-->
~CoretanSiPenaDaif~

..Pilih Mana Suka..

  • bola (1)
  • cerita ain (46)
  • cerpen (2)
  • cinta (18)
  • filem (1)
  • ilmu (1)
  • kata2 hikmah (2)
  • kecewa (4)
  • kekasih (1)
  • kereta (1)
  • kesihatan (3)
  • lagu (3)
  • langkawi (4)
  • lirik (2)
  • makan (3)
  • minat (1)
  • movie (1)
  • nasyid (1)
  • novel (5)
  • Novel : Segalanya Mungkin (36)
  • pandangan (10)
  • pengajaran (2)
  • pengalaman (21)
  • percutian (6)
  • perempuan (2)
  • perkongsian (21)
  • persoalan (3)
  • promot (17)
  • puisi (5)
  • ramadhan (6)
  • raya (6)
  • renungan (2)
  • resepi (19)
  • rindu (5)
  • rumahtangga (2)
  • sabah (2)
  • sahabat (4)
  • soal hati (5)
  • walimah (15)

Perbualan Suami Isteri

 


abang : kenapa sayang pilih abang sebagai suami sayang??
sayang : abang rasa kenapa...?
abang : ermm...sebab mata abangkan? mata abangkan cantik..
sayang : mata? tak laa..mata abang biasa je..
abang : biasa je? urmm...haa...suka pipi abangkan?
sayang : pipi? lagi la jauh menyimpangnya...bukan gebu pun..
abang : tak gebu? ok..ok..sayang suka bibir abangkan? bibir abang seksi..kan2??
sayang : bibir? dekat mana la yang seksinya tu sayang pun tak tau...(tersenyum simpul)
abang : bukan jugak ke? dah tu apa yang special pada diri abang ni? (muka menjadi muram)
sayang : tak ada apa yang istimewa pun pada diri abang...
abang : sampai hati...(merajuk)
sayang : tapi sayang jatuh cinta dengan AGAMA abang...agama abang hanya layak dinilai oleh PENCIPTA..jadi sayang pilih abang keranaNYA..bukan kerana fizikal abang..
abang : subhanallah...(tangis syukur)


 Bagi golongan lelaki, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”

Bagi golongan wanita pula Rasulullah telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat menjaga kebajikan wanita.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.”



p/s : tepuk dada tanya iman >_< (credit to >> http://webblog.myjodoh.net )






~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Friday, December 30, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

++ Makan Besar = Keluarga Besar ++

 

Salam sejahtera kekanda & adinda semua. Weee...alhamdulillah...syukur ke hadrat Illah kerana masih diberi kekuatan untuk mencelikkan mata yang dah sangat33lah mengantok (tengok jam>>petang2 cam ni memang enak dapat berguling2 atas tikar getah...weee)

Weyh333...meh sini sat!! Nak bergosip sikit...anak2 arnab abang kita kena bunuh dengan mak kucing. Kejam giler! Sadis! 6 ekor sekali kata ko...adeyhhh...kasian bangatttt... =(

Wee...sempena dengan perayaan krismas jatuh pada hari ahad kita diberi cuti sampai hari isninkan? So, apa lagi...pulang ke kampung tercenta la (tak cuti 3 hari pun balik kampung jugak..akaka..) lagi pun adik-beradik yang lain pakat balik jugak. So, tak mau lepaskan peluang berjumpa beramai-ramai. Gosip sana! Gosip sini! ahaks...

Biasa la bila dah berkumpul ramai2 terasa macam nak buat satu program family. So, abang kita no.2 dengan murah hatinya nak belanja kami satu family makan dekat luar (bonus ler tewww >_<) TOCHE3!!!

So, ahad malamnya kami bertolak ke JUARA IKAN BAKAR, TAIPING, PERAK untuk me'ngaappp' di sana beramai-ramai. Sampai je dekat sana orang lain dah jeling2 sebab tengok kami ramai sangat. Kiranya bingit la kot..ekekeke..

So, tak mau ganggu orang lain menjamah selera, kitorang ambik satu bilik untuk satu family. Hope tak ganggu la orang luar nak menjamu selera. Karang tengok anak beranak Haji Jamli & Hajjah Jamaliah beraksi, mau tersedak dorang. Duduk bilik asing senang cerita. Nak berguling ke, nak melantak 5 pinggan ke tak de hal punya.

