Pejam celik pejam celik & celik tak pejam2 dah 11 tahun rupanya. Memang betullah masa sekarang ni sangat33lah pantas berlari & berlari sehingga tak jumpa garisan penamatnya di mana. ^_^
11 tahun yang lalu pada tarikh 7 April 2001 ayahanda cik ain HAJI JAMLI BIN OTHMAN telah menghembuskan nafas terakhir di wad Hospital Besar Ipoh kerana penyakit yang dialaminya semakin kritikal. Aishh...dah macam dalam melodi pulak ye? Uhuk3...
Boleh cik ain mintak sesuatu? Boleh la ek! 1 je... sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah buat ayahanda tercinta cik ain. Agar rohnya di tempatkan dalam golongan orang2 yang beriman & bertaqwa (ayah cik ain seorang insan yang baik >_<).
Ketika pemergian ayah cik ain ke rahmatullah usia cik ain baru 11 tahun. So, sekarang ni umur cik ain baru 15 tahun la. Wehehe...korang kira la sendiri ye. Cik ain lemah sikit bab kira mengira ni. Tambah2 bila usia semakin meningkat remaja. Wink..wink..
Meh sini sikit cik ain nak cerita mengapa, kenapa & bagaimana saat kepulangan ayah cik ain ke SANA. Sebab cik ain orang yang terakhir berada di sisinya sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.
Ayah cik ain disahkan menghidap barah otak. Malangnya penyakit itu hanya dapat dikesan apabila sudah sampai ke tahap yang ke-4. So, tahap yang paling kritikal la. Kami hanya berusaha sedaya yang mungkin untuk mencari penawar bagi penyakit ayah & selebihnya kami hanya berserah padaNYA.
Ayah cik ain ni orang business so terlalu banyak berfikir itu & ini. Doktor ada juga sahkan ini juga merupakan kesan sampingan mengapa ayah cik ain boleh dapat penyakit ni. Stress & sebagainya, Tanda2 awal penyakit beliau adalah seperti mudah pening & pengsan. Maksudnya sakit di bahagian kepala.
Cik ain pun tak berapa ingat sangat cerita sesahihnya kerana ketika itu cik ain masih mentah. Apa yang cik ain ingat, ayah memang boleh dikatakan setiap malam akan pergi belajar agama di mana2 masjid sekitar perak. Sebelum maghrib dia akan keluar rumah & bersolat maghrib di masjid/surau yang dia kunjungi.
Saat2 penyakit dia mula menyerang, ayah selalu dihantar pulang ke rumah sebab pengsan di masjid/surau tu. Mula2 pening yang teramat sangat & seterusnya pengsan. Hari makin hari keadaan ayah makin teruk. Hingga terlantar di rumah je.
Ayah cik ain ni memang seorang yang sangat33 takut nak ke hospital/klinik (macam cik ain). Tetapi sampai satu tahap di mana ayah memang memerlukan bantuan pakar. Duk tak duk akhirnya ayah dimasukkan ke wad Hospital Besar Ipoh sebab keadaannya semakin kritikal.
Selepas melalui satu pembedahan untuk membuang darah beku di kepalanya, ayah cik ain terus koma. Selama 18 hari ayah terlantar dalam koma. Ayah ditempatkan di ICU. Emak yang sering berada di sisi ayah ketika mana beliau di sana. Satu malam pun tak pernah tinggal..rindu emak...=( .. Allah..
Pada permulaan sahaja ayah cik ain diletakkan dalam bilik ICU. Akhir saat2nya di sana ayah ditempatkan pulak di wad biasa sahaja dengan menggunakan mesin bantuan pernafasan.
Cik ain pulak sekadar berulang hari2 menziarahi ayah di hospital. Entah macam mana malam ke 18 tu cik ain teringin nak tidur di hospital menemani mak. Memandangkan esok cuti sekolah cik ain terasa nak buat macam tu pulak. Seronoknya bila keinginan cik ain dapat dipenuhi.
Tak silap cik ain lepas asar cik ain bertolak ke hospital dengan abang sulung. Hati ni rasa macam mana entah. Rasa tenang bila tahu malam ni dapat teman mak & ayah. Maklumlah, tak pernah dapat tidur dekat hospital (ingat seronok gamaknya..hehe). Budak2 la katakan.
Masuk sahaja maghrib cik ain pergi solat dulu. Mak yang menunggu ayah di tepi katil. Lepas cik ain selesai mak pulak pergi ke surau menunaikan solat maghrib. Cik ain yakin, pasti doa mak dipenuhi dengan memohon kepada Allah Taala supaya menyembuhkan suaminya seperti sediakala. =(
Masa cik ain duduk sebelah katil ayah tu, cik ain sempat usap2 tangan ayah yang dipenuhi dengan wayar. Itu baru tangan. Badan, kepala & sebagainya jangan cakaplah. Dalam hati sentiasa berdoa agar ayah sembuh kembali. Kasihan makkk...
