-->
~CoretanSiPenaDaif~

..Pilih Mana Suka..

  • bola (1)
  • cerita ain (46)
  • cerpen (2)
  • cinta (18)
  • filem (1)
  • ilmu (1)
  • kata2 hikmah (2)
  • kecewa (4)
  • kekasih (1)
  • kereta (1)
  • kesihatan (3)
  • lagu (3)
  • langkawi (4)
  • lirik (2)
  • makan (3)
  • minat (1)
  • movie (1)
  • nasyid (1)
  • novel (5)
  • Novel : Segalanya Mungkin (36)
  • pandangan (10)
  • pengajaran (2)
  • pengalaman (21)
  • percutian (6)
  • perempuan (2)
  • perkongsian (21)
  • persoalan (3)
  • promot (17)
  • puisi (5)
  • ramadhan (6)
  • raya (6)
  • renungan (2)
  • resepi (19)
  • rindu (5)
  • rumahtangga (2)
  • sabah (2)
  • sahabat (4)
  • soal hati (5)
  • walimah (15)

Langkawi ~ Hari Kedua!! (Cable car)


Salam sayang! Salam Ramadhan! Moga kalian semua sihat2 hendaknya.

Next...Langkawi! Masih di hari kedua tapi dalam edisi kedua. Maklumlah, aktiviti hari kedua sangat padat! ^_^

Selepas cik ain  ke Makam Mahsuri, kami ingin ke 1 lagi destinasi yang wajib dikunjungi kalau sampai di Langkawi. Cable car! Antara yang menjadi kemegahan bumi Langkawi. Bukan semua orang berani ok! ^_*

Sebaik sahaja keluar dari Makam Mahsuri, hujan pun turun. Ikutkan hati macam dah tak yakin dapat naik cable car sebab kalau cuaca tak elok, pihak pengurusan Cable Car akan menghentikan operasi mereka atas sebab2 keselamatan. Sangat bahaya kalau cuaca hujan/berangin. Maklumlah, bukan calang2 ketinggian yang akan kita naik di sana nanti.

Kami teruskan jugak perjalanan walaupun cuaca hujan. Tak nak berputus harap! Kalau tak dapat naik petang ni, keesokan pagi memang takkan sempat sebab kami ada destinasi lain untuk dituju. Zauji cakap, pergi je dulu. Manalah tahu ada rezeki kami nanti. ^_^

Sebaik sahaja sampai di situ, kami terus ke kaunter tiket. Rupa2nya betul operasi terpaksa dihentikan buat sementara waktu kerana cuaca tidak mengizinkan. Sangat kecewa! Tapi zauji cakap tunggu sekejap lagi. Kot diorang bukak balik operasi. Dalam hati sangat berharap agar operasi dibuka semula. Sambil menunggu tu sempat la jugak ngap sandwich. Cik ain 1, zauji 1. Sedap! Sebab terlampau lapar.

Akhirnya, kali kedua zauji pergi dekat kaunter, operasi dibuka semula. Yahoo...rezeki habaq ang! Harga bagi dewasa RM15.00, kanak2 RM10.00. Jangan lupa bawa MyKad/MyKid sebabnya kalau korang sebagai rakyat Msia tak bawa MyKad/MyKid harga tiket akan menjadi sangat mahal. Tapi sebelum korang merancang nak naik cable car, make sure korang cek dulu jadual perkhidmatan diorang. Sebabnya kadangkala mereka akan tutup operasi fullday untuk tujuan maintenance. Nak cek di mana?? Just klik panoramalangkawi.com. Maklumat lain juga terdapat di web ni. Ok?

Kali ni cik ain tak payah beratur panjang macam pertama kali pergi dulu. Orang tak berapa nak ramai. Mungkin sudah lewat petang atau bukan musim cuti sekolah. Sangat best! Sampai atas terus naik gondola. Setiap gondola memuatkan 6 orang dewasa. Kalau pergi setakat 2 orang memang tak boleh nak pilih untuk naik berdua je. Kena share dengan mana yang ada kekosongan. Tapi kalau orang memang tak ramai langsung mungkin korang boleh berbuat demikian.

Nak kongsi 1 rahsia! Pendapat dari ramai orang, kalau nak naik cable car ni naik pada waktu petang. Sekitar jam 5 ke atas. Sebabnya?? Pemandangan yang terhidang di atas sana sangat2lah cantik. Dengan suhu yang sedikit sejuk membuatkan korang akan rasa leka berada di atas sana. Cik ain dah rasa pengalaman naik pada waktu pagi & petang. Ternyata waktu petang lebih seronok!





tempat shah rukh khan berlakon tuhhh..


