-->
~CoretanSiPenaDaif~

..Pilih Mana Suka..

  • bola (1)
  • cerita ain (46)
  • cerpen (2)
  • cinta (18)
  • filem (1)
  • ilmu (1)
  • kata2 hikmah (2)
  • kecewa (4)
  • kekasih (1)
  • kereta (1)
  • kesihatan (3)
  • lagu (3)
  • langkawi (4)
  • lirik (2)
  • makan (3)
  • minat (1)
  • movie (1)
  • nasyid (1)
  • novel (5)
  • Novel : Segalanya Mungkin (36)
  • pandangan (10)
  • pengajaran (2)
  • pengalaman (21)
  • percutian (6)
  • perempuan (2)
  • perkongsian (21)
  • persoalan (3)
  • promot (17)
  • puisi (5)
  • ramadhan (6)
  • raya (6)
  • renungan (2)
  • resepi (19)
  • rindu (5)
  • rumahtangga (2)
  • sabah (2)
  • sahabat (4)
  • soal hati (5)
  • walimah (15)

:: Adab Berjiran ::


Tak jawab dosa. Baik jawab cepat! Haaa...>_<

Ada sebab kenapa cik ain nak share bab adab2 berjiran ni. Mesti korang tak nak tahu kan? Tak kira! Cik ain nak cerita jugak. Wink..wink..

Biasalah bila duduk rumah dekat2 ni. Orang sebelah menguap pun kita boleh dengar. Caya tak? Tak caya sila buat mata macam ni (O_O)! Nak dijadikan cerita pagi tadi sebelum bersiap nak ke opis (7.15 pagi), tun tang tun tang berbunyi satu apartment.

Pagi2 buta orang bawah bertukang? Ayyak...ikutkan hati nak marah jugak. Tapi memikirkan cik ain ni pemalu macam angsa, cik ain pendamkan jela. Nak marah tu bukan sebab apa, kawasan tempat cik ain tinggal dihuni warga2 yang telah berkeluarga, ada anak2 kecil, ramai yang bekerja kilang (waktu tidur tak tetap). So, sangat2 menganggu bila terjadinya cerita macam tu.

Hampir 15 minit jugak TTTT (tun tang tun tang) tu berbunyi. Akhirnya, "woi, orang nak tidoq la!". Ada suara menengking. Terkejut dibuatnya. Hahaha... siyes dah ada yang tak tahan sabar. So, terus stop bunyi tu.

Haaa...ni yang kita tak nak. Dari masalah kecil cam tu boleh jadi pergaduhan yang besar. Tak kira sesiapa pun, kita perlu ambil tahu adab2 berjiran ni. Lain la kalau berjiran dengan rimau. Kalau dengan rimau mudah, sekali kita buat bising tak kena masa, terus di NGAPPP nya. Memang tak berbunyi terus sampai ke sudah. Ahaks..

Ingat! Jangan pentingkan diri sendiri. Timba ilmu selagi mampu k? Jom kita tanam balik dalam hati kita, apa adab2 yang perlu ada bila kita berjiran dengan manusia. Bukan harimau..hahaha..


ADAB-ADAB BERJIRAN

~Memulakan memberi salam kepada jirannya;
~Menziarahinya ketika sakit dan mengucapkan takziah ketika berlaku kematian atau mengucapkan tahniah ketika mendapat kejayaan;
~Jangan terlalu banyak bertanya hal-hal peribadinya;
~Memaafkan segala kesalahan dan kesilapannya;
~Menutup keaiban yang berlaku pada jirannya;
~Sentiasa bersikap lemah-lembut terhadap anak-anak jirannya;
~Sentiasa membantu apabila ditimpa musibah atau kemalangan;
~Tidak menyakiti dan menyusahkan jirannya.


Haa...situasi yang cik ain alami sekarang ni sesuai dengan yang bawah sekali tu. Ekekeke... Selamat beramal yer...!



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Wednesday, May 30, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Resepi : Puding Jagung


Wink..wink..masuk yang ni dah 3 entry cik ain tempek hari ni. Wehehe...bahagianya rasa walaupun tak berapa nak bahagia pada hakikatnya. :p

Hujung minggu yang lepas ni cik ain ambil peluang buat puding jagung. Teringin sesangat2 rasanya. Mengalahkan orang peknen anak ke 3. Uhuk3... >_< Search la guna pak google. Akhirnya jumpa jugak resepi yang paling simple mimple.

Kalau nak cuba jom menyibuk!


 BAHAN

- 1 cawan tepung kastad
- 1 cawan jagung manis
- 3/4 cawan gula
- 3 cawan air
-1 1/2 cawan susu cair

CARA

-campurkan kesemua bahan ke dalam periuk
-kacau ramuan sehingga benar2 pekat & berkilat (api sederhana)
-masukkan ke dalam bekas yang sesuai & sejukkan sebentar
-masukkan ke dalam peti ais

GAMBAR

nyum33..lepas hajat!

cuba ok??

