“Sayang lapar tak? Jom singgah makan dulu nak? Karang kita terus pergi ladang teh.” Pelawa Muaz. Lagi pun cuaca tidaklah begitu panas. Tambahan pula suhu di sini lebih dingin berbanding di Kuala Lumpur. Berjalan pada waktu tengah hari pun tidak terasa bahangnya. Jika di Kuala Lumpur, pagi dan malam tiada bezanya dengan cuaca ketika matahari tegak di atas kepala.
“Ermm..boleh la. Sejuk-sejuk macam ni lapar pulak.” Inilah akibatnya apabila Muaz tidak mahu memaklumkan ke mana mereka mahu pergi hari ini terlebih dahulu. Sudahlah cuaca di sini agak sejuk. Dia pula tidak tahan dengan keadaan seperti ini. Terpaksa berpeluk tubuh la jawabnya.
“Eh, dah terasa sejuk ke? Belum keluar dari kereta lagi. Dahsyatnya sayang ni.” Usik Muaz lagi lalu menggenggam jari-jemari Mia yang sejuk itu. Mia hanya membiarkan sahaja. Dilarang pun Muaz tetap begitu.
“A’ah la. Sejuk giler tangan sayang. Ish..ish..ish..macam mana nak tinggal dekat UK ni?”
“Merepek la tu. Awak la punya salah. Tak nak beritahu awal-awal.” Mia menarik tangannya dari terus digenggam oleh Muaz. Dia tidak mahu Muaz bertindak sesuka hati sahaja. Pantang ada peluang pasti tidak dilepaskan.
“Yela, abang mintak maaf ek? Kejap lagi kita cari sweater ek?” pujuk Muaz.
“Tak payah la.” Mia seakan berjauh hati.
“Ok la…kalau tak nak beli baju sejuk abang ada satu lagi cara nak tolong sayang supaya tak terasa sejuk sangat.” Dibibirnya sudah terukir senyuman, tetapi mata tetap dipandang ke arah jalan kerana dia ingin mencari gerai makan untuk mereka. Dia juga sebenarnya tidak biasa dengan jalan di sini. Ingat-ingat lupa sahaja. Seingat Muaz, sudah bertahun lamanya dia tidak datang ke Cameron Hingland.
“Apa dia?”
“Ermmm….itu pun kalau sayang setuju la.”
“Yela..apa dia?” Muaz suka begitu. Cakap tidak pernah habis. Geram dibuatnya.
“I will hug you.”
“Eee…mengada la awak ni. Malas la nak layan.” Dia sudah agak. Muaz pasti mahu mengatakan sesuatu yang menyakitkan hatinya. Muaz yang dahulu dan kini amat berbeza. Dahulu, Muaz di matanya adalah seorang yang sangat serius. Untuk melihat senyuman dari bibir lelaki itu teramat sukar sekali. Jika ada pun hanyalah senyuman palsu buat dirinya. Tetapi kini, Muaz yang dikenalinya adalah seorang yang sangat ceria. Gelak tawanya sentiasa mengiringi wajah sang lelaki. Senyuman juga tidak pernah lekang dari bibir itu.
“Ala, cakap sikit nak marah…marah je cakap sikit…” belum puas lagi dia mengusik Mia. Dia sendiri menyedari perubahan sikap yang berlaku pada dirinya. Secara jujurnya apabila teringat sahaja akan isterinya itu, pasti hatinya teruja sangat ingin mengusik Mia. Dia seronok melihat rajuk Mia. Dia gembira apabila Mia marah-marah manja dengan usikannya itu.
“Ok, kita dah sampai.” Beritahu Muaz.
Setelah mendapat tempat letak kereta yang selamat tetapi agak jauh sedikit, Muaz terus sahaja keluar dari kereta dan ingin membuka pintu buat isteri tersayang.
“Kita nak makan dekat mana?” soal Mia. Apa yang dilihatnya, hanya gerai makanan cina yang terdapat kawasan itu. Takkan la Muaz mahu makan di situ.
“Tu.” Tunjuk Muaz dengan memuncungkan bibirnya.
“KFC?” Tidak perasan pula restoran makanan segera itu berada di sini.
“Dah la sayang. Jom la pergi makan. Abang dah lapar sangat ni.” Tanpa menunggu jawapan dari Mia, Muaz menggenggam kembali tangan kanan Mia dan menarik tubuh itu supaya mengikut langkahnya. Dia benar-benar sudah lapar.