Cik ain naik sekitar jam 5.30 petang. Waktu yang sangat tepat! Sampai sahaja di atas, zauji dah start ambil gambar. Lama jugak la kami bersantai dekat atas sana. Sempatlah minum petang di puncak gunung. Nice! Tapi pergi kali ni pun, jambatan gantung(betul kot namanya) yang Shah Rukh Khan pernah berlakon dulu masih belum boleh dilawati. Katanya under maintenance. Betul atau tidak cik ain tak tahu. Huhu..Kami turun ke bawah hampir jam 6.30 petang. Tak berjalan sangat dekat bawah tu sebab pertama kali pergi dulu dah round2 situ. Kalau yang tak pernah merasa pergi tu, try la pusing taman2 yang ada tu. Best jugak! ^_^









Hampir pukul 7 malam kami bergerak pulang. Nak balik rehat sekejap then nak keluar makan malam. Malamnya pulak memang dah plan dengan zauj nak makan sedap2. Sebab seharian tak makan. Uwaa... sebelum makan kami shopping sekejap dekat cawangan HIG yang lagi satu. Just tambah2 coklat yang masih tak cukup, cari kain batik & pelekat. Masa tu masih tak tahu nak makan dekat mana. Kebetulan ada uptown dekat Pekan Kauh tu. So, kami saja jenjalan situ dulu. Masa zauji singgah beli tshirt Langkawi dekat salah satu kedai di situ, kami bertanya pada tuan punya kedai. Nak tahu kedai makan mana yang best. So, dia suggest pergi kedai makan ADIB. Bukan restoran besar, bukan restoran mewah. Sekadar kedai makan kecil di salah sebuah 'food court' terbuka di Pekan Kuah. Sangat2 berdekatan dengan uptown tu.

Kami terus ke sana. Ternyata memang sangat best! Kami order tomyam campur, siakap 3 rasa & sayur kailan ikan masin. Dengan makanan yang sangat sedap & harga yang sangat berpatutan. Siap dapat diskaun lagi! Thanks pada akak uptown yang suggest kedai makan ni.



Lepas makan cik ain ajak zauji jenjalan dekat Dataran Lang. Bukan tak nak berjalan waktu siang tapi pertama kali pergi dulu dah merasa jalan2 dekat situ waktu siang. So sekarang nak merasa jalan malam pulak. Tak ada la ramai orang sangat. Tapi tak menghampakan ke DL tu pada waktu malam. Masih terasa aura Langkawinya. Cewaahhhh..cuma gambar tak clear sangat la. Dah letih pusing2 situ kami terus balik ke hotel. Letih yang amat. Seharian berjalan non stop! Huhu..






Hari ketiga pulak??? Kami masih ada plan lain untuk hari ketiga/hari terakhir kami di Pulau Langkawi. Nak tahu kami ke mana?? Nantikan di entry yang akan datang ya! ^_*



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Friday, July 19, 2013
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:AhLan WasAhLan:..

..:KePunYaAn EmPaYar:..

nurul ain haji jamli
24 april 1990
kuala kangsar, perak
penulis & blogger
dah jadi PUAN

kLik..kLik..

..:iMpiAn HatI:..

"Ya ALLAH, jaDikAn Aku WaNitA sOLehAh...yaNg bAik dI anTarA yAnG tErbAiK...kUrnIaKan jUgA PenDamPinG yAng BaIk daLam HiDupKu...baGi mEndApaTkAn SesUaTu YaNg TerBaIk dAri-Mu...aMin yA RaBb..."

..:pEcEbuK:..

Nurul Ain Haji Jamly

Create Your Badge

cE kOmE tRy bAce!!

  • ▼  2013 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (8)
    • ►  August (4)
    • ▼  July (7)
      • Langkawi ~ Hari Ketiga!! (Bird Paradise)
      • Langkawi ~ Hari Kedua!! (Cable car)
      • Langkawi ~ Hari Kedua!! (Island Hopping/Makam Mahs...
      • Langkawi ~ Hari Pertama !!
      • Ramadhan..dengan dia ^_^
      • Sebenarnya Saya Isteri Dia ^_^
      • Resepi : Puding Karamel Tanpa Telur
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (6)
  • ►  2012 (78)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ►  October (6)
    • ►  September (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (8)
    • ►  June (12)
    • ►  May (14)
    • ►  April (9)
    • ►  March (1)
    • ►  February (6)
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (79)
    • ►  December (7)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (7)
    • ►  August (32)
    • ►  June (7)
    • ►  May (6)

..:FoLLowErS:..

