-->
~CoretanSiPenaDaif~

..Pilih Mana Suka..

  • bola (1)
  • cerita ain (46)
  • cerpen (2)
  • cinta (18)
  • filem (1)
  • ilmu (1)
  • kata2 hikmah (2)
  • kecewa (4)
  • kekasih (1)
  • kereta (1)
  • kesihatan (3)
  • lagu (3)
  • langkawi (4)
  • lirik (2)
  • makan (3)
  • minat (1)
  • movie (1)
  • nasyid (1)
  • novel (5)
  • Novel : Segalanya Mungkin (36)
  • pandangan (10)
  • pengajaran (2)
  • pengalaman (21)
  • percutian (6)
  • perempuan (2)
  • perkongsian (21)
  • persoalan (3)
  • promot (17)
  • puisi (5)
  • ramadhan (6)
  • raya (6)
  • renungan (2)
  • resepi (19)
  • rindu (5)
  • rumahtangga (2)
  • sabah (2)
  • sahabat (4)
  • soal hati (5)
  • walimah (15)

..~ Kasih Ibu Penawar Duka ~..

 


Saat telinga dihidangkan dengan berita yang tidak pernah disangka, aku terpaku seketika. Khabarnya insan yang aku kenali itu kini terlantar di Hospital Kuala Lumpur. Ya, aku mengenali mereka sekeluarga. Ketika penghijrahan aku buat seketika di tanah Kuala Lumpur, aku tiada tempat bergantung. Dengan azam mahu melanjutkan pelajaran, aku kuatkan hati memijak bumi yang penuh dugaan kata mereka.

Dengan restu keluarga akhirnya aku hidup di sana. Kadangkala ketika aku keseorangan, merekalah tempat aku menumpang kasih dan berkongsi rasa. Walaupun kehidupan mereka sekeluarga tidaklah semewah mana, mereka tidak pernah mengatakan 'tidak' jika aku mahu menumpang di rumah mereka. Tidak akanku lupa saat-saat bersama mereka sekeluarga. 

Kini hampir satu tahun lebih aku meninggalkan tanah tempat aku menuntut ilmu itu. Ketika kaki melangkah keluar dari bumi Kuala Lumpur, aku berazam tidak mahu lagi menjejakkan kaki ke dunia yang penuh cabaran dan godaan itu. Tetapi siapa aku untuk menidakkan percaturan Illahi. Saat hati kian serasi di Pulau Pinang, diterbangkan satu berita yang sungguh dahsyat jangkaannya.

Kini seluruh wajah keluarga itu sering bermain-main difikiranku. Kaki amat berat untuk melangkah ke Kuala Lumpur, tetapi hati tidak akan tenteram selagi diri belum berada di sana. Semenjak dari terjadinya kemalangan jalan raya yang menimpa adik sahabatku ini, aku nekad untuk pergi ke sana sekali lagi. Hati bertambah pilu apabila perkhabaran demi perkhabaran yang kurang enak terus dibisikkan ke telingaku.

Demi kasih sayang yang pernah mereka berikan padaku, aku gagahkan jua kaki ini meredah perjalanan yang sangat jauh rasanya. Setibanya aku di sana, hati tidak dapat ditahan-tahan lagi mahu melihat adik yang kini masih tidak stabil kesihatannya. Ketika kaki melangkah satu persatu menuju ke wad yang telah diberitahu, hanya Allah yang tahu betapa gementarnya aku.

Ya! Aku semakin hampir. Allahuakbar! Betapa berat dugaan yang Engkau kirimkan buat keluarga ini. Saat mata mula melihat adik ini, air mata tidak dapat ditangguh dari mengalir. Dia pernah membantu aku mengendong beg galas, dia pernah berbual dengan aku sehingga dua pagi lewatnya, dia juga pernah menemani aku ketika aku tidak yakin dengan lorong-lorong di Kuala Lumpur.

Ya Allah...tidak aku duga begini sekali keadaannya. Aku terus membayangkan bagaimana jika aku berada di tempatnya. Dengan hanya terlantar di atas katil hospital yang sudah pasti tidak selesa bagi diri sendiri. Saat mata aku dialihkan tepat pada matanya, aku tahu betapa dia ingin bangun dan menyapa orang di sekeliling.

