-->
~CoretanSiPenaDaif~

..Pilih Mana Suka..

  • bola (1)
  • cerita ain (46)
  • cerpen (2)
  • cinta (18)
  • filem (1)
  • ilmu (1)
  • kata2 hikmah (2)
  • kecewa (4)
  • kekasih (1)
  • kereta (1)
  • kesihatan (3)
  • lagu (3)
  • langkawi (4)
  • lirik (2)
  • makan (3)
  • minat (1)
  • movie (1)
  • nasyid (1)
  • novel (5)
  • Novel : Segalanya Mungkin (36)
  • pandangan (10)
  • pengajaran (2)
  • pengalaman (21)
  • percutian (6)
  • perempuan (2)
  • perkongsian (21)
  • persoalan (3)
  • promot (17)
  • puisi (5)
  • ramadhan (6)
  • raya (6)
  • renungan (2)
  • resepi (19)
  • rindu (5)
  • rumahtangga (2)
  • sabah (2)
  • sahabat (4)
  • soal hati (5)
  • walimah (15)

[ Di Sebalik Tahun Baru ~2012~ ]

 

Rasanya masih belum terlambat untuk kita ucapkan Selamat Tahun Baru (2012) kan?? Hoho...boleh la dari tak ada langsung. Tahun baru bermaksud kita juga masing2 sudah semakin dewasa bukan? Semoga dengan bertambahnya usia kita, semakin bertambahlah kebaikan yang kita dapat lakukan bersama. Amin Ya Rabb.. >_< Haa..bila sebut pasal TAHUN BARU apa yang akan terlintas dekat fikiran kalian??? Pada kita sendiri ada beberapa perkara yang SANGAT sinonim dengan TAHUN BARU. Yang INDAH ada yang SEMAK pun ada. Apa yang indah & apa yang semak tu mari sama2 kita selongkar & bongkar sampai bersepah...weee...


[ A.Z.A.M ]

INDAH - Jika AZAM itu diniatkan dengan hati yang IKHLAS. Yang mana bukan mulut sahaja melontarkan keAZAMan itu malah hati juga turut bersemangat & akan berusaha mencapai AZAM tersebut. Atau lebih tepat jika azam itu diselitkan dengan kesungguhan. Bukan hanya sekadar cakap2 kosong. AZAM juga harus betul dengan akidah kita agar ianya tidak terpesong dari landasan yang sebenar.

SEMAK - Jika AZAM itu direka/dibuat hanya sekadar menyedapkan telinga orang lain. Padahal diri sendiri TIDAK YAKIN sama ada mampu mencapai matlamat sebenar @ pun tidak. Jangan pula berAZAM perkara yang bukan2/kurang baik. Itu bukan AZAM namanya, itu zam2 ala kazam sebenarnya.


[ M.A.J.L.I.S ]

INDAH - Jika majlis/sambutan tahun baru itu diadakan dalam keadaan yang DIRAHMATI & DIBERKATI oleh ALLAH TAALA. Contohnya diadakan majlis2 ilmu di masjid/surau. Mengalunkan bacaan Yassin beramai2. Lebih indah dalam majlis itu diasingkan antara lelaki & perempuan. Tidak salah menyelitkan sedikit unsur hiburan tetapi hiburan yang berlandaskan syariat islam contohnya seperti persembahan nasyid, menyampaikan lagu2 bertemakan ketuhanan & seangkatan dengannya.

SEMAK - Jika mengadakan majlis/konsert yang nyata2 TERPESONG dari agama indah kita iaitu ISLAM. Seperti mengadakan konsert nyanyian yang mana menampilkan penyanyi yang tidak menutup aurat, penonton yang bercampur jantina, lagu2 yang melalaikan & lebih malang melupakan waktu solat ketika sedang asyik dalam majlis itu. (kecewa dengan komen seorang pemimpin di dalam MELODI 08/01/2012). Apabila bercampurnya jantina2 itu, tidak mustahil akan terhasilnya insan2 yang tak pernah diingini akan kehadiran mereka sebelum sampai waktunya.


