-->
~CoretanSiPenaDaif~

..Pilih Mana Suka..

  • bola (1)
  • cerita ain (46)
  • cerpen (2)
  • cinta (18)
  • filem (1)
  • ilmu (1)
  • kata2 hikmah (2)
  • kecewa (4)
  • kekasih (1)
  • kereta (1)
  • kesihatan (3)
  • lagu (3)
  • langkawi (4)
  • lirik (2)
  • makan (3)
  • minat (1)
  • movie (1)
  • nasyid (1)
  • novel (5)
  • Novel : Segalanya Mungkin (36)
  • pandangan (10)
  • pengajaran (2)
  • pengalaman (21)
  • percutian (6)
  • perempuan (2)
  • perkongsian (21)
  • persoalan (3)
  • promot (17)
  • puisi (5)
  • ramadhan (6)
  • raya (6)
  • renungan (2)
  • resepi (19)
  • rindu (5)
  • rumahtangga (2)
  • sabah (2)
  • sahabat (4)
  • soal hati (5)
  • walimah (15)

Adab Tinggal Sebilik/Serumah


(ampun ya! ganti nama 'aku' akan digunakan sebagai tanda mood telah dirobek2)

Teruk beno bunyinya! Haha...Sebelum aku mula berpidato, aku tersangatlah ingin mengucapkan salam sejahtera! Nalarekek!wink..wink.. Tetiba rasa nak menulis soal adab sebilik/serumah. Dengan manusia, bukan dengan kera ya!

Sudah menjadi lumrah apabila kita tinggal jauh dari family, pilihan yang ada bagi yang bujang2 ni adalah dengan duduk menyewa bersama dengan individu lain. Tidak kiralah sama ada yang kita kenal secara langsung / tidak langsung. Ini bagi mengurangkan kos sara hidup seandainya kita hanya bekerja 'biasa2' je. Apa yang 'biasa2' tu pandai2lah tafsir sendiri. Karang kalau aku sebut, kata aku menghina pulak kerja tersebut. Bagi aku, tidak ada kerja yang hina selagi ianya HALAL.>_<

Bila kita memang dah sampai tahap TERPAKSA duduk menyewa, secara rasminya kita memang terpaksa la FAHAM! TAHU! MENGERTI! adab2 tinggal sebilik/serumah. Sebab rumah sewa tak sama dengan rumah sendiri.

Aku memang tak suka bab2 'meroyan' ni. Hilang kesopanan aku! Wahaha...Tapi kalau ada yang mula nak memijakkan kakinya ke atas kaki aku tanpa sebab, mulalah timbul simptom2 'meroyan' yang aku simpan baik selama ni. Sebaik mungkin aku tak nak dekat dengan sifat mazmumah ni! Tapi yang aku geram dengan diri aku sendiri, mudah sangat kesiankan orang! Akhirnya aku yang diperkotak-katikkan. Ewahhhh...kerlass kau pe'ah!

Aku ni bukan la jenis yang terus nak judge seseorang tu negative walau pada awalnya aku dah nampak aura negativenya tu. Aku selalu didik diri aku untuk beri orang lain jadi diri mereka yang sebenar. Sebab aku pun bukannya baik. Aku pun nak peluang yang sama. Jadi apa yang aku nak dari orang lain, aku pun akan bagi yang sama pada orang lain. Fairlah gitu!

Berbalik pada adab yang aku nak kecohkan, kali ni aku reka sendiri adab2 yang aku nak individu ni faham walaupun dalam keadaan terpaksa. Zon manja2 aku dah buang dalam perigi buta. (walaupun aku tahu, dia takkan baca entry aku ni. Peduli apa!) Haha...


