-->
~CoretanSiPenaDaif~

..Pilih Mana Suka..

  • bola (1)
  • cerita ain (46)
  • cerpen (2)
  • cinta (18)
  • filem (1)
  • ilmu (1)
  • kata2 hikmah (2)
  • kecewa (4)
  • kekasih (1)
  • kereta (1)
  • kesihatan (3)
  • lagu (3)
  • langkawi (4)
  • lirik (2)
  • makan (3)
  • minat (1)
  • movie (1)
  • nasyid (1)
  • novel (5)
  • Novel : Segalanya Mungkin (36)
  • pandangan (10)
  • pengajaran (2)
  • pengalaman (21)
  • percutian (6)
  • perempuan (2)
  • perkongsian (21)
  • persoalan (3)
  • promot (17)
  • puisi (5)
  • ramadhan (6)
  • raya (6)
  • renungan (2)
  • resepi (19)
  • rindu (5)
  • rumahtangga (2)
  • sabah (2)
  • sahabat (4)
  • soal hati (5)
  • walimah (15)

::Teluk Senangin ^_^ Haji Jamli's Family Day::

 

Hallo-hallo...double ke solo??? Wee... Salam Isnin semua. Copp!!! Kerja opis bertimbun2 ni, tapi kita curi2 jugak la sikit masa menulis untuk hari ni yerp (bosss......kita rehat sat ek???)

Waa...mood sedang berbuga-bunga ni...lalala...Berbunga sebab apa? Sebab baru balik makan angin la katakan (angin la sangatttt) padahal angin laut je. Ok la dari tak ada kan!! Weee...

Alhamdulillah, segala perancangan berjalan seperti yang dirancang. DIA adalah sebaik2 perancang. Pada tarikh 29 Okt 2011- 30 Okt 2011 keluarga besar Haji Jamli & pasangannya Hajjah Jamaliah telah berkumpul beramai-ramai di PAK YA RESORT Teluk Senangin untuk meluangkan masa bersama2 dengan keluarga besar kami.

Walaupun sangat sedih sebab our parent tiada bersama (AL-FATIHAH buat arwah Haji Jamli & Hajjah Jamaliah) tetapi kami semua tetap dapat merasai kasih sayang mereka yang berkekalan hingga akhirnya.

Begitu juga dengan my adik bongsu (cik ikah) sebab tak dapat join. Sorry sayang, 2 hari i ambil tempat u sebagai CIK BONGSU pulak. Ekekeke.... dan my abg jambu too>> wan @ abg cik sebab bekerja pada hari tersebut...(keciannn kamoo)...weee...dush33...

So, 7 beradik jela yang dapat berkumpul. TELUK SENANGIN!!! Tempat dia nak kata sangat best tak jugak la. Tapi sesuai untuk one big family nak bersantai kat situ tanpa gangguan luar. Kami menyewa 7 chalet kat situ. Sangat comel & chalet2 tersebut berhadapan dengan laut. Tidur malam dengar ombak je. Kalah la nyamuk menyanyi. Hohoho...

Kami sampai sana lebih kurang pukul 2 petang. Bila dah dapat masuk chalet masing2 terus prepare untuk makan tengahari pulak. Semua makanan kami masak siap2 dekat rumah. Nak jimat masa. So, masa makan tu punya la kecoh. Al-maklum la, jarang2 dapat berkumpul ramai2 cam tu.

Makan pun menghadap laut jer..perghhhh. Jangan risau kalau lauk @ ikan goreng terlupa nak buh garam. Petuanya, hamek jer air laut sikit. Haa, kasi taruk dalam itu lauk aaa...wee...

Anak2 kita yang lain semua dah terjun laut. Tak ingat nak makan dah. Dalam duk tengah2 makan tu, "makcikkkkkkk...jom mandi...makcikkkkk sini la...makcikkkk cepat la..." Adeyh. Ku pikir anak buah sendiri je. Kalau tidak sudahku sapu2 muka mereka dengan minyak masak. >_<

Nak makan pun tak ada selera sangat. Tak tunggu lama dah, kita pun join anak2 dalam laut sekali. Yang pelampung2, yang berenang2, yang lemas2..hahaha...rasakan!!! Degil sangat. Wehehe...

