Sejak kebelakangan ini pelbagai cerita kurang enak yang aku dengar tentang si dia. Betul atau tidak semuanya menjadi tanda tanya. Di mana harus aku mencari jawapan itu? Bantu aku ya Tuhan. Kepercayaan yang aku dirikan buatnya adakala hampir goyah ditiup angin lalu. Aku bertekad untuk tidak mempercayai semua itu. Segala kekhilafan tersebut mungkin tidak disengajakan oleh dirinya.
“Akak jumpa dia dalam bas tadi.” Tiba-tiba Liyana menyapa ketika mereka sedang enak menonton televisyen bersama-sama pada suatu hari. Liyana merupakan salah seorang kakak kandung yang begitu rapat dengannya. Maklumlah, hanya tinggal mereka berdua dan ibu di rumah papan itu. Adik-beradik yang lain sudah membawa haluan masing-masing dengan keluarga yang di miliki. Walaupun dia masih seorang penuntut, tetapi dia cuma berulang dari rumah setiap hari.
“Oo..yeke? Fira pun dah lama sangat tak contact dia. Tak nak ganggu dia study. Dia sorang-sorang ke?” soal Fira. Rindu pada kekasih hatinya itu tidak dapat dibendung lagi.
“Tak, dengan adik dia yang sorang tu. Tapi akak tak sempat bertegur sapa pun dengan dia. Dalam bas penuh sesak pulak tadi. Lagi susah nak bersembang. Tapi…” Liyana ragu-ragu untuk meneruskan kata-kata. Bimbang akan menghiris perasaan adiknya itu.
“Tapi apa kak? Cakap jela…dia tak bagi tau dekat Fira pun yang dia ada balik kampung. Mungkin tak ada kredit kot.” Tidak mudah bagi Fira untuk berfikir yang bukan-bukan.
“Diorang bukan berdua je. Tapi bertiga. Yang sorang lagi tu akak tak pasti sapa. Tapi masuk kali ni dah dua kali akak jumpa diorang bersama.” Ikutkan hati tidak mahu diceritakan kepada Fira. Tetapi perkara seperti ini Fira berhak untuk tahu.
“Oo..mungkin adik angkat dia kot. Biasa la…dia kan ada ramai adik angkat. Hehe…” Fira cuba menyembunyikan rasa kecewa yang mula bertandang di lubuk hatinya. Antara mereka nama sahaja berkasih, tetapi amat jarang berhubung.
Fira sendiri tidak mengerti dengan sikap Helmi. Apabila dikenangkan kembali saat mula-mula berkasih, ternyata sikap Helmi dulu dan kini amat berbeza. Mereka sudah berkawan sejak dari bangku sekolah lagi. Pada mulanya hubungan mereka seperti sahabat-sahabat yang lain. Tetapi apabila meningkat dewasa Helmi menyuarakan hasrat hati untuk melanjutkan hubungan mereka ke satu lagi fasa.
Pada mulanya berat hati Fira untuk menerima Helmi sebagai teman istimewa kerana persahabatan yang telah lama terjalin bagaikan sudah sebati dalam dirinya. Selepas pujukan demi pujukan diterima daripada Helmi akhirnya Fira akur. Tiga bulan di awal perhubungan, mereka seperti pasangan kekasih yang lain. Sering berhubung walaupun tidak berjumpa. Mereka terpaksa akur dengan tanggungjawab masing-masing yang masih menuntut di lain-lain institusi.
Tetapi semakin hari sikap Helmi semakin berubah. Kadang kala Fira sendiri tidak tahu di mana sebenarnya Helmi. Samada di kampung halaman atau di kampus. Kecewa di hati sering kali bertandang tetapi terus ditepis apabila Fira cuba untuk tidak berfikir yang bukan-bukan.
Ikutkan hati Fira yang sering kesunyian boleh sahaja dia tinggalkan Helmi dan pergi kepada orang lain. Bukan tidak ada yang berminat dengannya. Cuma selama ini segala godaan dari pihak ketiga cuba dielakkan demi menjaga kesetiaan yang wujud dalam diri setelah setuju menerima Helmi sebagai teman istimewan.
Tetapi Arif teman sekampus Helmi tidak pernah patah semangat untuk memenangi hatinya. Fira tidak menganggap Arif lebih daripada seorang kawan. Mereka juga tinggal sekampung. Kadang kala sikap Arif yang lebih mengambil berat tentang dirinya berbanding Helmi akan membuatkan Fira terleka seketika.
Fira sentiasa mengingatkan Arif bahawa hatinya hanya untuk Helmi. Tiada yang lain. Arif juga cukup memahami. Sebagai insan yang menaruh hati pada Fira, Arif gembira seandainya Fira juga gembira. Persahabatan mereka terjalin dengan baik. Tambahan pula Helmi tidak lagi menghubungi Fira. Katanya mahu memberi tumpuan pada peperiksaan yang semakin hampir.
***
“Fira, Arif tanya sikit boleh?” soal Arif pada suatu hari ketika Arif menelefon Fira pada malam itu. Arif inginkan kepastian untuk satu kemusykilan yang sedang berlegar-legar dalam fikirannya semenjak beberapa hari ini.
“Eh, Arif ni. Macam tak biasa pulak. Tanya jela. Tak payah la nak minta kebenaran macam ni pulak. Pelik-pelik je Arif ni.” Ada ketawa di hujung ayat itu.
“Fira betul-betul sayang Helmi ke?” sebenarnya Arif agak takut untuk bertanya seperti itu kepada Fira. Bimbang disalahertikan.
“Arif, berapa kali Fira nak cakap. Fira memang sayangkan Helmi. Sentiasa sayang tau.” Agak tegas suara Fira itu. Sudah berbuih mulutnya menerangkan betapa sayangnya dia pada Helmi.
“Helmi pulak macam mana? Dia ikhlas sayang Fira ke selama ni?”
“Ermm…entah la Arif. Kalau Arif nak tau, Fira sendiri tak pasti dengan status Fira sekarang ni. Nak bertanya pada Helmi pun dia sibuk nak exam. Fira tak nak bebankan fikiran dia dengn hal remeh macam ni. Kesian dia.” Sayu sekali suara Fira. Jika difikirkan kembali dia juga akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.
Apa yang dirasakan kini seolah-olah Helmi semakin jauh dengannya. Jangan katakan ingin bertemu, mahu bersembang di telefon pun Helmi tiada masa. Terdetik juga di hati Fira untuk mendapatkan penjelasan dari Helmi tentang hubungan mereka ini. Adakah Helmi masih menganggap Fira sebagai kekasihnya atau tidak lagi.
Fira hampir putus asa untuk menghadapi semua ini. Seandainya Helmi sudah tidak mahukan dirinya, dia rela dilepaskan dari terus disakiti. Andainya Helmi sudah ada yang lain, Fira juga rela mengundur diri. Tetapi berterus-teranglah dengannya. Dia akan menerima semua itu dengan redha. Sampai bila mereka harus begini.
“Kenapa Arif tanya Fira macam tu?” pelik juga Fira apabila Arif bertanya seperti itu. Padahal Arif sudah jelas dengan semua ini.
“Ermm…Arif cerita ni bukan untuk menyakiti hati Fira atau merosakkan hubungan Fira dan Helmi. Tapi Arif rasa macam tak adil pulak kalau Fira tak tahu hal ni…” berat untuk Arif meneruskan kata-kata. Mesti hati Fira akan terguris lagi. Tetapi untuk melihat insan yang disayangi kecewa di kemudian hari, dia tidak sanggup.