“Tak payah la pegang-pegang. Saya boleh jalan sendiri la.” Bantah Mia. Dia tidak pernah berjalan dengan lelaki seperti itu kecuali dengan babanya.
“Tak boleh. Abang kena pegang jugak. Nanti sayang hilang.” Alasan yang langsung tidak logik.
“Saya bukan budak-budak la awak. Lagi pun bukannya jauh pun restoran KFC tu. Boleh nampak dengan jelas. Takkan boleh sesat jugak kot.” Mia masih berdiri kaku di situ. Hatinya tiba-tiba menjadi panas apabila Muaz bertindak sesuka hati tanpa meminta persetujuan darinya terlebih dahulu. Berilah ruang padanya untuk menyesuaikan diri dalam keadaan mereka sekarang ini.
“Sayang, jangan la macam ni.” Pujuk Muaz lagi. Tetapi apabila melihat wajah Mia yang tidak seceria tadi, Muaz melepaskan genggaman itu. Tiada guna juga memaksa jika Mia tidak dapat menerima semua itu dengan ikhlas.
Terkejut Mia apabila Muaz melepaskan tangannya begitu sahaja dan beredar dahulu ke hadapan. ‘Alamak..apa aku buat ni. Ish, aku ni suka sangat cari pasal. Aku bukan pegang tangan orang lain pun. Suami aku sendiri. Nur Mia! Bodohnya kau.’
Mia mengutuk-ngutuk dirinya sendiri. Muaz tidak lagi sudi menoleh ke belakang. Dia harus melakukan sesuatu supaya Muaz tidak berasa hati. Lalu dia berlari-lari anak mengejar Muaz yang sudah berjalan agak jauh dari dirinya. Lalu dia memaut erat lengan si suami. Terkejut Muaz dibuatnya. Takkan semudah itu Mia menyerah kalah. Selalunya keras kepala sangat.
Dipandang wajah Mia di sebelahnya. Tetapi Mia hanya memandang ke hadapan sambil terus memaut lengan itu. “Sayang tak salah orang ke ni?” soal Muaz yang masih terasa dengan sikap Mia.
“Tak. Jalan la laju sikit. Lapar ni.” Mia cuba mengalih topik. Sebenarnya dia malu dengan dirinya sendiri.
Muaz tersenyum dengan perlakuan isterinya itu. Mahu tetapi malu. Hehe…dengan penuh keyakinan Muaz menyulam jari-jemari mereka dengan kemas dan bergerak pantas ke restoran itu. Kelaparannya tidak dapat ditahan-tahan lagi. Begitulah sikap Mia. Mudah membuat dirinya terasa hati dan begitu mudah juga membuatkan dirinya terpujuk kembali. Ajaib sekali kuasa cinta ini.
Ketika ingin beratur memilih makanan, Muaz menarik Mia supaya berdiri di hadapannya. Boleh tahan juga pengunjung di sini. Pelancong asing juga turut memenuhi restoran makanan segera itu. Mungkin in adalah makanan yang sudah diketahui rasanya dan mudah membuat pilihan.
“Sayang nak makan apa?” bisik Muaz di telinga Mia. Dengan fizikal isterinya yang agak rendah darinya, terpaksa Muaz menundukkan sedikit tubuhnya.
“Ha?” soal Mia kembali. Dia tidak dapat mendengar dengan jelas. Bising sekali suasana di dalam restoran itu.
Muaz melingkari tangannya di pinggang Mia dan menarik tubuh itu supaya hampir dengannya lalu berbisik, “sayang nak makan apa?”
“Ermm…apa-apa jela.” Jawab Mia ringkas. Dia benar-benar tidak selesa dengan perlakuan Muaz itu. Tetapi dia tidak mahu kejadian sebentar tadi berulang lagi.
“Apa-apa tak ada jual dekat sini yang.” Kata Muaz. Gembira sekali hatinya apabila Mia tidak memarahi langsung tindakannya memeluk tubuh itu. Lagi dikemaskan pelukannya.
“Ambil yang jom jimat tu jela. Set B.” Mia memang tidak lalu untuk menghabiskan set yang besar-besar. Jawabnya membazir sajalah.
“Sikit sangat la set B tu. Ambil yang lain la.” Ujar Muaz.
“Tak apa la. Banyak-banyak karang membazir la.”
“Tak membazir punya.” Muaz masih berdegil. Set itu bukan untuk dirinya. Tetapi dia pula yang risau berlebihan.
