-->
~CoretanSiPenaDaif~

..Pilih Mana Suka..

  • bola (1)
  • cerita ain (46)
  • cerpen (2)
  • cinta (18)
  • filem (1)
  • ilmu (1)
  • kata2 hikmah (2)
  • kecewa (4)
  • kekasih (1)
  • kereta (1)
  • kesihatan (3)
  • lagu (3)
  • langkawi (4)
  • lirik (2)
  • makan (3)
  • minat (1)
  • movie (1)
  • nasyid (1)
  • novel (5)
  • Novel : Segalanya Mungkin (36)
  • pandangan (10)
  • pengajaran (2)
  • pengalaman (21)
  • percutian (6)
  • perempuan (2)
  • perkongsian (21)
  • persoalan (3)
  • promot (17)
  • puisi (5)
  • ramadhan (6)
  • raya (6)
  • renungan (2)
  • resepi (19)
  • rindu (5)
  • rumahtangga (2)
  • sabah (2)
  • sahabat (4)
  • soal hati (5)
  • walimah (15)

Resepi : Puding Triffle

Salam sayang!

Lai..lai..lai.. ada resepi baru! Simple! Sedap! Santek! Haa...apa lagi nak?? So, jangan malas2 nak mencuba okeysss.. ^_*


BAHAN2:

Lapisan Pertama :
- 1 buku kek gulung (apa2 perisa-pandan, coklat, strawberi dll)

Lapisan Kedua :
- 200ml air
- 1 tin susu cair
- 6 sudu besar gula
- 4 sudu besar tepung kastard (bancuh dgn air panas dahulu)
- 2 sudu kecil esen vanilla

Lapisan Ketiga :
- buah2an segar sebagai hiasan / gantikan dgn buah2an koktel
- 1 kotak jelly NONA (apa2 perisa-strawberi, mangga, oren dll)

CARA2:

- potong kek mengikut ketebalan yg anda mahu. Susun sehingga menutupi(padat) di bahagian bawah & renjis sedikit air di atas kek agar kek sedikit lembab
- masak kesemua bahan 'Lapisan Kedua' dgn api sederhana sehingga sedikit pekat & tuang ke atas kek tadi
- susun buah2an di atas Lapisan Kedua. Tekan sedikit agar buah2an sedikit melekat
- masak bancuhan jelly mengikut arahan dibelakang kotak kemudian tuang di atas bancuhan kastard & buah2an tadi
- biar sedikit sejuk & masukkan ke dalam peti sejuk untuk beberapa jam & SIAP dihidang!

GAMBAR:

sblm dilimpahkan dgn jelly

sengaja ditimbulkan buah2an tu..sbb kami x berapa suka jelly yg tebal2! kami guna jelly mango

siap utk dimakan!


TIPS:

-sekiranya anda menggunakan buah2an koktel, asingkan buah & airnya. Gunakan air koktel sebagai air renjisan utk kek. Lebihan air koktel boleh dicampurkan dalam masakan utk Lapisan Kedua


~SELAMAT MENCUBA~



sekadar luahan :sangat terasa hati dgn orang2 yg teramat2 kedekut untuk share sebarang resepi yg dia tahu. Bila upload dekat FB, Insta or apa2 kemain gah...bila minta resepi, jgn harap nak bagi. So meluatsss! ^_*



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Tuesday, October 22, 2013
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Tak Perlu Panaskan Enjin Kereta Lagi.. Betul Ke???


Salam sayang!

Dekat luar hujan selebat2nya. Moga2 tiada lagi banjir besar melanda bumi Penang. Ameen..

Yeaahhh..pagi ni terbaca 1 artikel berkaitan tidak perlu memanaskan enjin kereta sebelum memulakan perjalan selepas membiarkan kereta tidak bergerak berhari2 atau berjam2. Ini sesuatu yang superb! Sebelum ni, Ain selalu ber'cakar2' dengan zauji sebab nak suruh dia panaskan enjin kereta sebelum kami ke mana2 pada waktu pagi. Yang zauji pulak cakap tak payah panaskan dulu. Start & boleh terus memulakan perjalanan setelah beberapa minit enjin kereta dihidupkan.

Haa..nampak tak betapa degilnya Ain??? Nak jugak panaskan enjin kereta sampai setengah jam hanya dengan mendengar mitos2 yang belum sahih. Now! Kena minta maaf banyak2 dekat zauji sebab selalu bantah cakap dia mengenai pemanasan enjin kereta ni. Ngeh33.. Sorry laling!

Tak guna jugak cakap banyak kalau tak ada fakta untuk mensahihkan perkara ini. Jom Ain share artikel yang dikeluarkan oleh Beautifulnara.com.


###

Aktiviti memanaskan enjin kereta anda sebelum memandu sebenarnya tidak diperlukan lagi. Kereta hari ini mempunyai sistem prestasi didorong komputer yang mampu mengimbangi suhu luar dan enjin yang masih sejuk. Anda boleh mula memandu selepas hanya beberapa minit enjin berjalan pada waktu pagi atau selepas kereta telah terbiar beberapa jam. Boleh difahami kebimbangan bapa-bapa kita tiap pagi berkenaan aktiviti memanaskan enjin, tetapi teknologi hari ini telah menghapuskan keperluan tersebut. Usah risau, kami akan terangkan mengapa.
Kereta lama perlu dipanaskan sebelum memandu kerana beberapa sebab:
  1. Sistem penghantaran bahan api primitif (karburator);
  2. voltan rendah, tiada sistem pencucuhan yang boleh menyesuaikan voltannya sendiri (didorong oleh sistem komputer;
  3. minyak pelincir yang kurang bermutu.
Mari kita lihat pada setiap yang di atas dengan lebih terperinci.
perlukah memanaskan enjin-arenakereta3

1. Sistem Penghantaran Bahan Api

Suatu ketika dahulu, sistem penyampaian bahan api yang menggunakan karburetor, dan kami pasti, masih ramai menggunakannya lagi. Peranti ini mencampurkan bahan api untuk membuatkannya sesuai untuk pembakaran dalam enjin, satu proses yang mekanikal sepenuhnya. Apabila sejuk, enjin memerlukan campuran bahan api yang lebih banyak/kuat untuk dihidupkan (nampak kenapa kita perlu menekan pendikit semasa menghidupkan enjin?). Satu litar mula dibina ke dalam karburetor di mana pembukaan dan penutupan injap dikawal oleh spring yang mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabila sejuk. Spring tersebut disambungkan ke injap choke karburetor. Apabila suhu luar kereta sejuk , spring menguncup dan menarik (menutup) injap, menyebabkan aliran udara terhad . Dengan aliran udara yang kurang, lebih banyak bahan api disedut ke dalam karburetor , menyebabkan campuran bahan api yang lebih kaya/banyak diperlukan untuk menghidupkan enjin yang sejuk. Apabila enjin mula memanas , spring yang peka suhu tadi mengembang dan menarik (membuka) injap choke untuk membenarkan lebih banyak udara masuk untuk menghasilkan campuran bahan api mantap (keadaan enjin panas).
Hari ini, melalui penggunaan sensor elektronik, sistem prestasi kawalan komputer mengukur kedua-dua udara di luar dan suhu penyejuk dan menyesuaikan campuran bahan api itu dengan sewajarnya (sistem suntikan bahan api elektronik).

