“Abang bangun.” Dihadiahkan ciuman selamat pagi buat suaminya itu. Entah kenapa sikapnya sudah menjadi seorang yang lepas laku. Mungkin setelah disedarkan oleh Muaz semalam.
“Ee…jangan kacau la.” Marah Muaz. Dia masih mengantuk. Sudahlah semalam mereka tidur lambat. Mia pula asyik mengganggunya sahaja.
“Bangun la. Mandi, solat subuh. Kata nak keluar awal hari ni.” Pagi-pagi buta lagi Mia sudah membuat bising. Dia mahu menceriakan suasana yang dingin antara mereka.
“Pergi la mandi dulu.” Arah Muaz. Matanya masih terpejam. Tidak larat mahu mencelikkan mata lagi.
“Jom la mandi sekali.” Entah hantu mana yang merasuk Mia di kala ini, Muaz pun tidak tahu. Sesedap hati sahaja berkata itu dan ini. Bukan seperti diri Mia yang asal. Kalau aku yang berperangai seperti itu tidak adalah hairan sangat.
“Jangan nak merepek pagi-pagi ni boleh tak?” marah Muaz lagi.
“Eleh, abang malu ek?” digeletek manja pinggang suaminya.
“Ish…Mia ni kenapa? Asal jadi macam ni?” direnung tajam wajah si isteri. Mata mereka bertentangan sesama sendiri.
“Eh, biar la. Dengan suami Mia. Bukan orang lain pun.” Dia mengangkat kening tanda mengusik Muaz.
“Dah la. Pergi mandi!” dia menolak sedikit tubuh Mia agar turun dari katil. Dia bimbang dia akan kalah.
“Sikit-sikit nak marah. Dah la memang dah tua. Nanti muka tu berkedut je. Tak comei dah.” Ejek Mia. Suka benar dia mengusik Muaz bagi menambahkan kegeraman di hati Muaz.
Muaz memandang tajam wanita itu lagi.
“Kiss sikit.” Sekali lagi Mia bertindak di luar jangkaan. Dia terus sahaja mengucup pipi kiri Muaz. Lalu berlari ke bilik air. Tidak mahu Muaz membebel lagi. Terbeliak biji mata Muaz melihat gelagat Mia itu. Ceh, dia sengaja nak kenakan aku la tu.
***
“Kita nak pergi jalan-jalan dulukan sebelum balik? Kita nak pergi mana bang?” macam-macam yang ditanya oleh Mia semenjak kereta Muaz keluar dari perkarangan Hotel Seri Malaysia itu tadi. Tidak henti-henti mulutnya berkata-kata.
Tetapi Muaz hanya diam sahaja. Kini sudah terbalik pula. Yang si Muaz pantang diganggu, pasti akan berbunyi. Yang Mia tidak henti-henti mengusik. Apa sudah jadi?
“Semua tak nak jawab. Mulut tak ada ek?” sengaja diletakkan tangannya di atas peha Muaz. Niat hati mahu mengusik Muaz lagi. Biar suaminya itu bertambah gelabah. Dah macam anak dara pulak suami aku ni. Hehehe… mahu tapi malu.
Mia sudah menjangka, pasti Muaz akan menepis tangannya. Diletakkan kembali di situ. Sekali lagi ditepis. Kali ini Mia memaut lengan Muaz yang sedang memandu. Dipeluk kemas.
“Abang nak drive la. Tak nampak ke?” dia cuba pula untuk melepaskan pautan itu. Konon-konon tidak sukalah dengan tindakan Mia itu.
“Tak nampak!” jawab Mia selamba. Dia tetap juga memaut lengan suaminya.
“Kita pergi Zoo Taiping nak? Mesti best. Dah lama giler tak pergi sana.” Ajak Mia.
“Abang bukan budak-budak.” Pantas Muaz menjawab. Mungkin sebelum kejadian semalam dia ingin benar berjalan-jalan berdua-duaan dengan Mia, tetapi kini keinginannya itu tidak sehebat semalam. Sedikit tawar hatinya.
“Yeke bukan budak-budak? Kalau bukan budak-budak dia tak boleh marah lama-lama tau.” Mendalam maksud kata-kata itu. Muaz pasti mengerti.
“Siapa yang marah?”
“Oo…bukan marah la ni? Dah tu? Merajuk ek?” tanya Mia lagi.
“Jangan tanya macam-macam boleh tak?”
“Abang merajuk ya? Nak Mia pujuk tak?” dicuit pula pipi si suami. Soalan demi soalan terlontar dari bibirnya.
“Duduk diam-diam la. Abang tinggal dekat tepi jalan ni karang.” Marah Muaz lagi.
“Sampai hati nak tinggal Mia sorang-sorang dekat sini. Nanti sapa nak teman abang tidur malam-malam? Hehehe…” ketawa Mia dibuatnya. Dia sendiri tidak sangka perangai nakal Muaz dulu berjangkit sudah dengan dirinya.
“Suka la? Gembira la? Happy la?” soal Muaz bertalu-talu.
“Suka la jugak. Abang, jom la pergi zoo.” Rengek Mia. Diusap-usap lengan si suami. Manalah tahu hati suaminya itu akan cair. Zam zam ala kazam.