(dalam hati dah risau ni, abis la kulit muka terbako kate ko) Dah lama giler tak mandi laut. Bila dah petang sikit kami naik banana boat pulak. Memang terbaik...satu boat 5 orang. Kita, akak ipar sorang & anak buah 3 orang.

Haha, memang best. Sangat excited tau. Ikut kita nak suh diorang bawak laju2, tapi cik kak-cik kak yang lain takut lak. Adeyhhh...slow-molow la jadinya. Tapi yang paling best saat2 akhir dorang jatuhkan dekat tengah laut (tengah tak berapa nak tengah) huhu..Time tu mak aii, ase hilang separuh nyawa. Terkejut mak kena lambung cam tu. Ekeke..sorry la kalau kita nampak excited giler. Tak pernah naik la katakan. Ekeke...

Sepanjang hari aktiviti kami ringan2 je. Bebudak seperti biasa la. Mandi laut sampai legam, cari ketam, main pasir & sebagainya. Yang tua mua (except kita la) bergosiplah mereka. Kita tak campur ek. Kita dengo jer..lalala..

Siyes sangat happy. Sebelum malam kami jalan2 tepi pantai. Fuhh...pemandangan dia sangat indah. Tak berkelip mata memandang. Jarang sekali dapat tengok matahari terbenamkan? (mana tidaknya masa bangun matahari dah atas kepala) hoooo...Dalam je perasaan tu. Layannnzzzz...

Malam pulak kami main bakar2 la. Tak lengkap pulak bercuti tepi laut tapi tak ada aktiviti bakar membakar ni kan??? Kami bakar sosej, ayam, ikan dan manusia. Hahaha...hangit jer bau. Ahaks...

Masa tu mata dah tak larat nak celik ni. Tapi tahan jugak. Bukan senang nak rasai semua ni kan? Kan2 la..huhu... Lepas habis membakar diorang ajak lepak2 dekat Waterfront Teluk Batik pulak. Ikutkan hati tak nak join dah. Penat sangat. Tapi kesian dekat anak2. Pegi jugak la. Masa drive mata dah ngantok tahap siput sedut. Dengan spek mata tertinggal. Tawakal jela...huhu...

Sampai pukul 1 lebih jugak la kami lepak2 dekat situ. Anak2 semua pakat giler glamour belaka, so makcik ain jugak la yang jadi photographer tak bertauliah. GOOD JOB my sons (nyesal kita ajar diorang cara2 nak giler glamour ni) adeyhhh...

Masa nak balik kita dah menyerah awal2. Tak nak drive dah. Tak mampu dah rasanyer. So, akak kita la yang drive. Ekeke... Sampai chalet terus meroloh. Adoiii, penat giler.

Keesokan harinya yang pakar2 memasak apa lagi. Siapkan berekpes la (puji2 meke sikit sebab nak lari dari memasak) akakaka....Kita pulak apa lagi, join da club la. Mandi laut sekali lagi. Hehehe... kali ni berendam puas2 punya. Maklum la, nak balik dah sikit lagi.

Memang sangat puas la kate ko. Dalam pada masa tu, sempat jugak la jadi guru renang walaupun diri sendiri tak reti berenang. Tapi nak tunjuk hebat depan anak2, buat2 la pandai berenang..ahaks..Mula la siren2 radio kedengaran. "Makcik..tolong angah nak berenang. Makcik..tolong Mila timbulkan badan..Makcik...tolong kami pulak..." 

Macam mana bingit pun diorang, kita suka bangat. Itu la kenangan namanya. Lepas semua dah puas berendam, masing2 dah dipanggil naik ke atas untuk bersiap dan bertolak pulang. Sebelum balik sempat la kami bergambar satu family. Malangnya gambar last tu kita tak sempat nak bluetooth & redtooth..hahaha...