KOMUNIKASI

Apa2 hubungan dalam dunia ni, komunikasi adalah tunjang utama. Dengan komunikasi yang baik, kita dapat melahirkan suasana yang harmoni. Bukan bermaksud semua hal kita kena cerita dengan teman rumah (kau ingat aku nak tahu sangat!). Tetapi apabila ada perkara yang memerlukan perhatian setiap isi rumah kita harus memandang ianya sebagai perkara yang penting. Ini kalau komunikasi pun failed, mana nak datangnya hubungan yang baik. Kalau bagi mesej, ikut selera nak balas ke tak, memang seperti mintak di baling telefon tu ke dinding. Tak apa! Boleh beli iPadkan? Balas mesej boyfriend laju kemain. Mesej kawan rumah, dibiar seperti donut basi! Selain tu, apabila sesuatu perkara seperti 'undang2' di dalam rumah sudah diingatkan banyak kali, take note la! Aku bukan saja2 nak buang air liur untuk bercerita dengan kau isu rumah selalu. Aku tahu, kau pun akan bosan jugak kalau aku duk ulang benda tu memanjang. Kalau tak tahu, bertanya. Tak ada salahnya. Fikir kau dah besar, bukan budak2 lagi. Kata dah ada kerja tetap! Contoh je! Wahaha...

KEBERSIHAN

Aku ni nak kata pembersih tahap kerlipan bintang di langit memang tak la. Tapi bila dah duduk menyewa ni, tolong2lah ajar diri untuk jadi pembersih. Tak gitu? Tak banyak, sikit jadilah. Demi menjaga hati teman serumah yang lain. Tambahan pulak kalau duduk sebilik. Kalau bilik lain2, ikut suka kau la nak macamana pun. Bila dah namanya sebilik dah tentulah berkongsi macam2. Kalau sebelum ni, di rumah kita dah biasa dengan suasana tonggang terbalik, apa salahnya di rumah sewa kita jadi sedikit pengemas. Bukan suruh mop lantai hari2. (menyapu pun tak pernah). Tapi didiklah diri untuk rajin mengupdate setiap yang kita guna. Contohnya pakaian. Pakaian yang dah kotor, janganlah dicampur dengan yang masih bersih. Sekiranya mahu dipakai semula, sangkutlah di ampaian. Sedap sikit mata memandang. Selain tu, rambut perempuan ni adalah mahkota. Kalau rasa ada mahkota yang dah gugur & beterbangan sesama sendiri, tolong2lah sapu atau kutip. Janganlah nak mengharapkan teman yang lain semata2. Nak kena halau dari rumah ke? Hehe..Selain kebersihan rumah, kebersihan diri pun kena jaga jugak cek oii. Mandilah 2x sehari paling kurang. Jangan kata tak ada effect pada kawan serumah lain. Ada kot! Contoh jer!wehehe..

KERJA RUMAH

Jangan jadikan alasan 'aku dilahirkan memang pemalas' sebagai alasan untuk kita ketepikan semua kerja rumah (sewa). Kau ingat, tuan rumah tu sediakan maid untuk kita ke? Kalau dekat rumah sendiri dah biasa ada maid yang tolong itu & ini, (kalau ada la) dekat rumah sewa tak macam tu sayang! Bila kau dah isytiharkan kau nak duduk menyewa, tanggungjawab di rumah sewa adalah tanggungjawab bersama. Bukannya suruh mop dinding seminggu sekali pun. Sekurang2nya, kalau tak ada buat apa tu, rajin2lah capai penyapu & sapu lantai yang sentiasa kita pijak tu. Tau pulak cakap bosan dekat rumah! Bosanlah dah tak tau buat mende. Selain tu, kalau teman2 rumah yang lain sedang memasak, apalah salahnya kita jenguk ke dapur & tanya sekiranya memerlukan pertolongan kita. Kalau kita memang sah2 tak pandai masak pun, sedap jugak orang lain dengar niat murni kita. Ini, bila makanan dah siap dimasak, baru tunjuk muka. Bila dah habis makan, sekiranya kita tak terlibat dengan hal memasak, galaslah tanggungjawab untuk mengemas & membasuh perlatan yang digunakan ketika memasak tadi. Basuh periuk belanga pun tak tahu? Selama ni kau tengok orang masak dalam labu sayong ke? Contoh jela.wink..wink..