NOTA

-pada cik ain, nak kurangkan sedikit air pun ok. kalau tidak sedikit lembut tetapi masih boleh dipotong
-boleh lebihkan susu cair & jagung manis


~SELAMAT MENCUBA~


p/s : thanks to MY RESEPI yang banyak membantu soal masak-memasak



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Monday, May 28, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

SEGMEN : TINGKATKAN VISITOR DAN FOLLOWERS


Waaa....menarikkan entry kali ni?? Haa...sapa nak jadi blogger yang mantop, meh join segmen ni. Cik ain dah join. Mudah, simple mimple lagi.wink..wink..

Tapi segmen ni ada expired date tau! Kalau lambat sila jangan meraung. Join segmen ni sebelum 30 MAY 2012. Apa lagi...jom menempek! ^_^



klik sini utk join!!





~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Monday, May 28, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
7 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Selamat Pengantin Baru Kak Shida + Suami


Alhamdulillah...niat hati nak menghadiri beberapa buah walimah tercapai jua hujung  minggu yang lalu. >_<

Sonok beronok2 dapat attend wedding kengkawan ni. Melihat mereka2 mendirikan masjid cukup2 indah rasanya. Sekurang2nya cik ain tahu, mereka sudah mencapai satu lagi matlamat dalam hidup. Ameen ya rabb..

Hari sabtu yang lepas cik ain menghadiri walimah sahabat yang dikenali secara tak sengaja. Tahniah buat Kak Shida & suami. Sumel sangat!

Kami berkenalan hanya bermula dalam bus transnational. Tak sangka persahabatan yang terjalin terus berkekalan. Kami sering berulang alik ke Kuala Kangsar < > Butterworth sama2. Itu yang boleh jadi kawan! Suke33!

Tema wedding k.shida purple. Cantik! Tambahan pulak k.shida memang seorang yang super duper cantik. Thanks jugak pada ibu & sepupu k.shida yang melayan cik ain sebaik mungkin. Rasa kehadiran betul2 dialukan. Toche33...

sempat culik 1 gmbr jer... :(..cantikkan k.shida?? >_<


~SELAMAT PENGANTIN BARU~



p/s : tahniah jugak buat sepupu yang baru sahaja mendirikan rumahtangga pada ahad yang lalu >_< (untong la semua dah kahwin! uhuk3...)




~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Monday, May 28, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Promot Business Kawan (photographer)


Selamat petang kamu semua!

Semalam duk updated status FB macam biasa. Tiba2 disapa oleh bekas senior masa sekolah rendah & menengah dulu. Alhamdulillah, dah nak masuk 2 orang anak cik abang ni. Tahniah dari cik ain senget! >_< 

Nama dia Rizzuan Shah. Nice kan? (conok ler tueww) wink..wink.. Jangan lebih2. Sudah berbini ini olang. Makan selipar nanti.

Sempat jugak la tanya perkembangan dia sekarang. Waaa...dah jadi photographer sambilan. Sooo nice... (pernah berangan nak jadi photographer..sob..sob..)

Memandangkan kami masih bersahabat, cik ain pun tawarkan diri untuk promot business dia. Bukan atas niat komisen tetapi atas nilai persahabatan. Sweet kan? (muntah hijau..)

Bukan apa, suka sangat33 tengok orang berbusiness ni. Apa salahnya kita menyokongkan? So, sebarang package, harga, pertanyaan or apa2 saja korang boleh terus tanya kat tuan empunya business ek?? cik ain just kasi jalan.

For me, sangatlah cumel gambar2 yang dia ambil. Kalau ada kekurangan tu, biasalah. Dia pun baru lagi dalam bidang ni. Mana tahu kalau kita terus support minat dia, semakin hebat skill dia nanti! (lebih2 pulak)..haha...

So, sesiapa yang berminat & bakal mendirikan rumahtangga or apa2 sahaja yang memerlukan khidmat photographer, boleh terjah link kat bawah ni...

FACEBOOK dia 

BLOG dia

Ada kelapangan jangan malu2 ke sana ek?? (sebut2 sikit nama cik ain)...ahaks...


p/s : jangan pandang rendah dengan orang yang baru nak mula berbusiness. bagi cik ain, orang business ni punya kesungguhan & cita2 yang tinggi >_<



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Thursday, May 24, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Berpisah Jua...


Onesli...cik ain stresss!! &%#*@$...

Nak nangis ke haa? Nak meroyan ke? Or nak duk diam tahan air mata jer?? Mana satu!