Tapi macam mana pun gambar2 lain masih sempat kita rakamkan. Nak tengok??? Jom jeling2 kat bawah ok...^_^













































Haishhh...banyak sangat ek gambar??? Sorry la kalau buat korang naik menyampah. Tapi siyes gambar banyak giler. Hahaha..kalau korang tak suka tak apa. Kita sedia membantu. Amek sabun tonyoh kat mata. Wee.....

Ni la keluarga besar kita. Ini baru separuh. Ramai lagi yang tak ada dalam gambar ni tau. Nak tahu kenapa kita suka amek gambar bebanyak??? Sebabbbbbbbb......kenangan tak ade jual dekat mane2 kedai yer..So, kita la kena cipta sendiri. Huhu..."I LOVE MY BIG FAMILY"




p/s: dalam kegembiraan terselit jugak kedukaan... (yang duka tu kita simpan dalam poket kita sorang2 ek? x mau share...sebab senyuman kalian, penawar duka ain!!!>_<)





~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Monday, October 31, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

..:padaMu kubersujud:..

 

Tadaaa for the 2nd time...gila apa entah duk post itu ini bagai...benarnya kita happy rini??yyy?? Rahsia ler...malu kita...STOP cik Nurul Ain!!! Haa, hari ni hari apa kawan2?? JUMAAT kan?? Bagi kita bila tiba hari Jumaat perasaan kita lain berbanding hari2 lain. Mungkin disebabkan Jumaat merupakan RAJA bagi hari2 lain. Rite!!! So, sempena hari Jumaat yang comei ni kita tetiba lak nak selotep lirik lagu ni. Lagu apa??? Jom tengok bawah...>_<




"ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah
 
esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa
ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud

pada-MU"


Kita nak nyanyikan rase macam malu2 tenuk pulak..weee..so, jom tengok klip videonyer pulak. Mungkin kalian akan rasa lelebih sonok meronok (keinsafan) :
 PadaMu Kubersujud


Best tak? Kalau tak best meh nak tarik tinge2 tu...Huhuhu...apa2 pun bait2 kalimahnya yang benar2 menyentuh jiwa. Irama itu akan lebih mencomeikan lagu ni. Betul tak??? Jawapan boleh sesemes(sms) pada kita...wee..



p/s : ada masa jommmm MUHASABAH diri masing2. Tak rugi kan...~peace~






~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Friday, October 28, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

~Kiasan Jiwa~

 

Selamat pagi semua...salam Jumaat penuh berkat buat si pengunjung2 yang tak jemu2 minum kopi kat warung kita ni. Aishh, KIASAN JIWA apa pulak ni?? Bukan nak jiwang2 di pagi yang indah ni ya. Cuma kali ni kita nak kumpul koleksi kata2 yang sering kita tempekkan dalam FB kita. INGAT!!! Semua ayat ni kita created sendiri tau. Bukan copy teh tarik dari mana2 syarikat SDN BHD. Weeee... Kita terfikir nak buat macam ni sebab nak jadikan kenang2an buat kita sendiri. Bila dah tergantung dalam CORETANSIPENADAIF ni, sekali dua kali boleh la kita baca balik apa yang pernah kita create. Lalala... Tanpa merapu meraban lebih banyak dan buat kalian lari 100meter dari kedai kopi kita ni, jom kita jenguk2 ke bawah... tadaaaaa... ^_^




“Bila kita tahu betapa susahnya belajar tentang sesuatu, 
baru kita akan faham apa erti kepuasan yang sebenar” 
 
“Kelawar yang hebat = batMAN 
labah2 yang hebat = spiderMAN 
cicak yang hebat = cicakMAN 
lelaki yang hebat = superMAN 
perempuan yang hebat = superwoMAN
 MANUSIA yang benar2 HEBAT = beriMAN”  
 