“Banyak la…”
“Sikit la…”
Apabila tiba sahaja giliran mereka untuk membuat tempahan, Mia terus berkata, “cik bagi Snack Plate dua set. Tambah chezzy wedges yang besar punya satu tau. Haa, satu lagi fun fries yang besar jugak. Air tu tukar pada Milo ek. And makan sini.”
‘Ambil kau Muaz. Nak sangat aku order banyak. Tak habis karang sumbat jugak mulut dia.’
“Meh duit!” pinta Mia pada Muaz dengan selambanya.
“Sayang, tak banyak sangat ke?” soal Muaz pula sambil menghulurkan sekeping wang kertas kepada isterinya itu. Ternganga dibuatnya apabila Mia meminta set makanan untuk mereka sebanyak itu. Dia sendiri tidak yakin mampu menghabiskan semua itu berdua sahaja.
“Tak banyak la. Karang kalau tak cukup kita order lagi ek?” jeling Mia. Baru kena dengan Muaz. Dia memang seyakin-yakinnya tidak larat untuk menghabiskan semua itu. Biar Muaz yang tanggung. Bukan duit dia. Hehe…nakal sekali Mia.
Selepas mendapat pesanan sebentar tadi, Muaz hanya mengekori Mia untuk mencari meja kosong sambil membawa makanan mereka. Tiada pilihan mereka terpaksa duduk di tingkat atas. Meja makan mereka pula agak terselindung dari orang ramai.
“Ok, sekarang baca doa cepat. Kata lapar sangat tadi.” Arah Mia.
Lalu Muaz menadah tangan membaca doa makan untuk mereka berdua. Amin…
Seperti yang dijangka, Mia hanya menghabiskan seketul ayam, sedikit chezzy wedges dan mengulangi kentang goreng sedikit demi sedikit.
“Aik, stop dah ke? Yang banyak-banyak ni sapa nak makan?” soal Muaz pelik apabila Mia sudah berhenti makan. Yang dia sedang berusaha untuk menghabiskan set makanannya. Berpeluh-peluh juga dibuatnya.
“Eh, awak kan tak habis makan lagi tu. Alang-alang habiskan la sekali. Cepat..cepat..banyak lagi ni.” Mia mengenakan Muaz lagi.
“Abang yang kena habiskan? Sayang yang order banyak macam ni abang pulak jadi mangsa.” Rungut Muaz. Memang la dia yang menyuruh agar isterinya itu memesan lebih sedikit, tetapi bukanlah sebanyak ini.
“Eh, tadi bising sangat yang saya nak order sikit la, tak cukup la. Saya dah cakap yang saya tak larat nak habiskan. Awak yang paksa. Sekarang, awak habiskan semua ni. Kalau tak, membazir je tau.”
“Sayang….tolong la habiskan sekali.” Pinta Muaz lembut.
“Tak dengar…tak dengar…” Mia menutup telinga dengan kedua belah tangannya. Biarlah Muaz memujuknya dengan apa cara sekali pun, dia tetap tidak mahu makan lagi. Dia benar-benar sudah kekenyangan.
“Sampai hati…abang kenyang jugak ni. Macam mana nak sumbat lagi?”
“Maaf…saya tak dapat membantu. Habiskan tau, nanti makanan tu menangis, awak tanggung la.” Usik Mia lalu di beredar ke bilik air restoran itu. Terlalu sejuk rasanya.
‘Ingat aku budak kecil ke nak ugut-ugut macam tu. Aduh, memang terkena habis la kali ini. Banyak lagi ni.’
Selepas selesai makan, mereka mencari tempat untuk menunaikan solat pula. Kemudian barulah mereka menuju ke Ladang Teh Boh yang terbesar di Cameron Highland.
“Wah…nyamannya.” Kata Muaz sebaik sahaja turun dari kereta mereka. Kesejukan mula terasa. Dipandang semula ke arah isterinya. “Bestkan sayang? Sejuk je.”
“A’ah. Tenang je mata tengok daun-daun hijau ni kan. Jom turun ke bawah tu nak!” ajak Mia. Dia juga sudah lama tidak datang ke mari. Seingat Mia kali terakhir dia ke sini adalah ketika zaman belajarnya di sekolah menengah dahulu. Itu pun mengikut rombongan sekolah.
“Jom!” Muaz bersetuju dengan cadangan itu. Lagi pun ladang itu tidak menjadi kawasan larangan bagi sesiapa yang ingin melihat daun-daun teh itu dengan lebih dekat. Ladang yang menghijau itu menyedapkan mata sesiapa sahaja yang memandang.
