“Sayang turun sekarang. Abang dekat bawah ni.” Balas Muaz.
“Haa? Dekat bawah dah? Cepatnya abang sampai.” Pelik Mia. Dia baru sahaja membuat panggilan kepada lelaki itu. tub tub sudah berada di bawah. Superman betul laki aku ni.
“Abangkan superman. Hehe, cepat la turun.” Arah Muaz manja. Tahu sahaja apa yang difikirkan oleh Mia.
“Ok..ok. Mia turun sekarang.” Lantas Mia mematikan panggilan tersebut. Bergegas dia mendapatkan Mira.
“Mira, aku balik dulu ya? Tak apa kan?”
“Oo…ok. Tak apa la. Keluarga Zahidi dah ada ni. Aku pun nak balik sekejap lagi. Mungkin petang sikit aku datang sini semula dengan family aku.” Maklum Mira. Dia mahu pulang merehatkan badan buat seketika. Semalaman dia tidak tidur. Hanya berbual kosong dengan Mia.
“Ok. Aku balik dulu. Jaga diri ya? Ada masa aku datang lagi. Assalamualaikum.” Mia meminta diri untuk pulang.
“Waalaikumsalam. Mira menghantar pemergian Mia dengan pandangan kosong. Terima kasih sahabatku.
***
“Abang, pukul berapa abang sampai sini?” soal Mia sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta Muaz. Dicapai tangan Muaz untuk bersalaman. Muaz pula mencium dahi si isteri seperti biasa. Walaupun perkara itu tidak menjadi perjanjian antara mereka tetapi masing-masing sudah menganggap perkara itu akan menjadi wajib sekiranya mereka baru berjumpa.
“Erm…ada la dalam sejam dua.” Balas Muaz. Dijeling pula Mia di sebelah.
“Cop! Cop! Tapi kenapa baju abang sama dengan baju semalam?” Mia baru perasan yang keadaan Muaz sama seperti semalam. Biar betul suaminya ini. Takkanlah selepas bangun tidur terus sahaja ke mari.
“Eh, tak boleh ke abang pakai baju semalam? Abang saja nak jimatkan sabun basuh dekat rumah kita tu.” Alasan yang diberikan oleh Muaz seperti tidak logik.
“Abang ada sorokkan sesuatu dari Mia ya? Baik abang cakap.” Ugut Mia. Jari-jemarinya sudah mula merayap ditubuh Muaz. Mencari tempat yang paling sesuai untuk melepaskan cubitan berbisanya.
“Opss…jangan goda abang dalam kereta. Nanti kita sama-sama berumah dengan Zahidi pulak.” Muaz melawak.
“Goda? Abang jangan nak tukar topik ek? Cepat beritahu!” Mia sudah mengira-ngira mahu mencubit pinggang Muaz.
“Ok…ok…sebelum abang jawab kiss abang dulu.” Pinta Muaz sambil tersenyum nakal. Disuakan pipinya pada Mia.
“Tak ada…abang cakap dulu.” Akhirnya cubitan singgah juga di pinggang Muaz.
“Auuww…bisanya. Yela-yela abang cakap. Tapi sayang jangan marah abang.” Pinta Muaz lagi.
“Ok, Mia tak marah.” Dia masih bersabar dengan sikap Muaz yang suka sangat main-main dengannya.
“Abang tak balik rumah pun semalam.” Balas Muaz ringkas. Dia hanya memandang Mia dari hujung mata. Bimbang isterinya itu akan marah.
“What? Maksudnya abang tidur dekat sini? Dalam kereta?” soal Mia gelojoh.
“Yer tuan puteri.” Balas Muaz.
“Abang tak balik rumah langsung?” soal Mia lagi tanda tidak puas hati.
“Yela sayang. Buat apa balik kalau isteri abang ada dekat sini. Nak peluk almari, almari besar sangat. Nak peluk tv kang terkena renjatan elektrik pulak.” Jawab Muaz selamba. Ikutkan perancangan awal memang dia mahu terus pulang ke rumah. Tetapi memikirkan Mia berada di hospital ini tiada guna juga dia pulang ke rumah. Sekurang-kurangnya kalau dia terus berada di sini, senang sedikit hatinya. Dekat di mata dekat di hati. Hehe…
“Kenapa abang tak balik? Dah tu tak kerja ke ni?”
“Saja la abang tak nak balik. Abang rindu Mia. Abang ambil cuti hari ni.” Muaz menumpukan perhatian pada pemanduannya. Maklumlah, jalan tengah sesak dengan manusia-manusia yang ingin ke tempat kerja masing-masing.
“Ambil cuti? Laa, tak pasal-pasal je abang kena ambil cuti sebab Mia.” keluh Mia pula.
“Eh, bukan sebab Mia. Tapi sebab Mira.” Gurau Muaz. Dicuit pipi isterinya.
“Mengada la abang ni. Tak sakit pinggang ke tidur dalam kereta?” kasihan pula dia dengan suaminya itu. Pasti sudah kebas seluruh badannya.
“Sakit sangat. Balik karang sayang urutkan abang ek?” ujar Muaz beserta memek mukanya yang dibuat-buat sakit. Berlakon!
“Tu la pasal. Orang suruh balik tak nak balik. Yang susah-susah tunggu dekat sini pasal apa? Mia dah cakap yang Mia ok dekat sini.” Mia sudah membebel.
“Ala, sekarang ni abang dah tak boleh nak berjauhan dengan sayang la. Rasa susah sesangat.” Ditekan-tekan ayat terakhir itu.