Petang semalam dapat berita, cik pia (housemate) dapat tukar kerja ke cawangan KL (LHDN). Waaaa.... apa nak buat ni? Pancitkan tayar kereta masa dia nak pergi nanti? Buat2 pengsan & suruh dia hantar ke hospital? Or mogok lapar seminggu?

Ermm...stresnya. Dah dapat bayang hidup lepas ni sangat33lah bosan! Tambahan sebilik dengan dia. Sob..sob.. Ingatkan dia masih boleh tangguh pertukaran ke sana untuk tahun ni. Malangnya TIDAK! Sebelum puasa pulak tu. Sangatlah KEJAM!

Sehari kalau cik ain tak dengar dia menjerit marahkan cik ain, memang tak puas! Kacau sampai siren dia berbunyi baru stop!

Nak pergi pasar malam dengan sapa lepas ni? Nak makan burger dengan sapa lepas ni? Waaa...cik ain tak boleh terima kenyataan.

Nak carikan sorang lelaki Penang untuk dia la. And then suruh dorang kahwin. Nanti boleh la dia menetap terus dekat sini. TAPI... dah terlambat la cik ain oittt! :'(

Apa nak buat ni???

Cik ain dah terbiasa dengan dia walaupun tak sampai setahun duk satu rumah. Siapa cik pia ni?? Macam special sangat! Memang pun!

-seorang yang sangat33lah ramah. Kalau dapat bercakap takkan berhenti selagi tak tutup mata (tidur)
-selalu tolong cik ain. bawakkan ke sana, ke mari...
-setia menghantar cik ain ke JETI setiap kali nak balik kampung
-peneman setia tiap kali nak makan LAKSA
-sehari tak bergurau dengan dia TAKKAN sah hidup
-banyak berkongsi cerita dengan dia
-teman jogging
-bla...bla...bla...

Secara rasminya, bulan JULAI 2012 dia akan mula berkhidmat di CYBERJAYA. Dah lama sebenarnya dia minta tukar ke sana memandangkan family dia juga menetap di sana. Ayah dia juga dalam keadaan uzur. Jadi, cik ain akan cuba faham kehendak dia yang mahu segera bertukar ke sana.

Walaupun bakal kehilangan seorang sahabat yang cukup baik! :'(
cik ain terima dengan hati yang redha sekali pun sedih dengan pemergian dia & entah bila pulak akan ketemu semula.

Doa cik ain agar dia mendapat lebih ketenangan di samping keluarga tercinta & selesa dengan tempat kerja baru. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan kan? >_<

ain nak kacau sapa lagi lps ni?? kacau orang lain kene tempeleng... :'(




p/s : NAK KAHWIN LA MACAM NIIIIII :'(





~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Thursday, May 24, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Muhasabah Diri


Salam satu ukhuwah! >_<

Masuk hari ni dah 2 hari cik ain belek2 blog ni. Entah kenapa rasa macam nak rewind balik post2 yang lepas. From starting sampai yang latest cik ain ulang baca.

Tujuan utama sebab nak check balik sama ada dalam post2 yang lepas tu takut ada terkasar bahasa, buat orang terasa & sebagainya. Takut sangat rasanya walaupun tak ada lagi la yang menegur sebegitu rupa.

So, bila tengok balik semua ada beberapa entry cik ain terpaksa remove dari blog ni. Sebab rasa entry tu macam tak penting, mengarut, senget & seumpamanya. Mula2 rasa sayang nak buang. Biarkan ajela dalam ni kan? Tapi rasa tak syok pulak. So, removed!>_<

Kadang2 bukan apa, masa kita menulis tu dalam keadaan beremosi. Mungkin terlampau marah, terlampau boring atau terlampau yang melampau2. Wink..wink..

So, lepas ni before menulis tu kena fikir dulu sama ada benda tu membawa keburukan pada diri sendiri atau orang lain. Katakan TAK NAK untuk semua tu!

Ini hanya sebagai memuhasabah diri sendiri je. Ingat, selagi masih berpeluang nak betulkan apa yang tak betul, lakukanlah sekarang. Allah nak tarik nyawa bukan kira masa atau tunggu green light dari kita. So, sentiasa ingat semua tu okeyh?? ^_*


p/s : bila 'pemadam' ada dekat tangan kita, kuasa 'memadam' pun milik kita jugak!





~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Wednesday, May 23, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Ada Berani??


Salam kasih sayang buat semua. Ketika hati sedang berduka cik ain terjumpa satu artikel dalam FB. Baca tajuk saja cik ain dah rasa tertarik. Tertarik sangat! Jom cik ain tunjukkan.




Satu soalan cik ain untuk wanita sekalian. Berani tak?

Berani tak nak lamar mana2 lelaki yang korang suka? Yang korang mahu dia jadi suami korang? Lelaki yang masih belum korang kenal sepenuhnya tetapi sudah berani ajak dia kahwin?