2. Sistem pencucuhan

Sebelum teknologi komputer mula diguna-pakai, sistem pencucuhan api yang dihasilkan kereta lama beroutput rendah dan tidak konsisten. Sistem tersebut terdiri daripada pengedar pencucuh, palam, kondenser, pemutar, “cap” pengedar, gegelung pencucuhan, dan wayar. Terdapat tetapan keras ke atas “point” pencucuhan dan terlalu sedikit fungsi penyesuaian automatik. Sistem pencucuhan hari ini dikawal secara elektronik menyebabkannya boleh menyesuaikan output pencucuhan dengan sendirinya secara automatik.
Sistem lama itu digantikan dengan modul pencucuhan, ECM (Modul Kawalan Enjin) dan pelbagai fungsi gegelung. Sistem ini secara automatik menyesuaikan sendiri berasaskan kepada keadaan suhu sekeliling dan tuntutan yang diletakkan pada enjin. Plug bertahan lebih lama dan membakar lebih panas daripada sebelumnya, dan sistem ini beroperasi tanpa masalah kini.

3. Minyak pelincir kurang bermutu

Menghidupkan enjin sejuk biasanya sesuatu yang sukar kepada enjin lama. Pada asasnya, pelincir tidak mengalir dengan baik apabila berada dalam keadaan sejuk , menyebabkan permukaan pertemuan antara komponen menjadi kering. Disebabkan itu, pelinciran permukaan ini adalah amat penting sebaik sahaja enjin dihidupkan yang menyebabkan aktiviti memanaskan enjin satu kewajipan sebelum memandu. Tambahan (additive) kimia ke dalam minyak pelincir semenjak beberapa dekad lama digunakan untuk menghasilkan minyak pelincir yang boleh mengekalkan kelikatannya( kadar aliran ) dalam semua suhu dan di bawah keadaan yang teruk dan tidak menentu pada enjin pembakaran dalaman.  Seperti apa yang kami terangkan dalam nukilan lepas (5 Mitos Minyak Pelincir), minyak pelincir (yang sudah terdapat additive dalamnya) sudah cukup untuk menggerakan enjin kita hari ini tidak kira apa jua suhu atau keadaan sekali pun. Anda hanya memerlukan 30 saat sahaja untuk membiarkan minyak enjin/pelincir melengkapkan satu kitaran.
perlukah memanaskan enjin-arenakereta2

Bagaimana pula alam sekitar?

Menjawab kepada soalan salah seorang pembaca AK, di sini kami bawakan apa yang dikatakan oleh Kementerian Alam Sekitar Kanada tentang pemanasan enjin tiap pagi dan kereta yang berada dalam keadaan “idling”:-
  • Enjin dalam keadaan “idling” melepaskan dua kali ganda asap berbanding kenderaan yang bergerak.
  • Jika setiap pemandu di Kanada tidak “idling” selama 5 minit sehari, sebanyak 1.6 juta tan karbon dioksida dapat dielakkan daripada yang dilepaskan ke udara .
  • Tidak lebih daripada 30 saat “idling” diperlukan untuk minyak melalui enjin anda. Banyak komponen lagi hanya akan panas apabila kereta mula bergerak.
  • Sepuluh saat “idling” menggunakan bahan api lebih daripada apa yang digunakan untuk menghidupkan semula (restart) enjin.
  • “Idling” boleh merosakkan enjin anda kerana ia tidak beroperasi pada suhu kemuncaknya di mana bahan api sepatutnya terbakar sepenuhnya. Sisa bahan api daripada pembakaran tidak lengkap boleh merosakkan bahagian dalaman enjin .
  • “Idling” kenderaan selama 10 minit sehari menggunakan purata 100 liter minyak setahun.

###


Jelas?? Hihi..so lepas ni tak payah kalut2 nak panaskan enjin kereta! Suka..suka.. <3




~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Monday, October 21, 2013
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Movie : Cloudy With A Chance Of Meatballs 2

 Salam sayang..salam rindu..salam kasih..salam cinta!

Wah33..kemain banyak jenis salamnya. Saja nak ambil hati sebab dah lama tak update blog. Kah33... Dah kenapa??? Malas la katakan... Mood ni bukan boleh dibuat main. Kalau dia kata tak nak jangan dipaksa2. Cewahhh...

Dah..dah.. sekali lagi macam ada orang kesahhh je kau update blog ke tak ain oii...:p

Macam biasa setiap hujung minggu dipenuhi dengan aktiviti bersama suami. Maklumlah, pasangan hujung minggulah katakan! Ececeeeh...nengok tak SEMANIS KURMA last week? Seronok berlipat kali ganda sebab tajuk yang dibincangkan sangat2 bersesuaian dengan ain & encik suami. Ngeh33...

Kami laki bini memang kaki berjalan. Jangan ada masa terluang. Mesti nak jadikan masa tu berisi jugak. So, menonton wayang bersama merupakan salah satu aktiviti yang kami akan lakukan bila ada cerita yang best2 di pawagam. Memandangkan hujung minggu kali ni memang tak plan nak buat apa2 so kami pilih untuk bermovie. Hihi...

Cloudy With A Chance Of Meatballs 2 menjadi pilihan. Sebab cerita2 lain tidak mendapat persetujuan bersama. Haha..



Kesimpulan yang ain boleh buat tentang movie ni adalah sangat best! Santai..funny..friendly.. boleh lupa tentang masalah kalau dah ngadap mende ni. I'm serious ok! Hihi.. Kiranya tak rasa mengantuk langsung la tengok movie ni.

Secara ringkas, cerita ni mengisahkan tentang seorang lelaki yang bercita2 nak jadi saintis. Demi membantu idola dia, dia sanggup buang kawan2 dia. Tapi dalam masa yang sama idola yang dia agung2kan sangat selama ni tipu dia demi kepentingan sendiri. Bila dah sedar diri ditipu, dia bangun semula dengan bantuan kawan2 & ayah dia sendiri. Apa yang penting? KERJASAMA!

Bila korang tengok cerita ni, korang akan kagum gilosss dengan set pengambaran dia, dengan watak2 yang direka & pelbagai lagi. Walaupun tak pernah tengok CWACOM 1, ain masih boleh faham dengan jalan ceritanya. So, kalau korang dah rasa tak tahu nak tengok cerita apa, let's try! Sure boleh tersenyum punya.. ;)

Sekian, jumpa di lain entry yarhhh.. ^____*


belum start cerita popcorn dah tinggal separuh..hak33

dipaksa buat gini sebab boring tunggu traffic light.. ;)




~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Monday, October 07, 2013
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Resepi : Bihun Sup (Pekat)


Salam jumaat! Moga kita semua sentiasa di dalam rahmat & berkatNYA. Ameen...

Hatiku gumbira memandangkan today is FRIDAY! Lalalalaa.... Oleh yang demikian Ain terasa amatlah berbesar hati nak share 1 lagi resepi yang kemain vouge lagi jahhh..keh33

Tapi sebelum tu, Ain nak beritahu. Kuah sup ni lebih pekat berbanding biasa. Bukan seperti sup cair yang biasa kita makan tu. Terasa nak buat sebab tak puas makan dekat rumah kawan suami masa raya hari tu. Sejujurnya Ain tak pernah jumpa kuah sup yang pekat macam tu. Tapi sekali makan amatlah sedap menyentap2. Maka, dengan keazaman yang tinggi berusaha jugalah untuk buat kuah sup yang pekat ni. Tak minta resepi dekat sapa2 pun. Just taram je buat malam tadi! Alhamdulillah, masih tak sakit perut hingga ke pagi ni. Wakaka... 