Mia menarik telinga Muaz apabila dirasakan Muaz sangat pandai bermain kata-kata manis dengannya.
“Balik karang sayang urutkan abang ek?” tanya Muaz sekali lagi. Alangkah bahagianya kalau Mia sudi mengurut tubuh badannya.
“Boleh, tapi kena ada upah la. Mia ni pengurut professional tau. Bukan semua orang dapat guna khidmat Mia.” bangga pula rasanya. Niat hati mahu mengusik si suami.
“Oo…nak kena ada upah ya? Apa upahnya?” tanya Muaz serius. Dia pun mula la mahu menunjukkan sikap loyar buruknya.
“Senang saja tuan hamba. Dapatkan beta sepinggan daging tenuk. Beta akan melaksanakan tugas beta dengan baik.” Siap dengan gaya-gaya lagi Mia berbicara. Ia turut mengundang gelak-tawa Muaz.
“Baik tuanku. Beta akan beri ganjarannya malam ini.” Dijeling-jeling manja si isteri di sebelah.
“Abang gatal…” Mia sangat memahami apa yang dimaksudkan oleh Muaz itu.
“Eh, abang tak cakap apa-apa pun. Maksud abang malam ni abang akan beri daging tenuk tu dekat sayang. Sayang tu yang nak menggatal dengan abang. Cakap jela.” Muaz menarik pipi kanan Mia pula.
“Aa…sakit la. Ok, kita tengok sapa yang menggatal dengan sapa.” Ditarik pula telinga Muaz. Begitulah mereka sepanjang perjalanan pulang.
Bunga-bunga bahagia sudah mula tumbuh dan membesar dalam kehidupan mereka. Tiada lagi kemarahan dan kedegilan yang membelenggu mereka berdua. Oh Tuhan, kekalkanlah kebahagiaan kami sekeluarga.
“Abang, Mia nak tidur sekejap boleh tak? Letih la.” Pinta Mia ketika selesai menunaikan solat zohor berjemaah.
Dia benar-benar mengantuk setelah semalaman menemani Mira di hospital. Matanya juga sudah lebam kerana tidak cukup tidur.
“Jom! Abang pun ngantuk ni.” Ajak Muaz ketika menyidai kain sejadah mereka.
Mia hanya menurut sahaja. Lantas dia memanjat katil di biliknya. Dia sudah tidak berfikir apa-apa ketika ini. Keletihan menguasai dirinya.
Diikuti oleh Muaz juga. Dia mengambil tempat di sebelah isteri tersayang.
“Sayang, baring dekat sini.” Muaz meminta Mia agar tidur beralaskan lengannya. Keadaan mereka sudah tidak seperti dahulu.
Mia yang memang sudah mahu terlelap hanya mengikut sahaja permintaan suaminya. Lalu dia meletakkan kepalanya di atas lengan sasa Muaz.
“Selamat tidur sayang.” Bisik Muaz sambil menghadiahkan sebuah ciuman di telinga isterinya itu.
“Selamat…” tidak sampai lima minit Mia sudah terlena.
Muaz yang masih belum melelapkan mata mengambil kesempatan menatap wajah Nur Mia. Comel sekali wajah Mia ketika sedang tidur. Dia mengusap-ngusap pipi sang isteri. Hatinya terus ditarik-tarik untuk mengucup bibir Mia yang kelihatan seksi sekali. Walaupun Mia tidak membalasnya kerana sudah lena, Muaz tetap berpuas hati.
“Abang sayang Mia. Abang cintakan sayang. Tidurlah puteriku. Abang akan sentiasa menemani dirimu sayang.” Sudah puas menilik dan mengucup wajah comel itu, akhirnya dia juga terlelap di sisi isterinya. Mia pula bertambah lena apabila dirasai tubuhnya didakap erat oleh Muaz.
“Sayang, bangun…solat asar dulu.” Kejut Muaz. Dia baru sahaja selesai menunaikan solat asar secara bersendirian. Ketika bangun dari tidur tadi mahu sahaja dikejutkan si isteri. Tetapi apabila memandang wajah Mia yang benar-benar keletihan, Muaz mengambil keputusan untuk membiarkan Mia tidur sebentar lagi.
Dia dapat juga melelapkan mata semalam. Mia pula langsung tidak tidur.
Mia menggeliat lembut. Tersenyum Muaz melihat telatah isterinya itu. Tidak sedarlah tu ada mata yang memerhati.
“Sudah-sudah la menarinya. Karang sambung pulak.” Perli Muaz. Dia terus sahaja memanjat katil itu. Dikuak sedikit rambut Mia yang sudah terlepas dari ikatan. Walaupun rambut isterinya tidak sepanjang mana, tetapi cukup sesuai dengan wajahnya yang comel. Dia juga lebih gemarkan Mia berambut panjang dari pendek seperti lelaki. Hilang keayuannya nanti.
“Bangun la sayang…” dicium dahi isterinya pula. Liat betul mahu bangun. Dia terus menatap wajah Mia lagi. Tidak jemu rasanya.
“Dah pukul berapa ni bang…?” soal Mia lemah. Ikutkan hati mahu sahaja dia menyambung tidur. Tetapi memikirkan dirinya masih belum menunaikan solat asar, terpaksa dilupakan hasratnya itu.
“Dah enam suku. Cepat bangun.” Arah Muaz lagi.
“Ngantuknya…penat la.” adu Mia manja.
