(ampun ya! ganti nama 'aku' akan digunakan sebagai tanda mood telah dirobek2)
Teruk beno bunyinya! Haha...Sebelum aku mula berpidato, aku tersangatlah ingin mengucapkan salam sejahtera! Nalarekek!wink..wink.. Tetiba rasa nak menulis soal adab sebilik/serumah. Dengan manusia, bukan dengan kera ya!
Sudah menjadi lumrah apabila kita tinggal jauh dari family, pilihan yang ada bagi yang bujang2 ni adalah dengan duduk menyewa bersama dengan individu lain. Tidak kiralah sama ada yang kita kenal secara langsung / tidak langsung. Ini bagi mengurangkan kos sara hidup seandainya kita hanya bekerja 'biasa2' je. Apa yang 'biasa2' tu pandai2lah tafsir sendiri. Karang kalau aku sebut, kata aku menghina pulak kerja tersebut. Bagi aku, tidak ada kerja yang hina selagi ianya HALAL.>_<
Bila kita memang dah sampai tahap TERPAKSA duduk menyewa, secara rasminya kita memang terpaksa la FAHAM! TAHU! MENGERTI! adab2 tinggal sebilik/serumah. Sebab rumah sewa tak sama dengan rumah sendiri.
Aku memang tak suka bab2 'meroyan' ni. Hilang kesopanan aku! Wahaha...Tapi kalau ada yang mula nak memijakkan kakinya ke atas kaki aku tanpa sebab, mulalah timbul simptom2 'meroyan' yang aku simpan baik selama ni. Sebaik mungkin aku tak nak dekat dengan sifat mazmumah ni! Tapi yang aku geram dengan diri aku sendiri, mudah sangat kesiankan orang! Akhirnya aku yang diperkotak-katikkan. Ewahhhh...kerlass kau pe'ah!
Aku ni bukan la jenis yang terus nak judge seseorang tu negative walau pada awalnya aku dah nampak aura negativenya tu. Aku selalu didik diri aku untuk beri orang lain jadi diri mereka yang sebenar. Sebab aku pun bukannya baik. Aku pun nak peluang yang sama. Jadi apa yang aku nak dari orang lain, aku pun akan bagi yang sama pada orang lain. Fairlah gitu!
Berbalik pada adab yang aku nak kecohkan, kali ni aku reka sendiri adab2 yang aku nak individu ni faham walaupun dalam keadaan terpaksa. Zon manja2 aku dah buang dalam perigi buta. (walaupun aku tahu, dia takkan baca entry aku ni. Peduli apa!) Haha...
KOMUNIKASI
Apa2 hubungan dalam dunia ni, komunikasi adalah tunjang utama. Dengan komunikasi yang baik, kita dapat melahirkan suasana yang harmoni. Bukan bermaksud semua hal kita kena cerita dengan teman rumah (kau ingat aku nak tahu sangat!). Tetapi apabila ada perkara yang memerlukan perhatian setiap isi rumah kita harus memandang ianya sebagai perkara yang penting. Ini kalau komunikasi pun failed, mana nak datangnya hubungan yang baik. Kalau bagi mesej, ikut selera nak balas ke tak, memang seperti mintak di baling telefon tu ke dinding. Tak apa! Boleh beli iPadkan? Balas mesej boyfriend laju kemain. Mesej kawan rumah, dibiar seperti donut basi! Selain tu, apabila sesuatu perkara seperti 'undang2' di dalam rumah sudah diingatkan banyak kali, take note la! Aku bukan saja2 nak buang air liur untuk bercerita dengan kau isu rumah selalu. Aku tahu, kau pun akan bosan jugak kalau aku duk ulang benda tu memanjang. Kalau tak tahu, bertanya. Tak ada salahnya. Fikir kau dah besar, bukan budak2 lagi. Kata dah ada kerja tetap! Contoh je! Wahaha...