“Jangan mengharap pada yg tak sudi, jangan pandang sepi pada yang mengerti” 
 
“Tak semua kata2 itu benar 
tak semua janji akan dikotakan 
tak semua impian akan dipenuhi 
tapi percayalah setiap doa kita akan didengari” 
 
“Tak salah andai pandangan itu dari pemikiran, tapi jangan dari perasaan” 
 
“tanpa KAWAN2 kita kesunyian
 tanpa IBUBAPA kita kekosongan
 tanpa PASANGAN kita sendirian
 tanpa IMAN kita hilang pedoman
 tanpa ILLAHI takkan datang kehidupan” 
“Yang indah di mata tak menjanjikan apa2”
“Tak semestinya SAYANG dibalas SAYANG
tak semestinya BENCI dibalas BENCI
tapi yakinlah andai diberi UJIAN pasti dibalas HIKMAH”
“Kalau kamu tak menarik, katakan kamu terbaik”
 “Cantik luaran antara kita sesama manusia,
cantik dalaman antara kita dengan PENCIPTA”
“Bila ada yang hina kita~~senyum jer...
bila ada yang marah kita~~dengar jer...
bila ada yang benci kita~~redha jer...
bila ada yang sayang kita…+senyum-hina+dengar-marah+redha-benci=indah”
“Mengasihi seseorang dalam diam tanpa perlu berkata-kata, kadangkala lebih indah fantasinya”
“Cara berfikir seseorang itu melambangkan keperibadian si pemikir”
“Biar buruk pada rupa, jangan buruk pada kata-kata”
“Mudah saja dari sahabat>>>cinta
tapi bukan mudah dari cinta>>>sahabat
kitaran itu sukar dibentuk”
“Wahai kaum HAWA, kadangkala wajah kamu menjadi penyejuk mata, kadangkala wajah kamu menambah luka”
“AWAS!!!setiap pujian ke atas diri kita kadangkala racun yang mudah merebak dalam diri”
“Menjadi lelaki itu bahagia...menjadi suami itu gembira...menjadi bapa itu tanggungjawab”
“Menjadi wanita itu indah...menjadi isteri itu istimewa...menjadi ibu itu sempurna”
“Tidak salah andainya kamu gembira di atas kegembiraan saudara kamu...
tidak salah andainya kamu berduka di atas kedukaan sahabat kamu...
tetapi jangan sesekali kamu ketawa di atas kesedihan/kedukaan mereka…”
“ALLAH s.w.t menciptakan hambaNYA berpasang-pasangan. Oleh itu janganlah kita bimbang @ berduka andai masih belum bertemu dengan pasangan kita kerana tidak mustahil mereka sedang menunggu kita di sana @ di situ. Tetapi jangan pula kita bermegah-megah andai sudah bertemu pasangan itu kerana yang pasti mereka bukan hak milik kekal kita”
“Berubahlah kita kerana keinginan sendiri, tetapi bukan di atas kehendak orang lain...jujur pada diri sendiri sebelum kejujuran ditonton pada insan di luar”
“Aku hanya wanita biasa yg mampu menempatkan hanya satu jiwa di dalam jiwaku...maaf wahai si 'hati' itu”
“Andai aku tidak sempurna di matamu, jadikan aku wanita sempurna di hatimu ”
“Dimana2 pun kita berada, bawalah diri kita yg sebenar...kerana insan di luar sana lebih mudah menerima kebenaran yg tidak sempurna dari kepalsuan yg diketahui pada penghujungnya”
“Benarlah bahawasanya ISTIGHFAR adalah sebaik2 penawar ketika berada dalam keadaan marah”
“hilangnya SERI sesebuah persahabatan/ukhuwah itu bukan kerana berlainan tempat, bukan juga kerana jurang masa...& juga bukan kerana berbeza kedudukan, tetapi ianya dipandang SEPI oleh kita sendiri yang tidak dapat mengikat talian itu dengan erat & kukuh”
“kadangkala jika kita inginkan sesuatu kesenangan di penghujungnya, pengorbanan itu perlu pada permulaannya...‘perasaan’ adalah sesukar pengorbanan”
“sekali-sekala letakkan diri kamu dalam kesusahan orang lain..kehidupan kita tak serupa..untungnya kamu berada di atas...bersyukurnya saya berada di bawah”
“seringkali manusia mengatakan bahawa KEGAGALAN itu merupakan PENGAKHIRAN dalam sebuah KEHIDUPAN, tetapi tanpa kita sedari KEGAGALAN itu adalah sebenar-benar PERMULAAN dalam manisnya KEHIDUPAN”
“untuk menjadi insan yang cemerlang & berfikiran terbuka, kita perlu meletakkan diri kita dalam setiap karakter & situasi”
“kita tak punya semalam, tapi kita ada hari ini untuk mengajar keesokan hari”
“Tak rugi tempoh pelbagai pengalaman, biarlah pahit @ manis..kerana pengalaman adalah GURU yg terbaik untuk memajukan diri ke depan”
“Semalam merupakan pengalaman, hari ini adalah kenyataan....esok mungkin punyai harapan”  
 
