-->
~CoretanSiPenaDaif~

..Pilih Mana Suka..

  • bola (1)
  • cerita ain (46)
  • cerpen (2)
  • cinta (18)
  • filem (1)
  • ilmu (1)
  • kata2 hikmah (2)
  • kecewa (4)
  • kekasih (1)
  • kereta (1)
  • kesihatan (3)
  • lagu (3)
  • langkawi (4)
  • lirik (2)
  • makan (3)
  • minat (1)
  • movie (1)
  • nasyid (1)
  • novel (5)
  • Novel : Segalanya Mungkin (36)
  • pandangan (10)
  • pengajaran (2)
  • pengalaman (21)
  • percutian (6)
  • perempuan (2)
  • perkongsian (21)
  • persoalan (3)
  • promot (17)
  • puisi (5)
  • ramadhan (6)
  • raya (6)
  • renungan (2)
  • resepi (19)
  • rindu (5)
  • rumahtangga (2)
  • sabah (2)
  • sahabat (4)
  • soal hati (5)
  • walimah (15)

Buat Pembaca Setia "Segalanya Mungkin"

Assalamualaikum w.b.t to all followers...moga kalian semua sentiasa dalam peliharaan Yang Maha Esa...^_^

For this entry, saya KHASkan buat semua pengikut setia novel bersiri 'SEGALANYA MUNGKIN' by nieya. Mungkin ada yang sudah mula bertanya mengapa next episode tak keluar-keluar lagi. Right?

 Sekali lagi saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi. Sebarang janji tidak boleh saya taburkan buat semua pembaca kerana bimbang apa yang dirancang tidak berjaya dilaksanakan.

Hampir sebulan yang lalu saya telah menerima 'risikan' dari pihak PENULISAN2U untuk memberi ruang @ jalan kepada saya bagi menerbitkan karya sulung saya ini.

Saya menerima perkhabaran itu dengan penuh kesyukuran dan keikhlasan. Besarlah harapan saya agar novel ini dapat diterbitkan segera.

Tetapi perlu saya ingatkan diri saya dan para pembaca, kini proses melengkapkan manuskrip baru saja bermula. Andai rezeki itu sudah termaktub buat diri saya, akan terbitlah sebuah lagi novel remaja bertajuk "Segalanya Mungkin" ini.

Dengan rasa rendah diri saya memohon doa kalian supaya dapat memberi semangat kepada saya untuk meneruskan misi & visi saya ini. Tanpa kalian semua, pasti karya saya akan dipandang sepi.

Andai rezeki untuk menerbitkan novel ini bukan milik saya, saya akan terus post episod2 yang akan datang di dalam blog saya yang serba kekurangan ini.

Harapan saya semoga semua para pengikut setia novel ini, dapat bersabar sehingga semua perkara dapat berjalan dengan lancar.

Jika 'anak sulung' saya ini berjaya dilahirkan, kalian semua pasti saya maklumkan...^_^

p/s : Doa kalian sentiasa mengiringi langkah penulis yang serba daif ini...^_*






~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Thursday, September 22, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
7 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

~3 lagu, 3 Cerita~

haloo....^_^

Hadoinyepun...semenjak dua ni banyak bona lagu2 yang buek den tersentuh kek kalbu ni...ulang lagu yang samo ja eh hari2...tara tak jemu ni jom kita layan...nallaaaa....lalalala...


Di Saat Aku Mencintaimu

Lagu ni betoi2 buat den aso sayu...hadoinyepun la...ahaks...


Muhasabah Cinta

Nangeh den dibueknyo...huh...TERemosi...


Ashiteru

Santai jer kan....layan jangan tak layan...


Kiranya tiga-tiga lagu ni tengah menjadi top 3 la dalam carta hit jiwa kita...ahaks...


p/s : enjoy it!!^_*





~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Wednesday, September 21, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Tomyam Sosej & Telur Bungkus ^_^

Assalamualaikum saudara-saudara tersayang...

Dah habis bulan ramadhan tak salah rasanya kita berceloteh pasal makanan pulak ek? Hehe...

Al-kisahnya, housemate kita dua orang ni (Cik Ngah & Cik Pia) baru balik dari Hatyai. Konon2 dah tak lalu la nak makan makanan malay ni. Sabo jela. Padahal pergi tak sampai 2 hari. Kasi lempang itu 2 olang perempuan. Adeh...^_^

Balik je ke rumah terus memekik, "Ain, masakkan akak tomyam. Kitorang dah beli banyak pes tomyam dekat sana..bla..bla.."

Mula2 ada la juga rasa nak luku2 kepala 2 orang ni. Hahaha...tapi fikir2 pulak, lepas balik dari bercuti (hari raya), memang tak sempat memasak lagi. Dah lama dapur rumah tu tak berapi. Gas pun segan2 je nak keluar dah. Dush3...

So, balik dari kerja terus gi kedai runcit dekat dengan opis ni. Beli la bahan2 nak buat tomyam. Maka, dengan itu terjadi la tomyam campur ala-ala kazam. Ahaks...dengan berseleranya dorang mencekik!!

Lepas je habis makan tu, Cik Pia kata, "Ain...........akak nak makan tomyam lagi esok." Huh, memang sudah nyaris2 nak makan kasut saiz 4 ni. Ekeke...mengalahkan orang thai seleranya. Dulu, tempoyak pun Cik Pia ni tibai. Ekeke...

Kita cakap dekat dia, rencah2nya ada lagi tapi ayam, udang, sotong memang dah tak ada. Yang ada cuma sosej. Fuhh!! Cik Pia kata, "tibai jela Ain. Yang penting akak nak kuah tomyam tu." Aduh...sabo jela.

Hahaha...akhirnya terjadi jugalah Tomyam Sosejnya. Entah apa2. Hehehe...nak tengok rupanya tak? Kali ni dengan telur2 bungkus kita bungkuskan untuk Cik Pia ni. Jom kita intai gambar2 resepi karut-mengkarut ni. Lalalala...


tomyam sosej zam2 ala kazam...ahaks...^_^

yg penting tak sakit perut sampai hari ni..lalala

telur bungkus...tapi guna daging cincang...ayam ilek!!




p/s : Thanks a lot to My Resepi sebab jadi bahan rujukan kita bab masak-memasak ni. Sapa2 yang nak try belajar memasak, search je dekat sini apa yang anda2 semua nak masak...ekekeke...(air tangan isteri itu mujarab)...^_*





~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Wednesday, September 21, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 31

 “Abang…Mia nak balik ni. Abang ambil Mia ya?” Mia membuat panggilan kepada Muaz apabila dia ingin pulang ke rumah setelah menemani Mira sehingga keluarga mereka sampai.

“Sayang turun sekarang. Abang dekat bawah ni.” Balas Muaz.

“Haa? Dekat bawah dah? Cepatnya abang sampai.” Pelik Mia. Dia baru sahaja membuat panggilan kepada lelaki itu. tub tub sudah berada di bawah. Superman betul laki aku ni.

“Abangkan superman. Hehe, cepat la turun.” Arah Muaz manja. Tahu sahaja apa yang difikirkan oleh Mia.

“Ok..ok. Mia turun sekarang.” Lantas Mia mematikan panggilan tersebut. Bergegas dia mendapatkan Mira.

“Mira, aku balik dulu ya? Tak apa kan?”

“Oo…ok. Tak apa la. Keluarga Zahidi dah ada ni. Aku pun nak balik sekejap lagi. Mungkin petang sikit aku datang sini semula dengan family aku.” Maklum Mira. Dia mahu pulang merehatkan badan buat seketika. Semalaman dia tidak tidur. Hanya berbual kosong dengan Mia.

“Ok. Aku balik dulu. Jaga diri ya? Ada masa aku datang lagi. Assalamualaikum.” Mia meminta diri untuk pulang.

“Waalaikumsalam. Mira menghantar pemergian Mia dengan pandangan kosong. Terima kasih sahabatku.


***


“Abang, pukul berapa abang sampai sini?” soal Mia sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta Muaz. Dicapai tangan Muaz untuk bersalaman. Muaz pula mencium dahi si isteri seperti biasa. Walaupun perkara itu tidak menjadi perjanjian antara mereka tetapi masing-masing sudah menganggap perkara itu akan menjadi wajib sekiranya mereka baru berjumpa.

“Erm…ada la dalam sejam dua.” Balas Muaz. Dijeling pula Mia di sebelah.

“Cop! Cop! Tapi kenapa baju abang sama dengan baju semalam?” Mia baru perasan yang keadaan Muaz sama seperti semalam. Biar betul suaminya ini. Takkanlah selepas bangun tidur terus sahaja ke mari.

“Eh, tak boleh ke abang pakai baju semalam? Abang saja nak jimatkan sabun basuh dekat rumah kita tu.” Alasan yang diberikan oleh Muaz seperti tidak logik.

“Abang ada sorokkan sesuatu dari Mia ya? Baik abang cakap.” Ugut Mia. Jari-jemarinya sudah mula merayap ditubuh Muaz. Mencari tempat yang paling sesuai untuk melepaskan cubitan berbisanya.

“Opss…jangan goda abang dalam kereta. Nanti kita sama-sama berumah dengan Zahidi pulak.” Muaz melawak.

“Goda? Abang jangan nak tukar topik ek? Cepat beritahu!” Mia sudah mengira-ngira mahu mencubit pinggang Muaz.

“Ok…ok…sebelum abang jawab kiss abang dulu.” Pinta Muaz sambil tersenyum nakal. Disuakan pipinya pada Mia.

“Tak ada…abang cakap dulu.” Akhirnya cubitan singgah juga di pinggang Muaz.

“Auuww…bisanya. Yela-yela abang cakap. Tapi sayang jangan marah abang.” Pinta Muaz lagi.

“Ok, Mia tak marah.” Dia masih bersabar dengan sikap Muaz yang suka sangat main-main dengannya.

“Abang tak balik rumah pun semalam.” Balas Muaz ringkas. Dia hanya memandang Mia dari hujung mata. Bimbang isterinya itu akan marah.

“What? Maksudnya abang tidur dekat sini? Dalam kereta?” soal Mia gelojoh.

“Yer tuan puteri.” Balas Muaz.

“Abang tak balik rumah langsung?” soal Mia lagi tanda tidak puas hati.

“Yela sayang. Buat apa balik kalau isteri abang ada dekat sini. Nak peluk almari, almari besar sangat. Nak peluk tv kang terkena renjatan elektrik pulak.” Jawab Muaz selamba. Ikutkan perancangan awal memang dia mahu terus pulang ke rumah. Tetapi memikirkan Mia berada di hospital ini tiada guna juga dia pulang ke rumah. Sekurang-kurangnya kalau dia terus berada di sini, senang sedikit hatinya. Dekat di mata dekat di hati. Hehe…

“Kenapa abang tak balik? Dah tu tak kerja ke ni?”

“Saja la abang tak nak balik. Abang rindu Mia. Abang ambil cuti hari ni.” Muaz menumpukan perhatian pada pemanduannya. Maklumlah, jalan tengah sesak dengan manusia-manusia yang ingin ke tempat kerja masing-masing.

“Ambil cuti? Laa, tak pasal-pasal je abang kena ambil cuti sebab Mia.” keluh Mia pula.

“Eh, bukan sebab Mia. Tapi sebab Mira.” Gurau Muaz. Dicuit pipi isterinya.

“Mengada la abang ni. Tak sakit pinggang ke tidur dalam kereta?” kasihan pula dia dengan suaminya itu. Pasti sudah kebas seluruh badannya.

“Sakit sangat. Balik karang sayang urutkan abang ek?” ujar Muaz beserta memek mukanya yang dibuat-buat sakit. Berlakon!

“Tu la pasal. Orang suruh balik tak nak balik. Yang susah-susah tunggu dekat sini pasal apa? Mia dah cakap yang Mia ok dekat sini.” Mia sudah membebel.

“Ala, sekarang ni abang dah tak boleh nak berjauhan dengan sayang la. Rasa susah sesangat.” Ditekan-tekan ayat terakhir itu.

Mia menarik telinga Muaz apabila dirasakan Muaz sangat pandai bermain kata-kata manis dengannya.

