-->
~CoretanSiPenaDaif~

..Pilih Mana Suka..

  • bola (1)
  • cerita ain (46)
  • cerpen (2)
  • cinta (18)
  • filem (1)
  • ilmu (1)
  • kata2 hikmah (2)
  • kecewa (4)
  • kekasih (1)
  • kereta (1)
  • kesihatan (3)
  • lagu (3)
  • langkawi (4)
  • lirik (2)
  • makan (3)
  • minat (1)
  • movie (1)
  • nasyid (1)
  • novel (5)
  • Novel : Segalanya Mungkin (36)
  • pandangan (10)
  • pengajaran (2)
  • pengalaman (21)
  • percutian (6)
  • perempuan (2)
  • perkongsian (21)
  • persoalan (3)
  • promot (17)
  • puisi (5)
  • ramadhan (6)
  • raya (6)
  • renungan (2)
  • resepi (19)
  • rindu (5)
  • rumahtangga (2)
  • sabah (2)
  • sahabat (4)
  • soal hati (5)
  • walimah (15)

Resepi : Ayam Masak Kicap Berempah Sup


Salam sejahtera & sentosa! Lusa nak raya dah kan.. mesti masing2 tengah sibuk memikirkan menu apa yang nak dihidangkan pada jumaat ini. Laksa pun sodap! Ohhh...sangat teringin!!! :(

Terlalu lama rasanya cik ain tak bawak keluar resepi2 baru kan? So, mood memasak kembalik menodai cik ain. Wink..wink..

Resepi ni cik ain belajar dari kakak cik ain. Simple tapi sangat sedap. Dan mungkin ada sedikit kelainan berbanding ayam masak kicap yang biasa tu. So, tanpa membuang tabiat melebih2, jom cik ain kongsikan resepi yang sangat yummy2 ni.


BAHAN2 :

-5 atau 6 ketul ayam (digaul dgn kunyit)
-2 ulas bawang putih (ditumbuk)
-1/2 inci halia (ditumbuk bersama b.putih)
-1 sudu(b) perencah sup (dibancuh dgn sedikit air)
-kicap manis (mengikut kepekatan yg anda mahu)
-2 sudu(b) sos tiram
-2 biji cili api (diketuk sedikit)
-1 biji bwg besar (dipotong bulat)
-sedikit garam, minyak & air

CARA2 :

-panaskan sedikit minyak & tumis bwg putih & halia yg telah ditumbuk sehingga sedikit kekuningan
-masukkan ayam yg telah digaul dgn kunyit tadi
-masukkan perencah sup & kicap. Biarkan sebentar
-masukkan air mengikut kepekatan yang anda mahu & biar sehingga ayam empuk
-masukkan sos tiram, garam, cili api & bwg besar. Gaul sehingga sebati. SIAP!

GAMBAR :



NOTA :

-kalau ada daun sup lebih2 dlm peti ais tu boleh la dimasukkan sekali dihujung masakan tadi. sebagai hiasan
-kepekatan kuah mengikut selera anda


~SELAMAT MENCUBA~



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Wednesday, October 24, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Filem : PE3

Sawadikap!!!

Semalam sahabat cik ain ajak pergi tengok wayang. Cik ain tanya cerita apa, dia jawab PE3. Bunyi cam pelik. Mati2 ingat cerita omputih. Rupanya cerita melayu. Dengar je cerita melayu, cik ain jadi tak ada mood. U know me rite!wink..wink..

Tapi bila kawan cik ain cakap PE3 ni cerita aksi komedi, cik ain jadi tertarik pulak. So, layankan ajelah.

Nak tau??? PE3 antara cerita melayu yang cik ain gelak bermula dari start tayangan sampailah habis. KELAKAR sangat! Tengokkan cover filem macam langsung tak kelakar. Tapi bila dah tengok, salah rupanya tanggapan cik ain. Wahaha..

Nak cerita lebih2 tak syok pulak. Tapi cik ain boleh suggest cerita ni dekat korang kalau korang betul2 rasa nak gelak. Siyes memang kelakar. Cik ain sampai cover2 la gelak. Kang kalau terlebih dibilang gila pulak. Hahaha..

So, pada sesiapa yang berniat nak tengok wayang & tak tahu nak tengok cerita apa, cik ain cadangkan korang tengok la cerita ni. Walaupun ada beberapa part yang cik ain tak berapa berkenan. Biasalahkan, tiada yang sempurna!

