-->
~CoretanSiPenaDaif~

..Pilih Mana Suka..

  • bola (1)
  • cerita ain (46)
  • cerpen (2)
  • cinta (18)
  • filem (1)
  • ilmu (1)
  • kata2 hikmah (2)
  • kecewa (4)
  • kekasih (1)
  • kereta (1)
  • kesihatan (3)
  • lagu (3)
  • langkawi (4)
  • lirik (2)
  • makan (3)
  • minat (1)
  • movie (1)
  • nasyid (1)
  • novel (5)
  • Novel : Segalanya Mungkin (36)
  • pandangan (10)
  • pengajaran (2)
  • pengalaman (21)
  • percutian (6)
  • perempuan (2)
  • perkongsian (21)
  • persoalan (3)
  • promot (17)
  • puisi (5)
  • ramadhan (6)
  • raya (6)
  • renungan (2)
  • resepi (19)
  • rindu (5)
  • rumahtangga (2)
  • sabah (2)
  • sahabat (4)
  • soal hati (5)
  • walimah (15)

Kini...Giliran Emak Pulak

 

Salam keRABUan semua. Huhh...tajuk entry kali ni terlalu lama cik ain sumbat dalam draft. Tiap kali nak post, tak jadi! Tiap kali nak jadi, tak terpost. Apekehenye...

Honestly, memang tidak terluah dengan kata2. Berat... Ermm, macam mana nak explain ek? Ya ampun. Jap2 nak goncang kepala sikit.

Macam ni la senang cerita!

Bolehkan sama2 sedekahkan AL-FATIHAH buat bonda cik ain pula? ~al-fatihah~

 Secara ringkasnya, HAJJAH JAMALIAH BINTI YAHAYA telah pun menghembuskan nafas terakhir pada 11 APRIL 2009. Kini sudah melebihi 3 tahun pemergiannya.

Pengalaman menghadapinya??? Ermm...tidak terkongsi rasanya. Cukuplah sekadar... "ain sayang mak sampai syurga!" ^_^

Moga Allah ketemukan kita di sana kerana diri ini terlalu rindu untuk menyentuh tanganmu, mengucupi pipimu, berbual denganmu, berjenaka denganmu, ber'dating' denganmu, mendengari leteranmu & segala2nya denganmu... =(

Tunggu ain di sana makkk...


[ pada cik ain, arwah ayah & emak cik ain memang couple terbaik, tercomel & terhensem. Kenapa? Nama ayah HAJI JAMLI. Nama emak HAJJAH JAMALIAH. Sweet like cupcakes kan? Dua2 maknanya cantik, indah, comel, cute! & tarikh 'pemergian' mereka juga hanya selang 4 hari sahaja... JODOH !! ]



p/s : yang pergi usah ditangisi, yang tinggal sama2 kita hargai.... (sorry bakal suamiku! awak tak ada pak mertua + mak mertua nanti... wink..wink.. )





~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Wednesday, April 18, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Resepi : Paprik Ayam


Holla Molla...next recipe! Mahu? Nah! Wink..wink.. Resepi kali ini mungkin sedikit bercelaru buat insan2 yang baru berjinak2 dalam bidang masakan. Tetapi tidak mengapa, pelan2..slow2..rilek2 ok? Belum cuba belum tahu!

Jom jeling2 resepi yang seterusnya...


BAHAN

-1/4 isi ayam
-1 biji bawang besar (dipotong bulat)
-1/2 inci halia
-1 batang serai (dititik)
-4 helai daun limau purut
-4 sudu (b) cili boh
-1 sudu (b) sos tiram, sos tomato, sos cili & kicap
-1/2 batang carrot (potonglah sesuka bentuk)
-sedikit kacang panjang & bunga kobis
-sedikit air, garam & gula
-minyak untuk menumis

CARA

-goreng sebentar isi ayam (tanpa garam & kunyit) > toskan minyak
-menggunakan sedikit lebihan minyak menggoreng itu tadi, tumis halia, bwg besar & serai sehingga naik bau
-tumis cili boh sehingga pecah minyak
-masukkan kesemua jenis sos & kicap
-masukkan sedikit garam & gula serta sedikit air. biar sebentar
-masukkan isi ayam & daun limau purut
-masukkan carrot, kacang panjang & bunga kobis. kacau sehingga sebati
-SIAP!

