Sekadar menulis entry yang ringan untuk petang yang sedikit mendung di bumi Penang ni. Uhuk3..
Hangpa tau dak KFC duk ada bawak kuaq 'benda' baru dari dapuq depa??? Kalau yang jenis update dalam segala bab makanan, mesti tau kan? Lagi pun hari2 duk keluar dekat tv. Apa lagi kalau bukan KFC Zinger Double Down! Wewiittt...
Cik ain pun dah lama dengar tentang ni. Tapi masih belum berkesempatan untuk menjamah. Semalam mungkin dah takdir, cik yanie ajak makan menatang ni. So, tanpa segan silu cik ain pun setuju. Haha..nak segan silu kehapanya sebab kos sendirian berhad. Kalau cik yanie pelawa untuk membelanja, opkos cik ain buat2 malu. Wahaha!
Memandangkan hanya untuk mengisi perut sebelum malam, so kira ok la ambil KFC Zinger ni. Tidak terlalu banyak kauntitinya. Hanya 2 keping daging ayam yang sederhana sizenya. Cik ain nasihatkan, kalau hangpa betui2 lapaq, tok sah la ambil set ni. Sebab memang tak berapa nak kenyang.
Sebelum bukak kotak zinger ni, cik ain berkobar2 nak ambil gambar zinger tersebut & nak tempek dalam blog cik ain ni. Konon2 nak tunjuk la bukti bahawa cik ain telah merasmikan zinger buat kali pertama. Tapi bila bukak2, seperti biasa la. Tak seindah khabar. Haha...terus padam niat nak ambil gambar. Terus ngap!
Not bad! Macam ayam goreng yang biasa tu la. Cuma dia dikepingkan & di tengah2nya ada sedikit cheese, mayonis & sekeping empingan sosej. Kalau ditambah dengan cheese yang lebih banyak, mesti lagi osem! Yummy!
Bagi sesiapa yang masih belum mencuba, sila2lah mencuba! ^_^
ciplak gambar orang..wink..wink.. |
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi:
Post a Comment