“Jom ambil gambar.” Pelawa Muaz pula. Dia memang suka sangat mengambil pelbagai gambar tidak kira di mana sahaja sebagai kenang-kenangan.
“Mari saya tangkap gambar awak.” Mereka hanya berdua, jika tidak dia yang membantu Muaz untuk bergambar, siapa lagi.
“Ala, kamera ni boleh letak atas batu tu.” Pantas sahaja Muaz terpandangkan batu besar yang berada berdekatan dengan mereka.
Sebenarnya Mia mahu mengelak dari bergambar dengan Muaz. Dia juga suka bergambar, tetapi apabila memikirkan akan berdiri di samping Muaz, seram pula rasanya.
“Tak apa la. Saya tolong ambilkan gambar awak. Cantik sikit gambarnya.”
“Jangan nak berdalih macam-macam. Cepat.” Muaz menarik tangan Mia supaya berdiri di sebelahnya. Mahu tidak mahu, Mia turutkan saja. Malas mahu bertengkar lagi.
“Ok, sayang berdiri dekat sini sekejap. Abang nak adjust kamera ni.”
Sudah diagak oleh Mia. Pasti Muaz tidak akan melepaskan peluang untuk memeluk tubuhnya sesuka hati. Pelbagai gaya mereka rakamkan bersama. Pengarahnya adalah Encik Muaz Hasbi.
Setelah puas bergambar, mereka berdua ingin melihat sendiri proses pembuatan serbuk teh yang juga berada di situ.
Sempat jugalah Muaz dan Mia membeli pelbagai jenis serbuk teh yang telah ditambah perisa seperti strawberi, oren dan sebagainya untuk dibawa pulang.
“Best tak?” soal Muaz ketika mereka sudah berada di dalam kereta ingin menuju ke destinasi seterusnya.
“Best sangat. Kita nak pergi mana pulak lepas ni?” tidak menyesal Mia mengikut Muaz ke mari. Sudah lama dia tidak menghirup udara segar seperti ini.
Muaz pula bertambah gembira apabila di wajah Mia tidak lekang dengan senyuman. Mungkin berasa seronok berada di sini.
“Ermm…kita pergi ladang strawberi pulak nak?”
“Nak..nak..” Sudah tentulah Mia bersetuju kerana dia amat meminati buah yang comel itu.
***
Tidak sampai 15 minit perjalanan mereka pun sampai di Strawberry Farm. Mia sudah tidak sabar-sabar mahu turun.
“Cepat la awak.” Ujar Mia.
“Sabar la sayang.” Muaz baru sahaja ingin turun dari kereta. Isterinya itu nampak begitu teruja sekali.
“Jom.” Muaz mencapai tangan Mia. Lalu digenggamnya erat. Mia pula tidak membantah langsung. Mereka berjalan berpimpin tangan menuju ke deretan pokok strawberi yang terdapat di situ.
Begitu ramai pengunjung yang sedang leka memilih buah strawberi yang segar-segar untuk dipetik sendiri.
“Awak, kita boleh petik sendiri buah strawberi ni kan?” soal Mia.
“Boleh. Tengok tu dia tulis apa. RM7.00 untuk 500 gram. Kejap, abang pergi ambil bakul dia.”
Setelah mendapat bakul kecil untuk mengisi buah strawberi yang telah dipetik, Mia mula sibuk memilih. Rambang mata dibuatnya. Tidak tahu mahu mengambil yang mana satu. Padahal rasa dan warnanya serupa sahaja. Saiznya sahaja yang berbeza.
Leka sekali Mia sampai tidak perasan Muaz sedang merenungnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Tanpa meminta izin, Muaz memeluk Mia dari arah belakang.
“Sonok la tu dapat petik buah strawberi ek?” soal Muaz betul-betul di tepi telinga Mia. Manja sekali gayanya. Jika ada mata yang memandang pasti menyangka bahawa mereka pasangan suami isteri yang datang berbulan madu ke sini.
“Mesti la. Kita beli banyak-banyak ek? Nanti boleh kasi Mira sekali.” Ujar Mia. Mahu sahaja ditolak tubuh Muaz jauh-jauh, tetapi misinya untuk memetik buah strawberi yang banyak ini belum terlaksana. Kalau di rumah sendiri, pasti sudah membuka silat melawan Muaz.
“Balik-balik Mira. Dekat abang ni tak ingat pun.” Merajuk bunyinya.