CUMA!! Dalam cerita ni, pelakon Diana Amir masih belum bertudung. So, cik ain tumpang sedih untuk dia sebab agak keterlaluan lakonannya di dalam filem ini. Tapi kita kena ingat, dia sudah berubah. Doalah yang terbaik buat dia. Cik ain yakin, dia sendiri kesal dengan apa yang telah dilakukan. Alhamdulillah, sekurang2nya dia sudah pun berubah.


Nak tau apa maksud PE3?? Haa...maksudnya jangan tanya cik ain. Memang cik ain tak tau. Wahaha..

SELAMAT MENONTON~~



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Monday, October 22, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Walimah Farahin & Arfaizi (20/10/12)


Halluuu...mami jarum datang mencucuk!!! Selamat pagi semua..mai..mai polok sikit. Rindu bebeno dah ni...wahaha..meroyanzz...polok hanya untuk yang muhrim ya!^_^

Ohhh..pagi ni cik ain mai kerja lambat weyhh. Dah la lambat, tudung pun senget! Serabai macam baru balik menoreh. Wakaka.. Sebabnya berborak dengan cik pia sampai pukul 3.30 pagi semalam. Nalla habaq hang! Aloo...cik ain dah lama tak jumpa dia. Siapa dia??? Alaa..yang tu la. Yang tuuu.... :p

Arghh..sudah la cakap pasal ni! Hilanglah imej cik ain sebagai seorang pekerja yang dedikasi lagi berwibawa. (bos aku baca ni, kompom bungkuihhh!) Hahaha...

Korang ingat tak pasal walimah sahabat yang cik ain post last week. Alaa..yang cik ain cakap nak attend before raya haji. Ingat? Kalau tak ingat nampak beno tak follow i tau. Menci! Hahaha... cik ain ringkaskan la ceritanya ya?

Sabtu yang lepas (20/10/2012) cik ain pergi walimah sahabat dekat Sungai Buloh. Farahin yang omey! Dia ni antara sahabat baik cik ain masa zaman2 kolej dulu. So, memang nak sangat attend wedding dia. Alhamdulillah, sampai jugak akhirnya. Osem weyhh rumah dia. Bolat mata cik ain tengok rumah dia yang sangat santekk! Wehehe..

Cik ain naik ETS (keretapi) dengan cik silah ke Sungai Buloh. Pestime naik ETS. Yela, zaman belajar dulu masih menggunakan KTM biasa tu. KTM siput sedut la. Kena saman tak kalau cakap macam ni?? Hahaha..Sekarang dah ETS habaq hang! Laju kemain!



ada wifi seyhhh..konon!

Kami bertolak pukul 9 pagi & sampai jam 11 pagi. Sampai sana kawan ambil & terus ke rumah pengantin. Sampai je rumah Farahin kami terus jumpa dengan dia & pergi makan. Lepas habis makan pengantin pun sampai.

Bila pengantin dah masuk dalam rumah, kami pun ambil peluang untuk bergambar. Jangan jeles! Kami dapat hak ekslusif untuk bergambar dengan mempelai. Wahaha... orang jauh la katakan. Untung ceq!

Lebih kurang pukul 1 t/hari kami gerak ke Puduraya a.k.a UTC. Nak ambil bas balik Ipoh semula. Hahaha...oh, seperti sangat dekat KL-IPOH. Sampai UTC terus cari tiket bas. Mujur ada yang terdekat iaitu jam 2.50 petang. Beli tiket terus naik bas sebab bas depan kaunter! Percayalah sangat! Wahaha..

dulu Puduraya..la ni UTC..kerlass!!

Plusliner balik Ipoh.. :)

Penat habaq hang! Tak pernah2 cik ain buat perangai pergi KL balik hari. Cubaan yang berjaya! Nalarekek...! Jom layan gambar2 yang sempat cik ain ambil sepanjang majlis perkahwinan tersebut. Mabruk alaik! 

kengkawan
oloo..senyum sokmo eyhh..
simple but nice
arfaizi & farahin
ganaz gayanya..haha
aunntakkk!
dgn cik silah :)
Cantikkan? Purple gitu. Maaf la yer. Cik ain tak sempat nak edit bagai. Tempek ajelah yang ni. Tapi clean & clearkan? wink..wink..