Malam tu lebih la 20 kepala keluarga kami jer. Kira tangan lebih 40 la..jari?? Kira sendirikkk...gagaga...tanpa membuang masa abang kita tanya nak order apa..huhhh...apa lagi masing2 mengeluarkan keinginan sendiri..akaka...

Akhirnya kata sepakat dicapai. MENUnya ialah >>ikan bakar, ikan masak tiga rasa, ayam kunyit, tomyam,daging paprik, telur bungkus, sayur campur, sayur kailan, fresh oren & laici yang tak berapa nak fresh!! Sikit je kan??? Waaaa...>_<

Tapi habis tau. Betapa kami menghargai orang yang membelanjakan wangnya ke jalan yang diredhai...ahaks...(abang no2 tengah kira2 guna kalkulator)..gagaga..

Siyes best giler. Ada yang bergambar, ada yang berebut-rebut lauk..huhu..Ada sorang 'pakcik' cakap, "jeles la tengok korang"...weee...kenyit mata sikit pakcik!! ^_*

Jom usha sikit gambar2 yang telah di'snap'. Don't worry! Next year InsyaAllah kita akan upah sorang 'JURUKAMERA' untuk follow setiap program family besar HJ & HJ (Haji Jamli & Hajjah Jamaliah)..wehehe..
















Taddaaa...kita masukkan sikit jela. Malas nak tunggu..lama sangat loadingnya..hohoho..

Ok. Jumpa kamu semua pada lain2 entry yarhh...papai...(hati berbunga2 nak balik kampung lagi walaupun orang kampung dah nak muntah tengok muka kita...gagaga)



p/s : sayangilah orang yang kamu sayang...kalau meke2 tu tak sayang kamu, kamu pun tak payah sayang meke2 tu...ahaks...>_<



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Friday, December 30, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

^^tentang perasaanku^^

 



Camat pagi semua...senyum sampai tinge sikit!!!weeeeee....just nak share satu lirik lagu yang telah membuatkan kita meroyan seketika >>> TERJUN ke bawah yukkk...


aku takkan lelah menunggu
hingga waktu ajal menjemputku
takkan pernah sesalku untuk menunggumu

aku harus tetap menunggu
hingga nanti aku berbaring
sampai mati aku akan tetap menunggumu

ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
ingin ku bagikan semua hanya untukmu
agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu

ku ingin kau tahu tentang perasaanku
ku ingin kau tahu besar cinta padamu
ingin ku berikan sisa waktuku
dan sisa hidupku sampai mati

aku harus tetap menunggu
hingga nanti aku berbaring
sampai mati aku akan tetap
akan tetap menunggumu

ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
ingin ku bagikan semua hanya untukmu
agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu



 Tak puas hati lagi??? Moh kiter teropong klip videonyer pulak...tapi tak puas hati betul la dengan model dier...jeles weyhhh....ekeke...





Waaa...bestkan?? Semalam saja dah dengar lebih dari 20kali...sampai wayar tepon jadi reput...akakaka...apa2 pun enjoy it!



p/s : korang bayang2kan je IRWANSYAH ni single mingle...baru ade feeling..weeee....(BOIKOT bini dier..lalala)



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Wednesday, December 28, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

..~T~E~R~A~S~A~H~A~T~I~..

 


Salam Selasa penuh barakah buat semua pengunjung2 kedai kopi kita ni...>_< Semoga hari ni lebih bermakna buat semua yang merasai kedatangannya. Amin Ya Rabb...

Apa2 perasaan pun ianya datang dari hati. HATI???



Bentuk hati memang macam ni ke? Jom kita scan hati kita cepat!!! Kalau betul macam ni...INDAHnyaaa...boleh guling2 atas lantai. Tapi semua ni PENTIPU jer... Kalau la hati yang tertanam dalam diri kita sama macam dekat atas ni, sangat simple & jelas jalan ceritanya... >_<

Korang pernah SAKIT HATI? TERASA HATI? KECEWA HATI? SUKA HATI? JATUH HATI? Sebelum jawab jom kita tengok definisi ayat2 di atas ni (definisi dari sudut pandangan peribadi).