Aku meminta  ibunya menceritakan kisah sebenar di sebalik kejadiaan . Hati semakin sebak apabila melihat si ibu sedang sarat mengandung. Hanya menunggu masa untuk melahirkan. Ya Allah, kuat sekali semangat ibu itu. Jika aku ditempatnya, bolehkah aku menerima pelbagai dugaan berat ini dalam satu-satu masa. Seorang anak yang masih kritikal sedang terlantar di hadapan mata, satu nyawa di dalam perut sudah tidak sabar mahu melihat dunia.

Sekali pun keadaan si ibu tidak sekuat mana, dia masih mampu duduk setia di sisi anak yang sentiasa mengharapkan ibunya di depan mata. Tidak henti-henti si ibu memberikan kata-kata semangat buat si anak. Kadangkala tangan mereka bertaut mesra. Kagum sekali aku dengan semangat si ibu. Senyuman sentiasa bermain-main di bibir sedangkan hati hanya Allah yang dapat memahami.

Jelas sekali betapa hebatnya 'kuasa' ibu sebagai penyembuh luka. Saat diri dalam keadaan susah, selain Allah hanya ibu insan yang paling hampir dengan kita. Itulah sebab syurga kita di bawah telapak kaki ibu. Tetapi saat ibu kita di dalam kesusahan berapa ramai anak2 yang sanggup duduk rapat??? Tepuk dada tanya hati.

Rasa berat hati mahu melangkah pergi meninggalkan mereka sekeluarga yang sudah pasti bakal dihujani apa-apa sahaja berita baik mahu pun kurang baik. Tetapi aku sebagai insan yang masih mampu meneruskan hidup harus jua melangkah menuju destinasi yang seterusnya. Ya Allah, mahu sahaja aku memeluk kejap si ibu itu tadi agar kasih dan kerinduan terhadap ibuku sendiri sedikit terubat.

Dengan hati yang tidak pernah putus2 berdoa agar mereka sekeluarga dilindungi olehNya, aku pulang semula ke tempat asalku. Tetapi fikiran tidak akan pernah melupakan setiap detik yang terjadi di hadapan mataku ini. Ingatlah kamu semua, tanpa restu & doa ibu hidup kamu pasti lebih sukar keadaannya. Jangan samakan ibu kamu dengan insan lain di luar sana kerana setiap dari kita harus meletakkan ibu kita di tempat yang paling istimewa selepas Allah & Rasul.




p/s : cerita ini merupakan kisah benar...(kita takkan pernah berhenti berdoa untuk mereka sekeluarga)







~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Tuesday, December 20, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:AhLan WasAhLan:..

..:KePunYaAn EmPaYar:..

nurul ain haji jamli
24 april 1990
kuala kangsar, perak
penulis & blogger
dah jadi PUAN

kLik..kLik..

..:iMpiAn HatI:..

"Ya ALLAH, jaDikAn Aku WaNitA sOLehAh...yaNg bAik dI anTarA yAnG tErbAiK...kUrnIaKan jUgA PenDamPinG yAng BaIk daLam HiDupKu...baGi mEndApaTkAn SesUaTu YaNg TerBaIk dAri-Mu...aMin yA RaBb..."

..:pEcEbuK:..

Nurul Ain Haji Jamly

Create Your Badge

cE kOmE tRy bAce!!

  • ►  2013 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (8)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (6)
  • ►  2012 (78)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ►  October (6)
    • ►  September (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (8)
    • ►  June (12)
    • ►  May (14)
    • ►  April (9)
    • ►  March (1)
    • ►  February (6)
    • ►  January (1)
  • ▼  2011 (79)
    • ▼  December (7)
      • Perbualan Suami Isteri
      • ++ Makan Besar = Keluarga Besar ++
      • ^^tentang perasaanku^^
      • ..~T~E~R~A~S~A~H~A~T~I~..
      • "Inginku Jajahi Tanah Hatimu"
      • ..~ Kasih Ibu Penawar Duka ~..
      • ::Kenduri-Kendara Sampai Pengsan::
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (7)
    • ►  August (32)
    • ►  June (7)
    • ►  May (6)

..:FoLLowErS:..

..:i foLLow u:..