“Balik karang sayang urutkan abang ek?” tanya Muaz sekali lagi. Alangkah bahagianya kalau Mia sudi mengurut tubuh badannya.

“Boleh, tapi kena ada upah la. Mia ni pengurut professional tau. Bukan semua orang dapat guna khidmat Mia.” bangga pula rasanya. Niat hati mahu mengusik si suami.

“Oo…nak kena ada upah ya? Apa upahnya?” tanya Muaz serius. Dia pun mula la mahu menunjukkan sikap loyar buruknya.

“Senang saja tuan hamba. Dapatkan beta sepinggan daging tenuk. Beta akan melaksanakan tugas beta dengan baik.” Siap dengan gaya-gaya lagi Mia berbicara. Ia turut mengundang gelak-tawa Muaz.

“Baik tuanku. Beta akan beri ganjarannya malam ini.” Dijeling-jeling manja si isteri di sebelah.

“Abang gatal…” Mia sangat memahami apa yang dimaksudkan oleh Muaz itu.

“Eh, abang tak cakap apa-apa pun. Maksud abang malam ni abang akan beri daging tenuk tu dekat sayang. Sayang tu yang nak menggatal dengan abang. Cakap jela.” Muaz menarik pipi kanan Mia pula.

“Aa…sakit la. Ok, kita tengok sapa yang menggatal dengan sapa.” Ditarik pula telinga Muaz. Begitulah mereka sepanjang perjalanan pulang.

Bunga-bunga bahagia sudah mula tumbuh dan membesar dalam kehidupan mereka. Tiada lagi kemarahan dan kedegilan yang membelenggu mereka berdua. Oh Tuhan, kekalkanlah kebahagiaan kami sekeluarga.


***


“Abang, Mia nak tidur sekejap boleh tak? Letih la.” Pinta Mia ketika selesai menunaikan solat zohor berjemaah.

Dia benar-benar mengantuk setelah semalaman menemani Mira di hospital. Matanya juga sudah lebam kerana tidak cukup tidur.

“Jom! Abang pun ngantuk ni.” Ajak Muaz ketika menyidai kain sejadah mereka.

Mia hanya menurut sahaja. Lantas dia memanjat katil di biliknya. Dia sudah tidak berfikir apa-apa ketika ini. Keletihan menguasai dirinya.

Diikuti oleh Muaz juga. Dia mengambil tempat di sebelah isteri tersayang.

“Sayang, baring dekat sini.” Muaz meminta Mia agar tidur beralaskan lengannya. Keadaan mereka sudah tidak seperti dahulu.

Mia yang memang sudah mahu terlelap hanya mengikut sahaja permintaan suaminya. Lalu dia meletakkan kepalanya di atas lengan sasa Muaz.

“Selamat tidur sayang.” Bisik Muaz sambil menghadiahkan sebuah ciuman di telinga isterinya itu.

“Selamat…” tidak sampai lima minit Mia sudah terlena.

Muaz yang masih belum melelapkan mata mengambil kesempatan menatap wajah Nur Mia. Comel sekali wajah Mia ketika sedang tidur. Dia mengusap-ngusap pipi sang isteri. Hatinya terus ditarik-tarik untuk mengucup bibir Mia yang kelihatan seksi sekali. Walaupun Mia tidak membalasnya kerana sudah lena, Muaz tetap berpuas hati.

“Abang sayang Mia. Abang cintakan sayang. Tidurlah puteriku. Abang akan sentiasa menemani dirimu sayang.” Sudah puas menilik dan mengucup wajah comel itu, akhirnya dia juga terlelap di sisi isterinya. Mia pula bertambah lena apabila dirasai tubuhnya didakap erat oleh Muaz.


***


“Sayang, bangun…solat asar dulu.” Kejut Muaz. Dia baru sahaja selesai menunaikan solat asar secara bersendirian. Ketika bangun dari tidur tadi mahu sahaja dikejutkan si isteri. Tetapi apabila memandang wajah Mia yang benar-benar keletihan, Muaz mengambil keputusan untuk membiarkan Mia tidur sebentar lagi.

Dia dapat juga melelapkan mata semalam. Mia pula langsung tidak tidur.

Mia menggeliat lembut. Tersenyum Muaz melihat telatah isterinya itu. Tidak sedarlah tu ada mata yang memerhati.

“Sudah-sudah la menarinya. Karang sambung pulak.” Perli Muaz. Dia terus sahaja memanjat katil itu. Dikuak sedikit rambut Mia yang sudah terlepas dari ikatan. Walaupun rambut isterinya tidak sepanjang mana, tetapi cukup sesuai dengan wajahnya yang comel. Dia juga lebih gemarkan Mia berambut panjang dari pendek seperti lelaki. Hilang keayuannya nanti.

“Bangun la sayang…” dicium dahi isterinya pula. Liat betul mahu bangun. Dia terus menatap wajah Mia lagi. Tidak jemu rasanya.

“Dah pukul berapa ni bang…?” soal Mia lemah. Ikutkan hati mahu sahaja dia menyambung tidur. Tetapi memikirkan dirinya masih belum menunaikan solat asar, terpaksa dilupakan hasratnya itu.

“Dah enam suku. Cepat bangun.” Arah Muaz lagi.

“Ngantuknya…penat la.” adu Mia manja.

“Abang faham tapi sayang tak solat lagi. Cepat bangun. Kalau tak abang gigit hidung tu.” Muaz sudah mendekatkan wajahnya pada Mia.

Mia yang bimbang jika Muaz mengotakan kata-katanya terus sahaja bangun dan duduk. Masih mamai-mamai lagi gayanya. Inilah akibatnya jika tidur di waktu petang. Liat sekali rasa ingin mencelikkan mata. Tambahan dipeluk Muaz tadi, lagi lena tidurnya. Dia tersenyum sendiri.

“Apa senyum-senyum ni? Pergi la solat sekarang.” Muaz menampar lembut paha Mia.

“Orang nak bangun la ni. Tepi..tepi…” Mia menepis-nepis tubuh Muaz. Sengaja mahu mengusik suaminya. Bukan tiada ruang untuk dia bergerak.

“Amboi, over nampak.” Perli Muaz sambil mencubit pipi Mia.

“Ee…Mia nak bangun la ni. Abang ni berleter mengalahkan baba tau. Sakit telinga…telinga sakit…wawawa…” Ejek Mia sambil berlari kecil menuju ke bilik air. Tidak mahu menerima ‘hadiah’ dari Muaz lagi.

Muaz hanya tersenyum sahaja. Sejak jatuh cinta ni memang dia suka membebel. Rasa semua benda tidak sempurna. Mialah yang menjadi pendengar setianya. Kadang-kadang apabila dia baru sahaja mahu memulakan leteran, Mia buat-buat tidur. Nakal sekali wajahnya ketika itu.


***


Seusai menunaikan solat asar empat rokaat, Mia tidak terus membuang telekung ditubuhnya. Dia bangun menuju ke arah Muaz yang sedang asyik membaca buku di atas katil mereka. Kini, walaupun tidak secara rasmi Muaz pindah ke bilik utama, Mia sudah faham yang Muaz tidak mahu mereka tinggal di bilik yang berasingan lagi.

Muaz tidak perasan Mia sedang menuju ke sisinya.

“Abang…” panggil Mia perlahan.

“Ya sayang.” Lantas dia meletakkan buku yang dipegang di atas meja kecil di sebelahnya.

“Abang baca buku apa?” Mia mencapai pula tangan Muaz untuk bersalam. Selalu kalau dia solat berjemaah dengan babanya, tangan tua itu pasti diraihnya tanpa dipinta.

Muaz merenung penuh makna pada sekujur tubuh yang sentiasa menghormatinya sebagai seorang suami. Dihadiahkan sebuah ciuman di dahi Mia. Panas terasa.

“Baca buku masak-memasak.” Gurau Muaz. Buku itu sudah lama dipinjamnya daripada papa. Tetapi masih belum berkesempatan untuk membacanya.

‘Berbahagialah Kamu Di Dunia Mahu Pun Akhirat.” Ya, itulah tajuk buku yang sudah lama ingin dikhatamkan. Menarik isinya. Bukan sahaja melibatkan hujahan berkaitan hidup berpasangan sebagai suami isteri, tetapi mengupas keseluruhan tentang kehidupan sebagai hamba Allah.

“Iya? Abang nak belajar masak ek? Wah, bahagianya Mia. Lepas ni Mia boleh goyang kaki sambil berangan-rangan. Abang, tembikai laici satu. Nasi goreng ayam satu aa...jangan lambat. Kasi bubuh telur mata biru satu…” tidak habis-habis dia mendapat idea untuk mengenakan Muaz.

“Baik puan. Meh nak kasi sekeh sekali sama itu kepala.” Muaz pula membalas bersama loghat ala-ala kedai mamak. Nakal betul isterinya itu. Nur Mia memang seorang yang kelakar. Tidak kering gusi apabila berbicara dengannya. Ayat-ayat nakal seringkali kedengaran apabila mereka berbual tentang sesuatu. Kata Mia, dia tidak mahu hidup dalam keadaan serius sahaja. Mahu meletup dunianya kalau terus berkeadaan begitu.

“Abang, Mia nak minta maaf di atas semua kesalahan Mia pada abang ya? Mia gagal jadi isteri yang baik pada abang. Mia hanya ikut kata hati Mia je.” Keluh Mia sambil menggenggam erat jari-jemari suaminya. Dia bergerak lebih dekat dengan Muaz. Telekung juga masih tidak ditanggalkan.

“Sayang, sayang jadi macam tu semua disebabkan abang tau. Abang la punca segalanya. Pada awal perkahwinan kita dulu, sayang baik sangat dengan abang. Tapi abang yang tak pandai nak menghargai. Siap maki hamun lagi. Terukkan abang ni?” Muaz pula menyalahkan dirinya. Jika tidak kerana sikapnya yang curang, sudah pasti kehidupan mereka dilimpahi kebahagiaan yang tidak bertepi. Tetapi mereka hanya insan biasa yang seringkali melakukan kesilapan tanpa berfikir terlebih dahulu.

Mujurlah Allah memberikan mereka peluang sekali lagi. Dia berjanji tidak akan mensia-siakan peluang yang ada ini. Dia akan cuba untuk menjadi seorang insan yang sempurna di sisi Nur Mia. Itu sahaja pintanya.

Mia yang terasa sayu melihat raut wajah Muaz menyembamkan mukanya ke dada Muaz. Dia benar-benar sudah jatuh sayang kepada suaminya itu.

“Lepas ni kita bina hidup baru ya? Tak nak lagi sedih-sedih macam ni. Kita masing-masing ada buat silap. Sekarang, masa untuk kita tebus balik apa yang kita dah lepaskan dulu. Ok sayang?” dia mengangkat dagu si isteri supaya memandang ke wajahnya.

“Baik abang. Mia nak jalani hidup Mia dengan abang je. Mia nak luangkan masa untuk abang.” Itu janjinya.

Muaz tersenyum riang. Syukur ya Tuhan. Kau dekatkanlah hatinya dengan hatiku.

“Abang…Mia nak tanya ni.” Ujar Mia yang masih berada dalam pelukan Muaz. Erat sekali pautannya di pinggang Muaz. Kedua-dua mereka sudah bersandar pada kepala katil. Santai sahaja gayanya.

“Tanya apa sayang? Ni kenapa tak bukak-bukak lagi telekung ni?” Muaz bertanya sambil tangannya sudah mahu membukakan telekung yang tersarung di tubuh isterinya.

“Eh, jangan la. Biar la. Mia selesa la macam ni.” Dia menampar lembut tangan suaminya yang mahu menyingkap telekung yang dipakainya.

“Yeke selesa? Ke takut dengan abang ni?” Muaz menjungkit-jungkitkan keningnya seperti mahu mencabar Mia.

“Eh, kalau Mia takut tak adanya Mia datang menyerah macam ni.” Mia membela dirinya. Takut? Mungkin dahulu dia seperti itu apabila tubuhnya hampir dengan Muaz. Tetapi kini tidak lagi.

