-->
~CoretanSiPenaDaif~

..Pilih Mana Suka..

  • bola (1)
  • cerita ain (46)
  • cerpen (2)
  • cinta (18)
  • filem (1)
  • ilmu (1)
  • kata2 hikmah (2)
  • kecewa (4)
  • kekasih (1)
  • kereta (1)
  • kesihatan (3)
  • lagu (3)
  • langkawi (4)
  • lirik (2)
  • makan (3)
  • minat (1)
  • movie (1)
  • nasyid (1)
  • novel (5)
  • Novel : Segalanya Mungkin (36)
  • pandangan (10)
  • pengajaran (2)
  • pengalaman (21)
  • percutian (6)
  • perempuan (2)
  • perkongsian (21)
  • persoalan (3)
  • promot (17)
  • puisi (5)
  • ramadhan (6)
  • raya (6)
  • renungan (2)
  • resepi (19)
  • rindu (5)
  • rumahtangga (2)
  • sabah (2)
  • sahabat (4)
  • soal hati (5)
  • walimah (15)

Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 1

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tapi haruskah aku sebagai insan biasa menerima sahaja apa yang terjadi ke atas diriku dengan hati yang terbuka tanpa mengeluh. Ermm…Oh Tuhan,bantulah hambaMu ini bagi menghadapi hari-hari yang mendatang. Perbincangan bersama Baba seminggu yang lepas bermain-main di mindaku.

“Kalau Mia sayangkan baba, tolong lah pertimbangkan permintaan Dato` Masyhur tu. Mia sayang baba kan?”. Sayu sahaja pertuturan baba.

“Ini bukan soal sayang atau tidak baba. Tapi ni soal masa depan Mia. Mia sayang sangat baba. Tapi permintaan ni buat Mia betul-betul tersepit. Baba bagi la masa pada Mia untuk pertimbangkan peminangan Dato` Masyhur tu ya?”. Pintaku penuh mengharap.

“Baiklah. Baba hormati permintaan Mia tu. Tapi jangan lama-lama ya. Tak baik biar orang menunggu.” Begitulah permintaan baba.

“Anak dia nak ke dekat aku ni?”. Soalan itu terus bermain di fikiranku. Bila difikirkan kembali alasan Dato` Masyhur untuk menjadikan aku menantunya agak tidak logik. Kata baba sebagai menyambung ikatan persaudaraan yang cukup rapat antara baba dan juga keluarga Dato` Masyhur.

Bukankah selama ini hubungan mereka baik-baik sahaja. Aah..atau mungkin ini saja dijadikan sebagai alasan.

“Ibu, kalaulah ibu ada disamping Mia mesti Mia tidak susah untuk membuat pilihan.” Rintih Mia.

Selepas selesai istikharahku ini, harapanku cuma satu. Semoga Allah memberi jalan yang paling mudah untuk aku membuat keputusan yang terbaik.

***

Seminggu berlalu, aku tekad untuk memberitahu baba keputusanku. Perkara ini tidak boleh ditangguhkan lagi. Masih ingat akan pesan baba, tidak baik biarkan orang menunggu lama. Baba, apa sahaja yang terjadi selepas ini Mia akan terima dengan hati yang redha.

“Assalamualaikum baba. Baba sihat?” Itu soalan pertama dariku untuk baba.

“Waalaikumsalam. Alhamdulillah, baba sihat di sini. Anak baba yang seorang ni macam mana?”. Balas baba.

“Mia pun sihat. Cuma rindu sangat dengan baba. Baba..”. Panggil Mia dengan manja.

“Ya sayang.” Begitu juga dengan baba.

“Mia dah buat keputusan.” Kata Mia.

“Betul ke? Alhamdulillah. Berakhir jugak penantian baba selama seminggu ni. Jadi apa keputusan Mia?”. Tanya baba penuh debar.

“Mia dah buat keputusan. Keputusan Mia ikhlas dari hati Mia. Mia buat keputusan ni seiring dengan pertolongan dari Nya. Mia terima pinangan tu.” Balas Mia.

“Alhamdulillah. Syukur pada Tuhan. Itulah jawapan yang baba tunggu selama ni. Terima kasih anakku. Malam nanti bolehlah baba call Dato` Masyhur untuk kongsi berita gembira ni.” Begitu gembira baba dengan keputusanku ini.

“Tapi sebelum apa-apa Mia nak tahu. Selama ni baba dan Dato` Masyhur saja yang beria-ia nak satukan kami. Tapi Mia tak pernah dengar apa-apa pun pasal anak Dato` tu. Dia tak kisah dengan pilihan orang tua dia ke?”. Tanya Mia.

“Itu Mia jangan risau. Anak teruna Dato` Masyhur takkan sesekali membantah arahan papanya.” Yakin sekali jawapan baba.