SAKIT HATI : wujudnya perasaan marah pada sesuatu keadaan / seseorang yang kamu tidak boleh terima situasi itu sehingga menjadikan mood baik kamu terus hilang begitu sahaja
TERASA HATI : kamu rasa seolah-olah ingin menangis, membawa diri, sendirian & mungkin menjadi marah terhadap sesuatu keadaan / seseorang yang melakukan satu2 tindakan di luar jangkaan kamu
KECEWA HATI : kamu rasa ingin pergi jauh dari sesuatu / seseorang yang benar2 meragut kepercayaan kamu terhadapnya selama ini sehingga sudah tidak ada kekuatan untuk berpatah balik
SUKA HATI : rasa seronok @ tenang dengan sesuatu keadaan yang mana kepala terasa lapang memikirkan hal itu
JATUH HATI : perasaan yang sangat indah umpama kamu menguasai seluruh dunia. terbitnya perasaan terpaku @ terpikat pada sesuatu / seseorang yang mana jika memikirkan keadaan itu senyuman tidak pernah lekang di bibir kamu

Complicatedkan hati kita ni? Kenapa perlu ada semua rasa tu? Kenapa tak wujudkan satu rasa je? Kan senang! Kalau kita, kita pilih nak SUKA HATI jela... Tapi korang boleh bayang tak, ada sorang hamba Allah datang dekat kita & dia cakap, "saya nak rompak awak!" Haaa...kalau kita ada perasaan SUKA HATI je jawabnya senyum jela bila perompak datang menculik yer?? Hahaha...

Nampak tak betapa MOLEKnya aturan Tuhan bukan? Siapa yang nak TERASA HATI? Kita tak nak cerita soal penyakit hati yang lain kerana perasaan TERASA HATI tu baru je singgah dalam diri kita ni. Tapi kita tak biarkan dia menapak terlalu lama kerana ia merupakan penyakit hati yang boleh menjadi KRONIK!

Setiap manusia atas muka bumi ni pasti pernah merasa perasaan ni kan? HEBAT sangatlah dia kalau tak pernah TERASA HATI. Kadang2 hati ni tak kuat nak terima apa2 cerita/berita/kisah/sebagainya tanpa bersedianya minda kita.

Kadang2 hati mudah goyah dengan tanggapan pertama sehingga menjadikan kita mudah TERASA HATI. Orang cakap terapkan sikap PERCAYA dalam diri kita. InsyaAllah kita takkan mudah TERASA HATI. Tapi entah kenapa kali ni rasa lemah sangat.

Kita bukan nak mengadu domba tetapi hanya berkongsi rasa supaya masing2 dapat menjaga hati dari perasaan kurang elok ni. Tak baik untuk tong besaran >_< ekekeke...

Bercakap soal PERCAYA...korang2 yang dah ada pasangan ni berapa peratus kepercayaan yang korang letakkan pada pasangan korang? Tak kiralah suami ke, tunang ke, kayu balak ke...100%? 99%? 50%? Ke 0%? Haaa...itu terserah dekat korang laa...masing2 ada reasons sendirikan kenapa korang tempek banyak tu kepercayaan korang pada pasangan sendiri.

Kita?? Ada pasangan ke? Angan2 banyak...hahaha..tapi konon2 la kalau kita ada pasangankan...ecececeeee...ehem3..semua sila ambil perhatian!!! Bukan senang tuan kedai nak citer kisah PERIBADI...ahaks...

KALAU kita ada pasangan kita tetap akan selitkan sedikit tanggapan buruk pada dia sebab kita tak suka letakkan 100% tanggapan baik pada dia. Bukan sebab apa, kadang2 kita takut tanggapan baik 100% ni akan menenggelamkan keburukan yang sikit tu. Keburukan tetap keburukan beb...

Tapi kita jadikan tanggapan yang baik itu sebagai alas untuk tanggapan yang buruk tu. Faham tak? Tak faham sila angkat kening..wee... Tapi sikap kita yang agak KRONIK sikit ialah akan menyerahkan sepenuh kepercayaan pada pasangan. Kita ni bukan seorang yang senang nak percaya orang 100%...sekali kepercayaan kita dipermainkan, mintak maaf dekat sultan pun kita susah nak berikan kepercayaan untuk kedua kali...wehehehe..

Cuma kita nak pesan pada bakal pasangan kita (gelak guling2... >_<) jangan persiakan KEPERCAYAAN kita sebabnya bila kita dah mula TERASA HATI, susah sikit  nak sembuh kembali selain si dia makan pelempang cap cicak tokek...dush33..