  • Blog Cik Nurfarah
    HI 2025
  • Jia creatifelt
    Harry Potter Et Les Reliques De La Mort : 1ère Partie (2010) Watch Full Movie Streaming Online
  • Warong Makcik Senah
    Watch Clifton Hill 2019 Free Online
  • Kisah BudaxXx Montel ^^
    Watch Cardboard Boxer 2016 Free Online
  • Entirely Of Flaws
    Bank Indonesia Memberi Penghargaan Atas Pelaporan Uang Palsu
  • ♥cOraT cOret NusHA ♥
    TRAGEDI OKTOBER : Duit bagi tapi tak cukup!
  • TAMU JAJAKRAF
    NOTICE BOARD
  • ~BabyComel~ Hanya insan Biasa
    Suratan Takdir Gersang Kisah Si Curang
  • I CANT HEAR THE SILENT MELODIES
    Jual Obat Maximoz Peningkat Vitalitas, Stamina Dan Obat Ejakulasi Dini Di Sidoarjo
  • Nurhafizah ❤
    5 Tips Bagaimana Menjaga Fikiran Positif Setiap Hari
  • Wanita Melayu Akhir Zaman
    J-Pace SUV Review 2018
  • SaHaBaT BUKIT BOTAK
    Ninja : Genap 1 Tahun 4 Bulan
  • silenceaneesa ♥
    Langkah Memberi warna Baju Dengan Wantex supaya Sembuh Seperti Baru Lagi
  • Reading is the most relaxing moment. (I'm only eighteen)
    Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion 5
  • BILA KATA HATI MENULIS
    Terus Mencintaimu
  • Wardah Alisya
    8 tahun usia Wardah Alisya
  • Dazzi Lurzzi Official Blog
    Redha 2016 Movie Hack Full
  • ya allah kuatkan hati kami
    Obat herbal murah berkhasiat paling ampuh
  • oLd_sChOoL
    Selangor Juara Piala Malaysia, Kenduri Kahwin Member Lebih Penting
  • [ hujung peNa... papan kekuNci ]
    "Letihlah nak pikir duit..."
  • JoY AnD SoRrOw
    FiRsT eNtRy FoR tHiS yEaR
  • Anas Muallim
    Cuti yang panjang
  • segalanyamungkin
    BAKTI SISWA TERENGGANU (KAMPUNG SEBERANG TAKIR)
  • ! ~ Salam Ukhuwah ~ !
    Giveaway dan Lucky Draw
  • misyaain amna
    TANDA HIDUP TAK BERKAT
  • ^◕‿◕^
    UPDATE NEW STOCK ** MEN'S SHIRTS **
  • The Karl Nyzam™
    Erti Sebuah Kemaafan
  • col0ur ur life
    Tukar Lagi.
  • kami craft
    Pek Kombo Tona~~ Murah Gilaa~~~!!!
  • Abu HurairaH
  • My Life
    Hujung Minggu
  • ~~ ketulusan hati ~~
    Dia kekasih aTi Qu...
  • ♥ CATATAN SEORANG HAMBA ♥
    ♥ KISAH MAYAT MEMBACA SURAH YASSIN DI MEKAH ♥
  • maiza husna
  • PERCUTIAN TERINDAH
    PAKEJ 3HARI 2MALAM DI PANGKOR
  • ! .. ✿Ɖαʏα Ƭнɛ Ƨιϰтн✿ .. !
    Korean Fashion :)
  • Ibnu Sina ATC
    Sekitar Karnival Ekonomi Muslim
  • ~liFeminEswEEtsoUr~
  • Celoteh Deqyah Pegeon~
  • Triple L
  • JuZ a sImPLe guRL DiaRy
  • BerLARI ke LANGIT
  • ♥
  • Muni Izzah
  • ♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫•♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫• ♫•*¨*•.¸¸
  • vip eema..
  • Eimma
  • kedai mu
  • Hafiz Hamidun
  • Seek ONLY for MARDHOTILLAH
  • BLOG ALAN
  • ✿ Missz.Nana.Punyer.Cerita ✿
  • ..sEriKanDi isLaM..
  • *sUkA-suKi DunIakU*
  • hello !!!
Backgrounds & Flower Backgrounds
Powered by Blogger.