“Kita balik KL terus. Kejap lagi nak singgah rumah papa sekejap.” Itu keputusan Muaz. Lagi pun cuaca sudah mendung sahaja pagi ini. Bimbang hujan pula. Lagi cepat sampai ke KL lagi mudah. Esok sudah mahu bekerja.
Mia membuat muka sedihnya. Dilepaskan pautan di lengan Muaz. Konon-kononnya dia merajuk minta dipujuk. Muaz perasan Mia menarik muka masam tetapi dia malas mahu melayan. Dahulu jika dia bersikap seperti itu Mia buat tidak tahu sahaja. Sekarang, biar dia merasa pula.
Sudahnya Mia terlena sendiri.
***
“Papa sihat ke?” tanya Mia sebaik sahaja melangkah ke dalam banglo Dato’ Masyhur. Disalam tangan orang tua itu.
“Sihat Mia. Macam ni la papa. Kamu ni kenapa monyok je Muaz?” Dato’ Masyhur sudah perasan dengan air muka anak terunanya itu. Sudah lama Muaz tidak bersikap begitu. Pasti ada yang tidak kena ni.
“Abang merajuk dengan Mia papa.” Adu Mia. Ditolak sedikit bahu suaminya itu.
“Merajuk? Mengada-ngadanya. Nak tunjuk manja la tu?” perli Dato’ Masyhur lagi. Bertambah mencuka wajah Muaz apabila papanya menyebelahi menantu yang seorang ini.
“Papa, yang lain mana?” tidak nampak pula Mia dengan adik-beradik yang lain.
“Kak long pergi bagi Aisyah tidur. Tadi meragam tak dapat ikut abahnya keluar. Adik ada dalam bilik kot. Melayan facebook la tu. Tak ada kerja lain.” Rungut Dato’ Masyhur. Biasalah budak-budak sekarang. Jangan katakan budak, bapa dan emak budak pun tidak menghadap benda lain sudah. Facebook sahaja. Pelik Dato’ Masyhur. Inilah dunia yang semakin canggih dan berteknologi tinggi.
“Oo…Mia pergi bilik kak long kejap ek abang? Jangan merajuk-rajuk.” Dicubit pula pipi suaminya itu. Lalu bergerak pantas menaiki tangga ke bilik Myra.
Muaz sudah tidak terkata apa. Depan papa pun selamba sahaja dia mengenakan dirinya. Memang betul-betul berani si Mia ni sekarang.
“Kamu ni kenapa? Dah pandai merajuk pula sekarang ya?” usik Dato’ Masyhur lagi.
“Mana ada papa ni. Angah ok je.” Dalih Muaz. Jatuhlah air mukanya kalau seisi rumah tahu akan keadaannya di kala ini.
“Yela tu. Kamu berdua tidur sini ke?” soal Dato’ Masyhur lagi.
“Tak la papa. Baju kerja tak bawak pun. Ni pun dari Taiping terus singgah sini. Hujung minggu ni kami datang tidur sini. Boleh kita makan ramai-ramai. Dah lama tak buat macam tu kan papa?” dahulu sudah menjadi kemestian bagi keluarga Dato’ Masyhur untuk makan beramai-ramai. Sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Sekarang amat jarang sekali mereka berbuat begitu kerana masing-masing sudah sibuk dengan hal sendiri.
“Tahu pun korang. So, hujung minggu ni kita berkelah ramai-ramai. Papa tak mahu dengar apa-apa alasan lagi.” Ujar Dato’ Masyhur. Walaupun dia seorang ahli korporat, meluangkan masa bersama keluarga adalah antara hal terpenting dalam hidupnya. Dia tidak suka hidup di dalam kesunyian. Setelah kehilangan isteri tercinta, hidupnya hanya disinari dengan gelak tawa anak menantu dan cucu sahaja.
Pernah juga anak-anaknya mencadangkan agar Dato’ Masyhur mencari pasangan hidup lain untuk menemani hari tuanya tetapi alasan yang diberi oleh Dato’ Masyhur hanya satu. Dia mahu terus setia terhadap isterinya walaupun jasad wanita itu sudah lama ditelan tanah. Begitu setia sekali.
Mereka adik-beradik begitu kagum dengan pendirian papa mereka. Mana tidaknya, jika dilihat pada kawan-kawan Dato’ Masyhur yang lain bukan sahaja ramai yang tidak setia malah siap bertukar-tukar pasangan apabila pergi ke mana sahaja. Maklumlah, wang ringgit sudah penuh saku. Pangkat juga bukan calang-calang. Isteri orang pun mereka kebas kalau mahu.
“Ok papa. Muaz on je. Mana Mia ni. Angah pergi panggil dia sekejap.” Dia mahu segera pulang. Dia mahu berehat secukupnya kerana keesokan hari banyak perkara yang perlu diselesaikan di pejabat.
Selepas Muaz dan Mia memeluk cium Aisyah Humaira, mereka meminta diri untuk pulang. Mia hanya menurut sahaja kemahuan suaminya itu untuk pulang lebih awal. Sampai di rumah nanti dia masih ada peluang untuk memujuk Muaz yang masih merajuk dengannya. Senyum keseorangan Mia.