“Apa dia Arif? Cerita jela… Fira sedia dengar apa sahaja tentang Helmi.” Apa lagi dugaan yang akan diterima selepas ini.
“Aaa…semalam Arif lepak-lepak dengan kawan dekat café kampus lepas habis kelas. Salah seorang kawan Arif memang agak rapat dengan Helmi. Zakri nama dia. Diorang satu persatuan. Mula-mula kami tak sembang pun topic pasal Helmi. Entah macam mana terkeluar pulak cerita pasal dia. Arif pun dengar jela. Buat-buat macam tak kenal Helmi. Tapi kan…”
“Arif…jangan la cerita sekerat-sekerat macam ni. Lagi la Fira fikir bukan-bukan. Arif cerita je. Jangan takut apa-apa.” Geram juga Fira dengan si Arif ni. Kalau mahu bercerita terus-terang sajalah.
“Macam ni, Arif tanya dekat Zakri, yang Helmi tu dah ada awek dekat kampung dia kan. Lepas tu Zakri cakap dekat kampung apa, tapi dekat kampus kami jugak la. Arif terkejut sangat masa tu. Arif tanya lagi sapa dia. Zakri cakap budak junior sem 2 tahun ni. Kos apa Arif tak tanya la pulak.” Arif menunggu reaksi Fira yang seterusnya.
Lama juga Fira mendiamkan diri sebelum membalas kata-kata Arif. Berat rasanya untuk memberi sebarang komen. Masuk kali ini sudah beberapa kali dia mendengar cerita seperti ini. Mahu percaya atau tidak sahaja.
“Arif yakin ke dengan cerita Zakri tu? Ke dia salah orang?” Fira inginkan kepastian. Tidak mahu terus menuduh tanpa bukti.
“Itu Arif tak sure la pulak. Tapi Zakri memang kenal sangat dengan Helmi tu. Sebenarnya Arif pun ada jugak dengar-dengar cerita pasal ni. Tapi Arif malas nak ambil pusing sangat. Bila dah dengar dari banyak mulut Arif pun jadi macam percaya la. Tapi terpulang pada Fira nak percaya atau tak.” Dia dapat rasakan perasaan Fira ketika ini.
“Ermm..tak apa la Arif. Fira pun tak tahu nak cakap macam mana dah. Nak bertanya sendiri pun tak ada peluang. Fira dengar pun dari mulut orang lain je. Thanks Arif sebab sampaikan dekat Fira. Fira tak terkejut sangat pun dengan semua ni. Dah biasa sangat dah.” Mahu sahaja dia menangis. Biar Arif tahu betapa sedihnya dia saat ini. Kenapa Helmi sanggup buat dia begini.
“Fira…Arif mintak maaf ek? Arif tak ada niat lain pun. Cuma kesian dekat Fira.”
“Eh, tak apa la Arif. Fira redha je. Nak buat macam mana kalau dia dah ada yang lain. Mungkin itu lebih baik untuk dia. Nanti kalau Fira dah cukup kuat nak tanya dia, Fira akan tanya. Fira pun tak nak selamanya macam ni. Fira dah letih sebenarnya.” Begitulah perbualan mereka pada malam itu. Tetap berakhir dengan kisah duka dari Helmi.
Sebenarnya Arif masih menyimpan satu rahsia yang akan membuatkan Fira bertambah kecewa. Tetapi untuk memaklumkan kepada Fira sama sekali dia tidak sanggup. Tanpa pengetahuan Fira, Helmi tidak pernah mengaku Fira sebagai pasangannya. Apabila ada yang bertanya dia cuma mengaku sebagai kawan baik sahaja.
Memang sudah lama kisah Helmi dan budak junior itu tersebar di kalangan mereka. Tambahan pula Helmi merupakan salah seorang pelajar yang aktif di kampus. Sudah pasti menjadi perhatian para gadis. Rupa pula tiada yang cacat cela. Mustahil tiada yang terpikat.
Sifat mudah mesra dengan sesiapa sahaja juga kadang-kadang akan disalah sangka oleh orang lain. Jadi tidak boleh menyalahkan sebelah pihak sahaja. Nasib Fira apabila memilih Helmi sebagai teman istimewa di hatinya.
***
“Fira, Helmi apa cerita?” tanya Sue ketika Fira singgah di kedai hand phone milik ayah Sue. Sue merupakan sahabat karib pada Fira. Dengan Sue lah Fira boleh bercerita apa sahaja. Sahabatnya itu seorang yang amat memahami. Mereka tinggal sekampung tetapi belajar di tempat yang berbeza. Sue seorang pelajar yang pintar. Jadi mudah untuk dia melanjutkan pelajaran ke tempat yang betul-betul bagus. Tetapi dia tidak pernah sombong dengan sahabat-sahabat yang lain. Tiba sahaja musim cuti, Sue pasti akan pulang ke kampung membantu ayahnya di kedai itu. Fira pun apa lagi, pantang sahaja mendengar Sue ada di kampung. Pasti laju sahaja langkahnya mencari Sue. Mahu berkongsi rahsia hati.
“Ermm..tak tahu.” Itu sahaja yang mampu diucapkan oleh Fira. Memang hakikatnya dia tidak tahu bagaimana keadaan Helmi sekarang. Sihat atau tidak. Sudah makan atau belum.
“Aik…kata boyfriend. Takkan tak tahu kot. Ala, dengan aku pun kau nak rahsia-rahsia ek? Majuk la cam ni.” Sengaja Sue membuat ayat begitu. Padahal dia tahu bahawa Fira sedang menanggung kesedihan yang tidak tahu di mana penghujungnya. Dia sendiri sangat kenal dengan Helmi. Mereka semua asal dari sekolah yang sama. Hubungan mereka berdua juga turut dipersetujui oleh Sue.
“Betul Sue. Aku tak tahu apa-apa pun tentang dia sekarang ni. Kami dah tak contact. Aku pun tak tahu sekarang ni dia ada di mana. Rumah opah dia ke, rumah dia ke atau dekat kampus.” Baru sahaja niat di hati tidak mahu bercakap soal Helmi. Tetapi Sue sudah membangkitkan hal itu terlebih dahulu.
“Ok la…kita tukar topic ek? Hehehe…mamat hensem yang sorang lagi tu sihat?” masih jelas di ingatan Sue bagaimana rupa Arif ketika pertama kali ingin mendapatkan nombor telefon Fira. Sehingga sanggup datang ke kedai ayahnya setiap hari. Bertuah Fira kerana digilai oleh lelaki-lelaki kacak di kampung mereka. Itu belum lagi di tempat belajar Fira. Pasti ramai yang memerhati.
“Sapa pulak ni?” ada sahaja idea Sue ingin mengenakan dirinya.
“Ala, si Arif hensem tu la. Kau dengan dia macam mana? On dah ke?”
“Kau ni merepek apa Sue? Kau ingat aku ni jahat sangat ek sampai nak pasang banyak-banyak. Helmi yang sorang tu pun dah buat aku separuh gila. Nak tambah beban lagi? Baik tak payah. Kitorang berkawan je. Macam aku dengan kau. Tak ada yang lebih.”
“Yela, mentang-mentang la Helmi pun hensemkan. Sampai kau tak kisah langsung dengan Arif.” Lepas satu, satu usikan yang dikeluarkan oleh Sue.
“Rupa tak menjadi hal dengan aku. Yang penting perangai. Lagi pun Arif hormat aku sebagai seorang kawan sahaja. Cuma…” haruskah dia menceritakan apa yang disampaikan oleh Arif tempoh hari pada Sue?