GAMBAR


mintak maap yer..comot sikit!masakan ni kawan cik ain dah menculik terlebih dahulu.. :p
NOTA

-semoleknya jangan terlalu banyak air
-boleh tambah sebarang sayur lain yang sesuai
-boleh juga + udang, sotong & lain2


~SELAMAT MENCUBA~



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Monday, April 09, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Resepi : Sardin + Ubi Kentang


Salam sejahteranya pun! Wink...wink...Tadaa...kali ni cik ain kembali dengan resepi yang S.S.S..apakah??? Sedap.Simple.Senget...weee...

Uiitt...ingat semua orang pandai masak sardin ke haa? Cik ain dulu pun tak pandai. Bila dah dipaksa & terpaksa memasak baru la pandai sikit2. Kalau tak kena dengan gaya boleh jadi ceroi (cair) sangat, likat (pekat) sangat & sebagainya.

Jadi, sesiapa yang masih bujang trang tang333, boleh la mencuba aksi ini di rumah. Tak kira la perempuan bujang/lelaki orang..ahaks...

Tapi kalau dah kahwin jangan la masak sardin sokmo, nanti cik somi makan bersama dengan mamak2 di kedai mereka :p baru korang nangis guling2 di rumah!

Ayuh, cik ain nak share 1 lagi resepi yang sangat33 simple! Terjun!!!


BAHAN

-2 tin (k) sardin
-2 biji ubi kentang (dibelah 6 & direbus sebentar)
-4 sudu (b) cili boh
-1 biji bawang besar (dipotong bulat)
-4 biji cili api (dititik)
-1/3 cawan air asam jawa
-sedikit minyak, air & garam

CARA

-panaskan minyak & tumis cili boh sehingga pecah minyak
-masukkan sardin, cili api, bawang besar, air asam jawa, sedikit air & garam
-masukkan ubi kentang yang telah empuk & biar sebentar
-SIAP!

GAMBAR

cik ain guna sardin ADABI..

NOTA

-air mengikut kepekatan yang anda mahu
-kalau boleh elakkan mencampur sebarang perasa makanan lain (tak elok untuk santapan harian)
-bawang putih juga boleh ditambah


~SELAMAT MENCUBA~



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Monday, April 09, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Dah 11 Tahun Rupanya


Pejam celik pejam celik & celik tak pejam2 dah 11 tahun rupanya. Memang betullah masa sekarang ni sangat33lah pantas berlari & berlari sehingga tak jumpa garisan penamatnya di mana. ^_^

11 tahun yang lalu pada tarikh 7 April 2001 ayahanda cik ain HAJI JAMLI BIN OTHMAN telah menghembuskan nafas terakhir di wad Hospital Besar Ipoh kerana penyakit yang dialaminya semakin kritikal. Aishh...dah macam dalam melodi pulak ye? Uhuk3...

Boleh cik ain mintak sesuatu? Boleh la ek! 1 je... sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah buat ayahanda tercinta cik ain. Agar rohnya di tempatkan dalam golongan orang2 yang beriman & bertaqwa (ayah cik ain seorang insan yang baik >_<).

Ketika pemergian ayah cik ain ke rahmatullah usia cik ain baru 11 tahun. So, sekarang ni umur cik ain baru 15 tahun la. Wehehe...korang kira la sendiri ye. Cik ain lemah sikit bab kira mengira ni. Tambah2 bila usia semakin meningkat remaja. Wink..wink..

Meh sini sikit cik ain nak cerita mengapa, kenapa & bagaimana saat kepulangan ayah cik ain ke SANA. Sebab cik ain orang yang terakhir berada di sisinya sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.

Ayah cik ain disahkan menghidap barah otak. Malangnya penyakit itu hanya dapat dikesan apabila sudah sampai ke tahap yang ke-4. So, tahap yang paling kritikal la. Kami hanya berusaha sedaya yang mungkin untuk mencari penawar bagi penyakit ayah & selebihnya kami hanya berserah padaNYA.

Ayah cik ain ni orang business so terlalu banyak berfikir itu & ini. Doktor ada juga sahkan ini juga merupakan kesan sampingan mengapa ayah cik ain boleh dapat penyakit ni. Stress & sebagainya, Tanda2 awal penyakit beliau adalah seperti mudah pening & pengsan. Maksudnya sakit di bahagian kepala.

Cik ain pun tak berapa ingat sangat cerita sesahihnya kerana ketika itu cik ain masih mentah. Apa yang cik ain ingat, ayah memang boleh dikatakan setiap malam akan pergi belajar agama di mana2 masjid sekitar perak. Sebelum maghrib dia akan keluar rumah & bersolat maghrib di masjid/surau yang dia kunjungi.