BAHAN  :

- 1 paket bihun (celur sampai lembut)
- 1/2 ekor ayam (potong kecil2)
- 2 btg kulit kayu manis
- 3 biji bunga lawang
- 1/2 biji bwg besar (kisar)
- 5 biji bwg merah (kisar)
- 3 biji bwg putih (kisar)
- 1 inci halia (ketuk)
- 3 sb serbuk perencah sup (bancuh dgn air terlebih dahulu)
- 1 sb serbuk kurma (bancuh dgn air terlebih dahulu)
- 1 paket sup bunjut
- 2 biji ubi kentang (potong dadu)
- sedikit minyak utk menumis, garam secukup rasa & air
- sedikit daun bwg & daun sup (utk tabur)


CARA2 :

- tumiskan bunga lawang & kulit kayu manis sebentar & masukkan bhn2 yg telah dikisar sehingga naik bau
- masukkan serbuk kurma & perencah sup yg tlh dibancuh dgn air terlebih dahulu. tumis sebentar agar benar2 masak
- masukkan air (mengikut sukatan kuah yg diingini), sup bunjut & halia. biar sedikit menggelegak
- masukkan ubi kentang & ayam. kacau sehingga ayam & ubi benar2 lembut
- masukkan garam secukup rasa
- setelah semuanya masak dgn sempurna, tutupkan api & tabur daun bwg & daun sup yg tlh dihiris
- SIAP!


GAMBAR :

bawang goreng buat sendiri tapi...

sedikit hangus..kakaka..


TIPS :

- tak nak kuah terlalu pekat, tak payah campurkan serbuk kurma & kurangkan serbuk perencah sup
- boleh tambah carrot (potong dadu)
- boleh gantikan ayam dgn daging


~SELAMAT MENCUBA~


~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Friday, September 13, 2013
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Punca & Masalah Kencing Kotor


Salam sayang!

Entry ni di update atas sebab owner blog sendiri yang menghadapi masalah ini. Siapa owner blog ni pun entah. Kasihan muda2 dah kena macam2 penyakit. Itu la pasal..minum air masak tak nak sangat..bla..bla..Keh33..

Sebelum ni tak pernah ambil peduli soal air kencing kotor, kencing tak lawas & seakan2nya. Bila dah kena pada batang hidung sendiri baru tahu betapa deritanya apabila terkena penyakit ini. Tanda awal yang Ain hadapi adalah kerap kencing. Tak kira pada waktu siang atau malam. Then, masa membuang tu terasa sakit di bahagian tersebut. Tak tidur malam dibuatnya!

Mula2 Ain fikir mungkin kerana cuaca sekarang yang semedang hujan. So, terasa sejuk sentiasa & mula la nak berhadas kecil je. Tapi hati semakin bimbang apabila sakit itu wujud. Mula buat research serba sikit, mula cari jalan penyelesaian & mulalah air mata meleleh2. Sebabnya?? Takut yang bukan2. Haha... gilalah tak takut. Buatnya ada penyakit serius tak ke lemah jantung dibuatnya.

Akhir sekali bila dah terlampau takut & tak dapat tahan sakit tu, Ain segera mendapatkan rawatan di klinik berdekatan. Sah! Sah kencing kotor selepas ujian air kencing dilakukan. So, doktor berikan 3 jenis ubat iaitu ubat tahan sakit, antibiotik & ubat lawas kencing. Alhamdulillah, hari ni dah terasa makin pulih walaupun masih terasa ngilu2 di bahagian tersebut.

Dari pemerhatian yang Ain buat selepas membaca pelbagai artikel berkaitan penyakit ini, rupa2nya ramai di kalangan pesakit menyembunyikan masalah ini dari keluarga & doktor. Hanya membiarkan diri sendiri yang menanggung kesakitan yang dialami. 

Jangan! Jangan sembunyikan masalah ini dari pengetahuan orang yang berkenaan kerana bimbang akan mengakibatkan pesakit mendapat penyakit yang lebih kronik seperti penyakit buah pinggang & batu karang. Bila dah sampai peringkat itu nanti, lebih teruk untuk mendapatkan rawatan. So, jangan sembunyi2. Malu untuk memberitahu kepada umum, terus sahaja berjumpa dengan doktor. Don't worry, doktor tu takkan mengumpat sesama staff dia pasal penyakit anda. Ngeh33...

InsyaAllah dengan mengambil antibiotik @ ubat lawas kencing, masalah kencing kotor ini dapat diatasi. Ain nak share satu artikel yang lebih tepat berkaitan masalah ini. Ain copy dari blog mama-syafi. Boleh share dengan kawan2 lain agar timbul kesedaran untuk mengubati penyakit ini jika anda merupakan salah seorang dari mereka.


###

Tempoh berpantang selepas bersalin merupakan satu masa yang sungguh penting untuk ibu dan bayi yang baru lahir, tetapi ia satu aspek yang kurang diberi perhatian berbanding semasa kehamilan dan semasa bersalin. Masalah jangkitan selepas bersalin adalah satu hal yang boleh berlaku di mana jangkitan boleh melibatkan paru-paru, rahim, saluran kencing atau buah pinggang, luka bersalin sama ada luka pembedahan atau luka koyakan pada faraj, jangkitan pada betis/kaki dan juga jangkitan pada payu dara. Wanita yang baru lepas bersalin lebih mudah untuk mendapat masalah kencing kotor dan ia adalah antara penyebab sakit dan demam selepas bersalin.

Menurut Pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G), Pusat Perubatan Barakah, Dr. Khairiah Seman, kencing kotor bermaksud jangkitan kuman pada sistem saluran kencing termasuk buah pinggang. Kebanyakan kencing kotor adalah jangkitan kuman pada pundi kencing (cystitis), dan jika jangkitan ini tidak dirawat ia boleh merebak ke buah pinggang (pyelonephritis).  “Bila seseorang itu mendapat masalah ini, biasanya dia akan mengalami rasa sakit dan pedih semasa membuang air kecil, kerap kali kencing dan kencing yang tidak lawas.  Jika jangkitan sudahmerebak ke buah pinggang seseorang itu akan mengalami demam yang tinggi dan sakit di bahagian belakang. Kadang kala boleh rasa loya dan muntah-muntah,” demikian terang Dr.Khairiah.

Secara umumnya wanita lebih senang dijangkiti masalah kencing kotor berbanding lelaki kerana saluran air kencing mereka lebih pendek. Manakala, wanita hamil dan wanita yang baru lepas bersalin lebih tinggi risiko untuk mendapat masalah ini. Lebih kurang lima peratus wanita selepas bersalin mengalami masalah ini dan ia lebih tinggi sekiranya seseorang itu ada kateter iaitu air kencing dikeluarkan melalui tiub.

Masalah jangkitan kencing kotor adalah masalah jangkitan kuman terutamanya bakteria jenis Escherichia coli. Jadi rawatannya adalah dengan mengambil antibiotik untuk membunuh kuman tersebut Dalam masa yang sama, ubatan seperti ubat penahan sakit, ubat untuk melawaskan kencing boleh diambil. Tidak kurang penting juga seseorang itu mesti minum banyak air. Jika seseorang itu kerap mendapat masalah kencing kotor, satu ujian terhadap sistem saluran kencing perlu dibuat untuk memastikan tiada masalah dengan saluran kencing itu sendiri. Pesakit boleh menjalani ujian cystoscopy atau intravenous urogram(IVU). Ini biasanya tidak melibatkan kemasukan ke hospital atau pembedahan dan boleh dilakukan dalam tempoh satu hari.

Pencegahan masalah kencing kotor :

~Masalah kencing kotor boleh dicegah dengan memastikan minum air yang cukup dan jangan menahan kencing iaitu bila ada rasa untuk kencing terus pergi kencing.
~ Air minuman membantu mencairkan air kencing anda dan memastikan bahawa anda akan membuang air kecil lebih kerap - membenarkan bacteria akan dibuang dari saluran kencing anda sebelum jangkitan boleh mula.
~Dalam masa yang sama,terutamanya untuk ibuibu  yang baru lepas bersalin, pastikan kebersihan bahagian kemaluan/perineum dijaga dengan sempurna.
~Jika anda mengelap air kencing, mulakan dari depan ke belakang. Berbuat demikian selepas membuang air kecil dan selepas pergerakan usus membantu mencegah bacteria di bahagian dubur daripada merebak ke faraj dan uretra.
~Kosongkan pundi kencing anda sejurus selepas persetubuhan. Juga, minum segelas penuh air untuk membantu bakteria dikeluarkan.
~Elakkan produk feminine yang berpotensi untuk membawa mudarat seperti menggunakan semburan deodoran atau lain-lain produk feminin, seperti douches dan serbuk, di kawasan kemaluan kerana ini boleh merengsakan uretra.



