-->
~CoretanSiPenaDaif~

..Pilih Mana Suka..

  • bola (1)
  • cerita ain (46)
  • cerpen (2)
  • cinta (18)
  • filem (1)
  • ilmu (1)
  • kata2 hikmah (2)
  • kecewa (4)
  • kekasih (1)
  • kereta (1)
  • kesihatan (3)
  • lagu (3)
  • langkawi (4)
  • lirik (2)
  • makan (3)
  • minat (1)
  • movie (1)
  • nasyid (1)
  • novel (5)
  • Novel : Segalanya Mungkin (36)
  • pandangan (10)
  • pengajaran (2)
  • pengalaman (21)
  • percutian (6)
  • perempuan (2)
  • perkongsian (21)
  • persoalan (3)
  • promot (17)
  • puisi (5)
  • ramadhan (6)
  • raya (6)
  • renungan (2)
  • resepi (19)
  • rindu (5)
  • rumahtangga (2)
  • sabah (2)
  • sahabat (4)
  • soal hati (5)
  • walimah (15)

Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 29

“Macam mana pagi ni? Ok dah ke?” soal Mira setelah melihat Muaz keluar dari bilik air.

“Ok la. Pening kepala dah kurang sikit. Cuma badan rasa tak sedap sangat.” Adu Muaz.

“Meh saya rasa.” Diletakkan telapak tangannya ke dahi Muaz.

“A’ah la. Panas lagi. Kita pergi klinik dulu la sebelum pergi rumah Mira ya?” cadang Mia.

“Tak payah la. Kesian dekat Mira. Dari semalam lagi tunggu sayang. Maafkan abang ek?” dicapai tangan si isterinya. Gara-gara dia diserang demam, Mia masih belum berkesempatan untuk menjenguk ke rumah Mira.

“Eh, tak apa la. Jangan la cakap macam tu. Sakit ni rahmat dari Tuhan tau. Bukan kita yang minta sakit ni. Mira faham la keadaan kita. Saya dah call dia banyak kali dah semalam. Awak pergi pakai baju tu. Saya dah siap iron. Saya nak mandi sekejap ya?” pinta Mia.

“Thanks sayang.” Dihadiahkan sebuah ciuman ke dahi Mia sebagai tanda terima kasihnya.


***


“Betul ke awak ok ni?” tanya Mia lagi ketika mereka dalam perjalanan ke rumah Mira.

“Betul la sayang. Abang ok lagi. Jangan la risau sangat.” Tersenyum Muaz memandang isterinya di sebelah. Risau benar nampak gayanya. Padanya, dia masih berupaya untuk memandu.

“Betul awak tak nak pergi klinik dulu?”

“Betul Puan Nur Mia. Nanti kalau tak baik jugak,  balik karang kita singgah klinik ok? Puas hati?”

“Puas sikit je.” Jawab Mia selamba.

“Sayang…sayang sengaja pilih baju sama dengan abang ek?” sebenarnya dari pagi tadi lagi Muaz mahu bertanyakan hal ini. Tetapi dia hampir terlupa pula.

“Eh, mana ada. Kebetulan je.” Mia cuba mengelak. Bukan niat asalnya mahu berpakaian sedondon tetapi alang-alang sudah ada warna yang serupa apa salahnya. Yang Muaz ni pula sengaja mahu bertanya. Buat-buat tidak tahu sudahlah. Malunya!! Rasa mahu menyorok di dalam bonet kereta.

“Yeke ni? Tapi tak apa. Abang suka sangat. Nampak kita macam loving couple kan?” dicuit pipi si isteri.

“Tak nak dengar! Tak nak dengar!” Mia menekup kedua-dua telinganya. Sehari tidak mengenakan dirinya tidak sah. Merah padam muka Mia. Hanya tawa Muaz yang kedengaran selepas itu.


***


“Saya masuk dalam dulu tau? Kalau awak rasa tak selesa awak beritahu saya ek?” macam-macam yang dipesan Mia sebelum dia melangkah ke dalam rumah Mira. Tetamu sudah ramai yang datang. Dia cuma bimbang jika Muaz tidak selesa dengan keadaan yang riuh seperti ini.

Muaz pula di luar bersama dengan bapa Mira dah adik-beradik Mira yang lain. Segan pula mahu berkepit dengan Mia sahaja. Walaupun dia berasa tidak selesa dengan kesihatannya, dilupakan seketika semua itu. Dia mahu menjaga hati keluarga Mira. Jika terus melayan sakit jawabnya tidak dapat ke manalah dia.

“Muaz mana?” soal Mira sebaik sahaja Mia duduk di sebelahnya.

“Ada dekat luar tu. Tadi menyembang dengan ayah kau.” Cantik sungguh sahabatnya itu. Sesuai sekali dengan warna yang dipilih.

“Dah sihat ke dia?”

“Ermm…belum. Demam jugak lagi tu. Aku ajak pergi klinik dulu tak nak. Dia cakap balik karang baru nak pergi.”

“Eh, korang balik KL hari ni jugak ke?”

“Tak kot. Esok mungkin. Lagi pun penat dia drive semalam pun tak habis lagi. Aku nak tolong drive jangan harap dia nak bagi.” Adu Mia pula.

“Ala, dia sayang sangat dekat kau la tu. Tak nak kau susah.” Ujar Mira.

“Tapi aku ni kesian dekat dia tau tak?” Mia cuba membela dirinya. Apa salahnya mahu menolong Muaz.

“Eh, sejak bila kau pandai kesian-kesian ni?” perli Mira.

“Dah, kau jangan nak mula. Aku cancelkan majlis kau ni karang.” Ugut Mia.

“Eleh, sikit-sikit nak marah. Lari cik abang kau karang baru tahu.” Berbalas-balaslah mereka.


***


“Makcik pakcik, kami balik dulu ya?” pinta Muaz ketika majlis Mira sudah selesai. Mia yang di sebelahnya masih rancak berbual dengan Mira. Dari tadi lagi mereka duduk membelek cincin tunang Mira.

“Weh, laki kau dah ajak balik tu.” Tegur Mira apabila Mia langsung tidak menunjukkan gaya untuk pulang. Biasalah dia apabila dapat berjumpa dengan Mira. Semua perkara dilupakan.

“Eh, tak perasan pulak aku. Nanti kita sembang lagi ek?”

“Makcik pakcik, saya minta diri dulu ek? Maaf sangat sebab tak dapat nak lama-lama. Nanti masa nikah Mira saya tidur sini ya?” dijeling Muaz di sebelah.

“Tak apa la. Kami faham. Kamu berdua dah datang hari ni pun makcik suka sangat dah. Lagi pun bertunang je.” Balas emak Mira lembut.

“Nanti nikah Mira datang berkampung di sini.” Ayah Mira pula menepuk lembut bahu Muaz.

“InsyaAllah pakcik. Ada rezeki apa salahnya.” Dijeling  isterinya pula. Mia hanya mengangkat kening sahaja. Semuanya nanti di tangan Muaz. Apa sahaja yang Muaz katakan dia kena ikut. Tambahan pula suaminya itu memang sudah menjadi seorang yang tegas. Sejak bila dia sendiri tidak pasti.

“Kami balik dulu. Assalamualaikum.” Sempat Mia melambaikan tangan buat sahabatnya dan seluruh keluarga besar Mira. Pasti Mira sedang diselubungi kegembiraan yang amat sangat. Tidak lama lagi mereka berdua sudah berada dalam kelompok yang sama. Isteri orang!

“Kita pergi klinik.” Ujar Mia. Dia tetap mahu Muaz ke klinik.

“Ala, abang dah ok sikit la. Karang sihat la ni.”

“Tak nak. Pergi jugak. Bukannya susah pun. Awak tak ada duit ek? Tak apa. Pinjam duit saya dulu ya?” selamba sahaja Mia berkata begitu. Sebenarnya dia sengaja mahu mengenakan Muaz. Mahu ke klinik pun susah sangat. Sah-sah Muaz dalam spesis orang yang takut dengan ubat.

“A’ah. Tak ada duit. Meh nak pinjam sikit.” Jeling Muaz pada Mia.

“Ok, guna duit saya. Tak payah pinjam la. Saya sedekahkan aje.” Tersenyum Muaz dengan ayat itu. Nakal sekali bunyinya.

Tidak mahu terus mendengar Mia membebel, akhirnya mereka singgah juga di sebuah klinik di pekan Taiping. Puas hati Mia.

“Abang nak tidur sekejap ya? Ngantuk pulak lepas makan ubat tadi.” Pinta Muaz sebaik sahaja selesai menunaikan solat asar. Biarlah dia tidur sebentar sementara menunggu waktu maghrib pula.

“Ok, dah nak maghrib karang saya kejutkan.” Sebenarnya Muaz ada bertanya kepada Mia sama ada teringin mahu singgah atau berjalan-jalan di mana-mana dahulu sebelum mereka pulang ke hotel semula.

Ikutkan keinginannya memang dia mahu mengajak Muaz singgah di pekan Taiping atau Taman Tasik. Tetapi apabila memikirkan bahawa Muaz masih belum sihat sepenuhnya dilupakan hasratnya itu. Kesihatan Muaz adalah lebih penting. Biarlah dia berehat di hotel secukupnya.