Saat2 penyakit dia mula menyerang, ayah selalu dihantar pulang ke rumah sebab pengsan di masjid/surau tu. Mula2 pening yang teramat sangat & seterusnya pengsan. Hari makin hari keadaan ayah makin teruk. Hingga terlantar di rumah je.

Ayah cik ain ni memang seorang yang sangat33 takut nak ke hospital/klinik (macam cik ain). Tetapi sampai satu tahap di mana ayah memang memerlukan bantuan pakar. Duk tak duk akhirnya ayah dimasukkan ke wad Hospital Besar Ipoh sebab keadaannya semakin kritikal.

Selepas melalui satu pembedahan untuk membuang darah beku di kepalanya, ayah cik ain terus koma. Selama 18 hari ayah terlantar dalam koma. Ayah ditempatkan di ICU. Emak yang sering berada di sisi ayah ketika mana beliau di sana. Satu malam pun tak pernah tinggal..rindu emak...=( .. Allah..

Pada permulaan sahaja ayah cik ain diletakkan dalam bilik ICU. Akhir saat2nya di sana ayah ditempatkan pulak di wad biasa sahaja dengan menggunakan mesin bantuan pernafasan.

Cik ain pulak sekadar berulang hari2 menziarahi ayah di hospital. Entah macam mana malam ke 18 tu cik ain teringin nak tidur di hospital menemani mak. Memandangkan esok cuti sekolah cik ain terasa nak buat macam tu pulak. Seronoknya bila keinginan cik ain dapat dipenuhi.

Tak silap cik ain lepas asar cik ain bertolak ke hospital dengan abang sulung. Hati ni rasa macam mana entah. Rasa tenang bila tahu malam ni dapat teman mak & ayah. Maklumlah, tak pernah dapat tidur dekat hospital (ingat seronok gamaknya..hehe). Budak2 la katakan.

Masuk sahaja maghrib cik ain pergi solat dulu. Mak yang menunggu ayah di tepi katil. Lepas cik ain selesai mak pulak pergi ke surau menunaikan solat maghrib. Cik ain yakin, pasti doa mak dipenuhi dengan memohon kepada Allah Taala supaya menyembuhkan suaminya seperti sediakala. =(

Masa cik ain duduk sebelah katil ayah tu, cik ain sempat usap2 tangan ayah yang dipenuhi dengan wayar. Itu baru tangan. Badan, kepala & sebagainya jangan cakaplah. Dalam hati sentiasa berdoa agar ayah sembuh kembali. Kasihan makkk...

Melepasi jam 8 malam ada seorang pembantu hospital lelaki lalu di hadapan katil ayah cik ain. Cik ain perhatikan dia & entah macam mana lelaki tu terpandangkan mesin bantuan pernafasan ayah tu. Tiba-tiba dia cakap, "dik, pernafasan ayah dah berhenti ni."

Cik ain tak terkejut tapi rasa macam hilang semua rasa yang ada dalam hati sebentar tadi. Apa aku nak buat ni. Reaksi apa aku nak tunjuk ni? Serious, hilang segalanya. Bila lelaki tu tengok cik ain blur2 dia pergi mendapatkan bantuan doktor & nurse.

Cik ain menunggu kedatangan mak pulak. Dipendekkan cerita ayah cik ain disah menghembuskan nafas terakhir pada malam itu juga. Apa yang cik ain nantikan adalah reaksi emak. Cik ain pandang wajah mak. Sedikit pun tak menitiskan air mata. Memang cik ain pelik. Emak tak sedih ke bila ayah dah meninggal?

Rupa2nya mak cik ain sudah dimaklumkan terlebih dahulu oleh doktor supaya bersiap sedia dengan sebarang khabar buruk mengenai ayah kerana keadaan ayah sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Emak cik ain dah terlalu banyak menangis sehinggakan habis air mata untuk ditangiskan. Tetapi dalam hatinya siapa yang tahu.

Apa2 pun cik ain sangat2 kagum dengan ketabahan mak cik ain. Dia memang seorang wanita yang KUAT & TABAH. Sayang mak sampai syurga!

Selepas segala urusan selesai di hospital & berita juga telah disampaikan kepada seluruh keluarga, saudara-mara & sahabat handai, malam itu juga jenazah ayah dihantar oleh pihak hospital ke kampung halaman kami di Kuala Kangsar bagi urusan pengkebumian.