[ N.O.M.B.O.R ]

INDAH - Jika kita menganggap dengan bertambahnya jumlah tahun itu semakin DEWASAlah kita. Walaupun nombor/angka itu tidak melambangkan apa2 (bagi saya) kita harus sedar bahawa diri kita semakin menginjak ke atas & bukannya ke bawah. Sentiasalah sematkan dalam diri bahawa bukan kita yang menunggu KEMATIAN, tetapi kematian itu sendiri memang sudah bersiap-sedia menuggu kedatangan kita. Jadi apabila kita sentiasa menghampiri saat2 itu sama2lah kita berusaha memperbaiki diri yang sentiasa kurang dengan rahmatNYA. Yang kurang baik, kita perbaiki. Yang sudah sedia baik, tambahbaikkan lagi.

SEMAK -  Jika kita mengatakan semakin bertambah jumlah tahun itu semakin MODENlah kita dengan arus dunia. Memang benar dunia kini semakin maju & moden. Tetapi sedarlah wahai kalian semua, semakin kita menghampiri kemodenan semakin rosak akhlak & akidah kita. Kerana kemodenan itu sendiri tidak berjaya direalisasikan pada jalan yang betul & tepat. Jadi jangan sesekali menganggap kemodenan itu sebagai satu kebanggaan pada diri kita. Tambahan pula kita lebih dilimpahi dengan ilmu dunia sehingga ilmu akhirat dipandang sedikit sepi. Nauzubillah.


[ U.C.A.P.A.N ]

INDAH - Jika bersempena dengan tahun baru ni dimulakan dengan KATA2 yang manis & indah. Sudah menjadi kewajipan bagi individu2 yang 'uptodate' menulis di wall facebook mereka (FB=diari) dengan ucapan2 tahun baru yang berbagai corak tetapi membawa maksud yang sama. Indah sekali jika kita dapat membaca ayat2 yang sopan & santun. Contohnya seperti, "Selamat Tahun Baru kepada semua. Agar ukhuwah kita berkekalan sehingga tahun2 yang akan datang hendakNYA." Molek tu kan? Sedap mata memandang sedap lagi hati merasainya. Begitu juga dengan lisan yang menuturkan ucapan2 seumpama ini. Biar berhemah lagaknya.

SEMAK - Jika menyemakkan wall FB kita dengan ucapan seperti MENYINDIR/MENGHINA sesuatu pihak yang lain. Contohnya seperti, "Aku harap tahun baru ni kau hilang terus la dari hidup aku." Sakit paru2 orang lain membacanya walaupun bukan diri dia yang dimaksudkan. Selain itu, jangan memulakan tahun baru dengan ucapan2 yang akan melemahkan semangat kita/orang lain. Contohnya, "Kehidupan yang aku lalui pada tahun lepas sangatlah malang. Janganlah malang itu terbawa-bawa sampai ke tahun ni. Rasa nak bunuh diri je." Haa...itu bukan sekadar tidak berazam tetapi seperti tidak redha dengan apa yang telah ALLAH TAALA kurniakan pada dirinya. Begitu juga dengan ucapan lisan. Jangan menyalahkan takdir jika kehidupan yang lalu tidak seperti yang kita harapkan.


[ P.E.R.U.B.A.H.A.N ]

INDAH - Jika perubahan itu ke arah KEBAIKAN. Tidak ada manusia yang sempurna. Tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan itu. Sekurang-kurangnya dengan perubahan yang sedikit dapat juga menampung kekurangan yang sentiasa ada. Berubahlah! Tidak kira untuk aspek apa pun. Mungkin KELUARGA, KERJA, IMPIAN, RUMAHTANGGA & yang paling penting DIRI SENDIRI (saya juga bukan manusia sempurna).

