Holla!
Ohh...masa tengah tulis title dah terliur. Sebab asam pedas is one of my favourite food. Yummy! Tambah2 kalau yang pedas(gilerrrr) tu. Sampai hidung berair2 tapi tetap nak makan jugak! Puas! Haha..
Sejujurnya cik ain memang tak tahu yang sebelum ni ada orang masak ayam masak asam pedas (tonggang terbalik hayat haku! Haha..) Nak dijadikan cerita masa balik kampung beberapa minggu yang lepas, cik ain tolong kakak memasak kat dapur. Masak masakan ni la! Maka, memang tidak dinafikan bahawa A.P.A ni memang best!
So, bila ada resepi baru yang simple & sedap, opkos la cik ain nak kongsi dengan korang. Dengar cerita tahun ni ramai yang nak menamatkan zaman bujang. Maka, harus belajar memasak! Tambat, ikat, anyam, simpulkan hati suami. Wahaha...
BAHAN2
-5/6 ketul ayam (Boleh pilih nak goreng dulu/tidak)
-5 tangkai cili kering (kisar)
-1 biji cili merah masak (kisar)
-2 ulas bwg putih (kisar)
-1 biji bwg besar (kisar)
-1 sudu kecil serbuk kunyit (kisar)
-1 btg serai (titik)
-1/4 cwn bancuhan air asam jawa (jangan terlalu pekat)
-daun kesum (ikut citarasa)
-sedikit minyak, garam, gula, air
CARA2
-tumiskan serai terlebih dahulu. kemudian masukkan kesemua bahan yg telah dikisar. tumis sehingga naik bau & pecah minyak.
-masukkan sedikit garam & gula. biar sebentar
-masukkan ayam & gaul sebentar. masukkan sedikit air+air asam jawa. biar sebentar sehingga air ayam betul2 keluar.
-masukkan daun kesum (ceraikan dari batang). kacau sehingga benar2 sebati
-boleh tambah air sekiranya mahukan ianya sedikit berkuah
-tunggu sehingga ayam benar2 masak (jika ayam tidak digoreng terlebih dahulu)
-siap dihidang! (boleh tambah bawang besar untuk hiasan)
GAMBAR
yg belah kiri tu! |
NOTA
-bawang besar yg banyak akan memekatkan kuah
-serbuk kunyit boleh digantikan dgn kunyit hidup (lagi sodappp!)
-utk asam pedas yg BEST better biarkan kuahkan sedikit likat! Jgn ceroi!
Tau mende likat? Ceroi? ^_^
LIKAT = PEKAT
CEROI = CAIR
~~Utara habaq hang!!! SELAMAT MENCUBA
Dh cuba resepi ni :) Nanti update kat blog <3
ReplyDelete