..Pilih Mana Suka..

Resepi : Ayam Masak Kicap Bercili


Salam Jumaat semua. Masakan kali ini mungkin sedikit celaru namanya tapi tidak mengapa. Yang penting rasanya. Wink..wink..


BAHAN

-1/2 ekor ayam (dipotong biasa)
-7 tangkai cili kering (dikisar)
-1 biji bawang besar (dikisar)
-3 ulas bawang putih (dikisar)
-1/2 inci halia (dikisar)
-3 sudu (b) sos tiram
-4 sudu (b) kicap manis
-1 biji bawang besar (dipotong bulat)
-sedikit garam + gula + air
-minyak untuk menggoreng & menumis


CARA

-goreng ayam (digaul kunyit + garam) & toskan minyak
-dengan menggunakan sedikit minyak lebihan tadi, tumis bahan2 yang dikisar sehingga pecah minyak
-masukkan garam + gula + sos tiram + kicap manis + (kacau sebentar)
-masukkan ayam yang telah digoreng & kacau sehingga benar2 sebati
-akhir sekali taburkan bawang (b) yang telah dipotong bulat. biar sebentar & SIAP!


GAMBAR


comot x bererti x sedap..ekeke... ^_^


NOTA

-boleh tambahkan cili merah sebagai hiasan
-jika mahu berkuah, lebihkan airnya



~SELAMAT MENCUBA~



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...