***


“Sayang, kita nak makan di mana malam ni?” soal Muaz sebaik sahaja selesai mandi sebelum menunaikan solat maghrib. Syukur alhamdulillah selepas bangun dari tidur tadi dia merasakan demamnya semakin pulih. Kepalanya juga sudah tidak sakit seperti semalam.

“Awak larat ke nak keluar? Kalau tak larat kita order jela.” Mia juga perasan bahawa Muaz sudah kembali bertenaga. Tiada lagi wajah pucatnya.

“Abang dah sihat la. Kita makan dekat luar la. Sayang pergi ambil air sembahyang. Kita solat jemaah. Lepas tu baru kita keluar.” Dia tidak mahu asyik terperap sahaja di dalam bilik ini. Makin bertambah sakit dibuatnya nanti. Apa salahnya peluang yang ada ini digunakan sebaik mungkin untuk berjalan-jalan menenangkan jiwa.

“Ok.”


***


“Sedapkan masakan dia? Murah pulak tu.” Puji Muaz akan masakan yang terhidang sebentar tadi. Mia yang mencadangkan agar mereka berkunjung ke situ. Enak katanya. Pengunjung juga memang ramai sekali.

“Tengok orang la.” bangga Mia. Memang tidak dinafikan keenakan makanan-makanan di situ. Mira pernah membawanya sekali. Tidak sangka pula masakannya masih enak seperti dahulu.

“Perasan.” Dicubit pipi mulus itu.

“Tengok tu. Sikit-sikit nak cubit. Mentang-mentang dah sihat.” Marah Mia. Ada sahaja peluang pasti pipinya menjadi mangsa.

“Ololo…sakit ke yang. Meh abang tambah perisa.” Dia sudah mahu mencubit sekali lagi. Tetapi Mia sudah berjalan pantas ke hadapan meninggalkan Muaz di belakang. Muaz hanya ketawa sahaja melihat kerenah Mia. Sayang kamu wahai isteri! Sayang sekali!

“Kita nak pergi mana ni sayang?”

“Balik jela. Saya letih la. Esok sebelum balik KL kita jalan-jalan kat sini ek?” dia benar-benar keletihan.

“Ok. Abang ikut je.”

Walaupun seketika sahaja mereka di rumah Mira tadi, Mia tetap tidak melepaskan peluang yang ada untuk membantu apa sahaja kerja yang ada. Masih segar di ingatannya ketika mana majlis pernikahan dia dan Muaz dahulu Mira bertungkus-lumus membantu.


***


“Waalaikumsalam papa. A’ah, kami ada dekat Taiping. Siang tadi Mira bertunang. Esok baru balik.”

“Oo…bila kamu nak balik ke sini? Aisyah dah rindu sangat dengan mak ngah dan pak ngahnya.” Ujar Dato’ Masyhur.

“Eleh, Aisyah yang rindu ke papa yang rindu ni? Tak nak mengaku la tu.” Usik Muaz. Mereka adik-beradik memang suka sangat bergurau dengan papanya itu. Walaupun keluarga mereka tidaklah sebesar mana, kemeriahan tetap menjengah dalam keluarga itu.

“Yela, papa ni je yang rindu dekat anak menantu papa. Kamu semua tak rindukan papa pun.” Walaupun kedudukan Dato’ Masyhur tinggi di kalangan sahabat-sahabatnya, dia tetap seorang ayah biasa di mata anak-anaknya.

“Papa tu mula la buat ayat sedih ek? Eh, bukan minggu lepas kami dah pergi rumah papa ke?” dia masih ingat pada seminggu yang lalu mereka berdua seharian duduk di sana. Menghabiskan hujung minggu bersama seisi rumah itu.

“Ala, itu sekejap sangat. Bukan korang tidur sini pun. Kali ni datang mesti tidur sini pulak.” Pesan Dato’ Masyhur. Bukan selalu mereka dapat peluang berkumpul bersama-sama.

“Baik papa. Kalau tak ada apa-apa hal hujung minggu akan datang kami pergi melepak di sana.” Gelak sendiri Muaz dengan ayatnya itu.

“Ok la. Kirim salam papa pada Mia ya. Assalamualaikum.”

Selepas menjawab salam, Muaz menamatkan panggilan.

“Papa ke?” tanya Mia yang dari tadi asyik membaca majalah yang dibawanya bersama. Walaupun badan terasa penat tetapi mata tidak pula mahu tidur.

“Tak la. Girlfriend abang yang call.” Mulalah Muaz mahu menaikkan darah Mia tu.

“Oo…yeke. Ala, kenapa tak beritahu awal-awal. Kalau tak boleh berkirim salam sayang dengan dia.” Perli habis Mia. Padan muka Muaz. Dia ingat aku hairan sangat dengan gurauan dia tu.

“Pandai ek?” Muaz sudah bangun dari sofa mahu menuju ke arah Mia yang sedak enak meniarap di atas katil.

“Awak jangan dekat. Saya fire karang.” Mia sudah mahu melarikan diri dari Muaz. Dia tahu pipinya bakal menjadi mangsa Muaz lagi.

“Apa abang peduli. Meh sini nak tarik pipi tu. Sesedap jawapan je ek?” Muaz berusaha untuk mendapatkan Mia.

“Eh, awak yang mulakan dulu. Pergi la main jauh-jauh. Saya nak membaca ni.” Mia sudah takut dengan kelakuan Muaz. Dia di sebelah sini, Muaz di sebelah sana katil.

“Tak nak.” Muaz memanjat katil mahu menggapai tubuh wanita itu. Mia sempat melarikan diri ke hadapan tv pula.

“Jangan la Encik Muaz. Saya jerit karang.” Mereka sudah berkejar-kejaran di dalam bilik itu. Mulalah bersepah bilik di situ dan di sana.

“Oo…baling bantal dekat abang ek? Memang nak kena la ni.” Muaz mengambil bantal yang dibaling oleh Mia itu semula. Dia pula ingin membalas.

“Nanti awak sakit balik padan muka.” Sengaja Mia mahu menakut-nakutkan Muaz.

“Apa pulak. Sayangkan ada.” Dia ingat dia boleh umpan aku dengan kata-kata dia. Tidak Mia sayang!!!

“Saya dah letih la awak. Sudah la tu. Ok…ok…saya mengaku kalah. Ok, stop ek?” dia sudah tidak larat mahu berkejar-kejaran di dalam bilik ini.

“Tak nak. Abang nak cubit pipi tu dulu. Baru abang nak stop.” Muaz masih tidak mahu mengalah. Mentang-mentang sudah baik dari demam. Lincah sekali gayanya.

“Ee…spesis apa la awak ni suka cubit-cubit pipi orang. Sakit tau tak.” Mia masih berjaga-jaga dengan Muaz. Bimbang lelaki itu dapat menangkap dirinya.

“Tak kira. Abang nak jugak.”

“Ee…nah la nak cubit sangat. Cubit sampai puas.” Kali ini Mia yang menyerahkan dirinya pada Muaz.

Sebaik sahaja Mia sampai di hadapan Muaz, terus dicempung tubuh itu ke atas katil.

“Hey, apa ni.” Dipukul-pukul belakang tubuh Muaz.

Lalu Muaz meletakkan tubuh kecil itu di atas katil. Ditindih tubuh itu dengan tubuhnya.

“Awak ni kenapa? Dah…dah…saya nak tidur ni.” Mia bimbang perkara yang lebih parah akan berlaku. Ketika Muaz sedang sakit Mia tidak risau sangat dengan kelakuan lelaki itu. Tetapi apabila menyedari Muaz sudah sihat, Mia tiba-tiba merasa seram sejuk.

“Sayang, abang nak ucapkan terima kasih sebab jaga abang masa abang sakit.” Begitu ikhlas sekali ucapan itu. Didekatkan wajahnya pada wajah itu. Terasa begitu hampir hembusan nafas Mia di wajahnya.

“Err…ok…ok. Saya terima ucapan awak tu. Sekarang awak boleh bangun.” Berkedip laju mata Mia memandang wajah Muaz. Ya Allah, bantulah hambaMu ini.

“Sayang…abang sayang sangat dekat Mia. Abang cintakan sayang…” romantik sekali suara itu kedengaran. Kini, benar-benar di cuping telinganya.

Jantung Mia bertambah laju denyutannya. Dia terasa bibir Muaz sudah mengucup telinganya. Dia tidak berupaya untuk menolak tubuh itu kerana Muaz sudah menindih keseluruhan tubuh Mia.

“Awak, kenapa ni? Lepaskan saya. Awak mengigau ke?” ditolak-tolak dada bidang Muaz. Sesak nafasnya kalau terus begini.

Hampir menjerit Mia apabila bibir itu sudah mula merayap di lehernya. Muaz benar-benar sudah tidak keruan. Keinginannya untuk menggauli Mia tidak dapat ditahan lagi.

“Awak, jangan buat saya macam ni. Please…” Mia sudah mahu menangis. Mengapa Muaz bertindak seberani ini.

“Abang sayang Mia. Abang nak sayang…” nafas Muaz sudah tidak teratur bunyinya. Kini bibir Mia pula menjadi mangsa Muaz. Dikucup seluruh wajah Mia. Rakus sekali.

“Awak, tolong la…saya tak nak semua ini.” Rayu Mia dalam tangisan. Dia benar-benar tidak bersedia untuk ini.

Tangan Muaz mula merayap keseluruh tubuh wanita itu. Tidak dilayan rayuan Mia kini. Hanya Mia yang menjadi keinginannya.