“Eleh, berlagak. Eh, sayang nak tanya apa tadi? Membebel je. Jahit mulut tu karang.” Muaz mengemaskan lagi pelukan.

“Erm…abang ingat tak dulu Mia ada bela anak kura-kura? Yang Mia selalu usung dalam balang kecil tu.” Perasan atau tidak Muaz dengan haiwan belaannya dahulu. Memang dia tidak pernah menunjuk secara dekat pada Muaz kerana lelaki itu tidak pernah langsung berminat dengan diri dan aktiviti hariannya.

“Anak kura-kura? Nanti kejap abang fikir.” Seingatnya dia memang ada terlihat Mia menjinjing balang kecil berwarna biru. Oh, dia sudah ingat. Binatang comel itu telah menjadi mangsa keadaan ketika Mia melihat kecurangannya bersama Elisa. Oh, Tuhan.

“Sayang…kura-kura yang…” Muaz tidak mampu untuk meneruskan ayat itu. Bimbang jika isterinya akan terluka kembali apabila mengingati peristiwa hitam itu.

“Abang, Mia bukan nak ungkit apa-apa la. The point is Mia nak tahu apa yang jadi lepas Mia tinggalkan Kujan.” Diusap lembut pipi suaminya. Cuba memujuk. Dia tidak mahu Muaz menjadi serba salah apabila memikirkan detik hitam yang pernah berlaku dalam hidup mereka itu.

“Abang perasan sayang terlepas balang tu. Hari tu abang tak ambil peduli sangat apa yang terisi dalam balang biru tu. Keesokan harinya baru abang perasan benda-benda tu dah berterabur. Tapi kan sayang…kura-kura tu dah mati masa abang jumpa. Abang minta maaf.” Hurai Muaz penuh teliti. Ya, ketika hatinya sedang berserabut, dia tidak mengambil tahu langsung akan perkara itu, tetapi setelah kakinya hampir-hampir memijak haiwan itu, barulah dia teringat akan haiwan peliharaan Mia. Malangnya ketika itu, haiwan tersebut sudah tidak bernyawa.

“Yeke? Tak apa la. Dah hayat dia sampai situ je. Mia tak marahkan abang la.” Tipulah andai tiada sedikit kesedihan pun dalam dirinya buat si Kujan. Dialah yang menjadi peneman setiaku di kala suami sendiri tidak menghiraukan diriku. Tetapi dia tidak mahu terlalu serius dalam hal ini. Hati Muaz perlu dijaga juga. Pergilah kau wahai Kujan. Semoga kau tenang. Aku sayang kau sangat-sangat. Dia cuba menahan air matanya dari bercucuran.

“Nanti abang ganti dengan yang lain ya? Abang janji.” Kata Muaz sambil mengangkat sedikit tangannya tanda berjanji. Pada dia haiwan itu hanya nyawa biasa dalam dirinya, tetapi tidak bagi Mia. Ah, salah aku.

“Eh, tak apa la. Mia dah dapat pengganti Kujan.” Dicium kedua-dua belah pipi Muaz.

“Cop sayang! Kujan? Tu nama binatang ke nama kuih?” Muaz blur.

“Abang ni. Ada ke kuih pulak. Merepek je. Nama anak kura-kura tu la. Ape da…” sindir Mia sambil tersenyum.

“Mana sayang dapat idea nak bubuh nama tu?” tertarik pula Muaz ingin tahu asal-usul nama si anak kura-kura itu.

“Mia kan memang cerdik bernas. Tengok kasut la. Hehe…Kujan tu gabungan perkataan kura-kura jantan. So, Mia singkatkan jadilah Kujan. Nice kan?” dinaik-naikkan keningnya tanda bangga.

“Bangga nampak?” Muaz sudah mencium wajah isterinya itu. Geram sekali dengan kenakalan Mia.

“Mana sayang tahu kura-kura tu jantan? Pandai-pandai je.” Itu jugalah ayat yang dikeluarkan oleh Mira dahulu. Mia senyum sahaja.

“Mia tahu la. Dia selalu kenyit-kenyit mata dengan Mia tau. Jangan jeles.” Bab merepek merapu serah sahaja pada Nur Mia.

“Eh, jap..jap. Abang nak tau nama penuh dia tak? Mia dah daftarkan dengan JPN.” Serius sahaja wajah Mia.

“Iyer? Apa dia sayang?” Muaz hanya melayan sahaja walaupun dia tahu Mia sudah mula merepek.

“Kujan bin Muaz Hasbi Aqalakuk.” Sebaik sahaja Mia habis menuturkan ayat itu dia mahu turun dari katil lalu melarikan diri dari Muaz yang sudah sedia dengan senjata-senjatanya untuk menyerang Mia.

“Mana nak lari ha?” Muaz mengejar Mia. Dapat sahaja tubuh itu, terus dicempung ke atas katil. Mia yang masih bertelekung menutup mukanya dari menjadi mangsa cumbuan Muaz.

Begitulah petang mereka berlalu. Masing-masing dengan perangai sendiri. Tetapi tiada lagi pertengkaran. Yang tinggal hanya senyuman.


***


“Abang jom makan.” Pelawa Mia sesudah dia selesai menyediakan makam malam buat mereka berdua. Selesai sahaja bersolat maghrib berjemaah, Mia pantas turun ke dapur untuk memasak.

Muaz sudah melarang tetapi Mia berkeras mahu memasak juga. Ikutkan Muaz dia mahu membeli sahaja di luar memandangkan isterinya itu masih tidak cukup tidur. Kata Mia, dia ingin suaminya itu makan hasil air tangannya sendiri selagi dia mampu melakukannya.

Ringkas sahaja. Sotong masak sambal tumis, sayur kailan goreng bersama ikan masin, dan telur dadar. Ringkas tetapi menyelerakan.

“Wah..wah..wah..wanginya bau. Tergoda abang.” Didekatkan hidungnya pada wajah Mia.

“Sapa yang wangi ni?” tanya Mia.

“Lauk-pauk ni la.” jawab Muaz tersengih-sengih.

“Kalau lauk-lauk ni yang wangi kenapa hidung abang tu ke sini. Sepatutnya ke situ.” Diarahkan jari telunjuknya pada pinggan-pinggan yang sudah terisi dengan masakannya sebentar tadi.

“Oppsss…tersilap pulak. Hehehe… Tapi kan sayang lagi menggoda.” Sudah mula keluar ayat-ayat manisnya.

“Dah, berhenti merepek dulu ya? Jom makan. Mia dah lapar ni. Sapa la yang masak sedap sangat ni. Ish…ish…ish…” puji diri sendiri nampak gayanya.

“Amboi…isteri sapa la ni yang suka sangat perasaan tak sudah-sudah? Ayuh kita makan puteriku sayang.” Berbalas-balas mereka. Padahal dua-dua memang suka bab-bab bangga diri ni.

Lalu Mia menyedukkan nasi ke dalam pinggan suaminya. Muaz pula pantas membaca doa makan. Inilah pertama kali mereka merasai nikmatnya makan bersama sebagai sepasang suami isteri.


***


“Abang pergi duduk dekat depan dulu. Mia nak kemas dapur sekejap. Tadi lepas masak tak sempat nak basuh semua benda ni.” Arah Mia apabila Muaz kelihatan ingin membantunya mengemas dapur. Rajin benar gayanya.

“Eh, sapa kata nak tolong sayang. Abang saja tunjuk-tunjuk rajin. Suami mithali la katakan.” Jawab Muaz bergurau.

“Oo…yeke? Abang teringin nak makan kuali saiz lapan tak? Mia nak kasi ni.” Dia sudah mengangkat kuali yang mahu dibasuhnya.

“Baik puan. Saya bergurau lembut-lembut je. Awak bergurau bukan main manja lagi.” Perli habis Muaz lantas mengarahkan kakinya ke ruang tamu. Mahu sahaja dicubit pipi Mia. Tetapi pasti isterinya itu akan mengamuk.

Mia hanya menjeling manja pada si suami. Ada sahaja jalannya mahu mengenakan aku. Jarang sekali boleh berbicara secara serius dengan dia. Jawapan ‘bijak’ jugalah yang diberi oleh Muaz.

Kemana pula perginya Muaz. Sesekali dia menjenguk ke ruang tamu mahu memastikan Muaz berada di situ. Tetapi senyap sunyi sahaja. Takkan dah tertidur. Jarang benar Muaz tidur terlalu awal.

“Abang…” panggil Mia lembut. Sengaja mahu memastikan Muaz berada di ruang tamu rumah mereka.

“Abang…” laung Mia sekali lagi. Tetapi sedikit kuat. Ke mana pula suaminya ini? Biarlah. Dia sedang membaca kot di atas. Mia dapati Muaz memang seorang yang rajin membaca. Tidak kira buku atau majalah. Jika dirasakan buku itu menarik, pasti dia baca. Lagi pun, Muaz kan orang business. Membaca itu sudah menjadi kewajipan bagi mereka.

Begitu juga dengan Dato’ Masyhur. Jika ada masa terluang pasti dia akan membaca. Jadi tidak hairanlah di banglo Dato’ Masyhur terdapat satu bilik khas bagi menempatkan koleksi buku-buku Dato’ Masyhur. Kagum Mia dengan keluarga itu.

Mia terus sahaja leka mengemop lantai dapurnya yang sedikit berminyak. Alang-alang sudah di dapur lebih baik selesaikan semuanya. Esok pagi tidak perlulah dia bangun terlalu awal untuk mengemas dapur sebelum ke tempat kerja.

Mia memang tidak boleh melihat rumahnya berselerak. Pasti tangannya gatal mahu mengemas. Mungkin disebabkan baba juga seorang yang pengemas. Pantang melihat ada yang tidak kena pasti babanya itu akan membebel. Baba, Mia rindu baba.

Ketika sedang leka mencuci pinggan mangkuk yang masih bersisa Mia dikejutkan dengan pelukan Muaz di belakangnya.

“Ya Allah. Terkejut Mia. Abang pergi mana tadi?” soal Mia sebaik sahaja Muaz melingkarkan tangan memeluk pinggangnya.

“Sorry. Mana ada pergi mana-mana.” Jawab Muaz. Kedengaran romantik sekali ayat itu.

“Dah tu, Mia panggil kenapa tak sahut? Mia ingatkan abang dah tidur ke membaca ke.” Kenapa lain macam saja aku rasa dengan tindakan suamiku ini.

“Ermm…mana boleh tidur lagi.” Muaz membenamkan wajahnya di bahu Mia.

“Oo…ok. Abang pergi la lepak-lepak kat depan sana. Sikit lagi ni habis la. Karang kita tengok movie ek?” cadang Mia. Ya, suaminya itu kelihatan lain sekali.

“Sayang…” ucap Muaz berlahan. Meremang bulu roma Mia mendengarnya.

“Yer…” semakin ligat tangannya membasuh pinggan. Berdebar sebenarnya.

Dirasakan bibir Muaz sudah semakin nakal menjalar di lehernya. Kegelian Mia dibuatnya.

“Esok sambung.” Muaz berkata lembut seperti memujuk.

“Ala, sikit je lagi ni.” Mia memberi alasan. Dia takut sebenarnya. Sebagai seorang wanita dewasa, dia faham benar dengan keinginan suaminya itu. Dari perlakuannya saja sudah cukup menggambarkan segalanya.

“No!” balas Muaz yang sudah mula mencumbui pipinya pula.

“Abang jangan la.” Mia menepis lembut wajah itu. Mengacau sahaja!

“Esok sambung.” Ujar Muaz lagi lalu menarik tangan Mia supaya mengikuti langkahnya.

Mia hanya diam tidak terkata apa. Adakah dia sudah bersedia untuk menghadapi satu lagi fasa dalam kehidupan sebagai seorang isteri?

Sebaik sahaja sampai di hadapan anak tangga menuju ke atas, tubuh Mia dicempung.

“Mia boleh jalan la abang.” Kata Mia. Terkejut dia apabila tubuhnya tiba-tiba diangkat. Mata Muaz pula tidak lepas memandang ke dalam matanya. Syahdu sekali.

Kenapa dengan suami aku ni? Diam sahaja. Sekali pun nak beromantika janganlah berkelakuan begini. Seram pula rasanya.