“Cuma apa? Kau ni mula la nak main teka-teki dengan aku ek? Cecite..cecite..hehehe…” masih sempat ingin membuat kelakar.
“Arif call hari tu. Dia cerita pasal Helmi. Dia bagi tahu aku yang Helmi dah ada orang lain.” Hati Fira kembali pilu apabila mengingatkan kembali setiap butir bicara Arif tentang perilaku Helmi.
“Kau biar betul? Takkan la Helmi sanggup buat kau macam tu. Muka suci cam Helmi tu tak caya la aku.” Terkejut Sue dengan cerita itu.
“Itu la yang aku rasa sekarang. Nak percaya pun perkara ni bukan sampai dari mulut dia sendiri, tapi orang lain. Bukan setakat Arif yang bercerita tapi dah ramai sangat. Aku buntu sekarang ni. Dah la nak call dia pun aku tak dapat. Off hand phone memanjang. Jadi macam mana aku nak selesaikan semua ni Sue?” lega hatinya apabila dapat melepaskan sedikti bebanan yang sudah lama bersarang di hatinya.
“Kau cuba call lagi. Tak pun kau try hantar mesej dulu bagi tahu yang kau ada hal penting nak bincang dengan dia. Kalau-kalau dia terbaca sms kau mesti dia akan call kau balik. Dia tak boleh jadikan alasan nak exam sebagai merenggangkan hubungan korang. Kita semua nak exam. Kau sendiri pun macam tu.” Nasihat Sue. Kasihan dia dengan Fira yang sentiasa mengharapkan perhatian dari Helmi.
“Aku tak kisah kalau dia ada orang lain. Aku takkan halang. Tapi jangan tipu aku. Itu je yang aku tak dapat terima. Aku sanggup mengalah sekali pun dengan siapa.” Terkadang kekesalan mula timbul apabila menerima Helmi sebagai seorang yang lebih dari sahabat sahaja. Mungkin dia juga keliru dengan perasaannya selama ini. Kasih sebagai seorang kawan disangka kasih pada seorang kekasih. Tetapi untuk berpatah balik amat mustahil. Sekurang-kurangnya pengalaman akan mengajar kita erti kehidupan.
“Nanti la aku cuba call dia. Mana tahu nasib aku baik kali ni. Aku memang nak sangat bercakap dengan dia. Aku tak suka kalau orang terus menuduh kalau dia tak buat semua benda tu.” Kepercayaan masih diberikan kepada Helmi. Malahan dia sendiri pun masih belum pernah berjumpa dengan Helmi bersama dengan perempuan lain.
“Eh, Arif tu tak ada girlfriend ke? Mustahil orang hensem cam tu tak ada awek kan?” Sue mula bertanya perihal Arif pula. Sedap mata memandang wajah Arif yang nyata-nyata persis seorang model lelaki yang sering keluar di majalah-majalah sensasi. Kalau dia berada di tempat Fira, sudah disambut salam perkenalan dari lelaki tinggi lampai itu.
“Entah, aku tanya dia cakap sebelum-sebelum ni ada la. Tapi dah lama putus. That girl tinggal dia. Tak tahu la betul ke tak. Tapi aku duk tanya sapa-sapa yang kenal dia pun diorang cakap dia tak ada yang istimewa. Kau nak tau, abang aku pun kenal dia. Bila aku cerita pasal si Arif tu pada dia, dan-dan la dia promot Arif tu dekat aku. Arif tu baik la, tak suka melepak-lepak cam anak muda lain la. Semua yang baik-baik la. Pelik aku.”
“Ha, itu menandakan yang Arif tu memang budak baik. Tapi tadi kau kata ex gf dia tinggalkan dia? Biar betul muka macam tu pun ada orang tinggal ek. Tak faham aku dengan perempuan tu. Apa lagi yang dia nak. Muka kacak, pandai pun pandai, bergaya lagi tu. Ish…ish…ish…” Sue menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak faham dengan perempuan yang meninggalkan Arif itu.
“Kau ni. Ada ke cakap macam tu. Itu kita dengar dari pihak dia je. Kita tak dengar dari kedua-dua belah pihak lagi. Mana la kita nak tau sesahih mana cerita ni.” Fira sendiri tidak dapat mengagak Arif ini sebagaimana sebenarnya. Kadang kala dia terfikir juga, muka mengalahkan hero filem tetapi masih tidak mempunyai kekasih. Macam mustahil sahaja. Tetapi hati dan perasaan orang kita tidak boleh membacanya.
“Kalau dia tinggalkan perempuan tu logic la jugak sebab dia nak dekat kau. Hahaha…”
“Tak baik kau cakap macam tu. Macam aku ni perampas pulak. Padahal sikit pun aku tak niat macam tu. Aku rasa nak korek je biji mata Arif tu. Macam mana entah orang macam aku ni yang dia berkenan. Nak kata lawa jauh sekali. Nak kata macam model, memang jangan berangan la. Belajar pun tak pandai mana. Harta? Setakat seringgit dua aku ada la.” Rasa rendah diri sentiasa tersemat dalam dirinya. Manakan tidak, lebih ramai wanita cantik di luar sana, tidak pula Arif mahu cuba memikat. Budak kampung seperti aku juga yang dia mahukan.
“Ala, dia bukan terpikat dengan kau sebab benda-benda macam tu. Tapi sikap kau. Kau tu selalu sangat merendah diri. Aku rasa kalau perempuan lain dah terima Arif tu sebagai kekasih walaupun dah ada boyfriend sendiri. Tak macam kau. Setia. Itu sebab Arif tu jatuh cinta dengan kau.” Fira yang dikenalinya cukup suka merendah diri. Rimas juga dibuatnya. Macam dia seorang yang mempunyai kekurangan. Padahal, di luar sana semua manusia tidak sempurna.
“Pandai la kau ek? Kalau aku tak ada Helmi pun belum tentu aku pilih dia. Aku ni tak setanding dengan dia. Macam langit dan bumi tau tak?” itulah Fira. Tidak pernah berbangga dengan apa yang dia ada.
“Kau tu asyik merendah diri je. Asyik mengalah je. Macam mana la si Helmi tu tak buat kau macam ni. Sebab dia tahu kalau dia buat apa pun dekat kau, kau takkan melawan. Ikut je cakap dia.” Sue cuba membangkitkan semangat Fira supaya menjadi seorang yang lebih tegas. Tidak mudah dipijak oleh orang lain.
“Bukan merendah diri la Sue sayang. Tapi aku ni sedar diri. Patut pun Helmi cari orang lain.” Dia pasrah andai suatu hari nanti Helmi mahu meninggalkan dirinya.
“Dah la. Kalau cakap bab ni je mula la kau nak nangis. Tak sanggup aku nak tengok dah. Eh, kejap lagi kau teman aku pergi pekan ek. Aku nak beli barang sikit.” Ajak Sue. Bab memilih barangan, Fira memang cukup pandai.
***
Ketika mengulangkaji di dalam bilik, tiba-tiba handphone Fira berbunyi. Menandakan ada panggilan masuk. Fira sedikit mengeluh. Dia baru sahaja mahu mengambil peluang ini untuk mengulangkaji dengan aman. Memandangkan kawan sebiliknya yang lain keluar. Mahu dengan tidak, Fira terpaksa juga menjawab panggilan itu.
Sudah dijangka pasti Arif yang menelefon. “Assalamualaikum sayang.” Suka benar Arif apabila dapat mengusik Fira.
“Waalaikumsalam pakcik. Nak apa ni? Kacau orang study je.” Keluh Fira. Biar Arif tahu yang panggilan darinya memang tidak diharapkan ketika ini.