Berani?

Cik ain percaya mesti ramai perempuan dekat luar sana rasa macam kurang sesuai wanita yang lamar lelaki. Betul tak? Mungkin juga merasakan tak romantik la wanita yang lamarkan? Sebab kebiasaannya lelaki yang lamar wanita. Kan?

Ini bukan lamar sebagai kekasih tetapi SUAMI. Kalau lamar sebagai kekasih mungkin ramai yang dah biasa buat. 

Kalau cik ain? >_<
hanya Allah yang tahu perasaan cik ain ketika itu 


p/s : sekali pun nak buat amalan terpuji jangan lamar suami orang yer..wink..wink..



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Wednesday, May 16, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Moh Ke Perak!


wewiittt...kome tau dok tahun ni ghupenyer tahun melawat PERAK? Tak tau ke? Teman pun sebenornya baru tau walaupun ini negeri teman sendiri. Tewah33...

Dan secara resminye teman pun belom habih jelajoh negeri perak memandangkan teman tak menetap di sane. Ape ke heee nyer... ate, asyek keluo negare je. Mane idoknyer..ekeke... (bace boleh percaya ghentikan!) >_<

Tapi hari tu tetibe teman teringin nak ke ZOO TAIPING. Udoh lame tak ke sane. Mane ghupenyer entoh ler sekarang ni. Seingat teman mau 2, 3 tahun lepah kali terakhir teman ke sane. Nak kate jauh dari rumah idok. Tak sampe satu jam pun kalo naik kereta. Kalo jalan kaki idok ler sampe seminggu. Tak caye? Try la kome. Teman ngundorkan diri. Ahaks..

So, (orang perak pun reti cakap omputeh) hari tu teman ngajok la kakak & kawan teman ke ZOO Taiping. Cuace belah Taiping macam biase ler. Mendung sesaje. Tapi teman bertekad nak pegi juge. Udoh rezeki yak..elok je teman sampai ke zoo tu hujan pun berenti. Alhamdulillah! Suke33... ^_^

Tiket RM12.00 (dewasa) RM8.00 (kanak2). Mahe yak? Adeyhh...kalo 10 orang dewasa pegi udoh RM120.00. Tumpo weyh... Mujo teman termasuk dalam golongan 'kanak2'. Hip..hip..horrayy..

Before memulekan explorace, kite boleh pilih nak berjalan kaki @ naik keretapi mini. Teman and da geng pilih berjalan kaki ler. Baru puas! Tibe2.. jalan tak sampai separuh udoh sempot. Beso weyh zoo taiping ni. Patut ler ramai yang pilih naik keretapi tu. Ekeke...

Jangan mudah mengaloh! Teruskan pendakian! Lepas satu satu binatang yang teman tengok. Terase seperti kanak2 anggur pulak. Ahhh...syoknya. Haha...

Ambil masa satu jam juge ler teman berjalan dalam tu. Adoii..saat2 akhir bukan excited nak tengok binatang doh tapi libang libu mencari signboard (EXIT). Hahaha...kabo beno jer. Teman dah tak larat weyh. Nak ayo..nak ayo... ^_*

Akhir...akhirnya...sampai juge di garisan penamat. Hip..hip..horrayy...hehehe... Sempat juge le teman bergambo. Moh nengok!



welcome..welcome..

maaf ye..payung tak leh tinggal. kang ujan! hehe

boye...

tomei giler binatang ni..penguin..ekeke

tadaa..

peta...bagi yg sesat..ahaks..


Sikit2 sudoh ye? Maaf la...payung tu trademark. Kalau hujan abeh la teman..hehe.. Sediakan payung sebelum hujan!


So, bagi yang baru sahaja mengunjungi negeri PERAK, selamat datang teman ucapkan. Yang tak pernah sampe, sile2 ler menjenguk. Tak rugi weyh... >_<






p/s : banyak lagi tempat menarik yg boleh dikunjungi! teringin sekali lagi nak ke sini dengan incek suami pulak..weee.. sengalian >_<

~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Tuesday, May 15, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Resepi : Kek Coklat Moist


Hip..hip..horrayyy... ^_^
mulakan pagi Selasa dengan resepi baru!

Kebetulan cuti yang lepas cik ain teRAJIN nak buat kek coklat ni. So, sharing is cooking! Ahaks.. Kelebihan kek coklat yang cik ain nak share ni ialah kek tersebut diKUKUS. Bukan dibakar. So, tiada risiko rentong! wink..wink..

Selain itu MOIST di atasnya sangatlah mudah disediakan jika anda benar2 yakin mampu melakukannya. Wee.. (jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan!)