Melepasi jam 8 malam ada seorang pembantu hospital lelaki lalu di hadapan katil ayah cik ain. Cik ain perhatikan dia & entah macam mana lelaki tu terpandangkan mesin bantuan pernafasan ayah tu. Tiba-tiba dia cakap, "dik, pernafasan ayah dah berhenti ni."
Cik ain tak terkejut tapi rasa macam hilang semua rasa yang ada dalam hati sebentar tadi. Apa aku nak buat ni. Reaksi apa aku nak tunjuk ni? Serious, hilang segalanya. Bila lelaki tu tengok cik ain blur2 dia pergi mendapatkan bantuan doktor & nurse.
Cik ain menunggu kedatangan mak pulak. Dipendekkan cerita ayah cik ain disah menghembuskan nafas terakhir pada malam itu juga. Apa yang cik ain nantikan adalah reaksi emak. Cik ain pandang wajah mak. Sedikit pun tak menitiskan air mata. Memang cik ain pelik. Emak tak sedih ke bila ayah dah meninggal?
Rupa2nya mak cik ain sudah dimaklumkan terlebih dahulu oleh doktor supaya bersiap sedia dengan sebarang khabar buruk mengenai ayah kerana keadaan ayah sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Emak cik ain dah terlalu banyak menangis sehinggakan habis air mata untuk ditangiskan. Tetapi dalam hatinya siapa yang tahu.
Apa2 pun cik ain sangat2 kagum dengan ketabahan mak cik ain. Dia memang seorang wanita yang KUAT & TABAH. Sayang mak sampai syurga!
Selepas segala urusan selesai di hospital & berita juga telah disampaikan kepada seluruh keluarga, saudara-mara & sahabat handai, malam itu juga jenazah ayah dihantar oleh pihak hospital ke kampung halaman kami di Kuala Kangsar bagi urusan pengkebumian.
Yang menaiki van jenazah ialah emak & emak saudara cik ain. Kami yang lain pulang dengan van abang. Biarlah emak berada di sisi ayah untuk kali terakhir. Alhamdulillah, perjalanan malam tu sangat dipermudahkan oleh Allah Taala. Syukur ya Tuhan.
Sampai sahaja di kampung, mereka sudah membuat persediaan untuk menyambut kepulangan ayah tetapi kali ini yang dibawa pulang hanya jasadnya sahaja. Memandangkan hari sudah terlalu lewat, kami sekeluarga membuat keputusan untuk mengebumikan ayah pada keesokan hari. Meninggalkan sedikit ruang untuk saudara-mara & sahabat2 ayah datang menziarahi beliau buat kali terakhir.
Keesokannya pula, seawal pagi kami anak2nya bersilih ganti membacakan surah Yassin buat ayah. Sementara menunggu kedatangan insan2 lain, izinkanlah kami meluangkan waktu2 terakhir dengan ayah tercinta. Biarkanlah kami memandang wajahnya buat kali terakhir. Kerana selepas ini yang tinggal hanyalah pusaranya.
Ayah selamat dikebumikan sekitar jam 11 pagi. Subhanallah, orang yang datang menziarahi ayah terlalu ramai sehingga menyesakkan seluruh ruangan kediaman. Ketika hayatnya, ayah mempunyai ramai kenalan sehinggakan sahabat2 yang berbangsa cina juga turut hadir memberikan penghormatan terakhir.
Kini cik ain semakin sedar, apabila hidup kita di dunia ini seringkali berbuat baik dengan insan2 lain, pasti kematian kita juga diiringi oleh doa2 mereka. Semoga ayah cik ain ditempatkan di syurga yang paling HEBAT.
~AL-FATIHAH~
p/s : bersyukur kerana diberi peluang menyirami jenazah ayah ketika jasadnya dimandikan & dapat melihat proses2 lain. saat kalian juga akan tiba! bersiap sedia dengan KEKUATAN yang hebat ^_^
Alfatihah~
ReplyDeleteThis is one of the sad story I ever read..
Camnela aku esok kan.. sedih siaa..
Btw ain..
Im here if u need someone..
miss u..
Sincerely
me
Thanks dear..i'Allah..
ReplyDeletekekuatan itu sentiasa dtg dr insan2 sprt anda..
setiap dr kita akn melaluinya..
so, sentiasalah bersedia sebaiknya ^_^