KEBERSIHAN
Aku ni nak kata pembersih tahap kerlipan bintang di langit memang tak la. Tapi bila dah duduk menyewa ni, tolong2lah ajar diri untuk jadi pembersih. Tak gitu? Tak banyak, sikit jadilah. Demi menjaga hati teman serumah yang lain. Tambahan pulak kalau duduk sebilik. Kalau bilik lain2, ikut suka kau la nak macamana pun. Bila dah namanya sebilik dah tentulah berkongsi macam2. Kalau sebelum ni, di rumah kita dah biasa dengan suasana tonggang terbalik, apa salahnya di rumah sewa kita jadi sedikit pengemas. Bukan suruh mop lantai hari2. (menyapu pun tak pernah). Tapi didiklah diri untuk rajin mengupdate setiap yang kita guna. Contohnya pakaian. Pakaian yang dah kotor, janganlah dicampur dengan yang masih bersih. Sekiranya mahu dipakai semula, sangkutlah di ampaian. Sedap sikit mata memandang. Selain tu, rambut perempuan ni adalah mahkota. Kalau rasa ada mahkota yang dah gugur & beterbangan sesama sendiri, tolong2lah sapu atau kutip. Janganlah nak mengharapkan teman yang lain semata2. Nak kena halau dari rumah ke? Hehe..Selain kebersihan rumah, kebersihan diri pun kena jaga jugak cek oii. Mandilah 2x sehari paling kurang. Jangan kata tak ada effect pada kawan serumah lain. Ada kot! Contoh jer!wehehe..
KERJA RUMAH
Jangan jadikan alasan 'aku dilahirkan memang pemalas' sebagai alasan untuk kita ketepikan semua kerja rumah (sewa). Kau ingat, tuan rumah tu sediakan maid untuk kita ke? Kalau dekat rumah sendiri dah biasa ada maid yang tolong itu & ini, (kalau ada la) dekat rumah sewa tak macam tu sayang! Bila kau dah isytiharkan kau nak duduk menyewa, tanggungjawab di rumah sewa adalah tanggungjawab bersama. Bukannya suruh mop dinding seminggu sekali pun. Sekurang2nya, kalau tak ada buat apa tu, rajin2lah capai penyapu & sapu lantai yang sentiasa kita pijak tu. Tau pulak cakap bosan dekat rumah! Bosanlah dah tak tau buat mende. Selain tu, kalau teman2 rumah yang lain sedang memasak, apalah salahnya kita jenguk ke dapur & tanya sekiranya memerlukan pertolongan kita. Kalau kita memang sah2 tak pandai masak pun, sedap jugak orang lain dengar niat murni kita. Ini, bila makanan dah siap dimasak, baru tunjuk muka. Bila dah habis makan, sekiranya kita tak terlibat dengan hal memasak, galaslah tanggungjawab untuk mengemas & membasuh perlatan yang digunakan ketika memasak tadi. Basuh periuk belanga pun tak tahu? Selama ni kau tengok orang masak dalam labu sayong ke? Contoh jela.wink..wink..
HAK MILIK SENDIRI & BERSAMA
Bila kita tinggal serumah tak bermakna segala macam benda aneka bagai boleh kita share. Perlunya hormat barang orang lain sekiranya berniat untuk digunakan sama2. Rajin2lah ringankan mulut tu meminta izin sekiranya kita tahu, barang yang kita pakai tu memang sah2 bukan milik kita. Tak ada dalam perjanjian yang mengatakan bila dah tinggal sebumbung, 'hak kau hak aku jua'. No..no..no..masing2 dah bekerja, masing2 dah ada pendapatan sendiri. (gaji lagi tinggi dari aku kot). Bukan soal berkira, tapi soal menjaga harta benda orang lain. Aku ni bukan jenis berkira sangat. Gunalah barang aku sekiranya kau rasa nak guna. Tapi jangan jadikan kebaikan aku yang sikit ni sebagai lesen untuk kau buat sesuka hati dalam bilik/rumah tu. Kalau kita bermanis mulut dengan teman rumah sebelum menggunakan sesuatu barang, tak adanya dia nak kata 'tidak' sekali pun dia tak ikhlas. Tapi kita harus pandai membezakan yang mana hak kita, yang mana hak bersama. Kalau kita hormat barang orang lain, barang kita pun orang akan hormat. Sekiranya memang barang tu dah dicop sebagai hak bersama, kau gunalah sesuka hati. Tak ada sapa nak larang. Ini lumrah hidup menyewa. Gap tetap ada sekali pun kita rapat setahap carrot. Bimbang di kemudian hari timbul soal ungkit mengungkit. Contoh jugak ni!Haha..