Untuk yang TAK TAHU, ada beberapa perkara penting yang perlu anda jaga (pantang) bila nak buat apa2 jenis kek. Apa pantangnya? Di bawah nanti cik ain akan share. Kalau anda langgar pantang2 ni, tidak menjadilah ia sebagai KEK! tetapi BATU!

Jangan buang masa. Jom skodeng!


BAHAN A

-1 cawan gula (masak)
-1 cawan minyak masak (masak)
-1 cawan susu cair (masak)
-1 cawan serbuk koko (masak)
-1/2 cawan susu pekat (masak)

[ CAMPURKAN KESEMUA 'BAHAN A' INI KE DALAM PERIUK. GAUL TERLEBIH DAHULU KEMUDIAN MASAK SEBENTAR SEHINGGA BENAR2 SEBATI. PASTIKAN SUHU API DALAM KEADAAN SEDERHANA. SELEPAS ITU BIARKAN SEBENTAR AGAR SEDIKIT SEJUK ]


BAHAN B

-3 biji telur
-1 1/4 cawan tepung gandum (diayak)
-1 susu (k) soda bikarbonat
-1 sudu (k) serbuk penaik

[ TEPUNG GANDUM, SODA BIKARBONAT & SERBUK PENAIK DIGAULKAN TERLEBIH DAHULU DI DALAM SATU MANGKUK KECIL ]


CARA

-pukul/putar telur sehingga benar2 kembang
-masukkan BAHAN A yang telah dimasak sebentar tadi. putar sehingga sebati
-masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sehingga benar2 bercampur dengan adunan coklat tadi
-setelah memasukkan bancuhan ke dalam loyang, kukus selama 1jam 30minit


MOIST

-1/2 cawan serbuk koko
-1/2 cawan minyak masak
-susu pekat (mengikut kemanisan yang anda mahu)
-sedikit air panas (kepekatan yang anda mahu)


CARA

-gaul serbuk koko & minyak sebelum naikkan ke atas api
-masukkan air panas sedikit demi sedikit mengikut kehendak anda
-masukkan susu pekat sehingga menepati selera anda


GAMBAR

xsempat nak snap gmbr SEBIJI

kalau yg menjadi moist dia akan nmpk berkilat


NOTA (PANTANG)

-untuk menghasilkan kek yang benar2 gebu jangan sesekali menggunakan bahan2 yang baru dikeluarkan dari dalam peti ais
-loyang yang digunakan utk memasukkan adunan kek harus diratakan dengan sedikit minyak masak/mentega supaya kek tidak melekat setelah masak
-ketika proses KUKUS jangan buka penutup kukus selagi belum melebihi ke 1 jam. jika tidak air titisan dari penutup kukus itu akan membantutkan proses kenaikan jika ianya terkena pada kek


~SELAMAT MENCUBA~

p/s : mungkin bunyinya sedikit sukar tapi percayalah jika anda yakin mampu menghasilkan dengan sempurna, sangatlah berbaloi! ^_^ kalau tak faham boleh tanya okeyhsss...

~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Tuesday, May 15, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Resepi : Ayam Masak Kicap Bercili


Salam Jumaat semua. Masakan kali ini mungkin sedikit celaru namanya tapi tidak mengapa. Yang penting rasanya. Wink..wink..


BAHAN

-1/2 ekor ayam (dipotong biasa)
-7 tangkai cili kering (dikisar)
-1 biji bawang besar (dikisar)
-3 ulas bawang putih (dikisar)
-1/2 inci halia (dikisar)
-3 sudu (b) sos tiram
-4 sudu (b) kicap manis
-1 biji bawang besar (dipotong bulat)
-sedikit garam + gula + air
-minyak untuk menggoreng & menumis


CARA

-goreng ayam (digaul kunyit + garam) & toskan minyak
-dengan menggunakan sedikit minyak lebihan tadi, tumis bahan2 yang dikisar sehingga pecah minyak
-masukkan garam + gula + sos tiram + kicap manis + (kacau sebentar)
-masukkan ayam yang telah digoreng & kacau sehingga benar2 sebati
-akhir sekali taburkan bawang (b) yang telah dipotong bulat. biar sebentar & SIAP!


GAMBAR


comot x bererti x sedap..ekeke... ^_^


NOTA

-boleh tambahkan cili merah sebagai hiasan
-jika mahu berkuah, lebihkan airnya



~SELAMAT MENCUBA~



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Friday, May 11, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Resepi : Terung Bersambal


Holla..holla.. selamat kembali dalam zon resepi bersama menantu chef two, three, four, five... ^_^

Mukaddimah tak payah panjang2 la yer. Streeet to da pur. Ayuh lompat ke bawah.