 
 Adeyh...banyak jugak rupa-rupanya. Kita copy teh yang mana larat la yer. Haa, ayat2 dekat atas ni semua tajaan Nurul Ain Haji Jamli Corporation tau. Tak ada cetak2 & rompak2 punya. So, tak ada masalah la kan kita tempek dekat dinding kedai kopi kita ni kan? Mungkin orang lain anggap yang kat atas2 nun ayat biasa, tapi luar biasa bagi kita. Kita ni memang tak pandai nak luah perasaan indirect. So, undirect la jadinya. Weee... apa yang kita ungkapkan melalui kata2 ni, itulah yang kita rasa saat tu. So, sapa yang faham...toche2 la. Sapa yang tak faham, sila angkat kening belah kiri. Lalala... Nanti kalau ada koleksi2 baru kita steplerrrr lagi kat kedai kopi ni. Kalau korang tak suka??? Tak apa...kita tetap lebyu2...ekeke..
 
p/s : nak copy teh tarik +++ milo ais??? boleh..tapi..tapi..kasi senyuman sikit ek??? weeee.....

~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Friday, October 28, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
2 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

~Jatuh Cinta~


"Saat aku masih dalam kekeliruan di atas kejahilan yang lalu,
ia menyapa di mataku tanpa sempat aku huraikan kekusutan lampau.
Ya, aku keliru saat itu. Aku buntu dihujani janji2 yang masih kabur ditutupi awan kelabu.
Benarkah dia Imam ku?
Benarkah dia Pemimpin ku?
Benarkah dia Pelindung ku?
Soalan demi persoalan dizahirkan padaku...
Tetapi di mana jawapannya?
Tanpa sempat aku takluki jawapan2 itu, aku sambut huluran salamnya.
Benarkah aku pasti dengan susunan kisah hidup sementaraku ini?
Hidup yang bakal menemui penghujungnya.
Sekali lagi aku dilanda silang kata yang tiada bayangannya.
Bukan mudah juga mencari jalan tanpa panduan minda.
Aku teruskan jua penceritaan yang tiada dialognya.
Mungkin benar dia adalah dia.
Saat hati dibimbangi kekecewaan untuk kesekian kali,
Aku gagahi jua melayari penceritaan tanpa menjadikan keimanan sebagai dasarnya.
Juga ketaqwaan sebagai tiangnya.
Ya, aku bahagia.
Bahagia bersama si pemberi salam itu.
Kini, setelah lama aku diresapi kasihnya si Adam tanpa menoleh ke belakang lagi,
aku didatangi salam ukhuwah yang kesekian kali.
Sebuah teguran yang kecil pada nilainya tetapi besar pada kejahilanku.
Aku diajari nilai2 keimanan yang masih aku nafikan kesahihannya.
Walaupun ukhuwah ini masih putih seperti sang bayi
yang baru mencelikkan matanya setelah sekian lama dilelapkan atas aturanNYA.
Subhanallah...
Aku sudah cukup merasai tarbiah cintanya. 
Ketika ini aku mula sedar dari lena yang panjang.
Dengan bait2 kalimah tuturannya, aku sedar di mana silapku.
Tetapi hamba yang diciptaNYA,
pasti diiringi dengan dugaan2 yang maha hebat. 