Apabila tangan Muaz mahu membuka pakaian Mia, Mia menolak kasar tubuh itu sehingga Muaz tertolak ke tepi.

“Kenapa dengan awak ni? Ikutkan nafsu sangat. Awak dah gila ke haa?” jerit Mia bersama tangisan yang makin deras.

Muaz menekup mukanya. Keinginannya ditolak mentah-mentah oleh Mia.

“Sampai bila sayang nak nafikan hak abang sebagai suami haa? Sayang kata abang ikutkan nafsu? Kalau abang layankan nafsu abang ni dah lama abang rogol sayang. Kalau tak pun dah lama abang langgan pelacur dekat luar sana.” Muaz pula sudah meninggikan suara. Tegang sekali wajahnya kini. Mia terkejut dengan tengkingan itu.

Sampai hati Mia menuduhnya begitu. Dia lelaki biasa. Lelaki yang dikurniakan nafsu. Tambahan pula sudah lama dia bergelar suami kepada Mia. tetapi di mana haknya selama ini yang cuba dinafikan oleh Mia. Sampai bila Mia mahu mencabar kelakiannya.

“Abang dah cukup lama bersabar. Sayang tahu tak apa hukum menolak keinginan suami? Ada abang berkasar dengan sayang? Ada abang paksa sayang? Hey, kalau abang nak paksa dah lama abang paksa tau. Hari-hari abang suruh Mia layan abang. Tapi ada ke abang buat macam tu?” berbagai soalan disemburkan kepada Mia. Muaz sudah turun dari katil itu. Kini tahap kesabarannya benar-benar dipermainkan oleh Mia.

Mia pula sudah teresak-esak sambil memeluk lututnya.

“Sayang ni ego tahu tak? Abang tahu abang silap suatu masa dulu. Tapi abang belajar dari kesilapan. Sayang cakap sayang dah maafkan abang. Tapi sayang tak pernah layan abang sebagaimana sepatutnya. Abang dah minta maaf banyak kali. Tapi sayang buat benda tu macam tak penting je.

Abang bersabar dah terlalu lama tau. Sayang nak main tarik tali dengan abang sampai bila? Sampai nyawa abang hilang kat dunia ni? Apa sahaja yang abang buat semua tak betul di mata Mia. Abang ni siapa sebenarnya pada Mia? Hiasan ke?” dilepaskan semua yang disimpannya selama ini. Dia tidak mahu berselindung lagi.

Haknya sebagai suami langsung tidak pernah difikirkan oleh Mia. Pentingkan diri sahaja.

“Jawab la apa yang abang tanya ni. Selalu tu suka sangat menjawab. Keluarkan apa yang sayang sembunyikan selama ni. Cerita dekat abang apa lagi salah abang kali ni.” Masih tegang suara itu. Biar Mia tahu bahawa dia juga punya perasaan.

Mia masih seperti tadi. Menangis dan menangis. Tambahan pula dimarahi Muaz sebegitu rupa.

“Yer, saya tahu awak dah minta maaf. Saya ikhlas maafkan awak. Tapi…” Mia tidak sanggup meneruskan kata-kata. Sedih benar rasanya. Kini, dosanya sebagai isteri lebih jelas terpampang.

“Tapi apa? cakap la. Sayang ingat abang patung ek selama ni?”

“Tak…saya tak pernah fikir macam tu…”

“Dah tu? Abang minta Mia panggil abang dengan panggilan lebih mesra pun Mia tak dapat lakukan. Dulu sayang cakap sayang akan cuba. Berapa puluh tahun sayang perlukan masa untuk mencuba? Abang bukan nak ungkit apa-apa, tetapi keinginan sayang semua abang turutkan. Abang korbankan perasaan abang sebagai seorang suami yang perlukan belaian dan perhatian dari seorang isteri.

Tapi apa yang abang dapat? Semua yang sayang buat untuk abang selama ni nak kena dipaksa-paksa dulu. Sampai bila sayang nak layan abang macam ni? Masih tak percaya dengan abang? Kalau abang ni tak sayangkan Mia dah lama abang cari perempuan lain tau. Perempuan yang sanggup layan zahir dan batin abang. Tapi siapa yang abang tunggu selama ni?” bukan keinginannya untuk bersama Mia yang menjadi topik utama. Dia cuma mahukan sedikit pengertian dari insan bernama Nur Mia. Muaz membawa dirinya ke tepi tingkap. Dia mahu menenangkan sedikit jiwanya yang mula memberontak.

“Maafkan saya…” hanya itu yang mampu diucapkan oleh Mia. Dia mengaku dia terlalu ego selama ini. Dia hanya pentingkan dirinya sahaja.

“Dah la sayang. Kalau mulut je yang minta maaf tapi hati tu tak mahu terima kenyataan payah jugak. Sekarang terpulang la dekat sayang. Abang malas nak paksa-paksa dah. Abang dah letih tahu tak.” Muaz mahu keluar dari bilik itu. Dia mahu menjauhkan dirinya sebentar dari Mia. Dia tidak mahu perkara yang lebih teruk berlaku pada mereka.

“Mia minta maaf abang.” Mia segera turun dari katil itu untuk mendapatkan Muaz. Dicapai tangan suaminya. Dia mahu memohon ampun terhadap Muaz. Kini, dia benar-benar mahu menjadi isteri Muaz yang sebenar-benarnya.

Terhenti pergerakan Muaz sebentar dek kerana Mia menghalang. “Sudah la. Abang nak tenangkan fikiran sekejap.” Ditarik tangan Mia yang kejap menggenggam jari-jemarinya.

“Abang, Mia minta ampun. Mia janji Mia takkan bersikap macam ni lagi.” Dia cuba menahan suaminya itu dari terus beredar. Dipeluk erat belakang tubuh Muaz.

Muaz tetap juga mahu keluar. “Sayang pergi tidur dulu. Nanti abang balik.” Tanpa menoleh ke belakang lagi, Muaz melangkah pergi. Dia mahu memujuk hatinya yang kecewa ini.

“Abang…jangan tinggalkan Mia…” malangnya rayuan itu tidak dihiraukan oleh Muaz.

Terduduk Mia dibuatnya. Meraung sekuat mana pun Muaz sudah tidak dapat mendengar rintihannya. Ya, sampai bila dia mahu melayan Muaz seperti ini. Lelaki itu juga punya perasaan ingin disayangi. Tapi apa yang aku berikan padanya? Hanya kesengsaraan.

Ya Tuhan, Kau ampunilah dosa-dosaku sebagai seorang isteri yang tidak patuh pada suaminya.

Kini, dia harus membetulkan segala yang salah. Dia harus membuang egonya jauh-jauh agar tiada lagi hati yang terseksa dan merana. Cukuplah kehidupan yang dialaminya selama ini. Punya suami tetapi tidak dapat menjalankan tanggungjawab yang sebenar-benarnya. Kasihan Muaz. Terseksa zahir dan batinnya.

Malam itu Mia bertekad mahu menunggu sehingga Muaz pulang ke bilik penginapan mereka. Biarlah Muaz menenangkan sedikit jiwanya yang kesedihan. Ini semua berpunca dari sikap dia. Biarlah dia yang bertanggungjawab di atas segalanya.

“Mia akan tunggu abang balik…” masih ada sisa-sisa tangisan bersama kata-kata itu.


 ***


Hampir dua pagi baru Muaz pulang ke hotel. Dia bukan ke mana pun. Berkeliaran di sekitar hotel. Tenang sahaja dapat menghirup udara segar.

Fikirnya Mia sudah tidur tetapi wanita itu masih menonton televisyen. Sebaik sahaja dia membuka pintu bilik, Mia pantas memandang ke arahnya. Muaz buat-buat memandang ke lain. Hatinya masih sakit. Bukan membenci tetapi dia perlukan ruang untuk dirinya.

“Abang dah balik? Lewatnya.” Dia bangun menghampiri Muaz. Muaz pula berlalu pantas ke arah katil. Dicapainya sebiji bantal dan berlalu ke sofa yang sudah tersedia di hadapan tv. Diletakkan bantal di situ.

Sekarang fahamlah Mia bahawa Muaz mahu tidur di situ.

“Kenapa abang nak tidur dekat sini? Jom la tidur atas katil.” Ajak Mia lalu menghampiri Muaz.

Muaz masih enggan berbicara dengannya. Memandang seraut wajahnya pun Muaz tidak sudi.

“Pergi la tidur. Esok kita nak keluar awal.” Kata Muaz lalu memalingkan wajahnya ke belakang. Apa sahaja yang cuba dikatakan oleh Mia tidak memberi apa-apa makna pada dirinya.

“Abang, Mia minta maaf. Mia dah sedar semua ni salah Mia.” Menangis lagi wanita itu. Tidak dapat ditahan-tahan air matanya.

“Sudah la. Pergi la tidur. Dah lewat sangat ni.” Sedikit tinggi suara Muaz kali ini. Dia bukanlah mengantuk sangat tetapi apabila memikirkan tiada sebarang aktiviti yang dapat dilakukan dalam bilik ini, tidur sahajalah alasannya.

“Mia tak nak tidur kalau abang tak nak tidur atas katil tu sekali.” Ugut Mia. Dia benar-benar maksudkan begitu.

“Ish…” keluh Muaz. Lalu dia bangun dari pembaringannya dan menuju ke atas katil. Tidak dihirau langsung Mia yang masih duduk bersimpuh di atas permaidani bilik itu.