“Eh, awak suka strawberi ke?”
“Ermm…boleh la. Ada makan, tak ada pun tak kisah.” Jawab Muaz ringkas. Hatinya gembira bukan kepalang kerana dapat berkelakuan begitu mesra dengan Mia. Kalau dia tahu Mia sukakan buah strawberi sudah lama dia akan bawa Mia ke sini. Hehehe…
“Sayang…kita tidur sini nak.” Ajak Muaz yang mana tangannya sudah menjalar nakal ke seluruh tubuh isterinya itu.
“Jangan nak mengada ek? Awak dah janji nak balik hari ni jugakkan?” kata Mia. ‘Dia ni dah mula menggatal la ni. Pantang beri peluang sikit.’ Ujar Mia di dalam hati.
“Ala, esok bukan kerja pun. Lagi pun banyak tempat kita tak pergi lagi tau.” Muaz cuba memancing Mia. Mana la tahu, berhasil nanti. Dia juga yang untung dapat berdua-duaan dengan Mia di sini.
Muaz sudah memasang angan-angan yang terlalu tinggi.
“Eh, jom pergi bayar. Dah banyak saya petik ni.” Lantas Mia memboloskan diri dari pelukan Muaz yang sudah lain benar rasanya.
‘Ish, orang baru nak manja-manja. Dia dah lari pulak. Tak bagi peluang langsung.’ Bebel Muaz sendirian. Dia hanya mengekori Mia yang mahu membayar harga buah strawberi yang telah dipetiknya.
“Ok, destinasi seterusnya.” Kata Mia seperti mengarah seorang pemandu pelancong.
“Ingat abang ni tour guides sayang ke?” soal Muaz dengan senyuman di wajahnya.
“Memang pun.”
“Kita nak pergi mana pulak ni?” Muaz sebenarnya bukan mahu berkunjung ke sana ke mari sangat. Dia hanya mahu menghabiskan masa bersama dengan isterinya sahaja. Tetapi Mia hanya buat-buat tidak faham pula.
“Kita pergi Taman Rama-rama nak? Dekat Berinchang kan?” soal Mia untuk kepastian. Mesti comel-comel sahaja rama-rama di sana. Tidak sabar dia mahu menyetuh dan melihat dengan lebih dekat.
“Ok, abang ikut jer.” Jawab Muaz ringkas.
“Kenapa dengan awak ni? Macam tak gembira je.” Kata Mia. Tadi bukan main kalut lagi ajak dia ke mari. Apabila sudah sampai seperti hilang semangat pula.
“Tak ada la. Abang ok je.”
“Betul ni? Kalau macam tu jom kita teruskan perjalanan. Nanti tak sempat nak pergi tempat lain pulak.” Mia masih belum faham dengan keinginan Muaz.
***
Akhirnya mereka sampai di Taman Rama-rama. Sudah tidak sabar Mia mahu masuk ke dalam.
Sebenarnya Mia sudah kesejukan yang teramat sangat. Tetapi takkanlah mahu diberitahu kepada Muaz. Muaz sendiri pun tidak punya pakaian sejuk. Masakan dia boleh membantu.
“Sayang sejuk ke? Abang nak belikan baju sejuk tak nak.” Soal Muaz. Dia sudah lama perasan Mia seperti menahan kesejukan. Apabila dia ingin membelikan pakaian sejuk untuknya tidak mahu pula. Banyak sahaja alasannya.
“Tak apa la. Boleh tahan lagi.” Itulah jawapannya setiap kali Muaz bertanya.
“Meh sini.” Muaz menarik tubuh itu supaya rapat dengannya. Dirangkul bahu Mia agar kesejukan dapat dikurangkan.
Mia yang sudah ternyata kesejukan hanya membiarkan sahaja. Kurang sedikit sejuk ditubuhnya.
“Awak tak sejuk ke?” Muaz juga tidak mempunyai pakaian sejuk. Tetapi bermurah hati mahu menawarkan bantuan.
“Abang tak kisah sangat. Boleh je tahan lagi. Sayang tu abang tengok dah biru-biru bibir.” Dia tidak peduli lagi kalau Mia mahu menolak tubuhnya. Dia tetap mahu memeluk wanita itu.
Apabila dirasakan agak sukar untuk berjalan kerana hanya Muaz yang merangkul bahunya, akhirnya Mia turut memaut kemas pinggang Muaz agar mudah sedikit mereka berjalan.