~~Selamat Pengantin baru sahabat~~



!!!!!KAT SINI CIK AIN NAK UCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH PADA CIK SILAH SEKELUARGA SEBAB LAYAN CIK AIN SEBAIK MUNGKIN DI RUMAH KALIAN. TERHARU..SOB..SOB.. (gedik tak i silah???)wahaha..




~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Monday, October 22, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

KFC Zinger Double Down! Yummy!

Salam kepetangan semuanya!

Sekadar menulis entry yang ringan untuk petang yang sedikit mendung di bumi Penang ni. Uhuk3..

Hangpa tau dak KFC duk ada bawak kuaq 'benda' baru dari dapuq depa??? Kalau yang jenis update dalam segala bab makanan, mesti tau kan? Lagi pun hari2 duk keluar dekat tv. Apa lagi kalau bukan KFC Zinger Double Down! Wewiittt...

Cik ain pun dah lama dengar tentang ni. Tapi masih belum berkesempatan untuk menjamah. Semalam mungkin dah takdir, cik yanie ajak makan menatang ni. So, tanpa segan silu cik ain pun setuju. Haha..nak segan silu kehapanya sebab kos sendirian berhad. Kalau cik yanie pelawa untuk membelanja, opkos cik ain buat2 malu. Wahaha!

Memandangkan hanya untuk mengisi perut sebelum malam, so kira ok la ambil KFC Zinger ni. Tidak terlalu banyak kauntitinya. Hanya 2 keping daging ayam yang sederhana sizenya. Cik ain nasihatkan, kalau hangpa betui2 lapaq, tok sah la ambil set ni. Sebab memang tak berapa nak kenyang.

Sebelum bukak kotak zinger ni, cik ain berkobar2 nak ambil gambar zinger tersebut & nak tempek dalam blog cik ain ni. Konon2 nak tunjuk la bukti bahawa cik ain telah merasmikan zinger buat kali pertama. Tapi bila bukak2, seperti biasa la. Tak seindah khabar. Haha...terus padam niat nak ambil gambar. Terus ngap!

Not bad! Macam ayam goreng yang biasa tu la. Cuma dia dikepingkan & di tengah2nya ada sedikit cheese, mayonis & sekeping empingan sosej. Kalau ditambah dengan cheese yang lebih banyak, mesti lagi osem! Yummy!

Bagi sesiapa yang masih belum mencuba, sila2lah mencuba! ^_^

ciplak gambar orang..wink..wink..



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Thursday, October 18, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Membeli-belah Secara Online


Hoii..hoii orang kampung & bandar! Semalam dengar tak pengumuman HARI RAYA KORBAN??? Tetiba cik ain tertengok. Maka terdengarlah ia. Wahaha..tapi pengisytiharnya (berbelit lidah nak sebut) dah bertukar ek? Ke cik ain yang ketinggalan kereta api? urmmm...

Maka raya korban kita jatuh pada hari Jumaat bersamaan dengan 26/10/2012. Tak sabar nak tolong orang masjid sembelih lembu. (propa!)hahaha..

Ok! Lupakan kejap pasal raya korban sebab ada perkara menarik yang cik ain nak kongsi dengan rakyat jelata sekalian. Korang biasa beli barang secara online? Atau lebih jelas, membeli-belah hanya dengan menggunakan saluran internet/talian jarak jauh. Atau lebih comel, membeli barang hanya dengan melihat gambar, pilih barang, bayar & tunggu barang sampai ke rumah. Pernah???

Ada beberapa individu pernah bertanya pada cik ain, tip2 untuk membeli secara online memandangkan cik ain antara pembeli online yang sedikit aktif. Boleh la kot! Semenjak dua ni memang cik ain memilih untuk membeli secara online disebabkan beberapa manfaat yang cik ain terima. Apa dia, cik ain akan kongsi kejap lagi okeyysss!

SOALAN yang selalu cik ain terima apabila berkaitan dengan belian online ni adalah seperti :

~tak takut kena tipu ke?
~boleh percaya ke?
~lagi murah ke?
~mudah ke cara pembeliannya?