Dia mengambil tempat tidur yang semalam. Lalu terus sahaja di tutupkan lampu tidur di sebelahnya.

‘Ermm…aku kena kuat sekarang ni. Aku akan usaha untuk berbaik dengan Muaz. Sekarang giliran aku pulak untuk jadi berani.’ Itu tekad Mia. Dia mahu berbaik dengan Muaz. Jika masing-masing terus bersikap begini sampai bila pun kisah mereka tidak akan habis.

Dengan berani Mia turut memanjat katil itu. Dia mengambil tempat di sebelah Muaz.

“Abang dah tidur ke?” tanya Mia. Dia tahu Muaz belum tidur. Tetapi sengaja mahu mengelak darinya.Dijengukkan wajahnya ke wajah Muaz yang tidur membelakangkannya.

“Abang maafkan Mia tak?” soal Mia tanpa jemu.

“Jangan bising boleh tak?” balas Muaz pula. Marah bunyinya.

“Mia nak tidur peluk abang boleh tak?” sudah tidak difikirkan soal malu lagi sekarang.

“Merepek apa ni?” direnung tajam ke arah isterinya itu. Takkan cepat sangat berubah si Mia ni.

“Mana ada merepek. Mia nak peluk abang macam semalam boleh?” tanya Mia lagi. Dia mahu terus mengganggu Muaz.

“Dah la. Tidur!” arah Muaz. Pantas dia memejamkan matanya dan kembali ke posisi asal.

Belum sempat berkata apa, Mia sudah melingkarkan tangannya di pinggang Muaz. Dipeluk erat tubuh itu. Kini, antara mereka langsung tiada tembok pemisah.

“Hey, kenapa ni?” Muaz cuba melepaskan pelukan Mia itu. Bukan Mia tidak faham bahawa dirinya masih dalam keadaan marah.

“Tak nak. Abang malu ek?” tiba-tiba Mia berasa ingin mengusik suaminya.

“Ish…” keluh Muaz lagi. Tidak dihiraukan lagi usikan Mia. Dia mahu tidur. Sudah terlalu lewat rasanya.

Apabila mendapati Muaz sudah mula mengantuk, Mia mengemaskan lagi pelukannya di tubuh Muaz. Tersenyum sendirian dia di belakang tubuh Muaz.

Terasa mahu terus mengusik si suami, Mia mengangkat semula wajahnya. Dihadiahkan sebuah ciuman di pipi kiri Muaz.

“Apa ni? Tak payah peluk la kalau macam ni.” Marah Muaz lagi. Mengapa Mia sudah menjadi seperti ini sekarang. Pelik Muaz. Berani sangat gayanya. Aku terkam karang baru tahu.

“Ala, Mia kiss suami Mia sendiri. Bukan orang lain.” Mia menggenyitkan matanya kepada Muaz.

“Oo…kalau abang buat tahu pulak marah.” Protes Muaz. Dijelingnya Mia.

“Eh, sapa marah? Kiss la. Kiss la dekat mana yang abang nak.” Disuakan mukanya ke arah Muaz. Ya, dia rela. Dia rela andai malam ini Muaz mahukan haknya sebagai suami.

“Malas nak layan.” Terus sahaja Muaz menutup wajahnya dengan selimut. Ketika hatinya berkobar-kobar mahukan semua itu, Mia melarang. Sekarang, beria-ia pula mempelawa. Geram betul Muaz.

Tersenyum Mia melihat gelagat Muaz. Mahu tapi malu. Hehehe…

Dia tidak pedulikan kemarahan Muaz. Dia kembali memeluk erat tubuh si suami. Muaz sudah tidak terkata apa. Dibiarkan sahaja perlakuan isterinya itu.

Malam itu, sekali lagi Muaz tidur dalam pelukan sang isteri. Tetapi keadaannya sudah berbeza. Bukan Muaz yang meminta tetapi Mia yang rela.

~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Friday, August 26, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
7 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Last Kerja B4 Raya

Assalamualaikum w.b.t...^_^

Tak sangka ni. Tengok-tengok kalendar pagi ni rupa-rupanya dah masuk 26 August 2011. Ini bermakna hari ni la last kerja B4 raya. Alamak!!! Kejap jer masa ni berlalu.

Next week tak kerja dah. Terbaikkk la my BOS. Ekekeke...Ini pula bermakna hari ni la kita balik kampungkan?

Wawawa...kenapa hati ni tak seronok sangat ek? Sebabnya...baju-baju kita semua tak berbasuh lagi. Ayaks... Gi mana mau pulang kyek gini???

Nasib baik kita balik dengan abang . Tak ada la kalut sangat. Sumbat ajelah kalau tak basuh pun. Eee...teruk giler! Mengikut perancangan kitorang nak bertolak selepas berbuka. Hope macam tu la. Kita tak nak sampai lewat-lewat sangat. Letih bangat!!

Bila hari ni last day kerja sebelum cuti yang agak panjang, mulalah melayang-layang fikiran tu ke lain(dah sebulan melayangnya). Ahaks...ingat nak raya je. Dah susun program masa balik kampung nanti.

Maklum la, orang bujang (without parent). So, semua kelengkapan HARUS disediakan sendiri. So, macam-macam nak kena beli lagi ni. Hehehe...the meaning is mana yang perlu la...

Adik kita dah ada dekat kampung. So, dia HARUS mengemas rumah. Lalalala...

Dalam duk happy-happy nak celebrate raya ni kita jangan lupa dengan orang lain. I mean orang yang tidak mampu,orang yang kehilangan insan tersayang sebelum menyambut raya & seangkatan dengannya.

On the way balik ke mana-mana tu hati-hati. Ingat-mengingati kan amalan mulia. Ahaks...jangan terlalu gembira...

So, dengan secara rasminya kita mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua yang mengenali kita secara dekat @ jauh. Hehehe..raya ni jemput-jemput ke rumah yer?? Daaa...balik kampung...hohohooo balik kampung....bla...bla...


p/s : kasut kita dah dapat tukar...ekekeke...+++semangat raya...^_^




~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Friday, August 26, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Al-kisah Kasut Raya

Salam buat semua...^_^

Ehem...ehem...semalam kita pergi berbuka dekat luar. Sambil-sambil nak pi cari kasut raya. Raya la sangat...ahaks...

Tak target kat lain dah selain TESCO Seberang Jaya sebabnya satu Bukit Mertajam kita dah pusing, satu JUSCO Perda kita dah tawaf..tapi tak jumpa-jumpa yang berkenan di hati...hadeyhhh...itu belum kira dekat KUALA KANGSAR...idok juga jumpanya kome...ekekeke...

Last year tak excited sangat nak cari kasut raya, but for this year rasa semangat je nak cari kasut raya ni? huh...

Orang kata dah rezeki, masuk je satu kedai ni terus jumpa yang berkenan. Mengapa kau di sini wahai kasut? Aduh...sampai rambang mata la nak memilih...usha punya usha, jumpalah si dia. Mula ngorat-ngorat la dulu...ekekeke...

Dah jumpa yang terbaik terus je minta saiz. Tak lama pun tunggu...bagus giler pekerja dia. Tapi...tapi dia habaq mai, "kak, saiz ni tak ada. Kaki akak kecik sangat. Dush3...." hadeyhh...

Tapi...tapi...masih ada tapi...ngeh3..."kalau warna kelabu ni ada saiz kaki akak." Alamak...belek punya belek, ok la dari tak ada. Bukan senang nak jumpa yang berkenan di hati. Design serupa jer. Warna jer lari sikit.

At last, pulanglah kita bersama dengan kasut pilihan hati...huhuhu...

Dah sampai rumah tak test terus. Maklum la, nak tengok Ana Lulu dulu. Hohoho...housemate cakap, "patut la pangai macam budak-budak..." kasi lempang itu kawan. Ahaksss...

Dah habis Ana Lulu baru la kita cuba mengetestkan kasut tu...'alamak, asal rasa macam ketat pulak ni.' sakit kaki dibuatnya.

Ermm...tak selesa la pulak. Terus pergi cari resit belian tadi. Usha punya usha, yess....boleh tukar dalam masa 7 hari. Adoiii sekali lagi. Ini bermakna pada hari ini bertarikh 24 Ogos 2011 kita harus menjejakkan kaki sekali lagi di TESCO Seberang Jaya.

Camana ek ropa kasut tu??? Huhu...akanku abadikan kasut itu setelah aku berjaya menukarkannya pun...ngeh3....

p/s : biar selesa, asal bergaya...tingtong~~

~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Wednesday, August 24, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 28

“Tau ke rumah Mira dekat mana?” soal Muaz sebaik sahaja kereta Muaz sudah meluncur laju di atas jalan raya.

“Tau. Dekat Taiping.” Jawab Mia pula.

“Abang tau la dekat Taiping sayang. Sayang ingat Taiping tu kecil je ke? Apa punya jawapan.” Sempat lagi dia memerli Mia.

“Oo…saya tau la.”

“Dekat mana?”

“Zoo Taiping.” Gurau Mia.

“Sayang buat lawak ke? Nak abang gelak tak?” ada hati nak bergurau dengannya. Ingatkan dah tak sudi.

“Boleh la. Gelak sikit je ek?”

“Hahaha….” Sengaja dibuat-buat gelak itu. Bagi memuaskan hati Mia.