HAK MILIK SENDIRI & BERSAMA

Bila kita tinggal serumah tak bermakna segala macam benda aneka bagai boleh kita share. Perlunya hormat barang orang lain sekiranya berniat untuk digunakan sama2. Rajin2lah ringankan mulut tu meminta izin sekiranya kita tahu, barang yang kita pakai tu memang sah2 bukan milik kita. Tak ada dalam perjanjian yang mengatakan bila dah tinggal sebumbung, 'hak kau hak aku jua'. No..no..no..masing2 dah bekerja, masing2 dah ada pendapatan sendiri. (gaji lagi tinggi dari aku kot). Bukan soal berkira, tapi soal menjaga harta benda orang lain. Aku ni bukan jenis berkira sangat. Gunalah barang aku sekiranya kau rasa nak guna. Tapi jangan jadikan kebaikan aku yang sikit ni sebagai lesen untuk kau buat sesuka hati dalam bilik/rumah tu. Kalau kita bermanis mulut dengan teman rumah sebelum menggunakan sesuatu barang, tak adanya dia nak kata 'tidak' sekali pun dia tak ikhlas. Tapi kita harus pandai membezakan yang mana hak kita, yang mana hak bersama. Kalau kita hormat barang orang lain, barang kita pun orang akan hormat. Sekiranya memang barang tu dah dicop sebagai hak bersama, kau gunalah sesuka hati. Tak ada sapa nak larang. Ini lumrah hidup menyewa. Gap tetap ada sekali pun kita rapat setahap carrot. Bimbang di kemudian hari timbul soal ungkit mengungkit. Contoh jugak ni!Haha..

SIKAP

Aku paling menyampah dengan orang yang di rumah karaktornya lain, di luar lain pulak sisi peribadinya. Contohnya kalau keluar bekerja/dating kemain make up bagai. Selalu menjaga penampilan dengan kasut yang vok! baju yang menyala! make up yang tebal berinci2! Kiranya sanggup berhabis demi menjaga penampilan di luar. Yelah, senang sikit nak bagi mat2 opis fewit..fewit dekat kau. Sanggup ketepikan hal yang lebih penting seperti makan & perbelanjaan yang lain. Kau dah bekerja bermakna kau dah ada tanggungjawab. Kita nak bergaya memang kita punya sukalah. Duit kita kan? Tapi tolonglah jangan ketepikan hal2 yang penting yang harus difikirkan berkaitan dengan hal di rumah sewa. Yang aku maksudkan dengan lain karaktor pulak bila di rumah, dah rupa emak beranak 6 je. Yelah, di rumah tak ada mat2 opis. Yang ada minah2 kuali. Apa kerlassss! Selain tu bila kita tinggal serumah, tolonglah jangan berbohong. Bohong sunat aku boleh terima lagi. Bohong yang akan terkantoi di kemudian hari yang aku cukup meluat! Kau ingat aku kisah sangat dengan kehidupan peribadi kau! Contoh jugak kali ni.Hehehe...


Haaa...clear sangat yang aku sedang menyampah dengan seseorang. Haha...aku dah tak pandai nak cover2 dalam hal ni. Rosak blog aku dengan kata2 'indah' yang aku tuliskan kali ni. Wahaha.. Tapi aku ni kira baik sikit la sebab tak pergi sembur face to face. Konon2 nak menjaga hati orang. Macam aku cakap tadi la, aku ni mudah kesiankan orang. Kalau aku marahkan seseorang tu, mulalah aku menyesal di kemudian minit. Sejam pun tak sampai tau. Itu kelemahan aku yang nyata! Aku ni dengan sapa2 pun aku tak kisah nak duduk or tinggal. Tapi aku tak boleh nak hidup dengan orang yang dengan aku lain sikapnya, dengan orang lain, lain pulak sikapnya. Yang mana satu engkau? Kau tak sempurna, aku pun tak sempurna. Kita sama2 kurang. Tapi aku buat baik dengan kau, apa salahnya kau buat baik dengan aku. Sikit pun aku hargai tau! >_<