SEMAK - Jika perubahan itu lebih terarah kepada KEBURUKAN. Jiwa & naluri kita mudah digoda oleh NAFSU & perasaan. Jika gagal menjadi pengawal untuk diri kita sendiri, ke lembah hinalah jalan kita yang seterusnya. Setiap hari kita sendiri dihidangkan dengan macam2 'kerenah' dunia tidak kiralah di dalam akhbar, televisyen & sealiran dengannya. Jadi, gunakan akal & fikiran yang comel itu sebagai peta dalam tujuan kita menuju jannahNYA.


[ H.I.D.U.P ]

INDAH - Jika kita sama2 MENGHARGAI kehidupan yang telah ALLAH TAALA kurniakan kepada kita sehingga kita mampu untuk sampai ke tahun yang baru. Bukan mudah untuk sampai di sini jika tidak mempunyai kekuatan hati yang dalam. Hargailah apa adanya. Jika kehidupan kita pada tahun baru ini dimulakan dengan cerita sedih/duka/buruk, sentiasalah berfikir yang baik2 kerana setiap yang dihidupkan olehNYA pasti diiringi dengan UJIAN & DUGAAN. Tidak mustahil ALLAH TAALA iringkan kesedihan pada awalnya & diselitkan KEBAHAGIAAN dihujungnya. Sama2 teruskan USAHA & BERDOA. DIA pasti dapat mendengar.

SEMAK - Jika kita mengatakan bahawa kehidupan seterusnya tidak akan memberi apa2 erti lagi. Kita bukan PENCIPTA untuk menentukan segalanya. Ingatlah, DIA adalah sebaik-baik perancang. Jangan jadikan kesedihan/kekurangan/kelemahan yang lalu sebagai titik tolak dalam kehidupan baru ini kerana tanpa izinNYA kita tidak mungkin dapat bernafas lagi. Kita dicipta olehNYA di atas tujuan2. Bukan sekadar menghias alam semesta. HARGAIlah hidup kalian!



Pada kita 6 perkara ini sangat berkaitan dengan TAHUN BARU. Mungkin bagi kalian masih ada yang bersangkutan. Itu adalah hak masing2 sebagai hambaNYA yang mana dikurniakan akal & fikiran. Saya juga manusia lemah & kurang serba-serbi. ^_^


>>Imam Malik mengatakan, “Aku melihat Allah telah meletakkan cahaya dalam hatimu, kerana itu jangan kamu padamkan dengan kegelapan maksiat”<<

~WALLAHUA'LAM~





p/s : hati kembali bersemangat meng'update' blog apabila ada mulut2 yang mengatakan RINDU dengan tulisan kita >_< aja2 fighting!!! SELAMAT TAHUN BARU 2012 ~






~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Tuesday, January 10, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:AhLan WasAhLan:..

..:KePunYaAn EmPaYar:..

nurul ain haji jamli
24 april 1990
kuala kangsar, perak
penulis & blogger
dah jadi PUAN

kLik..kLik..

..:iMpiAn HatI:..

"Ya ALLAH, jaDikAn Aku WaNitA sOLehAh...yaNg bAik dI anTarA yAnG tErbAiK...kUrnIaKan jUgA PenDamPinG yAng BaIk daLam HiDupKu...baGi mEndApaTkAn SesUaTu YaNg TerBaIk dAri-Mu...aMin yA RaBb..."

..:pEcEbuK:..

Nurul Ain Haji Jamly

Create Your Badge

cE kOmE tRy bAce!!

  • ►  2013 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (8)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (6)
  • ▼  2012 (78)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ►  October (6)
    • ►  September (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (8)
    • ►  June (12)
    • ►  May (14)
    • ►  April (9)
    • ►  March (1)
    • ►  February (6)
    • ▼  January (1)
      • [ Di Sebalik Tahun Baru ~2012~ ]
  • ►  2011 (79)
    • ►  December (7)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (7)
    • ►  August (32)
    • ►  June (7)
    • ►  May (6)

..:FoLLowErS:..

..:i foLLow u:..