“Ala, saya tau la. Saya pernah pergi sana la. Masih segar dalam ingatan ni tau.” Sudah beberapa kali Mia mengikut Mira pulang ke kampungnya di Taiping. Dia sudah menghafal pun jalan untuk ke rumah Mia.

“Ooo…yeke. Mana la tau kot asyik fikir abang je sampai lupa benda lain.” Perasan Muaz.

“Awak buat lawak ek? Nak saya sedekahkan gelak ke?” Mia menyindir Muaz pula.

“Amboi, lawan tokeh nampak.” Dicubitnya pipi Mia.

“Ee…tangan tu macam ketam.” Rungut Mia. Jika hari-hari pipinya menjadi mangsa cubitan Muaz, jawabnya lebam memanjang la.

“Pipi tu gebu sangat.” Ujar Muaz.

“Dah, jangan nak mula ek.” Tegur Mia.

“Yela-yela. Nak gurau sikit pun tak boleh. Eh, nanti sampai Taiping kita tidur rumah Mira ke?” soal Muaz. Dia tidak sempat lagi bertanya dengan Mia berkaitan hal itu.

“Oo…saya terlupa nak beritahu. Saya rasakan elok kita sewa hotel jela. Sebab saudara-mara Mia ramai sangat. Mesti tak muat rumah tu nanti. Lagi pun Mira tak cakap apa pun dengan saya lagi. Tapi saya tak nak la susahkan dia pulak.” Keluarga Mira memang sebuah keluarga yang sangat besar. Maklum sahajalah, kedua-dua orang tuanya mempunyai adik-beradik yang ramai.

“La…kenapa sayang tak beritahu awal-awal. Kalau tak boleh booking hotel siap-siap. Kalau hotel penuh karang kita nak tidur dekat mana?” sebenarnya Muaz agak terkejut dengan cadangan Mia itu. Dia langsung tidak terfikir untuk menginap di mana-mana hotel memandangkan Mia mungkin tidak akan bersetuju dengan cadangan itu. Tetapi lain pula yang dirancang oleh Mia.

Jika mengikut kehendaknya memang dia mahu menyewa hotel sahaja. Lagi pun dia tidak berapa kenal dengan keluarga Mira. Terasa segan pula. Pucuk dicita, ulam mendatanglah ni. Melompat keriangan Muaz di dalam hati.

“Saya lupa la…” keluh Mia pula.

“Eleh, tadi kata masih segar dalam ingatan. Padahal ingat dekat abang je kan? Tak nak mengaku la tu.” Perli Muaz sambil tersenyum bangga.

“Tolong sikit ek. Awak tu yang perasan tak habis-habis. Saya pun manusia biasa jugak. Bukan semua benda saya boleh ingat serta-merta…” Mia mula membebel. Pantang betul apabila Muaz cuba menafikan kata-katanya. Ada sahaja jalan untuk mengenakan dia.

“Dah, dia dah mula dah tazkirah dia. Nanti lepas solat kita sambung balik ya ustazah?” dia sebenarnya amat suka apabila Mia mula membuka bicara seolah-olah berleter kepadanya. Amat senang sekali rasanya jika dibandingkan dengan mood Mia yang kadang kala sukar untuk dibaca.

Dia lebih sanggup mendengar leteran Mia seharian dari melihat wajah itu muram walaupun sebentar. Terseksa jiwa dan raganya. Muaz benar-benar sudah gila bayang.

Mia terus menjeling Muaz.

“Tak puas hati ke? Nak gaduh? Jom!” pelawa Muaz. Sengaja menaikkan darah isterinya lagi.

“Saya tumbuk kang.” Ujar Mia.

“Tumbuk? Ala…takutnya saya. Sayang nak tumbuk dekat mana?” usik Muaz lagi.

Tanpa menunggu lebih lama Mia menumbuk bahu Muaz.

“Auuww…sakitnya. Tolong…tolong…” Muaz sudah berlebih-lebih. Sakitnya bukan terasa pun. Sengaja mahu menarik perhatian sahaja.

“Mengada la awak ni.” Marah Mia dan tanpa disedari Mia menarik telinga kiri Muaz pula. Puas hati!

“Mana aci dua kali. Lunyai la abang macam ni. Tengok…tengok…kulit kita dah merah-merah. Awak la penyebabnya ni. Beritahu papa kita.”

“Ahh…malas la layan awak. Saya nak tidur. Awak jangan buat bising.” Pesan Mia.

“Eh, kalau sayang tidur sapa nak tunjuk jalan dekat abang? Abang bawak ke lain karang baru tahu.” Sunyilah dia kalau Mia tidur. Dia mahu terus mengusik wanita itu. Perjalanan yang jauh pun tidak terasa apabila Mia tidak henti-henti memarahi usikannya.

“Ala, bukannya kita dah masuk pekan Taiping. Tapah pun tak sampai lagikan. Nanti dah nak sampai awak kejutkan la saya.” Dia malas mahu melayan perangai Muaz. Asyik dia sahaja yang terkena. Lebih baik tidur dari bertekak dengan Muaz.

“Ala, tak aci la. Abang penat-penat drive sayang boleh tidur pulak. Temankan la abang ni.” Rayu Muaz pula.

“Tak nak. Awak ikhlas ke tak ni?”

“Ikhlas la…” jawab Muaz ringkas seolah-olah merajuk dengan Mia. Bukan dia mahu mencari gaduh, tetapi sengaja mahu menceriakan suasana dengan mendengar bebelan Mia yang berterusan.

“Kalau ikhlas jangan banyak mulut ek?” pesan Mia lagi.

“Yela-yela…sapa la abang ni kan. Hanya layak jadi driver sayang je…” Muaz mula mengeluarkan ayat-ayat sedihnya. Mia pula sudah menekup kedua-dua telinganya sambil  menutup mata juga. Dia benar-benar mahu tidur.

Tanpa disedari mereka sudah sampai di hentian R&R Sungai Perak. Mia tersedar pun bukan kerana dikejutkan oleh Muaz tetapi dia tersedar dek kerana merasakan kenderaan yang dinaikinya tidak lagi bergerak. Bertuah punya Muaz. Bukannya mahu mengejutkan aku.

Dipandangnya ke sebelah. Rupa-rupanya Muaz juga sedang lena. Terasa kasihan pula. Mungkin dia keletihan. Eh, dah dekat pukul lapan. Lama juga dia dapat tidur. Sudah alang-alang mereka sampai di sini lebih baik terus menunaikan solat maghrib dan isyak.

Lalu Mia mengejutkan Muaz. “Awak, bangun la. Jom solat dulu.” Dia menggoncang sedikit tubuh Muaz.

“Awak…bangun la.” panggil Mia lagi. Takkanlah letih sangat sampai tak sedar orang panggil.

“Abang sejuk sayang...” Kata Muaz lemah. Memandangkan ketika ini hujan sedang mencurah-curah turun dari langit yang kelihatan gelap sekali, mungkin menambahkan kedinginan ditubuh mereka.

“Yer…saya tahu. Tapi jom la solat dulu. Mudah sikit karang. Tak payah singgah mana-mana dah.” Kata Mia lagi.

“Abang tak larat...” Lemah sekali suara itu.

Biar betul Muaz ni. Mengigau ke apa ni?

“Awak…” dipegang lengan Muaz. Terasa panas tubuh itu. Eh, demam ke mamat ni? Takkan tiba-tiba je.

“Awak tak sihat ke?” lalu diletakkan telapak tangannya di dahi Muaz. Ya, Muaz demam. Tapi, kenapa tiba-tiba boleh demam ni? Tadi ok je. Macam-macam yang difikirkan oleh Mia saat ini.

Muaz hanya diam sahaja. Badannya tiba-tiba terasa lemah. Sebenarnya memang sejak pagi tadi Muaz berasa tidak sedap badan. Tetapi tidak disuarakan kepada Mia. Bukan Mia akan peduli pun dengan semua itu. Lebih baik dia berdiam diri sahaja.

“Jom kita turun dulu. Karang saya pergi cari apa-apa ubat dekat petronas tu. Hujan pun dah surut sikit ni.” Kata Mia.

“Dalam kereta ada payung tak?” soal Mia pula. Dia tidak mahu demam Muaz bertambah teruk apabila terkena air hujan pula.

“Ada. Dekat bonet belakang.” Jawab Muaz perlahan.

Tanpa menunggu lebih lama, Mia turun dari kereta untuk mengambil payung. Lalu dia beredar ke sebelah tempat duduk Muaz pula.

“Jom turun. Awak kena kuat. Nanti saya carikan ubat ya.” Pujuk Mia. Bimbang dia melihat keadaan Muaz yang lemah seperti itu.

Muaz gagahkan juga dirinya untuk keluar dari kereta. Mungkin selepas solat nanti suhu badannya akan sedikit turun.

“Awak pegang saya kuat-kuat ya? Saya takut lantai ni licin.” Pesan Mia lagi. Dipaut erat pinggang Muaz. Muaz juga begitu. Payah juga untuk dia berjalan. Mahu memegang payung lagi, mahu membantu Muaz berjalan lagi. Sudahlah ketinggian Muaz berbeza dengannya.

Setelah sampai di bawah teduhan Mia meletakkan payung itu ke tepi. Tetapi masih memaut erat tubuh sang suami. Dia melibas-libas air hujan yang terkena pada rambut dan pakaian Muaz. Nanti bertambah teruk pula demam Muaz. Lalu didudukkan Muaz terlebih dahulu.

