la. Kalau macam tu tak payah la urut. Nanti saya urut sendiri.” Mia sudah mahu turun dari katil itu. Tidak suka apabila Muaz memaksa dirinya.
“Kenapa degil sangat ni ha? Benda simple pun payah nak dengar. Abang cakap baring sekarang.” Serius sekali wajah Muaz. Terkejut Mia dengan jerkahan itu.
“Cepat! Abang kira sampai tiga. Kalau Mia berdegil jugak jangan salahkan abang kalau apa-apa jadi.” Muaz sudah memulakan kiraannya.
‘Kenapa dengan Muaz ni? Tak pernah dia serius macam ni. Takut aku dibuatnya.’ Apabila menyedari masa yang diberikan oleh Muaz sudah hampir tamat, Mia bergegas naik ke atas katil itu seperti yang diarahkan oleh Muaz.
“Baring cepat. Karang lewat pulak subuh. Boleh sembahyang tak?” tiba-tiba Muaz menyoal perkara yang tidak pernah difikirkan oleh Mia. Suara Muaz masih serius.
“Dah tak ada mulut ek?” soal Muaz lagi. Benarlah kata Mira. Dia harus bertegas dengan sikap Mia yang degil ini.
“Boleh.” Jawab Mia lemah. Mahu menangis rasanya. Muaz tidak pernah seserius ini dengannya.
“Kalau sakit cakap.” Muaz sudah mula mengurut-urut tengkuk Mia. Sedikit lega dirasakan.
Ketika ingin mengurut belakang tubuh Mia pula, Muaz bertindak menyelak sedikit baju tidurnya ke atas.
“Aaa…tak payah la buat macam ni. Urut sikit-sikit jela.” Larang Mia dengan nada yang lembut. Dia malu sebenarnya.
Muaz merenung wajah Mia lama-lama sehingga tertunduk isterinya itu. Cakap dia sahaja yang orang kena dengar. Ikutkan sangat keras kepala tu.
“Yela-yela…” sudahnya Mia hanya membiarkan sahaja Muaz mengurut belakang tubuhnya tanpa beralaskan pakaian. Mia menyembamkan wajahnya ke bantal. Dia sedih sebenarnya kerana Muaz tidak pernah bertegas dengannya seperti kali ini.
Di dalam hati Muaz sudah tergelak berguling-guling. Baru Mia tahu. Bukan dia ingin mengambil kesempatan tetapi dia mahu Mia menghormati dirinya sebagai seorang suami pula. Lagi pun tidak ada salahnya dia menyentuh dan melihat tubuh badan Mia.
“Dah. Kalau sakit lagi beritahu. Sekarang pergi mandi, ambil air sembahyang. Kita solat berjemaah.” Arah Muaz lagi. Dia perasan wajah Mia sudah semakin keruh, tetapi dia tidak mahu menghiraukan semua itu lagi.
Mia bagaikan lembu dicucuk hidung mengikut sahaja arahan Muaz itu. Walaupun ada sedikit perasaan marah tetapi dia lebih rela mengikut arahan tersebut dari dimarahi Muaz.
Huh, berpeluh Muaz dibuatnya. Ditahan sahaja keinginannya apabila sedang mengurut tubuh isterinya itu. Pertama kali dia dapat melakukan seperti itu terhadap Mia. Tetapi ditahan sahaja rasa jiwanya yang penuh gelora itu. Dia tidak mahu Mia menganggapnya mengambil kesempatan. Niatnya benar-benar ikhlas ingin membantu Mia. Kerana dirinya jugalah tubuh badan Mia sakit seperti itu.
Sabarlah wahai hati. Terus sahaja Muaz meninggalkan katilnya dan menuju ke bilik air dengan senyuman yang hanya dia sahaja dapat mengerti.
***
“Mia, kau marah aku lagi ke?” tanya Mira ketika mereka berbual pada suatu malam.
“Tak ada la. Aku mintak maaf ek? Hari tu aku teremosi lebih pulak.” Jawab Mia pula.
“Eh, aku tak kisah la pasal tu. So, bila kau nak datang rumah aku?” Mira sudah berada di kampung untuk persiapan majlis pertunangannya.
“Ermm, aku rasa Jumaat malam baru aku sampai sana. Sekali dengan Muaz.” Beritahu Mia. Petang tadi Muaz sudah membuat keputusan tidak membenarkan Mia pergi terlalu awal. Dia mahu Mia mengikutinya sekali pada hari Jumaat nanti.