“Ala, garangnya cik kak sorang ni. Arif saja nak berbual dengan Fira. Boring tak ada buat apa ni. Teringat dekat Fira. Fira pun sudah-sudah la studynya. Dah nak asar ni kan. Restkan otak tu dulu. Nanti malam sambung balik.” Arif memang suka memberi nasihat yang berguna. Setiap perkataan yang keluar dari bibir Arif ada gunanya.
“Yela, nak stop la ni. Mengantuk pulak rasanya.” Fira sudah menguap di hujung talian. Petang-petang sebegini memang merupakan masa yang paling mengantuk. Tambahan pula ketika menghadiri kelas. Layu sahaja matanya.
“Jangan nak mengada tidur time-time macam ni ek. Asar dah dekat sangat. Fira…” ada sesuatu ingin disampaikan kepada Fira. Kali ini dia tidak hairan sekiranya hati Fira hancur berkecai. Dia tidak mahu lagi Fira menyayangi dan menanti seseorang yang sudah lama berlaku curang kepada Fira. Biar Fira menangis sekarang. Menangis sepuas-puasnya. Selepas ini dia tidak akan membenarkan air mata itu keluar lagi.
“Ha…ni tersekat-sekat macam ni mesti ada buat salahkan? Baik cakap cepat. Nanti Fira tarik telinga tu.” Sengaja dia mahu menceriakan suasana kerana hatinya dapat merasakan ada sesuatu yang bakal membawa pergi keceriaannya sebentar lagi.
“Fira, sekali lagi Arif nak mintak maaf. Segala apa yang Arif nak cakap ni adalah benar-benar belaka. Arif dah dapatkan kepastian. Arif dah tak sanggup tengok Fira menunggu seseorang yang tak pernah menghargai Fira. Arif tak nak Fira sayang pada yang tak jujur…”
“Terus terang jela Arif.” Mata Fira sudah mula berair.
“Selama ni apa sahaja cerita mengenai Helmi semuanya betul. Kami sendiri dengar pengakuan dia yang budak junior tu girlfriend dia sekarang. Ke mana sahaja mereka pergi pasti berdua. Nampak sangat kemesraan diorang. Ikutkan hati Arif, Arif nak tumbuk je muka dia. Biar dia sedar selama ni ada insan lain yang setia menunggu dia. Padahal dia sedap-sedap je dengan perempuan lain.” Arif juga umpama melepas geram. Selama ini perhatian Fira hanya pada Helmi. Segala keburukan Helmi, Fira tidak pernah ambil pusing. Helmi memang tidak pantas mendapatkan seorang gadis sebaik Fira.
“Kalau Arif nak kan Fira jangan la guna cara kotor macam ni. Fira kenal Helmi macam mana. Arif tak payah sibuk-sibuk hal kami. Fira boleh selesaikan sendiri. Dah banyak kalikan Fira cakap dengan Arif yang hati Fira cuma untuk Helmi. Arif tak faham ke? Sampai sanggup fitnah Helmi macam ni?” Fira tiba-tiba berubah sikap. Dia merasakan Arif sengaja mereka-reka cerita tentang kecurangan Helmi semata-mata untuk mendapatkan dirinya. Fira betul-betul tidak dapat menerima kenyataan.
“Fira, Arif tak sekejam itu tau. Memang tak nafikan yang Arif sayangkan Fira, tapi Arif takkan guna cara yang macam ni untuk dapatkan Fira. Arif cerita semua ni sebab Arif dah tak sanggup tengok Fira kena tipu dengan Helmi yang Fira percayakan sangat selama ini. Arif tak sanggup Fira.” Kecewa Arif apabila Fira menuduhnya sedemikian rupa. Tetapi dia faham dengan perasaan Fira ketika ini. Pasti Fira tidak dapat menerima kenyataan tentang kecurangan Helmi terhadap dirinya.
“Sudah la Arif. Arif jangan call Fira lagi kalau hanya nak keluarkan cerita-cerita buruk macam ni.” Lalu Fira mematikan talian telefon antara dia dengan Arif. Dia perlu masa untuk bersendirian. ‘Ya Allah, adakah benar setiap perkataan yang aku dengar ini? Adakah Helmi sanggup menduakan aku?
Tanpa berfikir panjang, Fira terus mendail nombor telefon Helmi. Dia berharap sangat agar dapat bercakap dengan Helmi. Dia mahu mendengar semuanya dari mulut Helmi sendiri. Tidak dari orang lain. Alangkah gembiranya Fira apabila panggilannya disambut oleh Helmi.
“Assalamualaikum Mie.” Fira tidak tahu bagaimana ingin memulakan bicara. Maklumlah sudah lama benar dia tidak bercakap dengan Helmi.
“Waalaikumsalam Fira. Fira sihat?” suara Helmi masih lembut seperti dahulu. Tidak ada yang berubah dengan nadanya.
“Sihat alhamdulillah. Cuma sibuk sikit nak exam. Mie macam mana?” terubat sedikit kerinduan di hati Fira apabila dapat mendengar suara Helmi.
“Mie pun sihat…kenapa Fira call Mie ni? Ada hal penting ke?” soal Helmi.
“Mie, Fira ada hal penting nak bincang dengan Mie ni. Boleh Mie luangkan sikit masa untuk Fira? Sekejap pun jadi la.” Rayu Fira. Dia tidak mahu bertangguh lagi.
“Ermm…Fira call Mie lima minit lagi boleh. Mie dalam surau ni. Baru sudah solat asar. Boleh?” pinta Helmi.
“Ooo…ok…lima minit lagi Fira call.” Hampir Fira terlupa yang waktu asar sudah menjengah hampir setengah jam yang lalu. Dia leka seketika dengan masalah yang menghimpit dirinya ketika ini.
Seperti yang dijanjikan, lima minit selepas itu Fira menghubungi Helmi semula. Masalah ini harus diselesaikan dengan segera. Apa sahaja yang terjadi selepas ini, Fira akan terima dengan hati terbuka.
“Mie, Fira nak tanya something. Sebelum tu Fira nak minta maaf andainya perkara ni mengganggu pelajaran Mie.” Lembut tutur bicaranya. Dia sendiri ingin mengurangkan debaran di dada yang kian menggetarkan.
“Apa dia? Cakap la.” Ringkas sahaja pertuturan Helmi. Bagaikan mengerti apa yang bakal ditanya oleh Fira.
“Fira ni dah dengar macam-macam cerita dari banyak mulut tentang Mie. Malangnya semua cerita negative. Fira tak nak percaya semua tu selagi Fira tak dengar dari mulut Mie sendiri…” Fira menarik nafasnya dalam-dalam sebelum meluahkan kekusutan yang melanda.
“Mie, betul ke Mie dah ada yang lain?” akhirnya terluah juga persoalan yang sering mengganggu fikiran dan hatinya selama ini.
Lama Helmi mendiamkan diri. Mengambil masa untuk menjawab segala persoalan yang ditimbulkan Fira. “Ermm…betul.”
Ya Allah. Benarkah apa yang aku dengar ini? Semudah itu jawapan yang diberi. Tetapi dengan satu perkataan itu sudah membuatkan hati Fira hancur berderai. Bagitu mudah Helmi bertindak. Kenapa selama ini dia menyimpan segalanya dari aku?
“Mie…kenapa buat Fira macam ni? Kenapa Mie tak terus-terang dengan Fira selama ni?” Fira sudah tidak dapat menahan air matanya dari berguguran. Hancur segala impian yang dicipta bersama Helmi selama ini.