“Saya hantar awak dekat surau dulu ya. Awak solat dulu. Lepas saya habis solat saya pergi cari ubat awak.”

“Sayang nak cari dekat mana?” soal Muaz.

“Tu, dekat petronas sana tu. Mesti ada panadol sekurang-kurangnya. Jom! Nanti sebelum makan ubat kita makan apa-apa dulu.” Begitu risau Mia melihat keadaan Muaz ketika ini. Sudahlah mereka belum sampai ke destinasi yang sebenar.

“Tak apa. Abang boleh jalan sendiri ke surau tu. Sayang pun pergi solat dulu.” Walaupun kepalanya sudah mula sakit ketika ini, dia tidak mahu terlalu membebankan isterinya itu. Dia akan gagahkan juga dirinya.

“Awak pergi la dulu. Saya tengok dari sini.” Dia tidak mahu keadaan Muaz bertambah teruk.

“Abang boleh la sayang. Jangan la risau sangat.” Serba salah dibuatnya.

“Tak nak. Nanti awak jatuh ke apa ke.” Tegas Mia.

“Ok, ok.” Muaz bangun perlahan-lahan untuk menuju ke surau di situ. Memang sejak kecil beginilah keadaan Muaz. Susah sekali dirinya untuk terkena demam tetapi sekali terkena mahu lumpuh satu badan dibuatnya.

Selepas memastikan Muaz masuk ke dalam surau itu, Mia pula bergerak ke surau yang bersebelahan.


***


“Sorry…lama ke awak tunggu? Ni ubatnya. Saya dapat belikan panadol jela dulu. Ubat lain tak ada dekat petronas tu.” Ujar Mia sebaik sahaja ternampak Muaz sedang duduk di atas kerusi berhampiran dengan surau itu tadi. Mungkin menunggu kedatangannya.

“Tak…kenapa sampai basah-basah ni?” kain baju kurung yang dipakai Mia hampir basah di bahagian bawahnya.

“Kan hujan lagi. Cepat la makan ubat ni. Eh, jom makan nasi dulu ke apa ke.”

“Kenapa kalut sangat ni? Abang yang tak sihat dia yang gelabah.” Mahu tergelak pun ada. Kelam-kabut sahaja isterinya itu. Kini dia benar-benar yakin bahawa Mia begitu mengambil berat pada dirinya.

“Saya cuma risau je…” perlahan sahaja ayat itu dituturkan.

“Apa dia? Ulang sekali lagi?” tengah sakit pun masih ada hati mahu mencuit hati si Mia.

“Tak ada apa-apa la…jom pergi makan.” Dia cuba membantu Muaz untuk bangun berdiri. Tetapi Muaz terus-terusan memandang wajah si isteri.

“Kenapa tengok saya macam tu?” Mia malu sebenarnya. ‘Nampak sangat ke yang aku ni gelabah? Aduh…cover! Cover!’

“Tak ada apa-apa. Jom, nanti lambat pulak kita sampai Taiping.” Dibalas pautan Mia di lengannya.


***

“Biar saya drive la. Awak rehat dekat sebelah.” Cadang Mia ketika mereka ingin melangkah ke arah kereta. Mujurlah hujan sudah berhenti. Tetapi kedinginannya amat terasa sekali. Mia pula sedari tadi tidak melepaskan rangkulan pada lengan Muaz.

“Tak apa la. Abang mampu lagi.” Seboleh-bolehnya dia tidak mahu membiarkan isterinya itu memandu jika dia disebelah. Bukan tidak percaya tetapi bimbang sahaja.

“Mampu apa kalau kepala tu sakit. Badan pun panas lagi. Awak tak percaya saya ek? Lagi pun bukan jauh dah.” Mia cuba memujuk. Dia tidak mahu Muaz bertambah letih. Nanti kenduri Mira entah ke mana, mereka pula entah ke mana.

“Abang bukan tak percaya sayang. Tapi selagi abang mampu, biar la abang yang drive. Sayang teman abang je ek?” Muaz pula cuba memujuk.

“Ikut awak la.” setelah membuka pintu untuk Muaz, Mia berlalu pantas ke sebelah tempat penumpang. Malas mahu bergaduh dengan Muaz.

“Sayang marah ke? Abang risau dekat sayang je.” Dicapai tangan isterinya itu. Mia hanya diam sahaja.

‘Saya pun risau dekat awak jugak. Itu pun tak nak faham.’ Kata Mia sendirian. Untuk meluahkannya Mia berasa malu pula.

“Dah la. Gerak cepat. Nanti lagi lewat.” Ujar Mia tanpa memandang ke wajah Muaz.

“Jangan la marah abang. Tak kesian ke dekat abang yang tengah sakit ni?” Muaz cuba meraih simpati. Ikutkan hatinya mahu sahaja dia berbaring di tempat duduk belakang. Tetapi apabila memikirkan isterinya yang akan memandu dia tidak sanggup.

Muaz terus sahaja memandu. Biarlah dengan rajuk isterinya itu. Dia mahu duduk diam sudah cukup baik.

“Waalaikumsalam…yer Mira.”

“Kau dah sampai dekat mana ni?” soal Mira. Bimbang juga andai sahabatnya itu tersesat jalan.

“Kami dah nak masuk tol Taiping ni. Kenapa Mira?”

“Lambatnya. Kau bertolak tadi lepas asarkan?” takkanlah begitu perlahan Muaz memandu.

“A’ah. Lepas asar. Tadi singgah dekat R&R Sungai Perak lama sikit. Muaz tak sihat pulak.” Entah kenapa ayat itu pula yang terkeluar.

“Oo...yeke...tak sihat kenapa?”

“Demam.” Sempat dipandang sekilas pada suaminya. Bukan dia tidak nampak yang Muaz cuba menahan sakit kepalanya tetapi kedegilan suaminya itu mengatasi segala-galanya.

“Mira, aku tak tidur rumah kau la yer. Kami sewa hotel je.”

“Ok. Tak apa la kalau macam tu. Lagi satu kau terus jela check in. Dah Muaz tak sihat. Nanti kalau kau ke mari dulu ramai sangat pulak orang. Bertambah demam Muaz nanti.” Cadang Mira.

“Eh, betul ke ni? Mak kau tak kata apa-apa ke aku langsung tak menjenguk.” Bimbang juga andai ibubapa Mira terasa hati. Maklumlah, sampai sekarang tidak menunjukkan diri.

“Tak apa la Mia. Mak ayah aku tak kisah punya. Esok kau datang jugakkan? Lagi pun Muaz kan tak sihat. Diorang akan faham. Kau nak menyewa di mana tu?”

“Entah, aku pun tak tahu. Kau rasa dekat mana yang ok?” Mia pun bukannya tahu sangat dengan selok-belok di pekan Taiping ini.

“Kau pergi Hotel Seri Malaysia la. Selesa sikit. Dekat dengan taman tasik. Kau tahukan? Kita pernah pergi dulu.”

“Ooo…ingat la jugak. Tak apa la. Aku tak sure karang aku tanya orang la ye.”

Tidak lama selepas itu Mia pun menamatkan panggilan.

“Kita terus check in hotel la. Mira cakap esok je kita pergi rumah dia.” Kata Mia tetapi masih tidak memandang wajah itu.

“Nak check in hotel mana ni?”

“Seri Malaysia. Dekat dengan taman tasik. Tahu tak?”

“Tahu. Kita pergi sana terus ek?” Muaz juga terasa sangat letih. Sedaya upaya cuba ditahan sakitnya. Dia tidak mahu menambahkan kegelisahan di hati Mia.

“Ya.”


***


“Pucatnya muka awak.” Tegur Mia sebaik sahaja mereka masuk ke bilik hotel itu. Muaz memang sudah bersedia untuk berbaring. Kepalanya sakit sekali.

“Mandi la dulu. Tadikan dah terkena hujan.” Nasihat Mia lagi.

“Sejuk la.”

“Kalau awak tak nak mandi pun tukar baju dulu. Nanti lagi melarat demamnya.”

“Tak nak.” Muaz membuat degilnya. Dia mahu tidur sahaja.

“Jangan la macam ni. Jom saya tolong awak.” Pujuk Mia lagi. Mengalahkan budak-budak perangai Muaz ketika ini.

“Abang tak nak jugak.” Terus sahaja Muaz memanjat katil. Dia tidak mahu berfikir apa-apa lagi.

“Jom saya tolong mandikan awak.” Bukan Mia tidak pernah berbuat begitu pun. Sudah hilang perasaan malunya.

Muaz masih mengeraskan dirinya di atas katil.

Tanpa menunggu lebih lama Mia berjalan menuju ke arah Muaz yang sudah terlentang di atas katil empuk itu. Dia cuba untuk menanggal butang kemeja Muaz satu persatu.

“Abang tak nak mandi sayang...” Rengek Muaz. Ditepis lembut tangan itu.

“Jom la mandi dulu. Baju awak ni pun lembab tau. Jangan la degil sangat. Nanti lepas mandi tidur la puas-puas ya.” Mia cuba memujuk lagi. Jika berkeras pun Muaz akan lebih terasa hati. Layankan sajalah. Orang yang sedang sakit memang begitu.

Muaz cuba memalingkan badannya untuk membelakangkan Mia. Tiba-tiba dia ingin bermanja dengan Mia. Biar Mia melayan kerenahnya ketika dia sedang sakit.