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Wednesday, September 11, 2013
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak

Selamat pagi!

Sabtu baru2 ni Ain keluar dating dengan zauji. Tak tahu nak pergi mana sebenarnya. Maka, Galeri Sultan Azlan Shah menjadi pilihan memandangkan zauji tak pernah pergi. Untuk membuktikan bahawa Ain seorang isteri yang penyayang, makanya cadangan zauji diterima. Kakaka..sah2 tak ada kena mengena ye dak! 

Jauh di lubuk hati Ain dah boring ke sini memandangkan ini kali ketiga. Ya rabbi, melebihi 2 jam kami dalam tu. FYI, suami Ain memang seorang yang sangat2 suka membaca sehinggakan kesemua perkataan yang ada di dalam galeri tersebut dibacanya. Mana tak jadi 2 jam. Muahhaahaa..

GSAS terletak di Chandan, Kuala Kangsar. Berhampiran dengan Masjid Ubudiah & Istana Iskandariah serta Istana Sultan Azlan Shah. Tidak sampai 1KM dari Pekan Kuala Kangsar.

Konsep GSAS adalah seperti sebuah muzium. Terdapat 3 bangunan di dalam kawasan galeri. Bangunan utama mempamerkan pelbagai pakaian diraja, hadiah2 dari pemerintah luar kepada diraja, alatan sukan diraja, pinggan mangkuk diraja, busana2 perkahwinan diraja, potret serta lukisan diraja & banyak lagi.

2 lagi bangunan yang lebih kecil menempatkan kenderaan yang diguna pakai kerabat diraja & cenderahati2 yang diterima dari pelbagai pihak.

Untuk masuk ke sana dikenakan bayaran sebanyak RM4.00 (dewasa), RM2.00 (kanak2). Bagi yang bergelar pelajar akan dikenakan separuh harga dari yang biasa. Tidak sama sekali dibenarkan mengambil gambar di dalam galeri kecuali di kawasan luar sahaja.

Nak berangan konon2nya anak raja bolehlah berkunjung ke sini kerana anda pasti dapat merasai aura istana itu sendiri apabila melangkahkan kaki ke dalam bangunan ini. Ngeh33...










~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Tuesday, September 10, 2013
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Resepi : Puding Oreo (milo)


Salam sayang!

Hujang lebat membasahi bumi Penang hari ini. Secara automatik mood bekerja hilang dengan rasa hormatnya. Kakaka...

Jom Ain nak kongsi resepi lagi. Puding oreo bersama milo. Bukaklah blog / web mana pun, resepi puding oreo ni lebih kurang sama je. Tapi majoritinya sukatan bahan semuanya dalam gram. Ayya.. Ain lemah kalau gram2 ni. Guna sukatan cawankan senang! Huhu..

Puding oreo Ain pulak hanya 2 lapisan. Malas nak buat 3 lapisan kerana memakan masa yang agak lama. Semua sedia maklum bukan? Ain tak suka resepi yang susah! Haha... hanya yang simple, kos rendah & sedap menjadi pilihan. Nampak tak betapa kedekutnya Ain di situ. Lalalaa... Ayuh!


BAHAN :

- 1 bungkus serbuk agar2(tanpa perisa) NONA (10gram)
- 1 bungkus biskut oreo cookies (137gram) -patahkan kpd 2 bahagian
- 1 tin susu cair
- 800ml air
- gula (kurangkan 1 inci dari atas cawan-CAWAN MINUM TEH/KOPI)
- 3/4 cawan serbuk milo


CARA2 :

- masakkan(dengan api sederhana) serbuk agar2 bersama dengan air. kacau hingga larut
- masukkan gula. kacau sehingga gula benar2 cair
- masukkan susu cair, kacau sebati (api diperlahankan)
- asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain & ditambah milo ke dalamnya. masak dgn api perlahan agar tidak berketul & betul2 sebati
- tuangkan bancuhan milo itu tadi ke dalam acuan
- biar sehingga bancuhan milo sedikit mengeras sebelum memasukkan lebihan bancuhan putih di atasnya
- kemudian baru taburkan biskut oreo yg telah dipatah2kan ke dalam bancuhan putih pula
- tekan sedikit agar biskut tenggelam ke dalam bancuhan putih
- slps puding sedikit sejuk, masukkan ke dalam peti ais. SIAP!


GAMBAR :




TIPS :

- lebihan bancuhan putih jgn ditutupkan api. panaskan dgn api yg paling rendah sementara menunggu bancuhan milo sedikit mengeras
- tuangkan bancuhan putih di atas lapisan milo dgn perlahan2 agar bancuhan tidak bercampur


~SELAMAT MENCUBA~




~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Tuesday, September 10, 2013
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Harus Memilih...


Salam sayang!

Pengumuman...!!! Mulai dari hari ini (06/09/13), ain TIDAK akan menggunakan ganti nama 'cik ain' lagi atas sebab2 yang sangat menjengkelkan! Tidak juga akan menggunakan ganti nama 'puan'. Keh33... So, guna ganti nama 'ain' jela ek. Lebih mudah! Dah...dah...tak perlu perbesarkan isu ni. Lalalaa...

Masih panas dengan isu kenaikan harga minyak. Harus menerima bagi sesiapa yang meminta. Kakaka... walaupun pihak lain turut menjadi mangsa. Huhhh...

Menjadi rutin pulang ke kampung pada setiap hujung minggu. Tak balik rasa macam tak boleh bernafas! Kalau balik harus berkorban wang ringgit & tenaga. Maka dengan ini, pengorbanan itu perlu demi meraih secebis kebahagiaan.

Minggu lepas zauji dah bagi hint supaya mengambil langkah seterusnya untuk berpindah semula ke Perak setelah menetap lebih dari 3 tahun di Penang. Tapi syukur, tiada sebarang paksaan dari zauji. Hanya hint sahaja. Kih3... dah tu tak reti2 nak bertindak ke ain oiii... kasihan sama laki kamu!!!

Bekerja bukan dalam sektor kerajaan amatlah sukar untuk berpindah. Kecuali jika mengambil keputusan untuk menjadi surirumah sepenuh masa. Ketika ini, zauji masih memberi keizinan untuk terus bekerja sekali pun sudah berpindah ke Perak nanti. 

Berat...berat mahu meninggalkan kerja yang kini. Manakan tidak, punya majikan yang super duper baik terasa amat mustahil ingin mencari ganti yang serupa. Huhu.. tetapi demi suami tercinta, ain tak boleh meletakkan orang lain di tangga teratas melainkan dia (suami).

Apa yang bakal berubah adalah demi kelangsungan kehidupan kami sebagai suami isteri yang lebih sempurna. Dusta kalau ain katakan tak mahu memiliki cahaya mata yang soleh & solehah, bohong sekiranya ain katakan mampu hidup berasingan dengan zauji yang jauh di sana buat selama2nya. Memikirkan usia perkahwinan sudah melebihi 3 bulan. Tetapi masa yang diperuntukkan untuk menjalani kehidupan normal teramatlah sedikit.