Barulah lengkap kita sebagai si kerdil di bumi Pencipta.
Kekuatan hati dan ketaqwaan jiwa aku jadikan ukuran bagi melayari bahtera.
Mana mungkin aku menduakan hati yang cuma dicipta satu denyutannya.
Mana mungkin janji ditaburi tetapi tidak dihalusi.
Aku pasrah di saat hati mula merasai tarbiah jiwa,
kerana aku mungkin tidak layak buat pentarbiah itu.
Kini, doa dan tawakal dijadikan bekalan cinta duniawi.
Andai dia hanya diutus ALLAH sebagai pentarbiahku,
aku redha, aku pasrah...
Benarlah kata si pemikir, mana mungkin kesempurnaan itu menjadi hak mutlak kita.
Barangkali dia dihantar cuma sebagai ingatan akal kepadaku.
Aku pasrah andai dia bukan dicipta buat insan sekerdil aku.
Mungkin jauh di sudut sana, sudah ternantinya bidadari dunia buat sang pencinta.
Bukannya jiwa lemah & kotor seperti aku.
Sekali lagi aku selitkan keredhaan dalam jiwa yang semakin hilang dek kegelisahan.
Doaku, moga engkau tetap menjadi pentarbiah cintaku..."








~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Thursday, October 27, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
2 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi
Subscribe to: Posts (Atom)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:AhLan WasAhLan:..

..:KePunYaAn EmPaYar:..

nurul ain haji jamli
24 april 1990
kuala kangsar, perak
penulis & blogger
dah jadi PUAN

kLik..kLik..

..:iMpiAn HatI:..

"Ya ALLAH, jaDikAn Aku WaNitA sOLehAh...yaNg bAik dI anTarA yAnG tErbAiK...kUrnIaKan jUgA PenDamPinG yAng BaIk daLam HiDupKu...baGi mEndApaTkAn SesUaTu YaNg TerBaIk dAri-Mu...aMin yA RaBb..."

..:pEcEbuK:..

Nurul Ain Haji Jamly

Create Your Badge

cE kOmE tRy bAce!!

  • ►  2013 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (8)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (6)
  • ►  2012 (78)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ►  October (6)
    • ►  September (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (8)
    • ►  June (12)
    • ►  May (14)
    • ►  April (9)
    • ►  March (1)
    • ►  February (6)
    • ►  January (1)
  • ▼  2011 (79)
    • ►  December (7)
    • ►  November (10)
    • ▼  October (10)
      • ::Teluk Senangin ^_^ Haji Jamli's Family Day::
      • ..:padaMu kubersujud:..
      • ~Kiasan Jiwa~
      • ~Jatuh Cinta~
      • Al-Kisah Di Gerai Mee
      • Helmet Kena Curi
      • Promot Blog Sahabat!!~Menarik~
      • ...Tak Nak Dia, Bagi Saya!!!...
      • ~Tudung Labuh~
      • Kembang+Kembong Si Anak Sulong ^_^
    • ►  September (7)
    • ►  August (32)
    • ►  June (7)
    • ►  May (6)

..:FoLLowErS:..

..:i foLLow u:..