“Mie tak nak susahkan hati Fira. Mie ingat nak terus-terang lepas kita habis exam.” Helmi berkata dalam keadaan yang serba salah.
“Mie tak nak Fira susah hati? Mia tau tak dah terlalu lama Fira ni susah hati pasal kita. Mie buat Fira macam ni lagi Fira kecewa. Selama ni Fira pekakkan telinga je bila dengar orang bercerita pasal Mie dengan perempuan lain. Tapi Fira tak pernah percaya. Sampai hati Mie.” Walaupun teramat kecewa, Fira tidak meninggikan suara. Itu bukan caranya untuk menyelesaikan masalah.
“Fira ni tak kisah kalau Mie nak ada yang lain tapi berterus-terang la. Fira tak boleh terima dengan cara macam ni. Kejam Mie. Kejam sangat.”
“Mie minta maaf Fira. Mie tak sangka boleh jadi macam ni. Tapi kita boleh berkawan balikkan?” mudah sahaja Helmi membuat permintaan. Tidak langsung difikir perasaan Fira yang terluka dek kerana sikapnya yang tidak mahu menerangkan perkara sebenar.
“Kawan? Mudahnya Mie cakap ek? Mie ingat Fira ni tak ada ada perasaan? Dah berapa lama Mie dengan dia?” Fira masih meminta penjelasan. Dia berhak untuk tahu kerana dirinya yang menjadi mangsa keadaan di atas kebahagiaan orang lain.
“Start bulan tiga hari tu.” Helmi menjawab spontan.
“Bulan tiga? Sekarang dah bulan lapan Mie. Lama betul Fira kena tipukan?” agak sinis kata-kata Fira. Betapa bodohnya dia apabila dipermainkan seperti ini. Hampir lima bulan dia ‘dimadukan’ oleh Helmi. Sampai hati Helmi. Hina sangatkah aku ini?
“Fira, bukan macam tu. Helmi sendiri tak tahu macam mana boleh jadi begini.” Itulah Helmi. Semua perkara ingin diambil mudah. “Fira sudi jadi kawan Helmi kan? Kita jadi sahabat macam dulu-dulu balik ok?”
“Entah la Mie. Fira tak tahu nak cakap apa. Mungkin boleh berkawan, tapi tidak macam dulu. Fira minta maaf. Fira tak nak jadi hipokrit. Bukan mudah Mie, Fira nak lupa semua ni. Fira dah bagi semua kasih sayang Fira pada Mie. Tapi nampak gayanya Mie tak sudi nak terima. Fira doakan semoga Mie bahagia dunia dan akhirat dengan sesiapa sahaja. Assalamualaikum.” Tanpa menunggu lebih lama, Fira menamatkan perbualan mereka. Tidak mahu mendengar penjelasan lain dari Helmi. Cukuplah apa yang didengari sebentar tadi. Saat itu juga air mata Fira mengalir dengan deras sekali. Biarlah dia menangisi perpisahan ini sepuas-puasnya. Untuk menenangkan hati yang semakin parah dan tidak tenteram, Fira mengambil wuduk lalu mendirikan solat asar. Walaupun tidak dapat menunaikan dengan tenang, sekurang-kurangnya hati Fira lebih tenteram.
Selepas selesai mendoakan kesejahteraan buat semua insan di sekelilingnya, Fira mencapai telefon bimbitnya. Dia ingin menelefon Arif. Dia mahu memohon maaf ke atas ketelanjuran kata-katanya sebentar tadi. Tidak pasal-pasal Arif dituduhnya seperti itu. Kalau tidak kerana Arif sudah pasti semakin lama dia ditipu.
Syukurlah kerana Arif masih sudi menjawab panggilannya. “Arif…” sekali lagi air mata Fira gugur tanpa dapat ditahan-tahan lagi. Saat ini dia memerlukan seseorang untuk meluahkan segala kesedihan. Mungkin Arif orang yang paling tepat untuk dia berkongsi rasa.
“Fira, kenapa ni? Hey, jangan nangis. Arif ada ni. Cuba cerita dengan Arif kenapa Fira nangis ni.” Arif begitu prihatin. Mujurlah Arif tidak membenci dirinya kerana tuduhan yang dilemparkan oleh Fira terhadap Arif sebentar tadi.
Agak lama Arif menjadi penunggu setia sebelum Fira bersuara. Biarlah wanita itu menangis. Biar lega sedikit hatinya.
“Arif, Fira minta maaf sebab tuduh Arif macam tu. Fira menyesal sangat.” Masih dengan tangisannya tetapi sudah mampu berkata-kata.
“Tak apa la Fira. Arif faham perasaan Fira saat ni. Arif tak ambil hati pun. Tapi kenapa Fira sedih sangat ni? Macam ada something yang lain je berlaku dekat Fira.” Arif seperti dapat menghidu sesuatu yang membuatkan Fira kelihatan sedih teramat sangat.
“Arif, betul la apa yang Arif dan yang lain-lain cakapkan dekat Fira selama ni. Tadi Fira dah call Helmi dan dia dah berterus-terang. Kenapa dia kejam dengan Fira Arif?” hati yang kian tenang bertambah sedih apabila mengingatkan kembali kata-kata Helmi.
“Fira, mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. Fira jangan la sedih. Mungkin Helmi bukan jodoh Fira. Mesti ada yang lebih baik dari Helmi untuk Fira kan?” Arif cuba memujuk Fira. Hatinya juga turut bersedih apabila orang yang disayangi diperlakukan seperti ini oleh insan lain.
“Tapi kalau Fira tak tanya sendiri, sampai bila dia nak tipu Fira? Mudah je jawapan dia. Selama ni Fira sanggup tunggu dia. Fira setia dengan dia. Tapi ini yang Fira dapat sebagai balasan. Fira rasa hina sangat.”
“Fira jangan cakap macam tu. Kita tak boleh lawan takdir tau. Fira kena terima semua ni dengan penuh redha. Percaya la Fira, ada hikmahnya.” Tidak jemu-jemu Arif memberi kata semangat pada Fira.
***
Setelah kejadian itu, Fira mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Dia inginkan ketenangan. Lagi pun peperiksaan semakin hampir. Panggilan Arif juga tidak dilayan.
Suatu hari, Arif meluahkan hasrat ingin menjadikan Fira sebagai teman istimewanya. Dia tidak mahu melepaskan peluang yang ada. Cukuplah selama ini peluang itu diberikan kepada Helmi. tetapi hanya sia-sia.
“Arif, Fira tak sedia untuk semua ni lagi. Arif pun tahukan Fira masih bersedih. Fira tak nak kecewa lagi sekali.” Memang benar Fira masih belum dapat melupakan kisah dukanya. Inikan pula mahu menerima lelaki lain sebagai pengganti Helmi. Belum masanya lagi.
“Fira, Arif betul-betul ikhlas. Arif nak bahagiakan Fira. Arif nak Fira yang dulu. Yang ceria sentiasa. Bukan macam sekarang.” Rayu Arif lagi.
“Arif bagi Fira masa ya? Fira tak nak kelam-kabut macam ni. Fira tak nak apa-apa jadi antara kita atas dasar terpaksa. Arif memang baik. Baik sangat. Arif sentiasa ada untuk Fira bila Fira ada masalah. Fira perlukan Arif yang sekarang. Sebagai kawan Fira.” Fira tetap bertegas dengan keputusannya. Hatinya bukan mudah untuk dijual beli. Bertukar ganti pasangan sesuka hati bukan sifatnya.
Mujurlah Arif seorang yang memahami. Persahabatan mereka terjalin seperti biasa. Mungkin lebih akrab dari dahulu. Arif lah teman terapat Fira ketika ini. Segala-galanya diceritakan kepada Arif.