“Abang faham tapi sayang tak solat lagi. Cepat bangun. Kalau tak abang gigit hidung tu.” Muaz sudah mendekatkan wajahnya pada Mia.
Mia yang bimbang jika Muaz mengotakan kata-katanya terus sahaja bangun dan duduk. Masih mamai-mamai lagi gayanya. Inilah akibatnya jika tidur di waktu petang. Liat sekali rasa ingin mencelikkan mata. Tambahan dipeluk Muaz tadi, lagi lena tidurnya. Dia tersenyum sendiri.
“Apa senyum-senyum ni? Pergi la solat sekarang.” Muaz menampar lembut paha Mia.
“Orang nak bangun la ni. Tepi..tepi…” Mia menepis-nepis tubuh Muaz. Sengaja mahu mengusik suaminya. Bukan tiada ruang untuk dia bergerak.
“Amboi, over nampak.” Perli Muaz sambil mencubit pipi Mia.
“Ee…Mia nak bangun la ni. Abang ni berleter mengalahkan baba tau. Sakit telinga…telinga sakit…wawawa…” Ejek Mia sambil berlari kecil menuju ke bilik air. Tidak mahu menerima ‘hadiah’ dari Muaz lagi.
Muaz hanya tersenyum sahaja. Sejak jatuh cinta ni memang dia suka membebel. Rasa semua benda tidak sempurna. Mialah yang menjadi pendengar setianya. Kadang-kadang apabila dia baru sahaja mahu memulakan leteran, Mia buat-buat tidur. Nakal sekali wajahnya ketika itu.
***
Seusai menunaikan solat asar empat rokaat, Mia tidak terus membuang telekung ditubuhnya. Dia bangun menuju ke arah Muaz yang sedang asyik membaca buku di atas katil mereka. Kini, walaupun tidak secara rasmi Muaz pindah ke bilik utama, Mia sudah faham yang Muaz tidak mahu mereka tinggal di bilik yang berasingan lagi.
Muaz tidak perasan Mia sedang menuju ke sisinya.
“Abang…” panggil Mia perlahan.
“Ya sayang.” Lantas dia meletakkan buku yang dipegang di atas meja kecil di sebelahnya.
“Abang baca buku apa?” Mia mencapai pula tangan Muaz untuk bersalam. Selalu kalau dia solat berjemaah dengan babanya, tangan tua itu pasti diraihnya tanpa dipinta.
Muaz merenung penuh makna pada sekujur tubuh yang sentiasa menghormatinya sebagai seorang suami. Dihadiahkan sebuah ciuman di dahi Mia. Panas terasa.
“Baca buku masak-memasak.” Gurau Muaz. Buku itu sudah lama dipinjamnya daripada papa. Tetapi masih belum berkesempatan untuk membacanya.
‘Berbahagialah Kamu Di Dunia Mahu Pun Akhirat.” Ya, itulah tajuk buku yang sudah lama ingin dikhatamkan. Menarik isinya. Bukan sahaja melibatkan hujahan berkaitan hidup berpasangan sebagai suami isteri, tetapi mengupas keseluruhan tentang kehidupan sebagai hamba Allah.
“Iya? Abang nak belajar masak ek? Wah, bahagianya Mia. Lepas ni Mia boleh goyang kaki sambil berangan-rangan. Abang, tembikai laici satu. Nasi goreng ayam satu aa...jangan lambat. Kasi bubuh telur mata biru satu…” tidak habis-habis dia mendapat idea untuk mengenakan Muaz.
“Baik puan. Meh nak kasi sekeh sekali sama itu kepala.” Muaz pula membalas bersama loghat ala-ala kedai mamak. Nakal betul isterinya itu. Nur Mia memang seorang yang kelakar. Tidak kering gusi apabila berbicara dengannya. Ayat-ayat nakal seringkali kedengaran apabila mereka berbual tentang sesuatu. Kata Mia, dia tidak mahu hidup dalam keadaan serius sahaja. Mahu meletup dunianya kalau terus berkeadaan begitu.
“Abang, Mia nak minta maaf di atas semua kesalahan Mia pada abang ya? Mia gagal jadi isteri yang baik pada abang. Mia hanya ikut kata hati Mia je.” Keluh Mia sambil menggenggam erat jari-jemari suaminya. Dia bergerak lebih dekat dengan Muaz. Telekung juga masih tidak ditanggalkan.
“Sayang, sayang jadi macam tu semua disebabkan abang tau. Abang la punca segalanya. Pada awal perkahwinan kita dulu, sayang baik sangat dengan abang. Tapi abang yang tak pandai nak menghargai. Siap maki hamun lagi. Terukkan abang ni?” Muaz pula menyalahkan dirinya. Jika tidak kerana sikapnya yang curang, sudah pasti kehidupan mereka dilimpahi kebahagiaan yang tidak bertepi. Tetapi mereka hanya insan biasa yang seringkali melakukan kesilapan tanpa berfikir terlebih dahulu.
Mujurlah Allah memberikan mereka peluang sekali lagi. Dia berjanji tidak akan mensia-siakan peluang yang ada ini. Dia akan cuba untuk menjadi seorang insan yang sempurna di sisi Nur Mia. Itu sahaja pintanya.
Mia yang terasa sayu melihat raut wajah Muaz menyembamkan mukanya ke dada Muaz. Dia benar-benar sudah jatuh sayang kepada suaminya itu.
