"Saat aku masih dalam kekeliruan di atas kejahilan yang lalu,
ia menyapa di mataku tanpa sempat aku huraikan kekusutan lampau.
Ya, aku keliru saat itu. Aku buntu dihujani janji2 yang masih kabur ditutupi awan kelabu.
Benarkah dia Imam ku?
Benarkah dia Pemimpin ku?
Benarkah dia Pelindung ku?
Soalan demi persoalan dizahirkan padaku...
Tetapi di mana jawapannya?
Tanpa sempat aku takluki jawapan2 itu, aku sambut huluran salamnya.
Benarkah aku pasti dengan susunan kisah hidup sementaraku ini?
Hidup yang bakal menemui penghujungnya.
Sekali lagi aku dilanda silang kata yang tiada bayangannya.
Bukan mudah juga mencari jalan tanpa panduan minda.
Aku teruskan jua penceritaan yang tiada dialognya.
Mungkin benar dia adalah dia.
Saat hati dibimbangi kekecewaan untuk kesekian kali,
Aku gagahi jua melayari penceritaan tanpa menjadikan keimanan sebagai dasarnya.
Juga ketaqwaan sebagai tiangnya.
Ya, aku bahagia.
Bahagia bersama si pemberi salam itu.
Kini, setelah lama aku diresapi kasihnya si Adam tanpa menoleh ke belakang lagi,
aku didatangi salam ukhuwah yang kesekian kali.
Sebuah teguran yang kecil pada nilainya tetapi besar pada kejahilanku.
Aku diajari nilai2 keimanan yang masih aku nafikan kesahihannya.
Walaupun ukhuwah ini masih putih seperti sang bayi
yang baru mencelikkan matanya setelah sekian lama dilelapkan atas aturanNYA.
Subhanallah...
Aku sudah cukup merasai tarbiah cintanya.
Ketika ini aku mula sedar dari lena yang panjang.
Dengan bait2 kalimah tuturannya, aku sedar di mana silapku.
Tetapi hamba yang diciptaNYA,
pasti diiringi dengan dugaan2 yang maha hebat.
Barulah lengkap kita sebagai si kerdil di bumi Pencipta.
Kekuatan hati dan ketaqwaan jiwa aku jadikan ukuran bagi melayari bahtera.
Mana mungkin aku menduakan hati yang cuma dicipta satu denyutannya.
Mana mungkin janji ditaburi tetapi tidak dihalusi.
Aku pasrah di saat hati mula merasai tarbiah jiwa,
kerana aku mungkin tidak layak buat pentarbiah itu.
Kini, doa dan tawakal dijadikan bekalan cinta duniawi.
Andai dia hanya diutus ALLAH sebagai pentarbiahku,
aku redha, aku pasrah...
Benarlah kata si pemikir, mana mungkin kesempurnaan itu menjadi hak mutlak kita.
Barangkali dia dihantar cuma sebagai ingatan akal kepadaku.
Aku pasrah andai dia bukan dicipta buat insan sekerdil aku.
Mungkin jauh di sudut sana, sudah ternantinya bidadari dunia buat sang pencinta.
Bukannya jiwa lemah & kotor seperti aku.
Sekali lagi aku selitkan keredhaan dalam jiwa yang semakin hilang dek kegelisahan.
Doaku, moga engkau tetap menjadi pentarbiah cintaku..."
Hanya Pencipta yang mengetahui apa yang sedang dilakukan ciptaan-ciptaan-Nya di muka bumi ini...
ReplyDeletesi pendaif hanya mampu menagih kasih-Nya dengan penuh harapan.. <3
hehehe..uittt....mood berpuitis smkin menerjah der...^_^
ReplyDelete