SIKAP
Aku paling menyampah dengan orang yang di rumah karaktornya lain, di luar lain pulak sisi peribadinya. Contohnya kalau keluar bekerja/dating kemain make up bagai. Selalu menjaga penampilan dengan kasut yang vok! baju yang menyala! make up yang tebal berinci2! Kiranya sanggup berhabis demi menjaga penampilan di luar. Yelah, senang sikit nak bagi mat2 opis fewit..fewit dekat kau. Sanggup ketepikan hal yang lebih penting seperti makan & perbelanjaan yang lain. Kau dah bekerja bermakna kau dah ada tanggungjawab. Kita nak bergaya memang kita punya sukalah. Duit kita kan? Tapi tolonglah jangan ketepikan hal2 yang penting yang harus difikirkan berkaitan dengan hal di rumah sewa. Yang aku maksudkan dengan lain karaktor pulak bila di rumah, dah rupa emak beranak 6 je. Yelah, di rumah tak ada mat2 opis. Yang ada minah2 kuali. Apa kerlassss! Selain tu bila kita tinggal serumah, tolonglah jangan berbohong. Bohong sunat aku boleh terima lagi. Bohong yang akan terkantoi di kemudian hari yang aku cukup meluat! Kau ingat aku kisah sangat dengan kehidupan peribadi kau! Contoh jugak kali ni.Hehehe...
Haaa...clear sangat yang aku sedang menyampah dengan seseorang. Haha...aku dah tak pandai nak cover2 dalam hal ni. Rosak blog aku dengan kata2 'indah' yang aku tuliskan kali ni. Wahaha.. Tapi aku ni kira baik sikit la sebab tak pergi sembur face to face. Konon2 nak menjaga hati orang. Macam aku cakap tadi la, aku ni mudah kesiankan orang. Kalau aku marahkan seseorang tu, mulalah aku menyesal di kemudian minit. Sejam pun tak sampai tau. Itu kelemahan aku yang nyata! Aku ni dengan sapa2 pun aku tak kisah nak duduk or tinggal. Tapi aku tak boleh nak hidup dengan orang yang dengan aku lain sikapnya, dengan orang lain, lain pulak sikapnya. Yang mana satu engkau? Kau tak sempurna, aku pun tak sempurna. Kita sama2 kurang. Tapi aku buat baik dengan kau, apa salahnya kau buat baik dengan aku. Sikit pun aku hargai tau! >_<
Sudah..sudah..aku tak lalu nak duduk dalam zon 'merah' ni lama2. Sebenarnya tujuan aku menulis macam ni lebih kepada melepaskan tekanan yang aku simpan dalam hati ni. Bukan nak menghina, merendah atau menjatuhkan sesiapa. Sejujurnya aku tak simpan dalam hati, cuma bila perkara sama berulang, aku mula menyebut dekat mulut ni. Itu yang aku tak suka! Aku manusia biasa jugak. Tiba marah aku, aku jadi macam ni la. Tapi aku cuba cover balik dengan beristighfar. Aku anggap kau masih dalam proses belajar. Tapi janganlah sampai ke tua kau tak lepas2 'exam'nya ya! Arios!