“Lepas ni kita bina hidup baru ya? Tak nak lagi sedih-sedih macam ni. Kita masing-masing ada buat silap. Sekarang, masa untuk kita tebus balik apa yang kita dah lepaskan dulu. Ok sayang?” dia mengangkat dagu si isteri supaya memandang ke wajahnya.
“Baik abang. Mia nak jalani hidup Mia dengan abang je. Mia nak luangkan masa untuk abang.” Itu janjinya.
Muaz tersenyum riang. Syukur ya Tuhan. Kau dekatkanlah hatinya dengan hatiku.
“Abang…Mia nak tanya ni.” Ujar Mia yang masih berada dalam pelukan Muaz. Erat sekali pautannya di pinggang Muaz. Kedua-dua mereka sudah bersandar pada kepala katil. Santai sahaja gayanya.
“Tanya apa sayang? Ni kenapa tak bukak-bukak lagi telekung ni?” Muaz bertanya sambil tangannya sudah mahu membukakan telekung yang tersarung di tubuh isterinya.
“Eh, jangan la. Biar la. Mia selesa la macam ni.” Dia menampar lembut tangan suaminya yang mahu menyingkap telekung yang dipakainya.
“Yeke selesa? Ke takut dengan abang ni?” Muaz menjungkit-jungkitkan keningnya seperti mahu mencabar Mia.
“Eh, kalau Mia takut tak adanya Mia datang menyerah macam ni.” Mia membela dirinya. Takut? Mungkin dahulu dia seperti itu apabila tubuhnya hampir dengan Muaz. Tetapi kini tidak lagi.
“Eleh, berlagak. Eh, sayang nak tanya apa tadi? Membebel je. Jahit mulut tu karang.” Muaz mengemaskan lagi pelukan.
“Erm…abang ingat tak dulu Mia ada bela anak kura-kura? Yang Mia selalu usung dalam balang kecil tu.” Perasan atau tidak Muaz dengan haiwan belaannya dahulu. Memang dia tidak pernah menunjuk secara dekat pada Muaz kerana lelaki itu tidak pernah langsung berminat dengan diri dan aktiviti hariannya.
“Anak kura-kura? Nanti kejap abang fikir.” Seingatnya dia memang ada terlihat Mia menjinjing balang kecil berwarna biru. Oh, dia sudah ingat. Binatang comel itu telah menjadi mangsa keadaan ketika Mia melihat kecurangannya bersama Elisa. Oh, Tuhan.
“Sayang…kura-kura yang…” Muaz tidak mampu untuk meneruskan ayat itu. Bimbang jika isterinya akan terluka kembali apabila mengingati peristiwa hitam itu.
“Abang, Mia bukan nak ungkit apa-apa la. The point is Mia nak tahu apa yang jadi lepas Mia tinggalkan Kujan.” Diusap lembut pipi suaminya. Cuba memujuk. Dia tidak mahu Muaz menjadi serba salah apabila memikirkan detik hitam yang pernah berlaku dalam hidup mereka itu.
“Abang perasan sayang terlepas balang tu. Hari tu abang tak ambil peduli sangat apa yang terisi dalam balang biru tu. Keesokan harinya baru abang perasan benda-benda tu dah berterabur. Tapi kan sayang…kura-kura tu dah mati masa abang jumpa. Abang minta maaf.” Hurai Muaz penuh teliti. Ya, ketika hatinya sedang berserabut, dia tidak mengambil tahu langsung akan perkara itu, tetapi setelah kakinya hampir-hampir memijak haiwan itu, barulah dia teringat akan haiwan peliharaan Mia. Malangnya ketika itu, haiwan tersebut sudah tidak bernyawa.
“Yeke? Tak apa la. Dah hayat dia sampai situ je. Mia tak marahkan abang la.” Tipulah andai tiada sedikit kesedihan pun dalam dirinya buat si Kujan. Dialah yang menjadi peneman setiaku di kala suami sendiri tidak menghiraukan diriku. Tetapi dia tidak mahu terlalu serius dalam hal ini. Hati Muaz perlu dijaga juga. Pergilah kau wahai Kujan. Semoga kau tenang. Aku sayang kau sangat-sangat. Dia cuba menahan air matanya dari bercucuran.
“Nanti abang ganti dengan yang lain ya? Abang janji.” Kata Muaz sambil mengangkat sedikit tangannya tanda berjanji. Pada dia haiwan itu hanya nyawa biasa dalam dirinya, tetapi tidak bagi Mia. Ah, salah aku.
“Eh, tak apa la. Mia dah dapat pengganti Kujan.” Dicium kedua-dua belah pipi Muaz.
“Cop sayang! Kujan? Tu nama binatang ke nama kuih?” Muaz blur.
“Abang ni. Ada ke kuih pulak. Merepek je. Nama anak kura-kura tu la. Ape da…” sindir Mia sambil tersenyum.
“Mana sayang dapat idea nak bubuh nama tu?” tertarik pula Muaz ingin tahu asal-usul nama si anak kura-kura itu.
“Mia kan memang cerdik bernas. Tengok kasut la. Hehe…Kujan tu gabungan perkataan kura-kura jantan. So, Mia singkatkan jadilah Kujan. Nice kan?” dinaik-naikkan keningnya tanda bangga.
“Bangga nampak?” Muaz sudah mencium wajah isterinya itu. Geram sekali dengan kenakalan Mia.
“Mana sayang tahu kura-kura tu jantan? Pandai-pandai je.” Itu jugalah ayat yang dikeluarkan oleh Mira dahulu. Mia senyum sahaja.