Haaa..lebih kurang begitu la soalan yang sering cik ain terima. Ok! Sebelum tu cik ain nak cerita sikit pengalaman macam mana cik ain boleh tergoda dengan cara belian online ni. Apabila cik ain keboringan di ofis, cik ain mula gunakan pakcik google sebagai alat pengesan untuk melihat barang2 terkini terutama pakaian(JUBAH terutamanya) yang cantik2 yang murah2. Bila tengok pada satu2 page tu, nak pergi beli dekat kedai mereka kadangkala, jarak yang menjadi masalah. & yang paling sedih kadangkala penjual2 online ni memang tak ada kedai sendiri. So, membeli secara online adalah 1 kemestian kalau nak dapatkan material tersebut.

Jadi, lama2 cik ain merasakan bahawa membeli secara online lebih memudahkan kita. Antara PENYEBAB utama cik ain suka beli secara online adalah :

~barang yg dimahukan, tidak dapat dibeli secara direct
~tawaran harga yang lebih murah
~design pd sesuatu material memang susah utk dicari di kedai berdekatan

KELEBIHAN yang cik ain terima pula adalah seperti :

~tak perlu bersusah payah menapak ke satu2 kedai utk membeli
~memilih dgn tenang. Nak boleh booking hanya dgn menaip 'saya nak yg ni'! Tak nak tak perlu ambil peduli!
~dapat barang yg lebih murah tapi berkualiti jika pandai memilih
~kos penghantaran lebih murah berbanding kos pergi sendiri membeli barang tersebut di luar
~hanya menunggu sekitar 2-3 hari utk menerima barang tersebut

Ini antara kelebihan yang cik ain dapat. Sekarang, bab yang paling penting dalam konsep membeli secara online yang perlu kalian ambil tahu. Cik ain nak kongsi tip2 berguna sebelum korang mula membeli secara online. Bukan apa, takut kena tipu & sebagainya. Tipsnya adalah seperti :

~pastikan 'kedai online' itu benar2 wujud dgn membuat sedikit research berkaitan 'kedai' tersebut
~lihat feedback yg diterima dari pelanggan2 yg pernah membeli dgn 'kedai' tersebut. cth nya komen2 pd gambar barang atau page owner
~mahu lebih yakin, buat panggilan terus kpd owner 'kedai' tersebut & bertanya serba sedikit. Penjual yg jujur dia akan menjawab panggilan kita dgn senang hati
~bandingkan harga barangan antara online shop yg anda kunjungi. Bimbang barang yg dijual, dikenakan harga yg tidak sepatutnya
~sblm membuat tempahan, pastikan betul2 size(kalau beli pakaian) yg benar2 sesuai dgn anda. Bertanyalah selagi anda tidak berpuas hati. Sesetengah online shop membenarkan pertukaran barang. Ada sstghnya tidak membenarkan. Ingat!!!
~pastikan anda baca betul2 details utk satu2 gambar. Jangan ada salah faham. Pastikan harga yg dipamerkan termasuk kos penghantaran / pun tidak.
~jangan tamak utk mendapatkan sesuatu barang dlm satu2 masa. Apa kata cuba beli satu barang dahulu dari online shop tersebut. Bila dah dapat, pastikan kualitinya setanding dgn harga. Kalau sangat memuaskan hati, tidak salah membeli lagi! >_<
~bila ada perasaan takut nak mencuba utk pertama kali, apa kata beli barangan yang harganya dlm kategori murah. Sekiranya tidak berpuas hati, tidaklah terlampau kecewa kan?

Haaa...ini antara tip yang boleh cik ain kongsi berpandukan pengalaman yang cik ain hadapi semasa membeli secara online. Syukur alhamdulillah, sehingga ke hari ini barang2 yang cik ain beli secara online benar2 memuaskan hati. Jika ada kekurangan pun tidaklah sehingga tidak boleh digunakan langsung.

Korang ada pengalaman beli secara online yang buruk tak? Boleh share cerita & link online shop tersebut dengan cik ain! ^^

Kepada yang ingin mencuba, jangan takut! Tapi cubalah membeli dengan menjadi pembeli yang bijak! InsyaAllah urusan kita akan dipermudahkan. Arios!!!!




~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Tuesday, October 16, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Blogger Ter...