‘Abang nak dapatkan feel romantik la.’ jawab Muaz di dalam hati. Seperti mengerti dengan apa yang bermain di fikiran isterinya.

Mia yang bimbang tidak dapat mengimbangi badan lantas merangkul leher Muaz. Kemas sekali pautan itu. Mata mereka masih berpandangan sesama sendiri.

Akibat terbawa-bawa dalam suasana romantik yang menyelubungi mereka berdua, tanpa sedar bibir mereka bertautan mesra sehingga mereka sampai di bilik utama.

Lantas Muaz menurunkan tubuh itu dari dukungannya. Kini mereka berdiri bertentangan. Bertentang mata antara satu sama lain.

“Abang, cantiknya.” Baru Mia perasan keadaan bilik mereka sudah berubah. Di atas katil sudah dipenuhi kelopak-kelopak bunga. Berbagai warna terhias indah. Bukan kelopak bunga ros sahaja yang terdampar di situ, tetapi berbagai-bagai jenis bunga. Kreatif sekali Muaz.

Wangian yang sungguh menaikkan mood untuk berkasih sayang juga turut menarik perhatian Mia. Tidak jemu-jemu hidungnya menjelajahi kewangian itu.

“Cantik tak? Abang buat khas untuk sayang tau.” Bisik Muaz sambil melingkarkan tangannya di pinggang Mia. Dia mahu malam ini menjadi kenangan yang kekal abadi buat mereka berdua.

“Cantik sangat. Thanks abang…” Mia membalas rangkulan itu dengan tangannya menggenggam erat jari-jemari Muaz. Kemas sekali.

Mereka sama-sama mengamati suasana bilik yang sebelum ini hanya biasa-biasa sahaja kini bertukar menjadi kamar indah dan sempurna.

Muaz meletakkan dagunya di atas bahu sekali lagi. “Sayang…” panggil Muaz.

“Yer abang…” balas Mia lembut.

“Sayang dah ready nak jadi isteri abang selamanya?” soal Muaz ingin mendengar pengakuan itu sekali lagi. Ayat-ayat manis memang tidak jemu mahu mendengarnya.

“Erm…insyaAllah..” balas Mia ringkas. Saat tubuhnya dipeluk semakin erat Mia sudah tidak mampu untuk berkata apa-apa. Muaz memalingkan tubuh Mia agar berhadapan dengannya.

“Abang harap sayang boleh terima abang sebagai suami yang tidak sempurna sifatnya. Kalau abang ada buat salah, tegur-tegurlah.” Kata Muaz sambil mengusap kedua-dua belah pipi isterinya. Ayu sekali wajah itu di saat ini. Nur Mia, kau sangat menggoda di mata aku sebagai seorang isteri.

Mengapa dari dulu aku tidak dapat melihat semua ini? Inilah yang dinamakan takdir hidup.

“Mia pun harap macam tu. Tak ada lagi pergaduhan atau salah faham antara kita. Dah lama sangat kita hidup dalam dunia tu kan?” itu jua harapan Mia bersama dengan Muaz.

Muaz mengucup lembut ubun-ubun Mia tanda dia sudah jatuh sayang terhadap wanita di hadapannya.

Sudah tidak tertanggung kerinduan di hati masing-masing sehingga Muaz bertindak mengangkat tubuh itu ke atas katil. Mia pula hanya menurut. Dia juga terlalu rindukan Muaz. Walaupun seribu satu perasaan permain di fikirannya ketika ini, dia tetap tidak menghalang perlakuan suaminya itu.

Ketika sedang enak Muaz mencumbui wajah wanita itu, Mia menahan diri Muaz.

“Kenapa sayang?” sedikit kecewa apabila perbuatannya dihalang oleh Mia. Masih menolak kemahuannya ke?

“Abang, kita terlupa sesuatu la.” kata Mia. Dia juga menunjukkan riak muka yang kecewa. Tidak terlintas langsung mahu menghalang keinginan suaminya itu tetapi perkara itu lebih penting.

“Apa dia?” Muaz mengangkat sedikit wajahnya. Direnung tajam wajah si isteri. Alasan apa lagi yang mahu diberikan.

“Kita tak solat isyak lagikan?”

“Subhanallah. Abang terlupa la.” Muaz mengetuk sedikit kepalanya tanda benar-benar lupa. Ini semua kerana Mia sangat menggoda. Habis dilupanya perkara yang penting itu.

“Hehe…apa la abang ni. Jom kita solat dulu.” Mia sudah bangun dari pembaringannya. Mujur dia teringat sebelum masing-masing terlajak. Nanti perkara yang wajib ditinggalkan. Perkara lain pula yang diutamakan.

Tetapi terbit juga rasa sesalan di hati Mia. Setiap kali ianya bakal berlaku, ada sahaja perkara yang menghalang semua itu. Sabarlah wahai hati.

“Jom. Sayang punya pasal la ni.” Tersenyum malu pula Muaz. Macam mana dia boleh terlupa. Lalu dia mengendong tubuh itu ke bilik air. Terjerit pekiklah Mia dengan tindakan drastik suaminya itu.


***


Sekali lagi mereka diberi peluang untuk solat berjemaah. Mia sangat kagum dengan kemampuan suaminya itu mengimamkan solat mereka bersama. Suami begitulah yang diimpikan selama ini.

Seperti biasa Mia akan terlebih dahulu mencapai tangan si suami untuk memohon ampun dan maaf. Begitu juga dengan Muaz. Tanpa sedikit rasa terpaksa dia mencium dahi Mia.

Mia perasan Muaz tidak henti-henti memandangnya sehinggalah dia selesai menyidai kain telekungnya. Aduh, perasaan gementar itu kembali lagi.

“Kenapa abang tengok Mia macam tu? Ada hutang ek? Berapa? Berapa?” konon-konon mahu bergurau la. Bagi menutup rasa gementar di hati. Sabar sajalah.

“Ada. Banyak pulak hutang tu. Nak bayar secara ansuran ke atau nak langsaikan semua sekali?” Muaz pula hanya melayan. Sebagai seorang lelaki dia juga merasa gementar. Tetapi takkanlah dia pula yang harus tersipu-sipu menutup malu. Terbalik sudah.

“Ansuran la ya? Tak cukup duit ni.” Mia buat-buat bingung.

“Oo…boleh..boleh. Apa la salahnya. Saya bukan along, tapi angah.” Seloroh Muaz lagi. Tergelak Mia dengan jawapan selamba Muaz itu.

“Hahaha…lawak la abang ni. Mia kasi sedekah itu ketawa aaa…”

“Over nampak. Meh sini!” panggil Muaz. Dia menepuk lembut pahanya sebagai tanda menyuruh Mia duduk di ribaannya.

“Uit, sofa ni mahal tau. Mia duduk atas sofa ni jela.” Sebelum duduk sempat lagi dia menepuk-nepuk sofa itu. Berhabuk la sangat.

“Abang kata sini! Kata nak bayar hutang.” Perli Muaz.

“Cian sofa ni. Macam tak ada sapa nak hargai dia.” Mia masih dengan lawak murahannya.

Muaz tidak membalas sebaliknya hanya menjeling tajam pada isterinya itu.

“Yela-yela. Tu pun nak jeling-jeling. Korek biji mata tu karang baru tahu.” Aduh! Takut sebenarnya ni. Tetapi dia melangkah juga ke arah Muaz. Dup dap dup dap.

Baru sahaja dia berkira-kira mahu duduk di atas riba Muaz, suaminya itu terlebih dahulu menarik tubuh kecil Mia. dengan tepat punggungnya mendarat di atas riba Muaz.

“Slow la sayang ni.” Sempat lagi mengutuk isterinya. Tetapi senyuman tetap diberikan.

“Amboi, mengata nampak.” Mia sudah menarik hidung Muaz.

“Sayang, kenapa sayang suka mengelak?” soal Muaz yang sudah mahu tergelak melihat isterinya itu menjadi gelabah.

“Mengelak? Bukan elak. Tepis je. Dush…dush…” siap dengan gaya-gaya lagi. Selesa pula dia duduk di atas riba Muaz. Kalau tahu tidak payah Muaz bersusah payah membeli perabot untuk rumah mereka. Mahu duduk dipanggil sahaja suaminya itu. Jauh sekali dia berangan.

“Oit…berangan ek?” Muaz menampar sedikit pipi comel isterinya itu. Berangan pula Mia ni.

“Eh, mana ada. Tengah memikirkan masalah kegawatan ekonomi negara kita ni. Macam mana nak bantu ek?” macam ahli perlimen la pulak si Mia ni. Dah la tak romantik, siap ubah-ubah tajuk lagi. Mujurlah Muaz sudah biasa dengan perangai isterinya itu. Dia pun suka melayan lawak kurang bijak dari isterinya. Penghibur hatilah katakan.

“Dah…dah. Jangan nak merepek lebih-lebih.” Dia kembali erat memeluk pinggang isterinya itu. Bahagia sekali rasanya dapat bermanja dengan Mia.

Tiba-tiba Mia memeluk erat tubuh sang suami. Entah mengapa di saat ini dia merasakan kehadiran Muaz benar-benar melengkapkan hidupnya sebagai seorang isteri. “Abang, terima kasih ya.” Ucap Mia benar-benar di cuping telinga Muaz.

“Sama-sama kasih sayang.” Walaupun ayat itu hanya sebaris ayat biasa tetapi ia benar-benar menjadikan Mia insan yang sedang gembira.

Tanpa sebarang bicara Muaz mengalihkan tubuh mereka. Mia hanya menurut sahaja.

Muaz memandang tepat ke dalam anak mata isterinya itu. Mia juga turut membalas beserta dengan senyuman yang Muaz sendiri pasti mengerti.

“Assalamualaikum…” si suami memulakan cerita.

“Waalaikumsalam…” si isteri menyambung cerita.

Semoga cerita yang dilakarkan mereka akan menemui pengakhiran yang gembira. Tidak henti-henti dua insan itu berdoa agar perhubungan mereka mendapat rahmat dariNya.

Malam itu berlalu bersama cerita yang menjadi rahsia di antara Nur Mia dan Muaz Hasbi.




~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Tuesday, September 13, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
20 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Open House Segera^_^

Assalamualaikum w.b.t. & salam sejahtera hendaknya ke atas semua pembaca...^_^

Ape pulak story mory pasal raya ni? Tak habis-habis yerk. Al-maklum la...rayakan sebulan. Kata kakak yang sorang nun...hehehe...

Nak dijadikan cerita, hari sabtu yang lepas (10Sep2011) kita jemput kawan2 kelas sekolah Al-Yahyawiah dulu mai rumah. Kita war2kan dalam pecebuk jela. Moden la sangat. Hamik kau...!!!Kelam+++kabut jadinya.

Dari komen yang kita terima, boleh diklifikasikan sebagai tak jadi la. Ada yang nak balik kampung, ada yang kerja & sebagainya. Erm...tapi kita tetap jugak balik kampung. Nak sambung raya punya pasal.

Sebenarnya dari Penang dah fikir, nak masak apa ek untuk kawan2 yang nak datang ni. (walaupun tak confident dorang nak datang). Tub-tub, laksa & kek coklat yang menjadi pilihan. Ahaks...

Dalam bus otw balik Perak Jumaat malam (09Sep2011) masih bingung. Nak masak ke tak nak. Buatnya dorang datang mengejut, apa yang nak dihidangkan. Adoii...

Dalam keadaan blur-blur tu kita order je barang-barang yang diperlukan untuk kes masak memasak tu. Dah sampai rumah area pukul 11 malam. Terasa terus nak masak. Dengan semangatnya kita pergi la dapur. Al-kisah, barang-barang nak buat kek coklat masih tak lengkap.

Dalam pada tu, tunggu jugak kawan2 call. Kot nak inform jadi datang @ tak. Malangnya, yang ado...hehehe...

Dah bahan2 tak cukup kita pun tangguh la proses pemasakan tu. Ekeke...Cadangnya nak buat esok pagi tu la. Lepas subuh.