“Mia tahu la. Dia selalu kenyit-kenyit mata dengan Mia tau. Jangan jeles.” Bab merepek merapu serah sahaja pada Nur Mia.
“Eh, jap..jap. Abang nak tau nama penuh dia tak? Mia dah daftarkan dengan JPN.” Serius sahaja wajah Mia.
“Iyer? Apa dia sayang?” Muaz hanya melayan sahaja walaupun dia tahu Mia sudah mula merepek.
“Kujan bin Muaz Hasbi Aqalakuk.” Sebaik sahaja Mia habis menuturkan ayat itu dia mahu turun dari katil lalu melarikan diri dari Muaz yang sudah sedia dengan senjata-senjatanya untuk menyerang Mia.
“Mana nak lari ha?” Muaz mengejar Mia. Dapat sahaja tubuh itu, terus dicempung ke atas katil. Mia yang masih bertelekung menutup mukanya dari menjadi mangsa cumbuan Muaz.
Begitulah petang mereka berlalu. Masing-masing dengan perangai sendiri. Tetapi tiada lagi pertengkaran. Yang tinggal hanya senyuman.
***
“Abang jom makan.” Pelawa Mia sesudah dia selesai menyediakan makam malam buat mereka berdua. Selesai sahaja bersolat maghrib berjemaah, Mia pantas turun ke dapur untuk memasak.
Muaz sudah melarang tetapi Mia berkeras mahu memasak juga. Ikutkan Muaz dia mahu membeli sahaja di luar memandangkan isterinya itu masih tidak cukup tidur. Kata Mia, dia ingin suaminya itu makan hasil air tangannya sendiri selagi dia mampu melakukannya.
Ringkas sahaja. Sotong masak sambal tumis, sayur kailan goreng bersama ikan masin, dan telur dadar. Ringkas tetapi menyelerakan.
“Wah..wah..wah..wanginya bau. Tergoda abang.” Didekatkan hidungnya pada wajah Mia.
“Sapa yang wangi ni?” tanya Mia.
“Lauk-pauk ni la.” jawab Muaz tersengih-sengih.
“Kalau lauk-lauk ni yang wangi kenapa hidung abang tu ke sini. Sepatutnya ke situ.” Diarahkan jari telunjuknya pada pinggan-pinggan yang sudah terisi dengan masakannya sebentar tadi.
“Oppsss…tersilap pulak. Hehehe… Tapi kan sayang lagi menggoda.” Sudah mula keluar ayat-ayat manisnya.
“Dah, berhenti merepek dulu ya? Jom makan. Mia dah lapar ni. Sapa la yang masak sedap sangat ni. Ish…ish…ish…” puji diri sendiri nampak gayanya.
“Amboi…isteri sapa la ni yang suka sangat perasaan tak sudah-sudah? Ayuh kita makan puteriku sayang.” Berbalas-balas mereka. Padahal dua-dua memang suka bab-bab bangga diri ni.
Lalu Mia menyedukkan nasi ke dalam pinggan suaminya. Muaz pula pantas membaca doa makan. Inilah pertama kali mereka merasai nikmatnya makan bersama sebagai sepasang suami isteri.
***
“Abang pergi duduk dekat depan dulu. Mia nak kemas dapur sekejap. Tadi lepas masak tak sempat nak basuh semua benda ni.” Arah Mia apabila Muaz kelihatan ingin membantunya mengemas dapur. Rajin benar gayanya.
“Eh, sapa kata nak tolong sayang. Abang saja tunjuk-tunjuk rajin. Suami mithali la katakan.” Jawab Muaz bergurau.
“Oo…yeke? Abang teringin nak makan kuali saiz lapan tak? Mia nak kasi ni.” Dia sudah mengangkat kuali yang mahu dibasuhnya.
“Baik puan. Saya bergurau lembut-lembut je. Awak bergurau bukan main manja lagi.” Perli habis Muaz lantas mengarahkan kakinya ke ruang tamu. Mahu sahaja dicubit pipi Mia. Tetapi pasti isterinya itu akan mengamuk.
Mia hanya menjeling manja pada si suami. Ada sahaja jalannya mahu mengenakan aku. Jarang sekali boleh berbicara secara serius dengan dia. Jawapan ‘bijak’ jugalah yang diberi oleh Muaz.
Kemana pula perginya Muaz. Sesekali dia menjenguk ke ruang tamu mahu memastikan Muaz berada di situ. Tetapi senyap sunyi sahaja. Takkan dah tertidur. Jarang benar Muaz tidur terlalu awal.
“Abang…” panggil Mia lembut. Sengaja mahu memastikan Muaz berada di ruang tamu rumah mereka.
“Abang…” laung Mia sekali lagi. Tetapi sedikit kuat. Ke mana pula suaminya ini? Biarlah. Dia sedang membaca kot di atas. Mia dapati Muaz memang seorang yang rajin membaca. Tidak kira buku atau majalah. Jika dirasakan buku itu menarik, pasti dia baca. Lagi pun, Muaz kan orang business. Membaca itu sudah menjadi kewajipan bagi mereka.
Begitu juga dengan Dato’ Masyhur. Jika ada masa terluang pasti dia akan membaca. Jadi tidak hairanlah di banglo Dato’ Masyhur terdapat satu bilik khas bagi menempatkan koleksi buku-buku Dato’ Masyhur. Kagum Mia dengan keluarga itu.