Heww...heww...cik ain kembali! Apa2 pun assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh...biaq kasi panjang sikit sebab dah lama tak bagi salam pada korang semua :)

Oh My Allah...kini cik ain dah hampir2 boleh dapat award, "blogger ter..malas". Penuh bergaya bukan award itu..?wahaha..well! Seperti biasa, tiada alasan yang paling hot melainkan MALAS!

Nak kata sibuk, sangatlah menipu. Nak kata tak ada masa, juga sangat menipu! Kenapa? Mengapa? Mungkin dah kurang nafsu untuk berblogging. Uhuk33... Sampaikan dah tak ingat bila kali terakhir post entry. Oh tidakkkk!

Orang lain berlumba2 nak naikkan trafic blog dengan menulis entry2 yang meletop & melecun. Tapi cik ain, langsung tak bimbang akan keadaan tersebut kerana hidupku juga tidak terurus dengan baik buat waktu & ketika ini. Hahaha...

Al-kisahnya, cik ain masih belum sihat sepenuhnya. Sakit! Tumpang bahu meh...sakit kepala ni. Oh, sangatlah mengada di situ..wink..wink..

Sepanjang tak berblogging ni, cik ain sibuk (ayat menteri sikitt..haha..) memenuhi undangan perkahwinan sahabat2 cik ain. Di utara, selatan, timur & barat. Sedikit penipuan di situ ya! Wahaha...tapi pasal jemputan kahwin tu cik ain benar2 jujur. Tak putus2 dapat undangan dari sahabat2. Syukur...dapat makan free!wakaka...

Bukan, sebetulnya syukur semakin ramai yang berjaya mendirikan 'masjid' tanpa pasir & simen. Cik ain tumpang bahagia. Tewahh33.... ^_* TAHNIAH!!! Suka la korang dah berdua2an sebebas mungkin ek. Tak sabar jugak! :p

Selagi berpeluang & berkesempatan, cik ain memang seboleh mungkin akan memenuhi undangan tersebut. Maklumlah, kata orang ambil berkat. Yang kurang berkat tu sila2lah hindarkan diri ya? >_<

Bagi yang bakal mendirikan rumahtangga, sila2lah jemput cik ain dengan penuh kasih sayang. InsyaAllah cik ain cuba hadir bagi memeriahkan majlis kalian. Biar blink2 sikit u olls. Wahaha...yang paling best, sebelum raya haji yang tak sampai 2 minggu lagi ni pun, ada lagi 1 walimah yang cik ain bercadang untuk hadir. Sahabat cik ain ketika zaman2 belajar dulu. Tahniah untuk FARAHIN & pasangannya (my senior).

Dengan tulus ikhlas, cik ain ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU! ^^

Untuk cuci2 mata, cik ain tempek satu gambar yang sempat anak buah cik ain snap masa wedding kawan cik ain ni. Kiranya walimah terbaru yang cik ain hadir.wink..wink..

06/10/2012 (siti husna)-kawan sekolah rendah!




~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Tuesday, October 16, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi
Subscribe to: Posts (Atom)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:AhLan WasAhLan:..

..:KePunYaAn EmPaYar:..

nurul ain haji jamli
24 april 1990
kuala kangsar, perak
penulis & blogger
dah jadi PUAN

kLik..kLik..

..:iMpiAn HatI:..

"Ya ALLAH, jaDikAn Aku WaNitA sOLehAh...yaNg bAik dI anTarA yAnG tErbAiK...kUrnIaKan jUgA PenDamPinG yAng BaIk daLam HiDupKu...baGi mEndApaTkAn SesUaTu YaNg TerBaIk dAri-Mu...aMin yA RaBb..."

..:pEcEbuK:..

Nurul Ain Haji Jamly

Create Your Badge

cE kOmE tRy bAce!!

  • ►  2013 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (8)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (6)
  • ▼  2012 (78)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ▼  October (6)
      • Resepi : Ayam Masak Kicap Berempah Sup
      • Filem : PE3
      • Walimah Farahin & Arfaizi (20/10/12)
      • KFC Zinger Double Down! Yummy!
      • Membeli-belah Secara Online
      • Blogger Ter...
    • ►  September (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (8)
    • ►  June (12)
    • ►  May (14)
    • ►  April (9)
    • ►  March (1)
    • ►  February (6)
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (79)
    • ►  December (7)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (7)
    • ►  August (32)
    • ►  June (7)
    • ►  May (6)

..:FoLLowErS:..