Sudah..sudah..aku tak lalu nak duduk dalam zon 'merah' ni lama2. Sebenarnya tujuan aku menulis macam ni lebih kepada melepaskan tekanan yang aku simpan dalam hati ni. Bukan nak menghina, merendah atau menjatuhkan sesiapa. Sejujurnya aku tak simpan dalam hati, cuma bila perkara sama berulang, aku mula menyebut dekat mulut ni. Itu yang aku tak suka! Aku manusia biasa jugak. Tiba marah aku, aku jadi macam ni la. Tapi aku cuba cover balik dengan beristighfar. Aku anggap kau masih dalam proses belajar. Tapi janganlah sampai ke tua kau tak lepas2 'exam'nya ya! Arios!



~moga satu hari nanti, kau ketemu dengan teman serumah yang jauh lebih mulia dari aku~ (aku ni masak pun tak sedap. tu sebab kau sanggup makan dekat luar)..gurau jer!tata..titi..tutu..


~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Monday, September 10, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

6 comments:

  1. asgee5 February 2013 at 16:01

    assalamualaikum,
    sy pn turut rase situasi yg sama..at first mmg xnk bg org sewa same tp one of staff ni transfer from selangor to melaka..then tbe2 nk dok mnyewa..i thought die ok la..tp br bpe minggu ddk dh pndai ajak adik die duduk skali..and scra automatik mst la all the cost mningkat such as api, air tmasuk makanan i diorng ngap tanpa mintak izin..bkn nk bkira tp at least inform la dlu..and one thing yg i x suke dia bole mntk tlng bf die pasangkn mesin basuh, mse tu i blik dri keje tgk diorng bdua kt dapo..oo time tu rase mcm nk halau die on the spot..then die dtg kt i "sorry erk, lupe nk bgtau yg bf sy dtg hntr washer machine. hello, i yg dh btunang ni pn xpnh ajak tunang dtg ke rumah. eiiii...geram teramat2..bila ngadu kt tunang die suruh i cari rumah lain..for what? rumah tu i yg dpt dlu..xfaham dgn sikap manusia jenis ape ntah..xreti hormat housemate..suka suki bwk bf, adik, abg dtg kerumah. rumah tu dh mcm welfare house.huh..lega dpt luah kt sini..sorry buruk kn wall awk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Ain8 February 2013 at 10:50

      waa..lg teruk kes dr saya..xpe2..share pengalaman! ^^
      tapi skrg ni..DIA dah jd EX housemate!!!wink..wink..housemate lain dh x tahan..so, bersuara la..huhu...tp x stop dekat situ jer..babitkan family dia n sbgnya..tp kitorang wat x tahu je..anggap iklan semata2 :)

      Delete
      Replies
        Reply
    2. Reply
  2. Nurul Fadila Ain28 June 2013 at 15:22

    This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. Nurul Fadila Ain28 June 2013 at 15:45

