-->
~CoretanSiPenaDaif~

..Pilih Mana Suka..

  • bola (1)
  • cerita ain (46)
  • cerpen (2)
  • cinta (18)
  • filem (1)
  • ilmu (1)
  • kata2 hikmah (2)
  • kecewa (4)
  • kekasih (1)
  • kereta (1)
  • kesihatan (3)
  • lagu (3)
  • langkawi (4)
  • lirik (2)
  • makan (3)
  • minat (1)
  • movie (1)
  • nasyid (1)
  • novel (5)
  • Novel : Segalanya Mungkin (36)
  • pandangan (10)
  • pengajaran (2)
  • pengalaman (21)
  • percutian (6)
  • perempuan (2)
  • perkongsian (21)
  • persoalan (3)
  • promot (17)
  • puisi (5)
  • ramadhan (6)
  • raya (6)
  • renungan (2)
  • resepi (19)
  • rindu (5)
  • rumahtangga (2)
  • sabah (2)
  • sahabat (4)
  • soal hati (5)
  • walimah (15)

Langkawi ~ Hari Kedua!! (Island Hopping/Makam Mahsuri)


Next! Jom sambung cerita pasal Langkawi.. hari kedua memang jadual pack dari pagi sampai malam!

Mengikut perancangan awal, aktiviti kami pada sebelah pagi adalah Island Hopping. Apa dia IH ni? IH ni 1 aktiviti di mana kita akan dibawa menaiki boat laju ke 3 pulau. Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar & Pulau Beras Basah. Bangun untuk solat subuh tengok hujan terlalu lebat. Cakap pada zauj, jawabnya kita duduk dalam hotel jela hari ni. Hujan lebat macam takkan berhenti. Masa tu dah mula sedih. Ape daaa cik ain ni... Zauji suruh siap jugak. Sebab kalau nak join aktiviti IH, kena ada dekat jeti pantai cenang pukul 9 pagi. IH ada 2 sesi setiap hari. Pagi (pukul 9), petang (pukul 2). Kalau terlepas 2 waktu ni, terpaksalah tangguh pada keesokan harinya sebab aktiviti ni makan masa. Lebih kurang 4 jam untuk 1 sesi.

Syukur alhamdulillah, hujan berhenti sebaik sahaja jam 8 pagi. Terus gerak dari hotel ke Pantai Cenang. Aktiviti IH akan bermula di Pantai Cenang. Don't worry kalau korang masih belum beli tiket awal2 sebab dekat pantai cenang tu melambak2 syarikat yang tawarkan aktiviti ni. So, korang just pilih je. Pakej paling murah yang korang boleh dapat adalah RM25/kepala. Kalau rasa takut nak beli di sana atas alasan tiket habis, korang boleh call number ni untuk booking. 0125785408 (nama tak ingat). Haha.. nak cerita something yang menarik. Cik ain dengan zauj hanya bayar RM28.00 untuk 2 kepala. Mungkin rezeki orang baru kahwin kot. Alhamdulillah!

jeti
banyak syarikat lain yg turut menyediakan khidmat ini
sabar menunggu
update fb..update fb.. :p
sebelum bergerak
masih menunggu
sedia utk bergerak
Perlu diingatkan di sini, kalau korang nak join aktiviti ni, tak perlu pakai cantik / beria-ia. Hanya berselipar & berpakaian simple itu lebih sesuai. Menutup auratlah ya!!! ^^Sebab? Korang berdandanlah secantik mana pun, bila sampai di pantai cenang semula(ketika pulang), rupa korang tetap akan menjadi seperti pelarian. Dengan basahnya, dengan kulit sedikit terbakar & comot! Ini semua memang takkan dapat dielakkan. Kami mula bergerak dari pantai cenang sekitar jam 9.40 pagi. Lambat dari jadual sebab orang agak ramai. Best yang amat dapat naik boat laju ni walaupun masih ada rasa gementar sebab cik ain tak pandai berenang. Wuuu...