Berjumpa hanya di hujung minggu. Kadangkala penuh dengan aktiviti bersama kedua2 keluarga. Kadangkala tidak punya masa berkongsi soal kerja, sahabat & sebagainya dengan suami. Apalah sangat mahu dibanggakan dengan 3 bulan pertama ini.

Allah..mohon kekuatan untuk istiqamah dalam memilih jalan ini.. Allah tahu apa yang terbaik untuk ain & zauji. Ameen...





~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Friday, September 06, 2013
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Friday...i'm in love!


Salam sayang!

Ain suka hari jumaat! Hari2 pun tak apa hari jumaat! (baca dengan gaya student P.Ramlee) Keh33

Just nak bagi tahu, i loiikkkeeee FRIDAY!

Sekian, wassalam!

~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Friday, September 06, 2013
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Resepi : Sambal Ikan Bilis Petai


Salam sayang!

Kecoh gila pasai kenaikan harga minyak ye dakkk! Dalam hati hanya mampu berdoa agar Allah luaskan lagi rezeki. Sebab cik ain pengguna petrol yang tegar..berulak-alik dari perak-penang oiii! Suami ambe di sana! Sob..sob..

Dalam sedih2 cik ain masih mampu masak sebab perut tak memerlukan petrol, tapi memerlukan makanan. Gagaga... kali ni cik ain share resepi yang simple je. Ayuh anak2ku!

BAHAN2 :

- 1 setengah cwn ikan bilis @ ikut hati kalau nak tambah lagi (basuh & tos) (utk 2 orang)
- 3 papan petai (asingkan isi dari kulit)
- 4 tangkai cili kering (mesin)
- 4 biji bwg merah (mesin)
- 3 biji bwg putih (mesin)
- 1/2 inci halia (mesin)
- sedikit belacan (mesin)
- 4 sudu (b) cili giling
- 1/4 cwn air asam jawa (jgn terlalu pekat)
- 1 biji bwg besar (potong bulat)
- sedikit gula, garam & air (jika mahu sedikit berkuah)


CARA :

- goreng ikan bilis sehingga rangup
- tumis bahan2 yg telah dikisar bersama dgn cili giling sehingga pecah minyak
- tambah gula, garam & air asam jawa. kacau sebentar
- masukkan petai & bwg besar yg telah dipotong bulat. kacau sehingga bawang jadi lembut
- masukkan ikan bilis yg telah digoreng
- boleh tambah air jika ingin berkuah
- SIAP!


GAMBAR :



TIPS :

- tak nak goreng ikan bilis pun boleh. tapi kena masak sedikit lama dari biasa
- boleh gantikan air asam jawa dengan sekeping asam keping


SELAMAT MENCUBA~~



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Tuesday, September 03, 2013
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Don't Judge A Book By Its Cover


Salam sayang! Salam keisninan!

Sampai dari kampung jam 8.20 pagi, singgah kedai mamak beli roti canai, masuk kerja terlajak 5 minit dari masa yang telah ditetapkan..maka, kesimpulan yang boleh dibuat! ada can nak masuk kerja awal tetapi disia2kan. Kakaka..

Ok.. kenyataan di atas tiada kaitan dengan apa yang cik ain nak share dengan korang pada hari isnin yang muah33 ni. Juga tiada kaitan dengan buku. ^_^

Al-kisahnya, semalam pergi kenduri bertunang kawan dekat Sri Iskandar(tronoh), Perak. Sebelum pergi memang berangan2 nak ajak zauji & adik cuba SATE BOTA yang sangat femes amos dekat sana pada sebelah petang.

Masa dekat rumah kenduri siap pesan dekat zauji dengan adik supaya jangan makan banyak sangat! Confident je dapat makan sate bota tu. Hak33..

Dipendekkan cerita, lepas kenduri terus gerak cari restoran sate bota tu sebabnya tak tahu lokasi yang sebenar. Hanya bertanya pada abang ipar yang memang tinggal dekat sana. So, cari punya cari kitorang pun berhenti betul2 depan kedai sate. Dari dalam kereta dah nampak harga menu. 80sen untuk secucuk sate ayam. Mahal gila! Terus jadi keliru & tertanya2. Betul ke ni kedainya. Sebab sate bota dikenali dengan rasa & harga yang sangat murah. Takkan 80sen secucuk dikira murah? Ke korang rasa dah habis murah??

Cik ain terus call kakak sebab nak confirm balik dengan dia. Macam kakak i ada share pulak dengan tokeh sate bota tu. Kakaka.. Sambil2 bercakap dengan kakak, zauji & adik cik ain sempat bebel2 pasal harga sate yang sangat mahal itu! Ohhh..mulut mereka boleh tahan jahatnya. Hahaha..

Confirm! Ini bukan kedai sate yang kami cari. So, teruskan perjalanan demi mencari sate tersedap di bota ini. Sambil2 cari mulut mereka masih membebel. Apa la jual mahal sangat... tak sesuai la jual harga macam tu dekat area kampung...bla..bla..bla..

Akhirnya, sate bota yang kami cari dijumpai! Haa...bestnya! Syoknya! Hambeekkk...kedainya tutup! Balasan Allah by cash..ditambah pulak dengan hujan lebat yang seolah2 memerli kami. Wuuu...

Makanya, baliklah kami dengan perut yang masih lapar. Zauji cadangkan singgah balik rumah kawan tadi & sambung makan. Sebab lauk2 yang ada sangat sedap uoollss... nyesal weyh! Hahaha... Tapi cadangan zauji sah2 ditolak dengan kuasa dua. Hahaha..

Tapi kan...kan...tetiba zauji bagi idea lain! Krik..krik..krik.. "Jom kita singgah kedai sate yang mahal tadi..." Haaa...makanya, kami ke sana! Sangat memalukan okeyysss...siap pesan pada zauji parking kereta jauh2 sikit. Malu... Hahaha..dasar mulut parit cik ain ni. Lalalalaaaa...

Masuk kedai, tokeh terus cakap "sate ayam je yang tinggal. yang lain dah habis." Cik ain jawab dalam hati, "ok jugak tinggal ayam je sebab yang tu lah yang paling murah." Wakaka.. So, kami order 15 cucuk sahaja. Nak rasa dulu.

Rasa punya rasa.......................sedap gilosss! size secucuk pun besar! Kiranya 5 cucuk setiap sorang dah cukup kenyang! Uwaaa....nyesal membebel sebab cik ain pun join jugak dorang membebel tadi. Ampun ya tuan kedai..(sambil2 cubit mulut sendiri)..ngeh33. Cuma kuahnya sahaja kurang pekat. Tapi rasa sate sangat best! Tak muak.

Haa...so, jadikan kisah ni sebagai pengajaran. Tak kira la pada makanan ke, manusia ke or apa2 sahaja. Kenali, alami & rasai terlebih dahulu & baru judge. Takut menyesal di kemudian hari akibat dari mulut yang terlampau syok merendah2kan orang lain.

Lagi satu pengajaran yang cik ain dapat, bila Allah dah tetapkan sesuatu rezeki itu milik kita maka ia tetap akan jadi milik kita sekali pun jalannya sukar. Allah...

LOKASI : Bota, Perak.
NAMA KEDAI : Two Dia Satay (kedainya betul2 tepi jalan raya besar). Sebelah kanan dari Uitm Sri Iskandar.





~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Monday, September 02, 2013
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Resepi : Daging Dendeng Simple


Salam sayang!

Harus ada simple di hujung tajuk. Motif? Kalau ada yang search dekat google 'resepi daging dendeng', kemungkinan tinggi pencari maklumat akan klik pada yang simple dulu. Kakaka...itu cik ain punya peel. Simple tapi sedap!

