Selamat pagi semua...salam Jumaat penuh berkat buat si pengunjung2 yang tak jemu2 minum kopi kat warung kita ni. Aishh,
KIASAN JIWA apa pulak ni?? Bukan nak jiwang2 di pagi yang indah ni ya. Cuma kali ni kita nak kumpul koleksi kata2 yang sering kita tempekkan dalam
FB kita. INGAT!!! Semua ayat ni kita created sendiri tau. Bukan copy teh tarik dari mana2 syarikat SDN BHD. Weeee... Kita terfikir nak buat macam ni sebab nak jadikan kenang2an buat kita sendiri. Bila dah tergantung dalam CORETANSIPENADAIF ni, sekali dua kali boleh la kita baca balik apa yang pernah kita create. Lalala... Tanpa merapu meraban lebih banyak dan buat kalian lari 100meter dari kedai kopi kita ni, jom kita jenguk2 ke bawah... tadaaaaa... ^_^
“Bila kita tahu betapa susahnya belajar tentang sesuatu, baru kita akan faham apa erti kepuasan yang sebenar”
“Kelawar yang hebat = batMAN
labah2 yang hebat = spiderMAN
cicak yang hebat = cicakMAN
lelaki yang hebat = superMAN
perempuan yang hebat = superwoMAN
MANUSIA yang benar2 HEBAT = beriMAN”
“Jangan mengharap pada yg tak sudi, jangan pandang sepi pada yang mengerti”
“Tak semua kata2 itu benar
tak semua janji akan dikotakan
tak semua impian akan dipenuhi
tapi percayalah setiap doa kita akan didengari”
“Tak salah andai pandangan itu dari pemikiran, tapi jangan dari perasaan”
“tanpa KAWAN2 kita kesunyian
tanpa IBUBAPA kita kekosongan
tanpa PASANGAN kita sendirian
tanpa IMAN kita hilang pedoman
tanpa ILLAHI takkan datang kehidupan”
“Yang indah di mata tak menjanjikan apa2”
“Tak semestinya SAYANG dibalas SAYANG
tak semestinya BENCI dibalas BENCI
tapi yakinlah andai diberi UJIAN pasti dibalas HIKMAH”
“Kalau kamu tak menarik, katakan kamu terbaik”
“Cantik luaran antara kita sesama manusia,
cantik dalaman antara kita dengan PENCIPTA”
“Bila ada yang hina kita~~senyum jer...
bila ada yang marah kita~~dengar jer...
bila ada yang benci kita~~redha jer...
bila ada yang sayang kita…+senyum-hina+dengar-marah+redha-benci=indah”
“Mengasihi seseorang dalam diam tanpa perlu berkata-kata, kadangkala lebih indah fantasinya”
“Cara berfikir seseorang itu melambangkan keperibadian si pemikir”
“Biar buruk pada rupa, jangan buruk pada kata-kata”
“Mudah saja dari sahabat>>>cinta
tapi bukan mudah dari cinta>>>sahabat
kitaran itu sukar dibentuk”
“Wahai kaum HAWA, kadangkala wajah kamu menjadi penyejuk mata, kadangkala wajah kamu menambah luka”
“AWAS!!!setiap pujian ke atas diri kita kadangkala racun yang mudah merebak dalam diri”
“Menjadi lelaki itu bahagia...menjadi suami itu gembira...menjadi bapa itu tanggungjawab”
“Menjadi wanita itu indah...menjadi isteri itu istimewa...menjadi ibu itu sempurna”
“Tidak salah andainya kamu gembira di atas kegembiraan saudara kamu...
tidak salah andainya kamu berduka di atas kedukaan sahabat kamu...
tetapi jangan sesekali kamu ketawa di atas kesedihan/kedukaan mereka…”
“ALLAH s.w.t menciptakan hambaNYA berpasang-pasangan. Oleh itu janganlah kita bimbang @ berduka andai masih belum bertemu dengan pasangan kita kerana tidak mustahil mereka sedang menunggu kita di sana @ di situ. Tetapi jangan pula kita bermegah-megah andai sudah bertemu pasangan itu kerana yang pasti mereka bukan hak milik kekal kita”
“Berubahlah kita kerana keinginan sendiri, tetapi bukan di atas kehendak orang lain...jujur pada diri sendiri sebelum kejujuran ditonton pada insan di luar”
“Aku hanya wanita biasa yg mampu menempatkan hanya satu jiwa di dalam jiwaku...maaf wahai si 'hati' itu”
“Andai aku tidak sempurna di matamu, jadikan aku wanita sempurna di hatimu ”
“Dimana2 pun kita berada, bawalah diri kita yg sebenar...kerana insan di luar sana lebih mudah menerima kebenaran yg tidak sempurna dari kepalsuan yg diketahui pada penghujungnya”
“Benarlah bahawasanya ISTIGHFAR adalah sebaik2 penawar ketika berada dalam keadaan marah”
“hilangnya SERI sesebuah persahabatan/ukhuwah itu bukan kerana berlainan tempat, bukan juga kerana jurang masa...& juga bukan kerana berbeza kedudukan, tetapi ianya dipandang SEPI oleh kita sendiri yang tidak dapat mengikat talian itu dengan erat & kukuh”
“kadangkala jika kita inginkan sesuatu kesenangan di penghujungnya, pengorbanan itu perlu pada permulaannya...‘perasaan’ adalah sesukar pengorbanan”
“sekali-sekala letakkan diri kamu dalam kesusahan orang lain..kehidupan kita tak serupa..untungnya kamu berada di atas...bersyukurnya saya berada di bawah”
“seringkali manusia mengatakan bahawa KEGAGALAN itu merupakan PENGAKHIRAN dalam sebuah KEHIDUPAN, tetapi tanpa kita sedari KEGAGALAN itu adalah sebenar-benar PERMULAAN dalam manisnya KEHIDUPAN”
“untuk menjadi insan yang cemerlang & berfikiran terbuka, kita perlu meletakkan diri kita dalam setiap karakter & situasi”
“kita tak punya semalam, tapi kita ada hari ini untuk mengajar keesokan hari”
“Tak rugi tempoh pelbagai pengalaman, biarlah pahit @ manis..kerana pengalaman adalah GURU yg terbaik untuk memajukan diri ke depan”
“Semalam merupakan pengalaman, hari ini adalah kenyataan....esok mungkin punyai harapan”
Adeyh...banyak jugak rupa-rupanya. Kita copy teh yang mana larat la yer. Haa, ayat2 dekat atas ni semua tajaan Nurul Ain Haji Jamli Corporation tau. Tak ada cetak2 & rompak2 punya. So, tak ada masalah la kan kita tempek dekat dinding kedai kopi kita ni kan? Mungkin orang lain anggap yang kat atas2 nun ayat biasa, tapi luar biasa bagi kita. Kita ni memang tak pandai nak luah perasaan indirect. So, undirect la jadinya. Weee... apa yang kita ungkapkan melalui kata2 ni, itulah yang kita rasa saat tu. So, sapa yang faham...toche2 la. Sapa yang tak faham, sila angkat kening belah kiri. Lalala... Nanti kalau ada koleksi2 baru kita steplerrrr lagi kat kedai kopi ni. Kalau korang tak suka??? Tak apa...kita tetap lebyu2...ekeke..
p/s : nak copy teh tarik +++ milo ais??? boleh..tapi..tapi..kasi senyuman sikit ek??? weeee.....
~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~
Hhuhu...the best arr..^^
ReplyDeleteToche2 cik silah santek...:)
ReplyDelete