“Ooo…bagus la tu. Aku tunggu kedatangan kau ek? Eh, mahu pulak kau dengar kata dia ya?” perli Mira sambil ketawa kecil.
“Kau perli aku ek? Entah la, aku pun tak tahu kenapa dengan Muaz dua tiga hari ni. Tegas semacam je aku tengok. Kasihan dekat aku tau.” Mia sudah mula mengadu.
Mira yang di hujung talian sana sudah tersenyum-senyum sendirian. Bermakna Muaz mahu mendengar nasihatnya. Biar sahabatnya itu rasa. Mia sudah tidak boleh keras kepala lagi.
“Ala, dia jadi macam tu sebab kau tu degil sangat. Berani la kau lawan cakap dia lagi. Dia ngap kau lepas ni baru kau tau.” Sengaja Mira mahu menakut-nakutkan Mia. Lucu juga apabila membayangkan wajah Mia yang ketakutan.
“Kau ni jangan la cakap macam tu. Seram aku dibuatnya. Serius aku cakap, dia sekarang ni dah lain.”
Kalau Mia tahu Miralah orang yang mencadangkan Muaz bertindak seperti itu, pasti mengamuk sakan si Mia. Biarlah ia terus menjadi rahsia antara Mira dan Muaz. Lagi pun cara ini nampak gayanya berjaya mematahkan sikap keras kepala Mia itu sedikit demi sedikit
“Aku mintak maaf ek tak dapat pergi sana awal-awal.” Terkilan juga Mia kerana tidak dapat menunaikan janjinya pada Mira suatu hari dulu. Kini, perasaan suaminya adalah lebih penting. Mujurlah Mira juga sangat memahami.
“Tak apa la Mia. Aku faham sangat. Dulu masa kau janji, kita masing-masing tengah solo. Dah ditakdirkan kau kahwin dulu nak buat macam mana. Kau sudi hadir nanti pun dah cukup bahagia buat aku. Lagi pun aku tak nak kerana aku, hubungan kau dengan Muaz bermasalah pulak.”
“Thanks sebab faham. Aku pun tak faham la dengan Muaz tu. Hari tu bagi, hari ni tak bagi pulak. Pas tu garang semacam je.” Tidak habis-habis Mia mengadu. Mira sudah tidak tertahan tawanya.
“Kenapa dengan kau ni? Aku cerita dekat kau cerita sedih tau. Bukan cerita kelakar. Asal kau gelak?” pelik Mia apabila mendengar tawa Mira di hujung sana.
“Tak ada apa la. Saja aku nak gelak. Hati aku kan tengah berbunga-bunga ni. Hehe…” Pandai sahaja Mira cuba mencari helah.
“Yeke ni? Ke kau ada sorok apa-apa dari aku? Baik kau cakap.” Ujar Mia seakan dapat mengagak ada sesuatu yang disembunyikan oleh Mira.
“Mana ada apa la. Aku biasa je. Eh, aku terpaksa letak telefon ek? Ada kerja yang aku kena bereskan. Kau datang sini Jumaat kan? Nanti apa-apa hal kau beritahu aku ek? Bye Mia sayang. Assalamualaikum.” Mira bimbang seandainya dia akan terlepas cakap. Akibatnya bukan hubungan Mia dan Muaz bertambah baik, tetapi sebaliknya. Takut Mira memikirkan semua itu.
“Ok, waalaikumsalam.” Baru sahaja meletakkan telefon sudah terdengar jeritan Muaz memanggil namanya. Apa lagi yang dimahukan oleh Muaz.
***
“Sayang…”
“Yer…”
“Sayang…”
“Yer…kenapa awak ni?” geram pula rasanya dengan Muaz ni. Pagi-pagi lagi sudah terpekik memanggil namanya.
“Hehe...marah ke? Nanti cepat tua. Jangan salahkan abang pulak ek? Abang saja nak test suara pagi-pagi ni. Merdu lagi rupanya.” gurau Muaz.
“Yela tu...kenapa awak panggil saya?”
“Dah siap ke? Jom sarapan dan abang hantar sayang pergi kerja terus.” Kali ini dia akan memastikan Mia mengikut arahannya.
“Eh, tak apa la. Awak pergi la kerja macam biasa. Saya pergi sendiri la.”