Faham2 jela bila dah penat ni. Terasa malas gila nak buat apa2. Nengokkan gayenyer idok jadi datang deme ni. ^_^

Tangguh lagi la...hahaha...bila tunggu sampai dah tengah hari nampak gayanya tak jadi datang la kawan2 ni. Kita pun ambil keputusan nak gi beraya dengan my Deq Silah. Terus gi ambil dia dekat Station Bus Kuala Kangso n pergi kenduri kawan dia dekat Kota Lama Kiri dulu.

Nak habaq mai, suami kawan Deq Silah tu macam Ally Iskandar. Pergh....ahaks...Siyes ni. Bukan main2. Hohoho...

Balik dari kenduri bawak Deq Silah gi umah kita lak. Solat Zohor bagai la. Lepas tu sambung beraya lagi. Terus ke Liman, Kati.

Dalam asyik merasai pelbagai jenis kuih(lalalala...), kawan kita call. Rasa macam tak sedap hati dah ni. 
"Ain... Ana dengan K.Tipah dah sampai depan rumah ni."

Kebabom...aduyaiii....mengapakah kamu semua tidak menginformkan ku terlebih dahulu. (Berterabur sudah ayatku). Hahaha...

Yang tak boleh go tu, kawan2 kita tu tersalah rumah. Adoiii...pi parking dekat rumah orang lain. Sebab kita dah pindah rumah. Ekekeke...punya lama kitorang tak jumpa. Fuh....

Dalam duk pening2 tu, kita buat keputusan jumpa dekat Station Bus Kuala Kangsar la dulu. Apa-apa hal lain bincang kemudian. Dalam duk tak duk, 7 orang jugak la kawan2 kita yang turun KK sebab nak gi rumah kita. Kita pun apalagi, tepek bagus punya la. Adoiii...

Kenapa? Kenapa? & kenapa mereka2 ni tak call or msj dulu sblm gi rumah kita? Ni la akibatnya. Hahaha...bila tengok semua turun dari jauh, kita pun ajak jugak la dorang ke rumah. Sudahnya semua  makanan beli je dekat kedai n berkelah dekat rumah kita. 

Menu dia apa tau? Air F&N 2 botol (perisa oren & anggur), Laksa Pak Ngah, donut Kedai Roti Segar & biskut-biskut raya. Biskut raya tu rumah kita punya ek??? Lalalala...

Aduh, kelam-kabut jadinya. Kesian pun ada. Haa, so ambik la iktibar. Bila kita pesan inform dulu sebelum datang, take note la bende tu bebaik. Kalau tak beginilah jadinya. Huhuhuhu...

Thanks to Shuana, K.Tipah, Firdaus, Anis, Shukran, Faiz & Salman sebab sudi datang rumah kita walaupun hujan tak berhenti-henti. Kita hargai sangat kedatangan korang. Next raya, jangan buat macam ni yer. Kata orang Perok, TUMPO jadinya. Hehehe...

Kat bawah ni kita masukkan beberapa keping gambar masa dorang datang rumah. Cuma yang girlsnya dah balik. Rumah dorang jauh...enjoy it!!!^_^ (kualiti gmbr tak bagus)










p/s : +++++ terima kasih pada k.tipah sbb bawakkan ain biskut raya & dadih. Terbaikkkk....^_^




~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Monday, September 12, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 30

“Abang bangun.” Dihadiahkan ciuman selamat pagi buat suaminya itu. Entah kenapa sikapnya sudah menjadi seorang yang lepas laku. Mungkin setelah disedarkan oleh Muaz semalam.

“Ee…jangan kacau la.” Marah Muaz. Dia masih mengantuk. Sudahlah semalam mereka tidur lambat. Mia pula asyik mengganggunya sahaja.

“Bangun la. Mandi, solat subuh. Kata nak keluar awal hari ni.” Pagi-pagi buta lagi Mia sudah membuat bising. Dia mahu menceriakan suasana yang dingin antara mereka.

“Pergi la mandi dulu.” Arah Muaz. Matanya masih terpejam. Tidak larat mahu mencelikkan mata lagi.

“Jom la mandi sekali.” Entah hantu mana yang merasuk Mia di kala ini, Muaz pun tidak tahu. Sesedap hati sahaja berkata itu dan ini. Bukan seperti diri Mia yang asal. Kalau aku yang berperangai seperti itu tidak adalah hairan sangat.

“Jangan nak merepek pagi-pagi ni boleh tak?” marah Muaz lagi.

“Eleh, abang malu ek?” digeletek manja pinggang suaminya.

“Ish…Mia ni kenapa? Asal jadi macam ni?” direnung tajam wajah si isteri. Mata mereka bertentangan sesama sendiri.

“Eh, biar la. Dengan suami Mia. Bukan orang lain pun.” Dia mengangkat kening tanda mengusik Muaz.

“Dah la. Pergi mandi!” dia menolak sedikit tubuh Mia agar turun dari katil. Dia bimbang dia akan kalah.

“Sikit-sikit nak marah. Dah la memang dah tua. Nanti muka tu berkedut je. Tak comei dah.” Ejek Mia. Suka benar dia mengusik Muaz bagi menambahkan kegeraman di hati Muaz.

Muaz memandang tajam wanita itu lagi.

“Kiss sikit.” Sekali lagi Mia bertindak di luar jangkaan. Dia terus sahaja mengucup pipi kiri Muaz.  Lalu berlari ke bilik air. Tidak mahu Muaz membebel lagi. Terbeliak biji mata Muaz melihat gelagat Mia itu. Ceh, dia sengaja nak kenakan aku la tu.


***


“Kita nak pergi jalan-jalan dulukan sebelum balik? Kita nak pergi mana bang?” macam-macam yang ditanya oleh Mia semenjak kereta Muaz keluar dari perkarangan Hotel Seri Malaysia itu tadi. Tidak henti-henti mulutnya berkata-kata.

Tetapi Muaz hanya diam sahaja. Kini sudah terbalik pula. Yang si Muaz pantang diganggu, pasti akan berbunyi. Yang Mia tidak henti-henti mengusik. Apa sudah jadi?

“Semua tak nak jawab. Mulut tak ada ek?” sengaja diletakkan tangannya di atas peha Muaz. Niat hati mahu mengusik Muaz lagi. Biar suaminya itu bertambah gelabah. Dah macam anak dara pulak suami aku ni. Hehehe… mahu tapi malu.

Mia sudah menjangka, pasti Muaz akan menepis tangannya. Diletakkan kembali di situ. Sekali lagi ditepis. Kali ini Mia memaut lengan Muaz yang sedang memandu. Dipeluk kemas.

“Abang nak drive la. Tak nampak ke?” dia cuba pula untuk melepaskan pautan itu. Konon-konon tidak sukalah dengan tindakan Mia itu.

“Tak nampak!” jawab Mia selamba. Dia tetap juga memaut lengan suaminya.

“Kita pergi Zoo Taiping nak? Mesti best. Dah lama giler tak pergi sana.” Ajak Mia.

“Abang bukan budak-budak.” Pantas Muaz menjawab. Mungkin sebelum kejadian semalam dia ingin benar berjalan-jalan berdua-duaan dengan Mia, tetapi kini keinginannya itu tidak sehebat semalam. Sedikit tawar hatinya.

“Yeke bukan budak-budak? Kalau bukan budak-budak dia tak boleh marah lama-lama tau.” Mendalam maksud kata-kata itu. Muaz pasti mengerti.

“Siapa yang marah?”

“Oo…bukan marah la ni? Dah tu? Merajuk ek?” tanya Mia lagi.

“Jangan tanya macam-macam boleh tak?”

“Abang merajuk ya? Nak Mia pujuk tak?” dicuit pula pipi si suami. Soalan demi soalan terlontar dari bibirnya.

“Duduk diam-diam la. Abang tinggal dekat tepi jalan ni karang.” Marah Muaz lagi.

“Sampai hati nak tinggal Mia sorang-sorang dekat sini. Nanti sapa nak teman abang tidur malam-malam? Hehehe…” ketawa Mia dibuatnya. Dia sendiri tidak sangka perangai nakal Muaz dulu berjangkit sudah dengan dirinya.

“Suka la? Gembira la? Happy la?” soal Muaz bertalu-talu.

“Suka la jugak. Abang, jom la pergi zoo.” Rengek Mia. Diusap-usap lengan si suami. Manalah tahu hati suaminya itu akan cair. Zam zam ala kazam.

“Kita balik KL terus. Kejap lagi nak singgah rumah papa sekejap.” Itu keputusan Muaz. Lagi pun cuaca sudah mendung sahaja pagi ini. Bimbang hujan pula. Lagi cepat sampai ke KL lagi mudah. Esok sudah mahu bekerja.

Mia membuat muka sedihnya. Dilepaskan pautan di lengan Muaz. Konon-kononnya dia merajuk minta dipujuk. Muaz perasan Mia menarik muka masam tetapi dia malas mahu melayan. Dahulu jika dia bersikap seperti itu Mia buat tidak tahu sahaja. Sekarang, biar dia merasa pula.

Sudahnya Mia terlena sendiri. 


***


“Papa sihat ke?” tanya Mia sebaik sahaja melangkah ke dalam banglo Dato’ Masyhur. Disalam tangan orang tua itu.

“Sihat Mia. Macam ni la papa. Kamu ni kenapa monyok je Muaz?” Dato’ Masyhur sudah perasan dengan air muka anak terunanya itu. Sudah lama Muaz tidak bersikap begitu. Pasti ada yang tidak kena ni.

“Abang merajuk dengan Mia papa.” Adu Mia. Ditolak sedikit bahu suaminya itu.

“Merajuk? Mengada-ngadanya. Nak tunjuk manja la tu?” perli Dato’ Masyhur lagi. Bertambah mencuka wajah Muaz apabila papanya menyebelahi menantu yang seorang ini.

“Papa, yang lain mana?” tidak nampak pula Mia dengan adik-beradik yang lain.

“Kak long pergi bagi Aisyah tidur. Tadi meragam tak dapat ikut abahnya keluar. Adik ada dalam bilik kot. Melayan facebook la tu. Tak ada kerja lain.” Rungut Dato’ Masyhur. Biasalah budak-budak sekarang. Jangan katakan budak, bapa dan emak budak pun tidak menghadap benda lain sudah. Facebook sahaja. Pelik Dato’ Masyhur. Inilah dunia yang semakin canggih dan berteknologi tinggi.

“Oo…Mia pergi bilik kak long kejap ek abang? Jangan merajuk-rajuk.” Dicubit pula pipi suaminya itu. Lalu bergerak pantas menaiki tangga ke bilik Myra.

Muaz sudah tidak terkata apa. Depan papa pun selamba sahaja dia mengenakan dirinya. Memang betul-betul berani si Mia ni sekarang.

“Kamu ni kenapa? Dah pandai merajuk pula sekarang ya?” usik Dato’ Masyhur lagi.

“Mana ada papa ni. Angah ok je.” Dalih Muaz. Jatuhlah air mukanya kalau seisi rumah tahu akan keadaannya di kala ini.

“Yela tu. Kamu berdua tidur sini ke?” soal Dato’ Masyhur lagi.

“Tak la papa. Baju kerja tak bawak pun. Ni pun dari Taiping terus singgah sini. Hujung minggu ni kami datang tidur sini. Boleh kita makan ramai-ramai. Dah lama tak buat macam tu kan papa?” dahulu sudah menjadi kemestian bagi keluarga Dato’ Masyhur untuk makan beramai-ramai. Sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Sekarang amat jarang sekali mereka berbuat begitu kerana masing-masing sudah sibuk dengan hal sendiri.

“Tahu pun korang. So, hujung minggu ni kita berkelah ramai-ramai. Papa tak mahu dengar apa-apa alasan lagi.” Ujar Dato’ Masyhur. Walaupun dia seorang ahli korporat, meluangkan masa bersama keluarga adalah antara hal terpenting dalam hidupnya. Dia tidak suka hidup di dalam kesunyian. Setelah kehilangan isteri tercinta, hidupnya hanya disinari dengan gelak tawa anak menantu dan cucu sahaja.