“Meh saya bukakan baju awak dulu. Ok la kalau tak nak mandi saya lapkan badan awak. Cepat.” Dia menarik tubuh itu agar menghadap ke arahnya. Degilnya orang tua ni.

Apabila Muaz langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi Mia pun berkata, “kalau awak sayang saya awak kena dengar cakap saya.” Itulah ayat keramat yang mungkin akan mencairkan hati Muaz. Pasti!

Seperti yang disangka, Muaz terus memalingkan tubuhnya menghala ke arah isterinya. “Sayang ugut abang ek?”

“Mana ada. Cepat, sekarang awak buat keputusan. Saya tahu awak tak sihat. Itu la sebab saya nak tolong. Bukannya saya suruh awak mandi sorang-sorang.” Mia pasti ayat itu akan mengena.

“Yela-yela. Tapi sayang kena mandikan abang.” Akhirnya.

“Ok. Sekarang bagi kerjasama ok?” dipegang kedua-dua belah pipi Muaz. Panas terasa.

Pantas Muaz mengangguk.

Mia terus sahaja membuka pakaian lelaki itu. Dicapainya tuala yang sudah tersedia ada di dalam almari di bilik itu.

“Bangun pelan-pelan. Saya pimpin awak. Saya nak dukung tak larat la pulak.” Sempat dia mengusik Muaz.

“Sayang dukung la…” rengek Muaz lagi.

“Saya mana larat. Nanti dua-dua jatuh macam mana?” Mia membuat muka kasihannya. Gila ke apa nak suruh aku dukung dia. Ingat budak tiga tahun ke.

Mia sedaya upaya cuba membantu Muaz untuk berjalan. Lemah sekali tubuh itu.

Setelah selesai mandi Mia mencadangkan agar Muaz ke klinik. Bimbang keadaan Muaz bertambah teruk.

“Tak nak. Abang nak tidur je. Abang tak larat nak pergi mana-mana dah.” Lemah suara itu.

“Betul ke ni? Saya risau la.” terluah juga perkataan itu.

“Tak apa. Abang ok lagi. Abang nak rest je.” Muaz sudah menarik selimut tebal itu. Sejuknya terasa hingga ke tulang. Walaupun gembira bukan kepalang apabila Mia memandikan dan melayan kerenahnya ketika dia sedang sakit, demamnya lebih mengatasi semua itu.

Tanpa dipinta Mia kembali meletakkan telapak tangannya ke atas dahi Muaz. Panas lagi. Mia mencapai tuala kecil di dalam beg pakaiannya dan dibasahkan sedikit untuk diletakkan di dahi Muaz. Mungkin suhu badannya akan menurun sedikit.

‘Ermm…mana aku nak tidur malam ni ek? Takkan sekatil dengan dia pulak. Tapi dia tengah sakit. Confirm dia tak kacau aku punya. Hehehe…’ Mia yakin dengan keadaan Muaz ketika ini. Mukanya teramat pucat sekali.

Tiba-tiba fikiran Mia melayang teringatkan majlis Mira. Kasihan sahabatnya itu. Kehadiran aku yang dinanti-nantikan, tetapi begini pula jadinya. Di saat ini suaminya lebih penting dari segala hal. Mujurlah Mira mahu memahami. Lagi pun bukan mereka yang meminta untuk jadi seperti ini.

“Call Mira la kejap.” Mia terus mencapai telefon bimbitnya. Mesti Mira sedang sibuk di sana walaupun jam sudah hampir ke pukul 11 malam.

“Mira, kau sibuk ke?” tanya Mia sebaik sahaja Mira menjawab panggilannya.

“Tak ada la sibuk sangat. Ramai pembantu dekat sini. Lagi pun bukan ada kerja banyak pun. Aku dah siapkan awal-awal.”

“Patutlah riuh rendah bunyinya. Maaf ya aku tak dapat nak join sekali.” Terasa bersalah benar saat ini.

“Eh, tak apa la. Aku faham. Eh, macam mana dengan Muaz? Ok dah ke?”

“Entah la. Badan dia panas lagi tu. Tu pun dia tengah tidur. Sakit kepala katanya.” Dia memandang sekilas pada tubuh suaminya yang ditutupi sepenuhnya oleh selimut.

“Kenapa tak pergi klinik? Nanti melarat-larat pulak.”

“Aku dah ajak dah tadi. Tapi dia tak nak. Puas dah aku pujuk. Nak mandi tadi pun kena berugut macam-macam.” Keluh Mia.

“Degil betul la laki kau tu Mia. Perangai berjangkit dari kau la tu.” Perli Mira.

“Eh, aku pulak. Aku la terikut-ikut perangai dia tu.”

“Ha, sempat lagi nak mengata suami kau ek? Dah la dia tengah sakit. Eh, aku tak boleh lama-lama ni. Mak aku dah panggil tu.”

“Opss, sorry ganggu kau. Esok apa-apa hal aku call kau balik ek?”

“Ok, tak ada masalah la. Jaga Muaz tu baik-baik. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.” Pantas Mia meletakkan handphonenya di atas meja kecil itu.

“Aku dah mengantuk gila ni. Tidur jela tepi dia. Bukan dia sedar pun kan?” Mia tiada pilihan. Jika dia tidur di atas sofa, jawabnya dia bakal menanggung kesejukanlah sepanjang malam.

Mia terus sahaja memanjat katil empuk itu. Apabila terasa kesejukan mula menjalar ke dalam tubuhnya, Mia menarik sedikit selimut yang digunakan oleh Muaz. Mujur lelaki itu tidak membolot semuanya.

Baru sahaja ingin terlena, Mia terdengar Muaz seperti meracau. Pantas dia menoleh ke arah suaminya itu.

“Awak, kenapa ni?” dipegang bahu Muaz. Bimbang Muaz mengigau yang bukan-bukan.

“Abang sejuk…” Sayu sahaja suara itu. Mukanya pula masih pucat.

“Awak…” Diusap-usap kepala Muaz. Apabila perasankan tubuh Muaz agak terketar-ketar Mia jadi tidak sampai hati. Dengan penuh keikhlasan Mia memeluk tubuh si suami. Mungkin dia dapat mengalirkan sedikit haba ke dalam tubuh Muaz. Diusap-usap belakang tubuh itu agar Muaz berasa lega sedikit.

Dia tahu bagaimana rasanya apabila mengalami kesejukan ketika demam datang menyerang tubuh badan. Seperti kejang satu badan.

Muaz yang memang kesejukan pantas membalas pelukan itu dengan berharap agar tubuhnya dapat merasai kehangatan pelukan wanita itu. Disembamkan wajahnya ke dada Mia. Mengapa di saat-saat ini dia diserang penyakit. Muaz sedikit kesal.

“Kita pergi klinik jom!” dibisikkan ke telinga Muaz agar suaminya itu dapat mendengar dengan baik.

“Abang tak larat. Sakit kepala…” dibalas juga kata-kata isterinya itu walaupun sudah tidak mampu mencelikkan mata.

“Saya risau la macam ni. Panas sangat badan awak ni.” Diusap-usap lagi belakang tubuh suaminya itu. Terasa bahangnya.

“Tak apa. Abang nak sayang di sisi abang je. Itu je ubat yang abang nak sekarang ni. Please…” Rayu Muaz. Dia tidak mahu yang lain. Asalkan Mia di sampingnya, rasa sakit ditubuhnya akan berkurungan sedikit.

“Ok…ok…” Dia tahu Muaz benar-benar tidak sihat ketika ini. Ditepuk-tepuk bahu suaminya itu seakan-akan mendodoikan seorang bayi untuk ditidurkan. Tidurlah kamu wahai suami. Agar keesokan hari kesihatanmu bertambah baik.

Buat pertama kalinya Muaz tidur dalam pelukan isteri tercinta. Sama ada kasihan dengannya atau Mia benar-benar ingin lakukannya hanya tersimpan rapi di lubuk hati Mia. Tetapi Muaz tidak kisah dengan semua itu kerana sekurang-kurangnya Muaz tahu bahawa Mia tidak membencinya.

“Sayang…abang nak muntah.”

“Haa…awak nak muntah?” lantas Mia bangun dari pembaringan. Terkejut Mia dibuatnya. Dia sudah lena sebentar tadi.

“Jom, saya papah awak ke toilet.” Berusaha Mia membantu Muaz untuk berjalan. Jika tubuh Muaz mampu dikendongnya sudah lama dia berbuat begitu. Tidak payah Muaz bersusah payah begini.

“Perut awak kosong. Tu yang jadi macam ni. Lepas ni awak makan dulu. Saya minta pihak hotel sediakan.” Dia tidak mahu lagi melihat keadaan Muaz bertambah teruk.

“Tak payah la sayang. Dah lewat ni.”

“No, kali ni awak kena dengar cakap saya. Awak baring dulu. Karang makanan dah sampai saya kejutkan awak.” Pesan Mia lagi. Kalau Muaz tidak mahu mendengar katanya dia akan memaksa.


***


“Awak, jom makan.” Mia hanya memesan segelas susu dan beberapa keping roti. Hanya untuk Muaz. Dia sudah kekenyangan.

“Awak, bangun.” Muaz sengaja mengeraskan badannya. Mahu berdegil jugalah tu.

“Saya suapkan awak. Awak hanya bukak mulut je. Please…” Mia pula merayu.