BAHAN

- 1 biji terung panjang (dipotong serong)
-6 tangkai cili kering (kisar)
-1 biji bawang besar (kisar)
-2 ulas bawang putih (kisar)
-1/2 inci halia (kisar)
-2 sudu (b) sos tiram
-sedikit gula + garam + air


CARA

-tumis bahan2 yang telah dikisar sehingga pecah minyak
-masukkan sos tiram+gula+garam dan air (mengikut kehendak anda) kacau sebentar
-masukkan terung & biar sehingga sebati & lembut
-siap dihidang


GAMBAR

cik ain buat memang tak berkuah


NOTA

-kalau nak berkuah sedikit lebihkan airnya
-gula nak tambah pun boleh tak nak pun tak pe


~SELAMAT MENCUBA~



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Tuesday, May 08, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Power Rangers La Jugak


Salam seribu kali salam... ^__^...wewiittt...kemalasan! memalaskan! pemalas! itu adalah saya! Huhh... tiada semangat untuk bekerja..tiada mood untuk bersuka..tiada hati pada sesiapa..ini yang cik ain rasa!

Mungkin disebabkan sudah bercuti selama (lama laaa sangat) 2 hari. 2 hari tanpa kerja, 2 hari tanpa apa2, 2 hari yang kosong!

Tetapi 2 hari yang diisi dengan aktiviti sendirian berhad. Hari Sabtu yang lepas (05/05/2012) cik ain dengan housematematik pergi ke ARAU, PERLIS. Menghadiri jemputan majlis perkahwinan sahabat pada sahabat cik ain. 

Kami keluar dari rumah hampir pukul 1 (sangatlah lewat!). Dengan destinasi yang masih tidak pasti di mana kerana pergi ke sana hanya berpandukan plan di dalam kad kahwin tu. Tapi tidak mengapa. Usaha tangga kejayaan!

Amek hang! Pukul 3 lebih baru sampai rumah kenduri. Tetapi kenduri2 sebelah utara ni selalunya sehingga lewat petang. So, tak timbul soal makanan habis. Sangat33lah indah rupanya negeri Perlis ni. Sebab sepanjang jalan dipenuhi dengan sawah padi. Sejuk..damai..tenang..

Lepas makan kenduri, hati rasa macam tak nak balik lagi. Maklumlah, disebabkan menempuh perjalanan yang panjang rasa macam rugi pulak terus balik. So, ajak cik kawan pergi PADANG BESAR (tempat membeli-belah di sempadan Thailand).

Cik kawan kata, " u drive! i penat!". Adeyhh...! Tetapi disebabkan hati yang sangat33 teringin nak ke sana & disokong hebat oleh sorang lagi cik kawan, cik ain relakan. Ahaks...

Drive punya drive pukul 5 lebih kami sampai di PB. Cari parking satu hal, dah lewat satu hal. Tanya cik kak jual kain tu dia cakap pukul 7 semua gerai akan ditutup. Waaa....sempat ke ni??

Tanpa membuang masa, kami mulakan 'pengembaraan'. Siyes pertama kali sampai sana rasa dah macam ada dekat Thailand. Plat motosikal & kereta semua nombor2 Thailand. Dengan keadaan sekeliling rasa nak balik cepat2. Haha... JAKUN!

Macam2 jugaklah yang kami hangkut bawak balik. Toto, tshirt, handbag, beras pulut thailand, jenis kekacang..bla..bla.. tapi kereta masih ada ruang kosong. Ahaks...

Dah dekat2 pukul 7 tu kami pun berangkat pulang. Kedai pun semua dah nak tutup. Tambahan memikirkan perjalanan balik yang masih jauh. Tanggungjawab memandu masih di tangan cik ain. Ku turutkan jua..

Haa...yang menariknya perjalanan pulang ni kami melalui ladang tebu di Chuping. Ya Allah...indahnya permandangan yang terhidang depan mata. Dengan keluasan yang tak nampak penghujung. Tak terluah dengan kata2. Wink..wink..

Drive punya drive kami decided nak stop dekat R&R Gurun. Lenguh seyh drive manual. Stop solat & rehat2 je pun. Untuk memulakan perjalanan cik ain buat keputusan nak bertukar dengan cik kawan pulak. Udoh letih mengayuh sampan dari Perlis.

Okeyh...masing2 dah ambil tempat duduk.. Ready to go! Tapi.......waaaa.. kereta tak boleh start. :'( Masing2 cuak. Nak minta tolong sapa dah malam2 buta ni. Wee... Lepas call sana sini, belek situ belek sana, kami buntu! Nak balik...

Dengan izin Allah, datang satu keluarga yang sangat baik budi pekertinya. Sanggup tolong kami walaupun mereka sendiri masih ada destinasi yang mahu dituju. Syukur alhamdulillah.

Nak tahu dekat mana yang power rangers nya kami ni? Ahaks...setelah bernafas selama 22 tahun inilah kali pertama cik ain berjaya menolak kereta. TOLAK KERETA! Ada tak mana2 reporter nak interbiu cik ain n da geng?? Toink..toink..