Pernah juga anak-anaknya mencadangkan agar Dato’ Masyhur mencari pasangan hidup lain untuk menemani hari tuanya tetapi alasan yang diberi oleh Dato’ Masyhur hanya satu. Dia mahu terus setia terhadap isterinya walaupun jasad wanita itu sudah lama ditelan tanah. Begitu setia sekali.

Mereka adik-beradik begitu kagum dengan pendirian papa mereka. Mana tidaknya, jika dilihat pada kawan-kawan Dato’ Masyhur yang lain bukan sahaja ramai yang tidak setia malah siap bertukar-tukar pasangan apabila pergi ke mana sahaja. Maklumlah, wang ringgit sudah penuh saku. Pangkat juga bukan calang-calang. Isteri orang pun mereka kebas kalau mahu.

“Ok papa. Muaz on je. Mana Mia ni. Angah pergi panggil dia sekejap.” Dia mahu segera pulang. Dia mahu berehat secukupnya kerana keesokan hari banyak perkara yang perlu diselesaikan di pejabat.

Selepas Muaz dan Mia memeluk cium Aisyah Humaira, mereka meminta diri untuk pulang. Mia hanya menurut sahaja kemahuan suaminya itu untuk pulang lebih awal. Sampai di rumah nanti dia masih ada peluang untuk memujuk Muaz yang masih merajuk dengannya. Senyum keseorangan Mia.


***


“Abang jom tidur.” Ajak Mia suatu malam. Muaz masih leka menonton tv. Sebenarnya dia bukan teringin sangat mahu menghadap tv ini. Bukan ada rancangan menarik pun. Tetapi dia mahu melarikan diri dari Mia.

Muaz hanya diam sahaja. “Abang…” panggil Mia manja. Dia mahu tidur di bilik Muaz hari ini. Biarlah jika lelaki itu tidak mahu mengizinkannya berbuat begitu. Dia tetap mahu tidur di bilik suaminya.

“Pergi la tidur dulu.” Balas Muaz malas. Sengaja nak goda aku la tu. Aku tetap mahu jual mahal lagi.

“Ala, jom la tidur.” Dia sudah menarik lengan Muaz supaya bangun dan mengikutinya ke bilik. Dia suami aku, apa salahnya aku goda dia kan.

“Ish, kenapa dengan Mia ni? Pergi la masuk bilik tu. Abang nak tengok tv la.” Dia menarik lengannya. Matanya tetap ditumpukan pada kaca televisyen.

“Yeke nak tengok tv? Setahu Mia abang tak suka tengok kartun kan?” agak-agak la Muaz ni kalau nak tipu aku pun. Selalu tu kutuk habis kalau aku tengok kartun. Kononnya aku ni macam budak-budak la. Tak matang la. Sekarang dia pula yang menonton rancangan itu.

Yang tak boleh tahan siri kartun Tom & Jerry yang menjadi pilihannya. Lawak la Muaz ni.

“Biar la abang nak tengok apa pun.”

“Ok, Mia teman abang ek.” Tanpa meminta keizinan terlebih dahulu, Mia meletakkan kepalanya di atas riba Muaz. Selamba sahaja dia berbuat begitu. Dia malas mahu melihat wajah Muaz yang pastinya terkejut beruk dengan kelakuan beraninya.

“Bangun la. Pergi masuk bilik Mia.” arah Muaz. Dia bimbang dia akan kalah jika terus digoda Mia. Mengapalah tidak dari dahulu Mia berkelakuan begini. Rintih Muaz.

“Tak nak. Selagi abang tak masuk bilik, Mia pun tak nak masuk bilik. Fullstop!”

“Kenapa degil sangat ni?” soal Muaz sambil merenung tajam ke dalam mata Mia yang juga memandangnya.

Mia menyentuh kedua-dua belah pipi Muaz dan berkata, “Mia ikut perangai abang la. Abang pun degil jugakkan?” ada sahaja jawapan yang mahu dibalas kepada Muaz. Sengaja mahu terus mencabar suaminya itu.

“Abang kata pergi masuk bilik sekarang!” sudah sedikit meninggi suara itu.

“Tak nak. Tak faham ke Encik Muaz Hasbi sayang?” Lalu dia memeluk erat pinggang suaminya itu. Mukanya disembamkan ke perut Muaz. Takut juga dia mahu bertentang mata dengan Muaz. Dah macam singa lapar sahaja.

“Oo...degil cakap abang ek?” tanpa menunggu lebih lama, Muaz mencempung tubuh itu. Dia sudah mahu berdiri menuju ke arah bilik Mia.

Mia bukan seperti dahulu akan terpekik terlolong apabila Muaz berkelakuan begitu. Sebaliknya dia hanya tersenyum sahaja kali ini. Ya, dia sudah merelakan apa sahaja yang akan Muaz lakukan. Dia benar-benar yakin dengan hati dan perasaannya sekarang.

Dia meletakkan tubuh Mia di atas katil. Ditenung wajah itu lama. Jantung Mia seperti mahu berhenti berdenyut. Renungan mata Muaz tajam sekali. Ah, aku sudah jatuh cinta pada suamiku sendiri.

“Tidur sini diam-diam.” Lalu Muaz berlalu pergi. Dia terus sahaja masuk ke dalam biliknya pula.

‘Aik, takkan tu je? Dia tak tergoda dengan aku ke? Tak boleh jadi ni.’

Sebelum sempat Muaz menutup pintu biliknya, Mia pantas memeluk tubuh si suami dari belakang.

“Kenapa abang buat Mia macam ni? Abang tak sayang Mia ke?” tanya Mia inginkan kepastian. Sudah jenuh dia memujuk Muaz. Takkanlah lama benar dia ingin merajuk.

“Dah la Mia. Pergi tidur. Esok kerjakan?” Muaz bersuara lembut. Dia tidak mahu mencari pasal di tengah-tengah malam ini. Bukan sahaja jasadnya kepenatan, malah otaknya juga turut terbabit.

“Mia sayang abang. Mia cintakan abang. Mia yakin dengan perasaan Mia sekarang. Abang pun macam tu kan?” dia memalingkan tubuh Muaz menghadap dirinya. Dia mahu melihat seraut wajah suami  tersayang. Suami yang telah lama diabaikan.

Muaz hanya tertunduk merenung lantai. Ya, memang dia sayang dan cintakan Mia.

“Abang, pandang Mia.” dipegang kedua-dua belah pipi Muaz. Ditatap kedua-dua belah mata Muaz. Lama mereka berkeadaan begitu.

“Abang sayang Mia kan?” soal Mia sekali lagi. Dia mendekatkan lagi wajahnya dengan wajah Muaz. Terasa hembusan nafas Muaz di wajahnya. Lembut sekali.

Muaz juga turut membalas pandangan itu. Sudah lama dia ingin berbuat begitu. “Dah lama abang sayangkan Mia. Abang cintakan sayang. Tapi sayang je tak ambil tahu.” Keluh Muaz. Tetapi masih dalam nada romantik. Kalah jua dia dengan kuasa cinta Mia.

Mia tersenyum gembira. Adakah kebahagiaan sudah menjadi milik mereka?

“Mia minta maaf. Mia yang bersalah.” Mia pula yang tertunduk. Dia malu dengan sikapnya yang keras hati selama ini. Langsung tidak mahu memberi peluang kepada diri mereka berdua. Air matanya mengalir tanpa dipinta.

“Shuhhtt…tak mahu menangis macam ni. Look at me sayang!” Muaz memegang dagu Mia yang turut basah dengan air matanya.

“Abang cinta, kasih, sayang dan rindu dengan sayang. Semua perasaan tu hak sayang selamanya. Abang janji.” Muaz menghadiahkan sebuah ciuman di dahi Mia. hangat sekali.

“Mia pun cinta, kasih, sayang dan rindu dengan abang.” Ujar Mia sebaik sahaja ciuman Muaz di dahinya terhenti.

Lantas Muaz menarik tubuh kecil itu ke dalam pelukannya pula. Mia turut membalas dengan rela hati. Mahu sahaja dia berkeadaan begini untuk selamanya. Terasa damai sekali apabila berada di dalam pelukan Muaz. Berhentilah wahai waktu. Aku ingin terus berada di sini. Dunia yang hanya ada aku dan suamiku.

“Sayang…” panggil Muaz. Pantas sahaja Mia mendongakkan wajahnya memandang tepat ke arah Muaz. Dia melihat suaminya itu hanya tersenyum memandang wajahnya.

“Yer bos…” jawab Mia mahu bergurau dengan suaminya.

“Ada ke bos? Tak best langsung la sayang ni. Tak romantik tau.” Rungut Muaz manja.

“Yer baby…”

“Ha, macam tu la…jom!” diangkat kening sebelah kirinya. Nakal sekali gayanya. Mia sudah tidak tertahan gelaknya. Betul ke Muaz ni? Sekeh karang!

“Jom? Kita nak pergi jalan-jalan ke? Nak pergi zoo ek?” soal Mia blur. Padahal dia tahu maksud Muaz itu. Wawawa…takutnya.

“Sayang ni sengaja buat tak faham ek? Ingat zoo tak habis-habis.” digigit manja pipi isterinya itu.

“Apa ni main gigit-gigit? Sakit la…” disapu-sapu pipinya yang sudah sedikit kemerahan.

“Dulu dah jadi ketam, sekarang nak jadi apa pulak? Tenuk ek?” perli Mia. Mereka masih berpelukan. Selesa sekali begitu.

“Sekarang abang nak jadi harimau kelaparan pulak.” Dihadiahkan pula sebuah ciuman di hidung Mia. Dari hidung bergerak pula  ke pipi kanan dan kiri Mia. Seterusnya bibir Mia pula menjadi mangsa Muaz. Lama mereka berkucupan. Melepaskan rindu dendam yang sudah lama tersimpan dalam diri masing-masing.

Mia hanya merelakan apa sahaja yang dilakukan oleh Muaz. Dia sendiri leka dengan belaian lembut Muaz itu. Asyik sekali.

Muaz yang sudah tidak dapat mengawal dirinya mengendong tubuh Mia. Dia mahu mencurahkan seluruh kasih sayangnya buat insan bernama Nur Mia.

Tetapi langkah Muaz bukan ke arah katil di dalam biliknya. Sebaliknya Muaz menuju ke arah lain. Pelik Mia. Apa sebenarnya yang mahu dilakukan oleh Muaz.

“Abang…kenapa…” belum habis ayat itu dituturkan oleh Mia, bibirnya dipagut sekali lagi.

Pantas Muaz melangkah ke dalam bilik utama mereka di mana hanya Mia yang menghuni bilik itu sebelum ini. Diletakkan tubuh Mia di atas katil bersaiz besar itu. Dia juga turut merebahkan dirinya di sisi Mia.

“Biar segala-galanya berlaku di sini. Ok?” Mia masih belum percaya dengan apa yang terjadi. Tetapi dia turut merasai betapa Muaz menghargai dirinya kini. Syukur ya Tuhan.

Ketika mereka mahu melangkah ke fasa yang lebih serius telefon bimbit Mia kedengaran lantang berbunyi.

“Abang…telefon.” Mia memanggil Muaz yang masih dalam dunianya. Lalu Muaz mengangkat kepalanya dan merenung ke arah telefon Mia yang menjerit minta diangkat.

Serba-salah Mia mahu menjawab panggilan itu kerana bimbang Muaz akan berkecil hati. Mengapalah di saat ini kau berbunyi wahai telefonku sayang. Mia sempat memandang seraut wajah Muaz. Kasihan suamiku.

“Sayang angkat dulu. Mungkin penting. Cepat.” Dia menghadiahkan sebuah ciuman di dahi Mia beserta senyuman yang ikhlas sekali. Pelukan dilonggarkan sedikit kerana ingin memberi ruang kepada Mia untuk bergerak.

“Thanks abang.” Tanpa menunggu lebih lama Mia mencapai telefon yang terletak di atas meja kecil di tepi katilnya.

“Waalaikumsalam Mira. Kenapa ni?” Mia tiba-tiba menjadi bimbang apabila mendengar esak tangis sahabatnya itu. Dia memandang jam dinding di biliknya. Sudah hampir pukul dua belas tengah malam. Dipandang pula suaminya yang masih melekat ditubuhnya.

