Allah..Allah..Allah..
Berkesempatan jua meluangkan masa untuk berblog. Dengan kesihatan yang kurang memuaskan, paksa, gempur, semangatkan jua hati & naluri untuk mencoret sebuah entry di laman serba guna ini. Alhamdulillah..moga kalian & diri cik ain dikurniakan kesihatan yang baik2 sahaja. Ameen ya Allah ^^
Tanggal 24 April 2013 yang lalu, genap umur cik ain 23 tahun. 1 kurniaan dari Illahi yang tiada bandingannya. Syukur masih diberi peluang untuk menyedut udara segar di bumi Illahi.
Tiada sambutan, tiada keraian, tiada hadiah mahu pun apa2 yang istimewa pada tarikh tersebut. Hati lebih teringat pada ummi yang berada jauh di'sana'. Hanya tersimpan rapi di hati. Rindu.. Terima kasih ummi kerana melahirkan cik ain ke dunia dengan menjadikan taruhan nyawa sendiri untuk menyelamatkan 1 nyawa lain. Allah..besar sekali pengorbananmu. :'(
"Selamat ulang tahun kelahiran yg ke-23 NURUL AIN! Moga NURUL AIN dikurniakan kehidupan yang lebih sempurna untuk masa akan datang. Moga NURUL AIN dapat tingkatkan amalan padaNYA. Perbaiki segala kelemahan yang ada, tambah baikkan lagi segala kebaikan yang Allah kurnia. Berbaktilah kepada insan2 yang memerlukan. Bantulah mereka2 yang mendambakan perhatian dari NURUL AIN. Carilah keberkatan dalam hidup dengan mencari rezeki yang halal semata2. Tidak menindas orang lain demi kepentingan sendiri. Juga dikurniakan jodoh yang mampu membimbing diri NURUL AIN & juga anak2 NURUL AIN ke syurgaNYA. Ameen ya Rabbal'alamin." ^^
Satu pesanan cik ain pada kalian semua, bila tiba ulang tahun kelahiran kita kucuplah dahi/pipi ibu kalian sebagai tanda terima kasih buat mereka yang sanggup berkorban untuk kita. Jika dimurahkan rezeki, hadiahkan mereka dengan sesuatu yang istimewa. Buat ya? Cik ain dulu tak sempat. Lambat sedar! Bila Allah dah ambil nyawa ummi cik ain, baru teringin nak buat itu & ini. Allah..menyesal tak sudah. Moga Allah jauhkan sikap2 seperti ini dari diri kalian. Ameen..
terima kasih cik yanie utk ingatan ini..lebyu! |
::~ InsyaAllah, tahun hadapan lain pula situasinya..wink..wink.. ^_* ~::
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi:
Post a Comment