***
“Abang jom tidur.” Ajak Mia suatu malam. Muaz masih leka menonton tv. Sebenarnya dia bukan teringin sangat mahu menghadap tv ini. Bukan ada rancangan menarik pun. Tetapi dia mahu melarikan diri dari Mia.
Muaz hanya diam sahaja. “Abang…” panggil Mia manja. Dia mahu tidur di bilik Muaz hari ini. Biarlah jika lelaki itu tidak mahu mengizinkannya berbuat begitu. Dia tetap mahu tidur di bilik suaminya.
“Pergi la tidur dulu.” Balas Muaz malas. Sengaja nak goda aku la tu. Aku tetap mahu jual mahal lagi.
“Ala, jom la tidur.” Dia sudah menarik lengan Muaz supaya bangun dan mengikutinya ke bilik. Dia suami aku, apa salahnya aku goda dia kan.
“Ish, kenapa dengan Mia ni? Pergi la masuk bilik tu. Abang nak tengok tv la.” Dia menarik lengannya. Matanya tetap ditumpukan pada kaca televisyen.
“Yeke nak tengok tv? Setahu Mia abang tak suka tengok kartun kan?” agak-agak la Muaz ni kalau nak tipu aku pun. Selalu tu kutuk habis kalau aku tengok kartun. Kononnya aku ni macam budak-budak la. Tak matang la. Sekarang dia pula yang menonton rancangan itu.
Yang tak boleh tahan siri kartun Tom & Jerry yang menjadi pilihannya. Lawak la Muaz ni.
“Biar la abang nak tengok apa pun.”
“Ok, Mia teman abang ek.” Tanpa meminta keizinan terlebih dahulu, Mia meletakkan kepalanya di atas riba Muaz. Selamba sahaja dia berbuat begitu. Dia malas mahu melihat wajah Muaz yang pastinya terkejut beruk dengan kelakuan beraninya.
“Bangun la. Pergi masuk bilik Mia.” arah Muaz. Dia bimbang dia akan kalah jika terus digoda Mia. Mengapalah tidak dari dahulu Mia berkelakuan begini. Rintih Muaz.
“Tak nak. Selagi abang tak masuk bilik, Mia pun tak nak masuk bilik. Fullstop!”
“Kenapa degil sangat ni?” soal Muaz sambil merenung tajam ke dalam mata Mia yang juga memandangnya.
Mia menyentuh kedua-dua belah pipi Muaz dan berkata, “Mia ikut perangai abang la. Abang pun degil jugakkan?” ada sahaja jawapan yang mahu dibalas kepada Muaz. Sengaja mahu terus mencabar suaminya itu.
“Abang kata pergi masuk bilik sekarang!” sudah sedikit meninggi suara itu.
“Tak nak. Tak faham ke Encik Muaz Hasbi sayang?” Lalu dia memeluk erat pinggang suaminya itu. Mukanya disembamkan ke perut Muaz. Takut juga dia mahu bertentang mata dengan Muaz. Dah macam singa lapar sahaja.
“Oo...degil cakap abang ek?” tanpa menunggu lebih lama, Muaz mencempung tubuh itu. Dia sudah mahu berdiri menuju ke arah bilik Mia.
Mia bukan seperti dahulu akan terpekik terlolong apabila Muaz berkelakuan begitu. Sebaliknya dia hanya tersenyum sahaja kali ini. Ya, dia sudah merelakan apa sahaja yang akan Muaz lakukan. Dia benar-benar yakin dengan hati dan perasaannya sekarang.
Dia meletakkan tubuh Mia di atas katil. Ditenung wajah itu lama. Jantung Mia seperti mahu berhenti berdenyut. Renungan mata Muaz tajam sekali. Ah, aku sudah jatuh cinta pada suamiku sendiri.
“Tidur sini diam-diam.” Lalu Muaz berlalu pergi. Dia terus sahaja masuk ke dalam biliknya pula.
‘Aik, takkan tu je? Dia tak tergoda dengan aku ke? Tak boleh jadi ni.’
Sebelum sempat Muaz menutup pintu biliknya, Mia pantas memeluk tubuh si suami dari belakang.
“Kenapa abang buat Mia macam ni? Abang tak sayang Mia ke?” tanya Mia inginkan kepastian. Sudah jenuh dia memujuk Muaz. Takkanlah lama benar dia ingin merajuk.
“Dah la Mia. Pergi tidur. Esok kerjakan?” Muaz bersuara lembut. Dia tidak mahu mencari pasal di tengah-tengah malam ini. Bukan sahaja jasadnya kepenatan, malah otaknya juga turut terbabit.
“Mia sayang abang. Mia cintakan abang. Mia yakin dengan perasaan Mia sekarang. Abang pun macam tu kan?” dia memalingkan tubuh Muaz menghadap dirinya. Dia mahu melihat seraut wajah suami tersayang. Suami yang telah lama diabaikan.
Muaz hanya tertunduk merenung lantai. Ya, memang dia sayang dan cintakan Mia.
“Abang, pandang Mia.” dipegang kedua-dua belah pipi Muaz. Ditatap kedua-dua belah mata Muaz. Lama mereka berkeadaan begitu.