Dengan separuh rela, Muaz berusaha juga untuk duduk bersandarkan bantal di belakangnya.

“Awak makan sikit ek?” dipegang lengan suaminya itu. Niatnya hanya untuk memujuk Muaz agar mahu makan. Jam juga sudah hampir menunjukkan ke angka dua pagi.

“Marah ek? Saya paksa untuk kebaikan awak tau. Nanti muntah lagi macam mana? Badan tu bertambah lemah tau.” Mia cuba berlembut dengan suaminya itu.

Muaz hanya diam sahaja dan dipejamkan kedua-dua matanya.

“Ok, tak apa la kalau awak nak tutup mata tu. Tapi mulut kena bukak tau? Nanti makanan nak masuk ikut mana.” Mia berseloroh. Macam budak kecil perangai Muaz. Manja sekali rupanya. Muaz…Muaz…

“Nganga…aaa…” Mia cuba berjenaka lagi. Tarik telinga tu karang baru tahu.

“Abang sayang…makan la…” rayu Mia lagi.

Serta-merta Muaz mencelikkan matanya. Dilihat Mia sedang ketawa kecil. Sengaja mahu mengenakan dirinya.

“Makan ek? Lepas ni boleh tidur balik.” Disuakan ke mulut Muaz secebis roti yang telah dicicahkan ke dalam air susu itu.

“Sayang kena peluk abang. Baru abang nak tidur.” Kata Muaz manja.

“Eh, tidur la sendiri.” balas Mia pula.

“Abang tak nak makan la macam ni. Biar abang sakit.” Rajuk Muaz. Dia sudah bergerak mahu baring semula. Nak bermanja pun tak boleh. Semua tak boleh.

“Yela-yela. Saya peluk awak karang. So, sekarang awak kena makan sampai habis. Kalau tak saya tak nak peluk.” Ugut Mia pula. Aduh, sampai kena berumpan-umpan si Muaz ni.

“Janji?” tanya Muaz. Mahu mendapatkan jaminan dari Mia.

“Iyer, saya janji. Cepat makan. Pukul berapa baru nak tidur kalau asyik macam ni je.’” Rungut Mia. Mengalahkan budak-budak manjanya.

“Ok.”

Tidak sampai lima minit sudah selesai semuanya.

“Makan ubat ni pulak. Esok kita cari ubat dekat klinik. Tak boleh biar kalau macam ni.”

Cepat sahaja Muaz turutkan kata-kata Mia itu. Ada hajat lainlah katakan.

“Dah, awak boleh tidur sekarang.” Ujar Mia. Lantas meletakkan cawan susu itu di tepi katil mereka.

Muaz sudah mendepangkan tangannya minta Mia memeluk seperti yang dijanjikan sebentar tadi.

“Ee…mengada-ngadanya. Cubit karang.” Mia buat-buat marah.

“Tak apa la kalau tak nak peluk…” bertambah rajuk Muaz kali ini. Dia tidak mahu terus meminta memandangkan badannya tidak sihat.

“Ok la…ok la…” Mia terus sahaja memanjat katil itu. Dia pula yang mendepangkan tangannya. Sabar sahajalah dengan Muaz ni.

Tanpa menunggu lebih lama pelukan itu dibalas oleh Muaz. Gembira sekali rasanya. Tidak sia-sia dia berkeras dengan Mia. Hehehe…

Tanpa sebarang gangguan Muaz lena sekali malam itu. Dia berharap agar keesokan hari kesihatannya akan bertambah baik. Dia mahu meluangkan masa yang berharga ini dengan Mia.


~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Tuesday, August 23, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
4 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi
Subscribe to: Posts (Atom)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:AhLan WasAhLan:..

..:KePunYaAn EmPaYar:..

nurul ain haji jamli
24 april 1990
kuala kangsar, perak
penulis & blogger
dah jadi PUAN

kLik..kLik..

..:iMpiAn HatI:..

"Ya ALLAH, jaDikAn Aku WaNitA sOLehAh...yaNg bAik dI anTarA yAnG tErbAiK...kUrnIaKan jUgA PenDamPinG yAng BaIk daLam HiDupKu...baGi mEndApaTkAn SesUaTu YaNg TerBaIk dAri-Mu...aMin yA RaBb..."

..:pEcEbuK:..

Nurul Ain Haji Jamly

Create Your Badge

cE kOmE tRy bAce!!

  • ►  2013 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (8)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (6)
  • ►  2012 (78)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ►  October (6)
    • ►  September (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (8)
    • ►  June (12)
    • ►  May (14)
    • ►  April (9)
    • ►  March (1)
    • ►  February (6)
    • ►  January (1)
  • ▼  2011 (79)
    • ►  December (7)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (7)
    • ▼  August (32)
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 29
      • Last Kerja B4 Raya
      • Al-kisah Kasut Raya
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 28
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 27
      • TaHuN ke-3 TanPa...Mu...
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 26
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 25
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 24
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 23
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 22
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 21
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 20
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 19
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 18
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 17
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 16
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 15
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 14
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 13
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 12
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 11
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 10
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 9
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 8
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 7
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 6
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 5
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 4
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 3
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 2
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 1
    • ►  June (7)
    • ►  May (6)

..:FoLLowErS:..

..:i foLLow u:..

  • Blog Cik Nurfarah
    HI 2025
  • Jia creatifelt
    Harry Potter Et Les Reliques De La Mort : 1ère Partie (2010) Watch Full Movie Streaming Online
  • Warong Makcik Senah
    Watch Clifton Hill 2019 Free Online
  • Kisah BudaxXx Montel ^^
    Watch Cardboard Boxer 2016 Free Online
  • Entirely Of Flaws
    Bank Indonesia Memberi Penghargaan Atas Pelaporan Uang Palsu
  • ♥cOraT cOret NusHA ♥
    TRAGEDI OKTOBER : Duit bagi tapi tak cukup!
  • TAMU JAJAKRAF
    NOTICE BOARD
  • ~BabyComel~ Hanya insan Biasa
    Suratan Takdir Gersang Kisah Si Curang
  • I CANT HEAR THE SILENT MELODIES
    Jual Obat Maximoz Peningkat Vitalitas, Stamina Dan Obat Ejakulasi Dini Di Sidoarjo
  • Nurhafizah ❤
    5 Tips Bagaimana Menjaga Fikiran Positif Setiap Hari
  • Wanita Melayu Akhir Zaman
    J-Pace SUV Review 2018
  • SaHaBaT BUKIT BOTAK
    Ninja : Genap 1 Tahun 4 Bulan
  • silenceaneesa ♥
    Langkah Memberi warna Baju Dengan Wantex supaya Sembuh Seperti Baru Lagi
  • Reading is the most relaxing moment. (I'm only eighteen)
    Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion 5
  • BILA KATA HATI MENULIS
    Terus Mencintaimu
  • Wardah Alisya
    8 tahun usia Wardah Alisya
  • Dazzi Lurzzi Official Blog
    Redha 2016 Movie Hack Full
  • ya allah kuatkan hati kami
    Obat herbal murah berkhasiat paling ampuh
  • oLd_sChOoL
    Selangor Juara Piala Malaysia, Kenduri Kahwin Member Lebih Penting
  • [ hujung peNa... papan kekuNci ]
    "Letihlah nak pikir duit..."
  • JoY AnD SoRrOw
    FiRsT eNtRy FoR tHiS yEaR
  • Anas Muallim
    Cuti yang panjang
  • segalanyamungkin
    BAKTI SISWA TERENGGANU (KAMPUNG SEBERANG TAKIR)
  • ! ~ Salam Ukhuwah ~ !
    Giveaway dan Lucky Draw
  • misyaain amna
    TANDA HIDUP TAK BERKAT
  • ^◕‿◕^
    UPDATE NEW STOCK ** MEN'S SHIRTS **
  • The Karl Nyzam™
    Erti Sebuah Kemaafan
  • col0ur ur life
    Tukar Lagi.
  • kami craft
    Pek Kombo Tona~~ Murah Gilaa~~~!!!
  • Abu HurairaH
  • My Life
    Hujung Minggu
  • ~~ ketulusan hati ~~
    Dia kekasih aTi Qu...
  • ♥ CATATAN SEORANG HAMBA ♥
    ♥ KISAH MAYAT MEMBACA SURAH YASSIN DI MEKAH ♥
  • maiza husna
  • PERCUTIAN TERINDAH
    PAKEJ 3HARI 2MALAM DI PANGKOR
  • ! .. ✿Ɖαʏα Ƭнɛ Ƨιϰтн✿ .. !
    Korean Fashion :)
  • Ibnu Sina ATC
    Sekitar Karnival Ekonomi Muslim
  • ~liFeminEswEEtsoUr~
  • Celoteh Deqyah Pegeon~
  • Triple L
  • JuZ a sImPLe guRL DiaRy
  • BerLARI ke LANGIT
  • ♥
  • Muni Izzah
  • ♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫•♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫• ♫•*¨*•.¸¸
  • vip eema..
  • Eimma
  • kedai mu
  • Hafiz Hamidun
  • Seek ONLY for MARDHOTILLAH
  • BLOG ALAN
  • ✿ Missz.Nana.Punyer.Cerita ✿
  • ..sEriKanDi isLaM..
  • *sUkA-suKi DunIakU*
  • hello !!!
Backgrounds & Flower Backgrounds
Powered by Blogger.