“Haa..macam ni la baru pasangan romantik.” Ujar Muaz gembira. Dicuit hidung Mia sedikit.
Begitu mesra sekali mereka kelihatan. Tambahan pula dalam cuaca yang begitu dingin. Sekurang-kurangnya mereka dapat mengalirkan sedikit haba panas buat diri masing-masing.
“Waa…comelnya.” Tegur Mia pada seekor rama-rama yang begitu hampir dengannya. Pelbagai warna rama-rama yang terdapat di sini. Mahu sahaja ditangkap dan dibawa pulang ke rumah. Pasti tenang sahaja apabila mempunyai taman rama-rama mini di rumah sendiri. Tetapi entah bila akan tercapai.
“Memang la comel. Tenuk je yang tak comel.” Bukan niat Muaz mahu mengungkit tetapi mahu terus mengusik isterinya itu.
Mia menjeling Muaz. Geram dengan lelaki itu. Mahu memerlilah tu.
“Apa jeling-jeling? Ada hutang?” soal Muaz sambil ketawa kecil melihat isterinya memandang tajam ke arahnya.
“Memang ada. Bayar balik.” Jawab Mia.
“Boleh.” Lalu dicium pipi kiri Mia yng kesejukan itu.
“Apa ni?” tegur Mia dalam nada yang terkejut.
“Hutang la. Kata suruh bayar tadi.” Usik Muaz.
“Mengada la awak ni. Tak baik ambil kesempatan.”
“Ambil kesempatan? Sayang nak tau, kalau abang nak ambil kesempatan, abang tak bawak sayang ke sini tau. Abang bawak terus ke hotel mana-mana, kurung sayang dalam tu. Abang paksa sayang layan abang sampai abang puas hati. Itu namanya ambil kesempatan tau.” Agak tegas suara Muaz kali ini.
Tertunduk Mia dibuatnya. Dia tahu dia masih belum menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri sebenar-benarnya buat Muaz Hasbi.
“Sayang, abang takkan paksa kalau sayang tak nak.” Dicium dahi Mia sebagai tanda yang dia redha atas setiap tindakan isterinya itu.
“Dah, jom pergi tengok yang dekat dalam-dalam pulak. Mesti lagi banyak yang comel-comelkan?” Selagi mampu dia tidak mahu isterinya itu terasa hati apabila bercakap mengenai masalah rumahtangga mereka yang masih belum ada kesudahannya.
Mereka berjalan berpimpin tangan. Seperti sepasang kekasih yang menjalani kehidupan harian tanpa sebarang kelukaan. Hanya mereka yang tahu dan fahami, setiap tindakan mereka adalah menjadi lorong-lorong kecil yang dipenuhi cahaya untuk mereka mengecapi kebahagiaan yang tiada pengakhirannya.
Sebelum mereka pulang, sempat juga mereka singgah di beberapa tempat untuk mencari pokok-pokok kaktus yang comel, sayur-sayuran untuk dibawa pulang, pelbagai cenderahati dan sebagainya.
“Awak, saya bukak tingkap sikit ek? Nak rasa angin malam dekat sini.” Pinta Mia pada Muaz. Ketika itu mereka sudah mahu pulang ke Kuala Lumpur.
“Tak sejuk ke sayang? Nanti demam pulak.”
“Tak ada la. Awak jangan la bawak laju sangat. Dah keluar dari kawasan Cameron Highland ni saya tutup la balik tingkap ni. Bukak sikit je ek?” Mia terus meminta. Sebentar tadi apabila melihat Mia yang sudah terketar-ketar menahan sejuk, akhirnya Muaz membeli juga sehelai selendang yang agak tebal untuk Mia tanpa meminta persetujuan isterinya itu terlebih dahulu. Kasihan melihat wanita itu.
Apabila Muaz bersetuju dengan cadangannya, Mia mengeluarkan sedikit tangannya keluar tingkap. Telapak tangannya ditiupi angin malam Cameron Highland. Indah sekali rasanya.
“Seronok la tu?” soal Muaz apabila melihat Mia tersenyum-senyum seorang diri.
“Mesti la. Cuba awak buat macam saya ni.” Saran Mia.
“Tak nak la. Abang bukan budak-budak macam orang tu.” Perli Muaz dengan niat mahu mengusik wanita itu.
“Eh, apa kena-mengena buat macam ni dengan budak-budak pulak?” soal Mia kembali.
“Yela, budak-budak je suka buat kerja macam tu.” Muaz juga mahu menang.