“Mia, maaf aku ganggu kau tengah-tengah malam ni. Tapi aku tak tahu nak call sapa dah.” Mira masih menangis.

“Tak apa. Aku tak kisah. Tapi kenapa dengan kau ni. Jangan la nangis. Kau cerita slow-slow.” Nasihat Mia. Dia bertambah risau selagi tidak mengetahui kisah sebenar.

“Aku dekat hospital KL ni. Zahidi excident.” Akhirnya terluah juga.

“Haa? Zahidi excident. Bila?” terbeliak biji mata Mia mendengar perkhabaran buruk itu.

“Dalam pukul sepuluh lebih tadi.” Mira sudah tidak mampu berkata lebih. Dia benar-benar bimbang dengan keadaan Zahidi di kala ini.

“Ok…ok. Aku pergi sana sekarang juga. Kau tunggu ya. Ada apa-apa hal kau inform aku ek? Sikit lagi aku sampai.” Jamin Mia. Ya, dia akan pergi mendapatkan Mira. Sahabatnya itu sudah banyak bersusah-payah demi aku. Apalah salahnya aku pula yang berkorban. Mungkin Mira sangat memerlukan aku ketika ini.

“Ok. Thanks Mia. Aku tunggu kau.” Lalu mereka menamatkan talian.

“Abang, Zahidi excident. Sekarang dekat hospital besar KL.” Adu Mia. Walaupun dia tahu Muaz sudah dengar perbualan mereka sebentar tadi.

“Jom kita pergi sana. Kasihan Mira sorang-sorang.” Ujar Muaz. Walaupun ada sedikit rasa kecewa apabila hasrat mereka berdua masih belum tercapai tetapi tidak mengapalah. Masih ada waktu untuk mereka.

“Betul ke ni bang? Kalau abang nak teruskan Mia….” Dipegang kedua-dua belah pipi suaminya. Bimbang Muaz berkecil hati.

“No sayang. Masih banyak waktu untuk kitakan? Jom cepat. Nanti Mira tertunggu-tunggu kita pulak.” Dikucup bibir Mia terlebih dahulu. Sabarlah wahai hati.

“Thanks abang. Mia sayang abang.” Lantas dia memeluk tubuh sang suami. Mujurlah Muaz mahu mengerti perasaannya ketika ini.

“Abang pun sayang Mia. Cepat la bangun. Abang ubah fikiran karang.” Gurau Muaz sambil tersenyum manja dengan isterinya itu. Memang berat mahu melepaskan rangkulan pada tubuh Mia tetapi dia terpaksa. Inilah masa yang ditunggu-tunggu sangat olehnya tetapi apa boleh buat.


***


Sampai sahaja mereka di ruangan Hospital Kuala Lumpur, mereka bergegas mencari Mira. Kali ini Mia dan Muaz bagai tidak dapat dipisahkan lagi. Muaz sentiasa menggenggam erat jari-jemari Mia. Mia juga senang begitu.

“Mira…” laung Mia apabila dia melihat kelibat Mira dia hadapan pintu bilik kecemasan.

“Mia…” lantas dia memeluk tubuh sahabatnya itu. Dia sangat memerlukan Mia ketika ini.

“Sabar Mira. Dah lama ke Zahidi kat dalam?” soal Mia.

“Agak lama jugak. Aku risau Mia.” tanpa henti air mata Mira mengalir. Mereka baru sahaja memasuki alam pertunangan. Tetapi perkara seperti ini pula yang berlaku. Astaghfirullah…

“Shuuuhttt…sabar Mira. Aku ada di samping kau. Kita tunggu sampai semuanya selesai ek?” diusap-usap belakang tubuh Mira. Kasihan dia melihat wanita itu.

“Sabar Mira. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi ni.” Nasihat Muaz pula. Sebagai suami kepada sahabat baiknya Muaz juga turut merasai kesedihan yang ditanggung Mira.

Hampir jam dua pagi barulah pembedahan Zahidi selesai. Mira sudah memaklumkan kepada kedua-dua belah keluarga. Hanya menunggu mereka sampai sahaja. Tetapi keluarga Mira di Taiping akan sampai pada keesokan hari. Maklum sahajalah. Bukannya dekat jarak antara Perak ke Kuala Lumpur.

Doktor memaklumkan bahawa bahu sebelah kiri Zahidi patah kerana dirempuh oleh kenderaan yang melanggarnya. Kesakitan lain hanya luka-luka kecil sahaja. Mujurlah nyawanya tidak melayang. Cuma buat masa ini, Zahidi masih belum sedarkan diri. Doktor mahu Zahidi berehat secukupnya. Bimbang jika Zahidi sedar terlalu awal, dia tidak dapat menanggung kesakitan pada tubuhnya.

Menurut cerita seorang saksi yang menceritakan perkara itu kepada Mira pula, Zahidi ingin melintas jalan selepas membeli barang di kedai 7-Eleven. Malangnya Zahidi tidak perasan ada kenderaan yang membuat pusingan U secara tiba-tiba ketika dia ingin melintas. Lebih malang lagi pemandu itu terus sahaja melarikan diri apabila mendapati dia telah melanggar tubuh manusia.

Mujurlah ada orang di sekitarnya yang perasan akan kejadian itu. Sempat juga mereka menghantar Zahidi ke hospital dengan segera. Kalau tidak tak tahulah apa yang akan terjadi.

“Korang balik la dulu. Aku nak temankan Zahidi. Keluarga dia masih belum sampai.” Kata Mira kepada Mia.

“Eh, tak apa. Biar aku temankan kau dekat sini. Nanti aku tanya dengan Muaz.” Dia terus berlalu ke arah Muaz yang masih berbual dengan doktor yang mengendalikan kes Zahidi.

“Abang…” panggil Mia lembut. Doktor itu pula meminta diri untuk beredar. Entah apa yang dibualkan oleh mereka.

“Yer sayang.” Muaz terus sahaja memaut pinggang si isteri. Rindu sekali rasanya.

“Mia teman Mira malam ni dekat sini boleh? Itu pun kalau abang izinkan.” Pinta Mia. Seandainya Muaz tidak mengizinkan, dia akan mengikut sahaja kata lelaki itu.

“Erm…nanti kejap abang fikir.” Dia buat-buat memegang kepala seolah-olah berat mahu memberikan jawapan.

“Tak apa la kalau abang tak izinkan. Kejap ek Mia pergi beritahu Mira yang kita nak balik. Esok abang kerja pulak.” Sebelum sempat dia melangkah pergi Muaz memegang erat lengannya.

“Hari ni je sayang teman dia kan? Esok tak dah kan?” Muaz tersenyum nakal. Mia faham maksud senyuman Muaz itu.

“A’ah. Hari ni je.” Jawab Mia ringkas.

“Ok, abang izinkan walaupun abang akan kerinduan sepanjang hari.” Dicium pipi kanan Mia. Terkejut Mia dengan tindakan Muaz itu.

“Abang, ni dekat hospital la.” tegur Mia. Malu seandainya ada mata-mata lain yang memerhati. Muaz ini selamba sahaja.

“Biar la diorang tengok. Diorangkan ada mata jugak.” Balas Muaz pula.

“Betul abang izinkan Mia teman Mira?” tanya Mia sekali lagi. Kalau boleh dia tidak mahu Muaz terasa hati lagi dengan dirinya. Nanti dikatanya aku melebihkan orang lain berbanding dirinya.

“Yer sayang. Abang izinkan. Tapi dengan satu syarat.” Dikenyitkan sebelah matanya pada Mia.

“Syarat? Teruk la abang ni.” Dicuit pinggang suaminya. “Syarat apa?”

“Hehehe…peluk abang sekali.” Dia mendepangkan tangannya ingin memeluk Mia. Bulat mata Mia memandang kenakalan Muaz ketika ini. Tidak perasankah dia yang hari sudah mahu menjengah ke pagi.

“Ee…” tidak sempat dia berkata apa Muaz sudah menarik dirinya ke dalam pelukan hangat itu. Lalu Muaz berbisik, “ I will miss you so much dear. Love you.” Dikucup kepala si isteri.

“Me too sayang. Abang dah la. Nanti orang nampak la. Malu…” bisik Mia pula. Dia cuba menolak tubuh suaminya itu agar berdiri jauh sedikit. Sudah seperti magnet sahaja Muaz ini. Mujurlah kedudukan mereka sedikit terlindung dari pandangan orang lain. Lagi pun selewat ini sudah tidak ada pengunjung yang lalu lalang. Yang ada hanyalah doktor dan jururawat sahaja.

“Abang balik dulu ya? Sayang jaga diri. Nak apa-apa call je abang.” Dicapai jari-jemari isterinya. Mia pula bertindak menyalam tangan sang suami seperti biasa. Dia juga terasa berat mahu melepaskan Muaz pulang. Mereka baru sahaja berbaik-baik. Tidak sangka pula hal ini yang akan berlaku. Inilah dinamakan takdir.

“Beratnya abang nak balik sayang…” rengek Muaz manja. Dia tetap tidak melepaskan genggaman di tangan Mia.

“You need to go back abang. Esok abang kerjakan? Maaf sangat sebab Mia tak dapat temankan abang malam ni. Tapi, baju kerja abang semua Mia dah siapkan. Abang pun jaga diri ya. Mia sayang abang. Pergi balik cepat.” Bukan niat dia mahu menghalau. Tetapi dia bimbang dia juga tidak dapat menahan kerinduan untuk melepaskan Muaz pulang terlebih dahulu. Oh, aku sudah benar-benar angau.

“Halau abang ek? Majuk la macam ni.” Muaz sudah membuat muka sedihnya. Sengaja mahu mengusik Mia. Payah betul mahu berpisah dengan Mia.

“No abang. Mia kasihan dekat abang je. Esok abang kerja. Mia ambil cuti esok. Balik ya?” pujuk Mia.

“Ok, demi sayang. Abang turutkan. Abang balik dulu ya? Bye sayang.” Dilepaskan pautan di lengan Mia.

“Bye abang. Bawa kereta elok-elok ya. Dah sampai rumah mesej Mia ok?” pesan Mia tanpa henti.

“Ok sayang.” Muaz sudah melambai-lambai tangannya. Siap dengan flying kiss lagi. Teruk benar ‘mabuk’ Muaz ni. Hehehe…

Baru sahaja Mia mahu melangkah pergi dia terdengar ada suara yang memanggil namanya. Dia terus menoleh ke belakang. Semakin bulat matanya.

“Abang…kenapa tak balik lagi?” soal Mia apabila Muaz menghampirinya semula.

“Abang tertinggal barang la sayang.” Beritahu Muaz. Serius sahaja lagaknya.

“Barang? Handphone ke? Kunci kereta?” Mia tidak henti-henti bertanya.

“Ermm…ni…” terus dikucup kedua-dua pipi Mia, dahi, hidung, dagu dan akhir sekali jatuh di bibir Mia.

“Abang…” jerit Mia perlahan. Dipukul bahu Muaz dengan geram. Tertipu dibuatnya dengan helah Muaz.

“Dah, abang pergi balik sekarang. Kalau tak Mia panggil doktor suruh inject abang. Nakalnya…” Mia buat-buat marah sambil bercekak pinggang. Tidak boleh jadi ni. Dia harus memastikan Muaz beredar segera. Kalau tidak semakin parahlah jawabnya.

“Ok…ok…bye bye sayang. Assalamualaikum.” Terus sahaja Muaz berlalu apabila mendapati Mia ingin mencubitnya pula. Tidak hilang tawa di bibirnya. Nakal sungguh perangai Muaz ni. Sabar sajalah kau Mia dapat suami yang loyar buruk ni.

 
***





“Mia, kau ada sorokkan apa-apa dari aku ke?” soal Mira kepada Mia ketika mereka berbual-bual kosong di kawasan luar wad. Ingin mengambil angin sebentar. Mahu tidur pun mengantuk sudah hilang. Mahu terus menghadap Zahidi keadaannya masih sama. Biarlah dia berehat dari kesakitannya.

“Sorok? Apa pulak yang aku sorokkan? Mana ada la.” Mia pun musykil. Apa pula yang dimaksudkan oleh Mira ketika ini.