Yang menaiki van jenazah ialah emak & emak saudara cik ain. Kami yang lain pulang dengan van abang. Biarlah emak berada di sisi ayah untuk kali terakhir. Alhamdulillah, perjalanan malam tu sangat dipermudahkan oleh Allah Taala. Syukur ya Tuhan.

Sampai sahaja di kampung, mereka sudah membuat persediaan untuk menyambut kepulangan ayah tetapi kali ini  yang dibawa pulang hanya jasadnya sahaja. Memandangkan hari sudah terlalu lewat, kami sekeluarga membuat keputusan untuk mengebumikan ayah pada keesokan hari. Meninggalkan sedikit ruang untuk saudara-mara & sahabat2 ayah datang menziarahi beliau buat kali terakhir.

Keesokannya pula, seawal pagi kami anak2nya bersilih ganti membacakan surah Yassin buat ayah. Sementara menunggu kedatangan insan2 lain, izinkanlah kami meluangkan waktu2 terakhir dengan ayah tercinta. Biarkanlah kami memandang wajahnya buat kali terakhir. Kerana selepas ini yang tinggal hanyalah pusaranya.

Ayah selamat dikebumikan sekitar jam 11 pagi. Subhanallah, orang yang datang menziarahi ayah terlalu ramai sehingga menyesakkan seluruh ruangan kediaman. Ketika hayatnya, ayah mempunyai ramai kenalan sehinggakan sahabat2 yang berbangsa cina juga turut hadir memberikan penghormatan terakhir.

Kini cik ain semakin sedar, apabila hidup kita di dunia ini seringkali berbuat baik dengan insan2 lain, pasti kematian kita juga diiringi oleh doa2 mereka. Semoga ayah cik ain ditempatkan di syurga yang paling HEBAT.

~AL-FATIHAH~



p/s : bersyukur kerana diberi peluang menyirami jenazah ayah ketika jasadnya dimandikan & dapat melihat proses2 lain. saat kalian juga akan tiba! bersiap sedia dengan KEKUATAN yang hebat ^_^


~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Saturday, April 07, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
2 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Resepi : Tomyam Campur


Orang kata, 'air tangan' tu yang paling penting dalam sesuatu masakan. Kalau korang masak & ada yang komen "kakak aku masak lagi sedap!" Jangan buang masa, bagi dia satu baldi kosong suruh dia bawak balik & then suruh dia tadah air basuh tangan kakak dia dengan segera. Kemudian bagi pada korang..ahaks..

E'ehh...dah ada resepi kedua la..wink..wink.. Tak sah la pulak rasanya kalau ada kailan ikan masin tak ada tomyam kan? Jom cik ain share resepi tomyam campur dekat korang semua.


BAHAN UTAMA

-1/2 ayam
-sedikit udang & sotong
-4 ulas bawang putih (diketuk)
-10 biji cili api (diketuk)
-1 inci lengkuas (diketuk)
-2 batang serai (diketuk)
-2 ulas bawang besar (dibelah 4)
-2 biji tomato (dibelah 4)
-2 kiub maggi tomyam
-4 sudu (b) pes tomyam
-6 helai daun limau purut
-air (sukatan mengikut kehendak)
-sedikit minyak

SAYUR

-1 batang karot : lebih pun boleh (dihiris menyirung)
-sedikit kubis bunya (dipotong comel)
-1 paket cendawan (dipotong comel)

CARA

-tumis bawang putih sehingga naik bau
-masukkan air + cili api + lengkuas + serai + kiub & pes tomyam + bawang besar (kacau sehingga sebati)
-masukkan ayam + udang + sotong (biar 5minit)
-masukkan sayur + tomato + daun limau purut + garam
-kacau sehingga benar2 masak. SIAP!

GAMBAR

cik ain guna pes tomyam yang asli dari thai

NOTA

-nak guna ayam saja pun boleh 
-nak tambah sebarang sayur lain pun boleh 
-tak nak guna pes tomyam pun boleh tapi WAJIB tambah kiub tomyam



~SELAMAT MENCUBA~



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Thursday, April 05, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Resepi : Kailan Ikan Masin


Uhuk3...pat2 kelas dah nak mula. Bagi sesiapa yang sangat hebat dalam bidang memasak, boleh la pejam mata tengok resepi ni. Bagi sesiapa yang masih dalam proses belajar, sila tumpukan perhatian! hehe... Cik ain tahu ramai di luar sana yang sangat hebat dalam bab masak memasak ni. Tapi tak apa, sharing is loving kan sayang2ku?

Tanpa membuang masa, kebetulan semalam cik ain sediakan masakan ni untuk seisi rumah cik ain, apa lagi jom usha!