Semenjak dah masuk golongan puan2 ni, cik ain gila memasak. Rasa teringin nak makan apa2, cepat2 google resepi & buat! Nak lebih adventure, cik ain google satu2 resepi tu banyak2 & akan ubah ikut cara sendiri.

Resepi terbaru yang cik ain dah cuba tak lain tak bukan, daging masak dendeng! Masakan ni asal dari minang. Jom cik ain kongsi resepi yang simple ni. Tapi tak menghampakan..yukkk..


BAHAN2 :

-500gram daging (rebus, hiris nipis, tumbuk kasar & perap 15 minit)
-8 biji cili masak/cili merah (buang biji, rebus sebentar & kisar kasar)
-1 biji bawang besar (tumbuk lumat)
-1 biji bawang besar (hiris nipis)
-1/4 cawan air asam jawa
-sedikit garam, gula & minyak untuk menumis

BAHAN PERAP DAGING :

-5 ulas bawang putih(tumbuk lumat)
-1 inci halia(tumbuk lumat)
-sedikit kicap manis

CARA2 :

-goreng daging yang telah diperap. biarkan sedikit garing & toskan minyak
-tumis bawang besar yang telah ditumbuk sehingga naik bau
-masukkan bawang besar (yang dihiris) bersama dengan cili yang telah dikisar. masak sehingga pecah minyak
-tambahkan garam, gula & air asam jawa
-masukkan daging yang telah digoreng & gaul sehingga benar2 sebati
-boleh tambah kicap jika inginkan daging kelihatan hitam melekat! SIAP!

GAMBAR :



TIPS :

-jangan hiris daging terlalu kecil kerana akan menyukarkan proses menumbuk
-tak nak perap daging pun tak apa. cuma gaul dengan bahan yang telah diberitahu
-tak nak campurkan kicap dalam masakan pun boleh. tapi lebih sedap kalau ada rasa2 manis dalam masakan
-nak pedas lagi boleh dicampur dgn cili kering/cili padi


SELAMAT MENCUBA ^_*


~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Wednesday, August 28, 2013
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Filem Tamil.. Kenapa? Kenapa?


Salam sayang!

Kenapa cik ain suka filem tamil? Bukan melayu..bukan melayu..bukan melayu? Cik ain sudah boleh dikategorikan sebagai melayu yang derhaka pada bangsanya. Muahahaaa...lelebih gitu!

Banyak 'tohmahan' yang cik ain terima bila orang sekeliling tahu minat cik ain yang satu ni. Soba den soba! Antaranya : "kau ni..sokong la filem melayu sikit!" "apa la yang minat sangat dengan filem tamil ni..pening tau tak!" "dah kenapa kau ni, hilang akal!" Haaaa...sebegini rupalah cacian yang diterima. Keh33.. Suamiku juga turut merendah2kan minat yang 1 ni. Apa nak buat..udoh nikoh! Harus terima diriku seadanya. Wahaha..

Tapi kalau dah minat, nak buat guane. Tapi! (banyak nau tapinya) Tak semua filem tamil cik ain follow. Kalau gambar yang hitam putih tu, masih belum minat. Satu hari nanti mungkin! Kah33.. Cik ain akan tonton satu2 filem tu atas 3 sebab utama. 1-hero, 2-heroin, 3-jalan cerita. Haaa..see..bukan main tengok je.

Antara SEBAB UTAMA kenapa cik ain sukakan filem tamil :

- jalan cerita tak fokus pada cinta semata2
- lebih bersifat kekeluargaan & persahabatan
- memperlihatkan kehidupan sebenar di sana
- banyak terselit adegan jenaka

Haa... betapa kukuh jawapanku. Kakaka.. tapi masih ada beberapa adegan yang kurang sesuai untuk kita sebagai muslim untuk melihatnya. Kalau tiba bab menyanyi & tarian memang cik ain akan ubah siaran lain. Soal keagamaan mereka pun cik ain tak tengok.

Tak payah nak membebel panjang la kan. Bajet macam ramai je yang baca entry ko ni ain oiii... :p

Di kesempatan yang ada ni, cik ain nak kenalkan hero & heroin yang menjadi pilihan. Kiranya kalau muka2 diorang ni yang keluar tibi, maka suamiku juga turut serta dipaksa untuk menonton! Kata sayang bini..bluerkkss..


VIJAY...super duper best kalau dia berlakon

SURYA...kalau jadi polis sangat ohsem!

JAYAM RAVI...senyumannya menggoda..lalala..

ASIN...bab menangis serah padanya

TAMANNA...so pretty!

GENELIA... pandai buat lawak...ngeh3..