“Abang sayang Mia kan?” soal Mia sekali lagi. Dia mendekatkan lagi wajahnya dengan wajah Muaz. Terasa hembusan nafas Muaz di wajahnya. Lembut sekali.
Muaz juga turut membalas pandangan itu. Sudah lama dia ingin berbuat begitu. “Dah lama abang sayangkan Mia. Abang cintakan sayang. Tapi sayang je tak ambil tahu.” Keluh Muaz. Tetapi masih dalam nada romantik. Kalah jua dia dengan kuasa cinta Mia.
Mia tersenyum gembira. Adakah kebahagiaan sudah menjadi milik mereka?
“Mia minta maaf. Mia yang bersalah.” Mia pula yang tertunduk. Dia malu dengan sikapnya yang keras hati selama ini. Langsung tidak mahu memberi peluang kepada diri mereka berdua. Air matanya mengalir tanpa dipinta.
“Shuhhtt…tak mahu menangis macam ni. Look at me sayang!” Muaz memegang dagu Mia yang turut basah dengan air matanya.
“Abang cinta, kasih, sayang dan rindu dengan sayang. Semua perasaan tu hak sayang selamanya. Abang janji.” Muaz menghadiahkan sebuah ciuman di dahi Mia. hangat sekali.
“Mia pun cinta, kasih, sayang dan rindu dengan abang.” Ujar Mia sebaik sahaja ciuman Muaz di dahinya terhenti.
Lantas Muaz menarik tubuh kecil itu ke dalam pelukannya pula. Mia turut membalas dengan rela hati. Mahu sahaja dia berkeadaan begini untuk selamanya. Terasa damai sekali apabila berada di dalam pelukan Muaz. Berhentilah wahai waktu. Aku ingin terus berada di sini. Dunia yang hanya ada aku dan suamiku.
“Sayang…” panggil Muaz. Pantas sahaja Mia mendongakkan wajahnya memandang tepat ke arah Muaz. Dia melihat suaminya itu hanya tersenyum memandang wajahnya.
“Yer bos…” jawab Mia mahu bergurau dengan suaminya.
“Ada ke bos? Tak best langsung la sayang ni. Tak romantik tau.” Rungut Muaz manja.
“Yer baby…”
“Ha, macam tu la…jom!” diangkat kening sebelah kirinya. Nakal sekali gayanya. Mia sudah tidak tertahan gelaknya. Betul ke Muaz ni? Sekeh karang!
“Jom? Kita nak pergi jalan-jalan ke? Nak pergi zoo ek?” soal Mia blur. Padahal dia tahu maksud Muaz itu. Wawawa…takutnya.
“Sayang ni sengaja buat tak faham ek? Ingat zoo tak habis-habis.” digigit manja pipi isterinya itu.
“Apa ni main gigit-gigit? Sakit la…” disapu-sapu pipinya yang sudah sedikit kemerahan.
“Dulu dah jadi ketam, sekarang nak jadi apa pulak? Tenuk ek?” perli Mia. Mereka masih berpelukan. Selesa sekali begitu.
“Sekarang abang nak jadi harimau kelaparan pulak.” Dihadiahkan pula sebuah ciuman di hidung Mia. Dari hidung bergerak pula ke pipi kanan dan kiri Mia. Seterusnya bibir Mia pula menjadi mangsa Muaz. Lama mereka berkucupan. Melepaskan rindu dendam yang sudah lama tersimpan dalam diri masing-masing.
Mia hanya merelakan apa sahaja yang dilakukan oleh Muaz. Dia sendiri leka dengan belaian lembut Muaz itu. Asyik sekali.
Muaz yang sudah tidak dapat mengawal dirinya mengendong tubuh Mia. Dia mahu mencurahkan seluruh kasih sayangnya buat insan bernama Nur Mia.
Tetapi langkah Muaz bukan ke arah katil di dalam biliknya. Sebaliknya Muaz menuju ke arah lain. Pelik Mia. Apa sebenarnya yang mahu dilakukan oleh Muaz.
“Abang…kenapa…” belum habis ayat itu dituturkan oleh Mia, bibirnya dipagut sekali lagi.
Pantas Muaz melangkah ke dalam bilik utama mereka di mana hanya Mia yang menghuni bilik itu sebelum ini. Diletakkan tubuh Mia di atas katil bersaiz besar itu. Dia juga turut merebahkan dirinya di sisi Mia.
“Biar segala-galanya berlaku di sini. Ok?” Mia masih belum percaya dengan apa yang terjadi. Tetapi dia turut merasai betapa Muaz menghargai dirinya kini. Syukur ya Tuhan.
Ketika mereka mahu melangkah ke fasa yang lebih serius telefon bimbit Mia kedengaran lantang berbunyi.
“Abang…telefon.” Mia memanggil Muaz yang masih dalam dunianya. Lalu Muaz mengangkat kepalanya dan merenung ke arah telefon Mia yang menjerit minta diangkat.
Serba-salah Mia mahu menjawab panggilan itu kerana bimbang Muaz akan berkecil hati. Mengapalah di saat ini kau berbunyi wahai telefonku sayang. Mia sempat memandang seraut wajah Muaz. Kasihan suamiku.