BAHAN

- sayur kailan (potong sederhana)
-i inci ikan masin tenggiri (dipotong comel2)
-5 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
-1/2 inci halia (ditumbuk kasar)
-2 sudu (b) sos tiram
-3/4 cawan air
-sedikit minyak untuk menumis

CARA

-panaskan minyak, tumis bawang putih + halia sehingga naik bau
-masukkan ikan masin tenggiri & biar sehingga bawang putih sedikit kekuningan
-masukkan sos tiram + air (kacau sebentar)
-masukkan sayur kailan (kacau sehingga sebati)
-siap dihidangkan!

GAMBAR

cik ain buat berkuah sikit sebab permintaan h.mate


NOTA

-kalau nak + garam, sila rasa terlebih dahulu. takut terlebih masin sebab ikan tenggiri dah masin 
-sukatan air mengikut kehendak anda. kalau nak lebih kuah sila tambah lagi 
-better asingkan batang & daun kailan. masa nak masak masukkan batangnya dulu supaya cepat lembut



~SELAMAT MENCUBA~



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Thursday, April 05, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

...Resepi Cik Ain...


Tadaa...cik ain kembali dengan 'chapter' baru dalam kedai kopi ni iaitu "RESEPI". Dulu korang boleh lepak2 minum, buat ketupat & tengok astro je dekat sinikan? Kali ni cik ain tak nak korang buang masa. Jom belajar memasak! ^_^

Suka memasak tak? Kalau tak suka sila cari suami jutawan (boleh minta maid bebanyak..ahaks). Sebelum cik ain keluarkan resepi yang pertama meh sini cik ain nak story roti merry sikit dekat korang kenapa tiba2 cik ain berminat nak share bab masak memasak ni.

Bukan nak cerita yang cik ain pandai memasak tapi nak berkongsi HOBI. Cik ain kalau ada masa terluang memang suka memasak. Mengapakah? Nak jadi menantu chef two lah katakan. Wee...

Mungkin ada yang beranggapan, "alah, banyak je blog2 lain yang share pasal masakan". TETAPI...ada tetapinya! Dalam blog cik ain, cik ain akan ajar resepi yang simple, sedap, bahan mudah dapat & telah di'edit' resepi itu supaya menjadi yang paling mudah untuk disediakan. Tak percaya? Sila melalak sendirian berhad..wink..wink..

Untuk chapter 'resepi' ni cik ain akan update apa2 sahaja yang cik ain masak beserta dengan resepi lengkap, cara2 membuat & gambar hasil dari masakan cik ain tu. Perlu di'jerit'kan sekali lagi dekat telinga korang, resepi2 yang cik ain share sama sahaja dengan makanan2 yang kita pernah makan cuma mengikut cara cik ain sahaja.

Janganlah riso beno! Tak adanya resepi yang pelik2. Yang ada cuma resepi yang cute2 sahaja. Ekeke...
Nak tahu apa yang bakal cik ain ajar untuk kelas yang pertama, nantikan entry yang seterusnya! Daaaa....



p/s : pandai memasak bukan satu kebanggaan tetapi satu kelebihan! >_<



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Thursday, April 05, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Renovation Kedai Kopi


Aunntakkk!! Hellow mellow kamu, kamu & kamu ^_^ Molek dop kedai kopi baru cik ain? wink..wink.. Tapi tak siap sepenuhnya lagi. Bahagian HEADER nak kasi melatop lagi.

Bukan apa, dah lama berniat nak menukar wajah baru kedai cik ain ni. Nanti boring pulak korang2 nak lepak dekat sini. Al-maklumlah, dunia semakin maju. Cik ain pulak semakin ketinggalan keretapi. Ahaks...

Sempena usia cik ain yang semakin nak bertambah muda ni, biar kasi ceria sikitkan? Siyes, 2 hari duk godek2 skru dekat kedai ni. Semuanya dah berkarat! Ya ampun... akhirnya cik ain buat keputusan untuk keluarkan sedikit kos for renovate my shop! Kos apa? Kosmetik housemate cik ain. Ekeke...

Cuma sekarang ni tengah duk jeling2 cara nak buat header yang mantop sendiri. But take time la. Saya budak baru belajar! >_< So, tempekkan ajelah yang lama dulu.

But the most cute thing, semakin terang lagi benderangkan? wink..wink.. Hope tidak menyakitkan mata mana2 pihak. Keselesaan kalian, perhatian cik ain! Tewah33...