“Mia tak nak dia rasa terpaksa terima Mia hanya kerana papanya. Mia nak dia terima Mia dengan ikhlas.” Pintaku.

***

Telefon bimbit Mia menjerit minta diangkat. “Assalamualaikum Mia.” Suara pemanggil begitu mesra.

“Waalaikumsalam. Siapa di sana?”. Tanya Mia.

“Ni uncle. Papa Muaz.” Balas si pemanggil.

“Papa Muaz? Muaz mana ya. Encik salah nombor tak ni?” Balas Mia.

“Ooo..mungkin baba Mia tak bagitahu Mia lagi. Ni uncle Masyhur. Bakal bapa mertua Mia. Muaz tu bakal suami Mia. Bertuah punya baba Mia. Nama bakal menantu pun dia tak bagitahu Mia lagi.” Mesra bunyinya.

Alangkah terkejutnya Mia Dato` Masyhur yang menelefonnya. Baba tidak memaklumkan apa-apa padaku.

“Oh..Dato`.Maaf saya ingatkan siapa la tadi. Mungkin baba tak sempat nak cerita apa-apa lagi pada Mia.” Balas Mia.

“Eh, jangan la berdato`-dato` dengan uncle. Panggil uncle sudah. Kan lebih mesra. Mia..uncle nak ucapkan jutaan terima kasih dekat Mia kerana sudi terima anak uncle. Uncle harap Mia dapat ubah Muaz.” Jelas Dato` Masyhur.

“Apa maksud uncle dengan ‘ubah’ Encik Muaz? Saya tak faham. Dan saya terima Encik Muaz dengan ikhlas.” Beritahu Mia.

“Nanti Mia akan faham. Uncle harap Mia dapat bantu uncle ya.” Penuh harapan pertuturan Dato` Masyhur itu.

Siapa sebenarnya insan yang bernama Muaz. Kononnya sebagai bakal suamiku. Tapi aku tidak pernah mengetahui satu pun tentang Muaz. Apatah lagi melihat sendiri insan itu. Ya Allah, Kau tabahkanlah hati hambaMu ini.

***

“Papa tak boleh buat Muaz macam ni. Papa tak sayangkan Muaz ke?”. Marah Muaz.

“Sebab papa sayangkan kamu lah papa buat macam ni.” Balas Dato` Masyhur.

“Papa memang kejam. Sekurang-kurangnya tunggu la Muaz balik dari UK dulu. Dah la Muaz pening dengan kerja kat sana. Dah settle yang sana tambah pulak dekat sini. Kalau Muaz tahu Muaz tak balik pun tak apa. Muaz belum ready lagi papa.” Rayu Muaz.

“Belum ready kamu kata. Umur dah 31 tahun. Itu belum cukup ready ke? Keluar berfoya-foya tu sebab tak ready nak kawin la ya? Apa nak jadi dengan kamu ni. Cuba la matang sikit. Apa saja alasan kamu papa tak akan terima. Kamu harus kahwin dengan anak Uncle Saufi. Kalau kamu ingkar satu sen pun papa tak akan bagi kamu. Dan keluarlah cari kerja lain. Jangan berangan lagi nak jadi bos dekat syarikat papa tu. Faham?” Tegas Dato` Masyhur.

Muaz tiada pilihan lagi. Dia harus patuh arahan papa. Tak guna punya perempuan. Siap la kau aku kerjakan nanti. Jangan ingat mudah-mudah saja kau nak rosakkan hidup aku. Bisik Muaz di dalam hati.
~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Tuesday, August 02, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:AhLan WasAhLan:..

..:KePunYaAn EmPaYar:..

nurul ain haji jamli
24 april 1990
kuala kangsar, perak
penulis & blogger
dah jadi PUAN

kLik..kLik..

..:iMpiAn HatI:..

"Ya ALLAH, jaDikAn Aku WaNitA sOLehAh...yaNg bAik dI anTarA yAnG tErbAiK...kUrnIaKan jUgA PenDamPinG yAng BaIk daLam HiDupKu...baGi mEndApaTkAn SesUaTu YaNg TerBaIk dAri-Mu...aMin yA RaBb..."

..:pEcEbuK:..

Nurul Ain Haji Jamly

Create Your Badge

cE kOmE tRy bAce!!