Nak habaq mai... 202 (astro), 201 (astro), 102/TV2 (rtm)... ni saluran yang ada banyak filem tamil. Selamat mencuba! keh33...

~~~

Pssstt... ada resepi baru! Next entry ek... Wassalam!





~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Wednesday, August 28, 2013
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Walimah Sahabat, Pertunangan Kakak


Salam sayang!

Hari ni kena buat entry baru. Harus! Sebab? Sebab.. harus adanya entry baru. Haha..gilosss!

Alhamdulillah, kini tibalah giliran kakak cik ain pulak. Syukur.. akhirnya lelaki idaman yang dicari2 olehnya, dapat ditemui. Kih33.. Masin mulut orang2 yang bercakap, "ain kena lepas dulu, baru si kakaknya akan mengikut pulak..blaa..blaa..." Cop! Bukan kakak yang kena dulu baru adik akan ikut ke? Urmm... ketidakfahaman di situ!

Inilah yang dinamakan jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan. Tak payah nak berlangkah bendul sangat! Dongeng je semua tu.. Sangat meloyakan bila mana orang luar mempertikai soal adik kahwin dulu dari kakak. Dosa ek? Bukti? Hadith? Ayat quran? Haaaa... don't say anyword! (gaya Johan RL dlm Lawak Ker Der) kalau ianya hanya cakap2 kosong! ^_^ Forget about that! wink..wink.. 

Alhamdulillah, kakak cik ain telah pun mengikat tali pertunangan dengan lelaki dambaan hati pada 10/08/13(sabtu) - raya ketiga. Majlis yang sederhana dimeriahkan oleh kedatangan jiran2 & sanak saudara terdekat. Masih dalam mood raya ketika itu so, ramai yang tidak dapat menghadirkan diri atas sebab2 tertentu.

InsyaAllah, sekiranya jodoh mereka panjang, majlis pernikahan akan berlangsung pada tahun hadapan. Tarikh masih belum ditetapkan. Cik ain pulak yang excited! Wakaka... maklumlah, masih pengantin baru uolllss... :p

kakak ipar, cik tunang, anak saudara (fatin)

5/9.. kakak, cik ain, cik tunang, kakak, adik

cik tunang bersama anak2 saudaranya (hanya sebahagian)

kami..yg masih bujang.. bluerkkkk... :p

feeling2 baru tunang gitu... lalalaaaa...

Sebaik sahaja majlis kakak selesai, cik ain terus bergegas (feeling2 sangat buzy punya orang..lalala...) ke majlis perkahwinan seorang sahabat di Grik, Perak. Tak pergi tak sampai hati sebab masa walimah cik ain dulu, 1 family dia datang. So, kena saling menghargai rite?? Thanks to my zauj sebab sudi bawakkan walaupun dalam keadaan mengantuk & letih yang amat sangat! Huhu.. :')

Mabruk Siti Shuana & pasangan. Sama2 muda gitu! Comel! Jom cik ain share beberapa keping gambar untuk dijadikan kenangan. Tapi masa ni pengantin perempuan dah buang veil & make up. Dah petang weyhhh..





Jumpa di lain entry! Muaahhh...




~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Friday, August 23, 2013
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Resepi : Spaghetti Bolognese (cheese)


Salam sayang! Sat ek...

Fuhhhh...!!! Haaa..tiup habuk dalam blog ni dulu. Gagaga.. 

Entah gila hape tiba2 rasa nak masak spaghetti bolognese. Padahal tak suka pun. Tapi teringin sangat nak buat & bagi orang lain makan. Maka, bermulalah penjelajahan cik ain untuk mencari resepi terbaik! wink..wink..

Sebelum tu nak cerita kenapa cik ain tak suka SB. 1.. sebab mende ni makanan orang barat. I orang timur! 2.. rasa masam yang menspoilkan selera makan! 3.. rasa & bau daging cincang (lembu) yang sangat memualkan! Haaa.. nampak tak permainan di situ? Haha..

So, disebabkan teringin nak masak mende ni cik ain search & kaji how to make this mende more kepada kemelayuan punya masakan. (berteraburrrr bahasanya..) & nak sangat masak dengan cara sendiri dengan menghilangkan 3 sebab utama kenapa cik ain tak suka makan this mende.

Think! Think! Think! Yeahhh.. dah dapat! Lepas search beberapa resepi SB dekat google, cik ain buat kesimpulan sendiri & reka resepi sendiri. Tapi based on resepi2 yang cik ain dapat tu la. Jom cik ain share resepinya. Opkos menggunakan bahan2 yang simple mimple!


BAHAN2 :

- 1 paket spaghetti (jenama SAN REMO)
- 1 botol (kecil) spaghetti sauce (Prego Traditional)
- 4 keping daging burger lembu Ramly (cincang terlebih dahulu)
- 5 batang sosej biasa/berlada hitam - potong bulat/serong
- 4 ulas bawang putih (cincang)
- 1 biji bawang besar/bawang kuning (potong dadu)
- 2 sudu(b) cili boh
- 3 sudu(b) sos cili
- garam & gula secukup rasa
- sedikit air
- sedikit minyak untuk menumis
- parmesan cheese (grated) untuk ditabur atas hidangan


CARA2 :

- rebuskan spaghetti bersama sedikit garam & minyak. Lepas masak toskan airnya
- tumis bwg putih & bwg besar/kuning sehingga naik bau
- masukkan cili boh & daging burger yg telah dicincang. Kacau sehingga daging betul2 masak
- masukkan spaghetti sauce & sos cili. Kacau sebentar
- masukkan sosej beserta garam & gula secukup rasa
- masukkan sedikit air jika kuah terlalu pekat (ikut selera)
- SIAP! Taburkan parmesan cheese atas hidangan. Jangan terlalu banyak. Nanti muak!


GAMBAR :




NOTA :

- boleh gantikan sosej dengan cendawan butang (hiris nipis)
- boleh tambah cili benggala (potong dadu)
- boleh tambahkan cili boh kalau nak lagi pedas
- boleh makan bersama meatball (goreng asing)
- tak nak cheese pun tak apa!



(RESEPI NI DIOLAH BASE ON APA YANG CIK AIN TAK MAKAN DALAM RESEPI ASAL... ^_^)


~ SELAMAT MENCUBA ~



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Thursday, August 22, 2013
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Langkawi ~ Hari Ketiga!! (Bird Paradise)


Salam sayang!

Ampun ya..baru hari ni sempat nak sambung pasal Langkawi hari ketiga/terakhir. Sibuk yang amat! Kali ni memang betul2 sibuk. Pending menjahit usoh dikate! Kena siapkan tempahan as soon as possible!!! Allah...letih otak! :(

Hari ketiga kami plan nak ke Bird Paradise. Seawal jam 8.30 pagi kami dah check out hotel. Sebab tak nak buang masa. Tiket feri untuk balik adalah pada jam 2.30 petang. So, takut tak sempat nak berkejar ke jeti nanti.

Bird Paradise buka seawal jam 8.30 pagi. Tiket masuk bagi dewasa adalah RM15.00, kanak2 RM10.00. Make sure korang bawak mykad ek. Kalau tidak korang akan dikenakan harga yang sangat mahal! Mujur orang tak berapa ramai. Hujan renyai2 pulak tu. Tapi jangan bimbang kerana bumbung sudah tersedia. Seronok dapat berjalan dengan bebas! Hihi.. Kalau korang nak tahu apa2 lagi tentang BP boleh ke web ni ek!! langkawiwildlifepark.com

Sebelum masuk ke dalam, korang boleh bergambar dengan burung kakak tua. Free je! Buatlah aksi macam mana pun. Wink..wink.. Selepas pintu masuk pulak ada disediakan gerai yang menjual makanan haiwan dalam tu. RM6 untuk 1 paket. Dalam 1 paket ada pelbagai makanan khas untuk burung, monyet, itik, burung unta & sebagainya. Beli jangan tak beli. Seronok dapat bagi makan haiwan2 ni semua. Serious!


pintu masuk

haaa..tu la paket makanan haiwan..RM6

Tapi terus terang cik ain cakap, cik ain memang fobia sikit dengan haiwan berkaki 2 & berparuh ni. Tak tahu la kenapa. Bagi makan burung kakak tua pun cik ain kena paksa. Kalau korang ada dekat situ, dapat la tengok muka cik ain yang pucat tahap lima ni. Ya ampun, geli!

sgt jinak!!

cuba korang perhati betul2 muka cik ain..wakaka..lepas bergmbr terus menjerit!! Huwaa...

bangau..

Kawasan di dalam agak luas. So, korang kena ready dengan menyimpan tenaga sebelum masuk ke dalam sebab takut tak larat nak berjalan nanti. Aktiviti ini lebih bersifat santai. Boleh bagi makan haiwan secara life! Tak adanya nak baling2 dari jauh. Hihi.. Cik ain yakin, sesiapa yang bawa anak2 kecil seusia 2 tahun ke atas pasti seronok melihat telatah mereka dengan haiwan2 jinak seperti burung kakak tua, arnab, monyet & banyak lagi.