Mia terus sahaja leka mengemop lantai dapurnya yang sedikit berminyak. Alang-alang sudah di dapur lebih baik selesaikan semuanya. Esok pagi tidak perlulah dia bangun terlalu awal untuk mengemas dapur sebelum ke tempat kerja.
Mia memang tidak boleh melihat rumahnya berselerak. Pasti tangannya gatal mahu mengemas. Mungkin disebabkan baba juga seorang yang pengemas. Pantang melihat ada yang tidak kena pasti babanya itu akan membebel. Baba, Mia rindu baba.
Ketika sedang leka mencuci pinggan mangkuk yang masih bersisa Mia dikejutkan dengan pelukan Muaz di belakangnya.
“Ya Allah. Terkejut Mia. Abang pergi mana tadi?” soal Mia sebaik sahaja Muaz melingkarkan tangan memeluk pinggangnya.
“Sorry. Mana ada pergi mana-mana.” Jawab Muaz. Kedengaran romantik sekali ayat itu.
“Dah tu, Mia panggil kenapa tak sahut? Mia ingatkan abang dah tidur ke membaca ke.” Kenapa lain macam saja aku rasa dengan tindakan suamiku ini.
“Ermm…mana boleh tidur lagi.” Muaz membenamkan wajahnya di bahu Mia.
“Oo…ok. Abang pergi la lepak-lepak kat depan sana. Sikit lagi ni habis la. Karang kita tengok movie ek?” cadang Mia. Ya, suaminya itu kelihatan lain sekali.
“Sayang…” ucap Muaz berlahan. Meremang bulu roma Mia mendengarnya.
“Yer…” semakin ligat tangannya membasuh pinggan. Berdebar sebenarnya.
Dirasakan bibir Muaz sudah semakin nakal menjalar di lehernya. Kegelian Mia dibuatnya.
“Esok sambung.” Muaz berkata lembut seperti memujuk.
“Ala, sikit je lagi ni.” Mia memberi alasan. Dia takut sebenarnya. Sebagai seorang wanita dewasa, dia faham benar dengan keinginan suaminya itu. Dari perlakuannya saja sudah cukup menggambarkan segalanya.
“No!” balas Muaz yang sudah mula mencumbui pipinya pula.
“Abang jangan la.” Mia menepis lembut wajah itu. Mengacau sahaja!
“Esok sambung.” Ujar Muaz lagi lalu menarik tangan Mia supaya mengikuti langkahnya.
Mia hanya diam tidak terkata apa. Adakah dia sudah bersedia untuk menghadapi satu lagi fasa dalam kehidupan sebagai seorang isteri?
Sebaik sahaja sampai di hadapan anak tangga menuju ke atas, tubuh Mia dicempung.
“Mia boleh jalan la abang.” Kata Mia. Terkejut dia apabila tubuhnya tiba-tiba diangkat. Mata Muaz pula tidak lepas memandang ke dalam matanya. Syahdu sekali.
Kenapa dengan suami aku ni? Diam sahaja. Sekali pun nak beromantika janganlah berkelakuan begini. Seram pula rasanya.
‘Abang nak dapatkan feel romantik la.’ jawab Muaz di dalam hati. Seperti mengerti dengan apa yang bermain di fikiran isterinya.
Mia yang bimbang tidak dapat mengimbangi badan lantas merangkul leher Muaz. Kemas sekali pautan itu. Mata mereka masih berpandangan sesama sendiri.
Akibat terbawa-bawa dalam suasana romantik yang menyelubungi mereka berdua, tanpa sedar bibir mereka bertautan mesra sehingga mereka sampai di bilik utama.
Lantas Muaz menurunkan tubuh itu dari dukungannya. Kini mereka berdiri bertentangan. Bertentang mata antara satu sama lain.
“Abang, cantiknya.” Baru Mia perasan keadaan bilik mereka sudah berubah. Di atas katil sudah dipenuhi kelopak-kelopak bunga. Berbagai warna terhias indah. Bukan kelopak bunga ros sahaja yang terdampar di situ, tetapi berbagai-bagai jenis bunga. Kreatif sekali Muaz.
Wangian yang sungguh menaikkan mood untuk berkasih sayang juga turut menarik perhatian Mia. Tidak jemu-jemu hidungnya menjelajahi kewangian itu.
“Cantik tak? Abang buat khas untuk sayang tau.” Bisik Muaz sambil melingkarkan tangannya di pinggang Mia. Dia mahu malam ini menjadi kenangan yang kekal abadi buat mereka berdua.
“Cantik sangat. Thanks abang…” Mia membalas rangkulan itu dengan tangannya menggenggam erat jari-jemari Muaz. Kemas sekali.
Mereka sama-sama mengamati suasana bilik yang sebelum ini hanya biasa-biasa sahaja kini bertukar menjadi kamar indah dan sempurna.
Muaz meletakkan dagunya di atas bahu sekali lagi. “Sayang…” panggil Muaz.
“Yer abang…” balas Mia lembut.
“Sayang dah ready nak jadi isteri abang selamanya?” soal Muaz ingin mendengar pengakuan itu sekali lagi. Ayat-ayat manis memang tidak jemu mahu mendengarnya.
“Erm…insyaAllah..” balas Mia ringkas. Saat tubuhnya dipeluk semakin erat Mia sudah tidak mampu untuk berkata apa-apa. Muaz memalingkan tubuh Mia agar berhadapan dengannya.