    Ne la kehidupan.. sma la kita... lumrah hidup d dunia.. tp kitorng dok serumah bukan sbb bekerja tpi belajar.. bru nk menuju menara gading.. bru dok sebulan da bnyk masalah.. maklummm.. hidup bersama org dri pelbagai latarbelakang yg berbeza.. tiada persefahaman punnn.. masing2 nk di faham.. huhuhu.. and than.. ada la seorg bdk housemate ne.. btl2 la tiada perasannn... sma sprti yg tuan punya blog ne ckp... make up.. mak nenek btl la.. punya la tebal klau kluar dri umah rapi,kemas n bersihhhh... tp klau dlm rumah plak..hahahah.. sgala galanya tk d kemas kn.. ermnnn.. pas tu.. smua bnda nk jdi hak milik dia.. terutamanya mknn.. da tau mknn org tp tk pndi jimat2x nk guna.. ermnn.. may be sya pn salah jugak.. sbb slalu story kisah idup sya d rumah .. ye la.. kat umah ada maid.. c ne pulak tiada.. so, kekok la sya nk buat keeja.. tu yg sya story cara idup sya at home spya merka fhm keadaan sya n blh trima sya tk pun bgi X-kius untk sya untk buat sgla kerja d rumah.. tp alhamdulillahhh.. skrng da pndi kemas n masak berkat bantuan kwn dri srawak ne.. thanks kamu ^_^.. tp sya arap yg sorg ne dpt berubah.. tk kn nk slama lmanya cm tu.. (tiap kli tgok muka dia,rsa skit aty jerr) tp.. sya just pndm dlm aty jgk.. sma sprti awak.. cepat kesian dgn org lain n mudah rasa bersalahhh.. prangai dia ne buat tk kesah jerr dgn smua perkara.. tu yg smua org dlm rumh ne tk suka dgn dia.. ermnn.. tk pe la.. arap dia dpt berubahhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Ain1 July 2013 at 12:33

      hehe..xpe2..setiap org ade penglaman masing2..kdg2 smua ni seronok jgk. at least kita dh ada pnglmn duduk menyewa dgn org lain selain family sndiri..so, boleh jd pnduan pd org lain. kita akan lebih kenal diri kita & kwn serumah kita. masing2 ada kekurangan. tp jgn jdkan kekurangan tu alsn utk tidak sling mmbantu.. :)

      Delete
      Replies
        Reply
    2. Reply
  4. Unknown28 June 2018 at 07:46

    Assalamualaikum.. tumpang sikit.. nak tanya.. if kita dapt oan rumah sewa tu dulu... boleh tak kita yang tetapkan rule.. mcm jaga kebersihan sbb sama2 dduk.. means saya nk tahu cara dia.. patut sya talk ftf or sya tampal note je dekat setiap sudut.. mcm zaman2 sekolah rendah.. SILA SUSUN KASUT DI RAK.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Subscribe to: Post Comments (Atom)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:AhLan WasAhLan:..

..:KePunYaAn EmPaYar:..

nurul ain haji jamli
24 april 1990
kuala kangsar, perak
penulis & blogger
dah jadi PUAN

kLik..kLik..

..:iMpiAn HatI:..

"Ya ALLAH, jaDikAn Aku WaNitA sOLehAh...yaNg bAik dI anTarA yAnG tErbAiK...kUrnIaKan jUgA PenDamPinG yAng BaIk daLam HiDupKu...baGi mEndApaTkAn SesUaTu YaNg TerBaIk dAri-Mu...aMin yA RaBb..."

..:pEcEbuK:..

Nurul Ain Haji Jamly

Create Your Badge

cE kOmE tRy bAce!!

  • ►  2013 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (8)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (6)
  • ▼  2012 (78)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ►  October (6)
    • ▼  September (9)
      • Mengertilah..Walau Sedikit Cuma
      • ~Untuk Tiga Hari~
      • Review Novel : Takdir Itu Milik Aku
      • Review Novel : My Love Is Playgirl
      • Aku Sudah Bebas!!!
      • Adab Tinggal Sebilik/Serumah
      • Sampul Duit Raya Yang Cumel
      • Makan Time : SEOUL GARDEN
      • Nak Mula Dari Mana Ni?!
    • ►  August (2)
    • ►  July (8)
    • ►  June (12)
    • ►  May (14)
    • ►  April (9)
    • ►  March (1)
    • ►  February (6)
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (79)
    • ►  December (7)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (7)
    • ►  August (32)
    • ►  June (7)
    • ►  May (6)

..:FoLLowErS:..

..:i foLLow u:..