“No, I said no. Hari ni abang yang akan hantar sayang pergi kerja. Fullstop! Ingat, hari ni half day je tau. Lepas asar kita bertolak ke Perak. Abang ambil sayang dekat tempat kerja sebelum solat jumaat.” Ringkas tetapi padat. Begitulah yang dapat digambarkan kata-kata Muaz itu.
“Tapi…” Mia ingin membantah. Muaz tidak pernah memaksanya begini.
“Tak ada tapi-tapi..cepat..jom sarapan.” Arah Muaz lagi.
***
“Awak tahu ke tempat kerja saya ni?” soal Mia ketika kereta Muaz sudah mula bergerak dari perkarangan rumah mereka.
“Tengok orang la.” Bangga Muaz.
“Yela tu.”
“Eh, betul la.” Dicuit lagi pipi Mia.
Lima belas minit perjalanan, mereka sampai di pejabat Mia.
“Nanti abang dah nak keluar dari office abang call sayang ek? So, get ready jela. Sayang dah beritahu bos nak balik awal hari ni kan?” peringat Muaz sekali lagi. Maklumlah, dia tidak mahu terlewat bertolak ke Perak.
“Dah, nanti apa-apa hal awak inform jela. Kalau awak lambat saya balik sendiri.” sengaja Mia mahu menyusahkan hati Muaz.
“Jangan nak mengada-ngada ek. Kalau buat macam tu abang cium sayang. Nak ke?” ugut Muaz pula.
“Ugut la tu. Dah la, saya dah lewat ni. Saya pergi dulu.” Dia ingin mencapai tangan Muaz untuk bersalam. Tetapi Muaz tidak terus melepaskan genggaman itu.
“Eh, lepas la. Saya dah lewat ni.”
“Kiss abang dulu. Baru boleh turun.”
“Jangan la mengada-ngada. Saya dah lambat ni. Nanti bos saya tak bagi balik awal baru awak tahu.” Mia cuba berbasi-basi.
“No! kiss first.” Muaz juga berkeras.
“Sayakan dah cium tangan awak.”
“Tak nak dekat tangan je. Nak dekat lain jugak.” Mengada-ngada betul gayanya. Sengaja mahu menaikkan darah Mia di awal pagi ini.
“Eee…menyampah la. Awak tolong la. Saya nak masuk kerja dah ni.” Rayu Mia lagi.
“Abang bukan suruh buat benda berat pun. Kiss je. Senang je kan sayang?” dia memang tidak mahu melepaskan Mia sehingga hasratnya itu tertunai.
“Nak saya cium dekat mana? Benci la.” Dalam marah-marah masih ada hati mahu bertanya.
“Untuk permulaan kiss dekat sini satu…sini satu.” Kata Muaz sambil meletakkan jarinya ke atas pipi kanan dan kiri.
Mia memandang sekeliling terlebih dahulu. Bimbang ada mata-mata lain yang memerhati tindakan selanjutnya. Dengan perasaan yang gementar dan geram, Mia tunaikan juga permintaan Muaz itu.
“Ermm…bestnya. Nak lagi boleh?”
“Saya menangis karang. Cepat la. Saya dah tunaikan permintaan awak. Saya dah lambat ni.” Mia cuba menarik tangannya yang masih dalam genggaman Muaz. Kemas sekali.
“Ok la…sikit-sikit nak nangis. Meh abang kiss sayang pulak.” Belum sempat Mia mengelak, Muaz sudah menjatuhkan ciumannya pada kedua-dua belah pipi isteri tercinta.
“Ok, sayang jaga diri ek. Karang abang call.” Pesan Muaz lagi. Lalu melepaskan genggaman itu. Ikutkan hati tidak mahu dilepaskan pegangan itu. Tetapi memikirkan mereka mempunyai tanggungjawab lain, dia harus melupakan niat itu.
“Ya.” Jawab Mia ringkas. Lalu melangkah keluar dari kereta Muaz. Menyesal dia menurut kemahuan Muaz yang ingin menghantarnya ke tempat kerja. Harap-harap tidak ada rakan sekerjanya yang memandang adegan mereka itu tadi. Jika tidak parah jadinya.
Muaz pula tersenyum megah sepanjang perjalanan ke tempat kerjanya. Alangkah bahagianya kalau hari-hari dapat ciuman dari isteri tersayang seperti ini. Muaz sudah jauh berangan.