“Abang harap sayang boleh terima abang sebagai suami yang tidak sempurna sifatnya. Kalau abang ada buat salah, tegur-tegurlah.” Kata Muaz sambil mengusap kedua-dua belah pipi isterinya. Ayu sekali wajah itu di saat ini. Nur Mia, kau sangat menggoda di mata aku sebagai seorang isteri.
Mengapa dari dulu aku tidak dapat melihat semua ini? Inilah yang dinamakan takdir hidup.
“Mia pun harap macam tu. Tak ada lagi pergaduhan atau salah faham antara kita. Dah lama sangat kita hidup dalam dunia tu kan?” itu jua harapan Mia bersama dengan Muaz.
Muaz mengucup lembut ubun-ubun Mia tanda dia sudah jatuh sayang terhadap wanita di hadapannya.
Sudah tidak tertanggung kerinduan di hati masing-masing sehingga Muaz bertindak mengangkat tubuh itu ke atas katil. Mia pula hanya menurut. Dia juga terlalu rindukan Muaz. Walaupun seribu satu perasaan permain di fikirannya ketika ini, dia tetap tidak menghalang perlakuan suaminya itu.
Ketika sedang enak Muaz mencumbui wajah wanita itu, Mia menahan diri Muaz.
“Kenapa sayang?” sedikit kecewa apabila perbuatannya dihalang oleh Mia. Masih menolak kemahuannya ke?
“Abang, kita terlupa sesuatu la.” kata Mia. Dia juga menunjukkan riak muka yang kecewa. Tidak terlintas langsung mahu menghalang keinginan suaminya itu tetapi perkara itu lebih penting.
“Apa dia?” Muaz mengangkat sedikit wajahnya. Direnung tajam wajah si isteri. Alasan apa lagi yang mahu diberikan.
“Kita tak solat isyak lagikan?”
“Subhanallah. Abang terlupa la.” Muaz mengetuk sedikit kepalanya tanda benar-benar lupa. Ini semua kerana Mia sangat menggoda. Habis dilupanya perkara yang penting itu.
“Hehe…apa la abang ni. Jom kita solat dulu.” Mia sudah bangun dari pembaringannya. Mujur dia teringat sebelum masing-masing terlajak. Nanti perkara yang wajib ditinggalkan. Perkara lain pula yang diutamakan.
Tetapi terbit juga rasa sesalan di hati Mia. Setiap kali ianya bakal berlaku, ada sahaja perkara yang menghalang semua itu. Sabarlah wahai hati.
“Jom. Sayang punya pasal la ni.” Tersenyum malu pula Muaz. Macam mana dia boleh terlupa. Lalu dia mengendong tubuh itu ke bilik air. Terjerit pekiklah Mia dengan tindakan drastik suaminya itu.
***
Sekali lagi mereka diberi peluang untuk solat berjemaah. Mia sangat kagum dengan kemampuan suaminya itu mengimamkan solat mereka bersama. Suami begitulah yang diimpikan selama ini.
Seperti biasa Mia akan terlebih dahulu mencapai tangan si suami untuk memohon ampun dan maaf. Begitu juga dengan Muaz. Tanpa sedikit rasa terpaksa dia mencium dahi Mia.
Mia perasan Muaz tidak henti-henti memandangnya sehinggalah dia selesai menyidai kain telekungnya. Aduh, perasaan gementar itu kembali lagi.
“Kenapa abang tengok Mia macam tu? Ada hutang ek? Berapa? Berapa?” konon-konon mahu bergurau la. Bagi menutup rasa gementar di hati. Sabar sajalah.
“Ada. Banyak pulak hutang tu. Nak bayar secara ansuran ke atau nak langsaikan semua sekali?” Muaz pula hanya melayan. Sebagai seorang lelaki dia juga merasa gementar. Tetapi takkanlah dia pula yang harus tersipu-sipu menutup malu. Terbalik sudah.
“Ansuran la ya? Tak cukup duit ni.” Mia buat-buat bingung.
“Oo…boleh..boleh. Apa la salahnya. Saya bukan along, tapi angah.” Seloroh Muaz lagi. Tergelak Mia dengan jawapan selamba Muaz itu.
“Hahaha…lawak la abang ni. Mia kasi sedekah itu ketawa aaa…”
“Over nampak. Meh sini!” panggil Muaz. Dia menepuk lembut pahanya sebagai tanda menyuruh Mia duduk di ribaannya.
“Uit, sofa ni mahal tau. Mia duduk atas sofa ni jela.” Sebelum duduk sempat lagi dia menepuk-nepuk sofa itu. Berhabuk la sangat.
“Abang kata sini! Kata nak bayar hutang.” Perli Muaz.
“Cian sofa ni. Macam tak ada sapa nak hargai dia.” Mia masih dengan lawak murahannya.
Muaz tidak membalas sebaliknya hanya menjeling tajam pada isterinya itu.
“Yela-yela. Tu pun nak jeling-jeling. Korek biji mata tu karang baru tahu.” Aduh! Takut sebenarnya ni. Tetapi dia melangkah juga ke arah Muaz. Dup dap dup dap.
Baru sahaja dia berkira-kira mahu duduk di atas riba Muaz, suaminya itu terlebih dahulu menarik tubuh kecil Mia. dengan tepat punggungnya mendarat di atas riba Muaz.
“Slow la sayang ni.” Sempat lagi mengutuk isterinya. Tetapi senyuman tetap diberikan.
“Amboi, mengata nampak.” Mia sudah menarik hidung Muaz.
