-->
~CoretanSiPenaDaif~

..Pilih Mana Suka..

  • bola (1)
  • cerita ain (46)
  • cerpen (2)
  • cinta (18)
  • filem (1)
  • ilmu (1)
  • kata2 hikmah (2)
  • kecewa (4)
  • kekasih (1)
  • kereta (1)
  • kesihatan (3)
  • lagu (3)
  • langkawi (4)
  • lirik (2)
  • makan (3)
  • minat (1)
  • movie (1)
  • nasyid (1)
  • novel (5)
  • Novel : Segalanya Mungkin (36)
  • pandangan (10)
  • pengajaran (2)
  • pengalaman (21)
  • percutian (6)
  • perempuan (2)
  • perkongsian (21)
  • persoalan (3)
  • promot (17)
  • puisi (5)
  • ramadhan (6)
  • raya (6)
  • renungan (2)
  • resepi (19)
  • rindu (5)
  • rumahtangga (2)
  • sabah (2)
  • sahabat (4)
  • soal hati (5)
  • walimah (15)

~:: Perjalanan Seorang Muslimah (INDAH) ::~


Salam kecomelan penuh kerinduan buat semua pengunjung2 kedai kopi cik ain. Ya Allah, terlalu lama rasanya cik ain tak update blog. Alasan yang ada cuma satu >> masa sangat mencemburui cik ain...tewah33.. >___< Teramatlah rindu nak bermerepek di sini. Tapi merepek yang masih dalam kategori bertauliah yer..weee..yang pasti cik ain rindu tahap lemon dengan senyuman2 kalian. So, sebelum apa2 kasi sikit senyuman kalian pada cik ain yang ketandusan masa ni. Hoho... ^____^

Seperti biasa, cik ain tak pernah lupa untuk berdoa agar kalian semua sentiasa di bawah naunganNYA. Agar kalian terus-terusan mendapat rahmat & berkat dari yang Maha Esa atas setiap tindakan kalian dalam hidup seharian. Amin Ya Rabbal Alamin...

Topik kali ini tidaklah terlalu berat tetapi ianya sangat33 berguna pada cik ain sebagai penghayatan dalam hidup cik ain sebagai wanita yang dilahirkan berjantina perempuan + ISLAM. Jadi tidak ada salahnya jika kalian yang bergelar wanita juga turut sama2 fikirkan apa yang cuba cik ain sampaikan. Walaupun tidaklah sehebat insan lain di luar sana, cukuplah sekadar menambah ilmu di dada. Cik ain tak CERDIK tapi cik ain tak pernah putus asa mahu menambah ilmu dunia mahu pun akhirat. Semoga Allah s.w.t menyinari lorong2 cik ain dengan NUR NYA. >__<

Pernah kalian semua mendengar cerita pada zaman jahiliah bahawa anak perempuan akan dibunuh atas alasan mereka (anak perempuan) akan memalukan keluarga. Peristiwa ini terbukti dalam ayat Al-Quran yang berbunyi [ "kerana dosa apakah dia (anak perempuan) dibunuh (dikuburkan hidup-hidup)?" -Surah At-Takwir Ayat 9 ]. Kejam bukan? Hanya manusia yang tidak punya perasaan sanggup melakukan perkara hina seperti ini. Ya Allah...

Tanpa mereka sedari INDAH sekali kejadian sebagai seorang wanita/perempuan jika benar2 dipandang kewujudan itu dari sudut ISLAM. Mengapa? Bayangkan sahaja PERJALANAN hidup sebagai wanita sangat33 molek diatur PENCIPTA. Setelah membaca & meneliti serta berfikir, cik ain cuba aplikasikan kehidupan sebagai wanita sangat comel di mata Islam. Ayuh kita renung2kan bersama apa itu PERJALANAN yang dimaksudkan oleh cik ain tadi!


