Salam sayang! Salam ukhuwah! Salam 1,2,3,4..bla..bla.. :p
Kembali dengan tag yang sama iaitu RESEPI. Maklumlah, mood masak datang bergolek2 sekarang ni. Teringin itu, teringin ini. Ingat princess bila cakap nak makan apa2 ada orang tunaikan? Mimpi ajelah! So, kena usaha sendiri. Sob..sob..
Jangan buang masa. Ayuh!
BAHAN2
-500gram udang (sederhana besar)
-1/2 biji kelapa (santan)
-5 ulas bwg merah (kisar)
-2 ulas bwg putih (kisar)
-10 biji cili api (nak pedas lagi boleh tambah) (kisar)
-1 inci kunyit hidup (kisar)
-1 inci halia (kisar)
-1 btg serai (titik)
-1 keping asam keping
-1 paket cendawan (diracik sedikit kecil)
- sedikit garam & gula
CARA
-campurkan bhn yg telah dikisar bersama dengan santan. kacau sehingga menggelegak (api sederhana)
-masukkan udang, serai & asam keping. gaul sehingga sebati
-masukkan cendawan & sedikit garam. boleh tambah gula jika mahu. kacau sehingga udang benar2 masak
-SIAP!
GAMBAR
NOTA
-kalau nak lagi pedas boleh tambah cili
-boleh gantikan kunyit hidup dgn serbuk kunyit (1/2 sudu kecil)
-selain cendawan boleh digantikan dgn nenas, kacang panjang/buncis
~SELAMAT MENJAMU SELERA~
Tersinggah sini lepas Google udang masak cili api.
ReplyDeleteFollow awak mana tau ada ilmu boleh share lagi.
Singgah blog sya di http://khairulazone.blogspot.com
:-)
sila2..hihi..
Delete