  • Blog Cik Nurfarah
    HI 2025
  • Jia creatifelt
    Harry Potter Et Les Reliques De La Mort : 1ère Partie (2010) Watch Full Movie Streaming Online
  • Warong Makcik Senah
    Watch Clifton Hill 2019 Free Online
  • Kisah BudaxXx Montel ^^
    Watch Cardboard Boxer 2016 Free Online
  • Entirely Of Flaws
    Bank Indonesia Memberi Penghargaan Atas Pelaporan Uang Palsu
  • ♥cOraT cOret NusHA ♥
    TRAGEDI OKTOBER : Duit bagi tapi tak cukup!
  • TAMU JAJAKRAF
    NOTICE BOARD
  • ~BabyComel~ Hanya insan Biasa
    Suratan Takdir Gersang Kisah Si Curang
  • I CANT HEAR THE SILENT MELODIES
    Jual Obat Maximoz Peningkat Vitalitas, Stamina Dan Obat Ejakulasi Dini Di Sidoarjo
  • Nurhafizah ❤
    5 Tips Bagaimana Menjaga Fikiran Positif Setiap Hari
  • Wanita Melayu Akhir Zaman
    J-Pace SUV Review 2018
  • SaHaBaT BUKIT BOTAK
    Ninja : Genap 1 Tahun 4 Bulan
  • silenceaneesa ♥
    Langkah Memberi warna Baju Dengan Wantex supaya Sembuh Seperti Baru Lagi
  • Reading is the most relaxing moment. (I'm only eighteen)
    Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion 5
  • BILA KATA HATI MENULIS
    Terus Mencintaimu
  • Wardah Alisya
    8 tahun usia Wardah Alisya
  • Dazzi Lurzzi Official Blog
    Redha 2016 Movie Hack Full
  • ya allah kuatkan hati kami
    Obat herbal murah berkhasiat paling ampuh
  • oLd_sChOoL
    Selangor Juara Piala Malaysia, Kenduri Kahwin Member Lebih Penting
  • [ hujung peNa... papan kekuNci ]
    "Letihlah nak pikir duit..."
  • JoY AnD SoRrOw
    FiRsT eNtRy FoR tHiS yEaR
  • Anas Muallim
    Cuti yang panjang
  • segalanyamungkin
    BAKTI SISWA TERENGGANU (KAMPUNG SEBERANG TAKIR)
  • ! ~ Salam Ukhuwah ~ !
    Giveaway dan Lucky Draw
  • misyaain amna
    TANDA HIDUP TAK BERKAT
  • ^◕‿◕^
    UPDATE NEW STOCK ** MEN'S SHIRTS **
  • The Karl Nyzam™
    Erti Sebuah Kemaafan
  • col0ur ur life
    Tukar Lagi.
  • kami craft
    Pek Kombo Tona~~ Murah Gilaa~~~!!!
  • Abu HurairaH
  • My Life
    Hujung Minggu
  • ~~ ketulusan hati ~~
    Dia kekasih aTi Qu...
  • ♥ CATATAN SEORANG HAMBA ♥
    ♥ KISAH MAYAT MEMBACA SURAH YASSIN DI MEKAH ♥
  • maiza husna
  • PERCUTIAN TERINDAH
    PAKEJ 3HARI 2MALAM DI PANGKOR
  • ! .. ✿Ɖαʏα Ƭнɛ Ƨιϰтн✿ .. !
    Korean Fashion :)
  • Ibnu Sina ATC
    Sekitar Karnival Ekonomi Muslim
  • ~liFeminEswEEtsoUr~
  • Celoteh Deqyah Pegeon~
  • Triple L
  • JuZ a sImPLe guRL DiaRy
  • BerLARI ke LANGIT
  • ♥
  • Muni Izzah
  • ♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫•♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫• ♫•*¨*•.¸¸
  • vip eema..
  • Eimma
  • kedai mu
  • Hafiz Hamidun
  • Seek ONLY for MARDHOTILLAH
  • BLOG ALAN
  • ✿ Missz.Nana.Punyer.Cerita ✿
  • ..sEriKanDi isLaM..
  • *sUkA-suKi DunIakU*
  • hello !!!
Backgrounds & Flower Backgrounds
Powered by Blogger.