Dengan berjubah bagai hamek hang! Sangatlah 'belemuih' ketika itu. Apa2 pun pengalaman ertinya pengajaran. Boleh tambah serba sikit ilmu berkereta ni. Walaupun perempuan tapi mampu selesaikan masalah kereta yang sinonim dengan lelaki.

So, katakan "SAYA BOLEH!" Wink..wink..



p/s : bila ditimpa musibah, teruskan bersyukur kerana masih ada yang lebih teruk dari kita ^_^



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Tuesday, May 08, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Tiada Yang Indah Selain Doa Dari Kalian


Toink...toink...nak tahu?? Tajuk entry ni dah ada dalam 'store' hampir berminggu2. Malas bebeno nak menulis. Tulis tajuk rajin, tulis isi malas sampai berguling2. Indahnya hidup jika kita hanya mengukir seketul ayat lantas dihuraikan sendiri oleh incek keyboard yang berhabuk. Ahaks... ~sengalian~

Ehem33...berubahlah wahai Nurul Ain kerana usia anda semakin muda remaja. Jadilah contoh yang baik pada anak2 buah yang sentiasa mengharapkan 'perhatian' dari makcik Ain. Weee...

Sebut USIA cek jadi teruja. Maklumlah baru melepasi usia yang berkurangan setahun lagi. Haha... lagi satu teruja sebab this year banyak+giler dapat hadiah. Idok la teman sangka. Kalau dikira lori, hampir penuh 3 buah kereta. Dasyat bukan??

Hadiah2 yang dimenangi oleh cik ain pada tahun ini merupakan, sebuah kereta MYVI (bayar sendiri), sebuah rumah banglo (yang masih belum tahu bila akan didiri), seutas jam tangan Rolex (oppss...rollercoaster) & bermacam2 lagi.

Tetttt.....

Buang karan melayan cerita mengarut sedemikian! Ayuh kita masuk ke fasa yang lebih serius. Wink..wink.. Tapi dalam kekarutan tersebut masih ada yang benarnya.

HADIAH!

Hadiah mesti tak dapat dipisahkan dengan ulang tahun kelahirankan? Begitu juga dengan cik ain. Macam2 hadiah yang cik ain dapat pada tahun ni. Yang paling istimewa adalah DOA. Terima kasih banyak2 pada semua yang mengucapkan selamat & sebagainya pada cik ain.

Doa adalah hadiah yang terindah. Semakin banyak doa yang dikirimkan pada cik ain semakin dup dap dup dap jantong ni. Ahaks...

Bagi cik ain, apabila meningkatnya usia kita, haruslah seiring dengan peningkatan perubahan yang baik dalam diri. Bukan berubah dari sambutannya atau jumlah hadiahnya. Tetapi akal juga harus berubah!

Selain DOA, cik ain dikurniakan satu hari antara hari yang sangat33 indah selama cik ain bernafas. Syukur alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik & indah.

Tahun ini begini caranya, tahun hadapan jika masih diberi keizinan oleh Allah Taala untuk bernafas lagi mungkin lain pulak corak 'sambutan'nya. Ameen... ^_^






p/s : buat big boss >> thanks untuk hadiahnya
buat ofismate >> thanks untuk coklatnya
buat semua >> thanks untuk segalanya
buat KAMU >> umur saya 12 tahun, bukan 23... ape daaaa... :p


~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Friday, May 04, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
2 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi
Subscribe to: Posts (Atom)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:AhLan WasAhLan:..

..:KePunYaAn EmPaYar:..

nurul ain haji jamli
24 april 1990
kuala kangsar, perak
penulis & blogger
dah jadi PUAN

kLik..kLik..

..:iMpiAn HatI:..

"Ya ALLAH, jaDikAn Aku WaNitA sOLehAh...yaNg bAik dI anTarA yAnG tErbAiK...kUrnIaKan jUgA PenDamPinG yAng BaIk daLam HiDupKu...baGi mEndApaTkAn SesUaTu YaNg TerBaIk dAri-Mu...aMin yA RaBb..."

..:pEcEbuK:..

Nurul Ain Haji Jamly

Create Your Badge

cE kOmE tRy bAce!!