Hati kita ni simple. Jangan cuba nak buat dia tersimpul! Weee...





p/s : iklan semata-mata...ahaks...>_<







~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Tuesday, December 27, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

"Inginku Jajahi Tanah Hatimu"

 


Luas Sekali Jajahan Hati Yang Bakal Aku Takluki..
Bersama Sebaris Doa Serta Izin Dari Illahi..

Saat & Ketika Hati Mengatakan Ya!
Jiwa Juga Berlagu Ria...Naluri Pun Turut Merasainya..

Walaupun Bibir Pinjaman Di Atas Sana
Masih Belum Bisa Beriringan Dengan Ketiga-tiganya..
Sudah Menjadi Aturan,
Besar Jumlahnya, Dia Bakal Menjadi Juara..

Dengan Lafaz Semulia CiptaanNya
Kalah Jua Bibir Ini Dengan Rasa Hati Yang Kian Jelas
Dengan Arahnya..

Pelbagai Sangkaan Juga Mula Berlayar Bebas Di Fikiran Jiwa
 Jangan Menidakkan Apa Yang Benar Pada Si Dia
Kerana Setiap Yang Bernyawa Punya Acuan Sendiri..


Yang Benar Katakan Saja
Yang Kurang Jangan Disembunyikan Di Sebalik Kalimah Cinta
Kerana Aku Mengenali Kamu Bukan Disebabkan Rasa Tetapi Jiwa

Benarkan Aku Mengembara Di Tanah Hatimu
Atas Dasar Siapa Kamu
Bukan Siapa Aku Di Matamu..

Jangan Sesekali Merendahkan Keperibadianmu
Demi Menuntut Sejumlah Pengertian Dariku
Kerana Aku Mengenali Jiwamu Atas SuluhanNya..


Serendah Mana Pandangan Manusia2 Itu Terhadap Kamu
Bukan Panduan Buat Aku Meneruskan Jajahan..
Kerana Jiwa Yang Cuba Mencari Redha Illahi
Tidak Perlukan Peta Nukilan Duniawi..


Jangan Pernah Menegur 
Apabila Kakiku Ini Sedikit Tersungkur
Kerana Aku Ingin Terus Belajar
Seteguh Mana Kawasan Hati Pentarbiah Ini..

Satu Pintaku!
Izinkan Secebis Hati Ini Melengkapi Peta Hatimu Itu
Atas Garis Panduan Selurus Jiwa
Yang Terkadang Lemah Dengan Bayangan Dusta..





p/s : setiap keindahan yang kita impi pasti diselitkan dengan dugaan terlebih dahulu. Sedikit @ banyak tidak perlu kita pertikaikan kerana Allah akan menguji hamba yang benar2 kuat menempuh ujianNYA...










~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Thursday, December 22, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

..~ Kasih Ibu Penawar Duka ~..

 


Saat telinga dihidangkan dengan berita yang tidak pernah disangka, aku terpaku seketika. Khabarnya insan yang aku kenali itu kini terlantar di Hospital Kuala Lumpur. Ya, aku mengenali mereka sekeluarga. Ketika penghijrahan aku buat seketika di tanah Kuala Lumpur, aku tiada tempat bergantung. Dengan azam mahu melanjutkan pelajaran, aku kuatkan hati memijak bumi yang penuh dugaan kata mereka.

Dengan restu keluarga akhirnya aku hidup di sana. Kadangkala ketika aku keseorangan, merekalah tempat aku menumpang kasih dan berkongsi rasa. Walaupun kehidupan mereka sekeluarga tidaklah semewah mana, mereka tidak pernah mengatakan 'tidak' jika aku mahu menumpang di rumah mereka. Tidak akanku lupa saat-saat bersama mereka sekeluarga. 

Kini hampir satu tahun lebih aku meninggalkan tanah tempat aku menuntut ilmu itu. Ketika kaki melangkah keluar dari bumi Kuala Lumpur, aku berazam tidak mahu lagi menjejakkan kaki ke dunia yang penuh cabaran dan godaan itu. Tetapi siapa aku untuk menidakkan percaturan Illahi. Saat hati kian serasi di Pulau Pinang, diterbangkan satu berita yang sungguh dahsyat jangkaannya.