  • Blog Cik Nurfarah
    HI 2025
  • Jia creatifelt
    Harry Potter Et Les Reliques De La Mort : 1ère Partie (2010) Watch Full Movie Streaming Online
  • Warong Makcik Senah
    Watch Clifton Hill 2019 Free Online
  • Kisah BudaxXx Montel ^^
    Watch Cardboard Boxer 2016 Free Online
  • Entirely Of Flaws
    Bank Indonesia Memberi Penghargaan Atas Pelaporan Uang Palsu
  • ♥cOraT cOret NusHA ♥
    TRAGEDI OKTOBER : Duit bagi tapi tak cukup!
  • TAMU JAJAKRAF
    NOTICE BOARD
  • ~BabyComel~ Hanya insan Biasa
    Suratan Takdir Gersang Kisah Si Curang
  • I CANT HEAR THE SILENT MELODIES
    Jual Obat Maximoz Peningkat Vitalitas, Stamina Dan Obat Ejakulasi Dini Di Sidoarjo
  • Nurhafizah ❤
    5 Tips Bagaimana Menjaga Fikiran Positif Setiap Hari
  • Wanita Melayu Akhir Zaman
    J-Pace SUV Review 2018
  • SaHaBaT BUKIT BOTAK
    Ninja : Genap 1 Tahun 4 Bulan
  • silenceaneesa ♥
    Langkah Memberi warna Baju Dengan Wantex supaya Sembuh Seperti Baru Lagi
  • Reading is the most relaxing moment. (I'm only eighteen)
    Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion 5
  • BILA KATA HATI MENULIS
    Terus Mencintaimu
  • Wardah Alisya
    8 tahun usia Wardah Alisya
  • Dazzi Lurzzi Official Blog
    Redha 2016 Movie Hack Full
  • ya allah kuatkan hati kami
    Obat herbal murah berkhasiat paling ampuh
  • oLd_sChOoL
    Selangor Juara Piala Malaysia, Kenduri Kahwin Member Lebih Penting
  • [ hujung peNa... papan kekuNci ]
    "Letihlah nak pikir duit..."
  • JoY AnD SoRrOw
    FiRsT eNtRy FoR tHiS yEaR
  • Anas Muallim
    Cuti yang panjang
  • segalanyamungkin
    BAKTI SISWA TERENGGANU (KAMPUNG SEBERANG TAKIR)
  • ! ~ Salam Ukhuwah ~ !
    Giveaway dan Lucky Draw
  • misyaain amna
    TANDA HIDUP TAK BERKAT
  • ^◕‿◕^
    UPDATE NEW STOCK ** MEN'S SHIRTS **
  • The Karl Nyzam™
    Erti Sebuah Kemaafan
  • col0ur ur life
    Tukar Lagi.
  • kami craft
    Pek Kombo Tona~~ Murah Gilaa~~~!!!
  • Abu HurairaH
  • My Life
    Hujung Minggu
  • ~~ ketulusan hati ~~
    Dia kekasih aTi Qu...
  • ♥ CATATAN SEORANG HAMBA ♥
    ♥ KISAH MAYAT MEMBACA SURAH YASSIN DI MEKAH ♥
  • maiza husna
  • PERCUTIAN TERINDAH
    PAKEJ 3HARI 2MALAM DI PANGKOR
  • ! .. ✿Ɖαʏα Ƭнɛ Ƨιϰтн✿ .. !
    Korean Fashion :)
  • Ibnu Sina ATC
    Sekitar Karnival Ekonomi Muslim
  • ~liFeminEswEEtsoUr~
  • Celoteh Deqyah Pegeon~
  • Triple L
  • JuZ a sImPLe guRL DiaRy
  • BerLARI ke LANGIT
  • ♥
  • Muni Izzah
  • ♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫•♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫• ♫•*¨*•.¸¸
  • vip eema..
  • Eimma
  • kedai mu
  • Hafiz Hamidun
  • Seek ONLY for MARDHOTILLAH
  • BLOG ALAN
  • ✿ Missz.Nana.Punyer.Cerita ✿
  • ..sEriKanDi isLaM..
  • *sUkA-suKi DunIakU*
  • hello !!!
Backgrounds & Flower Backgrounds
Powered by Blogger.