  • Blog Cik Nurfarah
    HI 2025
  • Jia creatifelt
    Harry Potter Et Les Reliques De La Mort : 1ère Partie (2010) Watch Full Movie Streaming Online
  • Warong Makcik Senah
    Watch Clifton Hill 2019 Free Online
  • Kisah BudaxXx Montel ^^
    Watch Cardboard Boxer 2016 Free Online
  • Entirely Of Flaws
    Bank Indonesia Memberi Penghargaan Atas Pelaporan Uang Palsu
  • ♥cOraT cOret NusHA ♥
    TRAGEDI OKTOBER : Duit bagi tapi tak cukup!
  • TAMU JAJAKRAF
    NOTICE BOARD
  • ~BabyComel~ Hanya insan Biasa
    Suratan Takdir Gersang Kisah Si Curang
  • I CANT HEAR THE SILENT MELODIES
    Jual Obat Maximoz Peningkat Vitalitas, Stamina Dan Obat Ejakulasi Dini Di Sidoarjo
  • Nurhafizah ❤
    5 Tips Bagaimana Menjaga Fikiran Positif Setiap Hari
  • Wanita Melayu Akhir Zaman
    J-Pace SUV Review 2018
  • SaHaBaT BUKIT BOTAK
    Ninja : Genap 1 Tahun 4 Bulan
  • silenceaneesa ♥
    Langkah Memberi warna Baju Dengan Wantex supaya Sembuh Seperti Baru Lagi
  • Reading is the most relaxing moment. (I'm only eighteen)
    Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion 5
  • BILA KATA HATI MENULIS
    Terus Mencintaimu
  • Wardah Alisya
    8 tahun usia Wardah Alisya
  • Dazzi Lurzzi Official Blog
    Redha 2016 Movie Hack Full
  • ya allah kuatkan hati kami
    Obat herbal murah berkhasiat paling ampuh
  • oLd_sChOoL
    Selangor Juara Piala Malaysia, Kenduri Kahwin Member Lebih Penting
  • [ hujung peNa... papan kekuNci ]
    "Letihlah nak pikir duit..."
  • JoY AnD SoRrOw
    FiRsT eNtRy FoR tHiS yEaR
  • Anas Muallim
    Cuti yang panjang
  • segalanyamungkin
    BAKTI SISWA TERENGGANU (KAMPUNG SEBERANG TAKIR)
  • ! ~ Salam Ukhuwah ~ !
    Giveaway dan Lucky Draw
  • misyaain amna
    TANDA HIDUP TAK BERKAT
  • ^◕‿◕^
    UPDATE NEW STOCK ** MEN'S SHIRTS **
  • The Karl Nyzam™
    Erti Sebuah Kemaafan
  • col0ur ur life
    Tukar Lagi.
  • kami craft
    Pek Kombo Tona~~ Murah Gilaa~~~!!!
  • Abu HurairaH
  • My Life
    Hujung Minggu
  • ~~ ketulusan hati ~~
    Dia kekasih aTi Qu...
  • ♥ CATATAN SEORANG HAMBA ♥
    ♥ KISAH MAYAT MEMBACA SURAH YASSIN DI MEKAH ♥
  • maiza husna
  • PERCUTIAN TERINDAH
    PAKEJ 3HARI 2MALAM DI PANGKOR
  • ! .. ✿Ɖαʏα Ƭнɛ Ƨιϰтн✿ .. !
    Korean Fashion :)
  • Ibnu Sina ATC
    Sekitar Karnival Ekonomi Muslim
  • ~liFeminEswEEtsoUr~
  • Celoteh Deqyah Pegeon~
  • Triple L
  • JuZ a sImPLe guRL DiaRy
  • BerLARI ke LANGIT
  • ♥
  • Muni Izzah
  • ♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫•♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫• ♫•*¨*•.¸¸
  • vip eema..
  • Eimma
  • kedai mu
  • Hafiz Hamidun
  • Seek ONLY for MARDHOTILLAH
  • BLOG ALAN
  • ✿ Missz.Nana.Punyer.Cerita ✿
  • ..sEriKanDi isLaM..
  • *sUkA-suKi DunIakU*
  • hello !!!
Backgrounds & Flower Backgrounds
Powered by Blogger.