  • ►  2013 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (8)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (6)
  • ►  2012 (78)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ►  October (6)
    • ►  September (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (8)
    • ►  June (12)
    • ►  May (14)
    • ►  April (9)
    • ►  March (1)
    • ►  February (6)
    • ►  January (1)
  • ▼  2011 (79)
    • ►  December (7)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (7)
    • ▼  August (32)
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 29
      • Last Kerja B4 Raya
      • Al-kisah Kasut Raya
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 28
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 27
      • TaHuN ke-3 TanPa...Mu...
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 26
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 25
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 24
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 23
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 22
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 21
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 20
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 19
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 18
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 17
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 16
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 15
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 14
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 13
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 12
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 11
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 10
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 9
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 8
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 7
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 6
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 5
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 4
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 3
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 2
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 1
    • ►  June (7)
    • ►  May (6)

..:FoLLowErS:..

..:i foLLow u:..

  • Blog Cik Nurfarah
    HI 2025
  • Jia creatifelt
    Harry Potter Et Les Reliques De La Mort : 1ère Partie (2010) Watch Full Movie Streaming Online
  • Warong Makcik Senah
    Watch Clifton Hill 2019 Free Online
  • Kisah BudaxXx Montel ^^
    Watch Cardboard Boxer 2016 Free Online
  • Entirely Of Flaws
    Bank Indonesia Memberi Penghargaan Atas Pelaporan Uang Palsu
  • ♥cOraT cOret NusHA ♥
    TRAGEDI OKTOBER : Duit bagi tapi tak cukup!
  • TAMU JAJAKRAF
    NOTICE BOARD
  • ~BabyComel~ Hanya insan Biasa
    Suratan Takdir Gersang Kisah Si Curang
  • I CANT HEAR THE SILENT MELODIES
    Jual Obat Maximoz Peningkat Vitalitas, Stamina Dan Obat Ejakulasi Dini Di Sidoarjo
  • Nurhafizah ❤
    5 Tips Bagaimana Menjaga Fikiran Positif Setiap Hari
  • Wanita Melayu Akhir Zaman
    J-Pace SUV Review 2018
  • SaHaBaT BUKIT BOTAK
    Ninja : Genap 1 Tahun 4 Bulan
  • silenceaneesa ♥
    Langkah Memberi warna Baju Dengan Wantex supaya Sembuh Seperti Baru Lagi
  • Reading is the most relaxing moment. (I'm only eighteen)
    Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion 5
  • BILA KATA HATI MENULIS
    Terus Mencintaimu
  • Wardah Alisya
    8 tahun usia Wardah Alisya
  • Dazzi Lurzzi Official Blog
    Redha 2016 Movie Hack Full
  • ya allah kuatkan hati kami
    Obat herbal murah berkhasiat paling ampuh
  • oLd_sChOoL
    Selangor Juara Piala Malaysia, Kenduri Kahwin Member Lebih Penting
  • [ hujung peNa... papan kekuNci ]
    "Letihlah nak pikir duit..."
  • JoY AnD SoRrOw
    FiRsT eNtRy FoR tHiS yEaR
  • Anas Muallim
    Cuti yang panjang
  • segalanyamungkin
    BAKTI SISWA TERENGGANU (KAMPUNG SEBERANG TAKIR)
  • ! ~ Salam Ukhuwah ~ !
    Giveaway dan Lucky Draw
  • misyaain amna
    TANDA HIDUP TAK BERKAT
  • ^◕‿◕^
    UPDATE NEW STOCK ** MEN'S SHIRTS **
  • The Karl Nyzam™
    Erti Sebuah Kemaafan
  • col0ur ur life
    Tukar Lagi.
  • kami craft
    Pek Kombo Tona~~ Murah Gilaa~~~!!!
  • Abu HurairaH
  • My Life
    Hujung Minggu
  • ~~ ketulusan hati ~~
    Dia kekasih aTi Qu...
  • ♥ CATATAN SEORANG HAMBA ♥
    ♥ KISAH MAYAT MEMBACA SURAH YASSIN DI MEKAH ♥
  • maiza husna
  • PERCUTIAN TERINDAH
    PAKEJ 3HARI 2MALAM DI PANGKOR
  • ! .. ✿Ɖαʏα Ƭнɛ Ƨιϰтн✿ .. !
    Korean Fashion :)
  • Ibnu Sina ATC
    Sekitar Karnival Ekonomi Muslim
  • ~liFeminEswEEtsoUr~
  • Celoteh Deqyah Pegeon~
  • Triple L
  • JuZ a sImPLe guRL DiaRy
  • BerLARI ke LANGIT
  • ♥
  • Muni Izzah
  • ♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫•♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫• ♫•*¨*•.¸¸
  • vip eema..
  • Eimma
  • kedai mu
  • Hafiz Hamidun
  • Seek ONLY for MARDHOTILLAH
  • BLOG ALAN
  • ✿ Missz.Nana.Punyer.Cerita ✿
  • ..sEriKanDi isLaM..
  • *sUkA-suKi DunIakU*
  • hello !!!
Backgrounds & Flower Backgrounds
Powered by Blogger.