“Ooo…kalau macam tu saya ni budak-budak la ek. Ok, tak pe. Saya tak kisah. Maknanya lambat lagi la saya nak tua kan? Tak lama lagi awak dah kena pakai tongkat la ek?”
“Mulut tu kan, ada je nak menjawab.” Muaz menarik pipi Mia tanda geram dengan percakapan isterinya itu.
“Auu…sakit la…” Lalu dia menolak tangan Muaz yang mahu mencucuk pinggangnya pula. Sudah tahu dia sensitif akan hal itu, sengaja mahu mengenakannya.
Tanpa Mia sedari, Muaz memberhentikan kereta di bahu jalan. “Jom turun!”
‘Alamak, dia marah dekat aku ke? Dia nak tinggalkan aku dekat sini ke? Baba, tolong Mia. Mia nak balik.’ Mia masih belum keluar dari perut kereta. Tetapi dia sudah nampak yang Muaz mahu menuju ke bahagian pintu sebelahnya. Apa Muaz mahu buat ni?
“Cepat la turun sayang.” Ujar Muaz.
“Kita nak buat apa dekat sini?” soal Mia yang mula merasa ketakutan.
“Jom la turun dulu.” Pelawa Muaz lagi. Wajah isterinya sudah pucat semacam. Elok juga kalau dapat kenakan dia ni. Hati Muaz berkata nakal. Ada sahaja idea nakalnya.
“Tak nak la. Dah lewat la. Jom kita balik nak?”
“Sapa cakap kita nak balik? Abang nak tinggalkan sayang dekat sini. Sayang tahan la mana-mana kereta ke lori ke. Abang sengaja bawak sayang datang sini sebab nak tinggalkan sayang sorang-sorang dekat sini. Padan muka.” Bersungguh benar gayanya. Ikutkan hati dia sendiri tidak sampai hati mahu berkata begitu, tetapi dia mahu lihat sejauh mana tindakan isterinya itu apabila diperlakukan sedemekian rupa.
Mia memandang wajah Muaz yang sudah bertukar garang. “Sampai hati awak. Saya ingatkan awak ikhlas bawak saya jalan-jalan dekat sini. Rupanya ada niat lain. Benci betul awak dekat saya ya?” berjaya sungguh Muaz mengenakan isterinya itu. Muaz hanya menahan tawa sahaja.
“Dah, cepat keluar.” Apabila melihat Mia yang tidak berganjak-ganjak dari tempat duduknya, Muaz menarik tubuh itu agar keluar dari kereta itu. Muaz sudah perasan mata Mia mulai kemerahan menahan tangis. Sensitif betul si Mia ni.
“Saya nak balik. Saya takut tinggal sini sorang-sorang. Saya janji kalau dah sampai KL awak turunkan jela saya dekat mana-mana. Tapi jangan la tinggalkan saya dekat sini. Saya sejuk…” Rayu Mia. Dia sudah tidak kisah Muaz mahu berkata apa. Dia benar-benar takut untuk tinggal di sini keseorangan. Air matanya sudah mengalir deras. Sudahlah dia kesejukan, Muaz pula melakukan dirinya sekejam itu.
Muaz yang menjadi pemerhati dari tadi turut terkedu dengan rayuan lembut isterinya itu. Apabila melihat Mia terus-terusan menangis, Muaz menarik tubuh itu ke dalam pelukannya. Dipeluk seerat mungkin. Mia yang sememangnya sudah bersedih, terus membalas pelukan itu. Dia tidak mahu keseorangan di sini.
“Sayang, abang minta maaf. Abang takkan tinggalkan sayang dekat sini sorang-sorang. Abang perlukan sayang untuk menjalani kehidupan harian abang. Abang bergurau je tadi. Abang minta maaf ye?” dibisikkan kalimah itu benar-benar di tepi telinga Mia. Kemudian dicium seluruh wajah sang isteri.
Mia hanya menurut sahaja. Dia tidak dapat bayangkan andai benar Muaz mahu meninggalkan dia di sini. Bagaimana dia harus pulang. Dia sanggup bergaduh di sepanjang perjalanan dengan Muaz dari ditinggalkan berseorangan.
“Awak takkan tinggalkan saya dekat sinikan?” soal Mia sambil memandang wajah Muaz.
“Tak sayang. Dah…dah…tak nak nangis dah. Abang mengaku salah abang. Abang bukan nak tinggalkan sayang la. Mari sini ikut abang.” Muaz memaut tubuh itu menuju ke tebing bukit yang agak curam.