..:i foLLow u:..

  • Blog Cik Nurfarah
    HI 2025
  • Jia creatifelt
    Harry Potter Et Les Reliques De La Mort : 1ère Partie (2010) Watch Full Movie Streaming Online
  • Warong Makcik Senah
    Watch Clifton Hill 2019 Free Online
  • Kisah BudaxXx Montel ^^
    Watch Cardboard Boxer 2016 Free Online
  • Entirely Of Flaws
    Bank Indonesia Memberi Penghargaan Atas Pelaporan Uang Palsu
  • ♥cOraT cOret NusHA ♥
    TRAGEDI OKTOBER : Duit bagi tapi tak cukup!
  • TAMU JAJAKRAF
    NOTICE BOARD
  • ~BabyComel~ Hanya insan Biasa
    Suratan Takdir Gersang Kisah Si Curang
  • I CANT HEAR THE SILENT MELODIES
    Jual Obat Maximoz Peningkat Vitalitas, Stamina Dan Obat Ejakulasi Dini Di Sidoarjo
  • Nurhafizah ❤
    5 Tips Bagaimana Menjaga Fikiran Positif Setiap Hari
  • Wanita Melayu Akhir Zaman
    J-Pace SUV Review 2018
  • SaHaBaT BUKIT BOTAK
    Ninja : Genap 1 Tahun 4 Bulan
  • silenceaneesa ♥
    Langkah Memberi warna Baju Dengan Wantex supaya Sembuh Seperti Baru Lagi
  • Reading is the most relaxing moment. (I'm only eighteen)
    Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion 5
  • BILA KATA HATI MENULIS
    Terus Mencintaimu
  • Wardah Alisya
    8 tahun usia Wardah Alisya
  • Dazzi Lurzzi Official Blog
    Redha 2016 Movie Hack Full
  • ya allah kuatkan hati kami
    Obat herbal murah berkhasiat paling ampuh
  • oLd_sChOoL
    Selangor Juara Piala Malaysia, Kenduri Kahwin Member Lebih Penting
  • [ hujung peNa... papan kekuNci ]
    "Letihlah nak pikir duit..."
  • JoY AnD SoRrOw
    FiRsT eNtRy FoR tHiS yEaR
  • Anas Muallim
    Cuti yang panjang
  • segalanyamungkin
    BAKTI SISWA TERENGGANU (KAMPUNG SEBERANG TAKIR)
  • ! ~ Salam Ukhuwah ~ !
    Giveaway dan Lucky Draw
  • misyaain amna
    TANDA HIDUP TAK BERKAT
  • ^◕‿◕^
    UPDATE NEW STOCK ** MEN'S SHIRTS **
  • The Karl Nyzam™
    Erti Sebuah Kemaafan
  • col0ur ur life
    Tukar Lagi.
  • kami craft
    Pek Kombo Tona~~ Murah Gilaa~~~!!!
  • Abu HurairaH
  • My Life
    Hujung Minggu
  • ~~ ketulusan hati ~~
    Dia kekasih aTi Qu...
  • ♥ CATATAN SEORANG HAMBA ♥
    ♥ KISAH MAYAT MEMBACA SURAH YASSIN DI MEKAH ♥
  • maiza husna
  • PERCUTIAN TERINDAH
    PAKEJ 3HARI 2MALAM DI PANGKOR
  • ! .. ✿Ɖαʏα Ƭнɛ Ƨιϰтн✿ .. !
    Korean Fashion :)
  • Ibnu Sina ATC
    Sekitar Karnival Ekonomi Muslim
  • ~liFeminEswEEtsoUr~
  • Celoteh Deqyah Pegeon~
  • Triple L
  • JuZ a sImPLe guRL DiaRy
  • BerLARI ke LANGIT
  • ♥
  • Muni Izzah
  • ♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫•♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫• ♫•*¨*•.¸¸
  • vip eema..
  • Eimma
  • kedai mu
  • Hafiz Hamidun
  • Seek ONLY for MARDHOTILLAH
  • BLOG ALAN
  • ✿ Missz.Nana.Punyer.Cerita ✿
  • ..sEriKanDi isLaM..
  • *sUkA-suKi DunIakU*
  • hello !!!
Backgrounds & Flower Backgrounds
Powered by Blogger.