~moga satu hari nanti, kau ketemu dengan teman serumah yang jauh lebih mulia dari aku~ (aku ni masak pun tak sedap. tu sebab kau sanggup makan dekat luar)..gurau jer!tata..titi..tutu..
assalamualaikum,
ReplyDeletesy pn turut rase situasi yg sama..at first mmg xnk bg org sewa same tp one of staff ni transfer from selangor to melaka..then tbe2 nk dok mnyewa..i thought die ok la..tp br bpe minggu ddk dh pndai ajak adik die duduk skali..and scra automatik mst la all the cost mningkat such as api, air tmasuk makanan i diorng ngap tanpa mintak izin..bkn nk bkira tp at least inform la dlu..and one thing yg i x suke dia bole mntk tlng bf die pasangkn mesin basuh, mse tu i blik dri keje tgk diorng bdua kt dapo..oo time tu rase mcm nk halau die on the spot..then die dtg kt i "sorry erk, lupe nk bgtau yg bf sy dtg hntr washer machine. hello, i yg dh btunang ni pn xpnh ajak tunang dtg ke rumah. eiiii...geram teramat2..bila ngadu kt tunang die suruh i cari rumah lain..for what? rumah tu i yg dpt dlu..xfaham dgn sikap manusia jenis ape ntah..xreti hormat housemate..suka suki bwk bf, adik, abg dtg kerumah. rumah tu dh mcm welfare house.huh..lega dpt luah kt sini..sorry buruk kn wall awk..
waa..lg teruk kes dr saya..xpe2..share pengalaman! ^^
Deletetapi skrg ni..DIA dah jd EX housemate!!!wink..wink..housemate lain dh x tahan..so, bersuara la..huhu...tp x stop dekat situ jer..babitkan family dia n sbgnya..tp kitorang wat x tahu je..anggap iklan semata2 :)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNe la kehidupan.. sma la kita... lumrah hidup d dunia.. tp kitorng dok serumah bukan sbb bekerja tpi belajar.. bru nk menuju menara gading.. bru dok sebulan da bnyk masalah.. maklummm.. hidup bersama org dri pelbagai latarbelakang yg berbeza.. tiada persefahaman punnn.. masing2 nk di faham.. huhuhu.. and than.. ada la seorg bdk housemate ne.. btl2 la tiada perasannn... sma sprti yg tuan punya blog ne ckp... make up.. mak nenek btl la.. punya la tebal klau kluar dri umah rapi,kemas n bersihhhh... tp klau dlm rumah plak..hahahah.. sgala galanya tk d kemas kn.. ermnnn.. pas tu.. smua bnda nk jdi hak milik dia.. terutamanya mknn.. da tau mknn org tp tk pndi jimat2x nk guna.. ermnn.. may be sya pn salah jugak.. sbb slalu story kisah idup sya d rumah .. ye la.. kat umah ada maid.. c ne pulak tiada.. so, kekok la sya nk buat keeja.. tu yg sya story cara idup sya at home spya merka fhm keadaan sya n blh trima sya tk pun bgi X-kius untk sya untk buat sgla kerja d rumah.. tp alhamdulillahhh.. skrng da pndi kemas n masak berkat bantuan kwn dri srawak ne.. thanks kamu ^_^.. tp sya arap yg sorg ne dpt berubah.. tk kn nk slama lmanya cm tu.. (tiap kli tgok muka dia,rsa skit aty jerr) tp.. sya just pndm dlm aty jgk.. sma sprti awak.. cepat kesian dgn org lain n mudah rasa bersalahhh.. prangai dia ne buat tk kesah jerr dgn smua perkara.. tu yg smua org dlm rumh ne tk suka dgn dia.. ermnn.. tk pe la.. arap dia dpt berubahhh..
ReplyDeletehehe..xpe2..setiap org ade penglaman masing2..kdg2 smua ni seronok jgk. at least kita dh ada pnglmn duduk menyewa dgn org lain selain family sndiri..so, boleh jd pnduan pd org lain. kita akan lebih kenal diri kita & kwn serumah kita. masing2 ada kekurangan. tp jgn jdkan kekurangan tu alsn utk tidak sling mmbantu.. :)
DeleteAssalamualaikum.. tumpang sikit.. nak tanya.. if kita dapt oan rumah sewa tu dulu... boleh tak kita yang tetapkan rule.. mcm jaga kebersihan sbb sama2 dduk.. means saya nk tahu cara dia.. patut sya talk ftf or sya tampal note je dekat setiap sudut.. mcm zaman2 sekolah rendah.. SILA SUSUN KASUT DI RAK.
ReplyDelete