Lagi satu nak habaq mai, lepas ni cik ain akan share pasai RESEPI pulak dalam blog ni. Resepi apa? Nantikan!



p/s : sapa2 yang boleh create header yg santek untuk cik ain, jangan malu2 untuk angkat tangan! wee...




~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Thursday, April 05, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Tangan Yang Menerima


Salam kasih sayang buat semua. Alhamdulillah AKHIRnya cik ain berpeluang jugak menempek dekat kedai kopi ni. Fuhh...lama bangat rasanya tak dapat meluangkan masa menconteng2 dinding kedai ni. Maklumlah, conteng dinding rumah kena baling penyapu. Mujur ada dinding kedai ni haa...sapa berani marah?? Meh nak bagi mop free...wink..wink..

Ada yang bertanya kenapa dah lama tak update blog? Bukan tak nak update tapi kadangkala cik ain berada di zon yang sangat sibuk! Sibuk dengan apanya cik ain oiit? Dengan anak2 yang memerlukan perhatian yang lebih di rumah...ahaks... Biasa la hidup di samping manusia2 ni kadang2 kita tak dapat nak jangka jadual yang sentiasa free. Kehidupan kita adalah tanggungjawab. Cari nafkah lagi...uhuk3...nafkah untuk diri sendiri!

Back to the point, kali ini cik ain terasa nak berkongsi sedikit berkaitan MEMBERI & MENERIMA. Orang putih ngomong GIVE & TAKE. Tewah3... Tidak kiralah siapa kita, konsep ini sangat molek diamalkan. Mengapakah? Kerana bernafas di alam Allah, perlunya sifat2 sebegini sebelum kita diberi bantuan pernafasan. Wehehe...

Tidak perlu terlampau berbunga2 kerana membazir baja2 yang ada cik ain lebih suka huraikan sesuatu dengan cara cik ain sendiri. Cik ain sentiasa tanya pada diri sendiri, "best tak kalau aku je yang sentiasa memberi, tapi tak pernah dapat sebarang balasan?" Kunun2nya macam syok sendiri. Manusia memang tak dapat lari dari perasaan kurang ikhlas & sentiasa mengharapkan balasan di atas sesuatu pemberian. Believe it! 

Tetapi perlu sentiasa ingat, memberi & menerima tidaklah tertumpu pada aspek 'kebendaan' sahaja. Janganlah jadi seseorang yang sangat33 bermata KEBENDAAN. Buruk beno perangainya!! ^__*. Banyak aspek yang boleh kita aplikasikan kepada konsep memberi & menerima. Apakah? JOM usha dengan mata yang paling manja (>_<)


DOA : Cik ain paling suka memberi sesuatu kepada orang lain melalui doa. Mengapa? Kerana terasa lebih dekat denganNYA. Pada cik ain MEMBERI dalam doa adalah sehebat2 pemberian. Sentiasa bersangka baik di mana mungkin insan2 di luar sana sering mendoakan kebahagiaan, kesenangan, kejayaan & kegembiraan kita. Tidak salah kita selitkan dalam doa kita untuk orang lain juga. Jangan kedekut dalam berdoa! Walaupun ianya sekadar lafaz @ niat di dalam hati tidak mustahil Allah Taala akan tunaikan permintaan kita. Rite anak2ku sayang? Ustazah cik ain pernah cakap, di hujung setiap ayat dalam doa yang mana ada huruf YA (saya) gantikan dengan NUN (kami). Sharing is Loving.

SENYUM : Cik ain cukup jeles dengan orang yang kedekut senyuman ni. Mengapakah? Jeles sebab dia simpan senyuman dia untuk diri sendiri. Kayalah dia dengan senyuman. Tetapi kaya yang mana hakikatnya sangat MISKIN! Allah dah berikan rupa paras yang molek, cantik, cun, macho tetapi masih kedekut dengan senyuman. Pada cik ain, bila memandang seseorang yang tidak pernah kita kenal & dia tanpa ragu2 memberikan kita senyuman ikhlas sangatlah tertarik untuk meneruskan perkenalan. Betul tak? Kalau tak betul sila menangis sorang2. Tetapi jangan tersalah memberi senyuman. Kerana terlampau taksub dengan untuk senyum, laki Mak Jemah pun disapunya! (maksudnya lihatlah pada individu tersebut). Ingat! Murah2kan senyuman agar ia membuka ruang rezeki pada kita.