::BERMULA::


~1~ Lahir Sebagai Perempuan Islam

[ Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : "Setiap kelahiran (anak) itu mengikut fitrah (ibarat kain putih), & ibubapa merekalah (yang mencorakkannya) sama ada menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani." ]
Pointnya di sini, IBARAT KAIN PUTIH. Putih itu sendiri melambangkan kesucian bukan? Siapa yang tidak suka dengan kesucian. Malah tenang & sejuk hati memandangnya. Tidak kiralah kita dilahirkan sebagai bayi lelaki/perempuan. Tetapi inilah hebat & indahnya jika dipandang dari sudut Islam bukan dari pandangan jahiliah. Setelah itu barulah akan dicorakkan kain itu dengan pelbagai warna dunia. Bayangkan jika kita dilahirkan dalam agama lain. MasyaAllah...musnah hidup kita.


~2~ Menjadi Anak(perempuan) Yang Solehah

[ Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : "Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya & anak soleh yang mendoakan untuknya." -Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a- ]
ANAK SOLEH! Apabila kita dilahirkan sebagai anak perempuan Islam sudah semestinya agama menuntut kita menjadi seorang anak yang solehah. Bayangkan kalian, anak yang solehah boleh menjamin kebahagiaan ibubapanya di akhirat kelak. Hebatkan 'kuasa' anak solehah ini? Bagaimana mahu menjadi anak yang solehah? Ikutlah suruhanNYA, tinggallah laranganNYA. Susah? Memang susah jika kita tidak mahu mengubah diri kita menjadi yang lebih baik.


~3~ Belajar Hidup Sebagai Muslimah

[ Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : "Dunia ini adalah perhiasan, & sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah." -Hadith riwayat Muslim- ]
Ya Allah, seronok bukan bila diri kita sebagai wanita dianggap sebaik-baik hiasan. Kalah bunga-bungaan cantik atas dunia ni. Tetapi bukan sekadar wanita biasa. Dia mestilah menjadi seorang'wanita solehah'. Tidak dinafikan untuk menjadi wanita solehah bukan calang2 dugaannya. Terlalu banyak ujian yang akan kita terima tetapi ingatlah wahai semua, Allah s.w.t akan menguji hamba yang disayangiNYA. Sekali pun kita tidak layak mendapat gelaran itu cukuplah sekadar memperbaiki kekurangan yang sedia ada.


~4~ Jodoh Buat Wanita Islam

[ Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : "Apabila orang yang engkau redha agama & akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia. Jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi & kerosakan yang besar." ]
Sudah menjadi lumrah, setiap yang bernyawa itu pasti punya perasaan ingin disayangi. Bohong seandainya ditanya pada seseorang wanita adakah dia punya keinginan untuk berumahtangga jawapannya 'TIDAK'. Sudah pasti jawapannya 'YA'. Siapa tidak mahu dicintai & mencintai. Tetapi sedarlah wahai wanita, jadikan akhlak & agamanya sebagai syarat utama untuk dijadikan pemimpin kamu. Pastikan bakal suamimu itu tidak meninggalkan solat, pandai membaca al-quran dan mampu menjadi imam solatmu. Jangan biarkan alasan 'tidak tahu' menjadi penghalang kepada perubahan. Belajar! Belajar! Belajar! Indah sekali jika alam rumahtangga yang bakal dilayari itu bersama seorang suami yang indah AGAMA & AKHLAKnya. Sudah tentu kita juga menjadi semakin 'indah'.


~5~ Tugas Sebagai Isteri Solehah

[ Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : "Apabila seseorang isteri menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan, menjaga kehormatannya & taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan padanya : masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana sahaja yang kamu suka. -Hadith riwayat Ahmad-]
Lihatlah, Allah menjanjikan syurga untuk isteri solehah. Malah boleh memilih syurga mana yang mahu diduduki. Hebatkan menjadi isteri solehah? Tidak dapat kita nafikan dalam berumahtangga pasti ada onak & durinya (walaupun masih belum berkahwin contoh banyak depan mata >_<). Bagi yang sudah berumahtangga, jangan malas untuk mencari bahan2 ilmu yang mampu mendidik diri supaya berjaya menjadi isteri yang solehah. Bagi yang masih belum berumahtangga tidak ada khilaf langsung jika kamu berniat mahu menambah ilmu tentang alam rumahtangga yang bakal mendapat redha Allah s.w.t.