Untuk pengetahuan korang, sepanjang kita di dalam akan ada guide yang mana ditugaskan untuk memberi penerangan tentang haiwan2 yang bakal kita jumpa. So, korang boleh gunakan peluang yang ada ni untuk bertanyakan soalan2 yang mungkin dah lama korang nak tahu jawapannya.


cantik gilakan??

bagi mkn pisang

<3

ada sudut pendidikan

ayam comot! 

berhenti berehat kejap...

Part yang paling best sepanjang dalam BP ni, dapat beri makan burung comel2 (tak ingat nama burung) dalam sangkar yang sangat besar. Letak je makanan atas tapak tangan then tak sampai 5 saat tapak tangan korang akan dipenuhi dengan burung2 yang sangat comel! Macam biasa la, akibat dari fobia cik ain kena paksa lagi buat benda ni dalam keadaan yang menjerit2. Adoii... hilang keayuanku. Ahaks..


see..see..



haisshhh..muka cik ain xleh control lgsg! Hahaha..



Lama jugak la kami berjalan dalam tu. Hampir 3 jam tak silap cik ain. Yang paling seronok zauj cik ain la. Dia sangat sukakan binatang. Kalau boleh bermalam di situ, dia orang pertama yang angkat tangan. Hak3..


burung unta

ikan kaloi..kakaka..

kemain lagi tgn dia..

^_^

pameran kristal

mcm2 kristal ada..kat blkg zauj tu dorang buat ala2 dragon ball. Ada 7 biji semuanya..hihi

bagi makan itik

Nak tahu, selain aktiviti beri makan burung yang comel2 tadi, ada satu lagi sesi yang sangat best! Bukan semua orang berani buat tau. Jom tengok apa dia! Wink..wink..


beratnya 20kg
baunya wangi

sekali makan 11 ekor ayam (sebulan sekali)

sblm bergambar menjerit mcm nk terjun kolam blkg tu..wakaka..

Tak nak buang masa sebaik sahaja kami keluar dari BP, kami terus lunch berhampiran Jeti Kuah. Masih di restoran bersebelah tasik yang berdekatan dengan Dataran Lang. Lepas makan nak tahu kami sempat ke mana? Haha.. Makam Mahsuri! Kalau orang lain dengar mesti kata kami gila sebabnya masih berbaki 1 jam sebelum kami naik feri untuk balik ke Kuala Perlis. Wahaha..

Pergi sana semata2 nak shopping! Masih ada benda yang cik ain tak jumpa. Maafkan zaujahmu ini wahai zauji. Menyusahkan..huhu.. Alhamdulillah, sempat sampai di jeti kuah tepat pada masanya. Beratur untuk naik feri dan berlepas pulang. ^_^


tunggu turn naik feri..tata LANGKAWI..

Ok! Habis cerita pasal Langkawi di sini sahaja. No next entry. Meluat dah orang nak baca. Kan? Kan? Bajet kami di sana? Jangan tanya sebab sampai ke hari ni masih belum kira.. hihi..  ;) Apa2 pun Langkawi banyak mencipta kenangan manis kami sepanjang di sana. Ada yang suka, ada yang duka. Dengan kehadiran zauji tercinta, yang duka bertukar menjadi suka! Ececeehh... Sekian..wassalam!




~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Tuesday, July 23, 2013
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi
Subscribe to: Posts (Atom)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:AhLan WasAhLan:..

..:KePunYaAn EmPaYar:..

nurul ain haji jamli
24 april 1990
kuala kangsar, perak
penulis & blogger
dah jadi PUAN

kLik..kLik..

..:iMpiAn HatI:..

"Ya ALLAH, jaDikAn Aku WaNitA sOLehAh...yaNg bAik dI anTarA yAnG tErbAiK...kUrnIaKan jUgA PenDamPinG yAng BaIk daLam HiDupKu...baGi mEndApaTkAn SesUaTu YaNg TerBaIk dAri-Mu...aMin yA RaBb..."

..:pEcEbuK:..

Nurul Ain Haji Jamly

Create Your Badge

cE kOmE tRy bAce!!

  • ▼  2013 (47)
    • ▼  October (3)
      • Resepi : Puding Triffle
      • Tak Perlu Panaskan Enjin Kereta Lagi.. Betul Ke???
      • Movie : Cloudy With A Chance Of Meatballs 2
    • ►  September (8)
      • Resepi : Bihun Sup (Pekat)
      • Punca & Masalah Kencing Kotor
      • Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak
      • Resepi : Puding Oreo (milo)
      • Harus Memilih...
      • Friday...i'm in love!
      • Resepi : Sambal Ikan Bilis Petai
      • Don't Judge A Book By Its Cover
    • ►  August (4)
      • Resepi : Daging Dendeng Simple
      • Filem Tamil.. Kenapa? Kenapa?
      • Walimah Sahabat, Pertunangan Kakak
      • Resepi : Spaghetti Bolognese (cheese)
    • ►  July (7)
      • Langkawi ~ Hari Ketiga!! (Bird Paradise)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (6)
  • ►  2012 (78)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ►  October (6)
    • ►  September (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (8)
    • ►  June (12)
    • ►  May (14)
    • ►  April (9)
    • ►  March (1)
    • ►  February (6)
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (79)
    • ►  December (7)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (7)
    • ►  August (32)
    • ►  June (7)
    • ►  May (6)

..:FoLLowErS:..

..:i foLLow u:..

  • Blog Cik Nurfarah
    HI 2025
  • Jia creatifelt
    Harry Potter Et Les Reliques De La Mort : 1ère Partie (2010) Watch Full Movie Streaming Online
  • Warong Makcik Senah
    Watch Clifton Hill 2019 Free Online
  • Kisah BudaxXx Montel ^^
    Watch Cardboard Boxer 2016 Free Online
  • Entirely Of Flaws
    Bank Indonesia Memberi Penghargaan Atas Pelaporan Uang Palsu
  • ♥cOraT cOret NusHA ♥
    TRAGEDI OKTOBER : Duit bagi tapi tak cukup!
  • TAMU JAJAKRAF
    NOTICE BOARD
  • ~BabyComel~ Hanya insan Biasa
    Suratan Takdir Gersang Kisah Si Curang
  • I CANT HEAR THE SILENT MELODIES
    Jual Obat Maximoz Peningkat Vitalitas, Stamina Dan Obat Ejakulasi Dini Di Sidoarjo
  • Nurhafizah ❤
    5 Tips Bagaimana Menjaga Fikiran Positif Setiap Hari
  • Wanita Melayu Akhir Zaman
    J-Pace SUV Review 2018
  • SaHaBaT BUKIT BOTAK
    Ninja : Genap 1 Tahun 4 Bulan
  • silenceaneesa ♥
    Langkah Memberi warna Baju Dengan Wantex supaya Sembuh Seperti Baru Lagi
  • Reading is the most relaxing moment. (I'm only eighteen)
    Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion 5
  • BILA KATA HATI MENULIS
    Terus Mencintaimu
  • Wardah Alisya
    8 tahun usia Wardah Alisya
  • Dazzi Lurzzi Official Blog
    Redha 2016 Movie Hack Full
  • ya allah kuatkan hati kami
    Obat herbal murah berkhasiat paling ampuh
  • oLd_sChOoL
    Selangor Juara Piala Malaysia, Kenduri Kahwin Member Lebih Penting
  • [ hujung peNa... papan kekuNci ]
    "Letihlah nak pikir duit..."
  • JoY AnD SoRrOw
    FiRsT eNtRy FoR tHiS yEaR
  • Anas Muallim
    Cuti yang panjang
  • segalanyamungkin
    BAKTI SISWA TERENGGANU (KAMPUNG SEBERANG TAKIR)
  • ! ~ Salam Ukhuwah ~ !
    Giveaway dan Lucky Draw
  • misyaain amna
    TANDA HIDUP TAK BERKAT
  • ^◕‿◕^
    UPDATE NEW STOCK ** MEN'S SHIRTS **
  • The Karl Nyzam™
    Erti Sebuah Kemaafan
  • col0ur ur life
    Tukar Lagi.
  • kami craft
    Pek Kombo Tona~~ Murah Gilaa~~~!!!
  • Abu HurairaH
  • My Life
    Hujung Minggu
  • ~~ ketulusan hati ~~
    Dia kekasih aTi Qu...
  • ♥ CATATAN SEORANG HAMBA ♥
    ♥ KISAH MAYAT MEMBACA SURAH YASSIN DI MEKAH ♥
  • maiza husna
  • PERCUTIAN TERINDAH
    PAKEJ 3HARI 2MALAM DI PANGKOR
  • ! .. ✿Ɖαʏα Ƭнɛ Ƨιϰтн✿ .. !
    Korean Fashion :)
  • Ibnu Sina ATC
    Sekitar Karnival Ekonomi Muslim
  • ~liFeminEswEEtsoUr~
  • Celoteh Deqyah Pegeon~
  • Triple L
  • JuZ a sImPLe guRL DiaRy
  • BerLARI ke LANGIT
  • ♥
  • Muni Izzah
  • ♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫•♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫• ♫•*¨*•.¸¸
  • vip eema..
  • Eimma
  • kedai mu
  • Hafiz Hamidun
  • Seek ONLY for MARDHOTILLAH
  • BLOG ALAN
  • ✿ Missz.Nana.Punyer.Cerita ✿
  • ..sEriKanDi isLaM..
  • *sUkA-suKi DunIakU*
  • hello !!!
Backgrounds & Flower Backgrounds
Powered by Blogger.