..:i foLLow u:..

  • Blog Cik Nurfarah
    HI 2025
  • Jia creatifelt
    Harry Potter Et Les Reliques De La Mort : 1ère Partie (2010) Watch Full Movie Streaming Online
  • Warong Makcik Senah
    Watch Clifton Hill 2019 Free Online
  • Kisah BudaxXx Montel ^^
    Watch Cardboard Boxer 2016 Free Online
  • Entirely Of Flaws
    Bank Indonesia Memberi Penghargaan Atas Pelaporan Uang Palsu
  • ♥cOraT cOret NusHA ♥
    TRAGEDI OKTOBER : Duit bagi tapi tak cukup!
  • TAMU JAJAKRAF
    NOTICE BOARD
  • ~BabyComel~ Hanya insan Biasa
    Suratan Takdir Gersang Kisah Si Curang
  • I CANT HEAR THE SILENT MELODIES
    Jual Obat Maximoz Peningkat Vitalitas, Stamina Dan Obat Ejakulasi Dini Di Sidoarjo
  • Nurhafizah ❤
    5 Tips Bagaimana Menjaga Fikiran Positif Setiap Hari
  • Wanita Melayu Akhir Zaman
    J-Pace SUV Review 2018
  • SaHaBaT BUKIT BOTAK
    Ninja : Genap 1 Tahun 4 Bulan
  • silenceaneesa ♥
    Langkah Memberi warna Baju Dengan Wantex supaya Sembuh Seperti Baru Lagi
  • Reading is the most relaxing moment. (I'm only eighteen)
    Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion 5
  • BILA KATA HATI MENULIS
    Terus Mencintaimu
  • Wardah Alisya
    8 tahun usia Wardah Alisya
  • Dazzi Lurzzi Official Blog
    Redha 2016 Movie Hack Full
  • ya allah kuatkan hati kami
    Obat herbal murah berkhasiat paling ampuh
  • oLd_sChOoL
    Selangor Juara Piala Malaysia, Kenduri Kahwin Member Lebih Penting
  • [ hujung peNa... papan kekuNci ]
    "Letihlah nak pikir duit..."
  • JoY AnD SoRrOw
    FiRsT eNtRy FoR tHiS yEaR
  • Anas Muallim
    Cuti yang panjang
  • segalanyamungkin
    BAKTI SISWA TERENGGANU (KAMPUNG SEBERANG TAKIR)
  • ! ~ Salam Ukhuwah ~ !
    Giveaway dan Lucky Draw
  • misyaain amna
    TANDA HIDUP TAK BERKAT
  • ^◕‿◕^
    UPDATE NEW STOCK ** MEN'S SHIRTS **
  • The Karl Nyzam™
    Erti Sebuah Kemaafan
  • col0ur ur life
    Tukar Lagi.
  • kami craft
    Pek Kombo Tona~~ Murah Gilaa~~~!!!
  • Abu HurairaH
  • My Life
    Hujung Minggu
  • ~~ ketulusan hati ~~
    Dia kekasih aTi Qu...
  • ♥ CATATAN SEORANG HAMBA ♥
    ♥ KISAH MAYAT MEMBACA SURAH YASSIN DI MEKAH ♥
  • maiza husna
  • PERCUTIAN TERINDAH
    PAKEJ 3HARI 2MALAM DI PANGKOR
  • ! .. ✿Ɖαʏα Ƭнɛ Ƨιϰтн✿ .. !
    Korean Fashion :)
  • Ibnu Sina ATC
    Sekitar Karnival Ekonomi Muslim
  • ~liFeminEswEEtsoUr~
  • Celoteh Deqyah Pegeon~
  • Triple L
  • JuZ a sImPLe guRL DiaRy
  • BerLARI ke LANGIT
  • ♥
  • Muni Izzah
  • ♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫•♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫• ♫•*¨*•.¸¸
  • vip eema..
  • Eimma
  • kedai mu
  • Hafiz Hamidun
  • Seek ONLY for MARDHOTILLAH
  • BLOG ALAN
  • ✿ Missz.Nana.Punyer.Cerita ✿
  • ..sEriKanDi isLaM..
  • *sUkA-suKi DunIakU*
  • hello !!!
Backgrounds & Flower Backgrounds
Powered by Blogger.