Kini seluruh wajah keluarga itu sering bermain-main difikiranku. Kaki amat berat untuk melangkah ke Kuala Lumpur, tetapi hati tidak akan tenteram selagi diri belum berada di sana. Semenjak dari terjadinya kemalangan jalan raya yang menimpa adik sahabatku ini, aku nekad untuk pergi ke sana sekali lagi. Hati bertambah pilu apabila perkhabaran demi perkhabaran yang kurang enak terus dibisikkan ke telingaku.

Demi kasih sayang yang pernah mereka berikan padaku, aku gagahkan jua kaki ini meredah perjalanan yang sangat jauh rasanya. Setibanya aku di sana, hati tidak dapat ditahan-tahan lagi mahu melihat adik yang kini masih tidak stabil kesihatannya. Ketika kaki melangkah satu persatu menuju ke wad yang telah diberitahu, hanya Allah yang tahu betapa gementarnya aku.

Ya! Aku semakin hampir. Allahuakbar! Betapa berat dugaan yang Engkau kirimkan buat keluarga ini. Saat mata mula melihat adik ini, air mata tidak dapat ditangguh dari mengalir. Dia pernah membantu aku mengendong beg galas, dia pernah berbual dengan aku sehingga dua pagi lewatnya, dia juga pernah menemani aku ketika aku tidak yakin dengan lorong-lorong di Kuala Lumpur.

Ya Allah...tidak aku duga begini sekali keadaannya. Aku terus membayangkan bagaimana jika aku berada di tempatnya. Dengan hanya terlantar di atas katil hospital yang sudah pasti tidak selesa bagi diri sendiri. Saat mata aku dialihkan tepat pada matanya, aku tahu betapa dia ingin bangun dan menyapa orang di sekeliling.

Aku meminta  ibunya menceritakan kisah sebenar di sebalik kejadiaan . Hati semakin sebak apabila melihat si ibu sedang sarat mengandung. Hanya menunggu masa untuk melahirkan. Ya Allah, kuat sekali semangat ibu itu. Jika aku ditempatnya, bolehkah aku menerima pelbagai dugaan berat ini dalam satu-satu masa. Seorang anak yang masih kritikal sedang terlantar di hadapan mata, satu nyawa di dalam perut sudah tidak sabar mahu melihat dunia.

Sekali pun keadaan si ibu tidak sekuat mana, dia masih mampu duduk setia di sisi anak yang sentiasa mengharapkan ibunya di depan mata. Tidak henti-henti si ibu memberikan kata-kata semangat buat si anak. Kadangkala tangan mereka bertaut mesra. Kagum sekali aku dengan semangat si ibu. Senyuman sentiasa bermain-main di bibir sedangkan hati hanya Allah yang dapat memahami.

Jelas sekali betapa hebatnya 'kuasa' ibu sebagai penyembuh luka. Saat diri dalam keadaan susah, selain Allah hanya ibu insan yang paling hampir dengan kita. Itulah sebab syurga kita di bawah telapak kaki ibu. Tetapi saat ibu kita di dalam kesusahan berapa ramai anak2 yang sanggup duduk rapat??? Tepuk dada tanya hati.

Rasa berat hati mahu melangkah pergi meninggalkan mereka sekeluarga yang sudah pasti bakal dihujani apa-apa sahaja berita baik mahu pun kurang baik. Tetapi aku sebagai insan yang masih mampu meneruskan hidup harus jua melangkah menuju destinasi yang seterusnya. Ya Allah, mahu sahaja aku memeluk kejap si ibu itu tadi agar kasih dan kerinduan terhadap ibuku sendiri sedikit terubat.

Dengan hati yang tidak pernah putus2 berdoa agar mereka sekeluarga dilindungi olehNya, aku pulang semula ke tempat asalku. Tetapi fikiran tidak akan pernah melupakan setiap detik yang terjadi di hadapan mataku ini. Ingatlah kamu semua, tanpa restu & doa ibu hidup kamu pasti lebih sukar keadaannya. Jangan samakan ibu kamu dengan insan lain di luar sana kerana setiap dari kita harus meletakkan ibu kita di tempat yang paling istimewa selepas Allah & Rasul.




p/s : cerita ini merupakan kisah benar...(kita takkan pernah berhenti berdoa untuk mereka sekeluarga)







~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Tuesday, December 20, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

::Kenduri-Kendara Sampai Pengsan::

 

Subhanallah...lama giler kita tak menjenguk kedai kopi ni. Ya ampun...Kelesom..!!!! Ke mana kamu haa?? Udah kita pesan suruh bukak kedai tapi entah ke mana hilangnya. Adeyhhh...