***
“Sayang, kemas baju abang ek?” arah Muaz setelah mereka pulang dari tempat kerja. Muaz ingin bersiap-siap untuk pergi menunaikan solat jumaat pula. Mujurlah masjid berdekatan dengan rumah mereka. Tidak perlu Muaz bersesak-sesak di tengah lebuhraya seperti selalu. Dengan berjalan kaki sahaja sudah boleh sampai.
“Saya mana tahu baju apa yang awak nak pakai.” Mia memberi alasan. Suaminya itu sudah menjadi seorang yang suka mengarah nampak gayanya. Alasanya cuma satu, Mia kan isteri abang. Huh!
“Dari sekarang la nak kena belajar. Lagi pun abang akan pakai apa sahaja yang sayang pilihkan. Maknanya kalau sayang tak kemaskan baju abang untuk dibawa ke sana, abang tak payah pakai apa-apa la dekat sana. Ok?” Muaz sudah mula mahu menyakat.
“Tak senonoh la awak ni.” Jeling Mia.
“Habis senonoh la ni. Kalau abang tak senonoh habis la sayang…” Muaz menggenyitkan matanya pada Mia. Gelabah juga isterinya itu.
“Yela-yela. Cepat la pergi masjid tu.” Muaz bukannya boleh dilayan sangat. Makin melalut la jawabnya. “Tapi awak jangan komplen apa saja baju yang saya pilih tau?”
“Tak…abang takkan komplen. Abang komen je.” Terdengar ketawanya yang panjang.
”Lantak awak la. Senget!” pantas Mia bergerak laju menuju ke biliknya.
”Lantak awak la. Senget!” pantas Mia bergerak laju menuju ke biliknya.
“Apa sayang cakap? Ulang sekali lagi.” Muaz sudah mahu bergerak ke arah Mia. Apabila menyedari Muaz mengekori, Mia terus berlari menuju ke bilik. Muaz pula pantas mengejar.
Tetapi malang sekali kerana Mia sempat menutup dan mengunci pintu biliknya. Gila betul la Muaz ni.
“Abang balik karang siap la. Eh, cepat keluar. Siapkan makan tengah hari.” Muaz cuba memancing Mia agar isterinya itu keluar dari bilik. Macam budak-budak perangainya.
“Tak nak! Awak pergi masjid dulu. Baru saya keluar.” Laung Mia dari dalam bilik pula. Bukan dia tidak tahu dengan taktik Muaz. Sudah lapuk.
“Tak apa…kita tengok la karang. Ni, abang nak pergi masjid tak nak salam dulu ke?” manalah tahu helahnya menjadi kali ini.
“Tak nak. Nanti batal air sembahyang awak.” Balas Mia lagi.
Ada sahaja yang nak dijawabnya. Sabar…sabar…
Apabila yakin bahawa Muaz sudah pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, Mia menjenguk keluar. “Hehehe…dia dah tak ada. Alamak, baju tak kemas lagi ni.” Pantas Mia menuju ke bilik Muaz. Fikirnya sementara Muaz tiada di rumahlah mudah untuknya mengemas pakaian suaminya itu. Jika Muaz sudah berada di rumah karang segala kerja tidak menjadi.
“Kemasnya.” Itulah ayat pertama yang keluar dari bibirnya sebaik sahaja melangkah ke dalam bilik Muaz.
“Untung sapa yang jadi isteri dia.” Puji Mia lagi.
“Eh, aku la yang untung. Hehehe…” hampir terlupa Mia. Aduh, kenapa la dengan aku ni.
“Baik aku kemas cepat-cepat. Karang ada si mamat sorang tu tak jadi kerja aku.” Lalu Mia bergerak ke arah almari baju yang menempatkan pakaian suaminya. Dicapai sahaja baju yang mana dirasakan sesuai untuk majlis Mira nanti. Banyak sekali koleksi baju Muaz. Tak terpilih dibuatnya. Dah macam kedai baju pun ada.
cite ni best sgt.... dh lm nk cr blog nieya..kt bab 26 br la ltk almt blog ny....tq...
ReplyDeletenvel ni akn d bku kn ke? org kuat p2u dh srh nieya cntact dia...msti nk sign kntrak ngn nieya la 2 kot....hihi
best ! :D
ReplyDeletenur9979:thnks ya..sbnrnyer blog ni bru je create. Itu pun ats permintaan para pembaca..akhirnya tercipta la blog ni.hehehe...sm ada dibukukan @ tidak msih blum ada jwpn...doakan yg terbaik utk sy k...^_^
ReplyDeleteMGR:thnks ya...^_^
ReplyDelete