tudung renyokkk...
penumpang yang lain
Pulau pertama yang dikunjungi adalah Pulau Dayang Bunting. Kami diberi masa 1 jam berada di pulau ini. Kenapa dinamakan Dayang Bunting? Sebab dari jauh kita akan dapat lihat pulau ini berbentuk seorang wanita mengandung yang sedang baring. Nanti cik ain tunjukkan gambarnya & ada peristiwa di sebalik nama pulau ini. Nak tahu peristiwa tu apa, kena google la ek. Nak cerita dekat sini panjang bebeno. Nanti tak pasal2 jadi blog sejarah. Cik ain alergik dengan sejarah2 ni. Hihi.. Dalam pulau tu ada sebuah tasek. Sangat cantik airnya uooolllss. Boleh mandi, boleh rendam kaki & main air. Main air?? Ekkk....macam tak ada motif! Lalalaa... Dikatakan kedalaman tasek tu mencecah 30kaki. Zauji memang ambil peluang mandi sebab dia pandai berenang. Cik ain? Mintak simpang la. Hanya rendam kaki sahaja. Takuttt.. Zauji dapat mandi sekejap je sebab dah kesuntukan masa. Sebelum zauji mandi, kami sempat naik solar boat. Boleh pusing2 tasek tu. Kalau dekat Taiping ada boat angsa tu kan? Lebih kurang macam tu la. Best! RM30/30minit. Mahal?? Memang pun! Haha.. Nak sewa solar boat ni anytime sebab perkhidmatannya ada di tasek itu.

jeti pulau dayang bunting
sayang..
^_^
<3 <3 <3
laluan ke tasek
tasek dayang bunting
solar boat
merasa jugak pegang air tasek
rendam kaki
ohhh...zauji!
^_*
kemain diaaa!!!
nampak x??seperti perempuan mengandung kan?

Pulau yang seterusnya adalah Pulau Singa Besar / Eagle Feeding. Pulau ni memang kami tak singgah. Just tengok driver boat bagi makan burung helang & helang akan turun ke permukaan air untuk ambil makanan2 tu. Best! 1stime tengok helang dari dekat dengan kuantiti yang banyak. Gambar boleh diambil dari atas boat sahaja. Tak tahulah kenapa tak boleh singgah. Mungkin tempatnya yang kurang selamat atau memang tak pernah orang singgah. Haha.. Jadi la...tapi payah sikit la nak ambil gambar dari atas boat. Bergoyang macam nak tumbang.

burung helang sambar makanan

Lepas tu kami terus ke destinasi yang terakhir iaitu Pulau Beras Basah. Yang ini memang untuk singgah. Rugi kalau tak singgah sebab pantainya sangat ohsem. Air laut yang sangat2 jernih sehingga menampakkan isi laut. Cuma nak beritahu, dekat pantai ni tak ada toilet ya. So, pandai2lah. Nak snorkling boleh, nak naik banana boat pun boleh. Tapi cik ain dengan zauj memang tak sempat nak buat semua tu sebab banyak bergambar je. Hanya zauj yang mandi sampai hitam legam. Kikiki..excited beno rupanya! Lagi satu, mohon jangan bawa sebarang makanan di tangan. Kalau korang nak bawa makanan ringan make sure simpan dalam beg elok2. Sebabnya, kalau korang tunjuk makanan di luar, kera di sekitar pantai tu takkan lepaskan peluang untuk rampas makanan tu. Sekali dia dah nampak, jangan harap kita nak dapat balik. So scary!


pulau beras basah
pantai yang sgt cantik!
air laut yg jernih

mkn megi..sangat lapar okeyyss
tudiaaa...mandi dah!
panas!


dah nak balik..
tataaa...

Akhirnya kami sampai di jeti pantai cenang sekitar jam 1.15 petang. Fuhh..sangat panas! Kesimpulannya, aktiviti Island Hopping sangat2 best & mencabar. Jangan lepaskan peluang untuk buat aktiviti ni kalau korang ke sana ya!

Aktiviti seterusnya, kami ke Buffalo Park. Mungkin ramai yang tak tahu akan kewujudan tempat ni sebab dia kurang famous. Satu sahaja yang cik ain nak beritahu sekiranya korang dah tak tahu nak ke mana means dah pergi tempat2 yang wajib dikunjungi di Langkawi bolehlah korang berkunjung ke sini. Bukan tak nak suggest, tapi di Buffalo Park tidak banyak aktiviti yang dapat kita lakukan & lokasinya berada di tengah2 kampung. Memang agak sukar untuk kami mencari. Yang boleh kita lihat di sini adalah pelbagai jenis baka kerbau dari luar negara. Boleh cuba untuk perah susu kerbau. Tapi cik ain pergi dah petang. So, hanya boleh melihat kerbau sahaja. Selain tu kalau nak merasa tunggang kerbau pun boleh. Yang paling best, korang boleh merasa pelbagai produk makanan yang diperbuat dari susu kerbau macam keju, dadih, yogurd & daging segar. Tapi kena beli la ya. Wink..wink.. Tiket untuk masuk RM3.00 (dewasa), RM1.00(kanak2). Pada cik ain bagi masuk free pun tak apa. Bukan besar mana pun. Hihihi...