 Semenjak 2 menjak 3 menjak ni kenduri penuh satu kampung. Tak sempat nak membukak kedai ni. Harapkan pekerja jela. Tapi udoh lesap ke mana nun... apa2 pun kita nak tanya mengkome semua sihat ke? Ke masih belum habis kenyang makan lauk kenduri?? Ahaks...

MasyaAllah...sekarang ni memang musim orang mendirikan masjid ye dok? Ke hulu ada kenduri, ke hilir pun ada kenduri... Sapa yang untong? Kita semua lerr...sebabnya tak payah memasak di rumah. Ekeke...weyh3...tapi kalau orang tak jemput jangan la pegi. Buruk beno pangenyer...weee...

Lagi pun sekarang ni tengah sibuk menggodek-godek 'anak sulung' sebelum dia disambar untuk diproses. Ekeke...alhamdulillah...akhirnya selesai jugak semua urusan berkaitan 'anak sulung' kita ni >_<

Aishhh...bukan pasal ni kita nak mori2 kat korang...kita nak share pasal kenduri kahwin. Siapakah?? Sahabat kita la...agak lambat sebenarnya update pasal ni. Tapi tak apa laa...kita tampal jugak la dekat dinding kedai ni. Kedai sapa? Kedai kita!!! Kalau tak suka silalah menangis...weee...

Tak mau merepek banyak sangat sebab kepala dah agak pusing2, kita masukkan sikit2 gambar sekitar walimah Kak Tipah & suaminya ni. Cik somi kita mana??? Tidur dalam store...ahaks... Jom terjun dalam sungai beramai-ramai...

K.Tipah & Incek Somi

Gold gituu...

tumpang sekaki la kome..weee..

ehem3..mana tau kot berjangkit..ahaks..

dalam rumah c pengantin...




Mabruk!!! Sonok dua ronok tengok sahabat2 kita berjaya mendirikan masjid yang indah lagi harmoni. Semoga Kak Tipah & suami kekal hingga hujung nyawa serta dikurniakan anak2 yang soleh & solehah.

Kita bila lagi??? Cik somi tak kua2 dari store lagi derrr....weee....



p/s : andai kamu tidak yakin dia adalah untuk kamu, minta petunjuk dariNYA. andai kamu temui jawapan, teruskan dengan sebaik2 cara. Amin Ya Rabb....(doakan perjalanan kita ke Kuala Lumpur hari ni selamat & dirahmati) >_< nak jumpa kawan2 lama...!!!!!





~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Friday, December 16, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi
Subscribe to: Posts (Atom)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:AhLan WasAhLan:..

..:KePunYaAn EmPaYar:..

nurul ain haji jamli
24 april 1990
kuala kangsar, perak
penulis & blogger
dah jadi PUAN

kLik..kLik..

..:iMpiAn HatI:..

"Ya ALLAH, jaDikAn Aku WaNitA sOLehAh...yaNg bAik dI anTarA yAnG tErbAiK...kUrnIaKan jUgA PenDamPinG yAng BaIk daLam HiDupKu...baGi mEndApaTkAn SesUaTu YaNg TerBaIk dAri-Mu...aMin yA RaBb..."

..:pEcEbuK:..

Nurul Ain Haji Jamly

Create Your Badge

cE kOmE tRy bAce!!

  • ►  2013 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (8)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (6)
  • ►  2012 (78)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ►  October (6)
    • ►  September (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (8)
    • ►  June (12)
    • ►  May (14)
    • ►  April (9)
    • ►  March (1)
    • ►  February (6)
    • ►  January (1)
  • ▼  2011 (79)
    • ▼  December (7)
      • Perbualan Suami Isteri
      • ++ Makan Besar = Keluarga Besar ++
      • ^^tentang perasaanku^^
      • ..~T~E~R~A~S~A~H~A~T~I~..
      • "Inginku Jajahi Tanah Hatimu"
      • ..~ Kasih Ibu Penawar Duka ~..
      • ::Kenduri-Kendara Sampai Pengsan::
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (7)
    • ►  August (32)
    • ►  June (7)
    • ►  May (6)

..:FoLLowErS:..