“Sayang angkat dulu. Mungkin penting. Cepat.” Dia menghadiahkan sebuah ciuman di dahi Mia beserta senyuman yang ikhlas sekali. Pelukan dilonggarkan sedikit kerana ingin memberi ruang kepada Mia untuk bergerak.
“Thanks abang.” Tanpa menunggu lebih lama Mia mencapai telefon yang terletak di atas meja kecil di tepi katilnya.
“Waalaikumsalam Mira. Kenapa ni?” Mia tiba-tiba menjadi bimbang apabila mendengar esak tangis sahabatnya itu. Dia memandang jam dinding di biliknya. Sudah hampir pukul dua belas tengah malam. Dipandang pula suaminya yang masih melekat ditubuhnya.
“Mia, maaf aku ganggu kau tengah-tengah malam ni. Tapi aku tak tahu nak call sapa dah.” Mira masih menangis.
“Tak apa. Aku tak kisah. Tapi kenapa dengan kau ni. Jangan la nangis. Kau cerita slow-slow.” Nasihat Mia. Dia bertambah risau selagi tidak mengetahui kisah sebenar.
“Aku dekat hospital KL ni. Zahidi excident.” Akhirnya terluah juga.
“Haa? Zahidi excident. Bila?” terbeliak biji mata Mia mendengar perkhabaran buruk itu.
“Dalam pukul sepuluh lebih tadi.” Mira sudah tidak mampu berkata lebih. Dia benar-benar bimbang dengan keadaan Zahidi di kala ini.
“Ok…ok. Aku pergi sana sekarang juga. Kau tunggu ya. Ada apa-apa hal kau inform aku ek? Sikit lagi aku sampai.” Jamin Mia. Ya, dia akan pergi mendapatkan Mira. Sahabatnya itu sudah banyak bersusah-payah demi aku. Apalah salahnya aku pula yang berkorban. Mungkin Mira sangat memerlukan aku ketika ini.
“Ok. Thanks Mia. Aku tunggu kau.” Lalu mereka menamatkan talian.
“Abang, Zahidi excident. Sekarang dekat hospital besar KL.” Adu Mia. Walaupun dia tahu Muaz sudah dengar perbualan mereka sebentar tadi.
“Jom kita pergi sana. Kasihan Mira sorang-sorang.” Ujar Muaz. Walaupun ada sedikit rasa kecewa apabila hasrat mereka berdua masih belum tercapai tetapi tidak mengapalah. Masih ada waktu untuk mereka.
“Betul ke ni bang? Kalau abang nak teruskan Mia….” Dipegang kedua-dua belah pipi suaminya. Bimbang Muaz berkecil hati.
“No sayang. Masih banyak waktu untuk kitakan? Jom cepat. Nanti Mira tertunggu-tunggu kita pulak.” Dikucup bibir Mia terlebih dahulu. Sabarlah wahai hati.
“Thanks abang. Mia sayang abang.” Lantas dia memeluk tubuh sang suami. Mujurlah Muaz mahu mengerti perasaannya ketika ini.
“Abang pun sayang Mia. Cepat la bangun. Abang ubah fikiran karang.” Gurau Muaz sambil tersenyum manja dengan isterinya itu. Memang berat mahu melepaskan rangkulan pada tubuh Mia tetapi dia terpaksa. Inilah masa yang ditunggu-tunggu sangat olehnya tetapi apa boleh buat.
Sampai sahaja mereka di ruangan Hospital Kuala Lumpur, mereka bergegas mencari Mira. Kali ini Mia dan Muaz bagai tidak dapat dipisahkan lagi. Muaz sentiasa menggenggam erat jari-jemari Mia. Mia juga senang begitu.
“Mira…” laung Mia apabila dia melihat kelibat Mira dia hadapan pintu bilik kecemasan.
“Mia…” lantas dia memeluk tubuh sahabatnya itu. Dia sangat memerlukan Mia ketika ini.
“Sabar Mira. Dah lama ke Zahidi kat dalam?” soal Mia.
“Agak lama jugak. Aku risau Mia.” tanpa henti air mata Mira mengalir. Mereka baru sahaja memasuki alam pertunangan. Tetapi perkara seperti ini pula yang berlaku. Astaghfirullah…
“Shuuuhttt…sabar Mira. Aku ada di samping kau. Kita tunggu sampai semuanya selesai ek?” diusap-usap belakang tubuh Mira. Kasihan dia melihat wanita itu.
“Sabar Mira. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi ni.” Nasihat Muaz pula. Sebagai suami kepada sahabat baiknya Muaz juga turut merasai kesedihan yang ditanggung Mira.
Hampir jam dua pagi barulah pembedahan Zahidi selesai. Mira sudah memaklumkan kepada kedua-dua belah keluarga. Hanya menunggu mereka sampai sahaja. Tetapi keluarga Mira di Taiping akan sampai pada keesokan hari. Maklum sahajalah. Bukannya dekat jarak antara Perak ke Kuala Lumpur.
Doktor memaklumkan bahawa bahu sebelah kiri Zahidi patah kerana dirempuh oleh kenderaan yang melanggarnya. Kesakitan lain hanya luka-luka kecil sahaja. Mujurlah nyawanya tidak melayang. Cuma buat masa ini, Zahidi masih belum sedarkan diri. Doktor mahu Zahidi berehat secukupnya. Bimbang jika Zahidi sedar terlalu awal, dia tidak dapat menanggung kesakitan pada tubuhnya.