“Sayang, kenapa sayang suka mengelak?” soal Muaz yang sudah mahu tergelak melihat isterinya itu menjadi gelabah.
“Mengelak? Bukan elak. Tepis je. Dush…dush…” siap dengan gaya-gaya lagi. Selesa pula dia duduk di atas riba Muaz. Kalau tahu tidak payah Muaz bersusah payah membeli perabot untuk rumah mereka. Mahu duduk dipanggil sahaja suaminya itu. Jauh sekali dia berangan.
“Oit…berangan ek?” Muaz menampar sedikit pipi comel isterinya itu. Berangan pula Mia ni.
“Eh, mana ada. Tengah memikirkan masalah kegawatan ekonomi negara kita ni. Macam mana nak bantu ek?” macam ahli perlimen la pulak si Mia ni. Dah la tak romantik, siap ubah-ubah tajuk lagi. Mujurlah Muaz sudah biasa dengan perangai isterinya itu. Dia pun suka melayan lawak kurang bijak dari isterinya. Penghibur hatilah katakan.
“Dah…dah. Jangan nak merepek lebih-lebih.” Dia kembali erat memeluk pinggang isterinya itu. Bahagia sekali rasanya dapat bermanja dengan Mia.
Tiba-tiba Mia memeluk erat tubuh sang suami. Entah mengapa di saat ini dia merasakan kehadiran Muaz benar-benar melengkapkan hidupnya sebagai seorang isteri. “Abang, terima kasih ya.” Ucap Mia benar-benar di cuping telinga Muaz.
“Sama-sama kasih sayang.” Walaupun ayat itu hanya sebaris ayat biasa tetapi ia benar-benar menjadikan Mia insan yang sedang gembira.
Tanpa sebarang bicara Muaz mengalihkan tubuh mereka. Mia hanya menurut sahaja.
Muaz memandang tepat ke dalam anak mata isterinya itu. Mia juga turut membalas beserta dengan senyuman yang Muaz sendiri pasti mengerti.
“Assalamualaikum…” si suami memulakan cerita.
“Waalaikumsalam…” si isteri menyambung cerita.
Semoga cerita yang dilakarkan mereka akan menemui pengakhiran yang gembira. Tidak henti-henti dua insan itu berdoa agar perhubungan mereka mendapat rahmat dariNya.
Malam itu berlalu bersama cerita yang menjadi rahsia di antara Nur Mia dan Muaz Hasbi.
best nye cpt2 sambung yee..;)
ReplyDeletemoga bahgia sentiasa..... Mia n Muaz...
ReplyDeletesemoga kebahagiaan sentiasa bersama mereka.. =)
ReplyDeletebbgurl : thnks ya...insyaAllah..^_^
ReplyDeleteaida sherry : amin ya rabb...
MGR : ^_^.....tq
lucu plak dgn komen Miss Green Rose dan Aida Sherry.. Kebahagian tu terletak kt tgn penulis novel nie la, sbb dia yg buat cite..hehehe.. Klw nk bahagia, suh je penulis wat bahagia..^_^..
ReplyDeleteAzfarSuhaimi : hehehe..xpe..komen apa2 pn ok..sy bce & sematkn dlm jiwa..tewah3....hik3...thnks ya..^_^
ReplyDeletedah tak ada sambungan dah ke?
ReplyDeleteRia Natsumi : sambungan masih ada. Tapi tidak dapat dipostkn lagi dlm blog ni...nk thu knp?jwpnnyer ada dlm entry strusnya..sorry ya..^_^
ReplyDeletesuspens betul jawapan akak. haha cpt smbung ek,..mintak2 ade next n3...
ReplyDeletealfa syamimi : akk dh xleh post next n3..skrg dlm proses mlengkapkan mnuskrip...n akn dinilai oleh pihak penerbit...so, klw ada rezeki, novel ni bkl diterbitkan..thnks ya..^_^
ReplyDeleteakak , mne smbngn neh ? sy0k plk bce . . . MM Couple ~!
ReplyDeleteAkmal : smbungan xboleh post dh kt blog ni...coz dlm proses penerbitan..sorry yer dik..nntikan 'anak sulong' akk ni yerp....ekekeke...
ReplyDeletexsabar nk tggu cter ni kuar novel..keep it up, kak..=)
ReplyDeletesharifah izzati :thnks sayang..doakan akk yerp..(sedang bertungkus-lumus)... >_<
ReplyDeleteBest sangat cite ney.
ReplyDeleteTak sabar nak beli.. :)
thnks so much333...tak sabar nak beli ye??sy plk xsbr nk tggu hasilnya =)....doakan yg terbaikk... CHAYOUK2!!!
DeleteAfwan,kak. Akak bila cerita ni nak terbit. Lama dah saya tunggu. :)
Deleteadeyhh..jwpn apa yg hrus akk bg ek..hehe..for ur infrmtion, mnskrip semuanya dh lgkp n dh hntr pd pblisher pn..skrg ni akk tggu giliran la syg...lama btl dh kan?dh kematu akk tunggu..hehe..tp akk ttp sabar menunggu..nti dh kluar kompom akk inform pembaca2 tersyg akk ni... :)
DeleteSaya dah beli ... Dah habis baca pun ... Best ... Sila lah beli ... Lawati blog saya yer ... Nak wat review nih ...
ReplyDeleteBoleh tak bgi bab 38 smpai bab yh trakhir sbb saya blum hbis baca
ReplyDelete