..:i foLLow u:..

  • Blog Cik Nurfarah
    HI 2025
  • Jia creatifelt
    Harry Potter Et Les Reliques De La Mort : 1ère Partie (2010) Watch Full Movie Streaming Online
  • Warong Makcik Senah
    Watch Clifton Hill 2019 Free Online
  • Kisah BudaxXx Montel ^^
    Watch Cardboard Boxer 2016 Free Online
  • Entirely Of Flaws
    Bank Indonesia Memberi Penghargaan Atas Pelaporan Uang Palsu
  • ♥cOraT cOret NusHA ♥
    TRAGEDI OKTOBER : Duit bagi tapi tak cukup!
  • TAMU JAJAKRAF
    NOTICE BOARD
  • ~BabyComel~ Hanya insan Biasa
    Suratan Takdir Gersang Kisah Si Curang
  • I CANT HEAR THE SILENT MELODIES
    Jual Obat Maximoz Peningkat Vitalitas, Stamina Dan Obat Ejakulasi Dini Di Sidoarjo
  • Nurhafizah ❤
    5 Tips Bagaimana Menjaga Fikiran Positif Setiap Hari
  • Wanita Melayu Akhir Zaman
    J-Pace SUV Review 2018
  • SaHaBaT BUKIT BOTAK
    Ninja : Genap 1 Tahun 4 Bulan
  • silenceaneesa ♥
    Langkah Memberi warna Baju Dengan Wantex supaya Sembuh Seperti Baru Lagi
  • Reading is the most relaxing moment. (I'm only eighteen)
    Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion 5
  • BILA KATA HATI MENULIS
    Terus Mencintaimu
  • Wardah Alisya
    8 tahun usia Wardah Alisya
  • Dazzi Lurzzi Official Blog
    Redha 2016 Movie Hack Full
  • ya allah kuatkan hati kami
    Obat herbal murah berkhasiat paling ampuh
  • oLd_sChOoL
    Selangor Juara Piala Malaysia, Kenduri Kahwin Member Lebih Penting
  • [ hujung peNa... papan kekuNci ]
    "Letihlah nak pikir duit..."
  • JoY AnD SoRrOw
    FiRsT eNtRy FoR tHiS yEaR
  • Anas Muallim
    Cuti yang panjang
  • segalanyamungkin
    BAKTI SISWA TERENGGANU (KAMPUNG SEBERANG TAKIR)
  • ! ~ Salam Ukhuwah ~ !
    Giveaway dan Lucky Draw
  • misyaain amna
    TANDA HIDUP TAK BERKAT
  • ^◕‿◕^
    UPDATE NEW STOCK ** MEN'S SHIRTS **
  • The Karl Nyzam™
    Erti Sebuah Kemaafan
  • col0ur ur life
    Tukar Lagi.
  • kami craft
    Pek Kombo Tona~~ Murah Gilaa~~~!!!
  • Abu HurairaH
  • My Life
    Hujung Minggu
  • ~~ ketulusan hati ~~
    Dia kekasih aTi Qu...
  • ♥ CATATAN SEORANG HAMBA ♥
    ♥ KISAH MAYAT MEMBACA SURAH YASSIN DI MEKAH ♥
  • maiza husna
  • PERCUTIAN TERINDAH
    PAKEJ 3HARI 2MALAM DI PANGKOR
  • ! .. ✿Ɖαʏα Ƭнɛ Ƨιϰтн✿ .. !
    Korean Fashion :)
  • Ibnu Sina ATC
    Sekitar Karnival Ekonomi Muslim
  • ~liFeminEswEEtsoUr~
  • Celoteh Deqyah Pegeon~
  • Triple L
  • JuZ a sImPLe guRL DiaRy
  • BerLARI ke LANGIT
  • ♥
  • Muni Izzah
  • ♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫•♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫• ♫•*¨*•.¸¸
  • vip eema..
  • Eimma
  • kedai mu
  • Hafiz Hamidun
  • Seek ONLY for MARDHOTILLAH
  • BLOG ALAN
  • ✿ Missz.Nana.Punyer.Cerita ✿
  • ..sEriKanDi isLaM..
  • *sUkA-suKi DunIakU*
  • hello !!!
Backgrounds & Flower Backgrounds
Powered by Blogger.