Menurut cerita seorang saksi yang menceritakan perkara itu kepada Mira pula, Zahidi ingin melintas jalan selepas membeli barang di kedai 7-Eleven. Malangnya Zahidi tidak perasan ada kenderaan yang membuat pusingan U secara tiba-tiba ketika dia ingin melintas. Lebih malang lagi pemandu itu terus sahaja melarikan diri apabila mendapati dia telah melanggar tubuh manusia.
Mujurlah ada orang di sekitarnya yang perasan akan kejadian itu. Sempat juga mereka menghantar Zahidi ke hospital dengan segera. Kalau tidak tak tahulah apa yang akan terjadi.
“Korang balik la dulu. Aku nak temankan Zahidi. Keluarga dia masih belum sampai.” Kata Mira kepada Mia.
“Eh, tak apa. Biar aku temankan kau dekat sini. Nanti aku tanya dengan Muaz.” Dia terus berlalu ke arah Muaz yang masih berbual dengan doktor yang mengendalikan kes Zahidi.
“Abang…” panggil Mia lembut. Doktor itu pula meminta diri untuk beredar. Entah apa yang dibualkan oleh mereka.
“Yer sayang.” Muaz terus sahaja memaut pinggang si isteri. Rindu sekali rasanya.
“Mia teman Mira malam ni dekat sini boleh? Itu pun kalau abang izinkan.” Pinta Mia. Seandainya Muaz tidak mengizinkan, dia akan mengikut sahaja kata lelaki itu.
“Erm…nanti kejap abang fikir.” Dia buat-buat memegang kepala seolah-olah berat mahu memberikan jawapan.
“Tak apa la kalau abang tak izinkan. Kejap ek Mia pergi beritahu Mira yang kita nak balik. Esok abang kerja pulak.” Sebelum sempat dia melangkah pergi Muaz memegang erat lengannya.
“Hari ni je sayang teman dia kan? Esok tak dah kan?” Muaz tersenyum nakal. Mia faham maksud senyuman Muaz itu.
“A’ah. Hari ni je.” Jawab Mia ringkas.
“Ok, abang izinkan walaupun abang akan kerinduan sepanjang hari.” Dicium pipi kanan Mia. Terkejut Mia dengan tindakan Muaz itu.
“Abang, ni dekat hospital la.” tegur Mia. Malu seandainya ada mata-mata lain yang memerhati. Muaz ini selamba sahaja.
“Biar la diorang tengok. Diorangkan ada mata jugak.” Balas Muaz pula.
“Betul abang izinkan Mia teman Mira?” tanya Mia sekali lagi. Kalau boleh dia tidak mahu Muaz terasa hati lagi dengan dirinya. Nanti dikatanya aku melebihkan orang lain berbanding dirinya.
“Yer sayang. Abang izinkan. Tapi dengan satu syarat.” Dikenyitkan sebelah matanya pada Mia.
“Syarat? Teruk la abang ni.” Dicuit pinggang suaminya. “Syarat apa?”
“Hehehe…peluk abang sekali.” Dia mendepangkan tangannya ingin memeluk Mia. Bulat mata Mia memandang kenakalan Muaz ketika ini. Tidak perasankah dia yang hari sudah mahu menjengah ke pagi.
“Ee…” tidak sempat dia berkata apa Muaz sudah menarik dirinya ke dalam pelukan hangat itu. Lalu Muaz berbisik, “ I will miss you so much dear. Love you.” Dikucup kepala si isteri.
“Me too sayang. Abang dah la. Nanti orang nampak la. Malu…” bisik Mia pula. Dia cuba menolak tubuh suaminya itu agar berdiri jauh sedikit. Sudah seperti magnet sahaja Muaz ini. Mujurlah kedudukan mereka sedikit terlindung dari pandangan orang lain. Lagi pun selewat ini sudah tidak ada pengunjung yang lalu lalang. Yang ada hanyalah doktor dan jururawat sahaja.
“Abang balik dulu ya? Sayang jaga diri. Nak apa-apa call je abang.” Dicapai jari-jemari isterinya. Mia pula bertindak menyalam tangan sang suami seperti biasa. Dia juga terasa berat mahu melepaskan Muaz pulang. Mereka baru sahaja berbaik-baik. Tidak sangka pula hal ini yang akan berlaku. Inilah dinamakan takdir.
“Beratnya abang nak balik sayang…” rengek Muaz manja. Dia tetap tidak melepaskan genggaman di tangan Mia.
“You need to go back abang. Esok abang kerjakan? Maaf sangat sebab Mia tak dapat temankan abang malam ni. Tapi, baju kerja abang semua Mia dah siapkan. Abang pun jaga diri ya. Mia sayang abang. Pergi balik cepat.” Bukan niat dia mahu menghalau. Tetapi dia bimbang dia juga tidak dapat menahan kerinduan untuk melepaskan Muaz pulang terlebih dahulu. Oh, aku sudah benar-benar angau.
“Halau abang ek? Majuk la macam ni.” Muaz sudah membuat muka sedihnya. Sengaja mahu mengusik Mia. Payah betul mahu berpisah dengan Mia.