PERASAAN : PERASAAN bukan PERASAN ya! Haa...bab ni mesti korang semua suka kan. Tak minta dibalas pun mesti rasa nak balas! Uhuk3...Cik ain? Pun suka jugak. Ahaks... Tetapi amat2lah smart kalau memberi & menerima dalam konsep perasaan ini diaplikasikan dalam pertalian yang HALAL. Seperti suami + isteri, emak + anak, ayah + anak, cucu + nenek & sebagainya. Bagaimana mahu memberi & menerima dalam hubungan seperti ini? Contoh yang jelas, jika kasihnya seorang suami kepada isterinya setinggi gunung, apa salahnya isteri itu membalas kasih pada suaminya sebesar lautan. Hemoh33... Jika sayangnya seorang ibu setinggi awan, kita balaslah dengan sebesar2 ladang bunga. Kasih sayang pun dapat, PAHALA pun berganda. (dalam bab cintan-cintun sila rujuk Kamus Bahasa page 15ratus!)

BARANG/MATERIAL : Yang ini cik ain letak akhir sekali dalam soal memberi & menerima. Kita tidak boleh menafikan kebendaan itu tidak penting dalam sesebuah hubungan. Contoh di sini, jika dalam bersahabat, si Temah setiap tahun memberikan hadiah sempena hari jadi si Senah, tetapi si Senah dah 20 tahun tak pernah beri apa2 hadiah sempena hari jadi si Temah. Mahu tak bengang si Temah tu. Iya dok? Lebih kurang macam tu la. Kadang2 soal memberi dalam bentuk barangan bukanlah untuk menilai setaraf mana kasih sayang seseorang itu terhadap kita tetapi cukuplah dijadikan kenang2an. Rite? Kalau cik ain sendiri pun tidaklah mengharapkan sebiji rumah sempena hari jadi, cukuplah Myvi sebagai ganti. Wink..wink.. (gurau!) Setuju andainya cik ain katakan, pemberian yang disematkan dengan sepenuh keikhlasan teramatlah berharga buat si penerima? Tak dapat sediakan yang mahal yang murah sudah cukup. Believe me!


Pehe dok kawe kecek gapo di atah nun? (akibat sebumbung dengan gadis made kelate ni >_<). Ini pandangan cik ain apabila kita sering melaung2kan 'Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Tangan Yang Menerima'. Faham betul2 maksud ayat tersebut InsyaAllah kita dapat amalkan dengan sebaik-baik cara. Sentiasa sematkan di dada, jangan kedekut dalam memberi. Masih jelas kedengaran pesan salah seorang idola cik ain, "jika kita tidak berkira/kedekut dalam berkongsi rezeki yang kita perolehi, InsyAllah Allah akan lipat gandakan lagi rezeki buat kita di masa akan datang." Syukur alhamdulillah, akhirnya meresap kemas maksud itu ke dalam hati kecil cik ain. Tak pernah rasa? Cubalah!

~WALLAHU'ALAM~


[Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Doa seorang muslim kepada saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, amin!, engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Riwayat Muslim)]



p/s : jika memberi jangan terlampau mengharapkan balasan. dalam membalas jangan sampai ke tahap membazir demi memuaskan hati sebelah pihak sahaja. (saya tak suka individu yang BERKIRA! tak kiralah siapa dia di mata saya >__<)


~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Tuesday, April 03, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi
Subscribe to: Posts (Atom)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:AhLan WasAhLan:..

..:KePunYaAn EmPaYar:..

nurul ain haji jamli
24 april 1990
kuala kangsar, perak
penulis & blogger
dah jadi PUAN

kLik..kLik..

..:iMpiAn HatI:..

"Ya ALLAH, jaDikAn Aku WaNitA sOLehAh...yaNg bAik dI anTarA yAnG tErbAiK...kUrnIaKan jUgA PenDamPinG yAng BaIk daLam HiDupKu...baGi mEndApaTkAn SesUaTu YaNg TerBaIk dAri-Mu...aMin yA RaBb..."

..:pEcEbuK:..

Nurul Ain Haji Jamly

Create Your Badge

cE kOmE tRy bAce!!

  • ►  2013 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (8)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (6)
  • ▼  2012 (78)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ►  October (6)
    • ►  September (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (8)
    • ►  June (12)
    • ►  May (14)
    • ▼  April (9)
      • Kini...Giliran Emak Pulak
      • Resepi : Paprik Ayam
      • Resepi : Sardin + Ubi Kentang
      • Dah 11 Tahun Rupanya
      • Resepi : Tomyam Campur
      • Resepi : Kailan Ikan Masin
      • ...Resepi Cik Ain...
      • Renovation Kedai Kopi
      • Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Tangan Yang Me...
    • ►  March (1)
    • ►  February (6)
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (79)
    • ►  December (7)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (7)
    • ►  August (32)
    • ►  June (7)
    • ►  May (6)

..:FoLLowErS:..