***
“Assalamualaikum sayang.” Arif memberi salam seperti biasa apabila panggilannya dijawab oleh Fira.
“Waalaikumsalam. Apa sayang sayang?” geram Fira. Sudah banyak kali dia berpesan kepada Arif supaya jangan memanggil dirinya dengan gelaran itu. Dia tidak mahu Arif mengharapkan apa-apa darinya.
“Ala, memang Arif sayangkan Fira pun. Apa salahnya kan? Lepas ni Fira kena panggil Arif abang ek?” dia mahu Fira tahu bahawa dia benar-benar ingin menjadikan Fira sebagai teman istimewa.
“Mengada la Arif ni. Tak nak Fira. Gatal je bunyinya. Hehehe…” setelah hampir dua bulan hubungan dengan Helmi terputus, Fira sudah boleh dibawa bergurau seperti dahulu. Biarlah Helmi bahagia bersama insan yang dipilih. Dia pasrah.
“Fira, abang serius tau.” Suara Arif agak keras sedikit. Fira umpama tidak mempercayai setiap kata-katanya.
‘Apa Arif ni. Dah berabang-abang pulak. Pening kepala aku melayan kerenah dia dua tiga menjak ni.’
“Arif, Fira tak ready la semua ni.” Ikutkan hati dia tidak mahu lagi berfikir soal hati dan perasaan. Dia ingin menumpukan sepenuh perhatian pada pelajarannya. Dia tidak mahu menerima sebarang kekecewaan lagi. Dia yakin bahawa dia tidak mampu menerima sebarang tekanan buat masa ini. Bimbang memberi kesan kepada pelajarannya.
“Fira, abang tak kisah kalau Fira masih tak dapat nak terima abang sepenuhnya. Tapi please bagi abang peluang. Abang akan buktikan pada Fira yang abang betul-betul ikhlas.” Arif meyakinkan Fira.
“Ermm…Fira takut kecewa Arif. Fira baru je tempuh semua ni. Fira takut…” itulah yang dirasai tika ini. Bukan tidak mahu menerima kasih Arif, tetapi dia tidak mahu mengambil sebarang risiko.
“Fira, itu la sebab abang mohon Fira beri abang peluang. Abang sungguh-sungguh ni.”
Lama Fira mendiamkan diri. “Kalau diam tandanya setujukan Fira? Abang anggap Fira bagi abang peluang ek?” begitulah akhirnya antara mereka. Fira sendiri tidak membuka mulut, tetapi Arif sudah membuat keputusan bagi pihaknya. Adakah benar tindakan ini? Apakah statusnya ketika ini?
***
Arif dengan senang hati menganggap Fira sebagai kekasihnya. Lama-kelamaan Fira sendiri terpikat dengan keikhlasan Arif yang ditunjukkan selama ini. Hatinya berbunga-bunga kembali sehinggalah suatu hari nyawa Fira bagai ingin tercabut.
‘Kenapa dia diam je hari ni ek? Selalu tu pagi-pagi dah sent mesej.’ Pelik Fira apabila Arif tidak langsung menghubunginya seperti biasa. Pagi ini tiada senyuman di wajahnya kerana sibuk memikirkan keadaan Arif. Apa yang berlaku kepada Arif sebenarnya ni?
Setelah penat menunggu akhirnya Fira membuat keputusan ingin menghantar pesanan ringkas kepada Arif. Mungkin dia tunggu mesej aku pulak kot. Selalu tu dia je yang contact aku dulu. Apa salahnya aku bertindak dulukan?
“Salam abang. Sibuk beraya ke hari ni? Hehe…” Begitulah mesej yang dihantar Fira kepada Arif. Memandangkan hari ini merupakan Hari Deepavali, Fira sengaja mahu mengusik Arif. Sehingga ke petang Fira menunggu balasan dari Arif. Tetapi tidak kunjung tiba jua. Dia sudah berfikir yang bukan-bukan. Bimbang ada perkara buruk yang menimpa diri Arif.
Sebelum maghrib, mesej Fira berbalas. “Salam. Fira, hubungan kita sampai sini je ya? Abang minta maaf. Ex gf abang dah balik pada abang.”
Bagai terhenti denyutan nadi Fira. Terlepas telefon dari tangannya setelah membaca mesej yang cukup kejam itu. Sekali lagi Fira menerima kekecewaan dari seorang insan bernama lelaki. Kali ini lebih kejam dan teruk dari sebelum ini. Bagaikan tiada hati perut Arif merobek-robek jiwanya. Dalam sekelip mata kasih yang diberi suatu ketika dulu dipijak-pijak oleh sang lelaki. Hanya beberapa hari sahaja Fira merasai nikmatnya bercinta dengan Arif. Arif yang disangka penyelamat bagi dirinya suatu ketika dahulu bertindak lebih kejam dari Helmi.
Begitu juga dengan Arif, dia memohon supaya perhubungan mereka ditukar kepada sahabat. Mudah sekali. Setelah pelbagai janji ditabur, disemai dan dibaja, Arif sendiri yang memusnahkan segalanya. Kali ini Fira tidak lagi mengalah. Dia berterus-terang dengan Arif supaya tidak akan ada apa-apa lagi hubungan antara mereka sekali pun sebagai sahabat. Fira tidak mahu ada sebarang kaitan dengan Arif lagi. Akibat dari kejadian ini, keputusan peperiksaan Fira agak buruk. Dia cuba sedaya upaya untuk melupakan segalanya. Tetapi kelukaan yang ditinggalkan oleh Arif memberi kesan yang amat mendalam sehingga dia menjadi seperti manusia yang separuh gila.
Hampir tiga bulan Fira menjadi pendiam, hidupnya tertekan. Tiada lagi senyuman, tiada lagi gelak ketawa dalam hidupnya. Dia umpama tinggal di alam lain. Yang ada hanyalah dirinya. Difikirkan Helmi cukup kejam terhadap dirinya, tetapi Arif lebih teruk.
***
Kejadian itu sudah hampir lima tahun berlalu. Tetapi luka di hatinya, masih berparut. Pernah Fira menerima pesanan dari Arif supaya memaafkan dirinya buat kesekian kali, jawapan yang diberi Fira cukup tegas. Dia memberi kata putus pada Arif bahawa dia akan memaafkan Arif dengan syarat jangan muncul dalam hidupnya lagi. Sekiranya mereka terjumpa di mana-mana, Fira mahu Arif menganggap antara mereka tidak mengenali antara satu sama lain. Fira tidak mampu untuk melihat wajah Arif lagi. Sekali dia terpandang wajah itu, segala memori kembali menerjah di setiap ruang hidupnya. Dia tidak mahu hidup dalam bayangan Arif lagi. Biarlah Arif mengatakan dirinya kejam, dia sudah tidak peduli dengan semua itu. Perasaannya juga harus diambil kira. Sudah penat untuk dia berkorban demi kebahagiaan orang lain. Setelah itu, Arif tidak lagi menghubungi dirinya.
Kini Fira sudah berkhidmat di salah sebuah agensi kerajaan yang berkhidmat di bahagian perakaunan. Setelah berjaya menamatkan pelajaran, Fira tidak menunggu lebih lama untuk memulakan kerja. Dia tidak betah tinggal di rumah tanpa berbuat apa-apa. Alhamdulillah, rezekinya murah. Tidak perlu berebut-rebut seperti orang lain untuk mendapatkan kerja yang agak selesa.
