Luas Sekali Jajahan Hati Yang Bakal Aku Takluki..
Bersama Sebaris Doa Serta Izin Dari Illahi..
Saat & Ketika Hati Mengatakan Ya!
Jiwa Juga Berlagu Ria...Naluri Pun Turut Merasainya..
Walaupun Bibir Pinjaman Di Atas Sana
Masih Belum Bisa Beriringan Dengan Ketiga-tiganya..
Sudah Menjadi Aturan,
Besar Jumlahnya, Dia Bakal Menjadi Juara..
Dengan Lafaz Semulia CiptaanNya
Kalah Jua Bibir Ini Dengan Rasa Hati Yang Kian Jelas
Dengan Arahnya..
Pelbagai Sangkaan Juga Mula Berlayar Bebas Di Fikiran Jiwa
Jangan Menidakkan Apa Yang Benar Pada Si Dia
Kerana Setiap Yang Bernyawa Punya Acuan Sendiri..
Yang Benar Katakan Saja
Yang Kurang Jangan Disembunyikan Di Sebalik Kalimah Cinta
Kerana Aku Mengenali Kamu Bukan Disebabkan Rasa Tetapi Jiwa
Atas Dasar Siapa Kamu
Bukan Siapa Aku Di Matamu..
Jangan Sesekali Merendahkan Keperibadianmu
Demi Menuntut Sejumlah Pengertian Dariku
Kerana Aku Mengenali Jiwamu Atas SuluhanNya..
Serendah Mana Pandangan Manusia2 Itu Terhadap Kamu
Bukan Panduan Buat Aku Meneruskan Jajahan..
Kerana Jiwa Yang Cuba Mencari Redha Illahi
Tidak Perlukan Peta Nukilan Duniawi..
Jangan Pernah Menegur
Apabila Kakiku Ini Sedikit Tersungkur
Kerana Aku Ingin Terus Belajar
Seteguh Mana Kawasan Hati Pentarbiah Ini..
Satu Pintaku!
Izinkan Secebis Hati Ini Melengkapi Peta Hatimu Itu
Atas Garis Panduan Selurus Jiwa
Yang Terkadang Lemah Dengan Bayangan Dusta..
p/s : setiap keindahan yang kita impi pasti diselitkan dengan dugaan terlebih dahulu. Sedikit @ banyak tidak perlu kita pertikaikan kerana Allah akan menguji hamba yang benar2 kuat menempuh ujianNYA...
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi:
Post a Comment