“No abang. Mia kasihan dekat abang je. Esok abang kerja. Mia ambil cuti esok. Balik ya?” pujuk Mia.
“Ok, demi sayang. Abang turutkan. Abang balik dulu ya? Bye sayang.” Dilepaskan pautan di lengan Mia.
“Bye abang. Bawa kereta elok-elok ya. Dah sampai rumah mesej Mia ok?” pesan Mia tanpa henti.
“Ok sayang.” Muaz sudah melambai-lambai tangannya. Siap dengan flying kiss lagi. Teruk benar ‘mabuk’ Muaz ni. Hehehe…
Baru sahaja Mia mahu melangkah pergi dia terdengar ada suara yang memanggil namanya. Dia terus menoleh ke belakang. Semakin bulat matanya.
“Abang…kenapa tak balik lagi?” soal Mia apabila Muaz menghampirinya semula.
“Abang tertinggal barang la sayang.” Beritahu Muaz. Serius sahaja lagaknya.
“Barang? Handphone ke? Kunci kereta?” Mia tidak henti-henti bertanya.
“Ermm…ni…” terus dikucup kedua-dua pipi Mia, dahi, hidung, dagu dan akhir sekali jatuh di bibir Mia.
“Abang…” jerit Mia perlahan. Dipukul bahu Muaz dengan geram. Tertipu dibuatnya dengan helah Muaz.
“Dah, abang pergi balik sekarang. Kalau tak Mia panggil doktor suruh inject abang. Nakalnya…” Mia buat-buat marah sambil bercekak pinggang. Tidak boleh jadi ni. Dia harus memastikan Muaz beredar segera. Kalau tidak semakin parahlah jawabnya.
“Ok…ok…bye bye sayang. Assalamualaikum.” Terus sahaja Muaz berlalu apabila mendapati Mia ingin mencubitnya pula. Tidak hilang tawa di bibirnya. Nakal sungguh perangai Muaz ni. Sabar sajalah kau Mia dapat suami yang loyar buruk ni.
***“Mia, kau ada sorokkan apa-apa dari aku ke?” soal Mira kepada Mia ketika mereka berbual-bual kosong di kawasan luar wad. Ingin mengambil angin sebentar. Mahu tidur pun mengantuk sudah hilang. Mahu terus menghadap Zahidi keadaannya masih sama. Biarlah dia berehat dari kesakitannya.
“Sorok? Apa pulak yang aku sorokkan? Mana ada la.” Mia pun musykil. Apa pula yang dimaksudkan oleh Mira ketika ini.
“Betul? Kau tak tipu aku?” Mira sudah tersengih-sengih seperti kerang busuk.
“Kau ni kenapa Mira? Aku ok je. Mana ada aku rahsiakan apa-apa.” Dalih Mia lagi. Dia masih tidak dapat menangkap apa maksud Mira itu.
“Yela, orang tu dah ada suami tersayangkan. Semua tak nak share dengan aku dah.” Perli Mira lagi sambil mencubit pipi Mia.
“Adoi, sakit la Mira. Kau ni demam ek? Tiba-tiba je berkelakuan macam ni. Risau aku.” Ujar Mia.
“Aku nampak apa yang terjadi tadi.”
“Maksud kau?” adakah Mira terlihat adegan yang tidak sepatutnya sebentar tadi di antara dia dan Muaz.
“Hahaha…ooo..pandai kau sorokkan dari aku ek? Akhirnya terkantoi jugak.” Mira menyambung tawanya.
“Mira, kau jangan kata yang kau nampak aku dengan Muaz tadi.” Mia sudah menaikkan jari telunjukkan ke wajah Mira.
“Romantiknya suami kau. Korang dah berbaik ek? Patut la tak berenggang aku tengok.” Tidak habis-habis Mira mengenakan Mia.
“Ee…malunya. Ni semua sebab Muaz. Lepas laku betul.” Mia menutup muka dengan kedua-dua belah tangannya. Mana mahu disorokkan muka ketika ini.
“Ala, dengan aku pun kau nak malu-malu. Itu nasib baik aku yang nampak. Kalau Zahidi yang nampak terus sihat dia tau.” Gurau Mira. Seronok dia melihat sahabatnya itu bahagia.
“Merepek la kau ni. Jangan cerita dekat sapa-sapa tau. Kalau tak aku tarik telinga kau.” Ugut Mia pula. Dia masih malu sebenarnya. Muaz punya perangai la ni. Aku yang terima malu.
“Kau mengintip aku ek Mira?” teka Mia. Kalau tidak macam mana Mira boleh nampak babak atas 18 tahun itu. Aduh, malunya.
“Eh, memandai je tuduh aku macam tu ek. Aku keluar nak cari kau la. Kata nak minta izin dekat Muaz la konon. Padahal ada ‘kerja’ dengan si Muaz tu ek?” dicucuk pinggang Mia pula.
“Ala, kau ni. Betul apa aku nak pergi minta izin dekat dia, tapi tak sangka pulak jadi macam tu.” Mia mereka-reka ayat supaya dia tidak mendapat malu lagi.
“Eleh, tak sangka konon. Eh, sejak bila korang jadi macam belangkas ni?”