  • ►  2013 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (8)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (6)
  • ▼  2012 (78)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ►  October (6)
    • ►  September (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (8)
    • ►  June (12)
    • ▼  May (14)
      • :: Adab Berjiran ::
      • Resepi : Puding Jagung
      • SEGMEN : TINGKATKAN VISITOR DAN FOLLOWERS
      • Selamat Pengantin Baru Kak Shida + Suami
      • Promot Business Kawan (photographer)
      • Berpisah Jua...
      • Muhasabah Diri
      • Ada Berani??
      • Moh Ke Perak!
      • Resepi : Kek Coklat Moist
      • Resepi : Ayam Masak Kicap Bercili
      • Resepi : Terung Bersambal
      • Power Rangers La Jugak
      • Tiada Yang Indah Selain Doa Dari Kalian
    • ►  April (9)
    • ►  March (1)
    • ►  February (6)
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (79)
    • ►  December (7)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (7)
    • ►  August (32)
    • ►  June (7)
    • ►  May (6)

..:FoLLowErS:..

..:i foLLow u:..

  • Blog Cik Nurfarah
    HI 2025
  • Jia creatifelt
    Harry Potter Et Les Reliques De La Mort : 1ère Partie (2010) Watch Full Movie Streaming Online
  • Warong Makcik Senah
    Watch Clifton Hill 2019 Free Online
  • Kisah BudaxXx Montel ^^
    Watch Cardboard Boxer 2016 Free Online
  • Entirely Of Flaws
    Bank Indonesia Memberi Penghargaan Atas Pelaporan Uang Palsu
  • ♥cOraT cOret NusHA ♥
    TRAGEDI OKTOBER : Duit bagi tapi tak cukup!
  • TAMU JAJAKRAF
    NOTICE BOARD
  • ~BabyComel~ Hanya insan Biasa
    Suratan Takdir Gersang Kisah Si Curang
  • I CANT HEAR THE SILENT MELODIES
    Jual Obat Maximoz Peningkat Vitalitas, Stamina Dan Obat Ejakulasi Dini Di Sidoarjo
  • Nurhafizah ❤
    5 Tips Bagaimana Menjaga Fikiran Positif Setiap Hari
  • Wanita Melayu Akhir Zaman
    J-Pace SUV Review 2018
  • SaHaBaT BUKIT BOTAK
    Ninja : Genap 1 Tahun 4 Bulan
  • silenceaneesa ♥
    Langkah Memberi warna Baju Dengan Wantex supaya Sembuh Seperti Baru Lagi
  • Reading is the most relaxing moment. (I'm only eighteen)
    Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion 5
  • BILA KATA HATI MENULIS
    Terus Mencintaimu
  • Wardah Alisya
    8 tahun usia Wardah Alisya
  • Dazzi Lurzzi Official Blog
    Redha 2016 Movie Hack Full
  • ya allah kuatkan hati kami
    Obat herbal murah berkhasiat paling ampuh
  • oLd_sChOoL
    Selangor Juara Piala Malaysia, Kenduri Kahwin Member Lebih Penting
  • [ hujung peNa... papan kekuNci ]
    "Letihlah nak pikir duit..."
  • JoY AnD SoRrOw
    FiRsT eNtRy FoR tHiS yEaR
  • Anas Muallim
    Cuti yang panjang
  • segalanyamungkin
    BAKTI SISWA TERENGGANU (KAMPUNG SEBERANG TAKIR)
  • ! ~ Salam Ukhuwah ~ !
    Giveaway dan Lucky Draw
  • misyaain amna
    TANDA HIDUP TAK BERKAT
  • ^◕‿◕^
    UPDATE NEW STOCK ** MEN'S SHIRTS **
  • The Karl Nyzam™
    Erti Sebuah Kemaafan
  • col0ur ur life
    Tukar Lagi.
  • kami craft
    Pek Kombo Tona~~ Murah Gilaa~~~!!!
  • Abu HurairaH
  • My Life
    Hujung Minggu
  • ~~ ketulusan hati ~~
    Dia kekasih aTi Qu...
  • ♥ CATATAN SEORANG HAMBA ♥
    ♥ KISAH MAYAT MEMBACA SURAH YASSIN DI MEKAH ♥
  • maiza husna
  • PERCUTIAN TERINDAH
    PAKEJ 3HARI 2MALAM DI PANGKOR
  • ! .. ✿Ɖαʏα Ƭнɛ Ƨιϰтн✿ .. !
    Korean Fashion :)
  • Ibnu Sina ATC
    Sekitar Karnival Ekonomi Muslim
  • ~liFeminEswEEtsoUr~
  • Celoteh Deqyah Pegeon~
  • Triple L
  • JuZ a sImPLe guRL DiaRy
  • BerLARI ke LANGIT
  • ♥
  • Muni Izzah
  • ♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫•♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫• ♫•*¨*•.¸¸
  • vip eema..
  • Eimma
  • kedai mu
  • Hafiz Hamidun
  • Seek ONLY for MARDHOTILLAH
  • BLOG ALAN
  • ✿ Missz.Nana.Punyer.Cerita ✿
  • ..sEriKanDi isLaM..
  • *sUkA-suKi DunIakU*
  • hello !!!
Backgrounds & Flower Backgrounds
Powered by Blogger.