Selamat datang!
Buffalo Farm
harga tiket
boleh bagi makan kerbau..dibenarkan!

antara produk yg kami cuba..not bad!
Tak nak buang masa dekat situ, cik ain terus bergerak ke Makam Mahsuri. Tiket masuk bagi dewasa RM7, kanak2 RM3.50. Untuk pengetahuan umum, cik ain tak pernah ambil tahu sejarah tentang Mahsuri ni. Dah pergi sana baru tahu. Maklumlah, sejarah tak pernah dapat A. Ahaks.. Tak ada la lama sangat kami berjalan dalam tu. Sekadar tengok, bergambar & baca sejarah2 yang ada. Kebetulan masa kami pergi banyak bangunan di dalamnya under maintenance termasuklah rumah Mahsuri. Rugi! Sedikit info yang cik ain dapat, kata mereka kecantikan Mahsuri tiada tandingannya. Benarkah? Bukan semua ciptaan Tuhan cantik2 belaka ke? Ahaks... saja bagi sedap hati. Jeles dengan Mahsuri. Wakaka.. Zauji ada tegur, kalau betul Mahsuri tu sangat33 cantik kenapa model yang dipilih tak secantik yang dibayangkan. Kalau korang pernah ke sana mungkin korang tahu rupa model Mahsuri yang diguna pakai untuk melakonkan semula kisah2 Mahsuri dahulu. Cik ain tak ada jawapan untuk soalan zauj tu. Soalan tahap dewa baginya. Haha..



rumah MAHSURI
Wan Aishah, keturunan ke-7 Mahsuri
bergambar dari luar shj

line 'merah putih' tanda dilarang masuk!

telaga Mahsuri

zauji sempat timba air perigi ni
Di kawasan luar Kota Mahsuri itu, terdapat banyak gerai2 yang menjual kain batik, tshirt2, minyak gamat & macam2 lagi. Dari pemerhatian cik ain, korang jangan lepaskan peluang untk grab kain2 batik, minyak gamat & tshirt di sini. Sebabnya, harga yang ditawarkan di sini lebih murah berbanding di Pekan Kuah. Believe me! Kalau tak nak beli banyak, cukup sekadar dijadikan perbandingan harga di tempat lain. 2 kali(untuk percutian kali ini) cik ain ke sini sebabnya nak shopping! Haha.. Melampau!

Cuaca dah mula nak hujan. Tanpa menunggu lebih lama, kami bercadang untuk ke destinasi seterusnya. Di mana? Nantikan entry yang akan datang! Penat weyhhh menaip.. Tataaa...





~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Monday, July 15, 2013
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:AhLan WasAhLan:..

..:KePunYaAn EmPaYar:..

nurul ain haji jamli
24 april 1990
kuala kangsar, perak
penulis & blogger
dah jadi PUAN

kLik..kLik..

..:iMpiAn HatI:..

"Ya ALLAH, jaDikAn Aku WaNitA sOLehAh...yaNg bAik dI anTarA yAnG tErbAiK...kUrnIaKan jUgA PenDamPinG yAng BaIk daLam HiDupKu...baGi mEndApaTkAn SesUaTu YaNg TerBaIk dAri-Mu...aMin yA RaBb..."

..:pEcEbuK:..

Nurul Ain Haji Jamly

Create Your Badge

cE kOmE tRy bAce!!

  • ▼  2013 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (8)
    • ►  August (4)
    • ▼  July (7)
      • Langkawi ~ Hari Ketiga!! (Bird Paradise)
      • Langkawi ~ Hari Kedua!! (Cable car)
      • Langkawi ~ Hari Kedua!! (Island Hopping/Makam Mahs...
      • Langkawi ~ Hari Pertama !!
      • Ramadhan..dengan dia ^_^
      • Sebenarnya Saya Isteri Dia ^_^
      • Resepi : Puding Karamel Tanpa Telur
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (6)
  • ►  2012 (78)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ►  October (6)
    • ►  September (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (8)
    • ►  June (12)
    • ►  May (14)
    • ►  April (9)
    • ►  March (1)
    • ►  February (6)
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (79)
    • ►  December (7)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (7)
    • ►  August (32)
    • ►  June (7)
    • ►  May (6)

..:FoLLowErS:..