..:i foLLow u:..

  • Blog Cik Nurfarah
    HI 2025
  • Jia creatifelt
    Harry Potter Et Les Reliques De La Mort : 1ère Partie (2010) Watch Full Movie Streaming Online
  • Warong Makcik Senah
    Watch Clifton Hill 2019 Free Online
  • Kisah BudaxXx Montel ^^
    Watch Cardboard Boxer 2016 Free Online
  • Entirely Of Flaws
    Bank Indonesia Memberi Penghargaan Atas Pelaporan Uang Palsu
  • ♥cOraT cOret NusHA ♥
    TRAGEDI OKTOBER : Duit bagi tapi tak cukup!
  • TAMU JAJAKRAF
    NOTICE BOARD
  • ~BabyComel~ Hanya insan Biasa
    Suratan Takdir Gersang Kisah Si Curang
  • I CANT HEAR THE SILENT MELODIES
    Jual Obat Maximoz Peningkat Vitalitas, Stamina Dan Obat Ejakulasi Dini Di Sidoarjo
  • Nurhafizah ❤
    5 Tips Bagaimana Menjaga Fikiran Positif Setiap Hari
  • Wanita Melayu Akhir Zaman
    J-Pace SUV Review 2018
  • SaHaBaT BUKIT BOTAK
    Ninja : Genap 1 Tahun 4 Bulan
  • silenceaneesa ♥
    Langkah Memberi warna Baju Dengan Wantex supaya Sembuh Seperti Baru Lagi
  • Reading is the most relaxing moment. (I'm only eighteen)
    Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion 5
  • BILA KATA HATI MENULIS
    Terus Mencintaimu
  • Wardah Alisya
    8 tahun usia Wardah Alisya
  • Dazzi Lurzzi Official Blog
    Redha 2016 Movie Hack Full
  • ya allah kuatkan hati kami
    Obat herbal murah berkhasiat paling ampuh
  • oLd_sChOoL
    Selangor Juara Piala Malaysia, Kenduri Kahwin Member Lebih Penting
  • [ hujung peNa... papan kekuNci ]
    "Letihlah nak pikir duit..."
  • JoY AnD SoRrOw
    FiRsT eNtRy FoR tHiS yEaR
  • Anas Muallim
    Cuti yang panjang
  • segalanyamungkin
    BAKTI SISWA TERENGGANU (KAMPUNG SEBERANG TAKIR)
  • ! ~ Salam Ukhuwah ~ !
    Giveaway dan Lucky Draw
  • misyaain amna
    TANDA HIDUP TAK BERKAT
  • ^◕‿◕^
    UPDATE NEW STOCK ** MEN'S SHIRTS **
  • The Karl Nyzam™
    Erti Sebuah Kemaafan
  • col0ur ur life
    Tukar Lagi.
  • kami craft
    Pek Kombo Tona~~ Murah Gilaa~~~!!!
  • Abu HurairaH
  • My Life
    Hujung Minggu
  • ~~ ketulusan hati ~~
    Dia kekasih aTi Qu...
  • ♥ CATATAN SEORANG HAMBA ♥
    ♥ KISAH MAYAT MEMBACA SURAH YASSIN DI MEKAH ♥
  • maiza husna
  • PERCUTIAN TERINDAH
    PAKEJ 3HARI 2MALAM DI PANGKOR
  • ! .. ✿Ɖαʏα Ƭнɛ Ƨιϰтн✿ .. !
    Korean Fashion :)
  • Ibnu Sina ATC
    Sekitar Karnival Ekonomi Muslim
  • ~liFeminEswEEtsoUr~
  • Celoteh Deqyah Pegeon~
  • Triple L
  • JuZ a sImPLe guRL DiaRy
  • BerLARI ke LANGIT
  • ♥
  • Muni Izzah
  • ♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫•♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫• ♫•*¨*•.¸¸
  • vip eema..
  • Eimma
  • kedai mu
  • Hafiz Hamidun
  • Seek ONLY for MARDHOTILLAH
  • BLOG ALAN
  • ✿ Missz.Nana.Punyer.Cerita ✿
  • ..sEriKanDi isLaM..
  • *sUkA-suKi DunIakU*
  • hello !!!
Backgrounds & Flower Backgrounds
Powered by Blogger.