Fira gembira dengan hidup yang dikecapi sekarang. Tiada lagi kekecewaan menyelubungi hidupnya. Memandangkan agak sibuk dengan tugasan di pejabat, dia tiada masa untuk memikirkan soal berumah tangga. Bukan dia menutup pintu hatinya buat lelaki, tetapi hidupnya lebih tenang seperti ini. Tiada halangan untuk membuat sesuatu perkara. Tambahan pula dia memang seorang yang berdikari. Seboleh-bolehnya tidak mahu bergantung dengan orang lain semata-mata.
“Fira, kau nak tau tak?” si mulut murai Jojo sudah menghampiri. Jojo merupakan salah seorang kawan baiknya di sini. Walaupun berlainan jantina, Jojo seorang yang memahami. Semua staff boleh masuk dengannya. Sekali pun telah lama berkhidmat dalam bidang ini, Jojo tidak pernah kedekut untuk berkongsi ilmu dengan pekerja baru. Cuma Fira tidak berapa suka dengan nama panggilannya. Bayangkan dari Johan Huzaifi boleh disingkatkan kepada Jojo sahaja. Entah apa-apa. Apabila Fira bertanya mengapa, Jojo hanya menjawab nama glamour.
“Tau apa ni? Ada je citer baru kau tiap-tiap hari ek? Kau memang boleh jadi reporter la Jojo. Hehehe…” suka benar Fira mengusik si Jojo. Jojo pula jenis selamba, katalah apa pun dia buat tidak mengerti sahaja.
“Ni, aku nak habaq mai kat hang. Kita nak dapat bos baru tau. Tapi aku lagi hensem la dari dia. Itu tidak dapat disangkal. Sori ya…hahaha.” Bab membangga diri serah pada dia.
“Bos baru? Aik, tak dengar citer pun yang kita nak dapat bos baru. Tiba-tiba je. Betul ke kau ni? Silap-silap bos bahagian lain kot.” Sangkal Fira. Tidak pula dia mendengar khabar angin yang mereka akan menerima majikan baru.
“Betul la. Kau kenal tak Encik Naufal? Sebelum ni dia di bahagian lain. Sekarang akan ditukarkan kebahagian kita pulak. Kiranya bukan la bos yang betul-betul baru, cuma dia akan ditukarkan ke sini je. Itu pun kalau kau pernah tengok dia la. Tapi dia antara yang popular kat sini. Ada rupa, harta pun boleh tahan. Ramai perempuan jelling-jeling dia tau.”
“Encik Naufal? Macam biasa dengar nama tu. Tapi orang dia aku tak sure yang mana. Kau faham-faham jela, office kita ni bukannya kecil. Terlalu ramai manusia.”
“Dia tu dah lama jadi bos dekat sini. Tapi dengan staff bawahan tak pernah sombong. Single lagi tau?” sengaja Jojo mahu mengenakan Fira. Dia tahu bahawa Fira masih solo. Entah bila la si Fira ni nak berumah tangga. Bukan tidak ada yang mahu, tetapi mesti ditolak dengan cara baik. Kadang-kadang alasan yang diberikan tidak munasabah langsung.
“Habis tu kenapa kalau dia single? Ada kena mengena dengan aku ke?” Fira sudah tahu dengan niat Jojo. Kenal sangat dia dengan perangai kawannya yang seorang itu. Pantang sahaja ada ruang untuk dia mengenakan Fira, pasti tidak dilepaskan.
“Ada la kena sikit-sikit. Masing-masing dah tua, tapi masing-masing single. Tengok cam aku ni. Dah ada anak tiga tau.”
“Ala, baru tiga. Aku tunggu anak kau sepuluh orang baru aku akan fikir pasal kahwin ek? Pandai-pandai je kau kata aku dah tua. Sekurang-kurangnya aku lagi muda dari kau tau tak?” sempat Fira menjelirkan lidahnya kepada Jojo.
“Dah la. Malas nak layan kau. Aku inform dekat kau ni bukan apa, takut nanti terkejut beruk pulak tiba-tiba tengok ada bos baru.” Kata Jojo dan terus berlalu ke meja orang lain pula. Begitulah kerjanya seharian.
***
Sudah lebih sebulan mereka bekerja di bawah arahan Encik Naufal. Memang tidak dinafikan bahawa dia mesra dengan setiap pekerja bawahannya. Tetapi Fira tidak pernah berborak dengan Encik Naufal selain hal kerja berbanding dengan pekerja-pekerja lain. Fira masih berasa segan dengan majikannya itu. Bagai ada sesuatu yang menghalang untuk dia beramah mesra dengan Encik Naufal. Lagi pun Fira agak pelik dengan pandangan Encik Naufal terhadap dirinya. Bagai ada yang tidak kena sahaja.
“Fira, bos panggil!” beritahu Hajar ketika melintasi mejanya.
Tanpa banyak soal Fira terus menuju ke bilik Encik Naufal. ‘Apa yang dia mahu?’
Setelah pintu dikuak, Fira bertanya kepada Encik Naufal mengapa dia dipanggil.
“Sila duduk dulu cik Fira.” Arah Encik Naufal. Matanya tidak lepas dari menatap wajah Fira.
“Ermm..tak payah cik-cik. Panggil Fira je. Kenapa Encik Naufal panggil saya?” Segan pula dia apabila Encik Naufal begitu sopan memanggil dirinya begitu.
“Fira…dah lama saya perhatikan awak Fira. Tanpa pengetahuan Fira.” Jelas Encik Naufal. Dia tidak mahu menangguhkan hal ini lagi. Dia harus meluahkan segalanya secepat mungkin.
“Apa maksud Encik Naufal? Perhatikan saya?” pelik Fira dengan kenyataan Encik Naufal.
“Ya, bukan sebagai seorang pekerja tetapi sebagai seorang wanita.”
“Saya tak faham.” Tiba-tiba Fira berasa seram sejuk.
“Macam ni…saya nak awak jadi teman istimewa saya.” Mudah sekali Encik Naufal berkata-kata. Bagaikan tiada perasaan langsung.
“Apa yang Encik Naufal merepek ni? Encik Naufal salah orang ke? Saya tak pernah kenal Encik Naufal pun sebelum ni. Dan kenapa Encik Naufal yakin sangat dengan hasrat Encik Naufal tu? Tak bimbang ke kalau saya ni dah ada suami ke, tunang ke?” Gila betul Encik Naufal ni. Angin tak ada, ribut tak ada terus cakap macam ni.
“Sebab saya yakin la saya berani cakap macam ni pada awak. Saya tahu semua tentang awak. Macam saya cakapkan tadi, saya dah lama perhatikan awak.” Encik Naufal benar-benar serius dengan hasratnya. Sudah lama dia memendam hasrat hati ini. Cuma Fira sahaja yang tidak mengetahui akan hal tersebut.
“Saya keluar dulu.” Fira tidak mahu menunggu lebih lama. Dia tidak sangka Encik Naufal akan mengeluarkan kata-kata seperti itu. Tuhan sahaja yang tahu perasaannya ketika ini. Insan yang tidak pernah dikenali tiba-tiba ingin membina satu hubungan yang istimewa bersamanya. Tidak pernah dibuat orang.
“Nanti dulu. Saya tak habis cakap lagi ni.” Pinta Encik Naufal.
“Ini pejabat Encik Naufal. Tak sesuai nak bincang hal-hal macam ni.”
“Ok, kalau macam tu saya nak jumpa awak lepas habis kerja. Tunggu saya, kita balik sama-sama.” Dia tidak mahu melepaskan Fira begitu sahaja. Dia tahu bahawa tindakannya itu agak tergesa-gesa. Mana mungkin Fira akan menerima tanpa berfikir panjang. Tetapi dia tidak tahu bagaimana lagi cara untuk menyampaikan hasrat yang terpendam.