“Sayang tengok tu. Cantikkan pemandangan dari sini. Bulan pun terang je walaupun tak penuh sangat. Macam faham-faham je kan?” soal Muaz mesra. Dirangkul erat tubuh itu dari belakang. Dagunya disandarkan pada bahu Mia. Mereka berdua benar-benar sudah kesejukan.
Mia yang sudah berhenti tangisnya memandang sekeliling kawasan itu. Walaupun tidak disediakn kerusi atau meja untuk orang awam bersantai di sini, tempat ini tetap menarik. Dapat dilihat dengan terang bukit-bukau di sepanjang jalan. Mia juga turut memaut lengan Muaz yang melingkari pinggangnya. Bahagia sekali rasanya. Sekurang-kurangnya tubuh Muaz dapat mengalirkan kepanasan yang sedikit pada tubuhnya.
“Sayang….” Panggil Muaz manja seakan berbisik dengannya.
“Yer…” Balas Mia pula. Kemesraan mereka benar-benar terasa saat ini.
“Sayang pindah duduk dengan abang balik ek?” Muaz akan terus berusaha supaya Mia pulang ke pangkuannya sebagai seorang isteri yang sebenar-benarnya.
“Ermmm…”
“Please sayang…abang dah tak sanggup duduk berjauhan dengan sayang. Abang janji abang takkan ulangi perangai lama abang. Abang nak kita hidup sebagai sepasang suami isteri yang bahagia di samping anak-anak kita nanti.” Itulah harapan Muaz sejak sekian lama.
“Anak-anak? Jauhnya awak berangan.” Mia sudah mampu tersenyum. Dia juga punya angan-angan seperti itu. Tetapi tidak tahu bagaimana mahu memulakan segalanya.
“Eh, betul la. Kalau sayang on abang bertambah-tambah la on nyer…hehehe…dan dalam masa sebulan macam tu kita akan dapat hasil.” Muaz sudah mula melalut.
“Gatal la awak ni…”
“La…dengan isteri sendiri gatal apanya. Ini untuk mengeratkan kasih sayang kita je. Please sayang…pindah rumah kita balik ek? Esok kemas-kemas barang, abang datang ambil ya?” Muaz sudah merancang segalanya. Tidak sabar benar rupanya.
“Eh, cepatnya. Bagi la saya bincang dengan Mira dulu. Kesian dekat dia kalau saya tinggalkan dia macam tu je.” Bukan Mia tidak mahu pulang ke pangkuan Muaz, tetapi perasaan Mira juga harus difikirkan.
“Ala, balik ni sayang terus inform dekat dia la. Boleh yer sayang?” Muaz masih dengan kata-katanya. Dia sudah tidak sabar mahu tinggal sebumbung bersama dengan Nur Mia.
“Awak…”
“Yer sayang….” Meremang bulu roma Muaz apabila mendengar sahutan Mia yang begitu lembut di telinganya.
“Tak ada apa la..” Mia sendiri tidak pasti apa sebenarnya yang ingin diluahkan kepada Muaz.
“Kenapa ni sayang?” Muaz memalingkan wajah Mia betul-betul berhadapan dengan wajahnya. Mia seperti ingin meluahkan sesuatu tetapi tidak dapat dinyatakan.
“Tak ada apa la…jom kita balik. Dah lewat sangat ni.”
Tiba-tiba sahaja Muaz memeluk tubuhnya kembali. Erat sekali. Mia pelik dengan perlakuan Muaz itu.
“Kenapa ni?” soal Mia kehairanan.
“Abang rasa tak nak balik. Nak terus macam ni dengan sayang.” Ujar Muaz kesayuan.
“Dah la. Jom balik. Nanti orang yang lalu-lalang dekat sini fikir bukan-bukan pulak dekat kita.”
Sebelum pelukan mereka terlerai, Muaz mengambil kesempatan yang ada memagut bibir isterinya itu. Dia benar-benar sudah jatuh cinta. Dia mahu Mia tahu bahawa dia ikhlas dengan semua ini.
Merah padam muka Mia dengan tindakan Muaz yang drastik itu. Tertunduk malulah dibuatnya.
“Dah, jom balik.” Sempat Muaz menggenyitkan mata kanannya pada Mia. Lalu memimpin tangan wanita itu menuju ke kereta. Indah sekali pengalaman yang mereka peroleh di sini. Syukur ya Tuhan…
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi:
Post a Comment