~6~ Kuasa Seorang Ibu

[ Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : "Bersungguh-sungguh dalam berbakti kepada ibumu, kerana sesungguhnya syurga itu berada di bawah kedua kakinya." ]
Apabila sudah berjaya masuk ke alam rumahtangga Allah tidak akan menghentikan rezeki kita hanya setakat itu. Antara rezeki yang terhebat dalam rumahtangga adalah dianugerahkan zuriat yang lahir dari kasih sayang kedua ibubapanya. Renung2kanlah betapa indahnya menjadi seorang ibu. Allah meletakkan syurga anak2nya di bawah tapak kaki si ibu itu. Dan sudah tentu seorang ibu adalah wanita >_<. Betapa besar hikmahnya menjadi seorang ibu. Tetapi sebagai ibu juga, kita haruslah memberikan didikan agama yang baik agar anak2 turut menjadi yang soleh/solehah.


~7~ Matinya Seorang Muslimah

[ Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : "Apabila seseorang isteri meninggal dunia & suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga." -Riwayat Tirmidzi & Ibn Majah-]
Subhanallah, Allah menjanjikan syurga untuk wanita sehingga saat kematiannya. Itulah hebatnya jika kita hidup sebagai wanita islam. Islam sentiasa mendidik manusia menjadi yang lebih baik. Sejak dilahirkan hingga sampai ke garisan terakhir dunia, Islam sentiasa memberi kelebihan kepada wanita/perempuan. Ingat! Bila kalian sudah tiada kelak & suami kalian pula meredhai diri kalian selama mana menjadi isterinya, SYURGAlah tempat kamu. Malah jika kamu dikurniakan anak2 yang soleh & solehah atas didikan kamu maka lebih banyak lagi ganjaran akan diberikan sekali pun nyawa sudah diambil Tuhan. ^___^


::BERAKHIR::


Adakah kalian nampak jelas kelebihan sebagai wanita/perempuan jika menempuh PERJALANAN sebagai MUSLIMAH? Ya, memang mudah berbicara tetapi sukar untuk melaksana. Tetapi Allah s.w.t sudah bukakan jalan seluas-luasnya untuk kita sama2 menimba ilmu yang berguna. Bukalah mata, bukalah minda! cik ain juga masih mahu menimba ilmu selagi diizinkan Tuhan. Sentiasa mendambakan bimbingan dari pemimpin yang SOLEH.




p/s : diri ini sentiasa berdoa agar dikurniakan seorang suami yang berAGAMA & berAKHLAK kerana masih terlalu banyak kekurangan yang memerlukan bimbingan darinya. juga sudah semestinya mengimpikan sebuah rumahtangga yang penuh barakah. ^______^


~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Thursday, February 02, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:AhLan WasAhLan:..

..:KePunYaAn EmPaYar:..

nurul ain haji jamli
24 april 1990
kuala kangsar, perak
penulis & blogger
dah jadi PUAN

kLik..kLik..

..:iMpiAn HatI:..

"Ya ALLAH, jaDikAn Aku WaNitA sOLehAh...yaNg bAik dI anTarA yAnG tErbAiK...kUrnIaKan jUgA PenDamPinG yAng BaIk daLam HiDupKu...baGi mEndApaTkAn SesUaTu YaNg TerBaIk dAri-Mu...aMin yA RaBb..."

..:pEcEbuK:..

Nurul Ain Haji Jamly

Create Your Badge

cE kOmE tRy bAce!!

  • ►  2013 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (8)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (6)
  • ▼  2012 (78)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ►  October (6)
    • ►  September (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (8)
    • ►  June (12)
    • ►  May (14)
    • ►  April (9)
    • ►  March (1)
    • ▼  February (6)
      • .....Buat Bakal Imamku.....
      • _^_^_ Saya Kecewa _^_^_
      • Mak Mertua Segera!!! Ermmm...
      • ~** Mak... Nak Tau Tak... **~
      • Mereka Kata... Dia.....
      • ~:: Perjalanan Seorang Muslimah (INDAH) ::~
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (79)
    • ►  December (7)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (7)
    • ►  August (32)
    • ►  June (7)
    • ►  May (6)

..:FoLLowErS:..

..:i foLLow u:..