“Saya tak mahu. Encik Naufal tak ada hak nak arah-arah saya lepas waktu kerja.” Fira sudah meninggikan suaranya. Tidak peduli siapa Encik Naufal ketika ini. Lalu terus beredar dari bilik berhawa dingin itu.
“Fira, tunggu dulu…” Namun panggilan itu tidak didengari oleh Fira lagi.
***
Tidak disangka oleh Fira bahawa Encik Naufal menunaikan kata-katanya sebentar tadi. Dia memaksa supaya Fira mengikutnya ke suatu tempat untuk berbincang perkara yang masih tertangguh.
“Kalau Encik Naufal nak cakap apa-apa lebih baik cakap sekarang. saya nak balik dan berehat. Dah nak malam ni.” Selepas habis waktu kerja tadi Fira terus berkemas untuk pulang. Dia sendiri ingin mengelak dari berjumpa dengan Encik Naufal. Tetapi sebelum Fira sempat sampai di perhentian bas, Encik Naufal sudah menahan dirinya dari terus pergi. Tidak mahu Encik Naufal bertindak lebih jauh, Fira bersetuju walaupun dengan wajah yang masam mencuka.
“Fira, i`m serious about that.” Encik Naufal berkata-kata dengan lembut sekali. Tidak mahu Fira berasa lebih tertekan.
“Encik Naufal, saya ulang sekali lagi yang saya tak pernah kenal Encik Naufal sebelum ni. Macam mana saya nak terima semua ni dalam keadaan terdesak macam ni. Encik Naufal ingat saya tak ada perasaan ke?” Fira sudah mahu menangis. Fira tidak sangka ada juga manusia yang cukup berani seperti Encik Naufal.
“Itulah sebab saya minta peluang tu. Saya nak kita kenal lebih rapat antara satu sama lain. Percaya la, saya takkan sia-siakan awak.” Janji Encik Naufal.
Lagi-lagi janji. Fira muak dengan janji lelaki. Sebelum dapat sahaja beria-ia. Apabila sudah berjaya memiliki janji hanya tinggal janji.
“Entah la Encik Naufal. Saya betul-betul bingung sekarang ni. Saya rasa macam berkhayal je. Bagi la saya masa. Saya akan fikirkan. Saya janji. Tapi selama tempoh itu, tolong jangan desak saya sebelum saya lari lebih jauh.” Rayu Fira. Dia akan fikirkan soal ini. Tetapi bukan dalam keadaan tertekan seperti ini.
“Baik la. Saya akan bagi Fira masa. Fikirlah sebaik-baiknya. Saya akan terima apa sahaja jawapan dari Fira. Jom saya hantar Fira pulang. Maaf kerana mendesak awak. Saya sayangkan Fira.”
Terkejut Fira dengan ayat terakhir dari Encik Naufal. Tetapi tidak dibalas apa-apa pun.
***
Sudah hampir tiga bulan perkara itu terjadi. Hari ini Fira sudah membuat keputusan. Ditinggalkan sekeping nota di atas meja Encik Naufal sebelum majikannya itu sampai ke pejabat.
‘Dua minggu lagi family saya akan tunggu kedatangan family Encik Naufal…=)!’
Alangkah terkejutnya Encik Naufal apabila membaca nota tersebut. Tanpa menunggu lebih lama, Encik Naufal terus menghubungi Fira.
“Assalamualaikum.” Dia sendiri sebenarnya takut untuk berbicara dengan Fira. Bimbang semua ini hanya khayalan bagi dirinya.
“Waalaikumsalam bos. Selamat pagi.” Ceria sahaja suara Fira. Encik Naufal seperti sudah yakin dengan apa yang dialami kini.
“Fira, betul ke semua ni? Atau saya dah tersalah faham?” tanya Encik Naufal.
“Saya tak pandai bergurau bab-bab macam ni. Nanti mak saya marah.” Fira sudah mahu ketawa di hujung sana. Sengaja mahu mengusik Encik Naufal.
“Thanks sayang. Saya hargai sangat-sangat.” Berair mata Encik Naufal menahan sebak. Dia terlalu gembira.
“Hey, apa sayang-sayang ni ha? Belum masanya lagi.” Tegur Fira. Sebenarnya dia sendiri gembira dengan panggilan itu. Tapi biarlah ianya diucapkan selepas sampai waktunya.
“Fira, macam mana awak boleh buat keputusan macam ni? Kerana terpaksa ke?” Encik Naufal tidak mahu perkara seperti itu terjadi. Dia mahukan cinta yang ikhlas dari Fira.
“Encik Naufal, setelah puas saya berfikir saya yakin dengan jawapan saya. Ini bukan sahaja datang dari jiwa saya, tetapi dari Yang Maha Esa jua. Saya tidak mahu lagi memberi harapan pada yang tak pasti. Saya tidak mahu memberikan kasih, sayang, rindu dan cinta saya buat lelaki tetapi biarlah buat suami. Sekurang-kurangnya perasaan itu semua akan diterima oleh insan yang selayaknya iaitu suami.” Cukup dalam maksud yang dituturkan oleh Fira itu. Terharu Encik Naufal mendengarnya. Kini dia amat yakin bahawa Fira adalah yang terbaik buat dirinya.
***
Begitu pantas masa berlalu. Kini dirinya sudah bergelar isteri kepada seorang suami. Begitu damai dirasai kerana kasih, sayang, rindu dan cinta yang didambakan selama ini telah diterima dari seorang insan bernama suami.
Benarlah kata orang, terimalah orang yang lebih menyayangimu berbanding dengan orang yang kamu sayangi. Lebih banyak manis dari pahitnya.
“Sayang abang buat apa ni? Berangan ek?” Naufal merangkul pinggang isterinya dari arah belakang yang sedang leka menghadap ke luar tingkap. Kini mereka sedang merasai nikmatnya berumah tangga. Nikmatnya bercinta selepas kahwin. Bulan madu yang dirasainya kini tidak akan Fira lupakan sampai bila-bila. Naufal dan Fira juga tidak jemu-jemu mencurahkan kasih sayang.
“Mana ada la. Berangan sikit je. Hehehe…” dipeluk kemas tangan Naufal dipinggangnya. Mereka bagaikan tidak dapat dipisahkan lagi.
“Yang…abang gembira sangat. Abang sayang Fira sangat-sangat.” Dicium rambut Fira yang agak panjang. Dia tidak mahu Fira memotong rambut itu selagi ia tidak perlu. Itulah antara permintaan Naufal pada malam pertama mereka. Masih lekat diingatan Fira.
“Betul ke? Boleh caya ke?” Fira sudah melepaskan dirinya dari rangkulan Naufal. Dia tahu Naufal memang tidak suka Fira bertanya begitu. Selepas menyedari Fira sengaja ingin mengenakan dirinya, Naufal bertindak mahu mengejar Fira. Fira yang sudah bersedia dari tadi, berlari menjauhkan diri secepat mungkin.
“Ooo..tak caya ek? Meh sini abang buktikan.” Naufal berusaha mendapatkan Fira. Fira menjerit apabila Naufal berjaya mendapatkan dirinya. Begitulah dua insan yang sedang bercinta. Fira amat bersyukur dengan kurniaan Tuhan yang tidak terhingga ini. Mempunyai suami yang menjadi pelindung buat dirinya. Tiada lagi keresahan, tiada lagi kesedihan. Yang tinggal hanya kebahagiaan.
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi:
Post a Comment