..:i foLLow u:..

  • Blog Cik Nurfarah
    HI 2025
  • Jia creatifelt
    Harry Potter Et Les Reliques De La Mort : 1ère Partie (2010) Watch Full Movie Streaming Online
  • Warong Makcik Senah
    Watch Clifton Hill 2019 Free Online
  • Kisah BudaxXx Montel ^^
    Watch Cardboard Boxer 2016 Free Online
  • Entirely Of Flaws
    Bank Indonesia Memberi Penghargaan Atas Pelaporan Uang Palsu
  • ♥cOraT cOret NusHA ♥
    TRAGEDI OKTOBER : Duit bagi tapi tak cukup!
  • TAMU JAJAKRAF
    NOTICE BOARD
  • ~BabyComel~ Hanya insan Biasa
    Suratan Takdir Gersang Kisah Si Curang
  • I CANT HEAR THE SILENT MELODIES
    Jual Obat Maximoz Peningkat Vitalitas, Stamina Dan Obat Ejakulasi Dini Di Sidoarjo
  • Nurhafizah ❤
    5 Tips Bagaimana Menjaga Fikiran Positif Setiap Hari
  • Wanita Melayu Akhir Zaman
    J-Pace SUV Review 2018
  • SaHaBaT BUKIT BOTAK
    Ninja : Genap 1 Tahun 4 Bulan
  • silenceaneesa ♥
    Langkah Memberi warna Baju Dengan Wantex supaya Sembuh Seperti Baru Lagi
  • Reading is the most relaxing moment. (I'm only eighteen)
    Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion 5
  • BILA KATA HATI MENULIS
    Terus Mencintaimu
  • Wardah Alisya
    8 tahun usia Wardah Alisya
  • Dazzi Lurzzi Official Blog
    Redha 2016 Movie Hack Full
  • ya allah kuatkan hati kami
    Obat herbal murah berkhasiat paling ampuh
  • oLd_sChOoL
    Selangor Juara Piala Malaysia, Kenduri Kahwin Member Lebih Penting
  • [ hujung peNa... papan kekuNci ]
    "Letihlah nak pikir duit..."
  • JoY AnD SoRrOw
    FiRsT eNtRy FoR tHiS yEaR
  • Anas Muallim
    Cuti yang panjang
  • segalanyamungkin
    BAKTI SISWA TERENGGANU (KAMPUNG SEBERANG TAKIR)
  • ! ~ Salam Ukhuwah ~ !
    Giveaway dan Lucky Draw
  • misyaain amna
    TANDA HIDUP TAK BERKAT
  • ^◕‿◕^
    UPDATE NEW STOCK ** MEN'S SHIRTS **
  • The Karl Nyzam™
    Erti Sebuah Kemaafan
  • col0ur ur life
    Tukar Lagi.
  • kami craft
    Pek Kombo Tona~~ Murah Gilaa~~~!!!
  • Abu HurairaH
  • My Life
    Hujung Minggu
  • ~~ ketulusan hati ~~
    Dia kekasih aTi Qu...
  • ♥ CATATAN SEORANG HAMBA ♥
    ♥ KISAH MAYAT MEMBACA SURAH YASSIN DI MEKAH ♥
  • maiza husna
  • PERCUTIAN TERINDAH
    PAKEJ 3HARI 2MALAM DI PANGKOR
  • ! .. ✿Ɖαʏα Ƭнɛ Ƨιϰтн✿ .. !
    Korean Fashion :)
  • Ibnu Sina ATC
    Sekitar Karnival Ekonomi Muslim
  • ~liFeminEswEEtsoUr~
  • Celoteh Deqyah Pegeon~
  • Triple L
  • JuZ a sImPLe guRL DiaRy
  • BerLARI ke LANGIT
  • ♥
  • Muni Izzah
  • ♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫•♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫• ♫•*¨*•.¸¸
  • vip eema..
  • Eimma
  • kedai mu
  • Hafiz Hamidun
  • Seek ONLY for MARDHOTILLAH
  • BLOG ALAN
  • ✿ Missz.Nana.Punyer.Cerita ✿
  • ..sEriKanDi isLaM..
  • *sUkA-suKi DunIakU*
  • hello !!!
Backgrounds & Flower Backgrounds
Powered by Blogger.