“Betul? Kau tak tipu aku?” Mira sudah tersengih-sengih seperti kerang busuk.

“Kau ni kenapa Mira? Aku ok je. Mana ada aku rahsiakan apa-apa.” Dalih Mia lagi. Dia masih tidak dapat menangkap apa maksud Mira itu.

“Yela, orang tu dah ada suami tersayangkan. Semua tak nak share dengan aku dah.” Perli Mira lagi sambil mencubit pipi Mia.

“Adoi, sakit la Mira. Kau ni demam ek? Tiba-tiba je berkelakuan macam ni. Risau aku.” Ujar Mia.

“Aku nampak apa yang terjadi tadi.”

“Maksud kau?” adakah Mira terlihat adegan yang tidak sepatutnya sebentar tadi di antara dia dan Muaz.

“Hahaha…ooo..pandai kau sorokkan dari aku ek? Akhirnya terkantoi jugak.” Mira menyambung tawanya.

“Mira, kau jangan kata yang kau nampak aku dengan Muaz tadi.” Mia sudah menaikkan jari telunjukkan ke wajah Mira.

“Romantiknya suami kau. Korang dah berbaik ek? Patut la tak berenggang aku tengok.” Tidak habis-habis Mira mengenakan Mia.

“Ee…malunya. Ni semua sebab Muaz. Lepas laku betul.” Mia menutup muka dengan kedua-dua belah tangannya. Mana mahu disorokkan muka ketika ini.

“Ala, dengan aku pun kau nak malu-malu. Itu nasib baik aku yang nampak. Kalau Zahidi yang nampak terus sihat dia tau.” Gurau Mira. Seronok dia melihat sahabatnya itu bahagia.

“Merepek la kau ni. Jangan cerita dekat sapa-sapa tau. Kalau tak aku tarik telinga kau.” Ugut Mia pula. Dia masih malu sebenarnya. Muaz punya perangai la ni. Aku yang terima malu.

“Kau mengintip aku ek Mira?” teka Mia. Kalau tidak macam mana Mira boleh nampak babak atas 18 tahun itu. Aduh, malunya.

“Eh, memandai je tuduh aku macam tu ek. Aku keluar nak cari kau la. Kata nak minta izin dekat Muaz la konon. Padahal ada ‘kerja’ dengan si Muaz tu ek?” dicucuk pinggang Mia pula.

“Ala, kau ni. Betul apa aku nak pergi minta izin dekat dia, tapi tak sangka pulak jadi macam tu.” Mia mereka-reka ayat supaya dia tidak mendapat malu lagi.

“Eleh, tak sangka konon. Eh, sejak bila korang jadi macam belangkas ni?”

“Bukan belangkas la. Tapi belalang. Hehehe…erm..baru hari ni la.” balas Mia sambil tersenyum penuh makna.

“What? Hari ni? Maaf Mia. Aku ganggu hari-hari bahagia korang.” Terasa bersalah pula Mira dengan Mia dan juga Muaz. Sahabatnya itu baru sahaja mahu meluangkan masa bersama dengan suaminya, tetapi aku sudah kacau daun.

“Eh, aku ok la. Aku faham keadaan kau sekarang. Kitakan kawan.” Mia memeluk bahu Mira tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi.

“Kau memang la ok. Muaz tu? Tambahan pulak aku tengok dia bukan main susah nak lepaskan kau teman aku dekat sini. Kasihan Muaz.”

“Tak apa la. Muaz izinkan dan aku tahu dia ikhlas.” Kalau Muaz tidak izinkan dia juga tidak mahu terus berada di sini. Tetapi apabila melihat wajah suaminya yang tenang sahaja dia sudah menjadi lega. ‘Mia rindu abang.’ Apalah yang sedang dilakukan Muaz ketika ini. Terasa rindu benar walaupun baru berpisah seketika. Kuasa cinta Muaz memang ajaib.

“Mia, kalau kau tak ada dekat sini teman aku sekarang mesti kau dengan Muaz tengah…” Mira tidak menghabiskan ayat itu. Biar Mia meneka sendiri.

“Kau jangan nak mengada fikir yang bukan-bukan ek?” sekali lagi dia dilanda rasa malu yang amat sangat. Teringat peristiwa sebelum mereka mendapat panggilan dari Mira. Masih terbayang di ingatannya seraut wajah Muaz yang begitu asyik melempiaskan kasih sayangnya kepadaku. Nakal sekali.

“Haa, tengok tu. Dah jauh berangan la tu. Teruk la kau ni Mia. Takut aku.” Mira menjauhkan sedikit tubuhnya dari Mia. Sengaja mahu berlakon.

“Eh, aku berangan pun dengan suami aku. Bukan dengan suami orang lain. Kau yang jeles.” Jika Muaz mendengar kata-katanya ketika ini pasti Muaz tidak akan menyangka yang Nur Mia juga seorang yang nakal.

“Oo…pandai la kau cakap macam tu ya? Dulu bukan main anti lagi dengan si Muaz tu. Sekarang bukan main gatal lagi kau ek? Aku beritahu Muaz baru tahu.” Kelakar dia melihat wajah Mia yang sedang angau.

“Hello Mira! Kau pun fahamkan keadaan kitorang sebelum ni. Nama je dah lama kahwin. Tapi kami masih belum merasai nikmatnya alam perkahwinan tau.” Mia sudah mengeluarkan hujah-hujahnya.

“Dah…dah. Aku gurau jela. Aku faham. Aku sentiasa doakan kebahagiaan korang berdua. Aku harap korang akan kekal bahagia selamanya. Cepat-cepat bagi aku anak buah ek? Tak sabar pulak aku.” Mira pula yang berangan jauh.

“Aku pun dah tak sabar nak ada anak sendiri. Hehe…” Ya, memang dia mahukan cahaya mata secepat mungkin dengan Muaz. Tambahan pula dia amat gemarkan kanak-kanak.

“Ee…Mia gatal, Mia miang…” ejek Mira.

“Weh, dah la kau. Jom tengok Zahidi. Gelak sampai tak ingat tunang kau tu ek?”

“Maunya aku tak ingat. Aku dah rindu gila dengan dia tau. Jom!” Mira memaut lengan Mia untuk berjalan seiring dengannya.

“Mira gatal, Mira miang…” Mia pula membalas ejekan itu. Gelak tawa mereka mengiringi perjalanan dua insan itu.

Biarlah Mira hiburkan hatinya buat seketika.






~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Monday, September 12, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
8 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi
Subscribe to: Posts (Atom)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:AhLan WasAhLan:..

..:KePunYaAn EmPaYar:..

nurul ain haji jamli
24 april 1990
kuala kangsar, perak
penulis & blogger
dah jadi PUAN

kLik..kLik..

..:iMpiAn HatI:..

"Ya ALLAH, jaDikAn Aku WaNitA sOLehAh...yaNg bAik dI anTarA yAnG tErbAiK...kUrnIaKan jUgA PenDamPinG yAng BaIk daLam HiDupKu...baGi mEndApaTkAn SesUaTu YaNg TerBaIk dAri-Mu...aMin yA RaBb..."

..:pEcEbuK:..

Nurul Ain Haji Jamly

Create Your Badge

cE kOmE tRy bAce!!

  • ►  2013 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (8)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (6)
  • ►  2012 (78)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ►  October (6)
    • ►  September (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (8)
    • ►  June (12)
    • ►  May (14)
    • ►  April (9)
    • ►  March (1)
    • ►  February (6)
    • ►  January (1)
  • ▼  2011 (79)
    • ►  December (7)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ▼  September (7)
      • Buat Pembaca Setia "Segalanya Mungkin"
      • ~3 lagu, 3 Cerita~
      • Tomyam Sosej & Telur Bungkus ^_^
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 31
      • Open House Segera^_^
      • Novel Bersiri : Segalanya Mungkin 30
      • Rayaku Rayamu Jua...!!
    • ►  August (32)
    • ►  June (7)
    • ►  May (6)

..:FoLLowErS:..

..:i foLLow u:..

  • Blog Cik Nurfarah
    HI 2025
  • Jia creatifelt
    Harry Potter Et Les Reliques De La Mort : 1ère Partie (2010) Watch Full Movie Streaming Online
  • Warong Makcik Senah
    Watch Clifton Hill 2019 Free Online
  • Kisah BudaxXx Montel ^^
    Watch Cardboard Boxer 2016 Free Online
  • Entirely Of Flaws
    Bank Indonesia Memberi Penghargaan Atas Pelaporan Uang Palsu
  • ♥cOraT cOret NusHA ♥
    TRAGEDI OKTOBER : Duit bagi tapi tak cukup!
  • TAMU JAJAKRAF
    NOTICE BOARD
  • ~BabyComel~ Hanya insan Biasa
    Suratan Takdir Gersang Kisah Si Curang
  • I CANT HEAR THE SILENT MELODIES
    Jual Obat Maximoz Peningkat Vitalitas, Stamina Dan Obat Ejakulasi Dini Di Sidoarjo
  • Nurhafizah ❤
    5 Tips Bagaimana Menjaga Fikiran Positif Setiap Hari
  • Wanita Melayu Akhir Zaman
    J-Pace SUV Review 2018
  • SaHaBaT BUKIT BOTAK
    Ninja : Genap 1 Tahun 4 Bulan
  • silenceaneesa ♥
    Langkah Memberi warna Baju Dengan Wantex supaya Sembuh Seperti Baru Lagi
  • Reading is the most relaxing moment. (I'm only eighteen)
    Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion 5
  • BILA KATA HATI MENULIS
    Terus Mencintaimu
  • Wardah Alisya
    8 tahun usia Wardah Alisya
  • Dazzi Lurzzi Official Blog
    Redha 2016 Movie Hack Full
  • ya allah kuatkan hati kami
    Obat herbal murah berkhasiat paling ampuh
  • oLd_sChOoL
    Selangor Juara Piala Malaysia, Kenduri Kahwin Member Lebih Penting
  • [ hujung peNa... papan kekuNci ]
    "Letihlah nak pikir duit..."
  • JoY AnD SoRrOw
    FiRsT eNtRy FoR tHiS yEaR
  • Anas Muallim
    Cuti yang panjang
  • segalanyamungkin
    BAKTI SISWA TERENGGANU (KAMPUNG SEBERANG TAKIR)
  • ! ~ Salam Ukhuwah ~ !
    Giveaway dan Lucky Draw
  • misyaain amna
    TANDA HIDUP TAK BERKAT
  • ^◕‿◕^
    UPDATE NEW STOCK ** MEN'S SHIRTS **
  • The Karl Nyzam™
    Erti Sebuah Kemaafan
  • col0ur ur life
    Tukar Lagi.
  • kami craft
    Pek Kombo Tona~~ Murah Gilaa~~~!!!
  • Abu HurairaH
  • My Life
    Hujung Minggu
  • ~~ ketulusan hati ~~
    Dia kekasih aTi Qu...
  • ♥ CATATAN SEORANG HAMBA ♥
    ♥ KISAH MAYAT MEMBACA SURAH YASSIN DI MEKAH ♥
  • maiza husna
  • PERCUTIAN TERINDAH
    PAKEJ 3HARI 2MALAM DI PANGKOR
  • ! .. ✿Ɖαʏα Ƭнɛ Ƨιϰтн✿ .. !
    Korean Fashion :)
  • Ibnu Sina ATC
    Sekitar Karnival Ekonomi Muslim
  • ~liFeminEswEEtsoUr~
  • Celoteh Deqyah Pegeon~
  • Triple L
  • JuZ a sImPLe guRL DiaRy
  • BerLARI ke LANGIT
  • ♥
  • Muni Izzah
  • ♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫•♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫• ♫•*¨*•.¸¸
  • vip eema..
  • Eimma
  • kedai mu
  • Hafiz Hamidun
  • Seek ONLY for MARDHOTILLAH
  • BLOG ALAN
  • ✿ Missz.Nana.Punyer.Cerita ✿
  • ..sEriKanDi isLaM..
  • *sUkA-suKi DunIakU*
  • hello !!!
Backgrounds & Flower Backgrounds
Powered by Blogger.