  • Blog Cik Nurfarah
    HI 2025
  • Jia creatifelt
    Harry Potter Et Les Reliques De La Mort : 1ère Partie (2010) Watch Full Movie Streaming Online
  • Warong Makcik Senah
    Watch Clifton Hill 2019 Free Online
  • Kisah BudaxXx Montel ^^
    Watch Cardboard Boxer 2016 Free Online
  • Entirely Of Flaws
    Bank Indonesia Memberi Penghargaan Atas Pelaporan Uang Palsu
  • ♥cOraT cOret NusHA ♥
    TRAGEDI OKTOBER : Duit bagi tapi tak cukup!
  • TAMU JAJAKRAF
    NOTICE BOARD
  • ~BabyComel~ Hanya insan Biasa
    Suratan Takdir Gersang Kisah Si Curang
  • I CANT HEAR THE SILENT MELODIES
    Jual Obat Maximoz Peningkat Vitalitas, Stamina Dan Obat Ejakulasi Dini Di Sidoarjo
  • Nurhafizah ❤
    5 Tips Bagaimana Menjaga Fikiran Positif Setiap Hari
  • Wanita Melayu Akhir Zaman
    J-Pace SUV Review 2018
  • SaHaBaT BUKIT BOTAK
    Ninja : Genap 1 Tahun 4 Bulan
  • silenceaneesa ♥
    Langkah Memberi warna Baju Dengan Wantex supaya Sembuh Seperti Baru Lagi
  • Reading is the most relaxing moment. (I'm only eighteen)
    Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion 5
  • BILA KATA HATI MENULIS
    Terus Mencintaimu
  • Wardah Alisya
    8 tahun usia Wardah Alisya
  • Dazzi Lurzzi Official Blog
    Redha 2016 Movie Hack Full
  • ya allah kuatkan hati kami
    Obat herbal murah berkhasiat paling ampuh
  • oLd_sChOoL
    Selangor Juara Piala Malaysia, Kenduri Kahwin Member Lebih Penting
  • [ hujung peNa... papan kekuNci ]
    "Letihlah nak pikir duit..."
  • JoY AnD SoRrOw
    FiRsT eNtRy FoR tHiS yEaR
  • Anas Muallim
    Cuti yang panjang
  • segalanyamungkin
    BAKTI SISWA TERENGGANU (KAMPUNG SEBERANG TAKIR)
  • ! ~ Salam Ukhuwah ~ !
    Giveaway dan Lucky Draw
  • misyaain amna
    TANDA HIDUP TAK BERKAT
  • ^◕‿◕^
    UPDATE NEW STOCK ** MEN'S SHIRTS **
  • The Karl Nyzam™
    Erti Sebuah Kemaafan
  • col0ur ur life
    Tukar Lagi.
  • kami craft
    Pek Kombo Tona~~ Murah Gilaa~~~!!!
  • Abu HurairaH
  • My Life
    Hujung Minggu
  • ~~ ketulusan hati ~~
    Dia kekasih aTi Qu...
  • ♥ CATATAN SEORANG HAMBA ♥
    ♥ KISAH MAYAT MEMBACA SURAH YASSIN DI MEKAH ♥
  • maiza husna
  • PERCUTIAN TERINDAH
    PAKEJ 3HARI 2MALAM DI PANGKOR
  • ! .. ✿Ɖαʏα Ƭнɛ Ƨιϰтн✿ .. !
    Korean Fashion :)
  • Ibnu Sina ATC
    Sekitar Karnival Ekonomi Muslim
  • ~liFeminEswEEtsoUr~
  • Celoteh Deqyah Pegeon~
  • Triple L
  • JuZ a sImPLe guRL DiaRy
  • BerLARI ke LANGIT
  • ♥
  • Muni Izzah
  • ♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫•♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫• ♫•*¨*•.¸¸
  • vip eema..
  • Eimma
  • kedai mu
  • Hafiz Hamidun
  • Seek ONLY for MARDHOTILLAH
  • BLOG ALAN
  • ✿ Missz.Nana.Punyer.Cerita ✿
  • ..sEriKanDi isLaM..
  • *sUkA-suKi DunIakU*
  • hello !!!
Backgrounds & Flower Backgrounds
Powered by Blogger.