“Bukan belangkas la. Tapi belalang. Hehehe…erm..baru hari ni la.” balas Mia sambil tersenyum penuh makna.
“What? Hari ni? Maaf Mia. Aku ganggu hari-hari bahagia korang.” Terasa bersalah pula Mira dengan Mia dan juga Muaz. Sahabatnya itu baru sahaja mahu meluangkan masa bersama dengan suaminya, tetapi aku sudah kacau daun.
“Eh, aku ok la. Aku faham keadaan kau sekarang. Kitakan kawan.” Mia memeluk bahu Mira tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi.
“Kau memang la ok. Muaz tu? Tambahan pulak aku tengok dia bukan main susah nak lepaskan kau teman aku dekat sini. Kasihan Muaz.”
“Tak apa la. Muaz izinkan dan aku tahu dia ikhlas.” Kalau Muaz tidak izinkan dia juga tidak mahu terus berada di sini. Tetapi apabila melihat wajah suaminya yang tenang sahaja dia sudah menjadi lega. ‘Mia rindu abang.’ Apalah yang sedang dilakukan Muaz ketika ini. Terasa rindu benar walaupun baru berpisah seketika. Kuasa cinta Muaz memang ajaib.
“Mia, kalau kau tak ada dekat sini teman aku sekarang mesti kau dengan Muaz tengah…” Mira tidak menghabiskan ayat itu. Biar Mia meneka sendiri.
“Kau jangan nak mengada fikir yang bukan-bukan ek?” sekali lagi dia dilanda rasa malu yang amat sangat. Teringat peristiwa sebelum mereka mendapat panggilan dari Mira. Masih terbayang di ingatannya seraut wajah Muaz yang begitu asyik melempiaskan kasih sayangnya kepadaku. Nakal sekali.
“Haa, tengok tu. Dah jauh berangan la tu. Teruk la kau ni Mia. Takut aku.” Mira menjauhkan sedikit tubuhnya dari Mia. Sengaja mahu berlakon.
“Eh, aku berangan pun dengan suami aku. Bukan dengan suami orang lain. Kau yang jeles.” Jika Muaz mendengar kata-katanya ketika ini pasti Muaz tidak akan menyangka yang Nur Mia juga seorang yang nakal.
“Oo…pandai la kau cakap macam tu ya? Dulu bukan main anti lagi dengan si Muaz tu. Sekarang bukan main gatal lagi kau ek? Aku beritahu Muaz baru tahu.” Kelakar dia melihat wajah Mia yang sedang angau.
“Hello Mira! Kau pun fahamkan keadaan kitorang sebelum ni. Nama je dah lama kahwin. Tapi kami masih belum merasai nikmatnya alam perkahwinan tau.” Mia sudah mengeluarkan hujah-hujahnya.
“Dah…dah. Aku gurau jela. Aku faham. Aku sentiasa doakan kebahagiaan korang berdua. Aku harap korang akan kekal bahagia selamanya. Cepat-cepat bagi aku anak buah ek? Tak sabar pulak aku.” Mira pula yang berangan jauh.
“Aku pun dah tak sabar nak ada anak sendiri. Hehe…” Ya, memang dia mahukan cahaya mata secepat mungkin dengan Muaz. Tambahan pula dia amat gemarkan kanak-kanak.
“Ee…Mia gatal, Mia miang…” ejek Mira.
“Weh, dah la kau. Jom tengok Zahidi. Gelak sampai tak ingat tunang kau tu ek?”
“Maunya aku tak ingat. Aku dah rindu gila dengan dia tau. Jom!” Mira memaut lengan Mia untuk berjalan seiring dengannya.
“Mira gatal, Mira miang…” Mia pula membalas ejekan itu. Gelak tawa mereka mengiringi perjalanan dua insan itu.
Biarlah Mira hiburkan hatinya buat seketika.
salam sejahtera & penuh kegembiraan kepada semua pembaca..di atas sebab2 yang saya titik beratkan, saya telah meng'edit' sedikit siri ke30 yang lama (hanya 10%). Seperti yang saya uar-uarkan sebelum ini, segala kritikan & komen anda akan saya nilai..slmt membaca...thnks a lot yarh...^_^
ReplyDeletesweet la kak....suka2...
ReplyDeleteRia Natsumi : thnks ya..doakan agar 'anak' sulung akk ni berjaya dilahirkan..^_^
ReplyDeletehikhik (gelak gedik)akak sweet punya pasangan. best. nty kalau2 novel da kluar gitau ek... and p/s: sy suka novelist islamic mcm akak! dada...
ReplyDeletealfa syamimi : thnks dik..klw novel ni bjy diterbitkan akk akn umum pd pembaca setia novel ni k..^_^
ReplyDeletebest n sweet laa akak ~! bile nk dpsrkn ? mst gmpk neh ~! all de best kak !!
ReplyDeletep/s : b;0g akak p0m best laaa . . . LOL ^^
*bl0g laa . . . clp plk
ReplyDeleteAkmal : thnks dear...insyaAllah jika semuanya berjalan dgn lncar..awl thn dpn novel ni akn diterbitkan..itu pn jika semuanya berjln sprt yg dirancang..doakan akk yer dik...^_^
ReplyDelete